45
FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR EMG 4201 PERANCANGAN ALAM SEKITAR PENCEMARAN SUNGAI KUMPULAN: 1

esei pencemaran sungai

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: esei pencemaran sungai

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR

EMG 4201

PERANCANGAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN SUNGAI

KUMPULAN:

NUR AFIDA BT HASHIM

NURUL AINI BT ZAINI

PENSYARAH: PROF. MADYA DR AZIZI MUDA

1

Page 2: esei pencemaran sungai

KANDUNGAN:

1 PENDAHULUAN 3

2 DEFINISI PENCEMARAN 4

3 STATUS PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA 5

4 SUNGAI 6

5 PERANAN DAN KEPENTINGAN SUNGAI 8

6 PUNCA PENCEMARAN SUNGAI 9

7 PARAMETER KUALITI AIR 11

8 PENGKELASAN KUALITI AIR SUNGAI DI MALAYSIA 13

9 KESAN PENCEMARAN SUNGAI 16

10 PENGURUSAN SUNGAI

10.1 RANCANGAN MALAYSIA KE-9 18

10.2 AGENSI TERLIBAT 19

10.3 UNDANG-UNDANG BERKAITAN 20

10.4 STRATEGI PENGURUSAN SUNGAI 22

11 PENUTUP 37

12 RUJUKAN 37

13 LAMPIRAN 38

2

Page 3: esei pencemaran sungai

1) PENGENALAN

Sungai adalah salah satu sumber semula jadi yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Kepentingan penjagaan sungai pada masa dahulu dan sekarang tidak pernah kurang.

Peranan sungai kepada manusia dan hidupan di muka bumi ini adalah tidak ternilai

terutamanya kepada ekonomi negara. Terdapat lebih daripada 150 sungai di Malaysia,

dan 97% daripadanya merupakan sumber air mentah negara.

Adalah dijangkakan keperluan air domestik, industri dan pengairan di

Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 63% daripada 10,833 juta meter padu

dalam tahun 2000 kepada 17,675 juta meter padu dalam tahun 2050 (JAS Malaysia,

2000).Pencemaran yang berlaku kepada sungai pada masa sekarang semakin bertambah.

Ini akan menyebabkan tahap kualiti air akan terganggu dan membahayakan kesihatan

manusia. Malah akan mengurangkan sumber air yang diperlukan padamasa akan datang.

Kebanyakan sungai di Malaysia telah dicemari dan perlu diberi perhatian. Sungai yang

baik dan terkawal kebersihannya menjadi tercemar apabila mengalir atau melintasi

kawasan yang sedang dibangunkan.

Sebagai contoh, kelodak daripada aktiviti kerja tanah menjadi punca pencemaran

sungai selain pembuangan sampah ke dalamnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

(Aznan,2001). Mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar, daripada 120 lembangan sungai

seluruh Malaysia yang dipantau pada tahun 1999, sebanyak 13 buah sungai yang

tercemar, 75 sungai sederhana tercemar, dan 32 yang masih bersih (Pauziah Hanum,

2000).

Sungai adalah sebagai sumber perikanan, pertanian, dan pelbagai kegiatan

ekonomi yang lain. Sungai juga digunakan sebagai jalan penghubung dan tanda

sempadan sesebuah negeri (Netty , 2002). Pada hari ini, manusia makin hilang

3

Page 4: esei pencemaran sungai

pertimbangan dan tanggungjawab dalam menjaga sumber air terutamanya sungai.

Pencemaran sungai makin berleluasa berpunca daripada kecuaian manusia sendiri

2) DEFINISI PENCEMARAN SUNGAI

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa

pencemaran adalah “suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran

alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap”.

Sungai pula bermaksud “tali air yang semula jadi”.

 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah mentakrifkan pencemaran sebagai “…

apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat fizikal, haba, kimia, atau

biologi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan, atau

meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah,

menyebabkan suatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan dan kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau

hidupan dalam air atau kepada tumbuhan atau menyebabkan suatu perlanggaran

terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang

dikeluarkan di bawah akta ini”. 

Oleh sebab itu, pencemaran sungai boleh ditakrifkan “sebagai apa-apa

perubahan yang berlaku sama ada dari segi keadaan dan komposisi air sungai seperti

warna, kandungan, bau dan rasa kesan daripada aktiviti manusia secara lansung atau

tidak lansung sehingga menyebabkan air sungai tidak sesuai untuk digunakan dan ianya

akan memberi kesan terhadap sistem ekologi sungai dan merbahaya kepada kesihatan

manusia, dan sungai tidak sesuai untuk penguna hilir sungai”. (Dr. Arthur Key, 1989)

Pencemaran sungai yang berlaku dapat dikesan melalui perubahan sama ada dari segi

fizikal, kimia dan biologi. 

4

Page 5: esei pencemaran sungai

3) STATUS PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA

Berasaskan Laporan-laporan Tahunan yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar,

keeadaan kualiti air sungai-sungai di negara ini dari tahun 1987 hingga 1999 adalah

seperti berikut:

  1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999

Di uji  91 91 91 90 87 86 116 116 115 116 117 117 117

Bersih  43 48 45 48 37 25 30 38 48 42 24 33 32

Sederhana

tercemar 45 40 43 35 44 55 75 64 53 61 68 71 75

Sangat

tercemar 3 3 3 7 6 6 11 14 14 13 25 16 13

Sungai-sungai yang sangat tercemar pada tahun 1996 adalah Sungai Juru, Sungai

Perai, Sungai Jejawi dan Sungai Pinang (Palau Pinang); Sungai Sepang, Sungai Kelang

dan Sungai Buloh (Selangor); Sungai Danga, Sungai Air Baloi, Sungai Kempas, Sungai

Rambah & Sungai Tukang Batu (Johor) dan Sungai Landas (Terengganu).

Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) pula melaporkan pada tahun 2006, 79

lembangan sungai di Malaysia adalah bersih, 60 lembangan sungai di katogerikan sebagai

sederhana tercemar manakala 7 lembangan sungai tercemar teruk dan empat daripadanya

di Johor iaitu Sg. Tebrau, Sg. Segget, Sg. Dangga dan Sg. Pasir Gudang, dua di Pulau

Pinang iaitu Sg. Juru dan Sg. Pinang manakala satu di Selangor iaitu Sg. Buloh.

Selepas 10 tahun, empat sungai masih di kategorikan sebagai teruk tercemar ialah

Sungai Juru, dan Sungai Pinang (Palau Pinang); Sungai Buloh (Selangor); dan Sungai

Danga, (Johor).Negeri Johor mencatatkan jumlah sungai yang teruk tercemar paling

5

Page 6: esei pencemaran sungai

tinggi pada tahun 1996 dan 2006. Walaubagaimanapun, jumlah sungai sangat tercemar

telah berkurang sebayak enam selepas 10 tahun pihak kerajaan menjalankan pelbagai

program pengurusan sungai seperti “Kempen Cintailah Sungai Kita”. Selain itu, sungai

yang bersih juga meningkat sebanyak 37 buah sungai.

4) SUNGAI

Ekosistem air tawar terdiri daripada sungai (ekosistem air mengalir), tasik

(ekosistem air kekal) dan paya. Setiap ekosistem air tawar mempunyai keadaan abiotik

tersendiri dan ciri-ciri organisma tertentu., Ekosistem air tawar yang penting untuk

ekologi dan sumber ekonomi, walaubagaimanapun hanya meliputi lebih kurang 1%

daripada permukaan bumi. (Miller, 2005)

Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi

dari tasik, mata air ataupun anak-anank sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni

bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut

atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil

muara, manakala puncanya di panggil ulu. Air sungai biasanya terbatas di dalam satu

saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan.

Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut.

Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang

bergabung. (Wikipedia)

Pelbagai ciri-ciri sungai yang berbeza wujud sepanjang perjalanan air sungai dari

ulu hingga ke muara. (Rajah 1). Selain itu, pelbagai jenis hidupan akuatik sungai

bergantung kepada kekuatan aliran sungai. Di kawasan hulu sungai kebiasaanya hidupan

akuatik dijumpai ialah anak ikan, udang dan sebagainya yang memakan detritus (bahan

organic yang mati seperti daun). Di hilir sungai, hidupan akuatiknya biasanya lebih lasak

dan dapat hidup dalam keadaan keruh seperti ikan tilapia.

Air sungai di hulu sungai (headwater) mengalir laju ke muara (mouth) dan

biasanya melepasi batu atau cerunam yang tinggi iaitu dikenali sebagai air terjun.

6

Page 7: esei pencemaran sungai

Kebiasaanya air di hulu sungai adalah cetek, jernih, dingin, mengalir deras dan

mengandungi kandungan oksigen yang tinggi. Berbeza, sungai di kawasan hilir dimana

sungainya lebih lebar dan dalam, keruh, tidak dingin, mengalir perlahan dan kurang

kandungan oksigennya. Sepanjang perjalanan, sungai yang kecil dikenali sebagai anak

sungai (tributaries) akan mengalir masuk ke sungai utama dan menambah aliran sungai.

Sungai mengalir dengan bebas dan mendatar, lebih perlahan dan angin dari sisi ke sisi

akan membentuk sungai yang bengkang-bengkok. (meanders). Dataran banjir biasanya

kawasan rata berhampiran sungai yang mengalami banjir.

Kebiasaanya di kawasan muara sungai dan berhampiran laut, campuran air sungai

dan air laut akan menghasilkan air payau. Delta sungai ialah kawasan tanah rendah dan

subur di muara sungai terhasil daripada pemendapan sedimen sungai yang mengalir

perlahan sehingga memasuki kawasan laut.

Rajah 1: Ciri-ciri umum sungai

7

Page 8: esei pencemaran sungai

5) PERANAN DAN KEPENTINGAN SUNGAI

Peranan dan kepentingan utama sungai adalah untuk kegunaan domestik. Manusia

lebih banyak menggunakan air yang berpunca daripada sungai. Manusia menggunakan

air untuk melakukan aktiviti harian seperti minum, makan, membasuh, berkebun dan

sebagainya. Lebih daripada 150 buah sungai digunakan untuk membekalkan air kepada

manusia. Sungai membekalkan 97% sumber air mentah dan dijangkakan keperluan air

untuk domestik, industri dan pengairan di Semenanjung Malaysia akan meningkat. Tanpa

air manusia tidak akan dapat meneruskan aktiviti yang ingin dilakukan. Bayangkan jika

bekalan air terputus selama sehari sahaja, bermacam aktiviti yang akan tergendala.

Kedua, kebanyakan industri yang beroperasi di negara ini menggunakan sumber

air daripada sungai untuk menjalankan aktiviti perindustrian. Kilang-kilang

menggunakan air untuk membuat produk-produk pemasaran. Selain itu, air juga

digunakan untuk hidroelektrik. Denagn keadaan industri dunia yang semakin maju ini,

maka semakin banyklah air diperlukan. Penghasilan satu tan keluli sahaja, sebanyak

45,000 liter air diperlukan dan untuk menyiapkan sebuah kereta pula sebanyak 30,000

liter air terpaksa digunakan (JAS Malaysia, 2000).

Sungai juga tidak kurang pentingnya dalam bidang pertanian dan penternakan.

Air sungai juga banyak digunakan untuk pertanian. Tumbuh-tumbuhan yang ditanam

memerlukan siraman air yang cukup untuk memberikan tumbesaran yang baik. Jika

petani memerlukan air, begitu juga dengan penternak haiwan. Pertanian melibatkan

penggunaan air untuk pengairan tanaman dan juga untuk ternakan. Bekalan air untuk

ternakan seperti ayam, itik, khinzir dan sebagainya hanya digunakan sebanyak 1%

daripada pengeluaran air untuk pertanian.Manakala selebihnya adalah untuk tanama

seperti padi, jagung, kelapa sawit dan sebagainya (Robertson, 1990)

8

Page 9: esei pencemaran sungai

Sungai dijadikan salah satu kawasan rekreasi dan tempat tarikan pelancong.

Aktiviti seperti berkayak, memancing, berenang dan sebagainya dapat menambah aktiviti

sihat dan berguna kepada manusia. Walaubagaimanapun, jika sesuatu sungai tersebut

dicemari dan kotor sudah tentulah aktiviti-aktiviti untuk kegiatan rekreasi tidak dapat

dilakukan. Justeru penting bagi kita untuk memelihara sungai daripada dicemari dan

menjaganya dengan baik. Di Malaysia, kebanyakan tempat rekreasi yang paling diminati

oleh pengunjung ialah kawasan perkelahan dan perkhemahan yang terletak berhampiran

kawasan air terjun.

Di kawasan pedalaman, sungai penting sebagai alat penghubung antara satu

kawasan dengan kawasan yang lain. Pada masa dahulu masyarakat pada zaman tersebut

menggunakan sungai sebagai medium pengangkutan mereka untuk ke sesuatu destinasi

malah pada masa sekarang juga terutama di kawasan pedalaman seperti penduduk yang

menduduki kawasan di sekitar sungai Rajang di Sarawak menjadikan sungai tersebut

sebagai mediu pengangkutan mereka. Ini kerana keadaan topografi di sana tidak

mempunyai perhubungan jalan darat.

6) PUNCA PENCEMARAN SUNGAI

Umumnya, pencemaran sungai berpunca daripada faktor semulajadi dan pelbagai

aktiviti manusia (Davis dan Conwell, 1991; Grower, 1980; Nemerow, 1991). Terdapat

dua komponen utama punca pencemaran air yang dikenalisebagai punca pencemaran

tidak tetap dan punca pencemaran tetap (Novotny, 1995). Pencemaran daripada punca

tidak tetap terdiri daripada komponen pencemaran yang tidak dapat dikesan puncanya

seperti air larian permukaan, sisa aktiviti pertanian, perladangan dan seunpamanya

(O’Shea, 2002). Antara aktiviti-akiviti pertanian yang dikenalpasti sebagai punca

pencemaran adalah akiviti pertanian, hasil buangan daripada aktiviti perindustrian da juga

perusahaan, hasil kumbahan daripada penduduk setempat, aktiviti pertanian yang tidak

terkawal, penternakan haiwan iaitu sisa-sisa najis dan aktiviti bot, perkapalan.

9

Page 10: esei pencemaran sungai

Antara punca utama yang dikenalpasti menjadi penyebab kepada pencamaran sungai

ialah aktiviti perindustrian. Sistem pengurusan air sisa yang kurang efektif dari kawasan

industri menyumbang kepada berlakunya masalah ini. Air sisa yang tidak dirawat terlebih

dahulu sebelum di lepaskan ke dalam sungai bukan sahaja mengubah ciri-ciri fizikal

sungai tersebut seperti warna, bau dan kekeruhan malah turut mempengaruhi hidupan

dalam sungai tersebut. Antara industri danperusahaan yang boleh mencemarkan adalah

industri yang bersumberkan pembuatan, bahan petrokimia, getah dan bersumberkan

pertanian (Hamidi, 1999). Dengan terhasilnya sisa-sisa dari industri atau perusahaan ini,

ianya memberikan kesan terhadap pengurangan kandungan oksigen terlarut (DO),

pertambahan BOD dan hidrokarbon, pembeasan bahan kimia seperti alkali, asid, sulfur

organik dan bukan organik, garam natrium dan pelbagai lagi. Ini semua,adalah penyebab

terhadap kemerosotan kualiti air sungai (Tchobanoglous, 1985). Untuk mengelakkan

daripada ianya terus berlaku, langkah-langkah pengawalan haruslah diambil untuk setiap

bidang perindustrian dan perusahaan, dengan mengetatkan lagi undang-undang yang

sedia ada demi untuk memelihara sungai atau laut dari terus tercemar.

Selain itu, hasil kumbahan daripada penduduk setempat juga merupakan punca

perubabahan kualiti air sungai. Di kawasan perumahan penduduk luar bandar atau

setinggan, juga merupakansalah satu punca yang sering diperkatakan kerana tidak

mempunyai sistem pembentungan yang sempurna. Dengan kedudukan kediaman yang

berhampiran sungai, segala macam jenis sisa-sisa yang dihasilkan tanpa berfikir panjang ,

sungai adalah tempat untuk dijadikan kawasan pembuangan domestik dan juga sebagai

tandas untuk membuang najis. Antara faktor yang menyebabkan punca pencemaran ini

terus berleluasa adalah dengan pertambahan populasi penduduk yang tidak pernah

mengambil berat akan kesan terhadap aktiviti yang mereka lakukan boleh mengganggu

keseimbangan alam sekitar. Kesedaran yang tinggi perlu ada di dalam diri seiap

penduduk bagi mengelakkan perkara seperti ini terus terjadi dengan lebih teruk lagi.

Antara punca lain yang boleh dikatakan penyebab yang berlakunya pencemaran

adalah datangnya daripada aktiviti pertanian. Ini disebabkan oleh sistem penanaman yang

kurang berkesan telah menyebabkan keperluan terhadap pengunaan baja kimia, racun

10

Page 11: esei pencemaran sungai

rumpai dan juga racun kimia secara berlebihan tanpa memikirkan kesannya terhadap

alam sekitar, khususnya terhadap sungai atau terus ke laut (Deborah Chapman, 1996). Di

dalam bidang penternakan pula, yang menjadikan masalah adalah disebabkan pelepasan

najis-najis haiwa seperti babi, kambing, lembu dan lain-lain ke dalam sungai samada

dengan sendiri iaitu melalui air larian permukaan atau dengan sengaja, di mana ianya

dilakukan oleh tuan punya haiwan ternakan itu sendiri. Kesan daripada pembuangan

najis-najis ternakan itu telah mencemari sungai atau laut, boleh menyebabkan kandungan

BOD, pepejal terampai dan nitrogen adalah tinggi. Dengan itu, berlakunya pembiakan

pembiakan pelbagai bakteria seperti E coli dan terjadinya pelbagai penyakit yang

datangnya daripada air seperti taun.

Aktiviti pembinaan yang dilakukan samada di tebing-tebing sungai atau di persisiran

pantai juga merupakan satu punca yang perlu dititikberatkan. Dengan adanya pembinaan

ini, bermakna bukan sahaja loji-loji dan alatan malahan pertambahan pekerja juga

diperlukan. Maka secara tidak langsung, penghasilan sisa-sisa daripada manusia turut

menyumbang kepada berlakunya pencemaran.

7) PARAMETER KUALITI AIR

Tahap pencemaran sesuatu sungai diukur berdasarkan kualiti airnya. Antara

parameter yang digunakan ialah nilai pH, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen

biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), ammonia nitrogen, pepejal terampai

dan suhu.

pH merupakan ukuran atau indeks keasidan dan kealkalian bagi sesuatu sumber

air, dengan mengukur kepekatan ion hidrogenn (H+) yang terdapat di dalamnya. Sumber

air yang mempunyai kepekatan ion (H+) yang tinggi akan bersifat asid di mana bacaan

pHnya rendah iaitu kurang daripada 7. Manakala sumber air yang mempunyai kepekatan

ion (H+) yang rendah akan bersifat alkali di mana bacaan pHnyatinggiiaitu lebih daripada

7. Air dikatakan bersifat neutral jika bacaan pHnya sama dengan 7. Nilai pH yang sangat

tinggi di dalam air boleh menyebabkan kepekatan ammonia bertambah di mana keadaan

11

Page 12: esei pencemaran sungai

ini akan mengakibatkan keracunan atau toksik pada air. Nilai pH yang sangat rendah

hingga kurang daripada 4 pula boleh menyebabkan keasidan pada air yag menyebabkan

kematian hidpan akuatik, hakisan padabatu dan logam dalam air.

Julat pH yang dibenarkan untuk beberapa kegunaan

Ukuran kualiti air yang pentinga ialah oksigen terlarut (DO). Kepekatan minimum

oksigen terlarut (DO) yang diperlukan oleh hidupan akuatik ialah sebanyak 2mg/L,

manakala 5mg/L pula diperlukan untuk aktiviti penternakan dan 4mg/L untuk minuman.

Permintaan oksigen biokimia (BOD) adalah merupakan permintaan terhadap

jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk melakukan penguraiankeatas

bahan cemar organik secara semulajadi. Ianya dianggap penting di dalam pengawalan

kualiti air danpencemaran. BOD dijadikan petunjuk kepada darjah pencemaran sesuatu

air (Hamidi, 1999).

Punca pencemaran terutamanya daripada manusia dan haiwan dapat dikesan

dengan menggunakan parameter ammonia nitrogen. Pertumbuhan alga adalah disebabkan

kehadiran nitrogen yang berlebihan dan dengan kehadirannya, akan merosotkan kualiti

air. Kandungan ammonia nitrogen yang tinggi di dalam air menunjukkan sungai tersebut

mengalami pencemaran yang disebabkan oleh bahan sisa penternakan, pertanian dan

kumbahan domestik.

Pepejal terampai di dalam air terdiri daripada bahan bukan organik atau partikel

organik atau bahan yang tidak boleh larut dalam air. Pepejal bukan organik seperti tanah

liat, kelodak dan lain-lain partikel dalam tanah manakala bahan organik pula adalah

12

Julat Kegunaan

5.0 - 9.0 Pembekalan air domestik

6.5 - 9.0 Kehidupan akuatik air biasa

6.5 - 8.5 Kehidupan akuatik air laut

Page 13: esei pencemaran sungai

seperti gentian tumbuhan dan mikroorganisma (pepejal terampai biologi) seperti alga dan

bakteria. Pepejal terampai boleh mengurangkan nilai estetika air manakala pepejal

terampai biologi boleh menjadi penyebab berlakunya wabak oleh bakteria dan juga

penghasilan toksik oleh alga.

Antara ciri asas yang penting di dalam air adalah kehadiran suhu. Suhu air

dipengaruhi oleh cuaca sesuatu tempat, samada yang beriklimpanas atau beriklim sejuk.

Punca terjadinya suhu yang tinggi adalah dalam pencemaran seperti pencemaran dari

industri pencucian pakaian dan penyejukan janakuasa.

8) PENGKELASAN KUALITI AIR SUNGAI DI MALAYSIA

Sungai di Malaysia dapat dikelaskan mengikut tahap pencemaran yang berlaku.

Pengkelasan sungai telah diperkenalkan oleh Jabatan Alam Sekitar yang bertujuan untuk

memudahkan lagi pihak yang diberi kuasa dalam mengawal punca pencemaran dan

secara tidak langsung dapat mengawasi serta menguatkuasakan peraturan yang telah

ditetapkan di bawah akta air (Water Enacment).

Kualiti air di negara kita diukur menggunakan Indeks Kualiti Air atau Water

Quality Indexs (WQI) di mana ia adalah satu pengukuran untuk memberi gambaran

secara komprehensif tentang status kualitia air. Faktor-faktor yang mempengaruhi

formula Indeks Kualiti Air (WQI) adalah keadaan semasa penggunaan tanah, jenis dan

punca-punca pencemaran serta tahap pencemaran. Jabatan Alam Sekitar (JAS)

mengaplikasikan Indeks Kualiti Air (WQI) bagi tujuan pengkelasan tahap pencemaran air

sungai. Indeks ini juga berfungsi untuk mengenalpasti jenis pencemar utama air dengan

merujuk kpada stesen-stesen tersebut di mana peratus kandungan bendasing dapat

dianalisa.

13

Page 14: esei pencemaran sungai

Indeks Kualiti

Air Kelas Sungai

Penerangan

90 - 100 Kelas I

Sangat bersih. Tidak

memerlukan rawatan

75 - 90 Kelas II

Bersih tapi memerlukan

rawatan biasa

45 - 75 Kelas III

Bersih tapi tidak sesuai

untuk aktiviti rekreasi

sungai

20 - 45 Kelas IV Tercemar

0 - 20 Kelas V

Tercemar teruk. Tiada

kehidupan akuatik boleh

hidup

Kelas Sungai Berdasarkan Indeks Kualiti Air Sungai

Walaubagaimanapun, parameter WQI yang sebenarnya tidak mencukupi untuk

menentukan bahawa air sungai adalah betul-betul bersih ataupun tidak. Dengan itu,

sungai juga boleh dikelaskan mengikut Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS)

yang mempunyai 25 parameter yang boleh dikenalpasti termasuk parameter biologikal

seperti kehadiran kumpulan koliform (E.coli).

      Piawaian Kualiti air Interim Kebangsaan (INWQS) adalah bertujuan untuk

mengukur tahap pencemaran sungai berdasarkan parameter kualiti air. Parameter kualiti

air dapat dikelaskan di dalam kelas tertentu mengikut bacaan yang diperolehi. Terdapat 6

pengkelasan utama INWQS iatu kelas I, kelas IIA, kelas IIB, kelas III, kelas IV dan kelas

V.  Sungai juga boleh dikelaskan mengikut kegunaan masing-masing yang telah

14

Page 15: esei pencemaran sungai

ditetapkan dalam piawaian kualiti air Malaysia. Sebagai contoh, sungai yang

dikategorikan dalam kelas I adalah amat sesuai untuk bekalan air yang tidak memerlukan

rawatan kecuali untuk mencegah penyakit, kelas IIA memerlukan rawatan secara

kovensional, kelas IIB pula boleh digunakan untuk tujuan rekreasi dan mandi-manda,

kelas III ialah memerlukan rawatan rapi dan juga merupakan sumber simpanan bekalan

air, kelas IV adalah sesuai untuk mengairi kawasan pertanian, dan kelas V adalah untuk

kaedah selain daripada di atas.

Kelas Kegunaan Berfaedah

I Pemuliharaan alam semulajadi

Bekalan air 1: tiada rawatan diperlukan

Perikanan 1: spesis akuatik yang sangat sensitif

IIA Bekalan air II: memerlukan rawatan biasa

Perikanan II: spesis akuatik yang sensitif

IIB Rekreasi dengan sentuhan tubuh

Perikanan II: spesis akuatik yang sensitif

III Bekalan air III: memerlukan rawatan yang luas

Perikanan III: spesis akuatik biasa dan lasak

Minuman bagi ternakan

IV Pengairan tanaman

V Selain daripada di atas

Klasifikasi sungai di Malaysia mengikut kegunaan berfaedahnya dalan INWQS (JAS

Malaysia, 2000)

15

Page 16: esei pencemaran sungai

9) KESAN PENCEMARAN SUNGAI

Pencemaran sungai memberi impak kepada kepupusan sistem ekologi dan

kepelbagaian biologi sungai terutamanya hidupan akuatik seperti ikan. Air sungai yang

tercemar daripada sumber antropogenik seperti pembalakan dan pembinaan

menyebabkan air sungai menjadi keruh, berubah warna seakan the susu, berbau, berubah

pH dan kepekatan oksigen terlarut yang rendah akan menyebabkan hidupan akuatik

terutama sekali alga, tumbuhan akuatik, bakteria, protozoa dan pelbagai invertebrata,

kemudian ikan dan akhirnya haiwan besar seperti badak dan buaya akan mati. Selain itu,

pencemaran minyak menghalang kemasukan udara dan cahaya matahari kedalam air

menyebabkan hidupan akuatik tidak data bernafas dan akan mati. Semua punca

pencemaran ini menyebabkan keseimbangan sistem ekologi sungai terganggu. Contohnya

pencemaran minyak hitam di Sungai Pahang, Temerloh telah menyebabkan beribu-ribu

ikan sangkar mati akibat kekutangan oksigen.(Lampiran 1)

Selain itu, pencemaran sungai menyebabkan kualiti bekalan air minuman terjejas

dan kos rawatan air meningkat. Bekalan kualiti air minumam yang terjejas menyebabkan

ramai orang awam mengambil inisiatif meminum air botol atau RO water yang telah

disuling dulu untuk membuang kekeruhan dan organisma patogenik. Apabila sungai

tercemar, kos rawatan air meningkat kerana kerajaan terpaksa membina loji rawatan air

yang lebih effiesien (untuk sungai kelas III) merangkumi rawatan menambah bahan

kimia seperti alum untuk menpercepatkan proses kogulasi dan juga flokulasi untuk

mengurangkan jumlah pepejal terampai yang terkandung dalam air sungai. (Lampiran 2)

Pencemaran sungai juga menjejaskan kesihatan orang awan. Sisa-sisa kilang yang

dibuang kedalam sungai akan meracuni air sungai dengan logam berat. Ini akan

membahayakan kesihatan orang awam jika air tersebut diminum atau digunakan untuk

16

Page 17: esei pencemaran sungai

mandi. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan

pertumbuhan bacteria, virus, protozoa, cacing dan dinoflagellates yang menyebabkan

penyakit bawaan air. Antara bakteria-bakteria menyebabkan penyakit akibat meminum

air tercemar ialah Shigella spp. (penyakit disentri), Salmonella spp. membawa penyakit

seperti deman kepialu (typhoid fever), paratyphoid, gastroenteritis dan septicemia,

patogenik Eschericia coli dan Campylobacter spp.menyebabkan cirit-birit (diarrhea).

Sungai yang tercemar tidak sesuai diadakan aktiviti rekreasi air seperti mandi-manda,

memancing dan berkelah dan juga aktiviti pelancongan. Ini kerana sungai yang tercemar

dengan sampah-sarap, tidak indah dipandang dan ini menurunkan nilai estetik sungai.

Selain itu, sisa buangan kilang dan pertanian menyebabkan kualiti air sungai terjejas

dengan pepejal terampai dan minyak dan menyebabkan banyak hidupan akuatik mati dan

berbau busuk. Apabila keadaan ini berlaku, sungai yang sebelum ini bersih mempunyai

pelbagai ikan tidak sesuai lagi untuk aktiviti memancing dan mandi-manda. Contohnya

sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang merupakan sungai teruk tercemar dan

berada pada kelas ke 4 telah mencemarkan pemandangan di bandar Georgetown dan ini

boleh menjejaskan aktiviti pelancongan dikawasan tersebut akibat kemorosotan

semulajadi sungai. (Lampiran 3)

Pencemaran sungai boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas kerana boleh

memberi kesan buruk kepada perindustrian, pertanian, janakuasa elektrik dan terutama

sekali perikanan. Apabila sungai tercemar, sumber air bersih berkurang ini boleh

menjejaskan aktiviti-aktivit perindustrian yang memerlukan sumber air bersih yang

banyak. Selain itu, air yang tercemar tidak sesuai digunakan untuk aktiviti pertanian

kerana boleh menyebakan kematian tanaman dan ini akan menurukan produktiviti hasilan

pertanian. Air sungai yang terjejas dengan sampah sarap, sisa kilang dan pertanian seperti

kumbahan babi, boleh menyebabkan ketidakcekapan sistem jana kuasa dan jika tidak di

bendung, pencemaran ini boleh merosakkan sistem jana kuasa elektrik dan ini

menjejaskan sumber tenaga negara. Aktiviti perikanan air tawar berkait rapat dengan

sungai. Apabila sungai tercemar, banyak hidupan akuatik seperti ikan akan mati. Ini

menyebabkan nelayan atau pengusaha ikan sangkar mengalami kerugian atau hilang

punca pendapatan. Contohnya, pencemaran minyak hitam menyebabkan 1 000 pengusaha

17

Page 18: esei pencemaran sungai

ikan sangkar di beberapa kampung di sekitar Sungai Pahang, Temerloh rugi ratusan ribu

ringgit apabila ikan sangkar mereka mati. (Lampiran 1)

10) PENGURUSAN SUNGAI

10.1 RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN, RMKe-9

Dalam tempoh RMKe-9, Bab 22 iaitu Menggalakkan Penjagaan Alam Sekitar,

kerajaan akan terus memberi penekanan kepada langkah pencegahan untuk mengurang

dan meminimumkan pencemaran serta menangani impak negatif lain kepada alam sekitar

yang berpunca daripada aktiviti pembangunan. Di samping itu, langkah akan diambil

untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan bagi menggalak amalan pengurusan

mampan sumber asli berkaitan sumber tanah, air, hutan, tenaga dan marin. Usaha ini akan

meningkat perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli serta menyumbang

kepada penambahbaikan kualiti hidup.

PROSPEK, 2006-2010

a) Kualiti Air.

Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan

dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan

ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam akan

dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk

mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai.

Perangkap am pencemar dan kolam pemendapan akan dibina di kawasan kritikal di

lembangan sungai untuk mengurangkan aliran keluar punca pencemar tak diketahui.

Pengawalan pengelodakan dan hakisan akan ditangani melalui pindaan undang-undang

sedia ada. Penguatkuasaan akan dipertingkat lagi untuk memastikan pelepasan efluen

mematuhi piawai alam sekitar supaya kualiti alam sekitar dikekalkan.

18

Page 19: esei pencemaran sungai

b) Sumber Air

Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi ekosistem

sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap, tebatan

sungai dan zon riparian. Kesesuaian instrumen berasaskan pasaran akan dikaji untuk

mengambil kira kos alam sekitar, termasuk kekurangan, ke dalam sistem harga air.

Langkah untuk mengurangkan permintaan air akan diberi penekanan termasuk melalui

pemberian rebat cukai untuk industri yang mengitar semula air.

Bajet 2008: Pemuliharaan Alam Sekitar

Kerajaan akan mempastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber

asli secara lebih bersepadu dan mampan dilaksanakan secara berkesan. Untuk ini, hampir

satu bilion ringgit disediakan bagi terus menjaga keseimbangan dan keindahan ekologi

serta meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan kualiti alam sekitar. Salah

satu program utama yang akan dilaksanakan ialah Program Saliran dan Tebatan Banjir

dengan peruntukan 716 juta ringgit. Program Pengurusan Sungai akan dilaksanakan

untuk mengatasi masalah banjir dan pencemaran serta meningkatkan tahap kualiti air

sungai dengan peruntukan 107 juta ringgit.

10.2 AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN SUNGAI DI

MALAYSIA IALAH:

a. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

b. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

c. Jabatan Alam Sekitar (JAS)

d. Lain-lain agensi yang berkaitan

A. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

Pada tahun 2004, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baru ditubuhkan

dengan menggabung 10 agensi alam sekitar dan sumber asli di bawah satu pentadbiran

19

Page 20: esei pencemaran sungai

untuk memudahkan pendekatan pengurusan alam sekitar dan sumber asli yang terselaras

dan komprehensif.

B. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

JPS merupakan badan pemuliharaan rasmi sungai sejak mula ditubuhkan pada

1932. Selepas tahun 1971, banjir meruapakan masalah utama negara maka JPS diberi

tanggungjawab untuk melaksanakan program untuk mengurangkan masalah banjir.

Pada thun 1989, JPS telah dirombak dan Jabatan Kejuruteaan Sungai dibentuk untuk

mengurus sungai secara effisien. Untuk menghadapi cabaran akan datang dan

mengambil kira trend dalam pengurusan sungai dan sumber air, JPS sedang berusaha

mempromosikan konsep pembangunan dan pengurusan sumber alam lembangan

sungai dirancang dan diurus secara menyeluruh dan bersepadu. Selain itu, pelbagai

kempen kesedaran alam sekitar seperti ceramah kepada pelajar sekolah, bengkel,

konforen dan kempen terutama sekali kempen “Cintilah Sungai Kita” telah diadakan

sejak 1993.

C. JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

Jabatan alam Sekitar berperanan dalam mengawal dan memantau lembangan sungai

dan menentukan kualiti air berdasarkan paramater kualiti air. Selain itu, JAS juga

berperanan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan

pencemaran sungai.

10.3 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN MENGAWAL

PENCEMARAN AIR SUNGAI

1. Peraturan-peraturan di bawah AKTA KUALITI ALAM SEKELILING, 1974 bagi

mengawal aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kesan kepada kualiti air sungai:

20

Page 21: esei pencemaran sungai

i. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Perlesenan) 1977

ii. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)

(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977

iii. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah

Asli Mentah) 1978

iv. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen

Perindustrian) 1979

v. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005

vi. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan

Kepada Alam Sekeliling) 1987

vii. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan

Terjadual) 2005

viii. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa

Sawit Mentah) 1977

ix. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli

Mentah) 1978

x. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Terhadap Penggunaan Bahan

Terkawal Di dalam Sabun, Bahan Pencuci

xi. Sintetik dan Agen Pencuci Lain) 1995.

2. Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan lain berkaitan pengawalan

pencemaran air.

i. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 Seksyen 69 Part VIII di mana tidak boleh

menyebabkan berlakunya pencemaran sungai.

ii. Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976 Di bawah Part VII di mana memberi

kebenaran bagi membangunkan kawasan tertentu di tebing sungai.

iii. Fisheries Act, 1985 Seksyen 38 di mana memastikan sungai terpelihara dan

sesuai untuk kawasan memancing ikan.

iv. Sewerage Services Act, 1993 Seksyen 19 di mana memberi kuasa bagi

menghalang dari mencemarkan sungai.

21

Page 22: esei pencemaran sungai

v. Akta Pemuliharaan Tanah, 1960 Enakmen No.15 di bawah Seksyen 3 di mana

memberikuasa kepada Kerajaan negeri mewartakan ‘hill land’

sebagai kawasan sensitif.

vi. Pengwartaan Rizab Sungai, 1991

vii. Processing of Applications for Gas Pipeline Crossing at Rivers, Drains and

Canals, 1993

viii. Memproses Permohonan dan Menetapkan Syarat-Syarat Pengambilan Pasir

Sungai, 1993

ix. Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai, 1995

x. Penanaman Pokok-Pokok yang sesuai di Tebing Sungai, 1995

xi. Kerja-Kerja Pengindahan Kawasan Pingggir Sungai, Deraf Pertama

xii. Memproses Permohonan dan Menetapkan Syarat-Syarat bagi Jambatan dan

Lintasan, Deraf Akhir

xiii. Surat Perkeliling Teknikal JPS Bil. 1/1996- Spesifikasi Kontrak Kerja-Kerja

Tanah.

10.4 STRATEGI PENGURUSAN SUNGAI

Strategi pengurusan sungai yang berkesan boleh dibahagikan kepad dua iaitu

pemeliharaan atau pembaikan sungai. Pemeliharaan sungai tertumpu kepada sungai-

sungai yang tercemar yang perlu dibaik pulih untuk meningkatkan nilai estetik sungai dan

meningkatkan kualiti air sungai daripada tercemar kepada sungai yang bersih dan dapat

menampung kehidupan. Selain itu, usaha-usaha melibatkan pemeliharaan sungai yang

meliputi program kejuruteraan seperti mengekalkan fungsi asal sungai dengan pembinaan

jeram, lubuk dan ciri-ciri fizikal sungai yang lain, menstabilkan dan melindungi tebing

secara bio-engineering dan menguruskan kawasan sungai dan rizabnya supaya tidak

dicerobohi.

Umum mengetahui bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu,

strategi pencegahan pencemaran sungai hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-

sungguh setiap lapisan masyarakat. Dengan ini, kerajaan dapat menjimat perbelanjaan

kerajaan untuk membersihkan sungai yang tercemar. Dalam Rancangan Malaysia ke 8,

22

Page 23: esei pencemaran sungai

kerajaan telah membelanjakan RM250 juta dan sebanyak RM600 juta telah

diperuntukkan untuk projek pemulihan sungai. Langkah-langkah pencegahan

menekankan kepada strategi dan rangka kerja untuk membantu pembangunan,

pemuliharaan, pentadbiran dan memudahkan perancangan dan pengurusan sungai secara

bersepadu. Kaedah pencegahan ini melibatkan langkah-langkah bagi mengurangkan

masalah seperti banjir, hakisan tebing dan dasar sungai, pemendapan sungai,

mengurangkan masalah pencemaran sungai, memulihkan ekologi semula jadi sungai dan

memelihara kawasan habitat di persekitaran sungai bagi memberangsangkan

kepelbagaian biologi sungai. Program-program yang telah dilaksanakan dalam

membersihkan dan memulihkan sungai ialah pembersihan sampah sarap; pembersihan

dari kelodak; penempatan semula setinggan; pembinaan seperti perangkap sampah;

pengolahan kumbahan domestik/ternakan; pemulihan hidupan air dan kawalan

pencemaran air. Antara program pemulihan dan pembersihan sungai yang berjaya ialah

pembersihan Sungai Melaka. Program pembersihan Sungai Melaka ini menguntungkan

kerajaan Melaka kerana aktiviti pelancongan sungai dapat menarik minat pelancong asing

mahupun tempatan. Walaubagaimanapun, kerajaan terpaksa berbelanja RM310 juta sejak

lima tahun lalu hanya untuk membersihkan sungai sepanjang 4.5 km dari Jambatan Hang

Jebat hingga ke muara sungai.. Selain itu, kerajaan pusat juga mengadakan program

pemulihan sungai iaitu “SATU NEGERI, SATU SUNGAI” dibawah seliaan JPS negeri.

(Lampiran 4 dan 5). Selain itu, pendidikan tentang pencemaran sungai harus diperluaskan

tidak tidak semestinya tertumpu kepada pelajar sahaja tetapi mendidik industri serta

mereka yang terlibat didalam sektor pertanian. Contoh program pencegahan ialah

“KEMPEN CINTAILAH SUNGAI KITA”, “Pengurusan Sungai Secara Bersepadu” dan

“Manual Stormwater Management”.

A. PROGRAM: SATU NEGERI, SATU SUNGAI

a. Objektif

i Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan bernilai dengan mencapai

kualiti air kelas II menjelang 2015.

23

Page 24: esei pencemaran sungai

ii Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi

yang semulajadi

iii Untuk memastikan sungai bebas dari banjir dan sampah sarap.

b. Latar Belakang       

i Isu dan masalah:

Pembangunan yang pesat dan penukaran gunatanah mendedah sungai

kepada tekanan-tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung

sungai.

ii Punca-punca:

Contohnya pembangunan tanah yang kurang mengambilkira

pemeliharaan alam sekitar seperti pembalakan, pertanian, perumahan,

industri, perniagaan dan lain-lain,

c. Konsep program:

Konsep Satu Negeri Satu Sungai adalah bertujuan untuk menukar keadaan

sungai yang kotor kepada satu keadaan sungai yang bersih seperti Rajah 1

di bawah;

 

 

 

 

                                        

Rajah 1: Konsep Satu Negeri Satu Sungai

d. Pelaksanaan program

Strategi pelaksanaan yang digariskan perlu mengambilkira langkah-langkah

pengawalan berpandukan kepada pengurusan lembangan sungai secara bersepadu

(IRBM), yang mana merupakan satu kaedah pengurusan yang terbaik, yang

24

Sekarang

Sungai yang kotorSungai yang matiSungai yang sepi

Masa Hadapan

Sungai yang bersihSungai yang hidup

Sungai yang semulajadi danmeyokong pelbagai kehidupan

Page 25: esei pencemaran sungai

menggunakan kaedah Pencegahan Sungai (Preventive Measures), Pemulihan

Sungai (Curative Measures) dan Pengurusan (Management).

e. Kriteria pemilhan sungai

Namun kriteria utama pemilihan ialah perlu memilih sungai antara yang tercemar 

di dalam negeri tersebut serta pemilihan tersebut mendapat persetujuan daripada

kerajaan negeri . Senarai sungai yang dipilih adalah seperti Jadual 7 di bawah;

BIL. NEGERINAMA

SUNGAI

PANJANG SUNGAI

(km)

LUAS LEMBANGAN (km2)

1. Perlis Perlis 9.5 5052. Kedah Sungai Petani 12 37.53. P. Pinang Pinang 3.1 37.54. Perak Kinta 20 5555. Selangor Penchala 12 146. W.

PersekutuanPenchala 12 14

7. N. Sembilan Temiang Diversion

9 34

8. Melaka Melaka 39 6089. Johor Skudai 52.8 32510. Pahang Galing 7 22.6511. Terengganu Hiliran 5.5 6.412. Kelantan Lubok Mulong 10 2513. Sarawak Bintagor - -14. Sabah Papar 60 770

B. PROGRAM: KEMPEN “CINTAILAH SUNGAI KITA”

 

1.0  PENGENALAN

 

Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus merosot,

adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat

25

Page 26: esei pencemaran sungai

mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini

Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian Malaysia telah

melancarkan di peringkat nasional Kempen “Cintailah Sungai Kita” pada awal

Februari 1993 oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan objektif awal untuk,

 

i. Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap

individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan

mencintai sungai

ii. Memperkenalkan kepada orang awam langkah dan amalan yang boleh

menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi sungai

iii. Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan

tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan

harmonis yang berkekalan.

 

Bahagian Kejuruteraan Sungai, Ibu Pejabat JPS Malaysia telah dipertanggungjawabkan

bagi menyelaras dan memantau perjalanan program ini.

 

2.0            LATAR BELAKANG

 

2.1 Kempen Fasa I

Lima aktiviti-aktiviti utama (dikenali sebagai Fasa I) yang masih diteruskan sejak

tahun 1993 ialah;

 

a. Sungai Angkat,

b. Pemerhatian Sungai

c. Pendidikan & Ceramah,

d. Expedisi Sungai dan

e. Pengindahan Sungai,

 

 

2.2            Kempen Fasa II

26

Page 27: esei pencemaran sungai

 

Pada tahun 1996, bersesuaian dengan tema ‘Pencegahan Asas Pemulihan’, Fasa

II yang lebih menekankan kepada penguatkuasaan dan langkah yang lebih pro

aktif telah diperkenalkan. Beberapa seminar kepada Pegawai yang terlibat dengan

pengurusan sungai telah diadakan. Seminar ini bertujuan bagi mendedahkan

pegawai-pegawai berkenaan kepada teknik-teknik pengurusan kawasan tadahan

sungai yang lebih mapan merangkumi aspek pengurusan, perancangan,

pelaksanaan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang-undang. Antara

langkah yang telah diambil disetiap negeri dan daerah adalah seperti berikut:

 

a. Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai(Task Force).

b. Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca

pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai.

c. Memperkenalkan undang-undang/akta-akta yang sedia ada

bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-pegawai pelaksana dan

d. Rekabentuk sungai yang lebih lembut mengambil kira alam

persekitaran dalam perancangan pencegahan banjir yang dijalankan

oleh jurutera-jurutera jabatan mula diperkenalkan melalui buku-buku

dan garispanduan seperti;

 

i) Penerbitan Brosur

a. Penanaman pokok-pokok yang sesuai di tebing sungai(1997)

b. Penciptaan sungai yang kaya dengan alam semulajadi(1997)

c. ‘Creation of Nature Rich Rivers’(1997)

ii) Penerbitan Buku

a. ‘Rivers – Towards The Making of Rivers Rich In Nature’(1996)

27

Page 28: esei pencemaran sungai

b. Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai(1998)

Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah seperti

berikut:

 

1. Perlis

2. Kedah

3. Pulau Pinang

4. Negeri Sembilan

5. Melaka

6. Selangor

 

2.3 Kempen Fasa III

 

Pada tahun 2000, program kempen perlu lebih agresif bagi mempertingkat

komitmen dan kesungguhan jabatan-jabatan teknikal dan juga orang ramai

khususnya masyarakat terhadap usaha-usaha penjagaan sungai dan kawasan

tadahannya. Oleh itu, penonjolan tokoh penting iaitu Perdana Menteri telah dibuat

dengan mejemput beliau bagi melancarkan Kempen pada tahun ini. Program

kempen kali ini masih meneruskan beberapa akitiviti lama dan ditambah dengan

aktiviti baru iaitu Program Pembersihan Sungai, Program Pengindahan Sungai ,

Program Perawatan Pencemaran, Program Sungai Angkat, Program Pendidikan,

di samping menyambung semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada Fasa

II.

 

Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu;

 

i. Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan

menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai di

kalangan setiap lapisan rakyat jelata.

28

Page 29: esei pencemaran sungai

ii. Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif terhadap

pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai.

iii. Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi

memelihara dan memulihara sungai-sungai.

 

3.0            KEPERLUAN PROGRAM

 

Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan malah menjadi nadi

kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan yang utama. Di samping itu, sungai

juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat yang

berlaku masa sekarang telah menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir,

kekurangan sumber air dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar

iaitu flora dan fauna. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif dan

lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan persekitaran

dan kawasan tadahannya.

 

4.0 SKOP PROGRAM

 

Objektif program ini adalah untuk merumus dan menghasilkan sebuah pelan pengurusan

yang lengkap untuk Lembangan Sungai yang dipilih merangkumi komponen-komponen

seperti berikut;

 

4.1 Pengurusan Sungai

Merumus Pelan Pengurusan Sungai yang merangkumi pelan pengurusan

dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan

kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan

pemulihan dan pemeliharaan sungai. Ini termasuklah cadangan rizab atau

koridor sungai yang diperlukan.

 

4.2 Pelan Pengurusan Persekitaran Sungai

29

Page 30: esei pencemaran sungai

Membentuk dan merumuskan pelan persekitaran sungai yang merangkumi

aspek pencemaran sungai dengan mengenalpasti dan mengkaji punca

pencemaran dari titik punca(point source) dan bukan titik punca(non-point

source). Pelan ini juga akan memperkenalkan langkah-langkah

pencegahan dan sistem-sistem rawatan bagi mempertingkatkan kualiti air

sungai ke tahap yang sesuai untuk kegunaan masyarakat dari segi bekalan

domestik dan kemudahan rekreasi sungai.

 

4.3 Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat

Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung

telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan

berbagai bentuk aktiviti komersial telah tumbuh bagaikan cendawan.

Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan

yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garispanduan

sebagaimana yang telah ditetapkan oleh jabatan dan agensi-agensi

kerajaan. Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan

kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian mereka. Berbagai

kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai yang mana

telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan

bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu, satu program kesedaran masyarakat

berbentuk pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar

semangat cintakan kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke

semasa.

 

5.0            KAWASAN KAJIAN

 

5.1  i) Pengurusan Sungai

Salah satu sungai utama yang dipilih serta cabang-cabangnya di dalam

negeri tersebut.

ii) Pengurusan dan Pemantauan Kawasan tadahan

Keseleruhan kawasan tadahan sungai yang dipilih.

30

Page 31: esei pencemaran sungai

 

5.2   Pengurusan Persekitaran Sungai

Salah satu sungai utama yang dipilih serta cabang-cabangnya di dalam

negeri tersebut.

 

5.3 Program Peningkatan Kesedaran masyarakat

Keseluruhan kawasan tadahan syngai yang dipilih.

 

6.0 SKOP KERJA PROGRAM

 

6.1 Kutipan Data dan Analisis

 

Kutipan data dan analisis maklumat serta data berkaitan dengan keadaan semula

jadi, meramgkumi;

 

a. Keadaan semula jadi dan keadaan guna tanah pada masa sekarang dan

masahadapan.

b. Data-data kualiti air

c. Kedaan fizikal sungai(profail dan keratan sungai, struktur sungai

sediada, pelan-pelan pembangunan yang dijalankan dan aktiviti-

aktiviti lain).

e. Pembuangan sisa pepejal dan lain-lain punca pencemaran.

f. Data-data inventori jenis aktiviti dan jenis penempatan seperti industri,

perumahan dan penempatan setinggan

g. Data-data lain yang berkaitan dan peraturan-peraturan yang berhubung

dengan pembangunan dan pengurusan lembangan sungai berkenaan.

 

6.2 Rumusan Terhadap Pelan Pengurusan Sungai

 

6.2.1       Pelan Pengurusan Sekitaran Sungai

31

Page 32: esei pencemaran sungai

 

Pelan Pembangunan dan Pengurusan Koridor Sungai

a) Menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Sungai yang akan merangka

aktiviti dan matlamat program. Jawatankuasa perlu merangkumi jabatan

dan agensi-agensi teknikal seperti;

1. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri(River Manager)

2. Pejabat Tanah dan Galian(PTG)

3. Pejabat Tanah Daerah(PTD)

4. Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)

5. Jabatan Alam Sekitar(JAS)

6. Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD)

7. Lain-lain Agensi yang berkaitan

b) Merumuskan keseluruhan konsep pembangunan dan pengurusan koridor

sungai yang harmoni dan berkait rapat dengan pembangunan sekelilingnya

dengan memfokuskan kepada;

1. pengezonan kawasan

2. keperluan rezab dan koridor sungai

3. simpanan semula jadi.

4. Pengindahan/lanskap

5. Rekreasi dan pelancongan

c) Merangka pelan tindakan pemulihan dan pemeliharaan kawasan tadahan

sungai seperti;

1. Penempatan semula aktiviti yang mencemarkan sungai

2. Kerja-kerja pemulihan

d) Menentukan aliran penyelenggaran sungai yang diperlukan khusus bagi

tujuan;

i. kemudahan sungai untuk pengangkutan

ii. kemudahan perikanan

32

Page 33: esei pencemaran sungai

iii. pelindungan terhadap struktur sungai

iv. pemeliharaan hidupan akuatik dan tumbuhan

v. penjagaan dan pemulihan kualiti air

vi. memperbaiki keindahan pemandangan sungai

vii. rekreasi dan pelancongan sungai

e) Merangka keperluan masa hadapan/potensi sungai untuk pengangkutan air

( merangkumi untuk rekreasi dan pelancongan) dan merangkakan dasar-

dasar untuk kerja-kerja pembaikan sungai dan struktur.

f) Menentukan keupayaan sungai daripada kesan-kesan pencemaran dan

merangkakan dasar-dasar perlepasan kumbahan sisa dari industri agar

mematuhi syarat-syarat perlepasan efluen mengikut “Environmental

Quality (Sewage and Effluents) Regulation 1979.

 

6.2.2       Pelan Pengurusan dan Pemantauan Kawasan Tadahan

a) Pelan pengurusan kawasan tadahan mestilah merangkumi zon

kawasan pembangunan sosio-ekonomik masa hadapan serta dasar-

dasar untuk pembangunan tanah di dalam kawasan tadahan.

b) Program juga perlu dibuat kepada susunan institusi yang sediada dan

bidang kuasa undang-undanag dan mesyorkan sebarang pembaikan

untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan yang efektif dan berkesan .

 

6.2.3      Pelan Pengurusan Alam Sekitar

a) Menentukan dan merangka data-data asas yang diperlukan untuk eko-

hidrologi sungai.

b) Mengkaji dan menyemak semula titik punca pencemaran dan bukan

titik punca pencemaran untuk tadahan lembangan sungai serta

menyemak semula kajian-kajian lain yang telah dijalankan sebelum

ini.

c) Menyemak dan mencadangkan semula penambahbaikan kualiti air

dengan mengesyorkan sistem- sistem kawalan.

33

Page 34: esei pencemaran sungai

 

6.2.4     Aspek-aspek Perundangan

Menyemak, mengkaji dan mengubal semula struktur perundangan sediada

dan mencadangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan satu undang-

undang/akta yang menyeluruh mengandungi semua aspek contohnya

‘River Laws’ yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan

tadahan dan kawalan sungai.

 

6.2.5 Sistem Maklumat Geography(GIS)

Pelan yang dicadangkan seboleh-bolehnya merangkumi keseluruhan

maklumat agar sistem maklumat ini dapat digabungkan kepda sistem

Maklumat Lembangan Sungai(RBIS) yang sedia ada di Jabatan Pengairan

dan Saliran(JPS).

 

6.2.6     Imbuhan atau Insentive

Merangka dasar-dasar berbentuk imbuhan atau intensive yang boleh

diberikan kepada individu, syarikat dan pemaju yang telah menjalankan

kaedah pemulihan dan penjagaan sungai seperti;

i. mengurangkan kadar caruman perparitan ‘drainage

contribution’.

ii. membekalkan tong sampah atau memberi khidmat

mengangkut sampah domestik bagi kawasan di luar kawasan

perbandaran.

iii. menjalankan kerja-kerja pengindahan dan meningkat taraf

kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.

 

 

6.3            Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat

 

34

Page 35: esei pencemaran sungai

a.          Menentukan dan merangka program pendidikan kepada setiap peringkat

masyarakat dengan melibatkan mereka dengan program-program yang

dijalankan seperti;

a) Masyarakat

i. Mengujudkan satu Pusat Pengembangan Masyarakat “Community

Center’ di mana masyarakat dapat berkumpul, berbincang dan

menjalankan aktiviti mengenai program pembangunan sungai di

kampung tersebut.

ii. Program pembangunan kawasan tebing sungai secara gotong-

royong.

iii. Menggalakkan program Sungai Angkat

iv. Menganjurkan program Ekspedisi Sungai

v. Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat

sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang akan

mendatang keburukan kepada sungai.

b) Pelajar Sekolah

i. Menggalakkan penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah yang

berhampiran dengan sungai.

ii. Mengadakan program pemantauan kualiti air sungai atau program

pendidikan ‘riverwatch’ dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam

teknik pengukuran parameter kualiti air. Dengan cara ini, para

pelajar lebih memahami jenis-jenis pecemaran dan kesannya.

iii. Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengubal

dan mengujudkan sukatan mata pelajaran yang berkaitan dengan

penjagaan alam sekitar khususnya sungai.

iv. Menjalakan lain-lain aktiviti yang berkaitan dari masa ke semasa

 

7.0            PERUNTUKAN PROGRAM

 

35

Page 36: esei pencemaran sungai

Program yang dijalankan adalah satu proram yang berterusan bermula dari tahun 2001,

yang mana memerlukan peruntukan yang besar. Oleh itu, perancangan teliti perlu dibuat

oleh jawatankuasa bagi menentukan peruntukan yang akan digunakan setiap tahun.

 

8.0            FAEDAH YANG AKAN DTERIMA

 

Program yang dijalankan akan dapat memperkembangkan tahap pemikiran setiap

masyarakat yang selama ini tidak begitu mementingkan penjagaan alam sekitar

terutamanya sungai. Dengan berjalannya program ini, maka masyarakat akan dapat

menilai pentingnya sumber air khususnya sungai bagi kehidupan mereka.

C. PROGRAM: PENGURUSAN SUNGAI SECARA BERSEPADU

Objektif utama adalah untuk mengimbangi keperluan manusia dan keperluan untuk

mengekalkan kelestarian sumber-sumber yang ada. Kaedah ini menjurus kepada

penyeragaman dan integrasi di dalam dasar-dasar, program-program dan amalan-amalan.

Secara umumnya, kaedah ini memastikan keadaan semula jadi lembangan sungai dapat

dikekalkan dan wujud seiring dengan pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat.

Projek-projek dalam persediaan kajian:

2. Detailed Engineering Design of Water Quality Improvement Works of Sungai

Segget Catchment, Johor Bahru, Johor

3. Projek Study, Plan and Detailed Design of Sg. Skudai Rehabilitation

4. Kajian Lembangan Sungai Linggi, Negeri Sembilan.

5. Penyediaan Blue Print untuk Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu

6. Pelan Induk Tebatan Banjir dan Rekabentuk Terperinci Sg Air Salak, Melaka.

7. Pelan Induk Tebatan Banjir dan Rekabentuk Terperinci Sg Lereh/Udang, Melaka.

8. Pelan Induk Tebatan Banjir dan Rekabentuk Terperinci Sg Parit China, Melaka.

9. Kajian Daftar Lembangan Sungai Kebangsaan (Fasa I)

36

Page 37: esei pencemaran sungai

a. Bahagian A-Daftar Lembangan Sungai

b. Bahagian B- Updating of Flood Condition .

10. Kajian Daftar Lembangan Sungai Kebangsaan (Fasa II)

D. PENGURUSAN MANUAL “STORMWATER”

‘Planning and Design Procedures No. 1:Urban Drainage Design Standards and

Procedures for Peninsular Malaysia’ telah diterbitkan oleh JPS pada 1975. Manual ini

disediakan untuk membantu jurutera dalam mereka bentuk system saliran dan telah

dirujuk oleh pelbagai agensi sama ada kerajaan negeri atau pusat untuk memenuhi

keperluan pembangunan di kawasan bandar. Manual ini telah digunakan 25 tahun sejak

penerbitannya dan tidak ada perubahan isi kandungannya walaupun pelbagai penemuan

baru dalam teknologi saliran di bandar.

11 PENUTUP

Pencemaran sungai bukanlah merupakan isu yang baru. Semulajadinya sungai dapat

menerima pencemaran yang tidak dapat dielakkan tetpi urbanisasi yang berlaku sangat

pantas dan berhampiran lembangan sungai menyebabkan ramai orang tidak menyedari

pencemaran sungai yang mereka lakukan.

Hubungan antara sungai dan penduduk tempatan adalah kunci kepada keberkesanan

pemuliharaan dan penjagaan sungai. Komuniti haruslah memainkan peranan untuk

menjaga khazanah yang tidak terhingga ini. Walaupun, industri mematuhi peraturan yang

ditetapkan oleh JAS dalam pembuangan sisa kilang, tetapi sisa sampah masih dibuang

dalam sungai.

37

Page 38: esei pencemaran sungai

12 RUJUKAN

http://74.6.146.244/search/cache?ei=UTF8&p=household+solid+waste+management+malaysia&fr=yfp-web&u=www.epu.jpm.my/new%2520folder/development%2520plan/RM8/c19_cont.pdf&w=household+solid+waste+management+malaysia&d=AHB70OdmPbIn&icp=1&.intl=mye

http://www.efka.utm.my/kthesis/asset/Year2003/EE/rahim%2079e/

SANIKHANSX000504AWJ01D03TT2.doc.

http://www.water.gov.my/web/

http://www.water.gov.my/division/river/

Solomon et, al. (2002). Biology. 6th Edition. 6th Edition. Thomson Brooks/Cole, USA.

1215-1220 pp.

Miller, G.T (2005). Living in the Environment. 14th Edition. Thomson Brooks/Cole,

USA.

38

Page 39: esei pencemaran sungai

LAMPIRAN 1

39

Page 40: esei pencemaran sungai

LAMPIRAN 2

40

Page 41: esei pencemaran sungai

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

41

Page 42: esei pencemaran sungai

LAMPIRAN 5

42

Page 43: esei pencemaran sungai

43