27
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD SHARHAN BIN ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR

ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI

SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR

MOHD SHARHAN BIN ABU BAKAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: PENGHARAPAN IBU TUNGGAL TERHADAP LATIHAN

KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI MELALUI PERSATUAN IBU

TUNGGAL DI NEGERI SELANGOR

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya MOHD SHARHAN BIN ABU ABKAR mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ���� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN. MOHD RIZAL BIN SAID Nama Penyelia 278B kampong Besut. 16200 Tumpat, Kelantan. Tarikh: __________________ Tarikh: ____________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

����

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

ii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR O RANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH

DAERAH KLUANG, JOHOR

MOHD SHARHAN BIN ABU BAKAR

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Syarat Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JANUARI 2012

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………….

Nama Penuh : MOHD SHARHAN BIN ABU BAKAR

Tarikh : JANUARI 2012

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

i

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : En. Mohd Rizal Bin Said

Tarikh : …………………………………..

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

iv

DEDIKASI

“DENGANA NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PEN YANG”.

Segala Pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjugan nabi Muhammad S.A.W.

Ku dedikasikan khas kepada:

Ayahanda dan Bondaku yang amat aku sayangi,

Segala doa, kasih sayang, sokongan dan perhatian dari kalian selama ini amatlah anakanda mu

ini hargai. Tiada apa yang boleh aku balas terhadap pengorbanan kalian. Hanya segulung ijazah

dan sebuah kejayaan yang aku mampu hadiahkan buat kalian sebagai tanda terima kasih yang

tidak terhingga.

Buat Adindaku,

Terima kasih diatas pengorbanan dan pertolongan kalian sepanjang kakakanda mu in bergelar mahasiswa.

Teristimewa buat Pensyarah Pembimbing,

En. Mohd Rizal Bin Said di atas tunjuk ajar yang diberikan bagi menyiapkan projek ini.

Buat Rakan-Rakan Seperjuangan,

Terima kasih di atas bantuan dan pengorbanan kalian selama mana kita kenal.

Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya dan bersama-sama mengecapi kejayaan yang

salami ini kita idamkan.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi

Pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah di Daerah

Kluang, Johor. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor pengetahuan, faktor minat dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Sampel kajian adalah seramai

45 orang Pelajar Orang Asli yang mewakili keseluruhan populasi dalam penyelidikan ini. Set

soal selidik digunakan sebagai instrument kajian dan kebolehpercayaan soal selidik ialah α =

0.67. Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statitiscal Package for social

Science (SPSS)” bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian mendapati

bahawa Pelajar Orang Asli mempunyai pengetahuan tahap sederhana terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup. Mereka juga mempunyai minat tahap sederhana terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup. Bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran pula, mereka bersetuju tahap

sederhana terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan keatas mereka. Pada

akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang

tertentu. Diharap dengan cadangan tersebut, ia dapat mengatasi masalah pembelajaran bagi

Pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

vii

ABSTRACT

This study aims to identify factors that influence student perceptions of Aboriginal Living

Skills subjects in secondary schools in the District of Kluang, Johor. The factors studied are the

knowledge factor, the factor of interest and methods of teaching and learning of Living Skills

subjects. Sample is 45 students representing the entire Aboriginal population in this research. Set

of questionnaires used as survey instrument and the reliability of the questionnaire was α = 0.67.

The findings of the data analyzed using the software "Statitiscal Package for Social Science

(SPSS)" to obtain the frequency and percentage. The findings the study found that Aboriginal

students have a moderate level of knowledge of Living Skills subjects. They also have a

moderate level of interest in Living Skills subjects. For teaching and learning methods, they

agree to a moderate level of teaching and learning methods used on them. At the end of this

study, the researchers made several recommendations to certain parties. Hopefully with the

proposal, it can solve the problem of learning for Aboriginal students on Living Skills subjects.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah… syukur ke hadrat Illahi di atas limpah, rahmat serta hidayah dari-NYA

penyelidikan ini (Projek Sarjana Muda) dapat disiapkan dengan sempurna sepertimana yang

telah dirancangkan bagi memenuhi Syarat Pengijazahan Sarjana Muda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia kepada

penyelidikan saya iaitu En. Mohd Rizal bin Mohd Said di atas pertolongan dan bimbingan beliau

sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala dorongan dan nasihat yang beliau

berikan amat berguna dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pendidikan

Daerah Kluang, pengetua ( SMK Sultan Abdul Jalil, SMK Tengku Aris Bendahar dan SMK

Kahang) dia atas kerjasama yang diberikan sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam

menjayakan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada Encik Dzulkifli bin Jamal iaitu pegawai di

Pejabat Pendidikan Daerah Kluang yang banyak menolong penyelidik dalam mendapatkan

bilangan responden yang ada di setiap sekolah menengah di Daerah Klung.

Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti

Pendidikan diatas kerjasama dan nasihat yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuang di atas pertolongan dan

nasihat secara lansung atau tidak langsung sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Haya Allah

S.W.T sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xin

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Skop Dan batasan Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.7.1 Pelajar Orang Asli 10

1.7.2 Guru Kemahiran Hidup 10

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

ix

1.7.3 Pihak Sekolah 11

1.8 Istilah Kajian 11

1.8.1 Kemahiran Hidup 12

1.8.2 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 12

1.8.3 Orang Asli 12

1.8.4 Pelajar Orang Asli 13

1.8.5 Pengetahuan 13

1.8.6 Minat 13

1.8.7 Faktor 14

1.8.8 Persepsi 14

1.8.9 kefahaman 14

1.8.10 Kemahiran 15

1.8.11 Pembelajaran 15

1.8.12 Guru 15

1.8.13 Pengajaran 16

1.9 Penutup 17

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 18

2.1 Pendidikan 21

2.2 Kemahiran Hidup Bersepadu 22

2.3 Kepentingan Faktor Pengetahuan 26

2.4 Kepentingan Faktor Minat 28

2.5 Kepentingan Faktor Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran 33

2.5 Penilaian Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran 37

2.6 Penutup 39

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

x

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Tempat Kajian/Lokasi kajian 43

3.4 Populasi Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 45

3.5.1 Bahagian A 47

3.5.2 Bahagian B 47

3.6 Skala 48

3.7 Prosedur Kajian 50

3.7.1 Carta Alir Prosedur Kajian 53

3.8 Kajian Rintis 53

3.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 54

3.10 Analisis Data 57

3.11 Penutup 59

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 60

4.2 Analisis Data Bahagian A 61

4.2.1 Jantina 61

4.2.2 Pilihan Elektif 62

4.2.3 Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga 63

4.3 Analisis Data Bahagian B 64

4.3.1 Pengetahuan Pelajar Orang Asli

Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 65

4.3.2 Minat Pelajar Orang Asli Terhadap Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup 67

4.3.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 69

4.4 Penutup 71

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Rumusan 73

5.2.1 Bahagian A 73

5.2.2 Bahagian B 73

5.3 Perbincangan 75

5.3.1 Faktor Pengetahuan Mempengaruhi

Persepsi Pelajar Orang Asli Terhadap

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 75

5.3.2 Faktor Minat Mempengaruhi Persepsi

Pelajar Orang Asli Terhadap

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 77

5.3.3 Faktor Pengajaran dan Pembelajaran

Mempengaruhi Persepsi Pelajar Orang

Asli Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup 79

5.4 Cadangan 82

5.4.1 Pihak Sekolah 82

5.4.2 Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 84

5.4.3 Pelajar 85

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.6 Penutup 87

BIBILIOGRAFI 88

Lampiran

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Taburan Bilangan Hari Pelajar Orang Asli Tidak Hadir Ke Sekolah 8

3.1 Senarai nama Sekolah dan Bilangan Populasi responden 41

3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 43

3.3 Skala Likert 45

3.4 Pekali Alpha Cronbach 50

3.5 Keputusan Analisa Nilai Kebolehpercayaan Kajian 51

3.6 Jadual Skala Lima Mata kepada Tiga Mata 53

3.7 Pemeringkatan peratusan bagi maklum balas responden pengetahuan,

Minat dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 53

4.1 Taburan Kekerapan (f) dan Peratusan (%) bagi responden

mengikut jantina 56

4.2 Taburan kekerapan (f) dan peratusan (%) responden mengikut Pilihan

Elektif Mata Pelajaran Kemahiran Hidup yang diambil

57

4.3 Taburan kekerapan (f) dan Peratusan (%) Ibu Bapa atau Penjaga

Responden 58

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

xiii

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pengetahuan Pelajar Orang Asli

terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup 59

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Minat Pelajar Orang Asli terhadap

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 62

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Kaedah Pengajaran

dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 64

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Kerangka Operasi Menjalankan Kajian 47

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

P&P - Pengajaran Dan Penbelajaran

JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PSM - Projek Sarjana Muda

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistic Package For The Social Science

f - Frekuensi

% - Peratus

KH - Kemahiran Hidup

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokalsional

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan Pelajar

C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat

D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

E Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Jabatan pelajaran Johor

F Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

G Surat Pengesahan Soal Selidik

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah

Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur

dan utara Semenanjung, menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami

semenanjung sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu. Masyarakat

Orang Asli adalah sebahagian daripada anggota masyarakat Bumiputera di negara ini.

Justeru itu mereka mempunyai hak yang istimewa sebagaimana termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan. Secara rasminya masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

2

kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli (Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli Malaysia).

Menurut Perlembagaan Malaysia, seksyen 17 Akta 134 menjelaskan perincian

hak-hak keistimewaan peruntukkan pendidikan yang diperuntukkan kepada anak-anak

Orang Asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia. Dari seksyen

ini jelas memperlihatkan bahawa Orang Asli boleh ditempatkan atau belajar di mana-

mana sekolah yang mereka mahu tanpa halangan(Undang-Undang Malaysia, Akta 134,

Seksyen 17). Mereka diberikan kebebasan dan tiada paksaan dalam belajar. Orang Asli

hendaklah mengeluarkan diri mereka dari kepompong yang menyebabkan mereka

terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam pendidikan.

Kehidupan yang lebih menumpukan kepada sara diri haruslah diubah melalui

pendidikan formal yang diterima oleh masyarakat Asli sama ada diterima di sekolah atau

institusi pengajian tinggi, ianya amat menekankan kepada ilmu yang luas dalam pelbagai

bidang. Apa yang diharapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran ialah

penerimaan pendidikan formal ini dijadikan platform terbaik memajukan kaum ini dalam

arus pemodenan Negara secara tidak langsung turut meningkatkan daya pemikiran

terhadap modenasisi dan keupayaan taraf hidup dan sahsiah diri (Kementerian Pelajaran

Malaysia).

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

3

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini turut dinyatakan didalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara (Pembangunan Pendidikan Tinggi Di Malaysia, 1957-2007)

Maka sistem pendidikan Negara adalah bertujuan untuk mencapai dua objektif

iaitu untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang perlu sebagai

persediaan menghadapi cabaran masa depan dan mengembangkan nilai-nilai setara yang

diingini untuk membentuk pelajar sebagai warganegara yang bertanggungjawab

sepenuhnya kepada negara. Kejayaan dalam menjana generasi bangsa Malaysia yang

bertamadun tinggi dan diiktiraf pada jangka waktu yang akan datang juga bergantung

kepada sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan mencakupi kedua-dua objektif

utama yang telah digariskan tersebut.

Oleh itu, Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan Mata

Pelajaran pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan

kemahiran-kemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk

mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik. Mata Pelajaran ini

diperkenalkan pada tahun 1989. Pada tahun 1991, Mata Pelajaran ini dikenali sebagai

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan dibahagikan kepada bahagian teras dan

bahagian pilihan. Bahagian teras terdiri daripada tiga komponen iaitu Kemahiran

Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari

oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan ialah Kemahiran Manipulatif Tambahan

(KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian. Semua pelajar tingkatan satu

hingga tingkatan tiga diwajibkan untuk mempelajari komponen di dalam bahagaian teras,

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

4

manakala salah satu daripada tiga komponen pilihan (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2003)

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah salah satu Mata Pelajaran

pra-vokasional yang ditawarkan untuk pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Mata

Pelajaran ini adalah salah satu Mata Pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Ia telah digubal dan diselaraskan sejajar dengan hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum

(2002).

1.2 Latarbelakang Masalah

Masyarakat Orang Asli membentuk habitat mereka sendiri yang biasanya berada

di kawasan pedalaman. Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan oleh masyarakat

Orang Asli menyebabkan mereka agak tersisih dari pembangunan yang dikecapi oleh

sebahagian besar rakyat Malaysia. Perkara ini berlakunya perbezaan yang sangat besar

dari segi sistem kepimpinan, corak ekonomi, corak penempatan dan perumahan,

pandangan terhadap dunia luar, pembalasan sosial, sistem kepercayaan dan bahasa (Mohd

Fazli, 1994).

Selain itu, Penindasan budaya kemungkinan berlaku kepada pelajar-pelajar Orang

Asli. Ini kerana terdapat perbezaan antara pelajar kaya dan pelajar yang miskin. Selain

itu, terdapat banyak dari kalangan pelajar Orang Asli yang keciciran dalam pelajaran

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

5

mereka. Ada antara mereka yang tidak tahu membaca dan lebih malangnya lagi gagal

dalam peperiksaan yang diduduki (Basir Zahrom, 2008).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2007, menunjukkan 34.31%

atau 1,322 daripada 3,853 Pelajar Orang Asli yang tamat tahun enam gagal untuk

menyambung pelajaran ke tingkatan satu pada tahun 2006 (Muhamad Bukhari, 2007). Ia

mununjukkan suatu angka yang membimbangkan terhadap pembelajaran anak-anak

Masyarakat Orang asli demi masa depan mereka. Dengan berpelajaran, dianggap sebagai

tangga untuk meningkatkan taraf sosial seseorang. Ia memberi peluang kepada individu

itu mencapai dan meningkatkan kedudukan sosialnya. Di samping itu juga, ia dapat

mengubah status dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (2010), iaitu organisasi yang menjaga

kebajikan dan kepentingan Orang Asli di Malaysia, kesedaran pendidikan dikalangan

pelajar Orang Asli masih berada di tahap rendah. Menurut Toh Kit Siang (2008) dalam

kajiannya yang bertajuk Pendidikan Orang Asli, menyatakan hampir 50 peratus pelajar

Orang Asli berhenti sekolah selepas tamat manakala sebahagian lagi sebelum peperiksaan

Penilaian Menengah Rendah.

Menurut Mohd Shafie (2010), Isu keciciran pelajaran melibatkan anak-anak

Orang Asli kian membimbangkan dengan kira-kira 2,264 orang tidak menghabiskan

persekolahan mereka sehingga ke Tingkatan Lima disebabkan pelbagai faktor. daripada

jumlah itu 1,270 orang merupakan mereka yang bersekolah hanya hingga darjah enam

manakala 994 orang lagi tidak menghabiskan persekolahan sekolah menengah. Keciciran

ini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat nilai pelajaran boleh dikaitkan dalam

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

6

kehidupan seharian (Norutul Ilham, 2010). Mereka berpendapat datang ke sekolah

hanyalah untuk peperiksaan sahaja.

Menurut Baha gi an Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1996),

Pendidikan mendapati bahawa semua pelajar yang tercicir datang daripada keluarga

keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan yang

persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran. Walaupun agak sukar

untuk menentukan punca sebenar yang menyebabkan berlakunya keciciran, kajian

mengenalpasti empat faktor yang saling berkait iaitu pelajar sendiri, keluarga,

persekitaran dan sekolah.

Sistem pendidikan sekolah atau persekitaran sekolah atau tempat belajar yang

tidak bersesuaian dengan budaya anak-anak Orang Asli . suasana persekolah lebih

mendorong anak-anak Orang Asli jadi malas ke sekolah. Persekitaran pembelajaran dan

kaedah pengajaran di sekolah-sekolah menjana faktor keciciran pelajar-pelajar Orang

Asli (Majis Suhut, 2006).

Walaupun kemudahan dalam pendidikan telah disediakan dengan begitu banyak

kepada Pelajar Orang Asli, tetapi perspektif pendidikan mereka masih jauh ketinggalan.

Menurut Shairin Harun (1999), daripada 180 orang Pelajar Orang Asli seramai 120 orang

pelajar melakukan kesalahan ponteng sekolah. Data berikut menunjukan kadar ponteng

bagi pelajar tingkatan 2 selama 106 hari persekolahan bagi 3 buah sekolah tersebut.

Taburan bilangan hari tidak hadir ke sekolah ditunjukkan dalam jadual 1.1 di bawah.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

7

Jadual 1.1 : Taburan Bilangan Hari Pelajar Orang Asli Tidak Hadir Ke Sekolah

Bil. Pelajar Bil. Hari Tidak

Hadir

Bil. Pelajar Tidak

Hadir

Peratus

120 orang

1-10

11-20

21-30

Atas 30

58

36

18

8

48.3

30.0

15.0

6.7

(Sumber : Jadual Kedatangan Sekolah)

Selain itu, terdapat beberapa punca telah dikenalpasti yang menyebabkan masalah

pembelajaran oleh Pelajar Orang Asli. Antaranya adalah keadaan ekonomi yang tidak

mengizinkan, motivasi ibu bapa terhadap pelajaran, kurang kesedaran kepentingan ilmu,

kurang bijak menggunakan peluang pelajaran, tidak minat untuk belajar dan kurang

tertarik terhadap pengajaran yang dijalankan (Zuzila Dzulkifli, 1998).

Oleh hal yang demikian, permasalahan pembelajaran bagi Pelajar Orang Asli kian

membimbangkan. Jika ia dibiarkan ia mungkin akan mendatang kesan buruk Masyarakat

Orang Asli dalam persaingan era serba moden dan teknologi canggih ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi Pelajar Orang Asli Terhadap

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Daerah Kluang, Johor. Ia dijalankan di Sekolah

Menengah di Daerah Kluang, Johor. Selain itu pengkaji juga ingin mengetauhi persepi

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

8

Pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup, melalui tiga pemboleh

ubah iaitu pengetahuan, minat dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup.

1.4 Objektif Kajian

a) Mengenalpasti faktor pengetahuan mempengaruhi persepsi pelajar Orang Asli

terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

b) Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi persepsi pelajar Orang Asli terhadap

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

c) Mengenalpasti faktor kaedah pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi

persepsi pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

1.5 Persoalan Kajian

a) Apakah pengetahuan Pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup.

b) Apakah terdapatnya minat dikalangan pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR MOHD

9

c) Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

bagi Pelajar Orang Asli.