30
3 (a) Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat introvert. Jelaskan, dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda dapat meningkatkan ciri-ciri positif kedua-dua personaliti ini. (2 jam) Setiap individu mempunyai sifat, sikap, gaya dan cara terendiri. Inilah di antara perkataan yang disebut-sebut apabila memperkatakan seseorang. Satu istilah yang sesuai bagi perkataan-perkataan itulah ialah personaliti. Personaliti juga bermaksud sahsiah yang melambangkan ciri-ciri atau sifat keperibadian atau perwatakan yang membezakan di antara seseorang individu dengan individu yang lain. Istilah personliti berasal daripada perkataan Latin iaitu “persona” yang bermaksud topeng muka. Di bawah konteks psikologi pendidikan, personaliti adalah ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang berbeza. Misalnya: “ Personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu.” (Alder, 1948) 1

EKSTROVERT DAN INTROVERT

  • Upload
    dbc2704

  • View
    11.943

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: EKSTROVERT DAN INTROVERT

3 (a) Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang

bersifat introvert. Jelaskan, dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda

dapat meningkatkan ciri-ciri positif kedua-dua personaliti ini. (2 jam)

Setiap individu mempunyai sifat, sikap, gaya dan cara terendiri. Inilah di antara

perkataan yang disebut-sebut apabila memperkatakan seseorang. Satu istilah yang

sesuai bagi perkataan-perkataan itulah ialah personaliti. Personaliti juga bermaksud

sahsiah yang melambangkan ciri-ciri atau sifat keperibadian atau perwatakan yang

membezakan di antara seseorang individu dengan individu yang lain. Istilah

personliti berasal daripada perkataan Latin iaitu “persona” yang bermaksud topeng

muka. Di bawah konteks psikologi pendidikan, personaliti adalah ditafsirkan dengan

pelbagai definisi yang berbeza. Misalnya:

“ Personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu.”

(Alder, 1948)

“Personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa

individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya

dalam persekitaran.”

( Gordon Allport, 1961)

“ Personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan

dalam situasi kehidupannya.”

( Mischel, 1981)

1

Page 2: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Berdasarkan huraian ketiga-tiga tokoh di atas, personaliti merupkan satu

perbezaan di antara individu yang melibatkan atribut tertentu. Sifat ini mewakili

tingkah laku yang boleh diperolehi melalui pengalaman sendiri atau pengalaman

umum. Selain itu, ia dapat diperhatikan dan dinilai memalui tingkah lakunya di

dalam situasi pada sesuatu ketika.

Menurut Carl Jung 1875-1961, personaliti seseorang individu dapat

dikategorikan kepada tiga iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Ekstrovert

merupakan seorang individu yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia

dalam. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya terdiri daripada golongan yang

agresif atau aktif di mana mereka suka bersosialisasi dan sering melibatkan diri

dalam pelbagai aktiviti sosial. Mereka menyokong kepada perubahan dan bersifat

optimis. Namun mereka ini tidak boleh diharapkan kerana mereka tidak suka terikat

kepada sesuatu keadaan atau peraturan.

Berbeza dengan introvert pula, individu yang mempunyai personaliti ini adalah

orang yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Mereka lebih

suka melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan

bantuan daripada orang lain. Mereka mempunyai sifat yang serius, pemalu, tidak

mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang mengambil inisiatif. Mereka juga kurang

selesa terhadap perubahan tetapi suka kepada sistem hidup yang teratur atau

sistematik. Oleh yang demikian, mereka ini biasanya selalu mengikut peraturan

yang ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2

Page 3: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Jika dikaji dengan sebaik-baiknya, sebenarnya tiada individu yang terdiri

daripada salah satu sifat-sifat di atas tetapi setiap individu itu mempunyai kedua-dua

ciri-ciri personaliti ini. Setiap individu dikatakan mempunyai kedua-dua ciri-ciri ini

kerana mereka akan menunjukkan tingkah laku berdasarkan keadaan atau situasi

pada satu masa tertentu. Apa yang membezakan ialah kadang-kadang individu

dipengaruhi secara dominan daripada salah satu sifat di atas. Gabungan di antara

kedua-dua ciri-ciri ini dinamakan ambivert di mana ia merupakan seoang yang aktif

tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar

tetapi berfikir sebelum bercakap atau memberi pendapat.

Guru berperanan penting dalam membentuk ciri-ciri personaliti yang positif

terhadap murid-muridnya. Berdasarkan beberapa buah kelas yang diajar oleh guru,

sudah tentu terdapat murid yang mempunyai ciri-ciri introvert. Bagi menangani

masalah murid-murid yang mempunyai sifat introvert seperti pemalu, pendiam dan

suka mengasingkan diri, guru hendaklah memastikan keterlibatan murid yang optima

di dalam kelas. Misalnya, bukan sahaja memastikan murid itu menjalankan kerja

sekolah yang diberi malahan murid itu turut menjalankan tugasan yang tidak formal

seperti membersihkan bilik darjah. Ini akan menggalakkan murid itu dapat

bekerjasama dengan rakan yang lain semasa menjalankan tugas.

Selain itu, guru turut memberi peluang kepada murid itu untuk mengedarkan

kertas soalan atau buku latihan. Guru juga melantik golongan murid yang bersifat

introvert ini memegang jawatan penting di dalam kelas seperti ketua kumpulan,

ketua kelas atau pengawas. Keadaan ini akan mendedahkan mereka kepada

proses sosialisasi dengan orang lain dapat membantu atau menggalakkan murid itu

berhadapan dengan rakan-rakannya yang lain.

3

Page 4: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Guru juga haruslah memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan supaya murid

ini akan terdedah dengan tugasan yang dihasilkan secara bekerjasama, koperatif

dan galakkan interaksi dengan rakan kumpulan lain. Secara tidak langsung, rakan-

rakan yang lain juga dapat membantunya supaya lebih yakin ketika bercakap. Guru

juga boleh bertindak sebagai “moivator” atau pendorong kepada murid seperti ini.

Guru-guru perlu memberi keyakinan kepada murid supaya berani mencuba sesuatu

dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang

lain. Usaha ini boleh dilakukan dengan memberi bimbingan kaunseling supaya

mereka mudah untuk didekati dan boleh menerima perubahan secara perlahan-

lahan. Selain itu, guru juga boleh melibatkan murid seperti ini dengan aktiviti luar

iaitu sukan atau kokurikulum seperti persatuan, permainan dan kelab di sekolah.

Bagi murid yang lebih dominan bersifat ekstrovert, guru boleh haruslah pandai

mengeksplotasikan kebolehan dan keupayaan murid ini dengan sebaik yang

mungkin. Berdasarkan pemerhatian guru, murid ini terdiri daripada golongan yang

aktif dan cergas sama ada dari segi akademik atau aktiviti luar. Walau

bagaimanapun, golongan inilah juga yang kerap melanggar peraturan sekolah dan

mempunyai masalah disiplin. Oleh yang demikian, bagi menangani sikap murid

seperti ini, guru perlu bersabar dan tidak mengambil tindakan ke arah memberi

hukuman. Memandangkan mereka ini agresif dan bersifat berani, mereka hanya

mementingkan kepuasan terhadap apa yang mereka lakukan dan tidak takut untuk

mengahadapi pelbagai hukuman. Oleh itu, pendekatan untuk memberi hukuman

atau denda adalah kurang sesuai.

4

Page 5: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Guru menggunakan pendekatan kaunseling untuk membentuk personaliti yang

lebih baik dan berdisiplin. Guru boleh bertindak sebagai kawan atau lebih dekat lagi

sebagai ahli keluarga iaitu kakak, abang, emak atau ayah. Golongan ekstrovert ini

suka bergaul dan berkongsi dengan orang lain. Oleh yang demikian, hubungan yang

dijalinkan dengan murid ini bukan setakat sebagai guru dan murid, tetapi bertindak

menjadi orang yang terdekat dalam hidup murid. Keadaan ini akan mewujudkan

keadaan yang lebih selesa untuk berkongsi masalah dengan murid tersebut. Murid

ini juga akan lebih mudah untuk meluahkan permasalahan. Selain itu, murid lebih

senang menerima teguran atau nasihat daripada orang yang mereka anggap lebih

rapat dalam hidup mereka. Hubungan yang rapat di antara murid dan guru akan

memberi kesan yang positif terhadap pembentukan personaliti yang positif.

Secara keseluruhannya, walaupun ciri-ciri personaliti ini dipengaruhi kuat oleh

dua faktor iaitu baka dan persekitaran, ia bukanlah ukuran yang statik terhadap sikap

seorang murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ke arah

pembentukan sikap dan ciri-ciri yang positif.

5

Page 6: EKSTROVERT DAN INTROVERT

(b) Berdasarkan pemerhatian bilik darjah, bincangkan pelbagai mekanisme helah

bela diri yang digunakan oleh murid-murid anda yang mempunyai

* konsep kendiri positif

* konsep kendiri negatif

Beri sebab-sebab bagi tindakan mereka. (2 jam)

Helah bela diri ini berkait rapat dengan ciri-ciri personaliti seorang individu. Ini

kerana menurut Freud, personaliti adalah ciri-ciri dinamik yang mengandungi tiga

komponen iaitu id, ego dan superego yang saling mempengaruhi antara satu sama

lain bagi mengawal tindakan kelakuan manusia. Helah belah diri didorongkan oleh

ego sebagai strategi mental yang digunakan oleh seseorang untuk membela dirinya

daripada ancaman id serta tekanan superego.

Id merupakan satu pusat perasaan yang tidak disedari kerana ia merupakan

satu naluri yang primitive yang sentiasa mencari keinginan dan kepuasan dengan

cara yangtidak mementingkan disiplin, logik, nilai, moral atu etika. Sebaliknya ia

dibendung oleh perasaan tamak dan keadaan ini menimbulkan satu ketegangan

dalam diri sesorang individu. Ego pula merupakan personaliti yang disedari di mana

ia berorentasikan kepada kenyataan. Ia merupakan sambungan daripada id dimana

ia mengarahkan untuk memenuhi sesuatu kehendak dengan memahami dan menilai

kenyataan yang sebenar. Superego pula di anggap sebagai “suara hati” di mana

terdapat satu dimensi yang menekankan etika dan moral terhadap pencapaian dan

kehendak. Elemen ini jugalah sesuatu yang ideal dan membezakan dari ego.

6

Page 7: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Terdapat dua ciri-ciri utama helah bela diri iaitu ia berfungsi pada tahap di bawah

sedar dan ia mengubah, menidak dan memalsukan persepsi realiti dengan tujuan

untuk mengurangkan kadar ancaman pada seseorang individu. Berdasarkan rajah

di bawah terdapat 11 jenis helah bela diri.

Rajah 3: Jenis-jenis hela bela diri

Berdasarkan jenis-jenis hela bela diri di atas murid-murid akan menujukkan sikap

ini berdasarkan konsep kendiri mereka. Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu

konsep kendiri positif iaitu merupakan seorang individu yang dapat menyesuaikan

diri dengan orang lain serta persekitaran dengan mudah. Sebaliknya konsep kendiri

yang negatif ialah seseorang individu yang mempunyai masalah menerima dirinya

sendiri serta tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan orang lain dan persekitaran

dengan baik.

Murid yang mempunyai konsep kendiri yang negatif akan mendorong mereka

untuk menggunakan hela bela diri berdasarkan situasi yang mereka hadapi.

Misalnya, seorang murid itu akan menggunakan hela bela diri seperti represi di

7

Helah bela diri

1. Represi

2. Rasionalisasi

3. Projeksi 4. Identifikasi

5. Sublimasi

6. Peindahan

7. Regrasi

9. Pembentukan reaksi

11.Intelektualisasi

10. Fantasi

8. Penafian

Page 8: EKSTROVERT DAN INTROVERT

mana ia akan menghalang pemikiran yang membimbangkan daripada memasuki

pemikiran sedar manusia. Represi dapat membantu masalah harian mereka namun

tidak menghapuskan memori yang tidak diingini dari ingatan sebaliknya akan

menjurus kepada satu masalah yang lebh serius. Contonya, apabila murid itu tidak

menyiapkan kerja rumah mengambil langkah tidak datang ke sekolah dan memberi

alasan bahawa dia sakit. Murid ini cuba menghilangkan kebimbangannya dengan

tidak hadir ke sekolah supaya tidak dimarahi oleh ibu bapanya atau mengelak

daripada denda oleh gurunya. Sungguhpun murid ini hilang kebimbangan pada hari

dia ponteng, namun tindakannya itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya

akan menambahkan lagi kesalahan yang dilakukan.

Projeksi ialah tindakan di bawah sedar di mana ia membalikan konflik dalam

dirinya seperti perasaan, pemikiran dan tujuan kepada orang lain. Contohnya

apabila terdapat kumpulan murid bertugas pada hari tertentu dimarahi oleh guru

kelas kerana tidak menjalankan tugas dan kelas kotor. Murid yang mempunyai

kendiri yang negatif akan menggunakan projeksi untuk membela dirinya. Murid ini

akan menyalahkan rakan-rakannya yang lain kerana tidak menjalankan tugas,

walhal murid ini sendiri juga tidak menjalankan tugas. Murid ini bertindak demikian

kerana telah dimarahi oleh gurunya dan situasi ini akan menimbulkan konflik dalam

diri seperti marah dan rasa bersalah.

Konsep projeksi ini juga mempunyai persamaan dengan pemindahan di mana

konflik dan ketidakpuasanhati yang berlaku pada dirinya akan dipindahkan kepada

orang lain. Seperti contoh di atas, murid yang dimarahi oleh gurunya tadi mungkin

akan melepaskan perasaan rasa bersalah dan marah itu kepada rakannya yang lain.

8

Page 9: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Keadaan inilah dinamakan pemindahan iaitu mengubah perhatian daripada situasi

yang mengancam kepada situasi yang lebih menyenangkan.

Seterusnya ialah strategi intektualisasi yang biasanya digunakan oleh murid

yang bersifat pasif dan pendiam. Murid ini tidak banyak bercakap kerana mereka

lebih suka memendam emosi yang tidak menyenangkan dengan menghuraikan

satu-satu situasi menggunakan penaakulan. Keadaan ini memberi kesan yang

negatif iaitu mereka kurang dari segi proses sosialisasi yang akan mewujudkan

jurang dalam perhubungan interpersonal mereka.

Bagi murid yang mempunyai konsep kendiri yang positif, strategi hela bela diri ini

digunakan dengan sebaik yang mungkin. Berdasarkan pemerhatian guru, terdapat

seorang murid yang menggunakan strategi penafian di mana murid ini telah berjaya

menempuhi detik-detik yang sukar dalam hidupnya. Murid ini telah kehilangan ayah

kerana sakit, namun murid ini tetap meneruskan persekolahannya walaupun

menghadapi masalah kewangan. Beberapa bulan kemudian, murid ini sekali lagi

terpaksa menghadapi kenyataan dan takdir dalam hidupnya menjadi anak yatim

piatu. Murid ini telah kehilangan orang yang paling disayanginya iaitu ibu

kandungnya. Dalam keadaan yang begitu payah ini, murid ini tidak berputus asa

dan tetap meneruskan persekolahannya. Ini jelas apabila pada masa yang sama,

murid ini terlibat dengan aktiviti sukan dan merupakan wakil sekolah. Prestasi murid

ini masih boleh dibanggakan sama ada dari segi akademik mahupun aktiviti sukan.

Seterusnya ialah strategi hela bela diri pembentukan reaksi dan pembentukan

fantasi. Seorang murid yang mempunyai konsep kendiri yang positif menggunakan

strategi ini sebagai pemangkin dan motivasi dalam diri. Pembentukan angan-angan

9

Page 10: EKSTROVERT DAN INTROVERT

dan cita-cita adalah penting supaya murid itu akan sentiasa berusaha dengan sebaik

yang mungkin untuk mencapai apa yang diidam-idamkan dan merealisasikan

impiannya. Berdasaarkan pemerhatian di dalam kelas, biasanya murid seperti

mempunyai idola masing-masing sebagai perangsaan utama mereka. Misalnya,

contoh yang paling ketara ialah apabila terdapat seorang murid yang aktif dan

cemerlang dalam bidang kesukanan seperti bola sepak. Apabila ditanya oleh guru,

apa yang mendorong untuk bermain bola sepak dengan baik, murid itu menjawab

bahawa selain daripada minat terhadap bidang sukan bola sepak, murid ini juga

menyatakan idola pemain bola sepak yang bertaraf dunia iaitu “David Beckham”.

Murid ini cuba bermain seperti idolanya dan keadaan ini sudah tentu dapat

menyumbang ke arah prestasinya yang cemerlang.

Berikutnya ialah identifikasi, di mana murid ini akan cuba menyesuaikan dengan

menyifatkan dirinya sebagai orang yang diminatinya. Ia digunakan secara tidak

sedar untuk melindungi diri sendiri dan menaikkan harga diri. Keadaan ini biasanya

berlaku apabila murid itu berpindah ke sekolah baru. Murid ini akan cuba

menyesuaikan dirinya dengan persekitaran sekolah baru termasuklah rakan sebaya,

guru-guru, peraturan sekolah dan lain-lain. Murid ini akan berusaha menunjukkan

sikap dan cara yang terbaik supaya dia boleh diterima dan selesa dengan keadaan

persekitaran barunya.

10

Page 11: EKSTROVERT DAN INTROVERT

5 (a) Banding beza antara lima teori pembelajaran yang telah anda pelajar. Teori

pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik darjah anda? Beri

sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda.

(2 jam)

Pengenalan 

Sesuatu yang dihasilkan dikatakan  berkesan dalam sesuatu pengajaran apabila murid-

murid dapat mengikuti, memahami, menghayati dan mengalami perubahan tingkah laku,

pemikiran serta perasaan hasil daripada pengajaran yang diberikan kepadanya.  Sistem

pendidikan di alaf baru telah mengalami banyak perubahan seiringan dengan perubahan

dalam masyarakat iaitu dari era pertanian ke era perindustrian dan seterusnya ke era

teknologi maklumat seperti sekarang ( Robert Reich, 1991). Clark dan Solomon 1986,

menyatakan bahawa sudah ada anjakan paradigma dalam pembangunan sistem

pengajaran iaitu dari teori behaviorisme ke kognitif dan ke konstruktivisme seperti dalam

rajah 1. 

Rajah 1

Teori Behaviorisme ke Teori Kognitivisme ke Teori Konstruktivisme

11

Page 12: EKSTROVERT DAN INTROVERT

 

Teori Behaviorisme 

Teori Behaviorisme memberi penekanan terhadap perubahan tingkahlaku yang dapat

dilihat dengan jelas bentuknya akibat sesuatu rangsangan ( Skinner, 1985 ).  Perkara-

perkara seperti bimbingan, latihan, pemberian ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar

yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan

dalam proses penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. 

Menurut Teori Pelaziman Klasik  Pavlov, ganjaran atau pengukuhan lisan dapat

mengekalkan minat belajar.  Untuk memotivasikan pelajar secara berterusan setiap latih

tubi atau kuiz akan mengambil kira aspek ganjaran seperti baik, bagus dan sebagainya. 

Ini menunjukkan sesuatu persembahan yang mempunyai susunan teks yang kemas dan

menarik, penggunaan warna, grafik dan animasi serta kesan bunyi yang berfaedah

dapat memberikan kelebihan menarik minat pelajar dan dapat memberikan pencapaian

ingatan dan pemahaman yang maksimum. 

Teori Kognitivisme 

Teori ini membawa maksud penambahan pengetahuan dalam  ingatan jangka panjang

atau perubahan skema atau struktur pengetahuan ( Gagne 1985 ).   Teori ini memberi

tumpuan kepada proses mengetahui dan memperolehi ilmu pengetahuan melalui proses

celik akal iaitu memproses maklumat dengan cara mengadakan perbincangan, 

penaakulan, penyelesaian masalah dan aktiviti percambahan fikiran, maklumat-

maklumat ini akan disimpan dan dikeluarkan kembali apabila diperlukan.  Contohnya

12

Page 13: EKSTROVERT DAN INTROVERT

murid-murid dikehendaki menyimpan maklumat sifir debit-kredit perakaunan dalam

ingatan jangka panjang. 

 Teori ini juga berkait rapat dengan proses menyimpan maklumat.  Maklumat-maklumat

yang tersimpan di dalam ingatan aseseorang sebenarnya telah melalui empat peringkat

pemerosesan, iaitu: 

1.  Menerima maklumat. 

2.  Menyimpan maklumat yang diperolehi ke dalam ingatan jangka pendek. 

3.  Menyimpan maklumat ke dalam jangka panjang. 

4.  Mengeluarkan maklumat itu kembali untuk digunakan. 

Menurut Crain 1985, mendapati bahawa maklumat  yang diproses secara

mendalam dalam ingatan jangka panjang mudah dikeluarkan kembali untuk digunakan.

Teknik tutorial yang akan digunakan akan menerangkan secara terperinci sifir debit-

kredit secara berulangkali dengan contoh yang berlainan. 

Teori Konstruktivisme 

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.  Mengikut kefahaman

konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru

kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna.  Murid perlu bina sesuatu

pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.  Pembelajaran adalah hasil

daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.  Fikiran murid

13

Page 14: EKSTROVERT DAN INTROVERT

tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran.  Realiti

yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.  Murid sebenarnya telah

mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap

persekitaran mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik

dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang

sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. 

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa

pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia

ada murid.  Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea

mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang

salah. Jika kefahaman ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau

kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka

mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. 

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan

bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga

menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. 

14

Page 15: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Menurut Wittrock 1978,  teori ini bermaksud pembelajaran itu mesti generatif,

iaitu mengambil tindakan bagi mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka

pelajari.  Ia memandang realiti sebagai sesuatu yang dikonstrukkan dan pengalaman

menentukan reliti.  Pemikiran merupakan satu instrumrn untuk berfikir yang boleh

menginterprestasikan adegan, objek dan persepsi daripada hanya memahami dan

mengingati pengetahuan secara objektif sahaja.  Teori ini cuba mereka suasana di

mana pelajar diperlukan untuk menguji proses kefahaman dan membina maksud

mereka sendiri.   Pembelajaran adalah aktif,  menyelesaikan masalah berdasarkan

kepada penemuan intrinsik.  Faktor yang menentukan pembelajaran terdiri daripada

sifat-sifat pelajar itu, pengetahuan sedia ada, motivasi,dan pelbagai tugasan

pembelajaran.

Teori Humanistik

Kajian ahli psikologi mendapati bahawa pembelajaran manusia bergantung

kepada emosi dan perasaannya. Mereka juga menegaskan setiap individu itu adalah

unik dan unggul. Di mana ia menunjukkan perbezaan di kalangan individu itu sendiri

termasuklah dari segi cara pembelajaran. Justeru itu, strategi pengajaran dan

pembelajaran haruslah selaras mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-

murid. Mengikut pandangan Abraham Maslow dan Carl Rogers, setiap individu

mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Ini jelas

menunjukkan bahawa guru berperanan penting membentuk, menjaga kendiri pelajar

15

Page 16: EKSTROVERT DAN INTROVERT

dan memberi bimbingan supaya potensi murid-murid ini dapat diperkembangkan secara

optimum.

Menurut Carl Rogers, beliau juga turut menekankan proses komunikasi untuk

memahami tingkah laku individu. Oleh yang demikian setiap guru perlulah mempunyai

nilai tahap kecekapan berkomunikasi yang tinggi. Contohnya menggunakan interaksi

dua hala dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

 Teori Pembelajaran Sosial

Teori ini merupakan hasil gabungan kepada dua teori iaitu teori behavior dan

teori kognitif. Menurut Bandura, teori pembelajaran ini berlaku secara pemodelan

dimana ia berlaku melalui teknik pembelajaran pemerhatian atau peniruan. Ini

berkmakna, dalam aspek pembelajarannya adalah melalui mekanisme pemerhatian

dan pengamatan konsekuensi tingkah laku orang lain untuk menjelaskan tingkah laku

sosial seperti agresif dan kerjasama. Ia juga turut menekankan tiga aspek utama iaitu

individu (proses), persekitaran (enviroment) dan tingkah laku (behavior). Berdasarkan

ketiga-tiga aspek ini, beliau turut mengkategorikan keadaan kepada tiga aspek iaitu

individu sebagai motivasi, persekitaran sebagai rangsangan luaran dan tingkah laku

sebagai perlakuannya.

16

Page 17: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Dalam teori pembelajaran sosial ini juga, ia boleh diterapkan dalam pelbagai

bidang. Contohnya apabila seseorang guru mengajar mata pelajaran yang

berorentasikan pada pembacaan, pengiraan atau matematik, penulisan, pendidikan

muzik, olahraga, dan lain-lain. Pembelajaran secara abstrak adalah kurang sesuai

diimplementasikan dalam teori ini.

Berdasarkan huraian kelima-lima teori pembelajaran di atas, lazimnya saya

sering mengimplementasikan teori pembelajaran sosial di bilik darjah. Ini kerana teori ini

lebih menekankan pembelajaran secara pemerhatian dan pengamatan tingkah laku

yang ditonjolkan oleh murid. Selain itu, teknik pemodelan atau peniruan turut

diketengahkan. Konsep ini adalah amat sesuai diadaptasikan bagi murid sekolah

rendah. Tahap pembelajaran murid sekolah rendah sebenarnya banyak dipengaruhi

melalui aspek konsep “lihat dan tiru”. Justeru itu, huraian di bawah ini

memperkukuhkan lagi tentang keberkesanan konsep teori ini:

Strategi Teori Pembelajaran Sosial

1. Menyampaikan objektif pembelajaran agar murid dapat bersedia lebih awal.

Guru hendaklah menjelaskan tujuan pembelajaran khusus, informasi asas

pelajaran, pentingnya pelajaran, mempersiapkan murid untuk belajar.

2. Mendemonstrasikan pengetahuan atau ketrampilan.

Guru mendemonstrasikan ketrampilan dengan benar, atau menyampaikan

informasi secara teratur.

17

Page 18: EKSTROVERT DAN INTROVERT

3. Membimbing dan memantau latihan.

Guru menerangkan dan memberi bimbingan latihan awal. Dalam memberikan

bimbingan latihan guru perlu:

i. Memberikan murid latihan mudah dan bermakna. Memberikan latihan yang

sesuai sehingga murid dapat menguasai topik yang dipelajari.

ii. Memantau tahap-tahap latihan berdasarkan topik-topik sehingga murid dapat

menguasai secara efektif untuk memantapkan pemahaman yang pernah

dipelajari murid.

iii. Menilai pemahaman pembelajaran berdasarkan tindak balas yang

ditunjukkan oleh murid.

(b) Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses

pembelajaran. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, bincangkan pernyataan

dengan memberi contoh yang sesuai.

(1 jam)

Secara keseluruhan perbincangan kelima-lima teori pembelajaran di atas, teori

memainkan peranan penting semasa perlaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang teori pembelajaran adalah

merupakan satu kemestian bagi seorang guru. Sebagai seorang pendidik, kita

berperanan untuk membantu murid dalam memfokus proses perhatian dan mental

mereka supaya mereka memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara

18

Page 19: EKSTROVERT DAN INTROVERT

berkesan. Oleh yang demikian, pemebelajaran tentang teori dapat membantu guru

dalam meningkatkan gaya dan kemahiran dalam proses pemgajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepentingan teori pembelajaran behavioris, guru hendaklah

menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid supaya berminat belajar,

dan mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negative. Dalam

proses pengajaran, tingkah laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai.

Bagi mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan-latihan hendaklah

dilaksanakan secara kerap. Contohnya, guru memotivasikan murid-murid dalam bentuk

intrinsik. Misalnya guru boleh memberi kata-kata dorongan atau semangat dan pujian

setelah murid itu menghasilkan tugasan dengan baik.

Seterusnya melalui pembelajaran teori kognitif pula, guru dapat menggalakan

murid dengan menggunakan akal sepenuhnya dalam penyelesaian masalah dan

mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran baru. Sebagai guru

juga, guru dapat membangkitkan kesediaan pelajar terhadap isi pelajaran yang akan

dipelajari. Selain itu, pemupukan motivasi intrinsik dan meggalakan murid secara aktif

dalam pelajaran. Contohnya, guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk

mengeluarkan pendapat atau pandangan mengenai sesuatu topik yang dibincangkan.

Guru hedaklah menerima sebarang pendapat yang diberikan oleh murid dan

19

Page 20: EKSTROVERT DAN INTROVERT

mempertimbangkan agar murid merasakan pendapat mereka ini dihargai oleh guru.

Secara tidak langsung, keadaan ini akan mendorong mereka untuk turut serta dalam

perbincangan dan memupuk minat mereka untuk terus belajar.

Teori yang berikutnya ialah konstruktivisme di mana guru berperanan sebagai

penolong, pemudah cara dan perancang, sedangkan murid memainkan peranan utama

dalam aktiviti pembelajaran tersebut. Ini bermakna pengalaman dan kesediaan pelajar

adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembelajaran. Teori ini juga

menekankan keutamaan kepada pembelajaran yang menumpukan hasil perolehan dan

pembelajaran. Misalnya, murid perlu membincangkan dan mengupas sesuatu isu

secara berkumpulan di mana mereka perlu menyatakan komen yang bernas. Dalam

perbincangan ini guru hanya bertindak sebagai penolong ataupun perancang. Manakala

murid pula, perlu memainkan peranan utama dalam mengupas isu tersebut.

Berbeza pula dengan teori humanistik, kaedah pengajaran dan pembelajaran

berorentasikan kepada strategi pemusatan murid dan kaedah individu. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah memastikan keperlauan asas murid telah

dipenuhi. Guru mestilah bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di

kalangan murid. Sebagai contoh, keberkesanan pembelajaran bergantung kepada

motivasi intrinsik, bahan pelajaran yang bermakna, selaras dengan objektif murid dan

melibatkan penyertaan murid secara aktif.

20

Page 21: EKSTROVERT DAN INTROVERT

Kepentingan teori yang terakhir ialah teori pembelajaran sosial di mana guru

berperanan sebagai model peniruan. Guru menggunakan kaedah demonstrasi dengan

contoh-contoh yang sesuai. Adalah penting bagi guru menyediakan situasi

pembelajaran tanpa gangguan dan menarik perhatian murid dengan motivasi dan

dorongan sesuai. Untuk mengekalkan ingatan murid, demonstrasi hendaklah dilakukan

secara berperingkat dan sistematik. Misalnya dalam mata pelajaran Pendidikan seni,

seperti membuat layang-layang, guru boleh menggunakan pendekatan peniruan dan

pemodelan. Guru perlu membawa model layang-layang yang telah disiapkan sebagai

alat bantu mengajar.

Secara keseluruhannya kelima-lima teori ini adalah sangat penting di dalam

proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara efektif oleh guru-guru.

Pengadaptasian sesuatu teori hendaklah dilaksanakan mengikut kesesuaian mata

pelajaran, kebolehan,kemahiran dan keupayaan murid dalam bilik darjah. Sebagai

contoh, dalam mereka cipta layang-layang, pendekatan teori pembelajaran adalah

sesuai. Walau bagaimanapun, penggunaan teori ini tidaklah tertumpu kepada satu teori

dalam satu masa sahaja. Guru seharusnya memanipulasi sepenuhnya kesesuaian dan

kelebihan teori tersebut dengan mengimplementasikan teori ini secara maksimum.

21

Page 22: EKSTROVERT DAN INTROVERT

 

 

Senarai Rujukan  

1. Boon Yong Ying & Ragbir Kaur, 1998. Psikologi II . Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

2. Mok Soon Sang. 1993.  Asas Pedagogi 1 Dalam Pengajaran-Pembelajaran.

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Rujukan Internet  

http://www.nhu.edu/trc/cooperative_learning_background.htm 

http://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.html 

http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Adkins/ABSTRACT.HTM 

http://www.ut.ac.id/ol-supp/fkip/pgsm3803/trans.htm 

22