28

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH RENDAH JENIS

KEBANGSAAN TAMIL DI JOHOR BAHRU

GANGAGOURY A/P CHNNAPAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI JOHOR

APRIL 2008

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

23 April 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

iii

DEDIKASI

“Alangkah indahnya sebuah kehidupan, andai kita dapat memiliki semua yang

diinginkan. Barangkali ini yang difikirkan oleh kebanyakan orang ketika melalui

hari-hari dalam hidupnya. Semua orang ingin hidup bahagia, namun rasa

bahagia itu milik peribadi dan selalunya tidak sama dengan apa yang dimiliki

oleh orang lain.”

Untuk ibu yang disanjungi serta bapa mertua dan ibu mertua yang dihormati

Hanya doaku untuk kalian. Jasamu sumber kejayaanku

Buat suami yang sangat dikasihi

Paranjothi a/l Retnakumar

Terima kasih atas pengorbanan dan ketabahanmu

Kejayaan ini, kejayaan milik kita bersama

Jadikan jalan yang saya rintis ini, panduan, teladan, pedoman serta asas kejayaan

kalian

Untuk adik-adik yang diingati, kejayaan ini, pembakar semangat buat kita semua

terus berjuang. Buat keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai,

segala jasa, doa dan sokongan kalian akan tetap dalam kenangan.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

iv

PENGHARGAAN

Syukur dan terima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa, kerana dengan

limpah kurnia serta izinNya, dapatlah saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana

Muda ini, sebagai latihan Ilmiah dengan jayanya.

Dalam usaha menyempurnakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing tesis

ini, Dr.Azizi Haji Yahya atas usaha, bimbingan, nasihat serta panduan yang

diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan

Universiti Teknologi Malaysia, bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor,

Bahagian Teknik dan Vokasional, Pengetua, Penolong Pengetua, guru-guru

Sekolah Kebangsaan Tamil Kawasan Johor Bahru dan yang terlibat membantu

secara langsung dalam menjayakan kajian ini. Segala bakti dan jasa serta

kerjasama yang telah dicurah akan tetap dikenang.

Penghargaan juga ditujukan khas buat ibu yang tanpa jemu mendoakan

kejayaan saya lebih sedekad yang lalu serta keluarga yang banyak memberi

dorongan dan sokongan yang tidak mampu dibalas.

Akhir sekali untuk suami yang tercinta Paranjothi A/L Retnakumar yang

sentiasa memahami perjuangan isteri walaupun sering ditinggalkan jauh.

Terima kasih atas doa, kasih sayang, sokongan dan pengorbanan kalian semua.

Biarlah semua ini menjadi tanda dan kenangan buat keluarga yang tercinta.

Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita semua.

.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan di 10 buah Sekolah Kebangssan Tamil di kawasan Johor Bahru dengan berfokus kepada tahap pengetahuan, minat, beban tugas, kesesuaian bengkel dan juga sokongan pihak pentadbiran. Seramai 50 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil dipilh sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah dalam bentuk soal-selidik dan nilai kebolehpercayaan (alpha croanbach) yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7636. Dapatan kajian dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian SPSS Statistical Packages For Social Science 11.5 meliputi kekerapan, peratus, min, Sisihan Piawai dan Ujian t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang tinggi. Manakala faktor kesesuaian bengkel,beban tugas dan sokongan pihak pentadbir berada pada tahap sederhana. Berdasarkan Ujian t didapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini. Kajian ini juga mencadangkan beberapa cadangan kepada pihak berkenaan untuk memberikan perhatian khusus terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangssan Tamil. Kajian ini perlu dilakukan di seluruh negeri untuk mendapatkan keputusan yang sebenar.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the level of implimentation of Living Skill subject and the factors that influence the Living Skill teachers in teaching and learning process. This study was conducted in 10 Tamil schools in the Johor Bahru district with the focus at the level of teachers knowledge, interest, workload, workshop facilities and equipments and aslo the support of the administrator. 50 primary school teachers teaching Living Skill were chosed as respondents in this research. The instrument in the research was questionnaire and the value of reliability ( alpha croanbach ) in the pioneer research is α =0.7636. The SPSS Statistical Packages For Social Science 11.5 were used in the data analysis and it is including frequency, percentage, mean, standartd deviation and t-test. The finding of the research shows that knowledge factor and interest of teachers factor play an vital role. Meanwhile the workshop facilities and support from school administrator and workload were in moderate level. Based on the T-test, it is shows that there is no identified differences between the gender with the other factors that have been studied in this research. This study should be carried out throughout the country to get a more precised outcome. A few recommendations have been made in this study to the relevant authorities in order to give a special attention on the problem of teaching and learning of Living Skill subject in Tamil schools. This study should be carried out throughout the country to get a more precised outcome.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Batasan Kajian 12

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

viii

1.10 Definisi Terminologi 13

1.10.1 KemahiranHidup 13

1.10.2 Sekolah-Sekolah Rendah 14

1.10.3 Bengkel Kemahiran Hidup 14

1.10.4 Pengajaran 14

1.10.5 Pembelajaran 15

1.10.6 Beban Tugas 15

1.10.7 Sokongan Pihak Pentadbiran 16

1.10.8 Pengetahuan 16

1.10.9 Minat 16

1.11 Penutup 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil 19

2.3 Guru Kemahiran Hidup 20

2.4 Pengetahuan Guru 20

2.5 Latar Belakang KHSR 21

2.5.1 Objektif KHSR 23

2.6 Minat 24

2.7 Beban Tugas 25

2.8 Kelengkapan Dan Kesesuaian Bengkel KHSR 26

2.8.1 Pengurusan Bengkel 27

2.8.2 Penyusunan Bengkel 28

2.8.3 Kelengkapan Bengkel 29

2.9 Sokongan Pihak Pentadbir 30

2.10 Pendekatan Teori 31

2.10.1 Teori Pavlow dalam P&P KH 31

2.10.2 Teori Watson dalam P&P KH 32

2.10.3 Teori Bruner dalam P&P KH 33

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

ix

2.11 Kerangka Model Kajian 35

2.11.1 Model Kajian Bruner 36

2.12 Kajikan Lalu Berkaitan Dengan KH 36

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka bentuk Kajian 39

3.3 Kerangka Operasi 40

3.4 Populasi 42

3.5 Sampel Kajian 42

3.6 Tempat Kajian 43

3.7 Instrumen kajian 44

3.8 Soal selidik 45

3.9 Pemarkatan Skor bagi Faktor Paling Dominan 47

3.10 Kajian Rintis 48

3.10.1 KesahanSoal Selidik 49

3.9.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 50

3.11 Prosedur Kajian 51

3.12 Penganalisaan Data 52

3.12.1 Min 53

3.12.2 Ujian t 53

3.13 Penutup 54

BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 55

4.2 Analisa Data 55

4.2.1 Analisis Data Jantina 56

4.2.2 Analisis Data Umur 56

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

x

4.2.3 Analisis Data Akademik 57

4.2.4 Analisis Data pengalaman Mengajar 57

4.2.5 Analisis Data Pengalaman KH 58

4.2.6 Analisis Data Bil.Waktu 58

4.2.7 Analisis Data Pendedahan KH 59

4.2.8 Analisis Data Tempat P&P KH 59

4.2.9 Analisis Data Tanggung jawab 60

4.3 Analisis Data Bahagian B 60

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 62

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 65

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 68

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 71

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 74

4.3.6 Rumusan Persoalan Kajian 76

4.4 Dapatan Hipotesis 77

4.5 Kesimpulan 79

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Rumusan 80

5.3 Perbincangan Kajian 81

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 81

5.3.2 Persoalan Kajian 1 83

5.3.3 Persoalan Kajian 2 84

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

xi

5.3.4 Persoalan Kajian 3 86

5.3.5 Persoalan Kajian 4 87

5.3.6 Persoalan Kajian 5 89

5.3.7 Persoalan Kajian 6 91

5.4 Cadangan Kajian 93

5.4.1 Pihak Pentadbiran 94

5.4.2 Pihak Kementerian Pendidikan Negara 95

5.4.3 Pihak Sekolah 95

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.6 Kesimpulan 97

RUJUKAN 99

LAMPIRAN A-F 106-119

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel 43

3.3 Jadual Spesifikasi Jumlah Item Berdasarkan

Faktor Dominan 46

3.4 Kaedah Pemeringkatan Skala Likert 47

3.5 Pemeringkatan Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 47

3.6 Jadual Pemarkatan Skor dan Tahap 47

3.7 Jadual Analisis Nilai Kebolehpercayaan 49

3.8 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik

Objektif Kajian 54

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 56

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik. 57

4.4 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 57

4.5 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar Kemahiran Hidup 58

4.6 Taburan Responden Mengikut Waktu KH 58

4.7 Taburan Responden Mengikut Pendedahan KH 59

4.8 Taburan Responden Mengikut Tempat P&P KH 59

4.9 Taburan Responden Mengikut Tanggung Jawab 60

4.10 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi

Setiap Item Faktor Pengetahuan Guru

Dalam Masalah Pengajaran Dan

Pembelajaran Kemahiran Hidup 62

4.11 Taburan Bilangan Responden Mengikut

Pengetahuan 64

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

xiii

4.12 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Setiap

Item Faktor Minat Guru Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Dalam Masalah

Pengajaran Dan Pembelajaran KH 65

4.13 Taburan Bilangan Responden Mengikut Minat 67

4.14 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Setiap Item

Faktor Bebanan Tugas Guru Kemahiran Hidup

Dalam Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran

Kemahiran Hidup 68

4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut

Beban Tugas 70

4.16 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Setiap

Item Faktor Kesesuaian Bengkel Kemahiran Hidup

Dalam Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran

Kemahiran Hidup. 71

4.17 Taburan Bilangan Responden Mengikut

Faktor Bengkel 73

4.18 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Setiap Item

Faktor Sokongan Pihak Pentadbir Dalam

Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran 74

4.19 Taburan Bilangan Responden Mengikut Sokongsn

Pihak Pentadbir 76

4.21 Taburan Min dan Sisihan Piawai Secara Keseluruhan 76

4.20 Ujian t Untuk Perbezaan Min Antara Jantina 78

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

xiv

SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Kerangka Moel Kajian

Bersandarkan Model Brunner 35

3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 41

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

xv

SENARAI SINGKATAN

AS - Amat Setuju

ATS - Amat Tidak Setuju

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

JTMI - Insitut Teknikal Jepun-Malaysia

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KHSR - Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

TP - Tiadak Pasti

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

RMT - Rancangan Makanan Tambahan

S - Setuju

SRK (T) - Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Pelajar 107

B Surat Akuan Fakulti Pendidikan 115

C Surat Kebenaran JPN 116

D Surat Kebenaran EPRD 117

E Keesahan Soal selidik 118

F Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 119

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pertumbuhan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi,

sosioekonomi serta politik dunia adalah antara beberapa faktor yang telah

mengubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.

Dalam mengharungi perkembangan untuk menjadi sebuah negara maju pada

tahun 2020, negara kita memerlukan sumber tenaga manusia yang berkemahiran

tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Justeru, pendidikan yang berteraskan

sains dan teknologi telah dititikberatkan semenjak pendidikan rendah lagi.

Beberapa perubahan telah berlaku dalam arena pendidikan negara sejak

awal tahun 1980an. Selaras dengan cadangan yang terkandung dalam Laporan

Jawatan Kuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

1979, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua

sekolah rendah mulai tahun 1983. Seterusnya pada tahun 1989, Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM) pula dilaksanakan di semua sekolah menengah.

(Ee Ah Meng,1996).

Pelancaran Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik

(MPV) pada tahun 2002 di sekolah-sekolah akademik menengah atas merupakan

satu inovasi besar Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Teknik adalah

penting dalam pembangunan sesebuah negara khususnya jika mahu menjadi

sebuah negara perindustrian. (Shahril Marzuki Habib Mat Sam,1999). Untuk

tujuan itu ia memerlukan pembentukan sumber tenaga manusia yang produktif.

Penghasilan sumber tenaga yang produktif pula harus bermula dari awal dengan

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

2

usaha membentuk individu yang mempunyai pelbagai kemahiran. Arah tuju itu

dapat dihasilkan sekiranya sistem pendidikan negara cenderung ke arah bidang

kemahiran dan juga teknikal. Berlandaskan kesedaran itu kerajaan telah

melaksanakan pelbagai program bagi merealisasikan matlamat untuk

memperkembangkan sumber tenaga manusia yang berkemahiran di samping

memenuhi keperluan sumber tenaga negara dalam sektor perindustrian. Oleh itu,

Kementerian Pendidikan telah memikul tanggungjawab untuk melaksanakan

program baru iaitu pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSM

dan KBSR di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah

diperkenalkan dengan objektif untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dan

berpengetahuan berasaskan teknologi terkini. Pembentukan sesebuah masyarakat

yang berorientasikan teknologi yang semakin canggih itu adalah sejajar dengan

matlamat negara yang ingin menjadi sebuah negara yang maju dalam bidang

perindustrian. Melalui Kemahiran Hidup ini akan membolehkan mereka

mengendalikan kehidupan seharian secara produktif dan secara tidak langsung ia

dapat mendedahkan pelajar kepada pelajaran vokasional dan teknikal serta alam

pekerjaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan

beliau ketika merasmikan Insitut Teknikal Jepun-Malaysia (JTMI) di Kawasan

Perusahan Bukit Minyak, Sebarang Perai pada 23 Disember 2003, mahukan

masyarakat mengikis tanggapan negatif bahawa kursus teknikal adalah untuk

mereka yang kurang berjaya dalam bidang akademik sahaja. Beliau menegaskan

lagi sebaliknya penguasaan dalam bidang itu perlu dipertingkatkan kerana

berpotensi tinggi untuk berkembang dan menawarkan banyak peluang pekerjaan

kepada belia Malaysia.

Corak permintaan untuk tenaga manusia telah berubah ke arah pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal umpamanya dalam RancanganMalaysia Ketujuh(RMK-7) dan Rancangan Malaysia

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

3

Kelapan(RMK-8), jumlah pekerjaan yang dicipta adalah paling banyak dalam kategori profesional diteknikal iaitu 17.9% dan 18%

(Utusan Malaysia, 23 Disember 2003).

Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan betapa keperluan tenaga

mahir mencapai tahap membimbangkan sehingga kerajaan membawa masuk

seramai 20,000 pekerja asing dan suasana itu dijangka akan berterusan

(Berita Harian, 26 Ogos 1994). Kenyataan ini dengan jelas dapat dilihat bahawa negara amat memerlukan

sumber tenaga manusia dalam bidang kejuruteraan dan teknikal bagi membantu

negara mencapai hasrat sesebuah negara yang didokong oleh sektor

perindustrian. Oleh itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup ini secara asasnya akan

dapat memberi kesedaran kepada pelajar dan sebagai bekalan kemahiran yang

asas untuk mereka dalam kehidupan seharian dan alam pekerjaan. Selain itu,

mata pelajaran ini juga dirancang bagi menyumbang ke arah pencapaian hasrat

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Program yang dilaksanakan untuk pengajaran dan pembelajaran di

sekolah menentukan matlamat yang hendak dicapai. Berlandaskan tujuan dan

matlamat tersebut perancangan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

lebih mengutamakan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana

kerja-kerja yang amali yang dilaksanakan di dalam bengkel merupakan

komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

berorientasikan Sains, Teknikal dan Kemahiran.

Oleh itu, bagi memastikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

tersebut berkesan faktor lain menjadi penyumbang keberkesanannya perlu diberi

perhatian. Mata pelajaran Kemahiran Hidup lebih dikenali sebagai mata pelajaran

amali iaitu "hands and tool subject". Keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajrannya adalah bergantung kepada banyak faktor seperti kelengkapan

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

4

bengkel, alatan pengurusan bengkel yang teratur, masa yang diperuntukkan untuk

pelajaran,tenaga pengajar yang mahir dan sebagainya.

Sebelum ini kajian-kajian yang lepas hanya menyentuh di peringkat

sekolah menengah sahaja. Kajian-kajian di peringkat awal perlu dilakukan bagi

mengenalpasti adakah kemahiran asas yang dilaksanakan selama hampir 15 tahun

ini memberikan manfaat kepada pelajar bagi meneruskan kemahirannya di

peringkat menengah dan selanjutnya.

1.1.1 Latar Belakang Masalah

Semenjak mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu Malaysia telah

berkembang dengan pesat dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan.

sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah dan terpaksa menerima

pelbagai cabaran dalam menempuhi arus pembangunan. Pendidikan memainkan

peranan penting dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang berkualiti. Oleh

itu, apa yang perlu dilakukan adalah menumpukan perhatian yang sepenuhnya

kepada pembangunan sumber tenaga manusia terutamanya dalam bidang

vokasioanal dan teknikal.

''Negara kita memerlukan pekerja mahir terutamanya dalam era pembangunan untuk membantu rakyat dan menuju ke arah pembangunan status Negara Malaysia.” (Datuk Sri Najib Tun Razak, 2000)

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa keperluan pekerja-pekerja

mahir dalam pelbagai bidang amatlah penting bagi memenuhi keperluan negara.

Pendidikan teknikal dan vokasional merupakan satu cabang aliran pendidikan

yang berperanan untuk menampung kehendak tersebut. Oleh itu, satu sistem

pendidikan bercorak 'comprehensive' diperkenalkan di sekolah. Ini merupakan

salah satu strategi kerajaan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk

mendapatkan kemahiran asas dalam bidang teknikal.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

5

Menurut Ibrahim (2001), program latihan yang berkesan adalah satu

program latihan yang dapat dipraktikkan sepenuhnya di tempat kerja. Faktor ini

penting dalam memastikan bahawa kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Jika dilihat secara umum pandangan tokoh dan kajian

lepas menjelaskan bahawa keperluan sumber tenaga dalam bidang teknikal

adalah besar, sedangkan bekalannya adalah semakin berkurangan. Demi

mengelakkan situasi ini menjadi semakin runcing maka satu tindakan yang wajar

perlu dilaksanakan dengan segera.

Menurut Robiah Sidin (2001), pelajar lemah biasanya disebabkan mereka

ketinggalan dalam kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan

membuat pengiraan. Kelemahan ini senang dikenalpasti dan sewajarnyalah

apabila diketahui, usaha-usaha untuk membantu pelajar dilipatgandakan (Utusan

Malaysia, Selasa 26 Jun, 2001).

Guru perlulah merancangkan satu siri aktiviti pembelajaran yang akan

membawa perubahan-perubahan yang diingini. Dalam perancangan seperti ini,

guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, jenis pengetahuan

yang hendak diperoleh oleh murid-murid, jenis kemahiran yang harus dibentuk

dan perubahan-perubahan sikap yang hendak dicapainya ( Ee Ah Meng, 1987).

Dalam usaha merealisasikan sistem pendidikan beban tugas dan tanggung

jawab kerja dalam kalangan guru perlu dititkberatkan. Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mengiktirafkan guru-guru mempunyai keistimewaan tersendiri.

Mereka adalah orang yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang

tinggi serta mempunyai minat untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran

di sekolah dan di luar sekolah. Kemuliaan imej dan sanjungan yang diterima

oleh guru dalam menjalankan dan menyelesaikan tanggung jawab dengan lebih

berkesan telah dibebankan dengan tugas-tugas yang mereka terpaksa pikul di

sekolah, ( Rosli Puteh, 2003).

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

6

Menurut Sufean dalam Nortini (2000), pentadbiran sekarang semakin

kompleks kini hasil daripada kemajuan pelajar. Guru di samping tugas asasnya

mengajar dan mendidik, mereka dibebankan dengan banyak tugas lain. Guru

Kemahiran Hidup turut dilantik sebagai guru kelas di mana mereka dikehendaki

memproses pungutan yuran, mengendalikan permohonan skim pinjaman buku

teks, biasiswa,kegiatan persatuan, gerak kerja kokurukulum, aktiviti sukan, PIBG

dan seterusnya sibuk menghadiri berbagai-bagai kursus dan mesyuarat. Guru

juga kadang kala bertindak sebagai kerani jika kakitangan di bidang tersebut

tidak mencukupi di sesetengah sekolah. Menurut hasil kajian Atan (1999),

menunjukkan bahawa guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah dalam Daerah

Kuala Selangor telah menerima bebanan tugas yang banyak dalam satu-satu

masa. Keadaan ini telah menyebabkan guru-guru merasa tertekan dengan

bebanan kerja yang telah diberikan serta tidak cukup masa untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi dengan subjek Kemahiran Hidup yang

melibatkan kerja-kerja amali di mana mengambil masa yang lama.

1.3. Pernyataan Masalah Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah merupakan

perkembangan yang bercorak amali yang dijalankan bagi murid tahap dua iaitu

bagi tahun empat,lima dan enam. Ia adalah agak berbeza dengan mata elajaran

yang lain. Pelajar menguasai kemahiran berdasarkan pengalaman yang mereka

lalui ketika melakukan aktiviti amali di dalam bengkel. Pendedahan asas kepada

pelajar-pelajar diharap boleh digunakan dalam kehidupan seharian agar pelajar

menjadi lebih inovatif, produktif, kreatif dalam merekacipta.

Namun demikian pembelajaran ini tidak akan berjaya dan berkesan

sekiranya ia dijalankan dengan hanya sekadar memenuhi jadual waktu sahaja. Ini

juga akan menjejaskan dan menafikan hak-hak atau peluang pelajar mengetahui

dalam pendedahan unsur-unsur teknologi. Kesempurnaan sesuatu program itu

hendaklah berkadar terus dengan aspek perlaksanannya berdasarkan objektif

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

7

pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang

dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan matapelajaran Kemahiran Hidup di

Sekolah Kebangsaan Tamil di Kawasan Johor Bahru.

Prestasi Sekolah Rendah Kebangsaan selalunya dinilai dengan keputusan

Peperiksaan iaitu Peperiksaan UPSR. Oleh yang demikian, semua pihak sama

ada pihak guru, pihak pentadbir sekolah, dan pihak ibu bapa amat memberi

perhatian kepada peperiksaan UPSR. Pihak Sekolah bertungkus lumus untuk

meningkatkan pencapaian peperiksaan dengan pelbagai cara. Iaitu mengadakan

kelas tambahan pada waktu petang, malam dan hujung minggu. Selain itu pihak

pentadbir juga sanggup mengabaikan mata pelajaran yang tidak tersenari dalam

peperiksaan UPSR. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu mata

pelajaran yang sangat dipandang ringan oleh guru kerana ia memerlukan alatan

dan bengkel. Waktu Kemahiran Hidup selalu diganti dengan mata pelajaran yang

dirasakan susah contohnya Bahasa Melayu dan Sains dan sebagainya. Ini secara

tidak langsung pelajar melupakan mata pelajaran Kemahiran Hidup sedikit demi

sedikit dan mereka berasa amat berat apabila mempelajari subjek ini di sekolah

menengah. Terdapat pelbagai masalah yang menjejaskan pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah Kebangsaan Tamil di

Kawasan Johor Bahru.

1.1.2 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah

Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru. Secara khususnya kajian ini adalah

seperti berikut.

i Untuk mengenal pasti sama ada pengetahuan guru Kemahiran Hidup sendiri

merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

8

ii. Untuk mengenal pasti sama ada minat terhadap mata pelajaran

Kemahiran Hidup merupakan faktor dominan yang mempengaruhi

pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan

Tamil di kawasan Johor Bahru

iii. Untuk mengenal pasti sama ada bebanan tugas guru Kemahiran Hidup

merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di

kawasan Johor Bahru.

iv. Untuk mengenal pasti sama ada kesesuaian bengkel Kemahiran Hidup

merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil di

kawasan Johor Bahru.

v. Untuk mengenal pasti sama ada sokongan pihak pentadbir merupakan

faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di Kawasan Johor

Bahru.

vi. Untuk mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara jantina dengan

faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup iaitu pengetahuan, minat, bebanan tugas guru,

kesesuaian bengkel dan sokongan pihak pentadbir.

1.5 Persoalan Kajian Secara amnya kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti

masalah yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di

kawasan Skudai Johor Bahru. Secara khususnya pula kajian ini untuk menjawab

persoalan-persoalan seperti berikut.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

9

i Apakah pengetahuan guru Kemahiran Hidup merupakan faktor dominan

yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di

Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru?

ii Apakah minat yang di beri kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup

merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan

Johor Bahru?

iii. Apakah bebanan tugas guru Kemahiran Hidup merupakan faktor dominan

yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di

Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru?

iv Apakah kesesuaian bengkel Kemahiran Hidup merupakan faktor dominan

yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di

Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru?

v. Apakah sokongan pihak pentadbir merupakan faktor dominan yang

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di

Sekolah Kebangsaan Tamil di Kawasan Johor Bahru?

vi Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor-

faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran

Hidup dari segi pengetahuan, minat, kebebanan tugas guru, kesesuaian

bengkel dan sokongan pihak pentadbir?

1.6 Hipotesis Kajian Hipotesis ialah sesuatu saranan sementara tentang hubungan antara dua

atau lebih pembolehubah yang didapati melalui kaji deduksi (Ahmad Mahdzan,

1997). Saranan sementara tersebut bergantung kepada pengesanan melalui

kajian. Di antara hipotesis yang telah dikenalpasti bagi tujuan kajian adalah

seperti berikut:

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar ... faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang

10

Hipotesis nol 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor- faktor

yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup dari segi

pengetahuan, minat, kebebanan tugas, kesesuaian bengkel dan sokongan pihak

pentadbir.

Hipotesis nol 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor

pengetahuan guru yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup.

Hipotesis nol 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor minat yang

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.

Hipotesia nol 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor

bebanan tugas guru yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup.

Hipotesis nol 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor

Kesesuaian bengkel yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup.

Hipotesis nol 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor

sokongan pihak pentadbir yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup.