28
Penghargaan. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Sejuta kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan taufk dan inayahNya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini seperti yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Salina binti Mokhtar di atas bantuan dan komitmen beliau dalam membantu saya dan rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tanpa pertolongan beliau saya dan rakan-rakan yang lain mungkin tidak mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kesemua ibu bapa saya kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk terus belajar dan tidak mudah berputus asa. Mereka juga menjadi inspirasi untuk saya bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. !alakan yang diberikan oleh mereka amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sering membantu dan menjadi rujukan saya dalam menyiapkan tugasan. Mereka juga telah menjadi peneman saya dalam bersengkang mata dan bersama-sama melakukan tugasan yang telah diberikan. Akhir sekali saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu ahli kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya. "antuan mereka semua amatlah dihargai dan semoga Allah membalas kebaikan ke atas mereka. Amin. Sekian.

eksimen kaunseling

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bimbingan kaunseling kanak-kanak

Citation preview

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Penghargaan.Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Sejuta kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan inayahNya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini seperti yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Salina binti Mokhtar di atas bantuan dan komitmen beliau dalam membantu saya dan rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tanpa pertolongan beliau, saya dan rakan-rakan yang lain mungkin tidak mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kesemua ibu bapa saya kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk terus belajar dan tidak mudah berputus asa. Mereka juga menjadi inspirasi untuk saya bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Galakan yang diberikan oleh mereka amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sering membantu dan menjadi rujukan saya dalam menyiapkan tugasan. Mereka juga telah menjadi peneman saya dalam bersengkang mata dan bersama-sama melakukan tugasan yang telah diberikan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu ahli kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Bantuan mereka semua amatlah dihargai dan semoga Allah membalas kebaikan ke atas mereka. Amin.Sekian.

Pendahuluan.Bimbingan & Kaunseling merupakan suatu perkhidmatan yang disediakan di sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mendorong murid-murid bagi berjumpa dengan guru Bimbingan & Kaunseling yang terlatih. Hal ini adalah supaya mereka dapat berkongsi isu-isu yang menjadi kebimbangan mereka. Menurut Bruce Shertzer & Shelly C.Stone melalui buku yang diterjemah oleh Amja H.M. Salleh & Puteh Mohamad, bimbingan merujuk kepada suatu proses untuk menolong seseorang individu itu untuk memahami diri serta dunia mereka yang beerti supaya individu tersebut akan dapat mengetahui siapa diri mereka yang sebenar sebagai seorang individu. Mereka akan menjadi lebih peka tentang peribadi sendiri dan mempunyai persepsi yang jelas tentang keadaan diri mereka. Kaunseling pula merujuk kepada prses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien (Aurbuckle, 1995). Manakala menurut Burks dan Stefflre (1979), kaunseling ialah hubungan antara seseorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien hubungan ini biasanya antara dua orang individu walaupun kadangkala mungkin terdapat lebih daripada dua orang yang terlibat. Ia bertujuan untuk membantu klien memahami ruang hidupnya, serta mudah untuk membuat keputusan sendiri melalui pilihan-pilihan yang bermakna dan yang berasaskan maklumat, serta melalui penyelesaian masalah-masalah yang berbentuk emosi dan peribadi. Natijahnya, kaunseling bermaksud proses pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dan murid (klien) yang menghadapi masalah peribadi atau akademik dengan tujuan untuk membawa perubahan tingkah laku murid ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapinya.Justeru, dapat disimpulkan Kaunseling yang dilakukan dapat membantu membimbing murid untuk meneroka diri masing-masing dan membuat keputusan. Menurut G.S Belkin (1981) dalam bukunya Practical Counseling in the Schools mengatakan : Bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala kaunseling merupakan nasihat penempatan dan perkhidmatan. Tugasan 1 : Kajian Kes.Bahagian (1) : Buat satu lawatan ke Unit Bimbingan & Kaunseling sebuah sekolah. Berdasarkan Perancangan Tahunan Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah tersebut, buat rumusan dan kategorikan jenis perkhidmatan yang disediakan di sekolah tersebut. Sila sertakan tugasan anda dengan diagram seperti gambar, carta, pengurusan grafik dan sebagainya.

Rajah 1.1 : Jenis Perkhidmatan KaunselingBerdasarkan kepada Rancangan Tahunan Unit Bimbingan & Kaunseling yang disediakan oleh sekolah saya, antara jenis-jenis perkhidmatan kaunseling yang dijalankan adalah Kaunseling/Bimbingan Individu, Kaunseling/Bimbingan Kelompok, Konsultasi Keibubapaan dan juga Lawatan ke Rumah Murid.

Kaunseling Individu.Konsep Kaunseling Individu.Kaunseling individu dipraktikkan sebagai program bimbingan yang melibatkan temubual dan hanya melibatkan klien dan kaunselor. Di peringkat sekolah, kaunseling individu merujuk kepada proses perhubungan bersemuka antara seorang murid dengan seorang pengajar bimbingan yang menyediakan peluang untuk suatu situasi temu bual dengan tujuan membantu murid berkenaan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapinya. Blackhma (1977), menjelaskan bahawa kaunseling secara individu sebagai hubungan dan kerjasama yang unik antara seorang kaunselor dan seorang klien yang akan diberi peluang menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara yang boleh memberinya manfaat. Shertzer & Stone (1981), pula berpendapat bahawa kaunseling secara individu sebagai proses interaksi yang menyediakan hubungan bermakna antara diri individu dengan persekitaran dan menghasilkan pencapaian matlamat serta mewujudkan tingkahlaku pada masa hadapan. Bagi Cottle dan Downie (1970) pula kaunseling individu ditakrifkan sebagai proses di mana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya serta interaksinya dengan orang lain agar dia dapat membuat keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya. Sementara itu, McLeod J. (2007) menjelaskan bahawa kaunseling individu sebagai seseorang individu yang membina hubungan istimewa dengan seseorang yang terlatih yang boleh membantunya menyelesaikan suatu masalah yang sukar diselesaikan dirinya sendirinya.Kesimpulannya, kaunseling individu merujuk kepada pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien secara individu untuk berkongsi masalah yang berbentuk peribadi atau akademik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien atau membantu klien membuat keputusan. Tujuan Kaunseling Individu.Kaunseling individu amat penting untuk membantu menyelesaikan masalah seseorang individu. Berikut merupakan antara tujuan kaunseling individu :1) Menjalinkan hubungan baik antara kaunseling dengan klien.2) Membantu murid membina kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri.3) Membantu murid supaya membuat keputusan secara rasional dan praktikal.4) Menyelesaikan masalah dengan berkesan atau mencegah masalah kritikal timbul, atau mengubah tingkah laku negatif kepada positif.

Prinsip-Prinsip Kaunseling Individu.Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang perlu diamalkan oleh seseorang kaunselor semasa menjalankan kaunseling individu : 1) Setiap kaunselor hendaklah menghormati kejujuran klien untuk berjumpa dengannya kerana ingin meminta pertolongan.2) Kaunselor hendaklah menjelaskan syarat-syarat kaunseling kepada klien seperti tempat dan hari bertemu, tempoh satu-satu sesi, dan jenis-jenis kerja rumah yang mungkin perlu dilakukan.3) Kaunselor hendaklah merujuk klien itu kepada kaunselor yang lain jika kes yang dikendalikan di luar pengalamannya.4) Kaunselor hendaklah memberitahu klien bahawa kesemua maklumat yang diberinya adalah sulit.5) Kaunselor boleh meminta pandangan daripada kaunselor-kaunselor lain sekiranya didapati kesulitan-kesulitan dalam kes yang dikendalikannya.Kaunseling Kelompok.Konsep Kaunseling Kelompok.Kaunseling kelompok merujuk kepada bimbingan yang diberikan secara kelompok. Apabila kaunselor (pembimbing) mendapati bahawa terdapat ramai klien yang mempunyai masalah yang sama, maka bimbingan secara kelompok lebih sesuai untuk digunakan bagi menjimatkan masa kaunselor dan klien itu sendiri.Menurut Carl Rogers (1970), mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionlisasikan setiap murid mengikut kehendak kumpulannya.C.A. Mahler dan E. Caldwell pula menyatakan dalam buku mereka iaitu Group Counseling in Secondary Schools, bahawa kaunseling kelompok sebagai proses social tentang masalah perkembangan dan sikap para murid di bawah keadaan terkawal. Isi kandungan kaunseling kelompok adalah merangkumi keperluan dan minat bersama dalam kalangan kebanyakan murid.Dyer & Vocind (1973), telah mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai perubahan sosial dan psikologi setiap orang individu, iaitu mengubah tingkah laku dan pengalamannya dengan individu yang lain serta Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu proses membantu seseorang klien menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari aspek tingkah laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta permilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Natijahnya, kaunseling kelompok merujuk kepada proses untuk membantu murid yang dilaksanakan secara kelompok di antara seorang kaunselor dengan beberapa orang murid yang mempunyai masalah yang serupa sama ada dalam bidang akademik atau sosial. Pelaksanaan kaunseling kelompok dilihat sebagai satu platform yang amat berkesan dalam membantu ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya melalui cara berdiskusi bersama-sama. Tujuan Kaunseling KelompokDinkmeyer dan Muro (1971) telah meringkaskan bahawa terdapat beberapa tujuan yang menyebabkan kaunseling kelompok diadakan :1) Untuk membantu tiap-tiap anggota kelompk mengetahui dan memahami dirinya.2) Membentuk kemahiran sosial serta kebolehan antara perseorangan yang membolehkan seseorang menghadapi perkembangan diri dalam bidang sosial peribadi.3) Untuk meningkatkan haluan diri, kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan membuat keputusan,serta berupaya mengggunakannya dalam bilik darjah biasa dan dalam hubungan sosial. 4) Untuk membentuk kehalusan perasaan terhadap keperluan orang lain yang meningkat rasa bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri.5) Belajar menjadi pendengar yang empati, yang mampu mendengar perasaan yang mengiringi kata-kata yang dituturkan, bukan hanya mendengar kata-kata yang diucapkan sahaja.6) Membantu setiap anggota kelompok berfikir dan menetapkan matlamat untuk diri masing-masing. Matlamat yang dapat diukur dan dapat diperhatikan daripada tingkahlaku.

Prinsip-prinsip Kaunseling Kelompok.Lee Keok Cheong (2014) di dalam bukunya Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak : Edisi Kemas Kini telah menggariskan beberapa prinsip utama bagi sesebuah kaunseling kelompok. 1) Proses terapeutik akan lebih berkesan sekiranya sesi kaunseling berlaku dalam suasana yang demokratik.2) Objektif-objektif kaunseling kelompok perlu diterangkan kepada bakal-bakal ahli kumpulan. 3) Ahli-ahli yang dipilih seharusnya bersedia berkongsi perasaan, pengalaman, dan bersedia untuk berubah.4) Ahli-ahli hendaklah disedarkan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap kelakuan kumpulan mereka. 5) Setiap ahli hendaklah memelihara rahsia dan maklumat yang dibincangkan dalam kelompok.6) Matlamat jangka pendek untuk membolehkan ahli memahami diri sendiri dan ahli lain dalam kelompoknya. Manakala, matlamat jangka panjang adalah untuk membolehkan ahli mencapai perkembangan sosial.

Konsultasi Keibubapaan.Menurut Choong Lean Keaw (2010), konsultasi keibubapaan merujuk kepada jalinan hubungan yang rapat antara Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dengan ibu bapa murid. GBK perlu memperuntukan masa untuk berjumpa dengan ibubapa, mengadakan sesi rundingan dengan guru lain, dan sebagainya. Misalnya, bagi mengurangkan tingkahlaku yang mengganggu dalam kanak-kanak, adalah lebih berkesan sekiranya melibatkan kerjasama dan usahasama kedua-dua pihak ibu bapa dan guru.Melalui konferens ibubapa/penjaga bersama guru, pelbagai strategi bleh difikirkan dan dirancang untuk dilaksanakan bukan sahaja di dalam bilik darjah, bahkan di rumah juga. Kolaborasi bestari yang terbina antara GBK, ibu bapa dan guru akan memudahkan langkah untuk membuat rujukan serta mengambil tindakan susulan sekiranya perlu.Menurut Lee Keok Cheong.et.al (2014) pula, konsultasi keibubapaan penting dan perlu bagi GBK supaya dapat bersama-sama mengawasi kemajuan mereka terutamanya dalam muridan. GBK dapat berkolaborasi dan menghubungi kedua ibu bapa murid berkenaan sekiranya kemajuan murid tersebut tidak memuaskan. Mereka berkemungkinan dapat mengenalpasti punca dan sebab kelemahan prestasi murid tersebut. Justeru, GBK dapat mengambil langkah tindakan yang sewajarnya bagi membantu menyelesaikan masalah dan memulihkan semula murid tersebut.Disamping itu, GBK juga dapat membantu dan memudahcara dengan menjadi selaku penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibubapa. Terdapat sesetengah murid yang suka memendam perasaan dan masalah sendiri dan tidak meluahkannya kepada orang lain walaupn ibu bapa mereka sendiri. Hal ini akan menimbulkan tekanan kepada murid tersebut sehingga membawa kepada pemikiran yang tidak rasional. Oleh itu, dengan bantuan daripada GBK, murid dapat meluahkan perasaan sebnarnya kepada rang lain sama ada ibu bapanya sendiri, GBK atau rakan-rakannya yang lain. GBK juga digalakkan untuk bekerjasama dengan ibu bapa bagi membantu mewujudkan disiplin dalam kalangan murid. Disiplin yang ditetapkan merangkumi disiplin dirumah dan disekolah. GBK dan ibu bapa bleh sama-sama berbincang mengenai disiplin yang ingin diterapkan dalam diri murid tersebut. Namun, disiplin yang ditetapkan bukanlah untk mengngkng tetapi hanya untuk menjauhkan murid daripada tingkahlaku negatif yang akan menjebakkan murid tersebut dalam gejala yang tidak sihat.Akhir sekali, GBK memainkan peranan penting dan perlu mengadakan sesi bimbingan keluarga sekiranya mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh murid adalah berpunca daripada keluarga. Dengan adanya sesi bimbingan keluarga, GBK dan murid tersebut dapat berbincang bersama-sama ibu bapanya dan ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi. GBK bertindak sebagai pemudahcara semasa sesi bimbingan diadakan.Kesimpulannya, konsultasi keibubapaan juga penting dan perlu kerana melalui kaedah ini, guru dapat mengenalpasti punca dan akibat yang menyebabkan murid menjadi bermasalah sama ada dari segi akademik, psikososial mahupun kerjaya.

Lawatan ke Rumah Murid.Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra pelajar, rakan guru, ibubapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan. Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar mereka boleh membuat keputusan yang positif dan berkesan.Justeru, bagi meraikan murid yang mempunyai, guru seharusnya mengadakan lawatan ke rumah murid bagi menengenalpasti latar belakang murid, keadaannya semasa di rumah. Hal ini kerana, persekitaran murid amatlah mempengaruhi tingkahlaku murid tersebut. Contohnya murid yang tinggal di luar Bandar seperti penempatan nelayan mempunyai potensi yang tinggi untuk terlibat dengan gejala yang tidak sihat jika dibandingkan dengan murid yang berseklah di Bandar.Program ini diadakan bagi menyahut saranan program guru penyayang. Melalui program lawatan ke rumah ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat menjalinkan hubungan muhibah antara ibu bapa dan murid seterusnya mengkaji masalah dan latar belakang murid.

Bahagian 2 : Berdasarkan laporan yang telah dibuat dalam kajian kes 1, cuba huraikan kepentingan program yang dirancangkan kepada murid-murid di sekolah tersebut. Penjelasan anda perlulah dikaitkan dengan elemen-elemen yang telah anda pelajari dalam kuliah anda.

Berdasarkan kepada Rancangan Tahunan yang telah dibuat oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, kebanyakan program yang dilakukan adalah melibatkan bahagian pengurusan. Terdapat lima program yang dijalankan sepanjang bulan Januari. Antara program yang dijalankan ialah program Pengurusan dan Keceriaan bilik Bimbingan Kaunseling dan dokumentasi borang. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengemaskini bilik Unit Bimbingan Kauseling bagi memastikan bilik ini sentiasa tersusun, kemas dan bersifat teraputik. Bilik kaunseling penting kerana ianya merupakan salah satu tempat untuk murid meluangkan masa. Terdapat ramai murid yang berkunjung kebilik kaunseling pada waktu rehat sama ada untuk membaca buku cerita, surat khabar dan juga majalah. Selain itu, program yang berbentuk pembangunan diri dan keibubaapan juga turut diadakan. Contohnya, Program Pengurusan Diri Dan Keselamatan Diri diadakan khusus untuk semua murid tahun 1. Program ini adalah untuk memperkenalkan murid dengan alam persekolahan, lalulintas jalanraya dan sahsiah serta adab murid semasa berada disekolah. Bagi tahun 6 pula Program Wacana Waris & Guru telah diadakan bagi mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dan waris serta untuk meningkatkan prestasi UPSR bagi tahun ini. Bagi bulan Febuari pula, antara program yang diadakan ialah bengkel kemahiran belajar yang menjadikan murid tahun 5 sebagai sasaran. Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan murid dengan teknik-teknik dan kemahiran belajar yang boleh dipraktikkan dalam pembelajaran. Selain itu, Mesyuarat AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk kali pertama diadakan yang melibatkan kesemua AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling. Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan mengenai pengurusan dan program Unit Bimbingan Kaunseling. Pada minggu yang ketiga dan keempat, program yang berbentuk pengurusan diri diadakan iaitu Kursus Jati Pengawas dan penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya. Tujuan program diadakan adalah untuk memberikan ilmu mengenai sahsiah dan kepimpinan. Ianya juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid mengenai peranan masing-masing.Pada bulan Mac pula, tidak banyak program yang dijalankan memandangkan sekolah seringkali bercuti. Pada minggu pertama bulan mac, risalah mengenai Unit Bimbingan Kaunseling diedarkan. Program ini diadakan untuk menyampaikan maklumat mengenai aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling kepada murid. Selain itu, program ini turut diadakan bagi menjelaskan peranan Bimbingan dan Kaunseling di samping menyebarkan bahan-bahan ilmiah kepada murid. Pada minggu Kedua dan ketiga pula Minggu anti-dadah telah diadakan. Program diadakan bagi semua warga seklah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ceramah dan kempen mengenai bahaya dadah. Program diadakan untuk menyedarkan murid dan mengelakkan mereka daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta merokok.Seterusnya, pada bulan April pula, sekali lagi risalah mengenai unit Bimbingan dan Kaunseling diedarkan kepada seluruh warga sekolah. Antara yang terlibat ialah AJK Bimbingan dan Kaunseling serta ahli kelab Bimbingan dan Kaunseling. Pada minggu tersebut turut dijalankan program Kempen Bulan Ppda yang menceritakan mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah. Penyampaian maklumat kepada murid adalah dengan mengadakan kempen dan ceramah. Pada minggu kedua pula, satu soal selidik tingkahlaku diadakan untuk semua murid. Soal selidik ini adalah untuk mengumpul data rekod prestasi dan rekod disiplin murid. Sal selidik ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan latar belakang murid bagi dijadikan rujukan untuk kegunaan masa hadapan. Pada minggu ketiga pula, mesyuarat AJK unit Bimbingan dan Kaunseling untuk kali kedua telah diadakan bagi membincangkan pengurusan dan program Unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit Bimbingan Dan Kaunseling juga turut melaksanakan kaunseling berfokus bagi mengadakan sesi kaunseling khusus untuk murid yang terlibat dengan kes ponteng dan masalah disiplin. Pada bula Mei pula, bengkel kemahiran belajar telah diadakan untuk murid tahun 4 khusus bagi memberi pendedahan kepada murid mengenai teknik-teknik dan kemahiran belajar yang boleh dipraktikkan dalam pembelajaran. Bagi bidang pengurusan pula, Unit bimbingan dan kaunseling sekali lagi mengadakan program kebersihan dan keceriaan bagi bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga turut mengadakan Program celik kerjaya untuk semua murid bagi memberikan pencerahan kepada murid mengenai bidang kerjaya dan kelayakannya. Untuk bulan Jun, program yang dijalankan berbentuk pembangunan diri iaitu Program Sifar Buli, Gaduh Dan Gangsterisma. Program diadakan bagi menyedarkan murid tentang kesan salah laku tersebut terhadapa diri, keluarga dan masyarakat. Program ini diadakan selama dua minggu iaitu dari minggu pertama sehinggalah hujung minggu kedua. Pada minggu yang ketiga Watikah Perlantikan PRS Bngsu telah diadakan di tapak perhimpunan bagi memberi pengiktirafan dan watikah perlantikan PRS. Selain itu, Ceramah kesihatan juga turut diadakan bagi memberi kesedaran keada murid tentang kepentingan memiliki tubuh badan yang sihat.Unit Bimbingan dan Kaunseling juga turut mengadakan Ceramah LGBT pada bulan Julai untuk mendedahkan murid dengan isu LGBT,punca dan kesan LGBT kepada kehidupan. Ceramah ini telah diadakan khusus untuk urid tahap 2. Setelah itu UBK telah mengadakan Mesyuarat. Program yang terakhir iaitu Kemahiran belajar mengulangkaji dan mengingati pelajaran. Program tersebut adalah untuk semua murid tahap 2. Ianya adalah untuk mengingatkan murid cara mengulangkaji dan mengingati sesuatu fakta dengan tepat. Bagi bulan Ogos pula, tidak banyak aktiviti yang dirancang antaranya ialah mengemaskini fail dan rekod. Hal ini dapat memudahkan kaunselor untuk melakukan sesi kaunseling terhadap individu yang berbeza. Bagi minggu yang ketiga dan keempat pula kempen kibar jalur gemilang pula akn diadakan. Kempen ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme dan semangat cintakan Negara dalam diri setiap murid.Pada bulan September, Oktober, November dan Disember, kebanyakan program yang dirancang adalah berbentuk pengurusan seperti mesyuarat UBK, kemaskini blik dan fail UBK serta analisis dan kemaskini data dan rekd perkhidmatan UBK. Kesimpulannya, Rancangan Tahunan yang disediakan meliputi beberapa aspek utama iaitu pengurusan, pembangunan diri, program keibubapaan, Tugasan 2 : Penulisan Akademik.Berdasarkan satu kes kaunseling individu yang telah dikendalikan oleh guru kaunseling di sekolah, bincangkan aspek-aspek ini :i. Jelaskan latar belakang klien.ii. Pilih salah satu toeri kaunseling yang telah anda muridi, kaitkan dan analisa faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan klien. iii. Jika anda sebagai kaunselor yang menguruskan kes tersebut, bincangkan matlamat sesi dan beri justifikasi anda.

LATAR BELAKANG KLIEN.Biodata :Nama : Muhammad Khairul Affendi bin Shaiful Nizam (Bukan nama sebenar)Umur : 11 tahun.Jantina : Lelaki.Bangsa : Melayu.

Profail Diri :Klien ini merupakan seorang murid lelaki yang berumur 11 tahun dan dikenali dengan nama panggilan Khai oleh rakan-rakan sekelasnya. Berkulit sedikit gelap dan bertubuh sedikit gempal. Berbangsa Melayu dan seorang yang agak aktif di dalam kelas. Beliau sering bersembang-sembang dengan rakan sebelah mejanya semasa guru sedang mengajar di hadapan dan tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang cuba disampaikan oleh guru. Beliau seorang yang sensitif, cepat hilang sabar dan sukar mengawal emosinya. Bapanya adalah peniaga pasar malam sementara ibunya pula kadangkala membantu bapanya untuk berniaga begitu juga dengan klien. Apabila berkelapangan ibunya akan mengambil upah menjahit. Adik beradiknya yang lain adalah seramai tujuh orang dan beliau merupakan anak yang pertama. Walaupun Khai sangat menyayangi ibunya bapanya, namun nasihat mereka berdua masih gagal ditunaikan sepenuhnya. Beliau sering mendapat markah yang rendah setiap kali peperiksaan dan kedudukan yang tercorot dalam kelasnya.

Latar Belakang Masalah. Kes dan isu.Klien ini mula bermasalah semenjak dari tahun 4, permulaan apabila melonjak ke tahap 2. Kesalahan yang sering dilakukan oleh klien ialah bergaduh dengan murid lain dan melanggar disiplin sekolah. Hal ini kerana beliau tidak dapat mengawal emosinya atau kerana terlalu sensitif dengan ejekan kawan-kawan tentang badannya yang sedikit gempal. Beliau juga dikatakan merokok semasa diluar kawasan sekolah. Sementara itu, beliau juga seringkali dibawa berjumpa dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan. Klasifikasi Kes dan isu.Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai masalah psikososial di mana klien gagal mengawal emosi dan tindakannya sendiri. Adler telah menjelaskan dalam teorinya iaitu Teori Psikologikal Individu di mana pengalamanpengalaman kanak-kanak pada 6 tahun pertama bakal menentukan hala tuju seseorang bila dewasa kelak. Dalam keluarga yang kurang perhatian daripada kedua-dua orang tua dan klien pula terpaksa berkorban demi membantu keluarganya. Semestinya wujud pelbagai rasa tidak puas hati dalam dirinya dan ianya perlu dilepaskan bagi memoblehkan beliau menghargai dan merasai nikmat sesebuah kehidupan yang sebenar.

Analisa Faktor-Faktor Permasalahan.Menurut Roger (1959), manusia amat memerlukan perhatian positif iaitu keperluan untuk disayangi, disukai, dihormati dan disanjungi. Namun begitu, tidak manusia yang bernasib baik dalam memperolehi semua yang diimpikan.kadangkala perhatian positif yang diberikan adalah bersyarat dan menyebabkan manusia tidak merasa puas dengan apa yang dimiliki. Dengan menggunakan pelaziman Operan, Skinner mengatakan bahawa keadaan persekitaran memainkan peranan yang penting dan mempengaruhi keadaan serta tingkahlaku seseorang tetapi tidak sama sekali memaksa seseorang itu untuk berpelakuan sedemikian cara. Manusia dapat memilih sama ada ingin memberikan tindakbalas terhadap sesuatu ransangan itu atau tidak. Tingkahlaku tersebut akan belaku dengan sendirinya. Skinner berpendapat bahawa perbezaan manusia adalah hasil jenis dan kualiti peneguhan yang mereka peroleh sebelum ini. Oleh itu, penggunaan peneguhan yang betul dapat membentuk tingkahlaku manusia itu dan juga personalitinya. Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.Berdasarkan kepada kaedah yang dipelopori oleh Albert Ellis iaitu Rasional-Emotive Behaviour Therapy (REBT), beliau membuat andaian bahawa seseorang individu mempunyai kapasiti untuk bertindak, sama ada secara rasional atau tidak rasional. Tingkahlaku rasional dianggap sebagai sebagai efektif dan produktif, manakala tingkahlaku yang tidak rasional mengundang ketidakselesaan dan tidak produktif. Justeru, Ellis telah menyimpulkan bahawa kebanyakan masalah emosi berpunca akibat daripada pola pemikiran murid yang tidak rasional dan ianya bermula seawal daripada peringkat kanak-kanak. Pola pemikiran ini kemudiannya diteguhkan lagi oleh orang-orang lain melalui budaya dan persekitarannya.

C (KONSEKUEN)A (PERISTIWA MENGGERAKKAN)B (KEPERCAYAAN)

MENCABAR KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL

Rajah 2 : Terapi Rasional Emotif oleh Ellis.Selain itu, Albert Ellis (1996), juga telah menggariskan bahawa seseorang individu percaya bahawa beliau seharusnya dikasihi dan diiktiraf oleh semua orang yang berada di kelilingnya. Namun bagi Khai kasih sayang dan pengiktirafan yang sepatutnya diperoleh daripada keluarga rakan-rakannya tidak diperolehinya dengan cukup dan beliau merasa tidak puas dengan keadaan sekelilingnya. Khai mungkin merasakan tidak adil terhadap apa yang berlaku kepadanya. Kebanyakan rakannya yang lain mempunyai kehidupan yang normal dan dapat meluangkan masa bersama ibubapa dan adik beradik yang lain. sebaliknya beliau pula tepaksa hidup dalam kemiskinan dan terpaksa berkorban serta menolong keluarganya berniaga demi mencari rezeki.Selain itu, Teori REBT juga menggariskan bahawa dalam kebanyakan manusia terdapat orang yang tidak baik dan jahat. Justeru, mereka perlu didenda dan dihukum. Pada pandangan Khai rakan-rakannya yang seringkali mengejek tubuhnya dipandang sebagai orang yang jahat dan mereka perlu dihukum. Disebabkan itu, beliau sering bergaduh dan memukul rakan-rakannya yang lain supaya mereka tidak lagi mengejek tubuhnya yang gempal. Menurut Teori Ellis juga, sesuatu tingkahlaku itu berlaku kerana klien terlalu kecewa disebabkan oleh faktor-faktor luar, orang-orang lain dan peristiwa luar. Rakan-rakan Khai yang sering mengejeknya juga berkemungkinan antara faktor yang menyebabkan Khair menjadi seorang yang agresif. Sikap rakan-rakannya yang selalu mengusik dan mengejak Khai telah menyebabkan timbulnya rasa benci dan dendam di dalam diri Khai. Ini membuatkan Khai menjadi serang yang cepat marah dan bersifat defensif apabila bertemu dengan rakan-rakannya. Di samping itu, Ellis turut menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan menghadapinya. Namun apa yang berlaku pada Khai ialah beliau gagal berhadapan dengan masalah yang dialaminya. Beliau sering menjadikan rakan-rakan sebagai alasan untuk bergaduh dan kemiskinan yang melanda keluarganya menyebabkan beliau menjadi seorang yang malas untuk belajar. Hakikatnya, beliau masih mempunyai potensi yang tinggi untuk mengubah nasibnya sekiranya beliau berfikiran positif. Beliau seharusnya mencuba untuk mendapatkan nasihat guru bimbingan dan kaunseling dalam membuat sesuatu keputusan.

Matlamat Sesi & JustifikasiSebagai seorang kaunselor yang menguruskan kes tersebut, antara matlamat sesi yang ingin saya tetapkan ialah saya ingin membantu Khai supaya menjadi murid yang bijak dalam berkomunikasi. Ini kerana komunikasi yang berkesan akan membantu beliau untuk meluahkan perasaan yang terpendam di dalam dirinya. Justeru, beliau tidak akan lagi bersikap agresif sebaliknya bijak dalam menangani masalah yang dihadapi dan dapat memahami orang lain dengan lebih mendalam. AmericanSchool Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawabprofesional kaunselor sekolah iaitu kaunselor bertanggungjawab dalam menolong murid untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ia juga membawa maksud saya sebagai kaunselor berperanan membantu Khai agar beliau mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilingnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada. Tugas saya yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.

Seterusnya , penting untuk saya menolong Kahi untuk menunjukkan tingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat,sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Saya sebagai kaunselor juga berperanan untuk membantu Khai agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dimilikinya olehnya. Ini penting agar segala tindakan yang bakal dilakukan oleh seseorang murid itu adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya iaitu ke arah penyempurnaan kendiri. Contoh, semasa ditemuramah, Khai pernah bercerita bahawanya beliau ingin menjadi seorang dktor apabila besar kelak. Namun begitu keadaan keluarganya seolah-olah tidak mengizinkan. Justeru, saya berusaha untuk menasihatinya sebagai dorongan bagi mencapai keperluan untuk mengembangkankeupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,saya sebagai kaunselor perlu membimbing Khai untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya. Perkara ini akan menjadikan seseorang murid itu tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang penting dalam hidupnya sendiri.

Saya juga perlu menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atasKhai dan perkembangan psikososial beliau serta menyampaikan maklumatKaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada murid dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program. Penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap perkembangan murid perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi memastika para murid menadapat faedah daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan. Disamping itu, saya juga memainkan peranan yang penting dalam membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar untuk membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluang-peluang yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.O Memahami kemajuan perkembangan anak, keperluan dan peluang perlu didedahkan kepada ibu bapa agar Omereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Dengan ini, mereka juga dapat mengubah nasib keluarga mereka. Contohnya, Khai adalah salah serang murid yang pintar di dalam kelas. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan, Khai merupakan salah seorang murid yang pintar di dalam kelasnya. Walaupun beliau seorang yang agresif dengan rakan-rakannya, namun beliau amat menghormati guru-gurunya.

Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada murid sahaja kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang diterima bukan sekadar murid tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang timbul adakah ia berpunca daripada murid sendiri atau pun dari punca yang lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan murid menjadi mangsa guru.Apabila murid menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan murid terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut. Maka atas dasar inilah ,maka kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.

RefleksiDisediakan oleh : Nurafifah binti Mohd Noor.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan izinNya, saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu Puan Salina binti Mokhtar. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai kesukaran telah saya hadapi namun saya terus cekal dan tidak mudah berputus asa kerana bagi saya orang yang gagal adalah orang yang cepat berputus asa. Antara kesukaran yang telah saya alami sepanjang proses menyiapkan tugasan adalah kesukaran dalam memahami kehendak tugasan. Dalam tugasan ini kami telah diminta mebuat penulisan akademik mengenai Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan kaunseling serta menganalisa kepentingan bagi setiap program yang dijalankan. Justeru, saya telah berkolaborasi dengan beberapa orang rakan saya dan telah berjumpa dengan guru kaunseling sekolah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan maklumat yang lebih lanjut. Saya juga mendapatkan bahan-bahan sumber daripada internet untuk menambah baik maklumat yang telah diperolehi.Selain itu, saya juga diminta untuk melakuakan penulisan akademik di mana saya perlu menemuramah guru Bimbingan dan Kaunseling di tempat saya berpraktikum bagi mengkaji mengenai kes yang pernah diuruskan oleh guru kaunseling tersebut. Saya juga perlu mengetahui mengenai latar belakang murid yang bermasalah tersebut serta mengkaji mengenai punca-punca murid tersebut berperangai sedemikian. Justeru, saya telah menemuramah guru kaunseling tempat saya berpraktikum dan meminjam beberapa buku rujukan di perpustakaan. Saya bersyukur kerana melalui tugasan ini saya dapat mengetahui bahawa tidak semua manusia dilahirkan dalam keadaan yang beruntung. Hakikatnya, masih ramai yang mempunyai kekurangan seperti kekurangan kasih-sayang daripada orang yang terdekat, masalah kewangan dan juga tahap penerimaan orang lain terhadap dirinya. Natijahnya, sebagai bakal guru saya perlu mengkaji dengan lebih mendalam mengenai latar belakang murid yang diajar supaya saya tidak mengatakan sesuatu yang boleh mengguris hati dan perasaan mereka. Saya juga perlu mempelajari teknik dan kaedah yang pelbagai supaya dapat menarik perhatian dan minat murid kearah yang lebih baik dan bukannya terhadap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi kepada Puan Salina binti Mokhtar dan Encik Aznan bin Mat Akhir. yang sudi mengajar saya subjek Bimbingan dan Kaunseling yang juga bertindak pemudahcara serta menjadi rujukan buat saya dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Terdapat banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada beliau di atas perkongsian ilmu secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui tunjuk ajar daripada beliau, saya dan ahli kumpulan yang lain dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kuniaanNya ke atas beliau. InsyaAllah.Wallahualam.

Bibliografi.Amja H.M Salleh & Puteh Omar. (1992). Asas-Asas Bimbingan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Aurbuckle. (1995). Counseling and Psychotherapy : As Existensial Humanistic View. Boston : Ally and Bacon, Inc.

Belkin, G.S. (1981). Practical Counseling in the Schools. Iowa : C. Brown Company Publishers.

Dinkmeyer, D.C. & Muro , J.J. (1975). Group Counselling : Theory and Practice, Illinois : F.E. Peacock

Herbert M. Burks, Jr. & Buford Stefflr. (1979). Theories of Counseling. New York : Mc Graw-Hill Book Company.

Hough, M., (1994).APracticalApproachToCounselling. United Kingdom: Pitman Publishing.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Penulisan Kes Kaunseling Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia. Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia.

McLeod, Jr. (2007). Counseling Skills. New York : Open University Press.

Lee Keok Choong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taqudin Abd Mukti. Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak : Edisi Kemas Kini. Selangor : Oxfrd Fajar.

Rogers, C., (1970).OnEncounterGroups. London: Perennial Library.