evolusi & transformasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

evolusi & transformasi

Citation preview

20

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIASEMESTER 2 SESI 2013/2014

SKSE 3113: EVOLUSI DAN TRANSFORMASI SOSIO-EKONOMI MALAYSIA

BINCANGKAN DAN BUAT ULASAN SECARA KRITIKAL TULISAN AZLAN TAJUDDIN, MALAYSIA IN THE WORLD ECONOMY 1824-2011.

FAHRUR RAZI BIN NASUKA A140496

PENSYARAH:PROF. DR. NORDIN HUSSIN

ISI KANDUNGANHALAMAN

1.0PENDAHULUAN1.1 Kapitalisme1.2 Demokrasi

567

2.0SEJARAH AWAL KOLONIALISASI DAN KAPITALISME DI MALAYSIA2.1 Pengukuhan Politik kolonialisasi dan kapitalisme di Malaysia

9

10

3.0KESAN KEMUNCULAN KOLONIALISME DAN KAPITALISME DI TANAH MELAYU3.1 EKONOMI 3.1.1 Transformasi komoditi ekonomi tanah melayu dan kesannya3.1.2 Diskriminasi terhadap tanaman tradisional dan orang melayu3.1.3 Pengenalan system dasar ekonomi bebas3.1.4 Pengenalan dualism ekonomi

3.2 SOSIAL3.2.1 Sejarah kemunculan masyarakat majmuk di Malaysia3.2.1.1 Sejarah kemasukan Imigran Cina3.2.1.2 Sejarah kemasukan Imigran India

3.2.2 Kesan kemasukan imigran terhadap masyarakat ditanah melayu3.2.2.1 Polarisasi kaum3.2.2.2 Kemunculan strasifikasi social3.2.2.3 Ketidakstabilan pengagihan kekayaan mengikut kaum3.2.2.4 Ketidakadilan dalam proses urbanisasi dan pembangunan

3.3 STEREOTAIP BRITISH TERHADAP BANGSA DI TANAH MELAYU DAN KESANNYA

12

12

13

16

1819

1919

2021

22242323

24

26

4.0PENERUSAN PEMECAHAN IDENTITI MENJELANG KEMERDEKAAN 4.1 Ethnonasionalisme ditanah melayu sebelum merdeka4.1.1 Ethnonasioanalisme bangsa cina4.1.2 Ethnonasionalisme india4.1.3 Ethnonasionalisme melayu

4.2 Reaksi British terhadap kemunculan ethnocentrisme ditanah melayu

27

28282930

32

5.0GOLONGAN ELIT TANAH MELAYU DAN PERANAN DALAM KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 5.1 Permulaan gabungan kerjasama golongan elit 5.2 Pengaruh golongan elit di sabah dan sarawak 34

35

36

6.0PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN KUASA ELIT DI TANAH MELAYU SELEPAS MERDEKA

6.1 Pengukuhan kuasa elit melalui perkembangan ekonomi tanah melayu sehingga 1970

6.2 pengukuhan kuasa elit dan ancaman yang timbul6.2.1 isu pendidikan6.2.2 isu bahasa6.2.3 isu ekonomi

6.3 Ketegangan kaum dan peristiwa 13 Mei

37

37

39394042

42

7.0 PEMERINTAHAN GOLONGAN ELIT DAN PENGEKALAN KUASA POLITIK7.1 Pengekalan kuasa melalui pengenalan Dasar ekonomi Baru

7.2 Dasar Ekonomi Baru dan peningkatan ekonomi Malaysia7.2.1 Pengenalan dasar-dasar ketika DEB

7.3 Permasalahan didalam DEB dan Usaha pengekalan hegemony UMNO

43

44

4747

49

8.0 PENERUSAN DASAR EKONOMI MALAYSIA SELEPAS DEB51

9.0 PENGUKUHAN HEGEMONY UMNO MELALUI KAWALAN POLITIK TERHADAP RAKYAT DAN MEDIA DAN KESANNYA TERHADAP DEMOKRASI Di MALAYSIA 9.1 Kawalan atas proses pilihanraya9.2 Kawalan keatas system kehakiman Negara9.3 Kawalan terhadap institusi beraja9.4 Kawalan terhadap system kepolisan Negara9.5 Pengenalan akta-akta draconian9.6 Kawalan terhadap media arus perdana52

535557585959

10.0Kepesatan globalisasi dan kesannya pada pola politik Malaysia

60

11.0 KESIMPULAN

62

12.0RUJUKAN

64

1.0 PendahuluanPengaruh British didalam negeri-negeri ditanah melayu secara rasminya bermula pada tahun 1824 iaitu setelah perjanjian British-Belanda dimetrai. Pada ketika itu tanah melayu berada dibawah pengaruh Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI) sebelum beralih ke pejabat colonial terus dari London pada tahun 1867.[footnoteRef:1] Pengaruh yang juga secara rasminya tamat apabila tanah melayu merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 telah membawa banyak perubahan dari segi aspek ekonomi, social dan politik yang mencorakkan Malaysia seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Campur tangan british selama 133 tahun di Malaysia telah membentuk satu acuan yang dijadikan panduan dalam politik system pemerintahan dan juga ekonomi Negara kita yang mana ianya secara tidak langsung telah mempengaruhi corak sosial masyarakat berbilang kaum dinegara kita sehingga hari ini.[footnoteRef:2] Ketidakselarian diantara kemajuan ekonomi yang dikecapi negara kita yang dipengaruhi oleh sistem kapitalisma barat melalui proses imperialis dengan hasil pendemokrasian dan persamaan kekayaan yang diperoleh oleh segenap kaum dalam sistem lapisan masyarakat telah menimbulkan banyak tanda tanya. Pemerkasaan system demokrasi di Malaysia yang semakin lama semakin rendah dan tidak seiring dengan kemajuan ekonomi yang dikecapai juga merupakan satu lagi persoalan besar yang timbul. Segala persoalan dan tanda tanya ini merupakan tema dan fokus utama yang dibawa oleh Dr. Azlan Tajuddin didalam buah tangan utamanya mengenai Malaysia yang bertajuk Malaysia in the world economy 1824-2011 yang telah diterbitkan pada tahun 2012. Objektif penulisan ini pula ditulis adalah untuk membincangkan dan membuat ulasan secara kritikal mengenai buku ini tanpa sebarang unsur prejudis kepada mana-mana pihak. [1: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 20] [2: Ibid., hlm xvi]

Berbalik semula kepada persoalan penulisan Azlan Tajuddin ini, Terdapat enam objektif didalam buku ini yang harus diutamakan sebelum dapat menjawab persoalan ini dengan kritis iaitu:i) Factor perspektif sejarah dalam mempengaruhi masalah politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di Malaysia pada hari ini bermula dari penguasaan British pada 1824 hingga fasa industriliasasi pada 2011.[footnoteRef:3] [3: Ibid., hlm 2]

ii) Melihat transisi penerus elemen demokrasi dan kapitalis dari zaman kolonialisme ke zaman pemerintahan golongan elit. iii) Mengkaji strategi yang dilakukan oleh parti pemerintah yang diketuai UMNO dalam mengekalkan kuasa politiknya dan kesannya kepada system pendemokrasian Negara.

Didalam menjawab dan menghuraikan kepada persoalan utama penulisan buku Azlan Ghazali ini harus dikenal pasti beberapa kata kuncinya yang menjadi pandu arah penulisan ini iaitu kolonialisme, kapitalisme, ethnicity, demokrasi dan industrialisasi.1.1 KapitalismeAspek pertama yang menjadi asas didalam penulisan buku karya Azlan Tajuddin ini yang harus difahami terlebih dahulu sebelum membedah buku ini dengan lebih dalam lagi adalah mengenai system kapitalisma. Perkataan kapitalisma ini definisinya lebih menjurus kepada system ekonomi dan hal ini jugalah yang menjadi teras kepada penulisan buku ini. Ekonomi kapitalis boleh didefinisikan sebagai ekonomi yang menjadikan unsur pengeluaran menjadi hak milik orang persendirian yang bebas untuk memiliki harta bagi meraih keuntungan. Kebebasan disini lebih menekankan kepada kebebasa dari campurtangan daripada kerajaan. System ekonomi kapitalisme ini digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan juga pendapatan. System ekonomi kapitalis ini dibawa ketika kolonialisme inggeris berlaku dinegara kita dimana ia telah mengalihkan asas ekonomi sistem tradisional pertanian feudal tanah melayu pada ketika itu kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis yang diperkenalkan barat ini adalah 100 peratus berorientasikan keuntungan semata-mata dan aspek kebajikan pekerja tidak langsung berada dialam pertimbangan dan ianya diperkenalkan hanyalah untuk memudahkan proses mendominasi dan merompak kekayaan hasil bumi tanah melayu. Kemasukan unsur ekonomi yang mementingkan modal dan keuntungan atau disebut ekonomi kapitalis ini telah membawa kepada perubahan pola ekonomi dan perdagangan di Tanah Melayu.[footnoteRef:4] [4: Jomo Kwame Sundaram, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Malaysia . 1988, Kuala Lumpur : DBP,hlm 158]

Penguasaan system kapitalis ini berterusan bukan sahaja ketika British menjadi penguasa di Tanah melayu, malah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan sekalipun struktur ini tidak banyak berubah, kalau adapun hanya bercorak peripheral. Misalnya, kalau dahulu teraju pemerintahan ditangan inggeris, kini telah diambil alih oleh orang-orang Malaysia sendiri tetapi pengaplikasiannya, tetap sama. Apabila pemerintah dan pegawai tadbir tempatan mengambil alih kuasa dan pentadbiran Negara ini mereka juga mewarisi berbagai warisan yang ditinggalkan oleh penjajah. Termasuk didalamnya ialah struktur, ciri dan masalah masyarakat yang telah dicipta oleh penjajah inggeris semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka. Diantaranya ialah masalah kemiskinan, buta huruf, pengangguran, kemunduran sector ekonomi desa, perpaduan kaum, pelajaran dan sebagainya. Asas dan skop perkembangan kapitalis di Malaysia sebenarnya banyak dipengaruhi oleh gabungan sejarah ketika zaman colonial dan perkembangan istitusi budaya tempatan yang telah menyebabkan munculnya satu permasalah ekonomi politik yang unik di Malaysia.[footnoteRef:5] [5: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 2]

Zaman kolonialisme dan pengenalan system kapitalisme sememangnya telah menyebabkan berlakunya diskriminasi terhadap masyarakat tempatan. Hal ini adalah kerana system ekonomi, social dan politik tempatan telah dilemahkan oleh pengaruh luar dan menyebabkan mereka ini tidak mampu untuk menentang. System pecah dan perintah yang diperkenalkan juga semakin membantutkan lagi usaha untuk melakukan penentangan kerana tiadanya kesatuan diantara mereka.[footnoteRef:6] [6: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 7 ]

1.2 Demokrasi Satu lagi aspek yang diutamakan didalam penulisan buku karya Azlan Tajuddin ini adalah mengenai pendemokrasian system politik di Malaysia yang terhasil daripada pengaruh kolonialisme barat. Demokrasi merupakan satu ideology politik yang diagungkan oleh eropah yang dianggap sebagai system politik yang terbaik didunia. System ini lahir selepas zaman kegelapan di eropah yang didasari oleh fahaman liberalisme dan positivism yang mengangkat dan menekankan aspek kebebasan dalam membuat pilihan dan juga satu fahaman yang mengangkat individualisme. Pada hari ini, system politik ini telah menjadi satu idealisme global yang paling terkenal. Pada hari ini, fahaman liberalisme ini bukan sahaja merangkumi aspek politik demokrasi sahaja tetapi telah berkembang cabangnya kepada pelbagai aspek kehidupan dengan menggunakan pelbagai istilah baru seperti tetapi masih menggunakan jenama demokrasi seperti negara-bangsa, masyarakat sivil, keadilan sosial, kedaulatan rakyat, kebebasan bersuara, kapitalisme dan sebagainya. Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah Negara demokrasi dari segi teorinya kerana mempunyai tujuh prinsip utama didalam demokrasi iaitu kebebasan bersuara, media massa yang tidak berpihak, pilihanraya yang diadakan secara konsisten, kebebasan daam berorganisasi dan berpesatuan, pemerintahan berasaskan majority, keadilan dalam hak minority dan akhir sekali badan kehakiman dan perundangan yang bebas dan berkecuali. Hampir kesemua ciri ini terdapat didalam perlembagaan persekutuan Negara kita. Oleh yang demikian, dari segi teorinya sememangnya Malaysia boleh dikatakan sebagia sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi acuan barat tetapi dari segi praktikalnya, ianya jauh sekali menyimpang. Hal ini dipersetujui ramai sarjana barat seperti Von Vorys yang menggelar demokrasi di Malaysia adalah bersifat palsu dan separuh.[footnoteRef:7] Dan kenyataan ini disokong oleh sarjana Crouch yang menggelar demokrasi Malaysia bersifat tertutup dan terhad.[footnoteRef:8] Segala gelaran dan kenyataan mengenai demokrasi di Malaysia adalah sangat berasas kerana sistem politik dan pentadbiran moden di Tanah Melayu pada dahulunya dan Malaysia pada hari ini sebenarnya hanya diwarisi dan diubah suai dari penjajah Inggeris yang juga melibatkan idea demokrasi. Demokrasi yang diamalkan diMalaysia pada hari ini juga dilihat dalam keadaan nazak dimana pengamalan prinsip-prinsip asas demokrasi ini dilihat semakin terhakis . [7: Von Vorys, Karl, Democracy without consensus, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, hlm 342] [8: Harold Crouch, Government and Society in Malaysia, Australia: Allen & Unwin, 1996, hlm 233]

Perkembangan demokrasi yang dibawa oleh barat mudah diadaptasi di Tanah melayu kerana kekondusifan system disini yang banyak dipengaruhi oleh corak sosio-budaya masyarakat Melayu yang bersifat feudal yang dapat dilihat menerusi autonomi dan kuasa yang dinyahpusatkan antara sultan dan pembesar.[footnoteRef:9] Britih tidak membuat perubahan secara drastic dalam aspek politik apabila mula menjajah tanah melayu sebaliknya mengekalkan system yang sedia ada kerana bagi mengelakkan penentangan terhadap pentadbiran Inggeris dan bagi memudahkan proses transisi sistem pentadbiran tradisional ini kepada sistem pentadbiran yang lebih moden dan sistematik iaitu system demokrasi. [9: J.M Gullick, Indigenous political system of western Malaya, London: Athlone Press, 1988, hlm 31]

Kolonialisme di Malaysia ini dipermudahkan dengan kewujudan system sultan atau beraja diMalaysia, sebuah system tertinggi di Malaysia pada ketika yang hanya tinggi pada luarannya tetapi lemah dari dalamnya. System ini juga mendapat sokongan penuh oleh seluruh rakyat dan apabila pihak British Berjaya menguasai system kesultanan ini dengan tipu helah dek kedangkalan pemimpin itu sendiri, maka urusan untuk mendapat persetujuan dari rakyat menjadi mudah dan urusan menjadi hegemoni di tanah melayu pada ketika itu berjalan lancar.[footnoteRef:10] Dalam melihat dan membincangkan mengenai perubahan yang berlaku terhadap sosio-ekonomi di Malaysia pada hari ini, aspek susur galur sejarah terhadap semua ini yang dinadikan oleh sejarah kolonialisme inggeris ditanah melayu dan telah didasari oleh system ekonomi kapitalisme dan politik demokrasi haruslah diahami terlebih dahulu. [10: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 4 ]

2.0 Sejarah awal kolonialisasi dan kemunculan kapitalisme di MalaysiaSebelum pergi terus mendalam kepada menjawab persoalan soalan ini, adalah lebih bersesuaian sekiranya melihat serba sedikit susur galur sejarah kemasukan pengaruh Inggeris ditanah melayu ini. Dari segi kronologi sejarahnya, kedatangan pengaruh inggeris ke tanah melayu dikatakan telah bermula sejak abad ke-16 yang didasari oleh aspek perdagangan ataupun ekonomi. Pengaruh British di bahagian asia dilihat lebih signifikan bermula pada abad ke-18 melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI) dan hal ini didorong oleh kerancakan revolusi industri di eropah yang menuntut mereka untuk meluaskan empayarnya bagi mencari bahan mentah dan mendapatkan tempat pasaran baru. Disebabkan oleh penurunan pengaruh Melaka sebagai pelabuhan yang penting, kedudukan ini telah diambil alih oleh pelabuhan Batavia yang dikuasai oleh Belanda. Pihak British pula pada ketika itu mempunyai pelabuhan pulau pinang yang semakin berkembang, walaubagaimanapun, kedudukan geografi pulau pinang yang agak jauh dari aktiviti maritime serantau telah menyebabkan ianya agak mustahil untuk menyaingi pelabuhan Batavia. Hal ini ditambah lagi dengan peraturan polisi yang tidak membenarkan British East India Company (BEIC) untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri di tanah melayu. Walaubagaimanapun, hal ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak didalam BEIC seperti Stamford Raffles dan bermula dari hal inilah bermulanya pengaruh British di tanah melayu.[footnoteRef:11] [11: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 29]

Pembukaan Singapura oleh Raffles pada tahun 1819 telah menonjolkan Singapura sebagai sebuah pusat perdagangan bebas yang terkemuka di dunia.[footnoteRef:12] Proses penaklukan Singapura ini dilakukan secara diplomasi dan hanya menggunakan tipu helah keatas kedangkalan beberapa pemimpin johor pada ketika itu dan juga dibantu oleh keadaan politik yang kucar-kacir.[footnoteRef:13] Walaubagaimanapun, penguasaan British terhadap Singapura telah menggusarkan satu lagi kuasa besar penjajah di rantau ini iaitu Belanda.[footnoteRef:14] Berikutan hal ini, suatu perjanjian diantara British dan Belanda telah dilakukan pada 17 Mac 1824 di London yang dikenali sebagai Treaty Of Commerce and Exchange Between Great Britain and Netherland bagi menyelesaikan segala permusuhan ini.[footnoteRef:15] Perjanjian ini juga lebih dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda.[footnoteRef:16] Bermula dari tarikh inilah proses kolonialisasi yang membawa sama system kapitalis ini bermula secara rasmi di tanah melayu. [12: Singapura dijadikan pelabuhan bebas pada 6 Febuari 1819 dan pengisytiharaan secara rasmi hanya dibuat pada 1 Januari 1823. Lihat C. M. Turnbull, A History of Singapore 1819-1975,: Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1977, hlm. 13.] [13: L. A. Mills, British Malaya 1824-1867, Oxford University Press, 1966, Kuala Lumpur, hlm. 53-55.] [14: Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: DBP, 1988, hlm 109-100.] [15: The Consolidated Treaty Series 1969, Jilid, 78, New York: Ocean Publication Inc Dobbs Ferry, hlm. 88.] [16: Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri. Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah berkaitan dengan isu kewilayahan dan syarat-syarat perdagangan. Antaranya ialah Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura, British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut, Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera, Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak 100000 kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya. Lihat Abdullah Zakaria Ghazali, Istana dan Politik Johor 1835-1885, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1997.]

Disebelah Borneo pula, skrip yang hampir sama telah berlaku dan hanya dibezakan dari segi angka tarikh dan nama wataknya sahaja. Watak utama didalam proses kemasukan kolonialisma di Sarawak adalah seorang pengembara inggeris bernama James Brooke yang tiba di Kuching pada 11 Ogos 1839. Akibat daripada konflik dalaman Brunei yang berlarutan pada ketika itu, khidmat James Brooke telah digunakan untuk menangani pemberontakan yang berlaku dan beliau Berjaya melakukan misi tersebut dengan bantuan askar-askar beliau yang terdiri daripada penduduk tempatan sendiri.[footnoteRef:17] Hasil jasanya itu, beliau telah menuntut hamper dua pertiga tanah di Sarawak dan sultan Brunei pada ketika itu terpaksa akur maka pada 24 September 1841, bemulalah dinasti Brooke di Sarawak. Bagi memastikan kelancaran proses kapitalisme dan kelangsungan pemerintahan beliau, Brooke telah memisahkan hubungan diantara orang melayu dan orang iban dari segi sosio-politiknya.[footnoteRef:18] Pengaruh kawasan jajahan Brooke ini terus diluaskan ke bahagian timur Sarawak pula iaitu dari kawasan rejang hingga ke sungai Balingian masing-masing pada tahun 1853 dan 1861.[footnoteRef:19] Sarawak juga diiktiraf sebagai sebuah negeri yang merdeka oleh Great Britain dan berada dalam lindungan British pada 1888. [17: D.S.Ranjit Singh, Brunei 1839-1983: The Problem Of Political Survival, Singapore: oxford Universiy Press, 1984, hlm 48-49] [18: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 35] [19: Venon Mullen, The Story of Sarawak, Kuala Lumpur: Oxford University Press,1967, hlm 54.]

Bagi satu lagi negeri di Borneo iaitu Sabah pula, proses kolonialisasi bermula secara rasminya apabila Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang ditubuhkan pada 1878 mula beroperasi menorah kekayaan hutan di Sabah pada tahun 1881. Pada tahun 1888 pula, negeri Sabah ini di letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Sabah di bawah pengaruh British. Walaupun kedua-dua negeri borneo ini dibawah British, tetapi bahagian pentadbiran dan pengurusannya dilakukan sepenuhnya oleh James Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah. Hal ini adalah disebabkan oleh kos pengendalian yang tinggi dan sumber utama dikedua negeri ini tidaklah menjadi permintaan utama di dagangan dunia. Walaubagaimanapun, British tetap menyokong Brooke dan SBUB dalam mengerah kekayaan ekonomi di dua negeri ini kerana pihak British akan tetap terkena tempiasnya melalui pengenalan cukai dagangan.[footnoteRef:20] [20: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 35-36.]

2.1 Pengukuhan kolonialisasi dan kapitalisme di MalaysiaPenguasaan British dikukuhkan di tanah melayu melalui pengenalan negeri-negeri selat yang melibatkan gabungan negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura pada tahun 1826. Pada 1867 pula, British telah memilih Singapura sebagai pusat pentadbiran kepada negeri-negeri selat kerana kedudukannya yang strategic dan keadaan ekonomi pelabuhannya yang lebih maju berbanding dua lagi negeri selat yang lain. Negeri-negeri selat pada ketika itu juga telah dinaiktaraf menjadi jajahan takluk inggeris atau dikenali sebagai Crown Colony.[footnoteRef:21] [21: Tan Ding Eing, A portrait of Malaysia and Singapore, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1977, hlm, 72. ]

Tahap kolonialisasi British terus subur dengan pengenalan beberapa polisi dan peraturan baru seperti pengenalan system residen pada tahun 1874. System residen ini dibina bagi mengukuhkan penguasaan British di negeri-negeri ditanah melayu yang kaya dengan bahan mentahnya. System residen ini juga telah menyebabkan munculnya kuasa baru yang lebih tinggi berbanding sultan dinegeri melayu. Nasihat residen didalam urusan politik dan pentadbiran negeri-negeri melayu ini adalah bersifat mandatory dan tidak boleh dibantah. Walaubagaimanapun, ruang lingkup kuasa residen ini tidak mencampuri urusan agama islam serta adat istiadat Melayu.[footnoteRef:22] Hal ini kerana British tahu bahawa dua elemen ini merupakan elemen yang paling sensitive bagi orang melayu pada ketika itu, dan urusan mencampurinya akan boleh menyebabkan berlakunya penentangan berskala besar. Dua hal ini juga tidak menarik minat British kerana apa yang ditekankan pada ketika itu adalah ekonomi kapitalis semata-mata. Kewujudan sistem Residen di Tanah Melayu bermula di Negeri Perak kesan dari Perjanjian Pangkor pada tahun1874. Keadaan kekacauan di Perak akibat perang saudara antara kumpulan kongsi gelap Cina serta perebutan kuasa antara pembesar Melayu pada masa itu telah digunakan oleh British untuk campur tangan.[footnoteRef:23] Selepas pengenalan system residen ini di negeri perak, tiga lagi negeri yang juga kaya dengan sumber bijih timahnya menerima nasib yang sama melalui cara yang hamper sama seperti negeri perak iaitu Selangor pada tahun 1874, Negeri Sembilan pada tahun 1874 dan Pahang pada 1888. Negerinegeri ini akhirnya digabungkan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNBM) pada tahun 1896.[footnoteRef:24] Bermula dari tarikh tersebut, system federalisme mula diguna pakai. [22: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 31] [23: Leon Comber, 13 May 1969 : A Historical of Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur:Heinemann Asia.1983, Hlm 8] [24: Hasil perbincangan yang lebih mendalam mengenai system residen ini juga boleh dilihat didalam buku Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 30-34.]

Bagi melengkapkan lagi rajah penguasaan British diseluruh negeri disemenanjung tanah melayu, maka lima lagi negeri ditanah melayu pada ketika itu juga disatukan dibawah satu pemerintahan iaitu Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu(NNMTB) iaitu didahului dengan 4 buah negeri dibawah siam iaitu Perlis, Kedah ,Kelantan serta Terengganu dan dilengkapkan dengan penyertaan negeri Johor pada tahun 1914. Setiap negeri NNMTB ini akan diletakkan seorang residen. [footnoteRef:25] [25: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 37-42]

Secara keseluruhannya, bermula dari tahun 1874 hinggalah ke tahun 1914, British telah membawa system pentadbiran baru di negeri-negeri Tanah Melayu bagi melicinkan urusan kolonialisme dan kapitalisme secara berperingkat iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Dalam pentadbiran baru ini ,bagi NNMB ianya diketuai oleh residen bagi negeri dan Penolong Residen bagi peringkat jajahan atau daerah dan bagi NNMTB pula ia melibatkan gandingan antara Penasihat dan Penolong Penasihat. Bagi negeri-negeri selat pula, pemerintah tertingginya ialah Gabenor. Kesemua wilayah-wilayah ini ditadbir oleh satu pusat pemerintahan di Singapura iaitu Pesuruhjaya Tinggi. Pada tahun 1909 juga sebuah Majlis Persekutuan dibentuk bagi NNMB. Ianya dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi, dan dianggotai oleh residen umum, empat orang Sultan empat orang residen dan empat orang wakil penduduk yang dilantik sebagai anggota tidak rasmi dan menjadi wakil bagi kepentingan perladangan. Tugas penting Majlis Persekutuan adalah untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi dalam menggubal dasar-dasar di Tanah Melayu. British juga turut memperkenalkan Perkhidmatan Awam Malaya(MCS) bagi mengatasi masalah pentadbiran. Pada mulanya pentadbiran ini hanya dikhaskan untuk pegawai-pegawai British sahaja. Perjawatan yang dibuka untuk orang Melayu hanyalah Perkhidmatan Pentadbiran Melayu(MAS). Pentadbiran MAS lebih rendah berbanding MCS serta tempoh perkhidmatannya jauh lebih pendek berbanding MCS. Ini bermakna orang Melayu tidak boleh menjadi Residen. British turut menubuhkan system pendidikan untuk orang Melayu bagi diserapkan di dalam pentadbiran. Maktab Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada tahun 1905 khusus untuk mendidik dan memberi latihan kepada bakal pegawai Melayu[footnoteRef:26] Kebanyakan kerabat diraja sahaja yang terpilih untuk memasuki maktab ini. penubuhan beberapa institusi pendidikan elit ini juga bertujuan melahirkan golongan elit yang pro kepada British yang dimahukan menjadi penyambung pengauh British apabila setelah merdeka. Selain itu British juga turut menubuhkan pasukan keselamatan seperti polis dan askar. Kebanyakan keanggotaan pasukan keselamatan ini dianggotai oleh orang Melayu serta sesetengahnya merupakan anggota upahan yang dibawa masuk dari luar Tanah Melayu. Kemajuan ekonomi pada masa itu menyebabkan British mampu menanggung angkatan tentera dan polis yang besar itu. Pasukan ini telah diberikan latihan khas yang sama dengan latihan pasukan keselamtan di Barat. [26: Khasnor Johan. The Emergence of The Modern and Malay Elite. Singapore: Oxford Univ. Press. 1984, hlm 54]

Kedatangan British ditanah melayu ini tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya Pertapakan British ini telah merubah 360 darjah sistem politik dan ekonomi di tanah melayu dimana mereka telah membawa dan memasukkan pengaruh unsur demokrasi dalam system politik dan kapitalisme dalam ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya dualisme ekonomi dalam masyarakat di tanah melayu yang berbilang kaum dan bangsa. Pengaruh kolonialisasi British ini juga telah membawa masuk system pentadbiran yang moden berkiblatkan barat seperti kemuncuan badan legislative, system perundangan inggeris dan birokrasi moden barat. 3.0 Kesan kemunculan kolonialisme dan kapitalisme di tanah melayu3.1 EkonomiSatu kesan utama yang dapat dilihat hasil kedatangan penjajah barat dan pengenalan system kapitalis di tanah melayu yang juga menjadi penekanan didalam buku penulisan Azlan Tajuddin ini adalah mengenai transformasi ekonomi yang berlaku. Kekayaan sumber asli di tanah melayu pada suatu ketika dahulu telah menarik minat pihak luar untuk membolot semua kekayaan di tanah melayu melalui proses kolonialisme dan neo-kolonialisme. Pengaruh british di tanah melayu hadir bersama ideology pegangan ekonominya iaitu kapitalisme. System kapitalisme ini pula membawa nadi sekularisme dalam ekonomi atau juga laizzes faire yang berpaksikan kepada kepentingan modal dan keuntungan semata-mata.[footnoteRef:27] Pencetus kepada hal ini juga adalah datang dari revolusi industry yang tercetus pada abad ke-17 di eropah yang menuntut british mencari tanah jajahan yang subur dan kaya dengan sumber mentahnya terutamanya bijih timah. [27: Jomo Kwame Sundaram, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Malaysia . Kuala Lumpur : DBP, 1988, hlm 158]

Kedatangan Perkembangan system ekonomi kapitalis ini telah memberikan pelbagai kesan jangka panjang kepada masyarakat tempatan seperti terhapusnya system ekonomi feudal yang digantikan dengan system ekonomi semi-feudal dan semi-kapitalis yang mengangkat penggunaan mata wang sebagai medium pertukaran. System ini juga telah menyebabkan ekonomi Malaysia terikat dengan system jaringan ekonomi kapitalis dunia. Menerusi system wang ini jugalah, bermulanya penanaman tanaman komersial di kawasan luar Bandar seperti getah yang sangat diperlukan oleh Inggeris untuk tujuan perindustrian disana. Disebabkan harga komoditi ini tidak dapat dikawal sendiri oleh pengeluar iaitu masyarakat petani tanah melayu dan terpaksa bergantung harap kepada untung nasib pasaran kapitalis dunia, maka hal ini telah menyebabkan kehidupan mereka merosot kerana kebergantungan hidup hanya disandarkan terhadap tanaman tersebut.[footnoteRef:28] [28: Lim Teck Ghee, Peasant and their Agriculture Economy in Colonial Malaya 1874-1941, O.U.P, Kuala Lumpur, 1977]

Penjajahan berorientasikan ekonomi juga menandakan pengakhiran zaman imperial Preference di tanah melayu oleh british. System ekonomi kapitalis yang dibawa ini sememangnya merubah corak ekonomi ditanah melayu dan membawa angin sepoi transformasi yang baik tetapi pada masa yang sama juga membawa ribut malapetaka terutamanya kepada orang melayu yang rata-rata merupakan petani miskin kerana tidak mampu bersaing dengan pihak colonial terutamanya dari segi modal. Keadaan ekonomi tanah melayu yang tiada kuasa dominan dari golongan tempatan telah memudahkan usaha pihak kolonial British untuk terus mendominasi hasil ekonomi di bumi Melayu. Walaupun apabila dilihat dari segi angka dan nombor-nombor, sememangnya memperlihatkan kemajuan ekonomi di tanah melayu terutamanya menjelang suku akhir kurun ke-19, tetapi kekayaan tidak tersebut tidak sampai kepada rakyat sebaliknya dibolot semua oleh pihak inggeris dan apa yang lebih teruk lagi, ekonomi kapitalis ini telah merubah landskap politik dan sosioekonomi negeri-negeri di Malaysia. 3.1.1 Transformasi komoditi ekonomi tanah melayu dan kesannyaKesan perubahan pertama kedatangan kapitalisme ini adalah transformasi ekonomi orang melayu daripada mix-substance kepada komersial. Masyarakat melayu sebelum kolonialime berlaku mengamalkan system ekonomi sara diri atau juga separa-sara diri. Sistem ekonomi sara diri telah diamalkan dan dilalui oleh masyarakat Melayu tradisional dan berubah kepada separa-sara diri apabila beberapa keperluan terpaksa diperolehi melalui proses jual beli. Jenis ekonomi ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu pertanian darat dan lautan. Antara contoh aktiviti ekonominya adalah seperti pertanian, menternak binatang, mengumpul hasil hutan, memburu binatang dan perikanan.[footnoteRef:29] [29: R.O. Wistedt, The Malays A Cultural History, London, Routledge and Paul LTD, 1961, hlm.121.]

Didalam sector pertanian sara diri yang diamalkan, penanaman padi yang terdiri daripada padi huma dan padi sawah merupakan antara tanaman yang paling terkenal. Ianya dapat dilihat banyak di Kelantan dan kedah pada ketika itu. Seperti di kedah pada awal abad ke-17, berlakunya perubahan pusat penanaman padi sawah iaitu dari Merbok dan Kuala Muda ke bahagian selatan daerah Kedah.[footnoteRef:30] Hal yang sama juga berlaku di Kelantan dan ini dibuktikan didalam buku pelayaran Abdullah.[footnoteRef:31] Satu lagi jenis aktiviti ekonomi orang melayu tradisional adalah aktviti perlombongan. Orang melayu sebenarnya sudahpun memulakan aktiviti perlombongan bijih timah ini sebelum kedatangan imigran cina melalui system mendulang. Aktiviti mendulang ini sebenanrnya sudah dimulakan sejak zaman kesultanan Melaka lagi dan ianya menjadi aktiviti ekonomi utama dibeberapa tempat seperti di Perak, Selangor dan kedah. Ianya dapat dilihat berlaku dikawasan-kawasan hulu sungai dan aktviti ini melibatkan pengawasan dari pembesar-pembesar kerana nilai komersial yang dimiliki oleh bijih timah ini.[footnoteRef:32] [30: S. Robert Aiken, Colin H. Leigh dan Michel R. Mass, Development and Environment in Peninsular Malaysia, Singapore, Mc-Graw-Hill International Book Company, 1982, hlm, 126] [31: Kassim Ahmad, Kisah pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur, 1970, hlm 10] [32: Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan, 1983, hlm 109]

Apabila proses kolonialisasi british mula masuk ke tanah melayu, aktiviti ekonomi orang melayu pada ketika itu telah bertukar 360 darjah hasil dari pengenalan jenis ekonomi kapitalisme dan komersial. System ekonomi yang berasaskan keuntungan telah menyebabkan beberapa transformasi seperti rombakan jenis tanaman didalam pertanian pada ketika itu kepada pertanian komersial seperti getah, pengambil alihan perlombongan bijih timah dan system baru didalam aktiviti pertanian tradisional sedia ada. Antara jenis tanaman komersial yang paling awal diperkenalkan adalah tanaman ubi kayu di beberapa tempat seperti di Selangor, kuala lumpur dan linggi sekitar 1880-an. Jenis tanaman ini banyak diusahakan oleh pemodal dan pengusaha cina seperti Yap Ah Loy di Kuala Lumpur.[footnoteRef:33] Selain itu, tanaman gambir dan lada hitam juga merupakan antara tanaman yang dikomersialkan. Pada tahun 1822, dicatatkan bahawa hamper 20 ladang gambir direkodkan di singapura.[footnoteRef:34] Walaupun dua tanaman ini telah ada pada awal abad ke-18 di Singapura dan Johor, tetapi ianya mula dikomersialkan pada 1880-an di Selangor dan ini telah menarik ramai pelabur asing sehingga menubuhkan syarikat seperti Messr Hill and Rathbone yang pada tahun 1888, telah Berjaya mendapatkan hak tanah seluas 10000 ekar di Selangor hanya untuk tanaman gambir, lada hitam dan kopi.[footnoteRef:35] [33: J.M.Gullick, A History of Selangor, 1742-1957, Singapore: Eastern Universities Press, 1960, hlm 80] [34: J.C.Jackson, Planters and Speculators: Chinese and European Enterprise in Malaya, 1786-1921, kuala Lumpur: University of Malaya Press, hlm 88] [35: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 33]

Satu tanaman yang paling signifikan sifatnya ditanah melayu adalah pengenalan tanaman getah. Tanaman komersial ini telah diperkenalkan sekitar abad ke 19 disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam sector industry. Eksperimen tanaman getah yang pertama ditanah melayu oleh H.N.Ridley di Perak pada tahun 1878,[footnoteRef:36] telah membuahkan hasil dan ini menarik minat kapitalis-kapitalis barat dan cina untuk membuka ladang getah di tanah melayu.[footnoteRef:37] Pengenalan tanaman getah ini telah memberikan dilemma kepada orang melayu apabila hak orang melayu telah ditenggelami oleh pemodal dari eropah,cina mahupun india. Permintaan yang terlalu tinggi telah menyebabkan british meluaskan kawasan tanaman getah ini dan menyebabkan british dan pelabur asing ini membeli tanah-tanah melayu yang luas dengan cara tipu helah. Hasilnya muncullah syrikat-syarikat pelabur dari eroah ini seperti Harrison and Crosfield, Guthries, sime Darby dan lain-lain.[footnoteRef:38] [36: Ibid., hlm 46] [37: Cheah Boon Keang & Abu Talib Ahmad. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain . 1990, Petaling Jaya:Fajar Bakti.hlm 239] [38: Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan, 1983, hlm 248]

Peningkatan industry permotoran di eropah dan amerika telah meningkatkan permintaan getah dan membuatkan tanaman ini diutamakan oleh pihak British sehinggakan pada ahun 1916, tanaman getah ini telah mengalahkan bijih timah sebagai komoditi eksport utama tanah melayu.[footnoteRef:39] Hal ini telah menyebabkan British melakukan diskriminasi terhadap aktiviti pertanian lain. satu undang-undang berkaitan tanah iaitu Enakmen Tanah pada tahun 1897 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dibentuk bagi memudahkan pemberian tanah kepada kapitalis bagi membuka ladang-ladang getah baru. Pemberian tanah ini menyaksikan bahawa bakal peladang telah diberikan hak untuk memilih tanah yang paling sesuai, mempunyai sistem pengaliran yang baik dan juga keadaan topografi tanah yang sesuai untuk tanaman pokok getah dan mengambilnya walaupun ianya dimiliki oleh orang melayu. [39: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 46]

Selain itu, aktiviti perlombongan merupakan salah satu sebab mengapa wujudnya sistem ekonomi kapitalisme di Tanah Melayu. Bijih timah merupakan bahan mentah yang paling diperlukan oleh British bagi meneruskan kelangsungan persaingan revolusi industrinya di eropah.[footnoteRef:40] Perlombongan bijih timah yang pada asalnya hanyalah melalui proses mendulang telah berubah apabila kedatangan British dan sekali lagi menyebabkan penindasan kepada orang melayu. Disebabkan kaedah melombong yang diamalkan dianggap tidak menghasilkan pengeluaran yang banyak, dan sikap orang melayu yang tidak begitu produktif, maka tenaga buruh dan teknologi melombong dari luar telah dibawa masuk. [40: Ibid., hlm 38]

Pihak British sangat mengutamakan pelabur-pelabur asing dan cina dalam hal perlombongan bijih timah ini. Kesan yang ketara daripada dasar Inggeris yang memberikan keutamaan ke atas masyarakat imigran selepas menguasai negeri-negeri Melayu ialah pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa pemilikan lombong dan pekerja lombong Melayu semakin berkurang ke atas perusahaan melombong bijih kerana orang Cina memonopoli kepentingan perusahaan ini di samping pemodal Eropah. Kesan ini boleh diibaratkan orang Melayu seolah-olah merempat di negeri sendiri apabila begitu sukar untuk menempatkan diri dalam ekonomi perdagangan ini. Sesetengah kawasan di Perak , Selangor dan Pahang telah dikuasai oleh pelombong China. Hal ini juga didorong oleh hubungan pentadbiran inggeris yang rapat dengan orang Cina terutamanya golongan elit peniaga dan pemodal Cina kerana kegiatan perdagangan perusahaan dan perlombongan orang Cina menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pihak British berbanding orang melayu.[footnoteRef:41] [41: Leon Comber, 13 May 1969 ; A Historical of Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur:Heinemann Asia.1983, hlm 12]

Pihak British juga sangat menggalakkan kedatangan orang cina ini seperti melalui penubuhan Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina pada 1887.[footnoteRef:42] Hal ini sememangnya menguntungkan Britsih dengan peningkatan hasil bijih timahnya dan dapat dilihat melalui statisik pengeluaran bijih timah pada tahun 1904 yang meningkat kepada 50 000 tan dari hanya 6500 tan pada 1850.[footnoteRef:43] Transformasi ekonomi dalam hal bijih timah ini juga telah menyebabkan berbondong-bondong kapitalis, pemodal dan pelabur eropah datang ketanah melayu. Kedatanagan mereka ini membawa kepada teknologi-teknologi baru dalam melombong bijih timah seperti penggunaan kapal korek dan Kemasukan pemodal asing juga telah meningkatkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. [42: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 34] [43: K.g.Tregonning, A History of Modern Malaya, Singapore: University of London Press, 1964, 188]

3.1.2 Diskriminasi terhadap tanaman tradisional dan orang melayuSatu lagi kesan utama terhadap kemunculan kolonialis barat dan system ekonomi kapitalis yang dibawanya ini adalah dari segi diskriminasi terhadap tanaman tradisional sekaligus bermakna kepada orang melayu. Sebagai contoh, pada ketika itu, sektor perladangan dan tanaman komersial dilihat lebih diberi keutamaan oleh Brirish untuk mendapatkan tanah yang lebih baik dari segi kesuburan, kawasan ,pengaliran serta infrastruktur dan lain-lain. Sebagai contoh, sekiranya tanah disesebuah kawasan itu dilihat sesuai untuk tanaman komersial, maka ianya akan diambil walaupun pada awalnya ianya milik masyarakat melayu. Cukai yang diberikan terhadap pertanian tani juga adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pertanian perladangan.[footnoteRef:44] Selain itu, pentadbiran british juga telah memperkenalkan sistem hak pemilikan tanah yang menuntut pemilik tanah ini untuk membayar cukai kepada kerajaan British. Hal ini sangat menyebalkan bagi penduduk melayu dikawasan luar Bandar yang rata-ratanya hidup daif. Hal ini juga telah menyebabkan orang melayu, menjual tanah-tanah mereka kepada orang luar termasuklah cina dan india kerana ketidakmampuan untuk terus membayar sewa.[footnoteRef:45] [44: Lim Teck Ghee, Peasant and their Agriculture Economy in Colonial Malaya 1874-1941, O.U.P, Kuala Lumpur, 1977, hlm 129] [45: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 33]

Diskriminasi juga dapat dilihat apabila aktiviti pertanian kaum tani Melayu telah menjadi sasaran kepada beberapa undang undang yang telah menyekat aktiviti ekonomi asas mereka. Misalnya di Perak peraturan-peraturan dan undang-undang baru ini termasuklah Compulsory Planting of Coconut by Malays 1880, Probihation Of Felling of Forest 1881 dan Alienation of Nipah Lands 1888. Peraturan-peraturan ini secara perlahan mengurangkan kebebasan kaum tani Melayu. Enakmen tanah 1897 juga telah diperkenalkan oleh Britsih untuk membantu golongan kapitalis ini meluaskan lagi perniagaan mereka. Enakmen ini membolehkan golongan kapitalis ini untuk memilih mana-mana tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian, perlombongan dan penanaman mereka. Setelah lokasi tanah dikenal pasti, pihak British akan berjumpa dengan tuan tanah dan memujuk mereka sama ada secara rela atau tipu helah untuk setuju memberikan kebenaran penggunaan tanah mereka bagi golongan kapitalis eropah ini. walaubagaimanapun, akibat dari enakmen ini yang menyebabkan rompakan tanah-tanah orang melayu ni secara berleluasa telah sedikit menggusarkan british dan bagi mengawalnya, akta tanah simpanan melayu 1913 telah diperkenalkan.[footnoteRef:46] [46: Ibid., hlm 45]

British juga melakukan diskriminasi terhadap tanaman tradisional seperti padi dengan meminggirkan tanaman tersebut sehinggalkan memaksa sultan sendiri untuk memulakan projek-projek berkaitan tanaman padi ini terutamanya di kedah. Hal ini adalah kerana tanaman padi tidak memberikan keuntungan kepada British dan juga bukanlah makanan asasi mereka. walaubagaimanapun, pihak British mula merubah strategi apabila melihat orang melayu cuba untuk menanam tanaman komersial pula dan hal ini tidak digemari oleh British kerana berpendapat orang melayu terlalu lambat untuk mengusahkan tanaman komersial ini. Keadaan ini memaksa pihak British untuk menggesa orang melayu agar menumpukan kepada tanaman padi sahaja bagi menampung keperluan makanan puak-puak yang rakus ini. Hal ini dibuktikan dengan pengenalan enakmen tanaman padi pada tahun 1917 yang menetapkan bahawa hanya tanaman padi sahaja yang diberi di kawasan tanah ini dan sesiapa yang ingkar, tanaman getahnya akan dimusnahkan.[footnoteRef:47] British juga telah memperkenalkan Jabatan Parit dan Tali Air yang sehingga kini wujud dikenali juga Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memudahkan pengurusan penanaman padi. Berdasarkan analisis yang dibuat, tindakan British memperkenalkan sedikit kemudahan dalam pertanian padi dan beberapa sekatan lain kepada masyarakat melayu adalah hanya untuk menyorokkan orang melayu dibahagian pedalaman sahaja tanpa mengganggu tanaman-tanaman komersial yang lain dan memfokuskan kepada ekonomi tradisional sahaja menanam kelapa , menangkap ikan dan sebagainya.[footnoteRef:48] [47: Cheah Boon Keang & Abu Talib Ahmad . 1990 . Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain . Petaling Jaya:Fajar Bakti, hlm 247] [48: Leon Comber, 13 May 1969 ; A Historical of Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur:Heinemann Asia.1983, hlm 4]

3.1.3 Pengenalan system dasar ekonomi bebas Satu lagi kesan besar apabila system ekonomi kapitalis diaplikasikan di tanah melayu ini adalah pengenalan dasar ekonomi bebas atau laizzes fairre. Dasar ini bermaksud, sesebuah Negara tidak akan dikenakan sebarang duti keatas import barang dagangan dari Negara lain dan menggunakan situasi ekonomi antarabangsa sebagai penentu harga dagangan. Sebagai contoh, bagi bijih timah, British tidak pernah menetapkan harga yang tetap bagi aktiviti ekonomi ini sebaliknya bergantung kepada persetujuan pedaganag dan keadaan semasa. Ini menyebabkan harga bijih timah turun naik mengikut pasaran semasa.[footnoteRef:49] Ketetapan terhadap duti eksport dan cukai bijih timah ini juga berubah-ubah mengikut harga timah semasa. Walaupun duti dan cukai ini wujud,tetapi ekonomi bebas tetap dapat dilihat pada urusan eksport dan pelabuhan, dimana ianya hanya digunakan untuk kos pengurusan dan penyelenggaraan pelabuhan tersebut dan bukan ke atas barangan import itu sendiri.[footnoteRef:50] [49: Tan Ding Eing, sejarah Malaysia dan Singapura, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1975, hlm 233] [50: Ibid., hlm 215]

Pengenalan ekonomi bebas juga telah menyebabkan berlakunya kemelesan ekonomi di tanah melayu apabila harga getah yang menjadi komoditi eksport utamanya telah jatuh menjunam selepas perang dunia pertama. Hal ini telah menyebabkan enakmen sekatan eksport getah ditubuhkan pada tahun 1922. Enakmen ini telah ditamatkan pada tahun 1928 apabila harga getah dilihat telah sedikit stabil. Walaubagaimanapun, akibat dari kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 1930 telah menyebabkan harga getah sekali lagi turun dan menyebabkan perjanjian getah antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934.[footnoteRef:51] Hal ini merupakan kesan apabila tanah melayu menjalankan ekonomi kapitalis dan ekonomi bebas yang bergantung kepada keadaan situasi ekonomi dunia. [51: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 48]

Konsep ekonomi bebas juga dapat dilihat dari segi polisi British yang memberikan pinjaman yang berbentuk faedah kepada pedagang agar terus menjalankan perdagangannya di tanah melayu. Pengenalan dasar ekonomi bebas ini sememangnya hanya memberikan peningkatan dalam digit-digit statistik ekonomi di tanah melayu sahaja tanpa memberikan keuntungan terhadap orang melayu kerana diskriminasi yang diamalkan dan ketiadaan modal.

3.1.4 Pengenalan dualisma ekonomiSatu lagi kesan penting yang wujud hasil daripada pengenalan dasar ekonomi kapitalis adalah dualism ekonomi atau ekonomi duaan. Ekonomi duaan ini bersifat menyelam sambil mnum air dimana ianya wujud demi kelangsungan ekonomi kapitalis tersebut. Contoh dapat dilihat di beberapa tempat yang maju infrastrukturnya terutamanya di negeri-negeri melayu bersekutu seperti di Selangor dan Perak yang mana kemudahan-kemudahan seperti jalanraya, jalan kereta api, pelabuhan-pelabuhan telah dibina oleh British demi memudahkan urusan ekonominya iaitu bijih timah dan getah. Hal ini dapat dilihat pada tahun 1901, apabila kereta api tanah melayu(KTM) telah ditubuhkan. Apabila infrastruktur ini dibina, ianya akan membawa kemajuan dan pemodenan ditempat berkenaan sekaligus merancakkan aktiviti ekonomi disitu dengan terbinanya Bandar-bandar atau pekan. Sejurus daripada itu juga, bekalan elektrik, telefon dan telegraf pasti akan menyusul di tempat berkenaan.[footnoteRef:52] Walaubagaimanapun, dualism ekonomi ini tidak begitu dirasai oleh orang melayu kerana jenis ekonomi orang melayu yang bersifat tradisional dan dikawasan pedalaman tidak memberikan alasan untuk British membina infrastruktur dkemudahan disana. [52: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 46]

Dualism ekonomi juga dapat dilihat apabila wujudnya bank-bank saudagar dan insurans seperti Standart Chartered, Hong Kong Berhad dan beberapa bank antarabangsa lain yang mana ianya diwujudkan bagi menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing dan syarikat-syarikat imperialis tanpa langsung melibatkan golongan bumiputera. Selain itu, akibat dari pengenalan system ekonomi ini juga muncul institusi kewangan terutamanya di Singapura yang bertujuan memberikan sokongan kepada kapitalis barat ini. dana-dana ini diperoleh daripada pelabur, peniaga dan peminjam wang dari bangsa cina dan india yang dipusingkan kembali menjadi suntikan kewangan kepada syarikat-syarikat eropah ini. institusi konglomerat dan kewangan utama ditanah melayu pada ketika itu seperti straits trading company, Guthrie dan Bousted bukan sahaja memberi bantuan dalam kewangan tetapi juga bertindak sebagai pembroker yang menguruskan pemasaran timah dan komoditi komersial yang lain.[footnoteRef:53] pelbagai kemudahan dan galakan yang diterima oleh syarikat eropah ini telah menjadikan proses transformasi pengeropahan biji timah hamper sempurna menjelang perang dunia kedua. [53: Ibid., hlm 45]

3.2Sosial3.2.1 Sejarah kemunculan masyarakat majmuk di MalaysiaKesan yang paling besar dan utama hasil pengaruh kolonialisme dan kapitalisme kepada Malaysia pada hari ini yang juga mendasari tema penulisan buku karya Azlan Tajuddin ini adalah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia. Masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall adalah masyarakat campuran yang berbilang bangsa yang bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, dan tinggal dalam satu unit politik yang sama. Kepesatan ekonomi kapitalis yang dibawa oleh british dan desakan keperluan bahan mentah seperti bijih timah, getah dan tanaman komersial yang lain telah menyebabkan British membawa masuk imigran-imigran cina dan india bagi menjalankan aktiviti ekonomi tersebut kerana orang melayu dikatakan tidak sesuai dan tidak mampu untuk memenuhi keperluan ekonomi kapitalis ini. Sebelum menyelusuri isu ini dengan lebih mendalam, haruslah dilihat terlebih dahulu sejarah kemasukan imigran-imigran cina dan india ini sehingga Berjaya merubah landskap masyarakat Malaysia pada hari ini.3.2.1.1 Sejarah kemasukan Imigran CinaSejarah masyarakat China di Malaysia ini boleh dikatakan bermula dari zaman kesultanan melayu Melaka lagi iaitu sekitar abad ke-15 masihi[footnoteRef:54] dan didasari oleh aspek perdagangan, malah akibat dari kesuburan dan keamaanan keadaan ditanah melayu pada ketika itu telah menyebabkan sebahagiannya terus menetap di sini.[footnoteRef:55] Hubungan diantara kerajaan Melaka dan kerajaan China juga dilihat sangat akrab pada ketika itu sehingga berlakunya perkahwinan diantara sultan Melaka dengan Puteri dari China. [54: Ibid.,hlm 56] [55: Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72. Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.]

Focus utama kedatangan imigran cina ditanah melayu didalam penulisan ini adalah ketika proses kolonialisme British berlaku. Pada ketika itu, dapat disimpulkan bahawa kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu ini didorong oleh dua factor utama, iaitu faktor penolak dan faktor penarik. Factor penolak adalah berpunca dari keadaan di Negara china itu sendiri yang sedang dalam keadaan huru-hara disebabkan oleh siri pemberontakan yang berlaku seperti pemberontakan Taiping dan pemberontakan boxer yang telah menyebabkan masyarakat disana hidup dalam kemiskinan.[footnoteRef:56] Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. [56: Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London : Macmillan, 1987. Hal 159]

Faktor penarik pula adalah dari segi keadaan ekonomi ditanah melayu yang stabil dan ditambah lagi dengan galakan dari pihak British sendiri yang pada ketika itu sememangnya mahukan imigran cina sebagai buruh yang murah untuk ditempatkan di lombong-lombong bijih timah di tanah melayu.[footnoteRef:57] Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, galakan British terhadap kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana sifat orang Cina yang mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan bersifat keusahawanan semakin menyebabkan ramai imigran cina ini datang ke tanah melayu.[footnoteRef:58] Seperti disemenanjung, hal yang sama juga terjadi di Sarawak dan Sabah yang masing-masing dibawa masuk oleh Brooke dan SBUB. [57: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 56.] [58: Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur. Hal 102]

Keadaan masyarakat cina ketika era kolonialisme british dapat dilihat secara dasarnya terbahagi kepada dua bahagian yang berpengaruh iaitu masyarkat cina yang sudah lama menetap ditanah melayu yang lebih dikenali sebagai golongan peranakan dan masyarakat imigran cina bergaji rendah yang dibawa masuk oleh British yang kemudiannya terbahagi lagi kepada dua iaitu Ghee Hin dan Hai san. Kedua masyarakat cina ini sangat berpengaruh didalam bidang ekonomi ditanah melayu seperti golongan peranakan, yang merupakan pelopor ketika diawal era kolonialisasi didalam industry penanaman ubi kayu, lada hitam dan gambir. Ketika era kolonialisasi, golongan peranakan ini dilihat menjalin hubungan ekonomi yang erat dengan british sehingga Berjaya bergabung membina syarikat perkapalan di singapura. Bagi satu lagi masyarakat cina iaitu yang berada dibawah kumpulan masing-masing, mereka lebih selesa untuk tidak menjalinkan hubungan ekonomi secara langsung dengan British sebaliknya menubuhkan persatuan perniagaannya sendiri iaitu persatuan perdaganagan cina.[footnoteRef:59] [59: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 57.]

3.2.1.2 Sejarah kemasukan Imigran IndiaKemasukan imigran India ke Tanah Melayu mempunyai ciri sejarah yang hamper sama dengan imigran cina. Kemasukan kaum india ini juga dicatatkan telah bermula telah berlaku sejak kegemilangan kesultanan Melayu lagi dengan mengambil kira hubungan kerajaan Kedah dan India sungguh rapat pada ketika itu.[footnoteRef:60] Factor kedatangan mereka pada abad ke-19 juga hamper sama dengan factor kedatangan imigran cina iaitu factor kekacauan dinegara asal dan factor galakan dari pihak British. Tindakan British berundur ke Sumatera setelah menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda sebenarnya turut mendorong kemasukan orang India yang menjadi tawanan ke Negeri-negeri Selat. Kaum India ini telah dijadikan buruh untuk membina bangunan-bangunan dan jalan-jalan di kawasan Negeri-negeri Selat.[footnoteRef:61] Kemasukkan imigran india ini semakin digalakkan oleh pihak British apabila pada pertengahan abad ke 19, banyak pembukaan ladang-ladang getah dibuat berikutan keperluan pasaran getah dunia yang meningkat tinggi. British memerlukan pekerja-pekerja lading getah yang murah dan sesuai untuk bekerja di iklim tanah melayu. Pengalaman british sendiri di Ceylon dan selatan india telah menyebabkan mereka berasakan masyarakat india merupakan masyarakat yang paling sesuai sekali untuk bekerja di adang getah ditanah melayu.[footnoteRef:62] [60: Khoo Kay Kim, Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72. Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.] [61: Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 176] [62: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 59.]

3.2.2 Kesan kemasukan imigran terhadap masyarakat ditanah melayu3.2.2.1 Polarisasi kaumSatu kesan utama yang dapat dilihat setelah kemasukan imigran cina dan india di tanah melayu ini adalah pembahagian dan pengasingan kaum mengikut aktiviti ekonominya. Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan Inggeris mentadbir penduduk dengan cara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai dasar Pecah dan Perintah( Divide and Rule ). Amalan Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak Brirish telah mencorakkan polarisasi kaum dan kelas mengikut aktiviti ekonomi, pekerjaan dan tempat tiinggal. Orang Melayu hanya diarahkan memfokuskan kepada bidang pertanian tradisional dan ditempatkan dikawasan kampong-kampung. Orang Cina pula mendominasi kegiatan perlombongan dan perdagangan dan ditempatkan dikawasan Bandar-bandar manakala orang India mengusahakan ladang getah dan ditempatkan dikawasan estet-estet. Bagi orang melayu, british mengekalkan aspek berbudi pada tanah melalui tanah rizab untuk orang melayu berdasarkan dua factor utama iaitu yang pertama bagi memberikan lambang kuasa raja terhadap orang melayu yang kemudiannya digunakan sebagai alasan untuk menjaga kuasa raja tersebut oleh British tetapi ia sebenarnya hanya helah untuk british mengakses tanah-tanah ini secara tersembunyi dan digunakan untuk kepentingan ekonomi kapitalisnya. Factor yang kedua adalah untuk mengekalkan orang melayu didalam bulatan kecil ekonomi sebagai petani. British malah melarang orang melayu untuk mengembangkan aktiviti pertaniannya dan hanya diarah untuk menanam tanaman tertentu seperti padi. Hal ini dapat dilihat didalam pengenalan enakmen tanah rizab melayu 1913 dan enakmen tanah padi 1917.Tindakan British meletakkan Orang melayu diposisi ekonomi pertanian di kawasan kampong dan dihadkan pertanian di tanah masing-masing disebabkan oleh beberapa factor iaitu yang pertama, ianya akan memberi peluang kepada British dan penguasah-pengusaha lain terutamanya dari kaum cina untuk mendapatkan tanah-tanah orang melayu yang tidak berada dalam kategori tanah rizab orang melayu. Factor yang kedua adalah bagi mengelakkan orang melayu melakukan transformasi ekonomi yang boleh meningkatkan tahap ekonomi orang melayu. Peningkatan ekonomi orang melayu akan mengundang ancaman kepada politik pemerintah melayu. British juga takut sekiranya orang melayu melakukan transformasi ekonomi mereka akan mula mendapat akses kepada pendidikan. Apabila mereka memperoleh pendidikan, maka mereka akan sedar bahawa mereka selama ini ditindas dan ini akan memberi ancaman kepada penguasaan British di tanah melayu.[footnoteRef:63] [63: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 62 ]

Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan difokuskan kepada aktiviti perlombongan. Beberapa buah Bandar baru telah muncul hasil dari aktiviti bijih timah oleh orang cina ini seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah Kelang dan Sungai Ujong. Mereka juga memperkenalkan kaedah atau teknologi perlombongan yang lebih efektif iaitu Lombong Dedah dan Lombong Pam. Selain itu mereka juga turut memperkenalkan penggunaan stim. Hasilnya, pengeluaran bijih timah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1850 kepada 50000 tan dalam tahun 1904 dan terus meningkat kepada 77 ribu tan pada tahun 1937. Manakala orang India tinggal di estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa sawit. Kemasukan orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan ladang getah. Buktinya, pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar ladang getah di Tanah Melayu tetapi pada tahun 1940, angka ini telah meningkat menjadi 3.5 juta ekar. Terdapat imigran-imigran dari India yang berada di Tanah Melayu selepas kedatangan British dari golongan profesional seperti peguam, polis dan doktor. Hal ini kerana British telah menggalakkan orang-orang India yang berpelajaran untuk bekerja di Tanah Melayu. 3.2.2.2 Kemunculan strasifikasi socialAkibat daripada kolonialisme british di tanah melayu dan kemasukan imigran-imigran ini, struktur atau strafikasi social masyarakat ditanah melayu juga telah berubah yang mana kayu ukurnya adalah berasaskan penguasaan ekonomi. Golongan yang teratas sekali adalah golongan pedagang mahupun pelabur yang menguruskan hal komoditi utama di tanah melayu ini yang kebanyakaannya merupakan kapitalis eropah. Dibawah golongan kapitalis eropah ini, satu lagi kelompok masyarakat yang juga merupakan pedagang dan pelabur di tanah melayu, tetapi disebabkan oleh perbezaan etnik dengan bangsa eropah, maka mereka ini tidak mungkin akan berada di struktur social teratas sekali. Golongan ini kebiasaanya merupakan masyrakat pedagang cina yang Berjaya ditanah melayu. Didalam kelompok masyarakat ini juga terdapat segelintir golongan elit melayu yang mendapat keistimewaan disebabkan oleh kedudukan tradisional mereka. Golongan ini mendapat pendidikan diperingkat tinggi dan bekerja dibahagian pentadbiran dibawah british. Kelompok struktur masyarakat seterusnya adalah masyarakat cina dan india yang mendapat pendidikan inggeris. Mereka ini kebanyakannya akan bekerja dibahagian pentadbiran dibandar-bandar ataupun bekerja di sector industry. Struktur masyarakat seterusnya dihuni oleh majority penduduk ditanah melayu pada ketika itu iaitu golongan imigran bergaji rendah yang bekerja dibahagian perlombongan, perladangan dan pertanian komersial. Kelompok masyarakat yang menduduki ditangga terbawah sekali adalah golongan yang paling banyak didiskriminasi didalam pengenalan dasar British ini iaitu masyarakat melayu atau bumiputera yang hanya bekerja dalam aspek pertanian tradisional dikawasan kampuung-kampung.[footnoteRef:64] [64: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 65]

3.2.2.3 Ketidakstabilan pengagihan kekayaan mengikut kaumSatu lagi kesan yang jelas dapat dilihat hasil dari proses kolonialisasi dan ekonomi kapitalis adalah pengagihan kekayaan yang tidak adil diantara kaum-kaum di tanah melayu. Dapat dilihat disini kekayaan hasil ditanah melayu sebelum merdeka didominasi oleh kaum penjajah eropah dan diikuti oleh bangsa cina, malah kekayaan kaum india juga dilihat melebihi dari tuan empunya tanah ini sendiri iaitu orang melayu. Hal ini dapat dilihat dari aspek pemilikan tanah komersial dimana orang eropah mendominasi dengan memiliki 665 estat bersamaan dengan 821 049 ekar. Orang cina pula ditangga kedua dengan jumlah estate sebanyak 299 bersamaan dengan 92 389 ekar dan orang india memiliki tanah seluas 26, 927 ekar iaitu sebanyak 119 estate. Orang melayu menjadi bangsa termiskin dengan hanya memiliki 23 estates dan kurang dari 5000 ekar keluasan tanahnya.Diskriminasi dalam pengagihan kekayaan diantara kaum ini juga dapat dilihat dalam pendapatan per kapita setiap kaum di tanah melayu. Statistik perbandingan dapat dilihat pada tahun 1947 dimana orang melayu menduduki tangga terbawah dengan anggaran pendapatan hanya sebanyak 258 dolar Malaysia sahaja, jauh dibawah kaum india dan cina yang masing-masing mengutip kekayaan pendapatan sebanyak 560 dan 656 dolar Malaysia.[footnoteRef:65] Perbezaan pengagihan kekayaan ini terus berlaku selepas perang dunia kedua dimana kaum cina diihat terus memegang pelbagai cabang sector ekonomi ditanah melayu malah ianya masih lagi terjadi pada hari ini. [65: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 67]

Situasi yang serupa berlaku di sabah dan Sarawak apabila orang melayu yang dimomokkan dengan aktiviti pertanian tradisional terus ketinggalan dari aspek kekayaan ekonomi. Malah disabah dicatatkan bahawa kaum-kaum bumiputera muslim dan juga kaum bajau terus ditinggalkan terkapai-kapai di di bahagian pesisiran pantai tanpa menerima sebarang sinaran kemodenan dan pembangunan. Nasib yang serupa diterima oleh kaum murut di sabah. Seperti disemenanjung, kaum cina terus mendominasi bahagian Bandar dan menerima kemajuan dan kemodenan. keadaan yang lebih stabil juga membolehkan bangsa ini menerima pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik berbanding bangsa lain. disarawak pula, komposisi etnik pada ketika itu didominasi oleh tiga bangsa utama iaitu kaum iban dengan 31 peratus, kaum cina sebanyak 30 peratus dan melayu 18 peratus. Kekayaan bumi Sarawak pada ketika itu sememangnya didominasi oleh kaum cina dan hal ini juga membawa kepada kemudahan perolehan bidang pekerjaan bertaraf professional seperti guru, jururawat dan jurutera bawahan yang mana kesemua jawatan ini sangat sukar untuk diperolehi oleh golongan bumiputera dan orang melayu.3.2.2.4 Ketidakadilan dalam proses urbanisasi dan pembangunan.

Perpecahan sosial diantara etnik diburukkan lagi dengan dasar british yang hanya memberikan kemajuan dan pembangunan dikawasan-kawasan yang memberikan keuntungan kepada British seperti kawasan lombong bijih timah dan kawasan penanaman getah. Kawasan-kawasan yang menjana ekonomi kapitalis ini kebiasaanya akan bertukar menjadi bandar dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti kereta api, jalan raya, kemudahan telegraf, elektrik dan lain-lain. Pada tahun 1957 dicatatkan sudah terdapat lebih kurang 36 kawasan pusat bandar yang lahir dengan populasi anggaran sebanyak 10 000 orang akibat dari kekayaan sumber ditempat berkenaan yang kebanyakannya merupakan kawasan lombong bijih timah. Satu kesan yang dapat dilihat yang membezakan kawasan bandar yang dihuni oleh bangsa eropah dan cina dengan kawasan perkampungan yang dihuni oleh orang melayu adalah dari segi kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Contoh pertama dapat dilihat adalah pengangkutan kereta api. Akibat dari permintaan yang semakin meningkat terhadap bijih timah, British telah menyediakan perancangan yang sistematik dan moden terhadap kawasan perlombongan bijih timah ini dengan menyediakan jalan kereta api bagi memudahkan urusan penghantaran bijih timah dari kawasan lombong ke kawasan pusat pempropesan. Hal ini dapat dilihat banyak berlaku dibandar-bandar di negeri-negeri melayu bersekutu seperti di bandar taiping, kelang, port dickoson dan lembah kinta. Landasan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 bagi mengadakan satu sistem pengangkutan dan perhubungan yang lebih cekap. Pada tahun 1901 pula, kereta api tanah melayu telah dibina. Selain dari pembinaan landasan kereta api, British juga turut membina jalan raya sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan. Pembinaan jalan raya ini adalah bertujuan untuk menggantikan jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai. Seterusnya, jalan kereta lembu ini telah diperbaiki dan diperluaskan untuk kegunaan kereta motor pada tahun 1902.[footnoteRef:66] Dengan meningkatnya kemasukan kereta motor seperti motokar, lori dan bas pada tahun 1910, kegunaan jalan raya juga bertambah.[footnoteRef:67] Peningkatan jumlah kenderaan bermotor ini, telah mewujudkan satu sistem jaringan jalan raya di Tanah Melayu. Jaringan jalan raya ini menghubungkan bandar dengan bandar dan disambungkan juga dengan jalan tanah merah yang dibina oleh pihak swasta di ladang getah. [66: Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman & Mohd. Amin bin Hassan, 1992. Malaysia : Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 247] [67: Ibid.,hlm 248]

Terbinanya kawasan yang mempunyai laluan kereta api dan jalan raya juga akan membawa kepada penghijrahan penduduk disitu terutamanya orang cina dan ia akan menjadi sebuah bandar. Kawasan tersebut juga seterusnya akan dimajukan dengan dibekalkan dengan bekalan elektrik, perkhidmatan pos, telegraph dan telefon.[footnoteRef:68] Perkhidmatan ini bertujuan untuk memudahkan perhubungan antara negeri- negeri di Tanah Melayu dan dengan negara luar. pada tahun 1875, sebuah pejabat pos telah siap dibina di Taiping Perak. Kesan pembinaan sebuah pejabat pos di Taiping, akhirnya perkhidmatan ini telah berkembang ke seluruh Perak seperti ke Ipoh, Tapah dan Batu Gajah. Malah pada tahun 1891, setiap daerah di Perak sudah pun dihubungkan dengan melalui talian telegraf dengan Taiping, ibu negeri Perak pada masa itu. [footnoteRef:69] Kemudahan perkhidmatan telefon juga turut dibina di hospital- hospital dan balai polis. Pada tahun 1906, perkhidmatan pos dan telegraf di Negeri- Negeri Melayu Bersekutu telah diletakkan di bawah satu jabatan persekutuan. Segala kemajuan dan kemudahan ini hanya dapat dilihat dikawasan bandar yang majoritinya dihuni oleh orang cina dan bagi orang melayu yang tinggal dikawasan kampung, mereka terus ketinggalan tanpa mendapat sebarang proses urbanisasi ditempat mereka. [68: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 46] [69: Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman & Mohd. Amin bin Hassan, 1992. Malaysia : Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 248]

3.3 Stereotaip British terhadap bangsa di tanah melayu dan kesannyaDasar polarisasi kaum yang dilakukan oleh British sangat jelas menindas bangsa melayu. Kekayaan yang diperoleh dari perut bumi milik bangsa melayu ini dilahap oleh bangsa lain dan hal ini menimbulkan tanda tanya mengapa British bersikap pilih kasih terhadap bangsa melayu? Apakah kelebihan bangsa-bangsa lain berbanding bangsa melayu sehinggakan bangsa melayu disorokkan dikawasan pedalaman dan difokuskan hanya kepada aktiviti pertanian yang tidak mampu mengundang kekayaan? Kedatangan british ketanah melayu adalah dengan membawa ideologi bahawa bangsa mereka adalah bangsa yang terbaik dan membawa juga stereotaip negatif terhadap semua bangsa ditanah melayu pada ketika itu yang diterjemahkan sedikit sebanyak dalam dasarnya. Bangsa yang paling banyak terkesan dengan stereoaip british ini sudah semestinya adalah bangsa melayu.British mendakwa bahawa perbezaan dari segi dapatan kekayaan, kemudahan dan struktur sosial ketika proses kolonialisasi dan kapitalisme adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Hal ini adalah disebabkan kepercayaan bahawa dari segi biologikalnya sendiri mengatakan bahawa bangsa eropah itu adalah lebih baik, lebih cerdik, dan lebih rajin berbanding bangsa asia. Malah perkara ini diterjemahkan didalam kajian sains iaitu melalui istilah craniometry dan eugenics. Perkara ini menjadi pegangan british dan mahu dibuktikan melalui proses kolonialiasi yang dilakukan. British juga mahu menunjukkan bahawa bangsa eropah adalah bangsa yang terbaik dan paling bertamadun didunia ini. Oleh yang demikian, mereka berasa adalah tanggungjawab mereka untuk menyebarkan sedikit ketamadunan mereka kepada bangsa bukan eropah dan hal ini termasuklah ditanah melayu. Melalui kekuatan ekonomi dan politik yang mereka peroleh, mereka berjaya merendahkan martabat bangsa-bangsa lein ditanah melayu terutamanya bangsa melayu.Bagi kes diskriminasi yang berlaku antara kaum asia ditanah melayu pula, orang melayu diletakkan dikawasan luar bandar dan difokuskan hanya ke tanaman tradisional adalah kerana skeptikal british yang percaya bahawa orang melayu hanya sesuai untuk kehidupan pertanian yang bersifat sederhana dan hanya dalam kelompok mereka sahaja tanpa melibatkan campur tangan ekonomi dunia luar. British mendakwa bahawa orang melayu tidak akan pernah berjaya untuk mengharungi jenis kehidupan ekonomi kapitalis secara langsung yang kompleks. British juga mahu mengekalkan orang melayu dengan adat turun temurun mereka didalam bidang pertanian kerana ianya akan memberikan kebahagian dan kesenangan kepada mereka.[footnoteRef:70] Dasar british terhadap orang melayu ini telah menyebabkan timbulnya gambaran negatif terhadap orang melayu seperti orang melayu adalah bangsa yang pemalas, tidak cergas, mundur dan sebagainya sedangkan interpretasi terhadap orang melayu ini dibentuk oleh british sendiri tanpa memberi ruang pilihan kepada bangsa melayu sendiri. Hal ini dibuktikan didalam banyak penulisan-penulisan novel, catatan pengembaraan dan sebagainya dari orang british seperti Frederck Weld dan isabella birth. [70: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Econom (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 73]

Streotaip terhadap orang melayu juga dapat dilihat dalam penulisan beberapa sarjana eropah seperti D.E.Worcester dan Frank Swettenham yang mengatakan bahawa orang melayu ini lumrah sifatnya adalah kasar, berpewatakan pahlawan dan berbadan atletik. Hal ini diaplikasikan oleh british ditanah melayu dengan meletakkan orang melayu dibahagian keselamatan seperti askar dan polis dan meletakkan hanya pekerjaan jenis ini sahaja yang dirasakan sesuai untuk orang melayu selain dari aspek pertanian. Hal ini telah membina satu situasi dimana, sebagus manapun seorang peguam atau doktor pada ketika itu, tetapi sekiranya mereka berbangsa melayu maka akan terus dipinggirkan kerana skeptikal terhadap melayu tersebut telah tertanam utuh. Selain dari bangsa melayu, satu lagi bangsa yang menerima kecaman streotaip british ini adalah bangsa india tamil. British menganggap bahawa bangsa india yang dibawa masuk dari selatan india ini adalah berasal dari kasta yang rendah, maka adalah tidak salah untuk mereka ini dilayan secara tidak adil seperti diberi gaji yang rendah dan kerja yang berat. Mereka juga dianggap oleh british sebagai bangsa yang pasiv dan hanya menurut tanpa soal dan secara keseluruhannya, mereka melabelkan imigran india ini sebagai pathetic atau menyedihkan. Jenis kehidupan mereka ini juga sebenarnya telah dibentuk oleh british yang juga telah menjajah india sebelum itu.Tidak hanya melayu dan india, britsih juga mempunyai pandangan racist terhadap bangsa cina. British menganggap bangsa cina ini sebagai satu bangsa yang tidak boleh dipercayai, tidak berdisiplin, kurang integriti dan tidak berbudi. British juga memberikan streotaip bangsa cina di tanah melayu ini sebagai bangsa yang gemar melanggar peraturan, suka berjudi dan suka kepada aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran. Hal ini dibuktikan pada tempoh awal kolonialisasi apabila bangsa cina ramai yang berdagang candu dan ramai menganggotai kumpulan kongsi gelap. Segala streotaip terhadap bangsa-bangsa di tanah melayu oleh British ini telah berjangkit hingga ke hari ini. Sekiranya pada zaman kolonialisme, streotaip terhadap bangsa ini diterjemahkan melalui dasar-dasar british terutamanya terhadap orang melayu, pada hari ini pula ianya diterjemahkan dalam bentuk pemikiran yang dinatijahkan melalui kata-kata mahupun tuduhan yang bersifat perkauman. Hal ini dapat dilihat dalam skeptikal satu bangsa terhadap bangsa yang lain seperti skeptikal orang melayu sebagai bangsa yang pemalas, orang cina sebagai bangsa yang tamak dan orang india sebagai bangsa yang gemar memutar belit. Stereotaip ini sedikit sebanyak telah menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia hingga ke hari ini.4.0 Penerusan pemecahan identiti menjelang kemerdekaanKemasukan pengaruh konialisme ke tanah melayu yang membawa bersama system ekonomi kapitalis telah menyebabkan berlakunya pemecahan kaum berdasarkan system divide & rule yang dibawa. Kesan terhadap system ini telah menyebabkan berlakunya pemecahan identity setiap kaum dari konteks sosioekonomi dan bermula pada abad ke-20 hingga kemerdekaan dicapai, pemecahan identity tersebut mula berubah kepada pemecahan dari segi politik yang menghasilkan etnosentrik dan etnonasionalisme diantara setiap kaum. Pengelompokan masyarakat di kawasan yang berbeza telah menanam bibit kesedaran nasionalisme berdasarkan bangsa masing-masing. Kecenderungan semangat nasionalisme ini pada awalnya hanyalah untuk memperjuangkan nasib bangsa masing-masing, tetapi kemuudiannya berubah keskala yang lebih besar dan menjadi gerakan massa untuk memperjuangkan kemerdekaan. Kemunculan nasionalisme bersifat etnosentrik ini telah menyebabkan munculnya parti-parti politik berasaskan kaum yang semakin memburukkan lagi pemecahan kaum di tanah melayu. Hal ini juga telah membentuk pemecahan identity bagi bangsa-bangsa ditanah melayu dan menguburkan impian pembinaan Negara bangsa.

4.1 Ethnonasionalisme ditanah melayu sebelum merdekaDidalam melihat kemunculan awal gerakan nasionalis berasaskan kaum ditanah melayu, ianya tidak hanya bersandarkan kepada bangsa melayu sahaja, Ethnonasionalisme berasaskan kaum juga wujud bagi bangsa cina dan india dan ini merupakan kesan daripada system pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British.

4.1.1 Ethnonasioanalisme bangsa cinaPengaruh nasionalisme bagi kaum cina di tanah melayu adalah banyak dipengaruhi oleh keadaan dinegara China sendiri. Ketiadaan kesatuan diantara kaum dan ketiadaan penyemaian semangat Negara bangsa ditanah melayu telah menyebabkan bangsa cina ini masih dipengaruhi oleh keadaan dinegara asal mereka. Sebagai contoh, apabila parti Kuomintang Berjaya memerintah cina pada tahun 1911, cawangan parti tersebut juga telah ditubuhkan ditanah melayu setahun selepas itu.[footnoteRef:71] Revolusi di china yang diketuai oleh Sun yat sen yang menekankan penggunaan bahasa mandarin sebagai bahasa lingua franca di China dan kesannya dilihat masuk disistem pendidikan ditanah melayu apabila semua sekolah-sekolah aliran cina ditanah melayu dan singapura telah memperkasakan lagi penggunaan bahasa mandarin dalam persekolahan. System kurikulum dan sukatan yang diajar juga berdasarkan Negara china dan ia dipantau oleh parti Kuomintang. Hal ini telah menyebabkan semangat nasionalisme bangsa cina pada ketika itu ditumpahkan kenegara asal mereka. Apabila berlaku pergolakan politik dinegara china diantara parti KMT dan Parti Komunis,kesannya juga sampai ke bangsa cina di tanah melayu.[footnoteRef:72] [71: Victor Purcell, The Chinese in Malaya, Kuala Lumpur: Ocford University Press, 1982, hlm 41] [72: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 86]

Keadaan ini bagaimanapun telah berubah menjelang tahun 1930-an apabila pendudukan kaum cina ditanah melayu ini telah memberikan keuntungan kepada mereka. Semangat nasionalisme yang pada awalnya bersandarkan kepada Negara asal mereka telah berubah sedikit kepada pemerkasaan kedudukan bangsa mereka sendiri ditanah melayu. Hal ini adalah disebabkan oleh jumlah mereka yang semakin ramai ditanah melayu dan kedudukan ekonomi mereka yang jauh lebih kuat berbanding bangsa lain ditanah melayu. Apa yang kurang hanyalah pengaruh mereka dalam aspek politik. Oleh itu muncullah tuntutan-tuntutan dari kaum china ini ditanah melayu seperti tuntutan dalam kewarganegaraan, kerakyatan dan kemasukan kedalam perkhidmatan awam Malaya. Hal ini terjadi atas alasan mereka mengatakan bahawa Malaya adalah tempat negara baru bagi mereka yang mereka akan menumpukan taat setianya. Gerakan tuntutan kesaksamaan politik ini banyak digerakkan oleh bangsa cina yang lahir ditanah melayu dan kebanyakannya mendapat pendidikan sama ada pendidikan inggeris ataupun cina. Kehidupan kebanyakan mereka yang berpendidikan, menjalani gaya hidup barat, dan mempunyai ekonomi yang kukuh telah mengelompokkan mereka menjadi golongan elit cina ditanah melayu.[footnoteRef:73] [73: Ibid.,hlm 89]

Kesinambungan perjuangan ethnonasionalisme orang cina ini dapat dilihat selepas merdeka iaitu pada tahun 1949 apabila golongan elit ini telah menubuhkan Parti Malayan Chinese Association (MCA). Penubuhan parti ini adalah untuk meneruskan desakan kesaksamaan dan perlindungan politik bagi bangsa cina ditanah melayu. Selain itu penubuhan parti ini juga untuk menghadapi permasalahan yang timbul akibat pengaruh PKM yang semakin meluas di kalangan masyarakat Cina. Pihak British juga mengalu-alukan penubuhan MCA kerana ia dapat membantu British menentang PKM. Penubuhannya adalah untuk menyekat masyarakat Cina daripada menyertai Parti Komunis Malaya. 4.1.2 Ethnonasionalisme indiaSeperti bangsa cina, kaum india yang menetap ditanah melayu juga pada awalnya tidak mempunyai rasa kecintaan terhadap tanah melayu. Hal ini dapat dilihat dalam sukatan pelajaran disekolah jenis india yang lebih berorientasikan Negara asal mereka seperti pengajaran sejarah india dan bukannya sejarah tanah melayu. Walaubagaimanapun, pengaruh politik Negara asal mereka tidak memberi kesan kepada semangat nasionalisme mereka, tidak seperti bangsa cina. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara seperti kedudukan ekonomi mereka yang lemah, populasi mereka yang tidak begitu ramai dan perpecahan didalam bangsa mereka sendiri yang disebabkan oleh system kasta. Walaubagaimanapun, masih wujud semangat nasionalisme india ditanah melayu, hanya ianya lebih didasari oleh perjuangan untuk menjaga kepentingan politik dan ekonomi kaum india ditanah melayu yang dilihat sangat menyedihkan. Hal ini dapat dilihat pada tahun 1936 dengan tertubuhnya CIAM. Central Indian Association of Malaya (CIAM) merupakan gabungan 12 buah persatuan dan empat buah dewan perniagaan India. Tujuan utama pertubuhan ini ialah untuk memaju dan memelihara kepentingan politik orang India di Tanah Melayu. CIAM berperanan menjaga kebajikan kaum pekerja India seperti menentang pemotongan upah oleh pihak majikan, menghentikan sistem penghijrahan buat sementara waktu dan tidak membenarkan penjualan todi. Namun, sebelum Perang Dunia Kedua masyarakat India menghalakan minat dan kegiatan politik terhadap negara India. Selepas perang, CIAM lebih aktif dalam politik malah semasa pendudukan Jepun, CIAM bekerjasama dengan Indian Independence League (IIL) dan India National Army (INA) untuk menjatuhkan kerajaan British di India namun usaha ini gagal lalu menyebabkan masyarakat India mula memberi tumpuan terhadap keadaan politik di Tanah Melayu. Kemunculan parti-parti politik selepas perang yang berunsurkan perkauman seperti MIC dan UMNO disamping semangat nasionalisme di india yang menentang colonial telah menyebabkan munculnya parti politik khas bagi kaum india iaitu Malayan Indian Congress (MIC). Parti ini telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan tujuannya ialah untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama dengan kaum lain. MIC mendapat sambutan di kalangan masyarakat India apabila ia menyertai Perikatan dan menyertai pilihan raya Persekutuan tahun 1955. Parti politik ini juga didasari oleh golongan india yang berpendidikan inggeris yang duduk dikawasan Bandar dan kebanyakannya berkasta tinggi. Mereka ini juga tergolong dalam kelompok elit bagi kaum india. Seperti MCA, parti MIC ini juga menuntut kesaksamaan politik bagi kaum india. Hal ini adalah penting bagi kaum india dimasa hadapan bagi mendapatkan peluang yang sama rata seperti kaum lain terutamanya dalam aspek ekonomi.[footnoteRef:74] [74: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 92]

4.1.3 Ethnonasionalisme melayuDalam melihat kemunculan nasionalisme melayu, selain dari aspek penjajahan British, ianya juga disebabkan oleh kesedaran orang melayu untuk berubah ataupun a mood for change[footnoteRef:75] Kesedaran untuk berubah ini pula banyak dipengaruhi oleh dasar British yang membawa masuk ramai imigran berbangsa asing ketanah melayu iaitu dasar buka pintu. Dasar buka pintu ini telah menyebabkan ramai penduduk dari china dan india dibawa masuk untuk bekerja ditanah melayu dibawah tajaan British. Orang melayu mulanya hanya menganggap kedatangan imigran ini sebagai tetamu yang datang bertandang dalam masa yang singkat sahaja dan bukannya menetap lama disini.[footnoteRef:76] Keberadaan bangsa asing yang pada awalnya hanya untuk bekerja buruh, telah berubah apabila mereka mula menetap ditanah melayu setelah kedudukan mereka dalam ekonomi, politik dan social semakin kukuh. Keadaan ini telah banyak merugikan orang melayu terutamanya dari aspek ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam ketidakseimbangan agihan kekayaan yang berlaku di tanah melayu pada ketika itu. Selain itu, kemuculan ethnonasionalisme melayu ini juga didorong oleh kemunculan ethnonasionalisme kaum lain ditanah melayu. [75: Khoo kay kim,Malay society 1874-1920, journal Southeast Asean studies, 1972, hlm 180] [76: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 102]

Perkembangan etnonasionalisme melayu juga dapat dibahagikan kepada tiga aliran iaitu aliran yang pertama Kumpulan yang berorientasikan gagasan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh kumpulan yang boleh dikelompokkan sebagai kumpulan elit agama. Aliran kedua adalah Golongan menengah Melayu berlatarbelakangkan pendidikan Melayu yang membawa pemikiran politik yang agak radikal dan aliran ketiga adalah Golongan atasan yang berpendidikan Inggeris yang mempelopori gerakan politik yang berhaluan sederhana juga dikenali sebagai golongan elit. Ketiga-tiga aliran ini dipecahkan lagi kepada dua pecahan utama iaitu haluan kiri dan haluan kanan. Haluan kiri merupakan aliran yang mempunyai ideology berbeza dengan british manakala haluan kanan lebih pro-British.Didalam melihat gerakan Kesedaran nasionalisme Melayu moden di Tanah Melayu ianya mula digerakkan oleh kumpulan aliran pertama iaitu yang berasaskan agama yang datang dari system persekolahan agama tempatan yang juga dikenali sebagai madrasah ataupun yang mendapat pendidikan di asia barat seperti cairo, jurusalem dan Baghdad.[footnoteRef:77] Disana, hubungan juga dijalankan dengan orang islam dari Indonesia dan dari situ satu pertubuhan telah ditubuhkan bagi tempat pertukaran idea dan kerjasama antara kedua Negara ini yang digelar perhimpunan Pemuda Indonesia-Malaya (PERPINDO).[footnoteRef:78] Idea reformasi (islah) yang sedang berkembang di Asia Barat itu telah dibawa ke Tanah Melayu oleh para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohammad Taha, dan Syed Syeikh Al-Hadi dan membentuk satu kesatuan yang digelar gerakan kaum muda atau golongan reformis islam.[footnoteRef:79] Perjuangan ideology ini adalah untuk menerapkan konsep sebenar agama islam yang selama ini telah dipesongkan yang membuatkan orang melayu lemah seperti dalam aspek pendidikan, politik, keadilan social dan dalam kehidupan seharian. Suara perjuangan persatuan ini disalurkan melalui penulisan di akhbar-akhar seperti Majalah Al-Iman (1906), Al-Ikhwan (1926) di Singapura, idaran zaman(1925) di Pulau Pinang dan akhbar Saudara (1928). [77: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 95] [78: William roff, Origins of malay nationalism, kuala Lumpur: Oxford University press, 1995, hlm 255] [79: Ibid., hlm 59-60]

Walaupun dilihat membawa pemikiran yang lebih kebaratan dan moden, tetapi gerakan kaum muda ini disekat oleh British kerana kelantangannya dalam mengkritik golongan raja. Kaum muda mengecam mana-mana pihak terutamanya kaum tua yang terlalu mendewakan golongan raja sehingga segala tindak tanduk raja diturut tanpa soal. British takut kekuatan golongan raja akan tergugat dengan ideology yang dibawa oleh kaum muda ini, yang mana golongan raja ini merupakan puppet terpenting bagi British ditanah melayu.[footnoteRef:80] [80: Azlan Tajuddin, Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Division, and managed democracy, United Kingdom:Lexington Books, 2012, hlm 96]

Pada era 1930-an pula, muncul aliran kedua dalam gerakan ethno nasionalisme melayu yang digerakkan oleh golongan menengah melayu yang kemudiannya digelar golongan haluan kiri. Parti haluan kiri yang bersifat nasional ini dapat dilihat pada tahun 1938 dengan tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda(KMM). Gerakan parti KMM ini banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme di Indonesia. Parti KMM ini banyak dianggotai oleh golongan melayu berpendidikan seperti lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar, MPSI, dan sekolah teknik kuala Lumpur. Hal ini adalah disebabkan Subjek pengajaran disekolah-sekolah berkenaan yang banyak meceritakan perjuangan nasionalisme di Indonesia dan mesir telah membangitkan semangat nasionalisme pelaja