4
ISU 04 5432 Any Street West Townsville, State 54321 COMPANY REAL ESTATE Isu Kali Ini >>> P R O G R A M S E M A R A K K A N T R A N S F O R M A S I @ M I R I , K E M S O L A T J P A 4 U B E R S A M A I M A M M U D A A S Y R A F A D V A N C E D L E A D E R S H I P M A N A G E M E N T P R O G R A M M E ( A L M P ) S E R I E S 4 4 2 / 2 0 1 4 Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore. Ikuti Kami SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA 2 JUN - 19 JUN 2014 Seramai lebih daripada 500 penjawat awam Negeri Sarawak hadir ke Seminar Cabaran dan Hala Tuju Perkhidmatan Awam bagi Ketua-ketua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sarawak di Miri Resort & Spa pada 14 Jun 2014. Seminar ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan rakan-rakan strategik; ICU, MAMPU dan INTAN. SEMINAR CABARAN DAN HALATUJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM DI MIRI Sambungan berita di muka surat sebelah >>>

ERJALANAN RANSFORMASI SEKITARdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/buletin...seperti ini adalah satu contoh yang tepat untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia, di mana setiap

  • Upload
    vannga

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

ISU 04

Finding An Agent That’s Right For You

5432 Any Street West

Townsville, State 54321

COMPAN Y

REAL ESTATE

Isu Kali Ini >>>

PROGRAM SEMARAKKAN

TRANSFORMASI @ MIRI,

KEM SOLAT JPA4U BERSAMA

IMAM MUDA ASYRAF

ADVANCED LEADERSHIP

MANAGEMENT PROGRAMME

(ALMP) SERIES 44 2/2014

Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim

niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et

iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.

Ikuti Kami

SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com

KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA

Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA

2 JUN - 19 JUN 2014

Seramai lebih daripada 500 penjawat awam Negeri Sarawak hadir ke Seminar Cabaran dan Hala Tuju Perkhidmatan Awam

bagi Ketua-ketua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sarawak di Miri Resort & Spa pada 14 Jun 2014.

Seminar ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan

rakan-rakan strategik; ICU, MAMPU dan INTAN.

SEMINAR CABARAN DAN HALATUJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM DI MIRI

Sambungan berita di

muka surat sebelah >>>

YBhg. Tan Sri KPPA juga mengakui secara sejujurnya bahawa beliau sendiri dapat merasai sendiri sambutan dan keterbukaan masyarakat

Dayak Sarawak khususnya masyarakat Iban di rumah panjang Ayai dan rumah-rumah panjang sekitar kawasan. Beliau percaya suasana

seperti ini adalah satu contoh yang tepat untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia, di mana setiap masyarakat pelbagai agama, bahasa dan

budaya dapat bersama-sama dalam menyambut perayaan dan terlibat dalam pelbagai program tanpa sebarang masalah dan halangan.

YBhg. Tan Sri tKPPA urut mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan kerjasama pihak Kerajaan Negeri, khususnya kepada

YBhg. Tan Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Residen Miri, serta penduduk rumah panjang ini yang secara langsung dan tidak

langsung dalam menjayakan program JPA4U@Miri.

Para penduduk yang hadir menyatakan rasa bangga dan berterima kasih atas kehadiran YBhg. Tan Sri KPPA serta wakil penjawat awam

yang lain kerana ia menunjukkan keprihatinan JPA dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatannya dan mendekatkan penjawat awam

kepada rakyat.

Mengakhiri ucapannya, YBhg. Tan Sri KPPA mengucapkan Selamat Hari Gawai 2014, Gayu Guru Gerai Nyamai atau Long Life, Health,

and Prosperity kepada masyarakat di Sarawak yang menyambutnya.

Pada 15 Jun 2014, telah berlangsung Majlis Penutupan

JPA4U@Miri di Rumah Panjang Tuai Rumah, Encik Ayai

Anak Sawing pada jam 8.00 malam.

Majlis penutup ini dihadiri Yang Berbahagia (YBhg.) Tan Sri

Mohamad Zabidi Zainal, YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim

Seman, dan juga Yang Berhormat Puan Rosey Yunus,

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pem-

bangunan Keluarga, selain wakil pegawai dari MAMPU, ICU

dan INTAN Kampus Sarawak. Dianggarkan seramai 400

orang penduduk sekitar Rumah Panjang telah datang ke

program malam tersebut.

Kesudian seluruh warga penduduk di Rumah Panjang Ayai

menerima kehadiran JPA dalam Program JPA4U ini adalah

merupakan satu penghormatan kerana buat pertama kalinya,

JPA4U turun padang ke negeri Sarawak dan buat julung-

julung kalinya diadakan di Rumah Panjang Ayai.

YBhg. Tan Sri KPPA dalam ucapannya menekankan kepent-

ingan untuk kita saling memahami kepelbagaian ini supaya

kita boleh meneruskan nikmat keamanan dan kebahagiaan

yang kita kecapi sekarang. Di Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA), salah satu teras strategik transformasi yang diperkenal-

kan ialah keterangkuman dan kepelbagaian. Penjawat awam

haruslah meraikan perbezaan dengan sentiasa mencari titik

persamaan yang boleh membawa keuntungan kepada rakyat

dan negara.

PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI DI MIRI, SARAWAK

Yang Berbahagia (YBhg.) Tan Sri KPPA dalam amanatnya berkongsikan satu kajian Forbes yang diadakan terhadap golongan muda di

Amerika Syarikat. Gen Y lebih berminat untuk berkhidmat dalam bidang keselamatan dan sukarelawan disebabkan sifat mereka yang

ingin menyumbang ke arah kebaikan negara dan masyarakat. Faktor gaji dan wang menjadi faktor kedua berbanding kepuasan bekerja dan

persekitaran (ketua dan rakan sekerja) dan insentif kesihatan dan kebajikan yang menjadi faktor utama mereka memilih untuk bekerja dan

terus setia dengan sesebuah majikan. Hasil kajian ini boleh kita jadikan panduan bagi mengubah persepsi perkhidmatan agar menjadi

kerjaya pilihan yang diminati dan didambakan oleh golongan muda.

Selain itu, YBhg. Tan Sri KPPA turut berkongsi impak hasil daripada inisiatif transformasi yang telah dijalankan di JPA dari segi

penjimatan melebihi RM190 juta yang telah dicapai apabila pengejatan organisasi sektor awam dilakukan pada tahun 2013. Transformasi

ini berlaku dengan penyusunan semula organisasi dan struktur (delayering and matrix) di mana pegawai kumpulan sokongan yang telah

lama berkhidmat di sesuatu tempat ditempatkan semula bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di samping menjadi duta

transformasi di jabatan/agensi baharu.

SAMBUNGAN...

SEMINAR CABARAN DAN HALATUJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM DI MIRI

Kelab JPA di bawah Biro Keagamaan telah menganjurkan program Kem Solat JPA4U Bersama Imam Muda Asyraf pada 11 Jun 2014

(Rabu). Program tersebut telah dilaksanakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang melihatkan penyertaan seramai 42 orang anak

-anak warga JPA yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.

Dalam program ini, Imam Muda Asyraf menggunakan kaedah yang ringkas dan mudah difahami untuk membimbing dan melatih kanak

-kanak agar mereka mudah untuk diajak mengerjakan solat, mengetahui cara untuk melakukan solat dengan kaedah yang betul di

samping memupuk minat mereka untuk mencintai ibadat.

Ibu bapa yang terdiri daripada warga JPA amat menyambut baik penganjuran program-program seperti ini dan berharap agar ia lebih

kerap diadakan.

KEM SOLAT JPA4U BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF

Pada pagi tadi, 16 Jun 2014 telah berlangsung Lab

Transformasi Perkhidmatan Awam (LTPA) Siri ke

7. Lab kali ini disertai oleh lebih kurang 200 orang

pegawai dari KPDNKK, KSM, KBS dan KWP.

Lab ini merupakan siri yang terakhir dianjurkan

oleh INTAN Kampus Bukit Kiara yang melibat-

kan penyertaan semua kementerian.

Dalam ucapannya, Yang Berbahagia (YBhg.) Tan

Sri Mohamad Zabidi Zainal memaklumkan

bahawa JPA telah mengadakan beberapa program

bagi menyebarluaskan agenda LTPA melalui Lab,

Lawatan Semarakkan Transformasi di samping

Turun Padang.

Namun begitu beliau berpendapat bahawa masih

terdapat banyak lagi program dan

penambahbaikan yang perlu dilakukan dari segi

penyampaian perkhidmatan. Di sinilah peranan

kementerian-kementerian yang telah mengambil

bahagian dalam Lab dan Lawatan Semarakkan

Transformasi untuk membantu dan

melipatgandakan usaha dari segi penyebaran

maklumat dan memastikan semua warga

memahami agenda LTPA ini.

YBhg. Tan Sri KPPA mengucapkan syabas dan

tahniah kepada semua kementerian yang

memberikan sokongan dan komitmen terhadap

agenda LTPA. JPA dan INTAN bersedia

membantu dan memberikan khidmat nasihat dan

sokongan kepada urus setia dari segi memudahkan

perjalanan dan proses transformasi di jabatan dan

agensi.

LAB TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (LTPA) SIRI KE 7

Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Jun telah diadakan pada 18 Jun 2014 di Audito-

rium JPA, Aras 4 Blok C1. Pada kali ini, ia dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan

Organisasi (BPO) dengan tema Transformasi 1Realiti.

Dalam amanatnya, YBhg. Tan Sri KPPA menggesa warga JPA agar terus bergerak ke

hadapan dan berubah bagi memastikan kita terus relevan untuk mendepani cabaran

tadbir urus negara serta memenuhi ekspektasi dan keperluan rakyat yang kian rumit

dan pelbagai. Dalam ucapan beliau, beliau sekali lagi mengingatkan keberadaan

penjawat awam di mana-mana yang mewakili negara, boleh menyinar dengan bakat

yang menyerlah, seumpama berlian yang digilap.

Sepanjang hamper setahun perjalanan transformasi, JPA juga telah berjaya

melaksanakan Quick Wins yang ditetapkan dan semua ini merupakan hasil sumbangan

warga JPA yang turut sama bersusah-payah menggubal dan bersama-sama

melaksanakan inisiatif transformasi secara berkesan.

Transformasi ini perlu untuk kita relevan dengan peredaran zaman. Dalam konteks

tema pada hari ni, YBhg. Tan Sri mengambil contoh metamorfosis kupu-kupu. Ketika

kupu-kupu itu menjadi kepompong dan mahu membebaskan dirinya daripada sarang,

proses itu amat sukar malah menyakitkan. Tetapi apabila kupu-kupu itu sudah sedia

untuk terbang bebas, ia telah benar-benar berjaya.

PERHIMPUNAN BULANAN JPA BULAN JUN 2014

PROGRAM HARI TERBUKA PSIKOLOGI TAHUN 2014

NEGERI SEMBILAN, 12 JUN 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi

Bahagian Pengurusan Psikologi bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

telah menganjurkan satu lagi inisiatif untuk mendekati rakyat dengan penganjuran Hari

Terbuka Psikologi Perkhidmatan Awam Tahun 2014 Zon Selatan dalam usaha

mendekati pelanggan, mendengar dan melihat sendiri keperluan serta ekspektasi mereka

terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang diberikan.

Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Seman,

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) yang turut disaksikan oleh

YB Dato Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Program yang bertemakan Kesejahteraan Psikologi Tunjang Transformasi Perkhidmatan

Awam ini merupakan salah satu program turun padang Jabatan Perkhidmatan Awam bagi

mengukuhkan lagi hubungan kerjasama agensi awam, swasta dan NGO dalam usaha

mengeratkan perkongsian sumber dan kepakaran demi kesejahteraan dan manfaat bersama.

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Operasi) ketika menyampaikan ucapannya turut menegaskan bahawa setiap penjawat

awam perlu mempunyai persediaan dan kemampuan beradaptasi dengan transformasi yang

diperkenalkan selain perlu meningkatkan kesedaran, pengamalan dan penghayatan dalam

melakukan sesuatu pekerjaan agar mencapai tahap terbaik dan terpuji melebihi kebiasaan

bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa relevan dan berdaya saing.

19 June 2014 - Currently INTAN is organising Advanced Leadership and

Management Programme (ALMP) Series 44, No. 2/2014 which involves 37

participants from 15 Ministries and agencies. This course starts from 1 June 2014 until

27 June 2014.

The ALMP programme aspires to prepare leaders who are able to meet the ever-

increasing standards of the public and stakeholder expectations. This is to complement

the human capital and leadership development initiatives of the public service.

These expectations can only be met with leaders who possess traits and qualities such

as flexibility and responsiveness based on the judicious use of their experiences as

well as having the vision and knowledge to deliver the very best for their respective

organisations and to the public service in general.

Senior executives who assume the highest leadership portfolios in ministries and

agencies must be able to demonstrate various leadership capabilities such as being

strategic thinkers and catalysts for change in addition to being excellent developers

and administrators.

ALMP is a mandatory course for senior officials of various schemes in the civil

service who are to be confirmed to the Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) and its

equivalent.

During The Interaction Session with Chief Secretary to the Government last night,

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa stresses on exhibiting high standards of integrity and

accountability within the context of a citizen-centric public sector.

He also adds the partnership between the public and private sector, plus the NGOs is

among the main principles in humanizing public service concept or 'Merakyatkan

Perkhidmatan Awam' which was introduced earlier this year. Through National Blue

Ocean Strategy (NBOS), public sector must also work together with private sectors

and the civil society towards strengthening the public service delivery.

He also emphasizes the importance of active engagement between the stakeholders

and citizens. Civil servants should reach out and engage the citizens in a co-production

effort to understand the needs and interests of the public.

ADVANCED LEADERSHIP MANAGEMENT PROGRAMME (ALMP) SERIES 44 2/2014

YBhg. Tan Sri KPPA telah berpeluang mengikuti program Leadership At The Peak anjuran Razak School of Government (RSOG)

yang telah diadakan pada 2 - 6 Jun 2014 di London, United Kingdom. Program ini diadakan dengan kerjasama Judge Business

School, University of Cambridge, United Kingdom untuk membangunkan barisan kepimpinan tertinggi Perkhidmatan Awam.

Program ini mempunyai beberapa pengisian sesi ceramah, pembentangan, perbincangan kajian kes dan lawatan ke syarikat

korporat di Britain. YBhg. Tan Sri KPPA turut berkongsi pengalaman beliau melawat kilang Jaguar yang mana menurut beliau,

warga kerja dan kumpulan pengurusan terdiri daripada golongan muda. Ini merupakan satu contoh baharu yang boleh dipraktikkan

untuk mendapat idea kreatif dan inovatif secara berterusan daripada generasi muda masa kini di mana golongan ini terlibat secara

aktif dalam proses membuat keputusan.

Selain itu, objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memahami pelaksanaan dan pemikiran dari aspek korporat dan perspektif

global; memahami bagaimana untuk menambah nilai kepada industri, dunia korporat dan masyarakat yang lebih luas apabila telah

bersara kelak dan meninggalkan kesan yang bermakna dalam Perkhidmatan Awam.

Program ini memberi pendedahan terhadap amalan kepimpinan semasa untuk dunia yang sentiasa berubah. Sebagai pemimpin,

peranan mereka sangat penting mengukuhkan pengaruh luar dengan pihak berkepentingan dengan agensi bukan Kerajaan selain

mewujudkan satu perspektif yang sama untuk setiap peserta yang hadir.

Semoga lebih ramai penjawat awam mendapat peluang untuk mengikuti kursus seumpama ini pada masa akan datang.

“LEADERSHIP AT THE PEAK”:

RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT (RSOG)

Sisipan Khas > > >