10
SIDANG REDAKSI Mastura Mohd Khalid Esrifaridz Subohi Aizam Abd Aziz @ Drahaman Siti Madiah Salim Umikalsom Mohd Yusoh Yushanaliza Hamdan Rohaida Deris Mohd Nasdi Che Hassan Rina Abd Rahman Faradina Azlin Azahar Ummi Nadira Jusoh Aisafari Suparman Nadiyah Ramli Mohd Borhanudin Burham Nurfalisa Mohammad Fauzi Nurajrul Mat Jamin Ahmad Faizal Hisyam Mohamad Shahrum Zahirudin Zainol Abidin Pemerkasaan Sistem Penyampaian PTPTN Majlis Pelancaran Pemerkasaan Sistem Penyampaian PTPTN di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2011 Sebarang maklum balas e-mel kepada [email protected] Isi Kandungan Tinta Pengarang 1 Bicara Pengurusan 2 Pemerkasaan Sistem Penyampaian PTPTN 3 SSPN & Konvensyen KIK 4 Langsai Hutang & Hari Inovasi 5 Kalendar & Imbasan Aktiviti 6 Statistik 9 Uji Minda 10 Tinta Pengarang Assalamualaikum w.b.t, Salam 1Malaysia dan Salam 1PTPTN buat semua pembaca e-Buletin PTPTN. Bagaimana dengan permulaan tahun baru anda? Adakah ia berjalan dengan baik dan lancar tatkala memasuki bulan ketiga ini? Saya berharap dan mendoa- kan agar semua azam dan semangat anda untuk tahun baru ini berlangsung dengan baik dan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Biasanya apabila melepasi bulan pertama tahun baru, segala urusan seperti kewangan dan persekolahan anak- anak telah selesai. Anda hanya perlu fokus kepada kerjaya sahaja. Namun, ada masalah lain yang melanda kerana saban hari anda bekerja. Keluar rumah waktu pagi dan pulang setelah petang menjelma. Adakalanya sehingga waktu malam masih lagi di pejabat. Malah, ada juga yang membawa pulang kerja ke rumah. Atas alasan apa perkara ini berlaku. Ini sudah semestinya adalah bukti komitmen anda semua terhadap tugas dan tanggungjawab di PTPTN. Tahun 2012 ini, insyaAllah kita akan melihat peningkatan dan perubahan di PTPTN. Kita semakin berani untuk mendampingkan diri dengan masyarakat. Apakah tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pelanggan , selain sebagai salah satu strategi untuk mencapai KPI. Diharapkan agar langkah pembukaan cawangan PTPTN akan memberi- Edisi 02 Oktober-Disember 2011 + kan imej baru PTPTN di mata masyarakat. Walau apapun, diharapkan e-Buletin edisi ini dapat meningkatkan maklumat anda berkenaan PTPTN. Sekian, hingga bertemu lagi. Salam sayang, Mastura Mohd Khalid

Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

  • Upload
    others

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

SIDANG REDAKSI

Mastura Mohd Khalid Esrifaridz SubohiAizam Abd Aziz @ DrahamanSiti Madiah SalimUmikalsom Mohd YusohYushanaliza HamdanRohaida Deris Mohd Nasdi Che HassanRina Abd RahmanFaradina Azlin AzaharUmmi Nadira JusohAisafari SuparmanNadiyah RamliMohd Borhanudin BurhamNurfalisa Mohammad FauziNurajrul Mat JaminAhmad Faizal Hisyam Mohamad ShahrumZahirudin Zainol Abidin

Pemerkasaan Sistem Penyampaian PTPTN

Majlis Pelancaran Pemerkasaan Sistem Penyampaian PTPTNdi Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2011

Sebarang maklum balas e-mel kepada

[email protected]

Isi KandunganTinta Pengarang 1Bicara Pengurusan 2 Pemerkasaan Sistem Penyampaian PTPTN 3 SSPN & Konvensyen KIK 4Langsai Hutang & Hari Inovasi 5Kalendar & Imbasan Aktiviti 6Statistik 9Uji Minda 10

Tinta Pengarang

Assalamualaikum w.b.t, Salam 1Malaysia dan Salam 1PTPTN buat semua pembaca e-Buletin PTPTN. B a g a i m a n a dengan permulaan tahun baru anda? Adakah ia berjalan dengan baik dan lancar tatkala memasuki bulan ketiga ini? Saya berharap dan mendoa-

kan agar semua azam dan semangat anda untuk tahun baru ini berlangsung dengan baik dan diberkati Allah s.w.t hendaknya. B i a s a n y aapabila melepasi bulan pertama tahun baru, segala urusan seperti kewangan dan persekolahan anak-anak telah selesai.Anda hanya perlu fokus kepada kerjaya sahaja. Namun, ada masalah lain yang melanda kerana saban hari anda bekerja. Keluar rumah waktu pagi dan pulang setelah petang menjelma. Adakalanya sehingga waktu malam masih lagi di pejabat. Malah, ada juga yang

membawa pulang kerja ke rumah. Atas alasan apa perkara ini berlaku. Ini sudah semestinya adalah bukti komitmen anda semua terhadap tugas dan tanggungjawab di PTPTN. Tahun 2012 ini, insyaAllah kita akan melihat peningkatan dan perubahan di PTPTN.Kita semakin berani untuk mendampingkan diri dengan masyarakat. Apakah tujuannya? Tidak lain dan tidakbukan adalah untuk m e n i n g k a t k a ntahap perkhidmatan kepada pelanggan , selain sebagai salah satu strategi untuk mencapai KPI. Diharapkan agar langkah pembukaan cawangan PTPTN akan memberi-

Edisi 02 Oktober-Disember 2011

+

kan imej baru PTPTN di mata masyarakat. Walau apapun, diharapkan e-Buletin edisi ini dapat meningkatkan maklumat anda berkenaan PTPTN. Sekian, hingga bertemu lagi.

Salam sayang, Mastura Mohd Khalid

Page 2: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

Pihak Pengurusan dan warga kerja PTPTN m e n g a l u - a l u k a n pelantikan Dato’ Ei Kim Hock sebagai Ahli Lembaga Pengurusan (ALP) PTPTN yang baru.Beliau menggantikan YBhg. Dato’ Lim Bee Kau yang telah menamatkan perkhidmatan pada 31 Ogos 2011. Tempoh

Dato’ Ei Kim HockAhli Lembaga PengurusanPTPTN

perkhidmatan beliau bermula 1 November 2011 hingga 31 Oktober 2013. Semoga pelantikantersebut membantu PTPTN menjadi sebuah organisasi cemerlang dan terbilang serta mencapai visi, misi dan objektif yang ditetapkan.

Bicara Pengurusan Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia. Saya inginmemanjatkan ribuan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinan dan limpah kurniaNya jua saya berkesempatan berkongsi bicara bersama warga PTPTN di dalam penerbitan e-Buletin Edisi Kedua. Di kesempatan ini, saya juga inginmengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua warga PTPTN. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PTPTN yang telah menyumbang tenaga serta memberikan komitmen yang tinggi dalam m e m b e r i k a n perkhidmatan yang cemerlang bagi tahun 2011. Dalam masa yang sama, kita perlu menoleh ke belakang dan menilai sejauh mana objektif

“Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua

warga PTPTN.Sekalung penghargaan

dan terima kasih kepada seluruh warga

PTPTN yang telah turut serta

menyumbang tenaga serta memberikan

komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang

cemerlang bagi tahun 2011”

PTPTN yang telah dicapai. Adakah kerjasama serta sumbangan semua warga PTPTN telah mencukupi bagi m e n i n g k a t k a n keupayaan PTPTN dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan? Oleh yang demikian, p e n a m b a h b a i k a n haruslah dilaksanakan bagi memperbaiki segala kekurangan, memperhe-bat dan melonjak prestasi PTPTN ke tahap yang lebih tinggi.

Justeru, adalah menjadi harapan saya supaya kecemerlangan yang dinikmati pada tahun 2011 dapat diterus-kan, malah strategi baru yang lebih berkesan dan sistematik perlu dirangka bagi menghadapi cabaran dan rintangan yang bakal mendatang. Akhir kata, saya berharap semoga setiap usaha kita pada tahun ini akan diberkati dan di-rahmati oleh Allah s.w.t. dan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

“penambahbaikan haruslah dilaksanakan

bagi memperbaiki

segala kekurangan, memperhebat dan melonjak prestasi

PTPTN ke tahap yang lebih tinggi”

Selamat Datang

Diucapkan

Wan Ahmad bin Wan YusoffKetua Pegawai OperasiPTPTN

Pelantikan Baru Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN

e-Buletin PTPTN

2

Page 3: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

P enyampaian perkhidmatan berkesan oleh agensi kerajaan merupakan elemen penting bagimemastikan mutu serta kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan berada pada tahap m e m b a n g g a k a n .Antara tindakan yang telah dilaksanakan oleh PTPTN ialah membangunkan 3 pelan iaitu Pelan Strategik PTPTN, Pelan Transformasi PTPTN dan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia PTPTN. Proses penerbitan pelan-pelan ini telah dimulakan pada awal tahun 2011. Pelan Strategik PTPTN merupakan dokumen yang disediakan bagi menjelaskan hala tuju dan peranan warga PTPTN bagi tempoh lima tahun (2011 hingga 2015). P e l a n Strategik PTPTN merupakan sebuah dokumen yang menjadi garis panduan utama dalam membuat p e r a n c a n g a n pelaksanaan program serta aktiviti yang bertunjangkan strategi yang telah disediakan. P e l a n Transformasi PTPTN pula dibangunkan

bertujuan menyediakan PTPTN bagi menghadapi pelbagai senario dan cabaran masa hadapan. Seiring dengan

Pelan Strategik PTPTN merupakan dokumen yang disediakan bagi

menjelaskan hala tuju dan peranan warga PTPTN bagi tempoh lima tahun

(2011 hingga 2015)

transformasi pendidikan dan latihan negara,transformasi PTPTN adalah untuk menjadikan PTPTN sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menyumbang didalam melonjakkan ekonomi negara. Di dalam Pelan Transformasi PTPTN terkandung strategi, program serta tindakan transformasi yang bersifat menyeluruhmerangkumi segala aspek sumber, operasi dan

juga kepuasan pelanggan. Tiga jawatan-kuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pemerkasaan Modal

Insan dan Kepimpinan,J a w a t a n k u a s a Pemantapan ICT, Dasar dan Polisi, dan Jawatankuasa Imej dan Rebranding. Manakala Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia mengandungi cabaran pengurusan sumber manusia, strategik teras, pelaksanaan strategik dan pelan tindakan unggul demi mendukung kejayaan pelaksanaan visi, misi dan objektif strategik PTPTN.

Pelan yang dibuat bersifat menyeluruh melalui amalan nilai dan etika budaya kerja kelas pertama, serta dapat m e m a k s i m u m k a n potensi modal insan melalui pengurusan sumber manusia yang lebih terancang d a l a m m e m b u a t keputusan dengan lebih sistematik. Pelan Strategik Sumber Manusia, PTPTN telah menggariskan lima teras strategik. Pertamanya, “Menjadikan PTPTN Sebagai OrganisasiBerbudaya Prestasi Tinggi (High Performance O r g a n i z a t i o n ) ” , teras strategik kedua adalah “Memantapkan P e r a n c a n g a n Sumber Manusia Yang Komprehensif Dan Dinamik”, teras strategik ketiga adalah “Memperkukuh-kan Program Pembangunan Kerjaya Dan Kepimpinan”, teras strategik keempat adalah “Memperkasakan Modal Insan Yang B e r p e n g e t a h u a n , Berkemahiran, Kreatif Dan Bermotivasi” dan teras strategik yang kelima adalah “ M e m p e r t i n g k a t k a n P r o g r a m Pengikt i rafan Dan P e n g h a r g a a n ” .

Majlis Pelancaran Pemerkasaan Sistem Penyampaian PTPTN yang dirasmikan oleh

Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ab. Rahim Mohd Noor

e-Buletin PTPTN

3

Pemerkasaan Sistem Penyampaian PTPTN

Page 4: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

“jadilah perubahan sehingga perubahan bisa terjadi”

Konvensyen KIK

Empat kumpulan KIK telah menyertai K o n v e n s y e n Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat PTPTN yang diadakan pada 13 September 2011 bertempat di Dewan Besar PTPTN. Kumpulan tersebut ialah Ideas dari BahagianPinjaman Pendidikan, Sigma dari Bahagian Teknologi Maklumat, i-BPKB dari Bahagian

Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, dan SSPN Reborn dari Bahagian Simpanan Pendidikan dan Bahagian Teknologi Maklumat. Keempat-empat kumpulan telah mempersembahkan projek masing-masing iaitu “Proses Semakan Syarat Kelayakan Masuk Ke IPT Bagi P e m b i a y a a n PTPTN Kurang S i s t e m a t i k ” ( I d e a s ) , “Proses Penyediaan Data

Ujrah Tidak Bersistematik” (Sigma), “K e t i d a k c e k a p a n Perkhidmatan Kaunter” (i-BPKB) dan “ K e l e m a h a n Pengurusan Pembukaan Akaun SSPN” (SSPN Reborn). Kumpulan Ideas telah dinobatkan sebagai Johan, diikuti Sigma (Naib Johan), i-BPKB (tempat ketiga) dan SSPN Reborn(tempat keempat). Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai berjumlah RM10,500 iaitu RM5,000 (Johan), RM3,000 (Naib Johan), RM2,000 (tempat ketiga) dan RM500 (tempat keempat). Kumpulan Ideas juga telah diangkat

sebagai Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diadakan pada 12 Oktober 2011 bertempat di Dewan Utama,K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i , P u t r a j a y a .Selain daripada kumpulan Ideas, k u m p u l a n Sigma juga turut dipilih untuk menyertai konvensyen tersebut. Kumpulan ideas akan mewakili KPT ke Konvensyen KIK Peringkat Wilayah Persekutuan yang di jangka diadakan pada bulan September ini.

PTPTN Produk Patuh Syariah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah disahkan sebagai produk patuh syariah menggunakan kontrak ”Wakalah Bil Istithmar” berkuat kuasa pada 30 November 2011 oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd(IBFIM). Dengan pengesahan tersebut, kesemua pendeposit yangterdahulu, sekarang dan pendeposit yang baru mempunyai akaun SSPN yang patuh syariah.‘”Wakalah” adalah perkataan Arab yang bermaksud ‘wakil’ manakala “Istithmar” adalah perkataan Arab yang bermaksud ‘pelaburan’. Ia bermaksud pendeposit akan mewakilkan kepada PTPTN untuk menyimpan wang simpanan mereka

Statistik SSPN Tahun 2011, pembukaan akaun SSPN berjumlah 183,976 dan jumlah deposit diterima adalah sebanyak RM142.24 juta berbanding sasaran Key Performance Indicator (KPI) ditetapkan 50,000 akaun dan jumlah deposit diterima sebanyak RM110 juta.

Pelaksanaan Integrasi Sistem

Integrasi sistem secaraonline fasa 1 telah dilaksanakan di semua cawangan Maybank pada 24Oktober 2011 melibatkan pembukaan akaun, penambahan deposit dansemakan baki akaun SSPN.

e-Buletin PTPTN

4

Page 5: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

Langsai Hutang PTPTN Nikmati Kos Pentadbiran 1%

PTPTN telah mengadakan sambutan Hari Inovasi pada 20 Disember 2011. Hari Inovasi merupakan acara tahunan yang disambut oleh Perkhidmatan Awam bagi menandakan kepentingan budaya kreativiti dan inovasi serta meraikan keberhasilan inovasi. Antara pengisian yang dibuat pada hari tersebut ialah ceramah berkaitan inovasi yang disampaikan oleh En.

Fung Kam Foo dari Yayasan Inovasi Malaysia, persembahan multimedia projek KIK Kumpulan Ideas dari Bahagian Pinjaman Pendidikan yang telah menjadi Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat PTPTN dan KPT Tahun 2011 dan penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta Konyensyen KIK Peringkat PTPTN yang telah diadakan pada 13 September 2011.

Johan Konvensyen KIK Peringkat PTPTN dan KPT Tahun 2011

Pembayaran balik pinjaman / pembiayaan pendidikan PTPTN hangat diperkatakan sama ada dari sudut sikap peminjam, tindakan yang diambil oleh PTPTN dan sebagainya. Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik (BPKB) yang te lah diber i tanggungjawab untuk mengutip bayaran balik pinjaman / pembiayaan terhadap peminjam dan sentiasa berusaha mencari jalan dan langkah-langkah bagi memudahkan serta m e n g g a l a k k a n pembayaran sentiasa dilakukan oleh peminjam. Di antara langkah proaktif untuk mengalak-kan peminjam membuat bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan

mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya peminjam me-langsaikan keseluruhan pinjaman PTPTN. Tempoh promosi ini bermula dari 15 November 2011 dan berakhir pada 31 D i s e m b e r 2 0 1 1 . Seramai 5,587

peminjam telah membuat pembayaran melalui promosi tersebut. Selain itu, promosi ini juga membuka peluang kepada p e m i n j a m y a n g membatalkan pinjaman/ gagal/ berhenti p e n g a j i a n d a n mendapat penaja lain

untuk merebut peluang pengurangan kos ini. M e l a l u i promosi ini semua peminjam diberikanpeluang untuk menikmati keistimewaan pengurangan kos pentadbiran pada kadar 1% kecuali bagi peminjam yang telah dikenakan

t i n d a k a n s a m a n . Promosi ini juga memberi manfaat kepada peminjam yang telah disaman tetapi belum direkodkan penghakiman oleh mahkamah. P e n a w a r a n penukaran pembiayaan pinjaman daripada

kaedah konvensional dengan kos pentadbiran 3% iaitu berdasarkan baki b e r k u r a n g a n k e p a d a konsep Ujrah 1% iaitu pada kadar rata telah tamat tempohnya pada 30 September 2011. Walau bagaimanapun, PTPTN masih membuka peluang kepada peminjam untuk memohon pertukaran kepada pembiayaan Ujrah mulai 2012. Adalah diharapkan, para peminjam PTPTN yang belum berkesempatan melaksanakan pertukaran pembiayaan Ujrah untuk mengambil peluang keemasan ini dengan segera.

“Jika anda mahu keputusan berbeza,

laksanakan dengan cara berbeza”

Hari Inovasi PTPTN

e-Buletin PTPTN

5

Page 6: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

OktoberKalendar & Imbasan Aktiviti

e-Buletin PTPTN

6

Page 7: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

Novembere-Buletin PTPTN

7

Page 8: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

Disembere-Buletin PTPTN

8

Page 9: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

a

b

c

e-Buletin PTPTN

9

Statistik

Page 10: Edisi 02 Oktober-Disember 2011 Isi Kandungan Pemerkasaan ... · bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan ialah dengan mengadakan promosi pengurangan Kos Pentadbiran 1% sekiranya

Soalan 1:Akulah bola tergantung tinggi Menjadi pujaan seekor burung Apabila aku tiada lagi Gelap gelita hidup pun murung?

Soalan 2:Terbang tinggi si burung helang Hinggap di atas pohon meranti Anak ramai ibunya seorang Bila bergesel berapi-rapi? Soalan 3: Kambing mati Diikat dikayu mati Dipukul mati-mati Apakah ini?

Soalan 4:Tinggi duduk di atas sekali Bukan bulan bukan matahari Bila malam ia berseri Bila siang ia berganti? Soalan 5: Tarik pukat dari pengkalan Gula melaka dibuat inti Bila diikat ia berjalan Bila dibuka ia berhenti?

Soalan 6: Cik Limah bersama anak lelaki Duduk makan keropok lekor Yang mengejar tidak berkaki Yang dikejar tiada berekor?

Soalan 7: Pergi umrah setiap tahun Moga sentiasa murah rezeki Dalam batang ada daun Dalam daun ada isi? Soalan 8: Bila kecil boleh ditiup Sudah besar janganlah lagi Kalau tercucuk ia meletup Kalau terlepas terbangnya tinggi?

Soalan 9: Walau dibungkus bukan kiriman Sudah takdir tuhan yang satu Meski ditanam bukan tanaman Cubalah teka apakah itu? Soalan 10: Hidup aman di dalam kota Ada pemimpin bernama raja Buruh-buruh rajin bekerja Askar bertugas setiap masa?

1. Tatatertib2. Parlimen3. ISO4. iCare5. Muflis6. Transformasi7. Maybank8. Ujrah9. HRMIS

1. SSPN2. Puspanita3. Imigresen4. KUKUM5. MQA6. Tender7. MAMPU8. Visi9. Kaunter

Ke Bawah Melintang

Nantikan Jawapan Dalam Edisi 03

Uji Minda

Jawapan Teka Silang Kata Edisi 01

e-Buletin PTPTN

10