Click here to load reader

Ecn 2013 teori permintaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

  • 1. TEORI PERMINTAAN

2. DEFINISI PERMINTAAN Permintaan merupakan kuantiti sesuatu barang yang mampu dibeli oleh pengguna pada satu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu. Permintaan mengandungi dua unsur penting iaitu; Kemahuan ataupun keinginan seseorang kepada sesuatu barang Kemampuan individu tersebut untuk mendapatkan barang tersebut 3. Kemampuan yang dimaksudkan ialah pengguna mempunyai wang yang cukup untuk membeli sesuatu barang yang diingini. Contoh: Jadual permintaan individu Harga sekilogram rambutan Kuantiti diminta (kg) 5 3 4 5 3 7 2 9 1 12 4. HUKUM PERMINTAAN Hukum permintaan menyatakan bahawa hubungan diantara harga dan kuantiti barang yang diminta adalah secara songsang. Apabila harga barang meningkat, maka kuantiti permintaan akan berkurang Apabila harga menurun, kuantiti permintaan akan bertambah 5. 0 1 2 3 4 5 6 3 5 7 9 12 Keluk permintaan individu D harga kuantit i 6. Konsep Perubahan harga Vs Perubahan kuantiti yang diminta Perubahan kuantiti diminta adalah disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri dengan andaian bahawa faktor-faktor lain adalah tidak berubah. Perubahan ini ditunjukkan oleh pergerakan di keluk permintaan. Apabila harga jatuh, maka kuantiti permintaan barang meningkat Apabila harga meningkat, maka pengguna akan mengurangkan kuantiti barang yang diminta 7. Turun naik harga akan menyebabkan pengembangan/pengucupan didalam permintaan yang hanya akan terjadi disepanjang keluk permintaan Perubahan permintaan pula merujuk kepada anjakan keluk permintaan samada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan oleh perubahan faktor-faktor lain selain dari harga barang itu sendiri. faktor-faktor lain adalah seperti harga barang lain, pendapatan, citarasa, dan sebagainya. 8. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN Harga barang Itu sendiri Disebabkan oleh kesan penggantian dan kesan pendapatan. Apabila harga barang menurun, pengguna akan membeli barang itu dengan lebih banyak dan mengurangkan pembelian barang pengganti. Kesan pendapatan merujuk kepada keadaan dimana pendapatan benar pengguna meningkat hasil penurunan harga barang. Dengan jumlah wang yang sama,kuantiti barang dibeli akan lebih banyak 9. Harga barang lain Harga barang lain yang berkaitan juga mempengaruhi permintaan sesuatu barang. Barang-barang dalam ekonomi mempunyai hubungan-hubungan tertentu. Barang-barang ini dibezakan kepada: Barang pengganti iaitu barang yang dapat mengantikan fungsi barang lain. Contoh barang pengganti seperti mentega dengan marjerin, kopi dan teh. Barang penggenap iaitu barang yang selalu digunakan bersama barang lain. Contoh: gula dan kopi, kamera dan filem, minyak petrol dan kereta. 10. Pendapatan penguna Keupayaan membeli barang-barang dan perkhidmatan adalah bergantung kepada pendapatan seseorang dan keupayaan ini adalah berbeza mengikut individu. Kesan pendapatan keatas permintaan sesuatu barang adalah bergantung kepada jenis barang itu sendiri yang dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: Barang normal Barang-barang keperluan harian seperti ikan,sayur,ayam Barang bawahan - barang yang mempunyai hubungan sonsang dengan pendapatan. Contoh: beras hancur, ubi kentang. Barang mesti tidak bergantung kepada 11. Fesyen, citarasa dan iklim- Jangkaan harga masa hadapan Jika penguna menjangkakan sesuatu harga barang akan turun, maka pembeliannya akan ditangguhkan dan jika pengguna menjangkakan harga akan naik pada masa akan datang, maka beliau akan membelinya dengan banyak. Faktor-faktor lain contoh; iklan, musim, kemudahan kredit, agihan pendapatan, perubahan saiz, dan struktur penduduk. 12. Perubahan kuantiti yang diminta Vs. perubahan permintaan Perubahan kuantiti yang diminta merujk kepada perubahan harga barang itu sendiri. Ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk permintaan. Perubahan dalam permintaan adalah disebabkan oleh faktor lain selain daripada harga barang itu sendiri. Ini ditunjukkan oleh perpindahan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri. 13. 0 1 2 3 4 5 6 3 5 7 9 12 Keluk permintaan individu D Permintaan menurun Permintaan meningkat harga Kuantiti permintaan 14. Teori penawaran Teori penawaran didefinisikan sebagai kuantiti sesuatu barang yang sanggup dan mampu dijual oleh pengeluar pada satu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu. Keluk Penawaran Individu dan Hukum Penawaran Apabila harga sesuatu barang meningkat, penawaran ke atas barang tersebut akan meningkat atau sebaliknya. Hubungan positif antara harga dan kuantiti ditawarkan ditunjukkan melalui jadual berikut: 15. Keadaan Harga (RM) Kuantiti ditawarkan A 4 100 B 6 200 C 8 300 D 10 400 E 12 500 Jadual penawaran firma ke atas Pizza Aktiviti: Apakah yang anda boleh huraikan berdasarkan jadual diatas dan cuba lukiskan rajh bagi keluk penawaran tersebut. 16. Keluk Penawaran Pasaran Keluk penawaran pasaran menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti barangan yang ditawarkan dalam sesuatu pasaran (terdiri daripada banyak firma) Aktiviti: Keadaan Harga (RM) Penawara n Firma 1 Penawara n Firma 2 Penawara n pasaran A 4 100 500 600 B 6 200 700 900 C 8 300 1000 1300 D 10 400 1200 1600 E 12 500 1300 1800 Jadual penawaran pasaran bagi pizza 17. Penentu- penentu Penawaran Terdapat beberapa faktor mempengaruhi penawaran sesuatu barang oleh pengeluar iaitu: i. Harga barang itu sendiri ii. Harga barang lain iaitu seperti barang penggenap dan barang pengganti iii. Kos pengeluaran iv. Kos teknologi v. Matlamat pengeluar vi. Dasar kerajaan vii. Jumlah pengeluar 18. Keseimbangan Pasaran Keseimbangan pasaran didapati apabila kuantiti yang diminta oleh penguna adalah sama dengan kuantiti yang ditawarkan oleh pengeluar (Qd=Qs) Keseimbangan harga Harga yang menyeimbangkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran. Ianya ditunjukkan melalui titik persilangan diatas graf permintaan dan penawaran. Keseimbanan kuantiti Iaitu kuantiti permintaan dan kuantiti 19. Jadual permintaan Jadual penawaran 20. Keseimbangan permintaan dan penawaran Price of Ice-Cream Cone 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Quantity of Ice-Cream Cones 13 keseimbangan kuantiti Keseimbangan harga Keseimbangan penawaran permintaan $2.00 21. Keseimbangan pada permintaan dan penawaran juga boleh dilihat melalui persamaan berikut. Diberi: Fungsi permintaan: Qd Fungsi penawaran: Qs Syarat keseimbangan, Qd=Qs