39
1 1.0 PENGENALAN. Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai murni merupakan salah satu unsur yang penting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. lni jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Pembentukan insan yang berakhlak mulia merupakan salah satu daripada aspek penting yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Justeru, kepentingan pcnghayatan nilai murni dalam kalangan murid amat penting, kerana nilai murni yang dihayati itu akan menentukan kualiti murid yang diingini. Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka

Esei Lengkap isu pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

izzuddin

Citation preview

7

1.0PENGENALAN.Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai murni merupakan salah satu unsur yang penting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. lni jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005).Pembentukan insan yang berakhlak mulia merupakan salah satu daripada aspek penting yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Justeru, kepentingan pcnghayatan nilai murni dalam kalangan murid amat penting, kerana nilai murni yang dihayati itu akan menentukan kualiti murid yang diingini. Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan. Pendidikan dan penerapan nilai perlu berjalan seiring agar matlamat untuk mencapai modal insan yang holistik akan terhasil. Boleh dikatakan bahawa pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai murni (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rahil Hj. Mahyuddin, 1996; Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin, 1994). Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan warganegara yang global.

Nilai yang telah dipelajari di sekolah akan diamalkan dalam kehidupan seharian seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; amanah dan berintegrasi merupakan bentuk kejayaan. Hasilnya murid akan meninggalkan alam persekolahan sebagai warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Salah satu cabaran negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang memiliki nilai teras sejagat dan identiti nasional yang utuh. Bagi merealisasikan aspirasi negara, kemantapan dan kemurnian sistem pendidikan negara merupakan asas penting. Nilai-nilai mumi dapat dipupuk secara formal dan tidak formal. Masyarakat dan anggota keluarga memainkan peranan penting dalam pemupukan nilai dan sahsiah individu yang positif secara tidak formal. Walau bagaimanapun, pemupukan nilai ini akan lebih terarah jika disampaikan melalui sistem pendidikan formal yang jelas strukturnya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Justeru Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 telah menggariskan tiga elemen penting bagi melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Elemen-elemen tersebut adalah:1. Memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. 2. Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan1 Badan Beruniform.3. Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi jenis sekolah, kumpulan etnik, dan sosioekonomi.ELEMEN 12.0MEMPERKUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN MORAL DAN ELEMEN SIVIK MENJELANG 2017

Dengan terbentuknya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), negara telah menetapkan matlamat pendidikan yang jelas iaitu salah satunya untuk mewujudkan insan yang berakhlak mulia. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dengan jelas menyatakan ciri-ciri akhlak mulia:

...insan yang mempunyai pengetahuan mengenai nilai-nilai baik dan buruk; mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan baik dan buruk; yakin terhadap nilai murni; mengamalkan perbuatan yang baik; menghindari perlakuan yang buruk; dan menghayati nilai-nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990, ms. 8-9)

Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan warganegara yang menghayati nilai murni, para pelajar khususnya, mestilah dididik untuk menghayati konsep akhlak, etika, mahupun moral agar dapat mendalami maksudnya.

Akhlak, menurut Mohd. Nasir Omar (1986) terbahagi kepada dua aspek, iaitu aspek batin dan aspek luaran. Akhlak dari aspek batin merupakan keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku, manakala akhlak dari aspek luaran merupakan tingkah laku itu sendiri yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

Adalah penting untuk dapat membezakan konsep akhlak daripada etika dan moral, di mana etika merupakan satu peraturan yang menjadi panduan dalam hidup manusia manakala moral merupakan suatu ilmu yang membincangkan sistem moral atau tingkah laku yang dihayati oleh seseorang individu atau sesuatu golongan (Mohd. Nasir Omar, 1986). Zaharah Hussin (2005) berpendapat bahawa akhlak itu sudah semestinya berpaksikan kepada wahyu Tuhan tetapi moral dan etika tidak semestinya bersifat demikian.

Seseorang individu yang mempunyai akhlak yang mulia, etika dan moral yang baik akan dapat menonjolkan keperibadian yang baik dalam menjalin hubungan sesama manusia dan seterusnya dapat membentuk integrasi kaum yang harmoni di negara ini. Konsep integrasi kaum menjurus kepada interaksi dan hubungan di antara kumpulan minoriti dan masyarakat utama yang akhirnya membawa kepada penyebatian budaya tanpa menjejaskan identiti kebudayaan seseorang individu (Sommerland, 1970 dalam Chuhan, 2013).

Para pelajar merupakan generasi penting yang bakal mencorakkan kepimpinan dan mewarisi pemerintahan negara pada masa hadapan. Aset yang bernilai ini perlu dipandu dengan betul supaya negara dapat dibangunkan mengikut arus perkembangan semasa.

2.1ISU DAN POLA TINGKAH LAKU PELAJAR

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melaporkan penurunan bilangan kes salah laku disiplin murid dari tahun 2010 hingga 2012 yang melibatkan antaranya salah laku berunsur jenayah, kelucahan, kurang sopan, laku musnah, kemasan diri, ponteng sekolah, kenakalan dan tidak pentingkan masa. Walaupun bilangan kes salah laku pelajar menurun dari setahun ke setahun, para pelajar diperhatikan mempunyai akhlak yang merangkumi nilai hati budi kemanusiaan yang kian luntur.

Menurut Husain (2012), nilai hati budi pelajar kian luntur yang melibatkan amalan seksual, lari dari rumah, bersekedudukan, pergaulan rakan sebaya, hubungan seksual, aktiviti berkumpulan seperti gengsterisme, vandalisme, keganasan, lumba haram, buli dan sebagainya. Contohnya, isu yang berlaku di SMK Tun Husin Onn, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada April 2013 yang menyaksikan peristiwa ketua kelas dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan pelajar hanya kerana telefon bimbit mereka dirampas atas pemberitahuan ketua darjah tersebut. Othman (2011) menyatakan bahawa gejala keruntuhan akhlak pelajar adalah berkaitan dengan penghayatan akhlak yang lemah. Dalam kajiannya, beliau menyimpulkan bahawa gejala-gejala sosial dalam kalangan pelajar masa kini adalah berpunca kerana kurang didikan dari segi akhlak dan kemanusiaan. Hal ini disokong oleh Khadijah Rohani Mohd Yunus (2008) yang menyatakan bahawa pendidikan hari ini terlalu memfokuskan kepada kejayaan akademik yang menyebabkan pendidikan afektif diabaikan. Beliau turut menyatakan bahawa hal ini bukan sahaja berlaku di sekolah-sekolah, kadangkala terdapat juga ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku buruk anak mereka asalkan anak mereka cemerlang di sekolah.

Selain isu keruntuhan akhlak pelajar, negara kita yang berbilang bangsa dan agama tidak akan terlepas daripada isu integrasi kaum. Sehingga kini, perpaduan yang erat masih belum dapat tercapai. Menurut Hamidah Ab Rahman (2012), masalah perpaduan sering dikaitkan dengan polarisasi kaum, iaitu pembahagian golongan tertentu yang mempunyai amalan atau pendirian yang berbeza mengikut perbezaan latar belakang, agama dan nilai hidup sehingga mewujudkan beberapa kelompok anggota masyarakat yang bertentangan dengan kelompok yang lain. Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) terhadap 6,000 orang pelajar di IPTA, mendapati bahawa polarisasi kaum masih wujud dalam kalangan pelajar-pelajar IPTA. Kajian Hamidah Ab. Rahman (2012) juga mendapati bahawa tahap hubungan sosial pelbagai etnik pelajar tahun satu Universiti Teknologi Malaysia berada pada tahap sederhana, di mana pelajar berlainan bangsa berasa sederhana selesa untuk membuat aktiviti harian seperti keluar makan, beriadah dan bergaul mesra. Isu perpaduan kaum dalam sebuah negara yang berbilang bangsa merupakan suatu isu yang tidak boleh diambil mudah kerana ia merupakan kunci keharmonian sesebuah negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pendidikan yang menyeluruh, bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah. Oleh itu, penghayatan nilai adalah sangat penting untuk diterapkan dalam jiwa anak-anak muda negara. Menurut Baba (2006), penghayatan merupakan proses akhir pembelajaran, di mana tanpa penghayatan, pembelajaran sebenarnya tidak berlaku. Usaha negara untuk menambah baik keadaan sahsiah para pelajar khususnya adalah wajar untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama.

2.2OBJEKTIF DAN PELAKSANAAN ELEMEN 1 ANJAKAN 3

Anjakan 3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2017 dibentuk agar setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Nilai-nilai murni yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik, menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti.

Menjelang tahun 2017, subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik dimantapkan dan berobjektifkan penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi. Anjakan dalam sistem pendidikan yang diformulasikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berinteraksi dan belajar memahami dan menerima perbezaan individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama, mahupun etnik. Nilai-nilai murni dan pengalaman bersama yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan antara pelbagai etnik di negara ini dan membentuk satu identiti nasional.

Fokus utama elemen 1 anjakan 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2017 merupakan perpaduan yang erat dan keharmonian kaum. Namun, perpaduan dan keharmonian kaum bukanlah perkara mudah untuk dicapai, malah banyak usaha yang perlu dilakukan dan tempoh yang agak lama untuk mencapai tujuan tersebut. Perpaduan kaum tidak mungkin akan dicapai tanpa hubungan baik sesama warga negara ini dan perkara ini harus dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

Othman (2011) mencadangkan lima faktor sosial bagi pembentukan nilai murni pelajar, iaitu bermula dengan ibu bapa sebagai faktor terdekat yang boleh menggalak atau menghalang penghayatan nilai pelajar. Rakan sebaya di sekolah mahupun di kawasan kejiranan serta pendedahan kepada media massa juga boleh memberi pengaruh baik atau buruk untuk membentuk penghayatan pelajar terhadap nilai murni. Seterusnya, keadaan persekitaran serta keadaan norma-norma dalam masyarakat juga boleh menyokong atau menghalang penghayatan nilai daripada berlaku. Oleh itu, berdasarkan lima faktor yang mempengaruhi penghayatan nilai murni pelajar, persekitaran, masyarakat serta pengaruh rakan sebaya yang baik dalam hidup seseorang pelajar adalah di sekolah kerana dalam seseorang pelajar akan menghabiskan separuh dari harinya di sekolah.

Nilai-nilai murni yang membentuk keperibadian mulia seorang pelajar boleh diterapkan melalui kurikulum di sekolah, terutamanya subjek pendidikan Islam dan pendidikan moral, iaitu merupakan subjek yang menitikberatkan akhlak dan kemanusiaan. Kurikulum pendidikan Islam, pendidikan moral serta sivik akan dimantapkan supaya bertunjangkan pemahaman nilai teras dan falsafah semua agama di Malaysia dan berfokuskan pembentukan akhlak mulia, perpaduan dan hubungan baik sesama insan.

Kaedah pengajaran pendidikan Islam dan pendidikan moral adalah lebih hands-on berbanding berpusatkan guru serta menggalakkan kesepaduan ilmu dan amali di dalam bilik darjah. Antara kaedah yang dijalankan untuk membentuk penghayatan nilai murni pelajar yang dianjurkan berikutan Anjakan 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2017 merupakan kaedah Talaqqi Musyafahah sambil bercerita, iaitu kaedah menyampaikan ilmu dan fakta sambil mengaplikasikannya dalam kisah-kisah kehidupan harian yang senang difahami oleh pelajar. Selain itu, kaedah main peranan juga kaedah yang lebih berkesan untuk memupuk penghayatan nilai murni dalam diri pelajar, di mana pelajar sendiri cuba untuk melakonkan cara untuk beraksi dalam situasi-situasi tertentu. Contohnya, situasi di mana pelajar ternampak orang tua mengangkat barang-barang yang berat sambil berjalan dan cuba menolong orang tua tersebut. Permainan penyelesaian masalah dan perbincangan juga adalah lebih berkesan di mana pelajar akan melatih kemahiran berfikir dan kecerdasan emosi untuk menghayati nilai-nilai murni dan membentuk peribadi mulia. Projek serta lawatan juga dimasukkan dalam kurikulum di mana pelajar akan mengalami sendiri sesuatu pembelajaran itu dengan lebih menyeluruh dan efektif. Anjakan 3 yang diaplikasikan dalam kurikulum KSSR dan KSSM yang telah dijalankan juga memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat komuniti serta mewajibkan pelajar sekolah menengah untuk melibatkan diri dalam khidmat masyarakat sebagai salah satu prasyarat kelulusan.

Selain perubahan dari segi kurikulum dan pedagogi, tumpuan seterusnya adalah bagi memastikan semua sekolah dilengkapi secukupnya bagi menyokong penyampaian kurikulum dan pedagogi yang dipertingkatkan. Usaha ini termasuk kemudahan dan peralatan yang berkaitan bagi menyokong pembelajaran pelajar iaitu ruang khas untuk pendidikan Islam. Kementerian juga sedang mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

2.3PERANAN GURU DAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Menurut Zaharah Hussin (2005), pengaruh guru terhadap perkembangan dan pembentukan sahsiah pelajar adalah sama dengan pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Oleh itu, guru-guru serta institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing pelajar untuk membentuk peribadi mulia yang menjadi aset kepada perkembangan negara. Peranan institusi pendidikan adalah untuk menonjolkan nilai-nilai murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif. Barman (2012) mencadangkan bahawa cara yang terbaik anak-anak muda membentuk penghayatan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka adalah melalui peniruan. Ini bermaksud, contoh (role-model) peribadi yang mulia adalah diperlukan untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar untuk meniru perlakuannya; dan siapa yang lebih berkelayakan menjadi role-model tersebut jika bukan para guru.

Guru-guru mempunyai peranan yang besar dalam membentuk keperibadian pelajar. Antara tanggungjawab guru dalam membantu pelajar untuk menghayati nilai-nilai murni (Liekona, 1991 dirujuk dalam Othman, 2011) ialah untuk mencipta komuniti moral dan mengamalkan disiplin moral, iaitu mewujudkan suatu budaya sekolah yang positif di mana terdapat suatu peraturan untuk berinteraksi sesama manusia yang diwujudkan oleh guru sebagai ikutan kepada pelajar-pelajar. Guru-guru disarankan supaya membina kelas yang bercirikan demokrasi dan koperatif agar kerjasama dan toleransi dapat ditanam dalam jiwa pelajar dan keharmonian suasana kelas dapat dipupuk.

Selain itu, pengajaran nilai seharusnya dipupuk merentas kurikulum, di mana nilai-nilai murni tertanam secara tersirat dalam kurikulum pelajaran (Liekona, 1991 dirujuk dalam Othman, 2011). Nilai-nilai murni sesuai untuk diajarkan secara tersirat melalui subjek-subjek sains sosial seperti sejarah, bahasa Melayu, bahasa Inggeris serta pendidikan Islam dan moral di mana subjek-subjek tersebut adalah berkaitan dengan kemanusiaan dan kehidupan manusia. Contohnya, Kerry (2014), seorang guru bahasa Inggeris mengajarkan cara terbaik untuk meminta maaf dan merendah diri dengan mengajarkan cara untuk pelajar mengetahui kesalahan yang dibuat dan memikirkan cara untuk menebus kembali kesalahan yang dibuat.

Akhir sekali, guru-guru juga diseru untuk menjadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi untuk membentuk peribadi mulia anak-anak mereka, di mana kesepaduan antara ibu bapa dan guru akan membentuk satu badan yang kukuh dalam usaha mendidik pelajar-pelajar untuk berakhlak mulia, berkeperibadian tinggi serta mempunyai minda kelas pertama.ELEMEN 2

3.0PENGHAYATAN NILAI MELALUI 1 SUKAN, 1 KELAB DAN 1 BADAN BERUNIFORM

Salah satu usaha atau dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak KPM bagi langkah menerapkan penghayatan nilai dalam kalangan pelajar adalah melalui dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini juga adalah untuk menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - SPTS (KPM 2011). Kegiatan sukan dan olahraga di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan hendaklah terus dipergiatkan supaya matlamat perpaduan antara murid-murid berbilang kaum dan lapisan masyarakat dapat dicapai.

3.1DEFINISI ISTILAHi) Kegiatan Kokurikulum

Gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan serta badan beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah (Mohd Anuar 2011). Segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran adalah di bawah perancangan dan dibimbing oleh pihak sekolah di luar waktu sekolah bagi mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Menurut Abdul Rahman dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (2000), pada masa kini, penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah adalah bersesuaian dengan masa dan keperluan pendidikan di negara kita.

Mohd Sofian et. al (2002) berpendapat bahawa kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada murid supaya melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah. Penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dengan mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan boleh memupuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan murid.

Pada masa yang sama, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara murid dan sekali gus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk nilai-nilai seperti kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk murid menjadi warganegara yang beretika (Wee Eng Hoe 1996). ii) SukanAngela Lumpkin (2002) menyatakan sukan adalah aktiviti fizikal yang dikawal dengan peraturan dan undang-undang formal atau tidak formal yang membabitkan pertandingan secara individu atau berpasukan untuk mendapatkan keseronokan dan rekreasi. Aktiviti sukan di sekolah bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Ia juga ditafsirkan sebagai aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran dan pertandingan yang melibatkan komitmen serta semangat kesukanan (KPM 2011; Julismah Jani 2007). 3.2KONSEP 1 MURID 1 SUKANDasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Hal ini bermakna, setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani, dan emosi murid.3.3OBJEKTIF 1M 1SDasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:

i. Meningkatkan kecergasan jasmani;

ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;iii. Memupuk perpaduan di antara kaum;iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;v. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; danvii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan3.4KEPENTINGAN BERSUKANTujuan utama kerajaan melaksanakan program 1M1S ini adalah untuk melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental. Pelajar yang bersukan akan bergerak aktif dan mengeluarkan peluh di samping mencerna lebihan tenaga yang tersimpan dalam badan. Badan akan menjadi lebih cergas jika selalu melakukan aktiviti fizikal dan otak pula menjadi cerdas kerana peredaran darah yang membawa oksigen ke otak menjadi lebih lancar. Keadaan ini mampu mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk belajar. Pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadi ulat buku sebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan. Masalah obesiti dalam kalangan pelajar juga dapat diatasi jika pelajar bersukan secara konsisten sejak kecil. Jelaslah bahawa dengan melakukan aktiviti sukan, badan akan menjadi cergas dan otak pula semakin cerdas. Selain itu, program 1M1S ini penting dalam usaha mencungkil bakat terpendam para pelajar dan menjadi pelapis atlet negara. Ada pelajar yang tidak sedar akan bakat yang dimiliki oleh diri sendiri dan hanya dapat dikesan oleh guru. Jika mereka tidak diwajibkan untuk terlibat dalam program seperti ini, sudah pasti bakat mereka akan hilang begitu saja. Kemungkinan negara juga kehilangan atlet yang tersohor jika mutiara yang ada itu tidak digilap sebaiknya. Guru berperanan untuk mengenal pasti bakat pelajar, menggilap dan menonjolkan kehebatan yang dimiliki sehingga ke persada antarabangsa. Peluang yang lebih adil dapat disediakan kepada pelajar yang tidak mampu menonjol dalam akademik tetapi mampu mengharumkan nama negara dalam bidang sukan dan menjana pendapatan yang lumayan. Jelaslah bahawa program 1M1S ini menjadi platform untuk mengenal pasti bakat terpendam yang ada dalam diri setiap pelajar.

Kerajaan juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia menerusi budaya bersukan.Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula, mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan. Pada masa itu, mereka akan belajar cara bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan dan semangat setiakawan. Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersama-sama. Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan berkekalan selama-lamanya. Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan di peringkat sekolah.

Isu 1: Penguasaan isi kandungan mata pelajaran

Bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila guru menguasai ilmu isi kandungan dan ilmu pedagogi yang mantap dalam bidangnya. Formula atau model yang perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pendekatan-pendekatan yang melibatkan penggabungjalinan ilmu isi kandungan dan ilmu pedagogi secara bersepadu dan bermakna (Julismah Jani 2006). Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh direalisasikan sekiranya guru bermotivasi dan komited terhadap bidang profesion keguruan yang diceburinya. Guru Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam pelbagai bidang sukan dan kecergasan fizikal bagi menentukan bagaimana cara mereka menyampaikan ilmu dan sejauh mana murid belajar dalam satu-satu unit isi kandungan pelajaran. Salah satu aspek penting pengajaran seseorang guru ialah penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar (knowledge based of teaching) secara interaktif dan mendalam (KPM 2002). Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat sesebuah kelab sukan sekolah (KPM 2012).Semenjak kokurikulum diwajibkan perlaksanaannya, beban tugas guru semakin bertambah rencam dan ada sesetengah guru merasakan ia memberikan suatu bebanan buat mereka dalam memberikan komitmen sepenuhnya. Kajian yang dilakukan oleh Zainal (1999) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan menunjukkan bahawa faktor utama yang menghalang perlaksanaan kokurikulum dengan berkesan hingga boleh mempengaruhi penglibatan pelajar ialah guru kurang berpengalaman dan kursus kurang disediakan untuk guru. Disamping itu, kurangnya seliaan daripada pihak pentadbiran menjadi salah satu faktor juga dan guru juga kurang menerima penghargaan daripada pihak sekolah sekiranya dia merupakan seorang guru yang aktif.

Isu 2: Kemudahan fizikal dan alatan

Kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang permainan, padang bola dan ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas disebabkan faktor nilai hartanah yang tinggi. Kawasan sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah menyediakan kemudahan agak terhad. Sebaliknya, sekolah-sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan peralatan. Jika ditinjau di sekolah-sekolah pedalaman dan luar bandar, jumlah peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan untuk pembangunan sekolah. Akibatnya pelajar terpaksa menggunakan peralatan yang agak uzur, alatan yang dah dimakan usia dan tidak selamat untuk digunakan. Seandainya pihak pentadbir sekolah kurang berminat dalam bidang sukan, maka tumpuan yang agak kurang diberikan, begitu juga sebaliknya. Guru-guru terpaksa menggunakan kreativiti masing-masing dalam pengajaran mereka bagi menarik minat pelajar. Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Sekolah sebagai tempat pelaksanaan kurikulum bertanggungjawab ke atas kemudahan dan peralatan untuk kegunaan kelas pengajaran dan juga untuk aktiviti-aktiviti bukan pengajaran. Ini menunjukkan bahawa kemudahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan Jasmani. Penglibatan pelajar akan menjadi lebih aktif sekiranya peralatan yang digunakan adalah mencukupi (Mohd Sofian 2006).Kajian Mustafa Kamal (2000) mendapati bahawa peralatan, kelengkapan dan kemudahan kurang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Selain itu, hasil kajian juga mendapati ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam kegiatan kokurikulum. Beliau turut menyatakan hanya faktor minat dan rakan-rakan sebaya dapat membantu membina kesedaran pelajar terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian dalam Mohd Jaflus (2008) menunjukkan faktor penghalang utama kepada penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah faktor struktur. Maka dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah menyediakan peruntukan yang lebih besar kepada sekolah agar pihak sekolah dapat merancang dan seterusnya memperlengkapkan kemudahan dan peralatan di sekolah-sekolah sebagai strategi menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti sukan.

Isu 3: Sikap Guru, Pelajar dan Ibu Bapa

Walaupun sumbangan aktiviti kokurikulum kepada pendidikan diakui namun konsepnya masih lagi kurang difahami sehinggakan ada yang masih menganggap bahawa kokurikulum adalah merupakan kegiatan luar (Adnan 1990). Oleh sebab itu, kadang kala terdapat program kokurikulum dilaksanakan secara sambil lewa dan aktiviti dijalankan secara ringkas dan tergesa-gesa serta tidak diberi keutamaan seperti mata pelajaran akademik. Kebanyakan pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum kurang penting dan dilihat membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik (Mohd Jaflus 2008).

Dalam kajian Mohd Suzli (1997), mendapati terdapatnya masalah-masalah di dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulm. Dapatan kajian beliau menunjukkan sekolah-sekolah yang dikaji bukan sahaja menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi serta penjadualan yang tidak bersistem tetapi juga mendapati bahawa kebanyakan guru kokurikulum tidak mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikulum yang dikendalikan. Kebanyakan murid yang yang menjadi sampel dalam kajian melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan mereka yang terlibat secara aktif didorong oleh diri sendiri, guru, rakan dan ibu bapa. Manakala murid yang tidak terlibat dengan aktivit kokurikulum memberikan alasan bahawa mereka terpaksa menolong ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh kekurangan peralatan dan kemudahan kokurikulum di sekolah.

Guru yang dilantik sebagai penasihat kokurikulum perlulah peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian serta memahami dan mengetahui isi kandungannya. Selain itu, guru penasihat sukan perlulah memahami, mematuhi tatacara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan dijalankan agar setiap kegiatan kokurikulum tidak mendatangkan masalah kepada guru yang bertugas dan juga murid-murid. Bagi murid yang mempunyai masalah kesihatan dan mempunyai surat pengesahan doktor perlulah mendapat perhatian daripada guru penasihat agar tidak mendatangkan mudarat kepada murid sekiranya dikehendaki melakukan sebarang aktiviti sukan. Walau bagaimanapun, murid yang mengalami kesihatan digalakkan melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti yang dijalankan seperti menjadi penanda check point bagi aktiviti seperti kejohanan merentas desa sekolah.ELEMEN 34.0Mengukuhkan dan Memperluas Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Mulai 2016 Untuk Memudah Cara Interaksi Antara

Jenis Sekolah, Kumpulan Etnik dan Sosioekonomi.

Pada hari ini, kementerian menjalankan program aktiviti rentas sekolah, iaitu RIMUP bagi memupuk interaksi yang lebih kukuh antara murid dari berlainan jenis sekolah. Pada masa hadapan, kekerapan dan intensiti program akan ditingkatkan dan disasarkan kepada sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen seperti sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama. Kementerian juga akan memperluaskan program ini dengan melibatkan sekolah swasta. RIMUP dijalankan untuk menunjukkan perpaduan antara kaum di negara kita serta melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, danbudaya supaya dapat hidup dan bekerjasama dengan harmonis bagi mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai. RIMUP juga memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran berintegrasi dengan aktif dan positif

Rancangan ini merupakan suatu komponen yang sangat penting dalam usaha mengeratkan hubungan antara pelajar dan juga guru. Pelajar - pelajar daripada ketiga -tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dapat bersama -sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti yang dianjurkan ini dibahagikan kepada aspek kebudayaan, akademik dan permainan. Dari segi kebudayaan, RIMUP kebiasaannya diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Melalui RIMUP, kita boleh saling mengenali budaya dan adat kaum masing- masing.

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia.

Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lain-lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosioekonomi antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994). Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju. Contohnya pada zaman pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberikan peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini juga menjadi penyebab utama perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang tidak meliputi semua golongan masyarakat.

Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi (Mok Soon Sang 2000). Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk insan.

4.1KONSEP INTEGRASI DAN PERPADUANIntegrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Manakala, perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri 2007).

Jika digabungkan kedua-dua perkataan ini, integrasi perpaduan bermaksud mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini boleh dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik. Dalam konteks politik di Malaysia, integrasi dan perpaduan tidak banyak melibatkan unsur-unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada integrasi, akomodasi dan akulturasi.

Menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah suatu proses yang kompleks.Kata-kata Ting Chew Peh ini memang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Kita dapat lihat setiap kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut seperti sejarah, pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakannya bersifat perkauman. Ia telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Usaha ke arah mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak dapat diterima oleh orang bukan Melayu.4.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN NASIONALKementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatupadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.Melalui PIPP 2006-2010, 6 teras strategik telah digariskan, iaitu: (1) Membina negara-bangsa, (2) Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan sekolah kebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5) Memartabatkan profesyen perguruan, dan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Jika dikaji secara teliti, ternyata enam strategik yang digariskan itu mampu untuk membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Strategik yang pertama iaitu pembinaan negara bangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana melaluinya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan matlamat utama pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan untuk perpaduan bangsa Malaysia. Sebab itu sekolah memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi.

Apabila mereka pulang ke rumah, hubungan antara bangsa yang berbeza terhenti kerana di rumah mereka hanya bergaul dengan keluarga, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda, dan untuk keluar bersama jarang dilihat. Masyarakat Malaysia lebih selesa dan kerap keluar ke mana sahaja bersama-sama dengan sahabat yang sama bangsa, agama, dan budaya. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa hanya bertemu di pasar, di tempat awam, dan pejabat kerana atas urusan kerja dan kemudian mereka pulang ke rumah.Jadi, melalui sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat saling kenal-mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat dapat dikekalkan dan diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan laksanakan. Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga adalah memperkasakan sekolah kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan menengah, merupakan usaha yang bertepatan dengan keperluan semasa kerana melaluinya masyarakat mempunyai kepercayaan serta keyakinan yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.Dalam petikan my suara. net Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia amat bergantung kepada perpaduan rakyat untuk mencipta kemajuan yang lebih gemilang, Katanya, dengan perpaduan, masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama telah menikmati pelbagai kejayaan sejak merdeka hingga kini."Tanpa perpaduan, rakyat di negara kita tidak mungkin dapat hidup dalam suasana yang harmoni, apatah lagi untuk bergiat dalam pelbagai sektor ekonomi.

"Oleh sebab itu kita mestilah sentiasa memelihara dan memperkukuhkan lagi perpaduan yang kita nikmati selama ini", katanya semasa berucap merasmikan majlis makan malam Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sempena ulang tahun ke-22, di Bandar Sunway. kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat khususnya menerusi sistem pendidikan negara. Muhyiddin turut berkata dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025, kerajaan memberi tumpuan khusus kepada usaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan murid. Katanya, antara langkah yang diambil di bawah pelan itu ialah menerusi program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di samping meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan.

4.3 ISU DAN MASALAH SISTEM SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN DALAM SISTEM PENDIDIKANMemasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus pemodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenal mengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim.Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Walaupun elemen ketiga dalam anjakan ketiga ini telah dilaksanakan iaitu rancangan integrasi murid untuk perpaduan yang mewajibkan ketiga-tiga jenis aliran sekolah ini terlibat dalam setiap program yang dijalankan namun ianya tetap tidak mencukupi untuk menggalakkan perpaduan antara kaum. Kini, kewujudan sekolah pelbagai aliran sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran.Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa dibuat penambahbaikan bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar, malah boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Masalah-masalah yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan senyap begitu sahaja.Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan Wawasan 2020.5.0KESIMPULANPihak sekolah dan ibu bapa harus berganding bahu memainkan peranan masing-masing. Kepelbagaian jenis budaya sekolah yang wujud bukanlah menjadi faktor utama kepada halangan yang ingin dicapai melalui cita-cita murni anjakan 3ini. Seharusnya tiga elemen yang digariskan bagi mencapai matlamat ini iaitu memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen sivik menjelang tahun 2017, mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan1 badan beruniform, mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang menghayati nilai. Perancangan yang baik namun tidak disusuli dengan gerak kerja yang terancang daripada pihak pelaksana menyebabkan harapan dan hasrat murni ini sukar untuk dicapai. Semoga hasil dari keprihatinan terhadap penanaman nilai dan moral akan memberi kesan yang positif dalam pembangunan nilai pelajar. Kesepaduan antara kepelbagaian ilmu dan disusuli dengan keprihatinan daripada semua menjadi kunci keberhasilan melahirkan masyarakat Malaysia yang menghayati nilai.RUJUKANAdnan Khamis. 1990. Sikap Pelajar Terhadap Kegiatan Kokurikulum Pergerakan Beruniform. Satu Kajian Awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Barman, P., & Bhattacharyya, D. 2012. Vivekanandas Thoughts On Man-Making through Moral Values and Character Development and Its Present Relevancy in School Education. behaviour,1(2). Chuhan, S. 2013. A Study of Perceived diversity Climate in Relation to Organizational Acculturation, Agreeableness adn Previous Acquaintance with Various Social Group.Husain, F. C., & Kadir, F. A. A. 2012. Contribution of the Islamic and Asia Civilization (TITAS) towards Holistic Formation of Students in Public Higher Learning Institutions Malaysia). Journal of Al-Tamaddun,7(1). Julismah Jani. 2006. Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia. Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor.Julismah Jani. 2006. Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia. Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2000. Dokumen Undang-undang, Tatacara Dan Kaedah Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Putrajaya: Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2017 Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kerry, S. 2014. A Better Way to Say Sorry. Retrieved from http://www.cuppacocoa.com/a-better-way-to-say-sorry/Khadijah Rohani Mohd Yunus. 2008. Pembentukan Tingkah Laku Pro-sosial dan Insan

Berkualiti. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Akhlak dan Moral. Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Lumpkin, A. 2002. Introduction to Physical Education, Exercise Science, and Sport Studies (5th ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.

Mohd Anuar Abdul Rahman & Nor Azah Azman. 2011. Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah Mersing. Journal of Educational Management, 1:14-30.

Mohd Jaflus Bahari. 2008. Faktor-Faktor yang Menghalang Penglibatan dalam Kegiatan Kokurikulum. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/jaflus.pdf. [13 Mei 2014].Mohd. Nasir bin Omar.1986. Falsafah etika: perbandingan pendekatan Islam dan Barat. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Islam.Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof. 2002. Kokurikulum, Peranan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.

Mohd Sofian Omar Fauzee. 2006. Kaedah mengajar Pendidikan Jasmani. Shah Alam: Karisma.Mohd Suzli Abdullah. 1997. Permasalahan Aktiviti Kokurikulum Sekolah-Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan di Daerah Pasir Mas. Tesis tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.

Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., edisi ketujuh.Mustafa Kamal Ali. 2000. Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Melayu Tingkatan Empat dalam Aktiviti Kokurikulum di Rancangan Felda Daerah Segamat Selatan. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Teknologi Malaysia.

Othman, M. K., & Suhid, A. 2010. Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM-SEA Journal of General Studies, 11, 117-131.

Othman, M. K. H., Suhid, M. D. A., Rashid, A. M., & Roslan, M. D. S. 2013. Hubungan Faktor-faktor Sosial dengan Penghayatan Nilai Murni Pelajar Sekolah Menengah(The Relationships between Social Factors and the Internalization of Noble Values Among Students at Secondary School).Journal of Applied Research in Education,17, 56-76.Pusat Perkembangan Kurikulum. 2005. Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Nilai Merentas Kurikulum KBSR I KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Robiah Sidin. 1994. Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.Wee, E.H. 1994. Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.www.mysuara.net/index.php/berita/5446-malaysia-bergantung-kepada-perpaduan-rakyat-tpmZainal Sabu. 1999. Persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di Sekolah Menengah di N.Sembilan. Tesis yang tidak diterbitkan Universiti Malaya.

Zaharah Hussin. 2005. Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam.Jurnal Masalah Pendidikan,28: 79-94.