Click here to load reader

Essei Tamadun Islam

  • View
    43

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cth esei tamadun islam

Text of Essei Tamadun Islam

PENGENALAN Sejarah menyaksikan bahawa perkembangan ilmu dalam sesuatu masyarakat sangat bergantung kepada perkembangannya yang berlaku sebelumnya oleh generasi terdahulu. Ilmu diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Pengalaman generasi awal dijadikan teladan dan panduan oleh generasi kemudian. Terdapat banyak faktor yang mendorongkan kegiatan menterjemahkan karya asing ke dalam perbendaharaan ilmu Islam. Islam menggalakkan mempelajari ilmu kepada setiap individunya dan meletakkan martabat yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan. Setengah-setengah ibadat seperti sembahyang memerlukan pengetahuan waktu dan arah kiblat. Ini memerlukan ilmu pengiraan dan falak. Demikian juga pengiraan mengenai anak bulan untuk awal Ramadhan bagi ibadat puasa dan pengiraan hukum fara'id dalam fiqh. Demikian juga halnya dengan ilmu perubatan. Ilmu perubatan yang berlaku dengan pesatnya dalam tamadun Islam bersumberkan perubatan warisan silam yang diadunkan dengan seni perubatan Nabi S.A.W. Ilmu ini berkembang menjadi satu disiplin penting dalam kurikulum pengajian tradisi Islam. Penemuan-penemuan baru dalam bidang ini oleh tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, al-Razi, al-Zahrawi, Ibnu al-Nafis dan angkatannya memberi sumbangan yang besar dalam sejarah perkembangan ilmu perubatan dunia. Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan di barat banyak dipengaruhi oleh perubatan muslim. Sebelum abad ke-14, tidak ada ilmu yang bernilai dipraktikkan di Eropah melainkan sesudah kedatangan ilmu perubatan ke sana, kemudian apabila ilmu perubatan Islam sampai ke sana, ilmu perubatan muslim telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di Eropah. Tanpa kita sedari, seabad yang lalu iaitu dalam abad ke-19 masihi, ilmu perubatan muslim mula dihapuskan di dalam kurikulum ilmu perubatan di Eropah. Mereka mula menyatakan bahawa tokoh-tokoh ilmuan mereka adalah yang pertama membuat penemuan-penemuan baru seperti Corpernicus (meninggal dunia 1543) adalah tokoh pertama dalam bidang Astronomi dan Paracelsus (meninggal dunia 1541) adalah tokoh dalam bidang perubatan dan kimia.Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman Bani Umayyah (661-720 masihi) dan berkembang pesat dalam zaman Abbasiyah (750-1258 masihi). Islam sangat menitikberatkan kesihatan umatnya. Kehebatan para ilmuan Islam ketika itu adalah mereka yang pakar dalam bidang sains falsafah dan dalam bidang perubatan adalah orang yang sama dan mereka ini dipanggil Hakim. Kebanyakkan ilmu perubatan muslim dicedok dari ilmu perubatan di Parsi, Yunani, India, dan Mesir. Maka, ilmu perubatan muslim terpancar sebagai integrasi antara- teori-teori perubatan Yunani, warisan Hippokrates selain daripada pengalaman bangsa Parsi dan India kerana para doktor Parsi dan India berkepakaran khusus dalam bidang pharmakologi. Dalam bidang perubatan, begitu ramai ahli dan sarjana perubatan wujud bagi mengembang ilmu perubatan diserata dunia. Antara sarjana perubatan muslim yang terawal ialah AL-HARITH IBN KALADAH (634M) yang berasal dari Thaif dan mula mempelajari ilmu perubatan di Yaman dan mempelajari ilmu ubat-ubatan di Parsi.Dalam kajian ini, akan membicarakan beberapa orang tokoh sarjana perubatan Islam yang agung yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam seperti Ibnu Sina , Abu Qasim Al-Zahrawi dan Al-Razi. Ilmu pengetahuan mencapai zaman kegemilangannya dalam kerajaan Islam pada sekitar abad kesembilan hingga ke-13 Masihi. Kajian, penemuan dan penulisan para cendekiawan Islam terutamanya dalam bidang sains dan perubatan menjadi rujukan penting para pelajar dan pakar di seluruh dunia hingga ke hari ini.Ilmu pengetahuan dari tamadun terdahulu seperti Rom dan Greek telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sebagai kemudahan kepada para cendekiawan Islam pada waktu itu.Kerja-kerja terjemahan dilakukan oleh penganut Islam yang berasal dari kawasan jajahan kerajaan Rom dan Greek.Ilmu tersebut bukan hanya disalin dan dibaca, malah kesungguhan para cendekiawan Islam mempelajari, mengkaji semula dan mencabar teori dari Greek yang ditulis oleh Aristotle, Socrates dan Plato telah membawa tahap ilmu pengetahuan umat Islam ketika itu jauh ke hadapan berbanding kerajaan lain di sekitarnya.Ilmu yang dikaji oleh cendekiawan Islam kemudiannya diselarikan dengan ajaran Islam yang dianuti.Kebanyakan ilmu pengetahuan dalam abad itu bermula dengan falsafah terutamanya sains. Pembahagian bidang sains pada abad tersebut tidak seperti pembahagian sains pada zaman ini.Falsafah dikenali sebagai ibu kepada ilmu pengetahuan. Mempelajari ilmu falsafah berpandukan al-Quran membolehkan cendekiawan Islam membahas dan mencabar teori terdahulu secara terkawal.Antara cendekiawan Islam yang menguasai falsafah Greek ialah Al Kindi (sekitar 800-870M asihi) yang mahir dalam teori Plato dan Al Farabi (870-950 Masihi) yang menguasai teori Aristotle.

IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS Latar Belakang Ibnu Sina atau Avicenna adalah satu nama yang sentiasa meniti dibibir-bibir masyarakat barat di Eropah. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam bidang falsafah beliau banyak mempengaruhi kebudayaan di barat. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Anak berbangsa Parsi ini, dilahirkan di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan pada 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi. Beliau mula menimba ilmu secara tidak formal sejak usia 5 tahun lagi. Hasil bimbingan sahabat karib ayahnya Abu Abdullah Natili, seusia 10 tahun beliau sudah berjaya menghafal Al-Quran. Dalam usia 10 tahun juga, beliau telah memumtazkan diri dalam cabang ilmu agama seperti fiqh, ususluddin, tafsir, tassawuf dan sebagainya. Antara bidang ilmu kemanusiaan yang berjaya dikuasainya ialah kedoktoran, falsafah, geometri, astronomi, matematik, sastera, muzik, politik, fizik, kimia dan kosmologi. Pada usia meniti 18 tahun beliau telah dianugerahkan gelaran Doktor Di-Raja setelah beliau berjaya mengubati penyakit Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 Hijrah bersamaan 997 Masihi yang gagal diubati oleh doktor-doktor lain. Kehebatan dan kepakaran beliau membawa beliau digelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).Sepanjang hidupnya, beliau telah banyak memberi sumbangan khususnya dalam bidang perubatan sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hirah bersamaan 1037 Masihi. Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina terutamanya Hasil Tulisan dan Ensiklopedia sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karya-karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan.Antara karya beliau yang terkenal adalah Al-Qanun Fi Al-Tibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya ini, telah cetak semula sebanyak 16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad ke-16, karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine.Selain daripada Al-Qanun Fi Al-Tibb, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut. Begitu juga dengan Teori-teori dan Pendapat Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau psychosomatic medicine yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi kuat atau denyutan yang lemah,masa antara denyutan dan kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, seju

Search related