11
EDU 3108 MAH POH POH ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416 Tajuk : Bincangkan isu-isu etika guru. Berikan isu-isu dan contoh-contoh semasa yang sesuai. 1.0 Pengenalan Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi. Guru adalah seseorang yang dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Dalam profesion keguruan, guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat antara satu sama lain sama ada dalam institusi atau komuniti. Maka, suatu sistem perlu diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati dan mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta kebolehan menguruskan kehidupan yang baik. Hal ini akan mewujudkan etika guru yang merupakan peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan dan penegasan tentang mana yang benar dan mana yang buruk dalam masyarakat kita. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Namun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang wujud disebabkan faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika 1

EDU3108isu Isu Etika Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sdfmhjjklkbklk

Citation preview

Page 1: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

Tajuk : Bincangkan isu-isu etika guru. Berikan isu-isu dan contoh-contoh semasa

yang sesuai.

1.0 Pengenalan

Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan

disanjungi. Guru adalah seseorang yang dikenang jasanya oleh anak didiknya

hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang

tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Dalam profesion keguruan,

guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat antara satu sama lain sama

ada dalam institusi atau komuniti. Maka, suatu sistem perlu diatur sebagai

panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati dan

mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta kebolehan

menguruskan kehidupan yang baik. Hal ini akan mewujudkan etika guru yang

merupakan peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan dan

penegasan tentang mana yang benar dan mana yang buruk dalam masyarakat

kita.

Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika

profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan

awam (Abd. Rahim, 2007). Namun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru

yang wujud disebabkan faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru

itu melakukan perbuatan yang tidak beretika serta bercanggah dengan prinsip-

prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang pegawai penjawat awam.

2.0 Konsep dan maksud etika

Apabila kita membicarakan etika, satu perkataan yang sinonim

dengannya ialah moral, yang sangat berkait rapat malah seringkali diberi

pengertian yang sama. Etika berasal daripada perkataan ‘ethos’ dalam bahasa

Greek yang bermaksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu

golongan. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan (2002), ethos bermaksud nilai

1

Page 2: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

moral, sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Kamus

Oxford (1994), mentakrifkan etika adalah prinsip moral atau set prinsip moral.

Manakala menurut Dewan Bahasa & Pustaka (1995) pula, etika boleh ditakrifkan

secara mudah sebagai satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau

kesusilaan. Secara amalinya, etika merujuk kepada tanggungjawab dan akibat

tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

Dalam profesion keguruan, Kementerian Pelajaran juga telah

menyediakan “Tatasusila Profesion Perguruan” yang berbentuk ikrar sebagai

garis panduan kepada para guru. Hal ini mewujudkan etika guru yang

merupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu

bapa, masayarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion perguruan. Ini

adalah penting untuk menjaga kepentingan masing-masing dan terjamin agar

perbuatan yang dijalankan sesuai serta tidak bertentangan dengan hak-hak

asasi umumnya.

Setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika tingkah

laku, etika pengajaran dan etika perkhidmatan awam demi menjaga imej

profesion. Hal ini sangat penting supaya segala tindakan guru dilihat telah

menjaga kepentingan masyarakat dan memastikan tingkah laku guru sesuai

dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi

umum. Walau bagaimanapun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang

wujud disebabkan seseorang guru telah melakukan perbuatan yang bercanggah

dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat awam.

Isu etika guru merujuk kepada suatu perkara mengenai perilaku guru yang

difikirkan dan dibincangkan secara terbuka dan boleh menjadi suatu masalah

atau perkara biasa.

2

Page 3: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

3.0 Isu-isu etika guru

Antara isu-isu etika guru yang akan dibincangkan adalah kesantunan

guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, pengurusan

kewangan, pengurusan masa dan kerjaya sambilan guru.

3.1 Isu Kesantunan Guru

Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau perlakuan yang mampu

menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu

pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Menurut Noriati

(2004), kesantunan bermula dari hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan

perlakuan sama ada perlakuan berbahasa atau bukan bahasa yang

menyenangkan semua pihak. Ini bermaksud kesantunan dapat dilihat dari

pelbagai segi dalam pergaulan seharian. Kesantunan memperlihatkan sikap

yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan harian.

Kesantunan melibatkan perlakuan verbal dan perlakuan nonverbal.

3

Isu-isuetika guru

Kesantunan guru

Kepedulian guru

Penampilan guru

Berniaga di sekolah

Kerjaya sambilan

Pengurusan kewangan

Pengurusan masa

Page 4: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

Perlakuan verbal merupakan kesantunan berbahasa yang berkaitan

dengan tatacara berkomunikasi secara lisan. Fokus kesantunan berbahasa

ialah perlakuan dalam percakapan dan tatacara berkomunikasi. Dalam

perlakuan percakapan kawalan suara, puji secara langsung atau tidak dan

memonopoli perbualan adalah antara aspek yang diambil kira. Menurut Za’ba,

dalam perlakuan percakapan pengawalan suara adalah sangat penting. Kita

sama sekali tidak boleh menjerit dan meninggikan suara seolah-olah sedang

marah atau sedang bercakap dengan orang pekak.

Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya

dan bukan sekadar mengikut tatacara kita sahaja. Tatacara berbahasa harus

sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Ini

membantu memudahkan pelaksanaan tugas harian dan dihormati masyarakat

setempat. Tambahan pula, ini penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran agar penyampaian sempurna.

Sehubungan itu, kesantunan adalah bersifat bipolar iaitu memiliki

hubungan dua hala, contohnya di sekolah berlaku hubungan antara guru

dengan murid, guru dengan guru, Guru Besar dengan guru dan guru dengan

4

Page 5: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

masyarakat.

Tatacara bertindak dan berbahasa yang harus dilakukan oleh guru

mestilah mengikut norma-norma masyarakat di tempat guru tersebut

berkhidmat. Dengan memahami budaya setempat, guru akan dihormati oleh

masyarakat setempat dan hal ini memudahkan pelaksanaan tugas hariannya

dengan berkesan. Terdapat enam kesantunan berbahasa yang perlu dipatuhi

oleh setiap guru adalah seperti berikut:

i) Kata-katanya mengandungi maksud ujaran yang jujur, ikhlas dan

benar.

ii) Menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan maksud ujarannya

dan menjauhi intonasi yang meninggi yang menggambarkan

kesombongan dan marah yang tidak mampu dikawal.

iii) Memilih penggunaan kata ganti nama diri dan sistem panggilan serta

sapaan yang tepat yang menghormati pihak yang mendengar (pihak

yang diajak bercakap).

5

Page 6: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

iv) Tidak membolot perbualan, tidak mencelah percakapan orang lain

dan mementingkan diri dan pandangan sendiri sahaja.

v) Menggunakan strategi yang sesuai dalam menyatakan maksud bagi

mengelakkan pihak yang mendengar tersinggung, contohnya

menggunakan kata-kata yang bersirat.

vi) Mematuhi peraturan berbahasa yang menepati masyarakat di mana

guru itu berada.

Manakala bagi kesantunan nonverbal pula ialah kesantunan yang

melibatkan gaya berpakaian, cara duduk, cara berhubung dengan pihak lain

seperti senyum, salam dan beramah tamah. Dalam kesantunan berpakaian

guru harus bijak memilih gaya pakaian mengikut kesesuaian. Pilih pakaian

yang sopan dan sesuai dengan etika berpakaian penting kerana ini berkait

rapat dengan imej seorang guru. Tingkah laku seorang guru juga perlu

dikawal dan tidak wajar seorang guru bersikap kasar dan memarahi murid di

6

Page 7: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

depan khalayak ramai dengan menggunakan kata-kata yang kesat kerana

murid tidak akan berjaya dididik dengan tingkah laku guru yang tidak santun.

Sikap lemah lembut dan penyayang ialah sikap yang patut ada di

dalam diri guru. Antara ciri-ciri kesantunan guru adalah seperti:

i) Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berkorban.

ii) Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat dan kebaikan yang

diperoleh ( ucaplah terima kasih kepada mereka yang melakukan

kebaikan kepada anda ).

iii) Berani, tegas dan mampu membetulkan perkara-perkara keji

daripada berlaku.

iv) Menghargai dan menghormati pihak lain walaupun kalangan yang

lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdas.

v) Menggunakan kata-kata untuk perkara-perkara yang baik dan

bukan untuk menyakiti pihak lain.

vi) Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri.

7

Page 8: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

3.1.1 Isu dan contoh-contoh semasa

Berikutan dengan isu kesantunan guru, beberapa kes berkenaan telah

didapati berlaku. Antara contoh-contoh yang telah didapati adalah bertajuk

“Dendam punca dua guru wanita bergaduh” seperti dalam Berita Harian pada 21

Februari 2005. Berdasarkan berita tersebut, pergaduhan membabitkan dua

orang guru wanita yang dipercayai berpunca daripada dendam lama.

Pergaduhan berlaku di hadapan kira-kira 800 orang pelajar dalam satu

perhimpunan mingguan sekolah berkenaan. Mereka dikatakan bertumbuk dan

saling bertarik rambut, sebelum dileraikan oleh ibu bapa murid yang kebetulan

turut berada di situ selepas menghantar anak mereka ke sekolah.

Selain itu, My Metro juga memaparkan “2 guru bergusti” pada 29

Januari 2010. Pergaduhan ini berlaku di kantin sekolah, berpunca daripada

dendam dan disaksikan oleh pelajar dan guru-guru lain.

3.1.2 Cadangan untuk mengatasi

Kedua kejadian ini menunjukkan kedua-dua orang guru berkenaan

gagal mematuhi dan mempamerkan ciri-ciri kesantunan yang sepatutnya ada

pada seorang guru. Guru perlu bijak mencari jalan penyelesaian termasuk tidak

membawa masalah peribadi ke tempat kerja sehingga gagal untuk mengawal

emosi dan tingkah laku ketika bertugas, khususnya di hadapan pelajar. Guru

seharusnya menjadi role model dan wajib mempamerkan perlakuan yang santun

menerusi kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan peraturan berbahasa

dan mengawal tingkah lakunya.

Menerusi contoh kes pergaduhan di atas, anjuran ceramah etika

perguruan dari semasa ke semasa kepada guru penting dan perlu diadakan

sebagai langkah untuk mengatasi kejadian ini berlaku. Di samping itu, ceramah

berkaitan dengan pengurusan tekanan juga perlu diadakan agar mampu untuk

membantu mengelakkan perkara seperti ini terjadi.

3.2 Isu Kepedulian Guru

8

Page 9: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

Mengikut Hall, George dan Rutherford (1977), kepedulian didefinisikan

sebagai perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi

terhadap sesuatu isu atau tugas. Manakala Van den Berg dan Ros (1999)

mengkonsepsikan kepedulian sebagai persoalan-persoalan, keraguan dan

kemungkinan tentangan pihak guru apabila menghadapi situasi baharu atau

tuntutan yang kian mencabar. Maka, dapat disimpulkan bahawa kepedulian guru

merujuk kepada gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh

guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.

Fuller, Parsons dan Watkins (1974) telah mengelompokkan kepedulian

guru kepada kategori spesifik berdasarkan tiga peringkat, iaitu penyempurnaan

diri, tugas-tugas pengajaran dan impak pengajaran.

Peringkat pertama ialah penyempurnaan diri yang lebih biasa dirujuk

kepada kepedulian kelangsungan hidup dimana sering dihadapi oleh guru

permulaan. Antara aspek yang terangkum dalam kepedulian guru adalah

persetujuan penyelia, sokongan pentadbiran, hubungan dengan guru-guru lain,

kandungan subjek dan masalah disiplin. Kepedulian ini mempunyai pengaruh

terhadap kebolehan guru mengajar dan keberkesanan mereka di dalam bilik

darjah.

Seterusnya, kepedulian guru pada peringkat tugas-tugas pengajaran

pula ialah guru mengambil peduli tentang bahan pengajaran, kaedah efektif

9

Page 10: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

dan beban tugas spesifik. Guru tidak lagi bimbang tentang kelangsungan hidup

di dalam bilik darjah. Sebaliknya, guru bimbang tentang perasaan pelajar

terhadap mereka dan mengambil berat tentang penilaian pembelajaran pelajar.

Kepedulian mengenai impak pengajaran pula beralih tumpuan

kepada pelajar secara menyeluruh. Pada peringkat ini, guru lebih berkeyakinan

terhadap kebolehan mengajar mereka, persekitaran bilik darjah dan hubungan

dengan sekolah dan pelajar. Guru akan lebih fokus kepada keperluan pelajar

dan penambahbaikan pendidikan. Sehubungan itu, guru juga ambil peduli

tentang peningkatan profesional diri dan isu-isu etika dalam sistem pendidikan

yang boleh memberikan kesan kepada pelajar.

Hall et al. (1977) telah mengemukakan Model Concerns-Based

Adoption yang menggariskan tujuh peringkat kepedulian yang memberikan

pertunjuk terhadap cara untuk memahami dan menangani kepedulian yang

dihadapi. Tujuh peringkat tersebut adalah kesedaran, informational, personal,

pengurusan, akibat, kolaboratif dan fokus semula.

10

Page 11: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

Peringkat kesedaran membolehkan sesiapa yang terlibat dalam inovasi

itu dapat memberikan bantuan kepada guru berkenaan mengikut kesesuaian.

Peringkat seterusnya ialah informational yang merujuk kepada guru yang

sudah mula berminat dalam sebahagian daripada maklumat mengenai

perubahan. Lanjutan daripada itu, guru mungkin ingin mengetahui impak

perubahan terhadap dirinya. Peringkat pengurusan pula, guru akan mengambil

peduli tentang cara perubahan itu dan dapat diuruskan semasa

melaksanakannya. Hasilnya, guru terlibat dalam perubahan inovasi berminat

mengenai impak inovasi terhadap pelajar atau sekolah. Dalam peringkat

kolaboratif, setelah menyedari tentang impaknya guru akan bekerjasama

dengan rakan sejawat untuk memastikan keberkesanan perubahan. Peringkat

terakhir pula merupakan peringkat memurnikan inovasi untuk

menambahbaikan keputusan pembelajaran pelajar.

Kesimpulannya, isu kepedulian guru merupakan suatu aspek yang

sering dialami oleh guru apabila menjejakkan kaki ke alam pengajaran. Setiap

guru akan melalui peringkat-peringkat kepedulian dan aspek seperti tugas-

tugas pengajaran, pengurusan bilik darjah dan kandungan subjek selain

masalah disiplin yang sering menjadi perkara yang diambil peduli oleh guru di

bilik darjah.

3.2.1 Isu dan contoh-contoh semasa

Mengikut Sinar Harian pada 7 Mac 2012, 7 pelajar lelaki tingkatan 3

di sebuah sekolah menengah di Ipoh telah dipukul oleh sekumpulan pelajar

senior di kawasan sekolah akibat selisih faham. Manakala, mengikut Berita

Harian pada 7 Mac 2011, terdapat seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun

parah dibelasah oleh sekumpulan pelajar lain yang bertindak ala samseng.

Mereka telah membawa mangsa keluar dari kelas ketika guru sedang

mengajar. Kejadian masalah ini berkait rapat dengan isu kepedulian guru.

11

Page 12: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

Guru berkenaan langsung tidak menanyakan keadaan mangsa apabila

dipapah masuk kelas semula oleh pelajar lain. Guru di sekolah turut gagal

memberi rawatan kecemasan kepada mangsa setelah kejadian berlaku.

3.2.2 Cadangan untuk mengatasi

Kejadian-kejadian di atas menunjukkan tahap kepedulian guru

berkenaan terutamanya terhadap pelajarnya adalah rendah. Guru sepatutnya

sentiasa memastikan kepentingan keselamatan pelajar dan mengambil berat

terhadap perkembangan pelajar. Guru juga seharusnya sedar akan tahap

kecederaan yang berlaku ke atas pelajarnya serta mementingkan keselamatan

pelajar di sekolah. Lanjutan daripada kesedaran yang dihadapi, guru perlu

mengambil tindakan dengan menghantar pelajar tersebut ke hospital dengan

segera.

3.3 Penampilan guru

Penampilan guru dirujuk kepada ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh

guru termasuklah sikap, kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai-nilai. Steward

(2005) mendefinisikan penampilan sebagai tret-tret perwatakan dan personaliti

yang dianggap perlu untuk kerjaya sebagai guru. Tret-tret termasuklah aspek–

aspek tanggungjawab, kebergantungan, kreativiti, empati dan profesionalisme.

Howard (2007) telah menghuraikan empat ciri utama yang merangkumi

penampilan guru serta sahsiah yang secara signifikannya dapat menghasilkan

hasil pembelajaran yang lebih baik. Keempat-empat ciri tersebut terdiri

daripada penampilan untuk perbezaan, dialog, disilusi dan demokras

12

Page 13: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

Ciri penampilan untuk perbezaan menunjukkan bahawa guru perlu

mempunyai tahap ketrampilan berasaskan budaya, iaitu satu kebolehan untuk

mengenal pasti dan mengiktiraf pelbagai realiti yang diwujudkan di dalam bilik

darjah yang mempunyai pelbagai budaya. Guru perlu dapat tampil dalam situasi

budaya yang berbeza merupakan elemen utama untuk menjadi guru efektif dan

merupakan pengaruh positif terhadap kehidupan pelajar.

Ciri penampilan untuk berdialog ialah guru mempunyai minat dan

keinginan tahu terhadap orang lain dan hal ini merujuk kepada kerelaan untuk

meneroka persamaan dan perbezaan yang berada antara individu. Menurut

Howard (2007), terdapat dua jenis dialog iaitu dialog profesional antara guru

dengan rakan sejawat dan dialog di dalam bilik darjah antara guru dengan

pelajar. Dialog berkala antara dengan rakan sejawat merupakan cara di mana

dapat menangani sikap guru, kepercayaan dan amalan rakan sejawat. Dialog

antara guru dengan pelajar pula memberi peluang kepada pelajar untuk

berkomunikasi dan menerapkan pengalaman hidup pelbagai dalam kalangan

pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.

Disilusi pula merupakan guru yang menunjukkan keterbukaan melihat

luar daripada budaya sendiri dan kebolehan untuk meneliti kepercayaan serta

pandangan luar. Mengikut Howard (2007) guru yang dapat mengetepikan

13

Page 14: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

khayalan adalah lebih responsif dari budaya dalam persekitaran pelbagai. Ciri

demokrasi pula ialah guru yang dapat mengenal pasti kepentingan demokrasi

dengan bersikap terbuka. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk

terlibat dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, pelajar yang dididik dalam persekitaran

pelbagai budaya akan berkembang cemerlang jika guru mempunyai penampilan

untuk perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi. Pelajar sedemikian akan

berjaya dan lebih bersedia untuk masyarakat yang kian berubah ke arah yang

lebih demokratik yakni sentiasa berdialog dalam komuniti amat penting.

3.3.1 Isu dan contoh-contoh semasa

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, memang tidak dapat dinafikan

didapati segelintir guru mengajar dengan berpusatkan guru. Guru bersifat

diktator dan langsung tidak akan memberi peluang kepada pelajar untuk

menyuarakan pendapat dan menghadkan kebebasan pelajar untuk membuat

keputusan sendiri sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

3.3.2 Cadangan untuk mengatasi

Dalam situasi seperti ini, guru seharusnya bersifat terbuka dan

mengambil kira keperluan pelajar. Sifat terbuka perlu dimiliki oleh guru dan

bersifat demokratik. Ini adalah penting kerana sekirana pelajar dididik dalam

persekitaran yang bebas dan berpeluang untuk membuat keputusan sendiri

mampu untuk merangsang pemikiran kritis dan kreatif serta bersikap berdikari.

Pelajar sedemikian akan berjaya dan lebih bersedia untuk masyarakat yang kian

berubah.

Personaliti guru penyayang dapat diterjemahkan sebagai seorang guru

yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya. Guru hendaklah

mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi

bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar selagi mereka

bergelar guru. Sikap penyayang sememangnya begitu signifikan dalam

menjayakan aspek kemenjadian murid secara holistik dan barulah potensi diri

14

Page 15: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

murid dapat digilap dan dipertingkatkan sepenuhnya dan berkembang secara

positif.

3.4 Berniaga di sekolah

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, berniaga bermaksud

menjual barang sebagai pekerjaan, berjual beli dan berdagang. Perniagaan

bermaksud perihal urusan jual beli yang melibatkan barangan dan bertujuan

untuk mencari keuntungan. Ia juga melibatkan produk ataupun perkhidmatan

kepada pelanggan. Bidang perniagaan sememangnya mempunyai ruang di

mana-mana sahaja baik di tempat kerja atau di bilik guru. Bilik guru ialah

kawasan perniagaan yang lazim diperhatikan.

Walaupun tugas utama pekerjaan guru adalah mengajar, tetapi ada juga

guru yang berniaga di sekolah. Terdapat juga antara guru yang ghairah berniaga

sampai lupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Tindakan guru

sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia. Guru sepatutnya

melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik di dalam bilik darjah dan

bukannya menjalankan perniagaan di sekolah.

3.4.1 Isu dan contoh-contoh semasa

Berdasarkan pemerhatian dan bacaan daripada akhbar, pelbagai jenis

perniagaan sememangnya telah dijalankan di sekolah. Ramai juga guru yang

terlibat dalam peringkat di sekolah sama ada secara terus atau sistem MLM

(Multi level marketing) iaitu menjual produk kesihatan, kuih-muih, minuman

berkhasiat, mengambil tempahan pakaian dan kasut, menjual barangan

perhiasan, wangian dan sebagainya. Guru-guru berkenaan akan menggunakan

masa sebelum mengajar dan juga masa rehat untuk mempromosikan produk

yang mereka jual seperti Cosway, Tupperware, Avon, Cael Deon, Satinni,

Amway dan sebagainya.

Seterusnya, perniagaan jenis kedua adalah pihak luar yang datang

berniaga di sekolah seperti menjual buku dan peralatan tulis, insurans, peralatan

15

Page 16: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

dapur dan sebagainya. Terdapat juga pihak bank seperti Bank Simpanan

Nasional melancarkan promosi pembukaan akaun untuk murid di sekolah. Selain

itu, pihak bank turut mempromosikan kad kredit di bilik guru. Mereka akan

berurus dengan setiap guru dan tindakan ini amat mengganggu kerana semua

guru sibuk dengan penyemakan kertas soalan dan key-in markah.

3.4.2 Implikasi Berniaga Di Sekolah

Pelbagai implikasi akan terjadi dengan isu berniaga di sekolah.

Implikasi pertama adalah ia boleh menjejaskan imej profesion keguruan. Hal ini

kerana guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dalam

bilik darjah dan bukannya berniaga di sekolah. Guru yang berniaga turut tidak

menyempurnakan tanggungjawab mereka kepada rakan sejawat dan profesion

perguruan. Hal ini kerana mereka terlibat dengan kegiatan seperti berniaga yang

menjejaskan kecekapan sebagai guru.

Implikasi kedua adalah mengabaikan tanggungjawab pendidik, guru

yang sibuk berniaga akan menganggap bahawa hadir ke sekolah sebagai

memenuhi syarat perkhidmatan dan mengajar demi memenuhi masa yang

diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga mereka tidak lagi komited dengan kerjaya

keguruan kerana ada agenda lain yang lebih menguntungkan sedang menanti

mereka.

Implikasi ketiga adalah ia boleh membangkitkan ketidakpercayaan

antara ibu bapa dan anak murid terhadap guru berkenaan. Hal ini kerana guru

yang berniaga tidak menjalani kewajipan pendidik dengan sempurna dan

tindakan ini juga menjatuhkan imej profesion keguruan. Selain itu, jika seringnya

syarikat luar yang datang berniaga juga turut akan menjejaskan budaya sekolah.

Ibu bapa akan mempunyai tanggapan salah terhadap pengurus sekolah yang

menjadikan alam sekolah sebagai pasaran urusniaga.

3.4.3 Cadangan untuk mengatasi masalah

Untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurus sekolah harus

mengambil tindakan. Guru terikat dengan Perintah Am yang mengawal tingkah

16

Page 17: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

laku dan etika pekerja dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, pihak pentadbir

harus memainkan peranan dengan memberikan teguran dan mengambil

tindakan yang sewajarnya terhadap guru-guru sedemikian yang menjejaskan

imej profesion keguruan. Jika didapati keadaan berleluasa dan telahpun

menganggu tugas mengajar, maka Guru Besar harus memberi amaran dengan

tegas. Jika guru berkenaan masih degil dan tidak menerima nasihat, maka Guru

Besar harus melaporkan keadaan ini kepada Bahagian Pendidikan Guru agar

hukuman tatatertib seperti gantung perkhidmatan dan perlucutan jawatan dapat

dilaksanakan.

3.5 Kerjaya Sambilan

Umumnya, kerjaya sambilan memberikan manfaat kepada golongan

yang terlibat. Namun ia bukan sesuatu yang boleh diterima oleh semua pihak

terutamanya apabila golongan yang melakukan kerjaya sambilan ini mempunyai

komitmen terhadap tugas, profesion dan organisasi tempat bekerja. Bagi guru-

guru di sekolah, komitmen mereka dilihat pada skop yang lebih luas selain

mempunyai komitmen sebagai guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Parham & Gordon (2011) menyatakan, kerjaya sambilan dapat memberi

pelbagai kesan kepada guru. Antara kesan-kesan yang boleh dilihat daripada

kerjaya sambilan yang dilakukan oleh guru adalah kesan terhadap pengajaran

dan pembelajaran, kesan terhadap organisasi dan kesan terhadap profesion.

Guru yang melakukan kerjaya sambilan memberi kesan utama

terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka ini tidak

mempunyai masa yang mencukupi bagi merancang dan bersedia untuk proses

pengajaran dan pembelajaran kerana terpaksa menguruskan hal-hal berkaitan

kerjaya sambilan mereka. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan hubungan

kerjasama dengan rakan-rakan sejawat dalam melaksanakan tugas-tugas di

sekolah yang memerlukan kerjasama di antara pentadbir dengan guru, guru

dengan guru dan sebagainya.

Guru tergolong sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dan

17

Page 18: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

merupakan sebahagian daripada pegawai kerajaan. Sebagai pegawai kerajaan,

guru tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan dan tatalaku. Berpandukan

peraturan-peraturan pegawai awam dalam bahagian tatakelakuan dan tatatertib

1993 (pindaan 2002), telah dinyatakan dengan jelas bahawa kakitangan awam

yang ingin bekerja di luar waktu dikehendaki memohon kebenaran daripada

Ketua Jabatan masing-masing. Kelulusan hanya akan diberi jika kerja sambilan

itu tidak dilakukan dalam waktu kerja serta tidak menjejaskan tugas mereka.

3.5.1 Isu dan contoh-contoh semasa

Sejak kebelakangan ini, isu guru melakukan kerjaya sambilan dijadikan

tumpuan ramai kerana ramai guru telah terlalu mengutamakan kerja sambilan

sehingga mengabaikan tugas mengajar. Antara kerja-kerja sambilan guru yang

dilaporkan termasuklah mengadakan kelas tuisyen di rumah, mengajar di pusat

tuisyen, memandu teksi, berniaga di pasar malam, menjadi penceramah dalam

sebarang kursus, menjual dadah dan sebagainya.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, ramai guru bekerja

sambilan dengan menjual kepakaran mereka. Mereka mengadakan kelas tuisyen

di rumah sebanyak dua sesi setiap hari iaitu sesi petang dan sesi malam.

Apabila terdapat pihak sekolah yang mengadakan mesyuarat atau aktiviti pada

waktu petang ataupun pada hari Sabtu, mereka ini akan merungut sebab telah

mengganggu jadual kelas tuisyen mereka. Ada juga guru yang mengadu terlalu

letih dan tidak bermaya untuk mengajar kerana terlalu sibuk dengan kelas

tuisyen mereka.

Selain itu, satu berita yang bertajuk “Guru SMK Bum Bum Mengajar

atau Berniaga?” turut dipaparkan di laman Sabah kini pada 21 Mac 2010. Dua

orang guru dari Pekan Lepa-lepa Semporna telah dilaporkan membuka warung

secara haram di Simpang Jalan Taman Sempaul pada waktu malam sehingga

pukul tiga pagi. Akibatnya, murid-murid mereka sering mengulangi dialog dalam

filem P. Ramlee iaitu “Hari-hari Cikgu Tidur” disebabkan guru-guru berkenaan

letih berjaya hampir tiga suku malam. Jelaslah bahawa dua orang guru tersebut

telah melanggar tatatertib pegawai kerajaan kerana kerja sambilan mereka telah

18

Page 19: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

menjejaskan kerja mengajar dan kebajikan murid yang telah

dipertanggungjawabkan kepada mereka.

3.5.2 Cadangan untuk mengatasi masalah

Untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurusan haruslah mengambil

tindakan untuk membendung isu semasa ini. Menerusi surat pekeliling

perkhidmatan Bil.1 tahun 1999 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk membuat pemantauan terhadap

yang berkenaan dengan kerja sambilan. Ketua Jabatan harus sentiasa

memantau guru-guru yang mempunyai kerja sambilan untuk memastikan mereka

dapat melaksanakan kerja dengan baik dan kerja sambilan mereka ini tidak

menjejaskan tugas mereka di sekolah. Justeru itu, Guru Besar juga harus masuk

kelas untuk memantau prestasi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah untuk memastikan guru membuat persediaan dengan rapi dan

melaksanakan kewajipannya dengan serius. Selain itu, pihak sekolah juga harus

meningkatkan kekerapan pemantauan untuk memastikan guru-guru yang

melakukan kerja sambilan dengan mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu tidak

mengajar kelas tuisyen melebihi enam jam seminggu.

Guru dibenarkan melakukan kerja sambilan tetapi pertimbangan yang

sewajarnya diberi agar kerja sambilan tidak menjejaskan tugas hakiki guru di

sekolah. Hal ini kerana kerjaya perguruan memerlukan komitmen yang tinggi

memandangkan guru merupakan pembina bangsa, tugas utama guru adalah

mendidik anak murid dan bukannya mengaut keuntungan serta guru merupakan

agen yang membawa perubahan bagi sesebuah negara melalui sistem

pendidikan yang bersifat dinamik.

3.6 Pengurusan Masa

Pengurusan masa merupakan proses peribadi dan mesti bersesuaian

dengan gaya dan keadaan diri sendiri. Pengurusan masa merupakan satu

disiplin diri bagi seseorang guru. Good (1973) telah mentakrifkan pengurusan

19

Page 20: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

masa sebagai perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian,

mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti

kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat.

Pengurusan masa melibatkan dua dimensi iaitu pengurusan masa

untuk diri guru sendiri dan menanamkan aspek kepentingan mengurus masa

dalam sanubari pelajarnya. Guru yang berkualiti merupakan guru yang bersedia

dengan perancangan waktu yang bersistem dan akan melaksanakan tugas

mengikut jadual masa yang ditetapkan.

Di Malaysia, waktu bagi suatu sesi persekolahan yang umum adalah

dari pukul 7.10 pagi sehingga pukul 1.00 petang, iaitu lebih kurang enam jam

tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini,

guru dan murid-murid terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Walaupun bukan enam jam guru mengajar, tetapi mereka juga

harus memanfaatkan masa dengan tugasan yang berkaitan dengan sekolah dan

pendidikan. Namun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di

kalangan guru di sekolah. Walaupun begitu, isu pengurusan masa ini jarang

disiarkan di media massa kerana ini lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman

sekolah sahaja. Tetapi, jika masalah ini berleluasa, maka akan menjejaskan

sistem pendidikan. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita membendung isu ini

sebelum ia terus menular.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru

berkaitan pematuhan waktu dan masa. Semua guru dikehendaki

menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan

mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tandatangan. Begitu juga jika

terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan

upacara rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran

dari Guru Besar. Pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan

beberapa perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan

teliti, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu

mengajar, menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan hal-hal kokurikulum dan

20

Page 21: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah

aktiviti yang memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi

tanggungjawab untuk menggantikan guru lain yang tidak dapat hadir untuk

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

3.6.1 Isu dan contoh-contoh semasa

Isu pengurusan masa sering disentuh oleh Guru Besar semasa

mesyuarat atau taklimat di sekolah. Isu pengurusan masa terjadi akibat daripada

berlakunya “pencurian masa”. Pencurian masa bermaksud sesuatu yang menjadi

penghalang kepada kita untuk melakukan sesuatu yang terpenting dan bernilai.

Pencurian masa boleh dibahagikan kepada dua, iaitu luaran dan dalaman.

Contoh pencurian masa luaran adalah seperti gangguan telefon, gangguan

pelawat dan sebagainya. Manakala pencurian dalaman adalah guru sendiri tidak

berdisiplin dan tidak pasti apa yang hendak dilakukan. Pernyataan ini telah jelas

menunjukkan bahawa pengurusan masa yang berkesan memerlukan disiplin diri

yang tinggi dan amat bergantung kepada diri seseorang itu.

Antara contoh-contoh isu pengurusan masa yang sering berlaku di

kalangan guru di sekolah adalah guru lewat masuk kelas tanpa sebab yang

munasabah terutamanya pada waktu pertama, waktu pertukaran kelas dan

waktu selepas rehat. Kejadian ini sering ditegur dan diberi amaran oleh Guru

Besar semasa mesyuarat sekolah. Selain itu, terdapat juga segelintir guru yang

gemar menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak

berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber”chatting”,

bergosip dengan rakan sejawat, melepak di kantin sekolah dan sebagainya.

Semua perbuatan ini bukan sahaja membazirkan sumber kerajaan, malah

menjejaskan juga produktiviti kerja mereka.

3.6.2 Punca Berlakunya Isu Pengurusan Masa

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan di atas, terdapat dua

punca utama kepada kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu diri individu guru itu

sendiri dan juga pihak pentadbir sekolah. Pertama, guru sendiri bersikap tidak

21

Page 22: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

bertanggungjawab, malas, kurang komitmen dalam kerja dan etika kerja yang

lemah. Sikap-sikap ini telah menyebabkan guru tidak melaksanakan tugas yang

diamanahkan dengan serius sehingga tidak bersungguh-sungguh mendidik anak

bangsa. Apa yang mereka pentingkan adalah gaji yang bakal diterima pada

setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan

yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong

kepada berlakunya masalah pengurusan masa di kalangan guru-guru di sekolah.

Guru-guru menjadi berani untuk menyalahgunakan masa kerana tidak perlu risau

akan diambil tindakan.

3.6.3 Kesan Isu Pengurusan Masa

Isu pengurusan masa ini jika tidak dibendung akan mendatangkan

kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai

ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat adalah

merosotnya prestasi guru dan pencapaian murid-murid di sekolah. Sebagai

contoh, jika seseorang guru lewat masuk kelas, pelbagai kesan negatif akan

terjadi. Antaranya adalah guru akan kekurangan masa untuk melaksanakan

pengajaran dan pembelajarannya dan dengan ini sukatan pelajaran tidak dapat

dihabiskan seperti yang dirancangkan. Guru tersebut juga akan mengajar secara

tergopoh-gopah serta mengambil masa guru yang akan mengajar seterusnya

dan ini membawa kesulitan kepada rakan sejawat.

Isu guru lewat masuk kelas juga turut menyebabkan masalah disiplin

murid berlaku. Murid-murid akan membuat bising dan berborak kosong apabila

tiada guru di dalam kelas dan ini akan membuat kelas menjadi huru-hara, murid

akan keluar masuk kelas sesuka hati. Banyak perkara yang tidak diingini

mungkin akan berlaku dalam keadaan ini seperti pergaduhan dan kecederaan.

Ini akan membahayakan keselamatan murid. Selain itu, ini juga boleh

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas lain.

Seseorang guru yang selalu lewat masuk kelas juga akan

22

Page 23: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

menyebabkan murid tidak hormat kepada guru. Hal ini kerana guru gagal

menunjuk teladan dan menjadi role model kepada murid dan ini juga akan

mencemarkan profesional keguruan. Malahan, masyarakat juga akan

memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan

guru untuk mendidik anak-anak murid.

3.6.4 Cadangan untuk mengatasi masalah

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika isu pengurusan masa

tidak dibendung, maka semua pihak mahupun pihak pentadbir, rakan sejawat

dan guru sendiri harus bekerjasama dan mengambil peranan dalam hal ini. Guru

Besar haruslah menjadi teladan yang baik kepada semua guru dan kakitangan

sekolah. Pihak pentadbir juga harus sentiasa membuat pemantauan untuk

memastikan guru tidak menyalahgunakan masa dan masuk kelas dengan

menepati masa. Pihak pentadbir juga harus mengenal pasti dan bersedia

memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah, mengambil

tindakan tegas dengan memberi amaran dan mengenakan tindakan tatatertib

kepada guru terlibat jika masalah dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan

cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Selain itu, pihak sekolah turut boleh mengadakan seminar atau kursus

yang berkaitan dengan pengurusan masa kepada guru-guru sekolah supaya

dapat belajar teknik-teknik untuk mengurus masa dengan berkesan.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam menangani

masalah ini. Rakan sejawat perlu menjadi teladan dan memberi nasihat dan

dorongan supaya guru bermasalah ini dapat menguruskan masa dengan

berkesan. Justeru itu, guru itu sendiri harus berusaha untuk berubah menjadi

baik. Guru boleh menyediakan log aktiviti ataupun senarai semak supaya tugas

dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa berlaku.

Pemilihan kawan turut adalah sangat penting. Guru perlu bijak memilih rakan

yang mampu untuk menjadi teladan agar diri dapat mencontohi sifat-sifat ideal

sebagai seorang guru. Pada kesempatan yang ada inilah, guru seharusnya

menggunakan peluang ini untuk mengajar bersungguh-sungguh dan mengelak

23

Page 24: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

isu pengurusan masa.

3.7 Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan adalah proses yang melibatkan jentera

pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan

awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Pengurusan kewangan adalah

salah satu aspek pengurusan sekolah yang penting memandangkan peruntukan

belanjawan kerajaan yang begitu banyak diberi kepada sektor pendidikan pada

setiap tahun.

3.7.1 Isu dan contoh-contoh semasa

Antara isu pengurusan kewangan yang wujud adalah tentang kutipan

wang Sumber Wang Awam (SUWA) pada awal tahun. Wang SUWA merupakan

kutipan awam dan punca kewangan yang boleh diambil kira termasuk yuran

pelajar, derma, sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah seperti kantin, bas

dan pelbagai hasil jualan daripada projek-projek sekolah. Hal ini kerana guru

menghadapi masalah pengeluaran resit yang berasingan bagi setiap item yuran

tersebut. Guru juga mengambil masa yang lama untuk menguruskan kewangan

murid kerana ada murid yang lewat membayar yuran menyebabkan guru harus

menyimpan wang itu dahulu dan lewat menyerahkan wang tersebut ke pejabat.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak isu mengenai

penyalahgunaan kewangan di kalangan guru disiarkan dalam media massa.

Contohnya guru rasuah akibat mengeluarkan invois palsu. Berdasarkan Berita

Harian pada Ogos 2008, seorang guru yang berusia 43 tahun telah ditahan oleh

Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kuching atas dakwaan mengemukakan invois

dan pesanan kerajaan yang mengandungi butiran palsu.

Antara contoh penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah

seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan demi mendapatkan

komisyen daripada pengedar, mengemukakan tuntutan perjalanan yang

mengandungi butiran yang palsu, tidak mengemukakan resit terhadap setiap

24

Page 25: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

pembayaran yang dilakukan oleh murid, melakukan pembelian tanpa mengikut

tatacara pembelian dan sebagainya.

3.7.2 Punca Berlakunya Isu Pengurusan Kewangan

Punca pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang

itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai

sikap tamak dan ingin hidup mewah. Dengan itu, guru menjadi gelap mata dan

bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait

rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Seterusnya

adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang

menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa semasa mengurus wang yang

dikutip dan diperuntukkan kerana kurangnya sikap bertanggungjawab dengan

tugasan yang diamanahkan.

Punca kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak

pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya

pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentabir terhadap pengurusan wang di

sekolah. Apabila keadaan ini berlaku, guru-guru menjadi berani untuk

menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada

tindakan yang diambil. Tidak kurang juga, pihak pentadbir yang kurang jelas

mengenai prosedur perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru

mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk

kepentingan diri.

3.7.3 Cadangan untuk mengatasi masalah

Masalah ini jika dibiarkan berleluasa akan menyebabkan kesan yang

amat buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai perlu diambil

untuk mengatasi masalah ini. Pertama, pihak pentadbir sekolah perlu

mempertingkatkan lagi sistem pemantauan dan susulan supaya pengurusan

kewangan lebih berkesan dan cekap. Pihak pentadbir seharusnya sentiasa

memeriksa buku tunai dan buku resit bagi mengelakkan daripada berlakunya

penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya, Guru Besar

25

Page 26: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

hendaklah mengambil tindakan segera terhadap kelemahan yang dibangkitkan,

membuat pemantauan rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi

memastikan mereka memahami undang-udang dan pekeliling kewangan. Guru

juga harus menerapkan nilai-nilai positif seperti akauntabiliti, telus, amanah dan

tanggungjawab dalam diri mereka. Guru Besar juga hendaklah peka terhadap

teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan

kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung

masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan

wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan

kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan

serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.

Akhir sekali, adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk

berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa

bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu

bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi

nasihat agar dapat terus membaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan

tekad menolak rasuah dengan tegas. Guru harus mengamalkan sifat kemuliaan,

kesederhanaan, berhemat serta bijak dalam pengurusan kewangan diri dan

keluarga. Selain itu, sentiasa berwaspada ketika berbelanja dan hanya membeli

mengikut keperluan dan sesuai dengan kemampuan diri.

4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang

teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu perlanggaran kod etika

keguruan perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa

kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan

masa depan anak bangsa. Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan

melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada

tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu,

pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia.

26

Page 27: EDU3108isu Isu Etika Guru

EDU 3108 MAH POH POHASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU 680114-13-5416

27