27
Teori Gelagat Penguna

Ecn 2013 teori gelagat penguna

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Teori Gelagat Penguna

Teori Gelagat Penguna

Teori gelagat pengguna menerangkan mengapa para pengguna membeli lebih banyak barangan pada harga yang

lebih rendah serta membeli sedikit apabila harga tinggi

Teori gelagat pengguna menjelaskan tentang sikap seseorang pengguna yang rasional dalam memperuntukkan pendapatan wangnya untuk memilih berbagai kombinasi barangan bagi memaksimumkan kepuasannya.

Kepuasan yang diterima seseorang dikenali sebagai utiliti.

Definisi dan konsep

Jumlah kepuasan ataupun jumlah utiliti (TU) bermakna jumlah kepuasan secara keseluruhan yang diperolehi dari meggunakan sejumlah barangan tertentu.

Manakala utiliti sut (MU) adalah pertambahan utiliti disebabkan pertambahan dalam penggunaan satu unit barang tertentu.

Teori gelagat penguna dapat dibahagikan kepada dua pendekatan iaitu:

1. Pendekatan utiliti kardinal2. Pendekatan utiliti ordinal

Kedua- dua pendekatan ini mempunyai satu persamaann yang penting iaitu setiap pengguna bertindak secara rasional dan cuba menggunakan wang yang ada padanya untuk mendapat kepuasan yang paling maksimum.

Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua ialah pendekatan utiliti kardinal menganggapkan bahawa utiliti yang diperoleh seseorang pengguna dapat dinyatakan secara kuantitatif atau diukur. Dimana nilainya “util”.

Pendekatan utiliti ordinal, utiliti yang diperolehi seseorang pengguna tidak boleh dinyatakan secara kuantitatif tetapi hanya menyenaraikan pilihan mereka mengikut keutamaan atau tingkat utiliti masing-masing.

Teori utiliti kardinal

◦ Merupakan satu pendekatan yang beranggapan utiliti (kepuasan) boleh diukur.

◦ Contohnya: Sekeping kek memberikan utiliti kepada seseorang individu

sebanyak 10 util manakala sekeping biskut memberikan itiliti sebanyak 5 util.

◦ Oleh itu kesimpulannya, sekeping kek memberikan utiliti 2 kali ganda dari sekeping biskut.

◦ Tingkat utiliti ini biasanya dibayangkan dari kesediaan untuk membayar berasaskan nilai wang.

◦ Lagi mahal seseorang penuna sanggup membayar harga sesuatu barang, lagi tinggi tingkat utiliti yang diperoleh darinya.

Hukum Utiliti Sut Berkurangan

◦ Dikenali sebagai “Hukum utiliti sut berkurangan”. ◦ Hukum ini menyatakan:

Apabila seseorang pengguna terus menerus menambahkan penggunaannya ke atas sesuatu barang maka tambahan utiliti yang diperolehi dari setiap unit barang yang digunakan akan menjadi semakin sedikit dan akhirnya tambahan utiliti akan menjadi negatif.

◦ Tambahan secara berterusan ke atas penggunaan sesuatu barang tidak akan terus menerus menambahkan utiliti dari penggunaannya.

Kuantiti minuman (gelas)

Jumlah utiliti

Utiliti sut

1 30 30

2 56 26

3 74 18

4 84 10

5 92 8

6 92 0

7 90 -2

Jadual Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

0 1 2 3 4 5 6 7

Jumlah utiliti

Kuantiti air (gelas)

Keluk jumlah utiliti

0 1 2 3 4 5 6 7

Jumlah utiliti

Kuantiti air (gelas)Keluk utiliti sut

30

26

1810 8

Memaksimumkan utiliti

◦ Pengguna dikatakan berada pada tahap keseimbangan apabila dia dapat memaksimumkan utiliti.

◦ Utiliti adalah maksimum apabila utiliti sut bagi sesuatu barang yang diguna sama dengan harganya.

◦ Oleh itu sekiranya pengguna membeli satu barangan X sahaja maka dia akan terus membeli barang X seinggalah utiliti sut barang X adalah sama dengan harganya.

Utiliti Sut = Harga (MU)

Walau bagaimanapun, seseorang pengguna bukan hanya membeli satu jenis barang sahaja.

Biasanya barang yang dibeli oleh pengguna adalah berlainan kuantiti.

Maka untuk memaksimumkan utiliti, penguna harus mengagihkan jumlah wangnya diantara barangan tersebut sehinggalah utiliti sut daripada ringgit yang akhirnya yang dibelanjakan bagi semua barang adalah sama.

Sekiranya harga barang yang dibeli adalah sama, maka penguna akan memaksimumkan utiliti apabila utiliti sut barang yang dibeli adalah sama.

Keseimbangan pengguna tercapai apabila:

Mux = MUY ……. = MUn

Andaian yang harus dibuat:1. Pengguna hanya membeli 2 jenis barang iaitu

barang X dan barang Y2. Harga barang X dan Y adalah RM 2.003. Pendapatan pengguna adalah RM 22.00 dan

pengguna membelanjakan semua pendapatannya untuk membeli kombinasi kedua-dua barang untuk memaksimumkan utiliti

Kuantiti Jumlah utiliti

barang X, (TUx)

Utiliti sut barang X,

(MUX)

Jumlah utiliti

barang Y, (TUY)

Utiliti sut barang Y,

(MUY)

1 40 - 60 -

2 75 35 108 48

3 105 30 148 40

4 132 27 178 30

5 152 20 202 24

6 167 15 222 20

7 177 10 235 13

Terdapat 2 kombinasi barang X dan Y yang dapat memenuhi syarat keseimbangan pengguna iaitu utiliti sut barang X yang dibeli adalah sama dengan utiliti sut barang Y yang dibeli.

3X dan 4Y dimana MUX = MUY = 305X dan 6Y dimana MUX = MUY = 20 tingkat

utiliti maksimum

Didalam keadaan dimana harga barangan yang dibeli adalah berbeza, maka syarat untuk memaksimumkan utiliti ialah utiliti sut daripada setiap ringgit yang dibelanjakan ke atas sesuatu barang adalah sama dengan utiliti sut daripada setiap ringgit yang dibelanjakan keatas barang lain.

Andaian seorang pengguna hanya menggunakan dua barang sahaja iaitu barang X dan Y.

MUX = MUY = Z PX PY

MUX = utiliti sut barang XMUY = utiliti sut barang Y

PX = harga X

PY = harga YZ = adalah pemalar iaitu utiliti per ringgit barang X dan Y

sekiranya MUx/Px > MUY/PY maka pengguna akan terus menambah penggunaan barang X sehingga MUx/Px = MUY/PY

sekiranya MUx/Px <MUY/PY maka pengguna akan terus menambah penggunaan barang Y sehingga MUx/Px = MUY/PY

Andaian yang dibuat:

1. Pengguna hanya membeli 2 jenis barang iaitu barang X dan barang Y

2. Harga barang X adalah RM 1.00 dan Y adalah RM 2.00

3. Pendapatan pengguna adalah RM 20.00 dan pengguna membelanjakan semua pendapatannya untuk membeli kombinasi kedua-dua barang untuk memaksimumkan utiliti

Kuantiti MUX MUX

PX

MUY MUY

PX

1 40 40 82 41

2 35 35 76 38

3 30 30 70 35

4 27 27 66 33

5 20 20 52 26

6 15 15 26 20

7 10 10 30 15

Jadual kuantiti, utiliti sut dan sut utiliti per ringgit untuk barang X dan Y

Daripada jadual diatas, terdapat 3 kombinasi yang dapat memenuhi syarat MUX = MUY iaitu

PX PY

2X dan 3Y 5X dan 6Y 6X dan 7Y

Penguna akan mencapai keseimbangan

Teori Utiliti Ordinal

Pendekatan utiliti ordinal menerangkan prinsip-prinsip memaksimumkan utiliti oleh seseorang pengguna yang berdasarkan keluk puas sama dan garis belanjawan.

Keluk puas sama◦ Keluk puas sama adalah satu keluk yang

menggambarkan kombinasi-kombinasi barang yang memberikan jumlah kepuasan yang sama.

Kombinasi

Kuantiti barang

X

Kuantiti barang

Y

A 1 8

B 2 5

C 3 3

D 4 2

E 5 1.5

0 1 2 3 4 5

8

5

321.5

Kuantiti barang Y

Kuantiti barang X

A

B

CD

E

Keluk puas sama

Ciri ciri keluk puas sama

1. Keluk puas sama mencerun kebawah dari kiri ke kanan. Ini menunjukkan bahawa sekiranya pengguna yang ingin menambahkan penggunaan barang, katakan barang X maka penggunaan barang lain contohnya barang Y harus dikurangkan.

2. Semakin jauh keluk puas sama dari titik asalan, semakin tinggi kepuasannya. Ini disebabkan bagi keluk puas sama yang semakin jauh dari titik asalan menggambarkan kombinasi barang yang lebih banyak daripada kombinasi di keluk puas sama yang sebelumnya.

3. Keluk puas sama adalah cembung ke titik asalan. Keadaan yang demikian disebabkan kadar penggantian sut (MRS atau marginal rate of subtitution) yang semakin berkurangan.Contoh: kadar penggantian titik A ke B ialah MRSXY = 8-5/2-1= 3 manakala kadar

penggantian sut B ke C ialah 2.

Kuantiti barang Y

Kuantiti barang X

A BKeluk puas sama B memberikan kepuasan yang lebih besar berbanding keluk puas sama A

4. Keluk puas sama tidak boleh bersilang diantara satu sama lain

Garis belanjawan Garis belanjawan menunjukkan kombinasi

barangan yang dapat dibeli oleh sejumlah pendapatan RM 20.00 untuk membeli 2 barangan iaitu X (RM 2.00) dan Y (RM 1.00) setiap unit.

kombinasi

Barang X

Barang Y

A 0 20

B 2 16

C 4 12

D 6 8

E 8 4

F 10 0

Kuantiti barang Y

Kuantiti barang X

AB

CD

E

F

20

0 10Garis belanjawan

Diandaikan penguna menggunakan semua pendapatan wangnya maka sebarang kombinasi diatas garis belanjawan mampu dibeli oleh penguna.

Begitu juga dengan kombinasi dibawah garis belanjawan, mampu dibeli penguna tetapi akan terdapat lebihan pendapatan wangnya.

Sebarang titik disebelah atas garis belanjawan menunjukkan bahawa kombinasi barang X dan Y yang tidak mampu dibeli oleh pengguna.

Garis belanjawan adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Kecerunan garis belanjawan meninjukkan harga relatif kedua dua barang berkenaan iaitu nisbah harga barang X dan Y

Garis belanjawan juga boleh beralih ke atas atau ke bawah kerana

1. Kesan perubahan harga barang - andaikan harga barang Y naik dari RM1.00 ke

RM2.00 manakala harga Y tidak berubah. Sekiranya pengguna membelanjakan semua pendapatannya untuk membeli barang Y, maka dengan harga Y yang baru, hanya 10 unit Y yang mampu dibeli.

Kuantiti barang Y

Kuantiti barang X

Kesan perubahan harga barang Y

A

A’

L

Garis belanjawan AL beralih ke A’L

Sekiranya harga X naik dan Y tidak berubah, dengan jumlah pendapatan yang sama penggua akan mendapat kurang unit X yang boleh dibeli.

Kuantiti barang Y

Kuantiti barang X

Kesan perubahan harga barang X

A

P Q

Kuantiti barang Y

Kuantiti barang X

Kesan perubahan harga barang X dan Y pada harga sama.

P

A

Andaiaan:

Berlaku perubahan harga kedua dua barang X dan Y pada kadar yang sama.Garis belanjawan ke bawah selari dengan garis belanjawan yang asal.

N

M

2. Kesan Perubahan Pendapatan -Andaikan pendapatan wang pengguna

telah bertambah dari RM 20.00 ke RM 40.00. Sekiranya harga barang X dan Y tidak berubah, maka pertambahan pendapatan membolehkan pengguna membeli lebih banyak barang X dan Y.

Kuantiti barang Y

Kuantiti barang X

Kesan perubahan pendapatan

U

T

S

R

Keseimbangan Pengguna

-Keseimbangan pengguna dicapai apabila garis belanjawan menyentuh keluk puas sama yang paling tinggi.

- Keseimbangan penguna akan tercapai apabila garis belanjawan adalah bersentuh (tangen) dengan keluk puas sama, iaitu kecerunan garis belanjawan adalah sama dengan kecerunan keluk puas sama.

Kuantiti barang Y

Kuantiti barang X

Keluk puas sama B memberikan kepuasan yang lebih besar berbanding keluk puas sama A

BDE

M

N

Keseimbangan pengguna tercapai pada titik tangen