35
Pengurusan Kewangan Yang Betul Pengurusan Kewangan Yang Betul Pengurusan Kewangan Yang Betul Pengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001) oleh: awang 013-3505773 Mukasurat 0 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193 www.bazartudung.com www.gambirsarawak.com Kandungan Mukasurat 1. Pengenalan 1 2. Pengalaman Peribadi 2 3. Pencapaian Peribadi 3 4. Konsep Kewangan 4 5. Kaedah Mendapatkan Rezab Duit 5 6. Rezab Duit – Apa Yang Perlu Dilakukan 6 7. Overdraft (OD) 9 8. Cara-Cara Menggunakan OD 13 9. Kad Kredit & Penggunaannya 18 10. Perbelanjaan Yang Menggunakan Kad Kredit 22 11. Perbelanjaan Yang Tidak Termasuk Dalam Bajet Bulanan 23 12. Menentukan Jumlah Simpanan Tetap Bulanan 25 13. Teknik Tambahan Membuat OD 27 14. Pembiayaan Semula Rumah 29 15. Insuran Perumahan (Mortgage Life Insurance) 31 16. Insuran Perubatan 33 17. Kesimpulan 33

Ebook - Pengurusan Kewangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Camna nak menyimpan 20 - 30% dari duit gaji u...tapi dimasa yg sama u boleh belanja seperti biasa....baca ahh...insyaAllah!!!

Citation preview

Page 1: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 0 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Kandungan Mukasurat

1. Pengenalan 1 2. Pengalaman Peribadi 2 3. Pencapaian Peribadi 3

4. Konsep Kewangan 4

5. Kaedah Mendapatkan Rezab Duit 5 6. Rezab Duit – Apa Yang Perlu Dilakukan 6 7. Overdraft (OD) 9 8. Cara-Cara Menggunakan OD 13

9. Kad Kredit & Penggunaannya 18

10. Perbelanjaan Yang Menggunakan Kad Kredit 22 11. Perbelanjaan Yang Tidak Termasuk Dalam Bajet Bulanan 23 12. Menentukan Jumlah Simpanan Tetap Bulanan 25 13. Teknik Tambahan Membuat OD 27

14. Pembiayaan Semula Rumah 29

15. Insuran Perumahan (Mortgage Life Insurance) 31 16. Insuran Perubatan 33 17. Kesimpulan 33

Page 2: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 1 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

1. Pengenalan

Pengurusan kewangan yang betul merupakan satu ilmu yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Sesuai dengan arus kemodenan negara dan dunia global, wang sering menjadi keutamaan dan menjadi perkara utama bagi kebanyakan orang walaupun mungkin ada yang menyatakan, wang bukan segala-galanya. Mungkin benar, wang bukan segala-galanya tetapi semenjak akhir-akhir

ini segalanya memerlukan wang!!!

Keperluan hidup kita pada dasarnya adalah wang. Samada kita suka atau tidak itulah harga pada sebuah kemodenan yang datang bersama kita. Kita memerlukan wang untuk sekurang kurangnya memiliki sebuah rumah untuk berteduh, sebuah kenderaan untuk dinaiki, untuk menampung pelajaran anak-anak kita. Setidak-tidaknya kita pasti memerlukan wang untuk perbelanjaan harian kita. Nahh…mana mungkin kita menafikannya!!!

Teknik Pengurusan Kewangan1 yang akan saya dedahkan di sini benar-

benar merupakan satu ilmu yang begitu berharga. InsyaAllah sekiranya anda menguasainya nanti, sistem kewangan anda dan keluarga anda akan lebih tersusun dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup anda.

1 Anda tidak perlu menjual sebarang produk atau mencari ‘downline’ dan sebagainya. Teknik ini merupakan manipulasi dan gabungan daripada kemudahan-kemudahan perbankan yang ditawarkan oleh institusi kewangan utama di Malaysia. Ianya juga tidak menyalahi sebarang undang-undang perbankan ataupun undang-undang negara.

Page 3: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 2 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

2. Pengalaman Peribadi Saya berasal dari sebuah keluarga sederhana di sebuah perkampungan nelayan di Terengganu. Agak bernasib baik dan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1987. Bermula dari detik tersebut saya meneruskan kehidupan di kota metropolitan yang serba mencabar itu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, saya berjaya menamatkan pelajaran saya dan mula memasuki alam pekerjaan pada tahun 1994.

Mula berdikari sepenuhnya, mula kenal pahit maung mencari wang dan mula merasa memegang wang dalam jumlah yang agak banyak pada waktu itu. Saya berjaya memiliki sebuah Honda Civic pada tahun 1995, memiliki kad kredit…pendek kata saya mampu memiliki apa yang saya idamkan. Penggunaan kad kredit secara yang tidak terkawal menyebabkan saya mula mengalami benih-benih masalah kewangan.

Pada peringkat awal, masalah kad kredit berjaya saya atasi dengan cara

membuat pinjaman-pinjaman yang lain untuk membayarnya, tapi lama kelamaan saya bukannya menyelesaikan masalah kewangan saya, malahan saya menambahkan lagi. Keadaan kewangan saya semakin teruk, ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak terkawal. Akibatnya, nama saya mula disenaraihitamkan oleh semua institusi kewangan yang berdaftar bermula dari tahun 1998. Walaupun bergaji lebih kurang RM5000.00 sebulan saya masih tidak mampu untuk

membayar hutang-hutang saya. Saya tidak layak untuk membeli rumah, membuat pinjaman peribadi malahan tidak layak untuk pinjaman

komputer yang harganya lebih kurang RM3000.00 sahaja. Hidup saya benar-benar tertekan dengan panggilan-panggilan telefon dari pihak bank yang menuntut hutang dan juga tertekan dengan tuntutan keperluan diri. Akhirnya pada penghujung tahun 2005, saya berjaya menemui satu kaedah pengurusan kewangan yang langsung mengubah kualiti hidup saya yang agak teruk selama tujuh (7) tahun itu.

Page 4: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 3 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

3. Pencapaian Peribadi

Pada tahun 2006 saya telah berjaya mencapai matlamat kewangan saya iaitu:

Membersihkan segala rekod-rekod kredit dengan semua institusi kewangan.

Membuat simpanan bulanan secara tetap sebanyak 30% dari pendapatan bulanan saya.

Membayar segala hutang-hutang bulanan saya tanpa perlu menunggu gaji dan tertangguh.

Berjaya memiliki rumah idaman serta kereta idaman.

Menggunakan kad-kad kredit tanpa dikenakan sebarang

interest.

Mempunyai tabung kewangan keluarga.

Mempunyai cairan kewangan2 yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Mampu mengekalkan cara hidup yang sama tanpa perlu

mengikat perut.

Apa lagi yang saya mahu? Saya tidak mempunyai sebarang idea

bagaimana untuk memiliki rumah sendiri kerana nama saya telah disenaraihitamkan oleh semua institusi kewangan.

Selama ini tidak pernah terlintas di kotak fikiran saya untuk membuat simpanan tetap sebanyak empat angka sebulan. Hasilnya hidup saya lebih tenteram dan perbelanjaan saya lebih teratur dan terkawal dengan sebaiknya.

2 Maksudnya anda mempunyai duit yang diperlukan sekiranya berlaku kecemasan.

Page 5: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 4 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Semua ini saya capai tanpa bantuan pendapatan sampingan. Pendapatan

saya hanyalah semata-mata dari gaji bulanan saya yang selama ini tidak pernah cukup, tapi dengan cara dan teknik kewangan yang berkesan saya mampu mencapai apa yang saya impikan...Alhamdulillahhh!!!

4. Konsep Kewangan

Menurut kajian oleh pakar-pakar kewangan terkemuka, anda perlu mempunyai cairan kewangan dengan jumlah yang tertentu bergantung pada sumber pendapatan anda. Ianya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu samada anda bekerja sendiri (menjalankan perniagaan) ataupun anda bekerja secara makan gaji (pendapatan bulanan/mingguan yang tetap).

Kerja Sendiri atau Berniaga

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya rezab duit sebanyak dua (2) tahun jumlah pendapatan bulanan anda.

Contohnya: Pendapatan Purata Bulanan anda = RM 5000.00

sebulan, maka rezab duit yang anda perlukan adalah: RM5000.00 X 24 (bulan) = RM 120,000.00

Kerja Makan Gaji (Pendapatan Bulanan yang Tetap)

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya rezab duit sebanyak enam (6) bulan jumlah gaji pokok anda + Hutang-Hutang Lapuk Berinterest Tinggi seperti hutang Kad-Kad Kredit Contohnya: Gaji Pokok anda = RM5000.00 sebulan, Jumlah Hutang Kad-Kad Kredit = RM15,000.00

maka rezab duit yang anda perlukan adalah:

RM5,000.00 X 6 (bulan) + RM15,000.00 = RM 45,000.00

Rezab Duit3 inilah sebenarnya yang akan anda gunakan sekiranya berlaku

perkara-perkara yang tidak diingini ke atas anda. Sekiranya perniagaan anda tidak mendatangkan hasil, anda masih lagi mampu untuk bertahan

3 Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut cara-cara mendapatkan rezab duit yang dimaksudkan dan apa yang perlu dibuat dengan duit tersebut. Sila baca keseluruhan ebook ini dan anda akan mendapat penjelasan yang sebaiknya!!!

Page 6: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 5 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

dan meneruskan perniagaan tersebut selama dua (2) tahun sekurang-

kurangnya bergantung kepada duit tersebut. Begitu juga untuk anda yang bekerja secara makan gaji, sekiranya anda diberhentikan kerja, anda masih mampu, InsyaAllah untuk membayar hutang-hutang dan perbelanjaan bulanan anda selama enam (6) bulan. Di samping itu anda mempunyai masa selama enam (6) bulan juga untuk mencari pekerjaan lain.

5. Kaedah Mendapatkan Rezab Duit Di bawah ini saya senaraikan bagaimana untuk mendapatkan rezab duit yang diperlukan mengikut senarai keutamaan4, iaitu:

1) Duit simpanan peribadi. 2) Duit yang dipinjam daripada saudara-mara atau kawan-kawan

(sebab biasanya tiada interest yang dikenakan).

3) Duit hasil pembiayaan semula perumahan (sebab kadar interest

pembiayaan perumahan5 adalah rendah). 4) Duit hasil pinjaman peribadi daripada bank-bank ataupun koperasi

dengan kadar interest yang rendah (contoh terbaik untuk pinjaman peribadi ialah Bank Rakyat, Bank Islam dan Bank

Simpanan Nasional).

Kaedah 1 adalah yang terbaik, kerana dengannya anda tidak perlu berhutang, tetapi agak sukar mencari mereka yang mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi untuk memulakan teknik pengurusan kewangan ini.

Kaedah 2 sangat sukar untuk diperolehi melainkan anda berasal dari keluarga ataupun mempunyai kawan-kawan yang bukan saja kaya tapi

pemurah. Kaedah 3 biasanya boleh digunakan oleh kebanyakan daripada mereka yang sudah mempunyai rumah sendiri. Begitu juga dengan kaedah 4, masih boleh digunakan dengan baik sekiranya anda tidak mempunyai sebarang pilihan lain.

4 Maksudnya cara Nombor 1 adalah yang terbaik dan begitulah seterusnya. 5 Ada cara-cara dan bank-bank tertentu untuk membuat pembiayaan perumahan yang baik, semuanya akan saya terangkan dalam bab-bab yang seterusnya.

Page 7: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 6 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Syarat yang paling utama untuk anda memulakan teknik pengurusan

kewangan ini ialah anda perlu memastikan nama anda tidak disenaraihitamkan6 oleh mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Bagaimanapun sekiranya nama ada telah disenaraihitamkan (sepertimana yang pernah saya alami) anda perlukan orang ketiga yang anda percayai seperti isteri-isteri anda, adik beradik, saudara mara ataupun kawan-kawan untuk memulakannya. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri terpaksa menggunakan nama isteri

saya pada mulanya disebabkan nama saya disenaraihitamkan.

6. Rezab Duit – Apa Yang Perlu Dilakukan

Sekiranya anda telah mempunyai duit sebanyak yang diperlukan sepertimana yang dijelaskan (bab Konsep) sebelumnya (24 bulan atau 6

bulan gaji bergantung kepada katagori pekerjaan anda) yang diperolehi daripada salah satu empat cara (bab Kaedah Mendapatkan Rezab Duit)

tersebut, anda sudah boleh memulakan langkah pertama dalam pengurusan kewangan ini. Nota Penting :

Untuk penerangan seterusnya, saya mengandaikan rezab duit yang anda

perlukan adalah sebanyak RM100,000.00. Saya mengambil jumlah ini sebagai

contoh adalah semata-mata untuk memudahkan pengiraan dan kefahaman anda.

Sebenarnya anda boleh mempunyai sebarang nilai rezab duit tersebut

bergantung pada gaji dan katagori kerja anda seperti yang telah diterangkan

dalam bab Konsep.

Langkah 1:

Dengan duit sebanyak RM100,000.00 (atau apa-apa nilai RM yang

anda perlukan – rujuk bab Konsep) anda perlu melabur ke Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang boleh dibuat samada di Pejabat Pos, Maybank, CIMB, RHB ataupun di Pejabat Pemodalan Nasional Berhad (PNB) sendiri. Akan tercatat dalam buku ASB anda jumlah masuk sebanyak RM100,000.00.

6 Blacklisted oleh Bank Negara (Central Credit Reference Information System-CCRIS) atau CTOS

Page 8: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 7 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Langkah 2:

Bawa buku ASB anda ke pejabat PNB yang berdekatan dan

tukarkan pelaburan ASB buku kepada Sijil ASB7. Proses ini hanya boleh dilakukan di pejabat PNB sahaja, dan anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk proses pertukaran kepada Sijil ASB ini.

Sijil ASB hanya boleh dikeluarkan dalam gandaan ribu sahaja.

Untuk contoh kes ini, Sijil ASB tersebut akan tercatat nama anda

dengan nilai sijil RM100,000.00. Pada buku ASB anda pula tercatat pengeluaran sebanyak RM100,000.00 tetapi jumlah pelaburan ASB

anda masih lagi RM100,000.00, cuma dalam bentuk sijil. Simpan Sijil ASB anda sebaik mungkin!!!

IBU Pejabat PNB

KAUNTER UTAMA ASNB First Floor, Balai PNB,

201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2050 5500/03-2050 5471/03-2050 5111 Fax: 03-2161 885

Nota:

Sila rujuk Apendik A untuk senarai penuh pejabat-pejabar PNB seluruh negara Proses penukaran daripada buku ASB kepada Sijil ASB ini mengambil masa lebih kurang

10 minit sahaja.

Langkah 3

Sila bawa Sijil ASB tersebut (hakmilik anda dan bernilai RM100,000.00) itu ke mana-mana cawangan bank RHB8 untuk memohon kemudahan Overdraft (OD)9 bersandarkan/bercagarkan Sijil ASB tersebut (hakmilik anda dan bernilai RM100,000.00)

Di sini anda sebenarnya mencagarkan Sijil ASB anda yang bernilai

RM100,000.00 tersebut kepada bank (RHB akan pegang Sijil anda) manakala pihak bank (RHB) akan memasukkan duit sebanyak 95%

7 Pada Sijil ASB itu akan tercatat nama anda dan jumlah nilaian sijil tersebut. Dalam contoh ini, Sijil ASB anda seharusnya bernilai RM100,000.00 8 Saya mencadangkan bank RHB untuk kemudahan Overdraft ini adalah kerana, buat masa sekarang bank RHB menawarkan pelepasan duit yang tertinggi dengan kadar interest kiraan harian (daily rest) yang terendah. 9 Overdraft (OD) berfungsi seperti Akuan Semasa tetapi anda akan dikenakan Interest berdasarkan hanya kepada jumlah duit yang anda gunakan sahaja.

Page 9: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 8 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

daripada nilai Sijil ASB ke dalam Akuan Semasa-Overdraft (OD)

anda. Dalam kes ini, anda akan mendapat cairan duit sebanyak RM95,000.00 yang boleh anda gunakan pada bila-bila masa.

Sebelum saya meneruskan langkah-langkah penting seterusnya, adalah lebih baik jika diterangkan terlebih dahulu apakah Overdraft (OD) yang dimaksudkan dan bagaimana pula pengiraan interest atas penggunaan Overdraft (OD) itu.

Page 10: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 9 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

7. Overdraft (OD)

Kemudahan OD ini merupakan alat (tools) yang sering digunakan oleh ahli-ahli perniagaan untuk mendapatkan cairan wang yang diperlukan dalam satu-satu perniagaan. Pihak bank biasanya menawarkan kemudahan OD dengan nilai tertentu bergantung kepada cagaran harta yang ada. Sebagai contohnya:

1) OD bercagarkan Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

2) OD bercagarkan hartanah seperti rumah dan tanah

3) OD bercagarkan Sijil ASB (RHB Bank-fokus utama ebook ini)

Nota: Kadar Interest yang ditawarkan oleh RHB adalah = BLR + 0% = 6.75% setahun dengan kiraan Daily Rest

Kebanyakan dari bank-bank utama di Malaysia ada menawarkan

kemudahan OD ini. Kelebihan utama penggunaan OD ialah anda boleh menggunakan duit OD tersebut tanpa menjejaskan dividen tahunan yang anda akan perolehi dari Simpanan Tetap ataupun ASB anda. Kelebihan menggunakan OD bercagarkan Sijil ASB: Anda mempunyai pelaburan ASB bernilai RM100,000.00. Anda perlu menggunakan sebahagian dari duit tersebut (contohnya RM20,000.00). Jika anda tidak menggunakan OD, anda perlu menebus pelaburan ASB anda sebanyak RM20,000.00 untuk mendapatkan duit tunai, maka

pelaburan ASB anda akan berkurang menjadi RM80,000.00 sahaja.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, setiap awal bulan januari setiap tahun, PNB akan membayar dividen dan bonus untuk pelabur-pelabur ASB. Pada masa pengiraan dividen dan bonus ASB tersebut, pihak PNB hanya akan membayar kepada anda jumlah dividen dan bonus berdasarkan pelaburan anda yang berjumlah RM80,000.00 sahaja. Sekiranya anda menggunakan kemudahan OD bercagarkan sijil ASB, anda boleh menggunakan duit sebanyak RM20,000.00 itu pada bila-bila masa

yang anda kehendaki. Pada masa yang sama juga, pihak PNB akan membayar dividen dan bonus anda berdasarkan pelaburan ASB anda yang

berjumlah RM100,000.00. Harus diingat, anda tidak menebus pelaburan ASB di sini, Sijil ASB anda (bernilai RM100,000.00) yang dipegang oleh pihak bank (RHB) masih dengan nilaian yang sama. Contoh Pengiraan Kasar (berdasarkan Pelaburan ASB anda RM100,000.00 yang bermula pada 2 Januari 2008 dan anda perlu menggunakan duit sebanyak RM20,000.00 pada 1 Julai 2008 dan PNB membayar dividen pada untuk tahun pelaburan 2008 sebanyak 8%

Kes Tidak Menggunakan OD

Page 11: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 10 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Dividen ASB yang anda akan perolehi pada Januari 2009 adalah sebanyak: RM80,000.00 X 8% = RM6,400.00 sahaja

1) Kes Menggunakan OD

Dividen ASB yang anda akan perolehi pada Januari 2009 adalah sebanyak:

RM100,000.00 X 8% = RM8,000.00 sahaja

Di sini anda telah mendapat lebihan dividen berbanding dengan kes 1 sebanyak = RM1,600.00 Tapi, perlu diingat…anda sebenarnya dikenakan interest ke atas jumlah penggunaan OD sebanyak RM20,000.00 tersebut bermula pada 2 Julai 2007 dengan kadar interest BLR + 0% (RHB) setahun10 dengan kiraan Daily Rest.

Kadar BLR semasa = 6.75, oleh itu kadar interest OD = 6.75% setahun.

Interest OD setahun = 6.75% � untuk sebulan = 6.75 % / 12 = 0.5625 % � untuk sehari = 6.75 % / 12 / 30 = 0.01875 % Oleh itu, jika anda menggunakan OD sebanyak RM20,000.00 bermula dari 2 Julai 2008, MAKSIMUM interest OD yang dikenakan ke atas anda sebulan adalah:

RM20,000.00 X 0.5625 %= RM112.50 sebulan (bermula

Julai)

Jumlah RM112.50 ini akan ditolak dari OD anda setiap bulan selama mana anda tidak menggantikan balik duit RM20,000.00 yang anda keluarkan itu. Bagaimanapun, anda usah bimbang kerana itulah jumlah interest maksimum yang ditolak daripada OD anda setiap bulan. Selagi anda mempunyai pendapatan tetap, jumlah ini boleh dikurangkan kerana anda perlu memasukkan semua duit hasil pendapatan bulanan anda setiap bulan ke dalam akuan OD tersebut dan seterusnya akan mengurangkan lagi jumlah interest OD yang dikenakan. Kaedah ini akan saya perjelaskan di bab yang

seterusnya.

10 Interest OD sentiasa berubah-ubah. Dalam 2 tahun kebelakangan ini, RHB menawarkan interest pada kadar BLR+0% dan BLR+0.25% bergantung pada promosi semasa.

Page 12: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 11 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Secara dasarnya, anda masih lagi untung kerana dividen ASB yang anda akan perolehi adalah lebih besar berbanding

dengan kadar interest OD yang dikenakan.

OD yang bercagarkan hartanah kurang sesuai digunakan kerana hartanah

tersebut tidak mendatangkan apa-apa pulangan dari segi dividen dan bonus sebagaimana ASB. Untuk membolehkan anda memohon kemudahan OD ini, anda perlu memastikan nama anda tidak disenaraihitamkan oleh pihak bank atau institusi kewangan. Sekiranya anda telah disenaraihitamkan, pemohonan OD anda tidak akan diluluskan oleh pihak bank (dlm contoh ebook ini ialah Bank RHB).

Anda perlu menggunakan nama pihak ketiga (isteri, saudara atau kawan)

untuk memohon kemudahan OD tersebut. Tapi sebelum itu, anda perlu membuat Sijil ASB atas nama pihak ketiga. Nama pada Sijil ASB dan nama pemohon OD mestilah sama. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, sesudah anda memohon kemudahan OD (Bank RHB), pada kebiasaannya permohonan anda akan diluluskan selepas tempoh seminggu. Kebanyakan cawangan RHB, anda hanya perlu membawa Sijil ASB dan Kad Pengenalan anda sahaja semasa membuat permohonan OD ini, penyata gaji bulanan atau Borang EA tidak diperlukan sama sekali. Bagaimanapun ada juga sesetengah cawangan

RHB yang memintanya. Ianya bergantung kepada pegawai bank yang bertugas pada masa itu.

Page 13: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 12 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Pihak RHB akan memanggil anda untuk menandatangani borang-borang

perjanjian yang berkenaan. Anda perlu membayar sebanyak +- RM50.00 yuran pemprosesan. Selepas segalanya selesai, anda akan diberi tiga benda, iaitu:

1) Kad ATM – Untuk pengeluaran duit, sebagaimana kad-kad ATM yang biasa anda gunakan.

2) Buku Cek – Untuk urusan pengeluaran cek anda nanti

3) Kad Dotcom – Untuk Perbankan Internet

Nota : Sila dapatkan penjelasan lanjut dengan pegawai bank tentang

cara penggunaan ketiga benda tersebut sekiranya anda tidak pasti,

terutamanya Kad Dotcom untuk Perbankan Internet.

Perlu diingat, anda masih belum boleh mengeluarkan duit anda lagi

selepas selesai semua itu. Pihak RHB biasanya mengambil masa di antara 2 hingga 3 minggu untuk memasukkan duit sebanyak 95% dari nilaian

Sijil ASB yang anda cagarkan. Selepas tempoh tersebut (2-3 minggu) anda boleh memeriksa status akuan OD anda di ATM-ATM ataupun melalui Perbankan Internet RHB (www.rhbbank.com.my). Setelah duit sebanyak RM95,000.00 (Sijil ASB yang dicagarkan RM100,000.00) dimasukkan ke akuan OD anda, maka bermulalah satu episod baru dalam pengurusan kewangan anda!!!

Page 14: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 13 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

8. Cara-Cara Menggunakan OD

Katakan, pihak RHB telah memasukkan duit sebanyak RM95,000.00 ke dalam akuan OD anda. Langkah 1 Sila semak semua surat-surat perjanjian pinjaman anda, samada pijaman perumahan, kereta, peribadi, pinjaman pelajaran, kad-kad kredit dan

sebagainya.

Sila pastikan setiap Due Date pinjaman yang anda ada dan buatkan satu senarai penuh semua pinjaman tersebut seperti di bawah (contoh) dan tampal di tempat yang anda senang lihat supaya anda sentiasa ingat pada setiap Due Date bayaran bulanan anda. Contoh Jadual yang anda boleh buat: Jadual 1 No Jenis Pinjaman Bank Jumlah Bayaran

Bulanan (RM)

Due Date

1 Rumah 1 Ambank 1,200.00 21hb

2 Rumah 2 Public Bank 800.00 23hb

3 Kereta 1 Maybank 800.00 24hb

4 Kereta 2 Maybank 500.00 24hb

5 Pinjaman Peribadi 1 Bank Rakyat 350.00 25hb

6 Pinjaman Peribadi 2 BSN 350.00 27hb

7 Pinjaman Pelajaran Mara 200.00 28hb

8 Kad Kredit 1 RHB - 28hb

9 Kad Kredit 2 CIMB - 30hb

Nota:

1) Bayaran bulanan Kad Kredit bergantung pada jumlah penggunaan. Saya

akan perjelaskan nanti cara-cara yang betul menggunakan kad kredit

tanpa dikenakan interest walau satu sen pun.

2) Sebaiknya cuba susun senarai mengikut Due Date.

3) Due Date adalah perkara yang paling penting untuk anda ingati!!!

Langkah 2

Sila periksa penyata setiap kad kredit anda, adakah anda mempunyai hutang-hutang lapuk kad kredit yang dikenakan intetest yang tinggi setiap bulan disebabkan oleh kebiasaan anda membayar kad kredit dengan bayaran minimum.

Jika anda mempunyai masalah ini, ianya ini perlu diselesaikan segera, jangan bertangguh!!!

Page 15: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 14 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Oleh kerana anda telah memasukkan jumlah hutang kad-kad kredit ini

dalam pengiraan rezab duit yang diperlukan (rujuk bab Konsep Kewangan), anda sebenarnya mempunyai dua (2) cara11 untuk menyelesaikan masalah hutang-hutang kad kredit anda.

Cara 1 : Dengan cara memohon kaedah ‘Balance Transfer’ kad kredit yang biasanya banyak ditawarkan oleh bank-bank utama. Bagaimana pun, anda seharusnya cuba memohon ‘Balance Transfer’ dengan Zero (0) Interest untuk tempoh bayaran

sekurang-kurangnya setahun. Lagi lama tempoh bayaran balik dengan Zero (0) Interest ini adalah lebih baik. Paling

penting adalah 0 interest!!! Apabila anda menggunakan kaedah balance transfer ini, anda

perlu membuat bayaran bulanan dengan jumlah bayaran yang TEPAT pada setiap Due Date. Jangan lambat dan jangan bayar lebih dari jumlah bayaran yang sepatutnya. Bayar hanya menggunakan cek OD.

Buat bayaran setiap bulan sehingga anda menyelesaikan semua hutang-hutang Balance Transfer itu mengikut tempoh

yang ditetapkan…INGAT, JANGAN TERTUNGGAK SEBARANG BAYARAN!!!

Semua bayaran bulanan anda ini menggunakan duit dari akuan OD…tapi dibayar melalui cek (tarikh cek tersebut mestilah sama dengan tarikh due date anda)

Cara 2: Sekiranya anda tidak berjaya memohon kaedah balance

transfer seperti di atas, anda MESTI menyelesaikan juga semua hutang-hutang lapuk kad kredit anda dengan cara membayar semua sekali hutang itu menggunakan Cek dari

akuan OD anda. Sebaiknya cuba adakan rundingan dengan pihak bank untuk mendapatkan sedikit potongon kerana

anda ingin menyelesaikan hutang-hutang kad kredit anda secara ‘lump sum’. Kebiasaannya pihak bank akan memberi sedikit potongan, jangan lepaskan peluang ini!!!

Langkah 3 Anda sekarang telah menyelesaikan segala hutang-hutang kad kredit (interest yang paling tinggi) dan anda juga telah mempunyai senarai lengkap segala hutang-hutang bulanan anda selama ini….bagus!!!!

Sekarang, yang perlu anda buat adalah mematuhi senarai bayaran yang perlu anda buat setiap bulan. Gunakan kemudahan Cek (OD) untuk

membuat setiap bayaran supaya anda mempunyai rekod yang lebih jelas dan terang.

11 Cara 1 adalah lebih baik dari Cara 2,bagaimanapun, hutang kad kredit MESTI diselesaikan dengan segera kerana interest yang dikenakan adalah terlalu tinggi.

Page 16: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 15 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Ingat, tarikh pada Cek yang dikeluarkan itu mestilah sama dengan tarikh

‘Due Date’ setiap bayaran anda dan buat bayaran dengan jumlah yang setepatnya (hingga ke angka sen…). Anda sebenarnya boleh mengeluarkan duit tunai di mesin-mesin ATM dan membuat semua bayaran tersebut, tetapi adalah lebih baik anda menggunakan kemudahan Cek, kerana:

1) Dapat membuat bayaran degan jumlah yang tepat.

2) Mengurangkan interest OD anda. (kalau keluarkan tunai, pada

hari yang sama interest OD sudah mula dikira, tapi guna cek, sekurang-kurangnya anda ada masa 3 hari sebelum cek itu ditunaikan oleh bank, maka anda telah jimat 3 hari interest OD. Penjimatan yang berterusan akan lebih menguntungkan anda!!!)

3) Anda boleh memantau setiap sen duit anda.

Mulai sekarang, anda tidak perlu lagi menunggu gaji anda, semua

bayaran bulanan yang sepatutnya anda buat (pada Due Date) boleh diselesaikan dengan menggunakan duit OD anda.

Page 17: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 16 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Setelah anda menjelaskan semua bayaran bulanan anda pada Due Date

masing-masing, tiba lah masanya anda perlu membuat Simpanan Tetap Bulanan anda.

Keluarkan duit OD (guna Kad ATM RHB) anda sebanyak 20% hingga 40%12 dari gaji anda untuk untuk melabur ke dalam ASB pada setiap 30 Haribulan13 sebagai simpanan tetap…Ingat, Jangan Tertinggal!!!

Ingat: Tarikh 30haribulan = Tarikh menyimpan di ASB14 Pada keesokannya, iaitu pada 31 haribulan atau 1 haribulan, masukkan

semua pendapatan bulanan anda ke dalam akuan OD untuk menambah semula nilai OD anda yang telah susut kerana anda telah pun

menggunakan OD tersebut untuk menjelaskan segala bayaran bulanan (mengikut Due Date) dan melabur ke ASB (pada 30hb) sebelumnya. Samada nilai OD anda akan balik ke nilai asal ataupun tidak adalah bergantung pada jumlah bayaran bulanan + perbelanjan harian (saya belum cerita lagi bab ini) + simpanan bulanan berbanding gaji/pendapatan yang anda masukkan balik ke OD. Sekarang, anda seharusnya merasa amat tenang kerana:

Tidak lagi mempunyai hutang-hutang kad kredit yang

membebankan.

Mampu menjelaskan hutang-hutang bulanan anda tanpa tertangguh ataupun menunggu keluarnya gaji.

Mampu membuat simpanan tetap setiap bulan.

Dapat hidup dengan lebih tenang kerana tiada lagi panggilan-panggilan telefon meminta hutang.

12 Jumlah simpanan yang perlu anda buat bergantung pada jumlah hutang dan perbelanjaan bulanan anda berbanding dengan gaji anda, dan bergantung juga pada jumlah OD anda. Cara pengiraannya akan saya perjelaskan di bab-bab yang seterusnya. 13 Jika 30hb itu jatuh pada hari sabtu atau ahad, laburlah dalam ASB pada hari jumaat atau khamis sebelumnya…lagi sekali saya ingatkan, anda Jangan Tertinggal tarikh ini!!! 30hb itu merupakan tarikh dimana PNB mula mengira dividen& bonus bulanan dan tarikh ini boleh berubah-ubah mengikut ketetapan pihak PNB. 14 Simpanan bulanan dengan membeli ASB (buku) dan tidak perlu dibuat sijil

Page 18: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 17 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Untuk perbelanjaan harian anda seperti rokok, duit poket, gula-gula atau

apa-apa sahaja yang difikirkan perlu, anda boleh mengeluarkan duit tunai dari OD (ATM) pada bila-bila masa yang anda kehendaki. Anda seharusnya menentukan berapakah jumlah duit tunai bulanan yang anda perlukan. Sebolehnya tetapkan perbelanjaan tunai bulanan anda. Saya mencadangkan anda mencatat segala perbelanjaan tunai anda dlama Buku 555. Catatkan semua perbelanjaan tunai (sahaja) anda,

supaya anda akhirnya tahu berapa keperluan tunai anda sebulan.

Tujuan utama anda perlu berbuat begini ialah supaya anda tahu ke mana perginya setiap sen duit anda dan anda hanya berbelanja jika perlu. Sebolehnya jangan berbelanja lebih dari keperluan anda!!!

Walau macam mana canggih pun sistem yang anda ada, jika perbelanjaan anda tidak terkawal, akhirnya anda akan gagal dalam mengawal kewangan anda dengan sempurna.

Walaupun perkara ini sangat remeh dan menyusahkan, tapi ianya sangat perlu untuk anda laksanakan terutamanya di perigkat-peringkat awal pengurusan kewangan anda…lakukan, walaupun anda kurang menyukainya. Anda terpaksa belajar menjadi kedekut walaupun itu bukan kehenda anda. Saya tidak menyuruh anda mengikat perut…anda sendiri yang tentukan berapa keperluan tunai anda sebulan…maka anda perlu

disiplin dan ikut apa yang anda telah tetapkan.

Lama kelamaan anda akan biasa dengannya…InsyaAllah!!! Jika setiap bulan anda dapat berjimat, lebihan duit tersebut perlu dimasukkan ke dalam ASB bersama dengan simpanan tetap anda pada setiap 30 haribulan, dengan itu anda telah berjimat dan seterusnya menambah simpanan bulanan anda. Dengan cara ini, anda akan sentiasa cuba untuk berjimat dengan cara

berhati-hati dalam berbelanja.

Contohnya: Anda telah tetapkan keperluan tunai anda sebulan = RM500.00 Pada 30hb, anda Cuma belanja (duit tunai tu) = RM400.00 Maka, lebihan RM100.00 itu, anda perlu beli ASB bersama simpanan tetap anda pada 30hb (20% hingga 40%) yang saya nyatakan sebelumnya.

Page 19: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 18 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

9. Kad Kredit & Penggunaannya

Saya mewajibkan anda menggunakan kad kredit supaya pengurusan kewangan anda menjadi lebih mantap. Anda boleh menggunakan semua jenis kad kredit yang ada samada Mastercard, Visa ataupun kad Debit yang dikeluarkan oleh bank-bank utama. Jikalau anda belum lagi mempunyai sebarang kad kredit, sila pohon dari mana-mana bank yang anda suka. Sebaiknya gunakan kad

kredit yang tidak mengenakan sebarang yuran tahunan.

Jika anda pernah menggunakan kad kredit, sila perhatikan pada penyata bulanan anda. Di situ pasti ada tercatat dua tarikh yang penting iaitu:

1) Statement Date (SD) 2) Due Date (DD)

Perhatikan dua tarikh ini betul-betul, jarak masa antara kedua tarikh ini

adalah 20 hari.

Contohnya: Kad Kredit 1 (Maybank) Statement Date = 05hb Januari 2008 Due Date mesti = 25hb Januari 2008

Penting : Anda hanya boleh menggunakan kad kredit 1 anda pada 6hb Januari 2008 (sehari selepas SD) hingga 25hb Januari 2008 (DD), iaitu selama 19 hari sahaja. Selain dari tarikh ini, JANGAN sekali-kali anda

menggunakan kad kredit 1 tersebut.

Anda hanya boleh menggunakan semula kad kredit 1 lagi pada 6hb

Februari 2008 sehingga 25hb Februari 2008, juga selama 19 hari, dan begitulah untuk bulan-bulan yang seterusnya.

Maksudnya, untuk satu kad kredit, anda hanya boleh menggunkannya selama 19 hari sahaja dalam sebulan. Saya mencadangkan anda supaya menggunakan 2 kad kredit yang berlainan, misalnya kad kredit 1 dari Maybank (dengan contoh SD dan DD seperti di atas) dan kad kredit 2 dari RHB dengan Statement Date dan Due Date yang berlainan supaya anda boleh menggunakan kad kredit

sepanjang masa untuk perbelanjaan-perbelanjaan tertentu.

Page 20: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 19 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Kad Kredit 2 (RHB)

Statement Date = 25hb Januari 2008 Due Date = 15hb Februari 2008 Kalau anda perhatikan, SD & DD untuk kedua-dua kad kredit (dlm contoh ini) adalah berlainan. Ini perlu disesuaikan betul-betul. Anda boleh memohon dengan pihak bank yang mengeluarkan kad kredit ke2 (terutamanya) supaya memberi SD & DD seperti yang anda kehendaki.

Sebaik sahaja anda habis menggunakan kad kredit 1 (hari terakhir guna

pada 25hb Januari 2008) keesokkannya anda boleh menggunakan kad kredit 2 pula sehinggalah 15hb Februari 2008. Pada 6hb Februari 2008 hingga 15hb Februari 2008, anda boleh menggunakan kedua-dua kad kredit anda mengikut kehendak anda, tetapi pada 16hb Februari 2008 hingga 25 Februari 2008, hanya kad kredit 1 yang boleh digunakan….paham???

Page 21: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 20 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Sila rujuk gambar rajah di bawah:

Untuk Kad Kredit 1

Lagi sekali dijelaskan:

Sebaik sahaja anda habis menggunakan kad kredit 1 (hari terakhir guna pada 25hb Januari 2008) keesokkannya anda boleh menggunakan kad

kredit 2 pula sehinggalah 15hb Februari 2008. Pada 6hb Februari 2008 hingga 15hb Februari 2008, anda boleh menggunakan kedua-dua kad kredit anda mengikut kehendak anda, tetapi pada 16hb Februari 2008 hingga 25 Februari 2008, hanya kad kredit 1

yang boleh digunakan….dan begitulah seterusnya

SD: 5hb Jan SD: 5hb Feb DD: 25hb Jan

Tempoh: 20 Hari

DD: 25hb Feb

Masa: 20 Hari

Mula guna: 6hb Jan

Akhir guna: 25hb Jan

Tempoh guna: 19 Hari Jan

Hari

Jangan Guna Tempoh guna: 19 Hari

Jan Mula guna: 6hb Feb

Akhir guna: 25hb Feb

Buat Bayaran Pada Tarikh Ini, Semua Jumlah Yang Anda gunakan melalui Kad Kredit 1 bermula dari 6hb Januari 2008 hingga 25hb Januari 2008 Dengan Menggunakan Cek OD. Pastikan betul-betul tarikh ini supaya anda tidak lambat membuat bayaran untuk mengelak bayaran tambahan yang tidak sepatutnya!!! Begitulah untuk bulan-bulan seterusnya.

Untuk Kad Kredit 2

SD: 25hb Jan DD: 15hb Feb

Tempoh: 20 Hari

Tempoh guna: 19 Hari Jan

Mula guna: 26hb Jan

Akhir guna: 15hb Feb

Jangan Guna

SD: 25hb Feb

Mula guna: 26hb Feb

SD: 25hb Feb

Akhir guna: 15hb Feb

Tempoh: 20 Hari

Tempoh guna: 19 Hari Jan

Buat Bayaran Pada Tarikh Ini, Semua Jumlah Yang Anda gunakan melalui Kad Kredit 2 bermula dari 26hb Januari 2008 hingga 15hb Februari 2008 Dengan Menggunakan Cek OD. Pastikan betul-betul tarikh ini supaya anda tidak lambat membuat bayaran untuk mengelak bayaran tambahan yang tidak sepatutnya!!! Begitulah untuk bulan-bulan seterusnya.

DD: 15hb dis

Page 22: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 21 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Dengan cara penggunaan kad kredit seperti yang dijelaskan tadi, anda

sebenarnya perlu membuat bayaran kad-kad kredit sebanyak 2 kali dalam tempoh sebulan, kerana anda menggunakan 2 kad kredit yang berlainan. Dengan cara ini juga, anda sebenarnya telah menggunakan kemudahan kredit yang diberi oleh pihak bank secara ‘in advance’ dengan sebaik-baiknya tanpa perlu membayar apa-apa interest. Anda Cuma membayar jumlah yang anda telah gunakan, tiada lebihan bayaran yang akan dikenakan ke atas anda oleh pihak bank, pendek kata phak bank akan

pening kepala macam mana untuk mengenakan keuntungan ke atas anda!!!

Lagi sekali saya jelaskan, anda boleh menggunakan sebarang kad kredit dari mana-mana bank yang anda suka. Kad kredit Maybank dan RHB yang saya terangkan tadi hanyalah contoh semata-mata. Kautlah seberapa banyak mata ganjaran yang anda suka dari mana-mana bank.

AMARAN: JANGAN SEKALI-KALI ANDA MENGELUARKAN DUIT MENGGUNAKAN KAD KREDIT ANDA!!!

Page 23: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 22 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

10. Perbelanjaan Yang Menggunakan Kad Kredit

Pada bab sebelumnya, telah dijelaskan tarikh dan hari yang mana anda boleh menggunakan kad kredit dan perlu membuat bayaran. Pohonlah kad kredit dari mana-mana bank yang anda suka, yang paling penting bincang dengan pihak bank untuk mendapatkan Statemet Date (SD) dan Due Date (DD) yang bersesuaian dengan anda. Berikut adalah senarai perbelanjaan di mana anda seboleh-bolehnya

dikehendaki menggunakan kad kredit.

1) Bil-bil utiliti seperti letrik, air, astro, handphone, cukai pintu/tanah, IndahWater, Streamyx dan sebagainya.

2) Minyak Kereta dan servis/baiki kenderaan.

3) Barang-barang rumah/dapur seperti beras, gula, susu bayi,

lampin.

4) Pakaian dan kosmetik.

5) Hotel dan percutian.

6) Apa-apa sahaja perbelanjaan yang boleh menggunakan kad kredit.

Daripada senarai di tersebut, anda perlu menentukan jumlah penggunaan kad kredit anda untuk tempoh sebulan, katakan RM1,000.00, maka anda

sebaik-baiknya cuba kekalkan jumlah ini untuk mendisiplinkan perbelanjaan anda.

Gunalah kedua-dua kad kredit tadi dalam jumlah gabungan sebanyak RM1,000.00 sahaja selama sebulan, mungkin anda menggunakan kad kredit 1 sebanyak RM600.00 dan kad kredit 2 sebanyak RM400.00 ataupun dalam apa-apa jumlah yang anda sukai…yang penting, jumlah penggunaan kad kredit anda tidak lebih dari RM1,000.00 sebulan. Sekiranya anda boleh mengurangkan lagi penggunaan kad kredit (sebab anda berjimat) itu adalah lebih baik untuk anda.

Anda juga boleh memohon kad kredit sampingan (supplementary card) untuk digunakan oleh isteri atau siapa saja yang anda mahu, tetapi anda

perlu mengawal penggunaannya supaya tidak lebih daripada bajet asal anda iaitu RM1,000.00 sebulan.

Page 24: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 23 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

11. Perbelanjaan Yang Tidak Termasuk Dalam Bajet Bulanan

Kadang kala anda mungkin perlu untuk membeli apa-apa yang tidak termasuk dalam bajet bulanan anda, seperti TV baru, mesin basuh, perabut dan sebagainya. Kalau anda perhatikan, saya tidak menyatakan cara untuk anda berbelanja seperti ini, bagaimana pun anda sebenarnya mampu untuk membeli apa sahaja yang anda mahukan bergantung pada nilai OD yang

masih ada.

Lagi sekali saya ingatkan, anda sepatutnya berjimat cermat dalam segala perbelanjaan anda bak kata orang “ukur baju pada badan sendiri”. Sekiranya anda rasakan anda perlu membeli sebuah TV yang baru, atau pun meja makan yang baru….teruskan niat anda, kerana saya tidak akan menghalangnya. Cuma yang perlu anda lakukan ialah tengok keupayaan kewangan anda, adakah anda mampu untuk membeli TV LCD 50” atau pun cuma sebuah TV 14”, anda yang menentukan.

Saya tidak mampu menghalang anda, dan sememangnya anda telah lama

berkeinginan untuk memiliki sebuah TV LCD 50”, maka teruskan hasrat anda itu. Pergi ke Seng Heng atau mana-mana kedai yang yang menawarkan pembelian TV tersebut (atau apa-apa sahaja barang yang anda hendak beli) secara pembayaran dengan kad kredit dengan zero (0) interest. Sebolehnya ambil tempoh pembayaran yang paling lama tapi dengan syarat zero (0) interest payment. Anda sebenarnya mampu untuk membayar secara tunai (TV LCD 50’15) itu

dengan OD anda, tetapi adalah lebih baik anda membayar secara easy payment ( dengan 0 interest) untuk mengurangkan interest OD anda.

Contoh: Harga TV LCD 50” = RM6,000.00 Jika anda membayar secara tunai, anda perlu mengeluarkan RM6,000.00 dari OD anda dan bermula dari tarikh itu anda dikenakan interest OD ke atas jumlah RM6,000.00 yang anda keluarkan itu. Sekiranya anda membayar secara easy payment kad kredit untuk tempoh

setahun misalnya, anda cuma membayar RM500.00 sebulan (guna cek dari OD) kepada bank kad kredit anda, maka interest OD anda hanya

dikira atas jumlah RM500.00 sahaja dan hanya bermula pada bulan ke 2 (rujuk cara bayaran kad kredit sebelumnya) dan tentunya jumlah interest ini jauh lebih kecil dari cara anda membayar tunai.

15 Ini hanyalah contoh pembelian semata-mata!!!

Page 25: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 24 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Kesimpulannya, seboleh-bolehnya gunakan kad kredit anda untuk apa sahaja pembelian kerana ini akan membantu mengurangkan

interest OD.

Nota : Jangan takut menggunakan kad kredit, jika anda mengikuti kaedah

yang saya terangkan iaitu, bila boleh guna, berapa banyak nak

guna, kad mana yang boleh guna dan bila masa

membayarnya…anda sebenarnya telah mengambil kesempatan

atas kemudahan yang ditawarkan oleh pihak bank tanpa

melakukan apa-apa kesalahan. Anda tidak memberi sebarang

peluang kepada pihak bank untuk mengenakan apa-apa bayaran

yang tidak perlu ke atas anda.

Statement Date dan Due Date mungkin berubah-ubah bergantung

pada jumlah hari dalam sebulan, sila perhatikan betul-betul.

Page 26: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 25 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

12. Menentukan Jumlah Simpanan Tetap Bulanan

Anda sebenarnya boleh mengira berapa jumlah simpanan bulanan yang anda boleh buat pada setiap 30hb (membeli ASB) setiap bulan. Lagi besar nilai OD anda, maka lagi tinggi simpanan bulanan yang anda boleh buat. (rujuk kepada Konsep Kewangan – kiraan yang diterangkan di sana adalah merupakan jumlah OD Minimum yang anda perlukan) Balik pada contoh asal, iaitu OD anda berjumlah RM95,000.00 Katakan:

1) Jumlah bayaran bulanan anda (rumah, kereta, kad kredit, pinjaman

peribadi dan sebagainya) = RM4,500.00 2) Perbelanjaan Tunai = RM500.00 Jumlah Perbelanjaan Bulanan = RM5,000.00

Semua Gaji/Pendapatan Bulanan = RM 5,000.00 Perbelanjaan anda adalah sama dengan jumlah pendapatan anda…tanpa adanya OD, adalah mustahil anda mampu membuat simpanan bulanan.

Duit gaji anda Cuma cukup-cukup untuk sebulan perbelanjaan.

Sekiranya anda membuat simpanan bulanan sebanyak = RM1,000.00 maka; perbelanjaan bulanan + simpanan = RM6,000.00 tapi, gaji anda Cuma RM5,000.00

maka;

setiap bulan nilai OD anda akan susut sebanyak RM1,000.00 sebulan dan pada bulan ke 2 (selepas semua perbelanjaan dan duit gaji sudah dimasukkan ke dalam OD) nilai OD anda menjadi RM94,000.00 (asalnya RM95,000.00) dan seterusnya.

Page 27: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 26 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Pada kadar susut RM1,000.00 sebulan, OD anda hanya akan habis selama

lebih kurang 90 bulan, tetapi selepas tempoh tersebut jumlah simpanan bulanan anda juga telah meningkat dan pada masa yang sama anda tetap

akan menerima dividen & bonus tahunan ASB (yang dibayar oleh PNB) ke atas Sijil ASB yang dipegang oleh RHB Bank dan juga dividen & bonus simpanan ASB bulanan anda. Anda sebenarnya boleh menambah simpanan bulanan anda kepada RM2,000.00 sebulan…maka kadar susut OD anda juga akan bertambah iaitu pada bulan ke 2, nilai OD anda menjadi RM93,000.00 dan

seterusnya.

Jika anda membuat simpanan sebanyak RM3,000.00 sebulan, nilai OD anda pada bulan ke 2 menjadi RM92,000.00 dan seterusnya. Apa yang paling penting di sini ialah, anda perlu menentukan jumlah

simpanan bulanan anda supaya nilai OD anda dapat bertahan sekurang-kurangnya dua (2) tahun, supaya anda boleh mendapat dividen & bonus

ASB sebanyak 2 kali (PNB membayar dividen & bonus setiap awal bulan Januari). Jika nilai OD anda telah susut, anda perlu menambah balik nilai OD tersebut supaya ianya dapat bertahan balik untuk setahun lagi. Cara menambah balik nilai OD ialah dengan mengeluarkan sebahagian dari duit dividen & bonus ASB yang dibayar oleh PNB dan memasukannya ke dalam akuan OD. Selepas itu, lakukan proses yang sama iaitu membuat bayaran bulanan dan berbelanja, membuat simpanan dan

sebagainya sehinggalah anda mendapat dividen & bonus tahun seterusnnya.

Proses ini merupakan proses yang berterusan, dengan cara ini anda sendiri boleh menentukan berapakah jumlah simpanan yang mampu anda lakukan. Anda juga perlu berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja…belanja apa yang perlu sahaja!!

SEMUA PENERANGAN SAYA SEBELUM INI ADALAH UNTUK PERBELANJAAN SEISI RUMAH (bagi yang telah berkahwin). ANDA BOLEH MENGABUNGKAN PERBELANJAAN ANDA DAN ISTERI ANDA

PADA SATU AKUAN OD ATAU PUN MEMBUAT 2 AKUAN OD YANG BERASINGAN MENGIKUT KESESUIAN ANDA.

Page 28: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 27 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

13. Teknik Tambahan Membuat OD Ini merupakan teknik tambahan yang membolehkan anda mendapat keuntungan maksimum melalui dividen & bonus ASB. Anda hanya boleh menggunakan teknik ini sekiranya:

1) Jumlah pendapatan anda > Jumlah perbelanjaan bulanan anda

2) Nilai OD > 6 bulan Gaji (rujuk Konsep Kewangan) Sekiranya anda memenuhi kriteria di atas, anda sebenarnya mampu untuk membuat teknik tambahan ini. Berbalik kepada contoh asal di mana anda mempunyai Sijil ASB yang bernilai RM100,000.00.

Selepas anda membuat Sijil ASB tersebut (saya namakan Sijil ASB 1), anda perlu membawa sijil ini ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk

memohon pinjaman peribadi bercagarkan Sijil ASB 1 ini. Pihak BSN menawarkan pinjaman peribadi bercagarkan Sijil ASB dengan kadar interest 5.5% setahun (kadar tetap/ flat rate) untuk tempoh 10 tahun maksimum. Saya nasihatkan anda supaya mengambil tempoh bayaran maksimum iaitu 10 tahun.

Dokumen yang diperlukan hanya lah Sijil ASB 1 tersebut dan Kad Pengenalan anda.

Selepas permohonan anda diproses dan mendapat kelulusan (dengan syarat nama anda tidak disenaraihitamkan) pihak BSN akan memasukan duit sebanyak 95% daripada nilai Sijil ASB 1 ke akuan anda, maka dalam contoh ini, anda akan mendapat duit sebanyak RM95,000.00 dari BSN dalam bentuk pinjaman peribadi. Keluarkan semua RM95,000.00 ini dan beli ASB untuk kali yang ke 2, tukarkan kepada Sijil ASB 2 (bernilai Rm95,000.00), dan bawa Sijil ASB 2 ini ke RHB Bank untuk membuat OD.

Anda sekarang telah mempunyai 2 keping sijil ASB iaitu:

1) Sijil ASB 1 bernilai RM100,000.00 (dipegang oleh BSN-Pinjaman)

2) Sijil ASB 2 bernilai RM95,000.00 (dipegang oleh RHB–OD)

Page 29: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 28 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Oleh kerana and atelah mempunyai 2 keping Sijil ASB yang kesemuanya

berjumlah RM195,000.00, anda sebenarnya telah menggandakan asas dividen & bonus ASB anda. Pihak PNB akan membayar dividen & bonus tahunan anda berdasarkan jumlah RM195,000.00 dan bukan lagi RM100,000.00 sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Bayangkan dividen & bonus ASB tahunan anda….!!!! Pelaburan Pokok ASB16 - maksimum yang dibenarkan hanyalah

RM200,000.00, dan anda telah mempunyai pelaburan sebanyak RM195,000.00. Anda cuma boleh menambah sebanyak RM5,000.00

sahaja, selepas itu anda tidak dibenarkan lagi menambah pelaburan pokok, jadi bagaimana untuk meneruskan simpanan bulanan??? Simpanan bulanan anda boleh dibuat melalui buku ASB isteri anda atau sesiapa sahaja yang anda kehendaki. Anda telah mempunyai satu lagi pinjaman peribadi yang perlu dibayar setiap bulan (pinjaman BSN). Seperti penjelasan yang sebelumnya,

buatlah bayaran pinjaman ini pada Due Date nya dengan menggunakan cek OD sebagaimana anda membayar bayaran bulanan yang lain.

Selepas habis tempoh 10 tahun pinjaman BSN itu, pihak BSN akan memulangkan balik Sijil ASB 1 anda yang bernilai RM100,000.00

itu, ketika itu anda sebenarnya telah mempunyai cairan duit sebanyak RM100,000.00 tunaiiiiiii…..boleh kahwin lain kot!!

16 Dividen & Bonus yang dibayar oleh PNB tidak dikira sebagai pelaburan pokok.

Page 30: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 29 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

14. Pembiayaan Semula Rumah

Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, pembiayaan semula rumah merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan rezab duit untuk membuat OD kerana pinjaman perumahan biasanya menawarkan kadar interest yang rendah berbanding dengan pinjaman peribadi. Cara terbaik untk pembiayaan rumah adalah dengan menggunakan bank yang menawarkan kadar interest kiraan harian (Daily Rest). Ada beberapa

bank buat masa sekarang17 yang menawarkan interest Daily Rest ini, iaitu:

1) Ambank 2) Public Bank

3) OCBC Bank

4) HSBC Bank

5) Citibank

Sila pastikan dengan pegawai bank bertugas, dengan Daily Rest Interest, anda sepatutnya boleh membayar ansuran bulanan rumah anda setiap

dua minggu sekali.

Mengapa anda perlu membayar setaip dua minggu?

Setahun = 52 minggu Setahun = 12 Bulan 12 Bulan = 48 Minggu (anggapkan 4 minggu sebulan) Sebenarnya jika anda membayar setiap 2 minggu anda telah membayar

sebanyak 13 bulan (13 kali kalau bayar ikut bulan) dalam setahun.

Semasa membuat bayaran pertama, anda dinasihatkan membuat bayaran untuk dua (2) bulan.

17 Boleh berubah pada bila-bila masa.

Page 31: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 30 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Contohnya: Anda perlu membayar sebanyak RM1,000.00 sebulan selama 25 tahun pinjaman perumahan.

Semasa bayaran yang pertama, anda bayar RM2,000.00, selepas 2 minggu, anda bayar lagi RM500.00….selepas 2 minggu lagi bayar RM500.00 lagi dan begitulah seterusnya… Dengan cara begini, anda sepatutnya boleh mengurangkan tempoh pinjaman perumahan anda sehingga 4 atau 5 tahun…bayangkan berapa banyak yang boleh anda jimat!!!

Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk pinjaman dengan kiraan interest Daily Rest.

Ada sesetengah bank yang kononnya menawarkan interest Daily Rest,

tetapi anda tidak dibenarkan membayar setiap dua minggu, mereka sebenarnya cuba memerangkap anda. Jangan terpedaya!!! Pastikan, dengan Daily Rest, anda sepatutnya dibenarkan membuat bayaran setiap dua minggu dan akan mengurangkan tempoh pinjaman anda. Sila tanya dengan pegawai bank, supaya anda jelas tentang perkara tersebut. Mungkin ada sesetengah pegawai bank yang tidak tahu mengenainya. Anda sepatutnya merujuk kepada lebih dari seorang pegawai dan yang sebaiknya di cawangan yang berlainan.

Page 32: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 31 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

15. Insuran Perumahan (Mortgage Life Insurance)

Insuran ini sebenarnya diperlukan untuk membayar baki pinjaman perumahan sekiranya si peminjam meninggal dunia sebelum habis membayar pinjaman perumahan. Secara amnya, terdapat dua (2) jenis Insuran Perumahan yang ada dipasaran iaitu:

1) Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)

2) Mortgage Level Term Assurance (MLTA) MRTA adalah insuran perumahan yang kebanyakannya diambil oleh mereka yang membeli rumah. Kebanyakan bank akan mengira bayaran insuran ini dalam keseluruhan pinjaman perumahan iaitu bayaran untuk MRTA ini telah dibayar secara penuh pada peringkat awal pinjaman anda. Insuran ini tidak boleh dipindahkan sekiranya anda ingin membeli rumah lain atau membuat pembiayaan semula rumah. Tiada nilai tunai untuk

anda selepas tamat tempoh.

MLTA pula sedikit berbeza berbanding MRTA, dimana anda diberi pilihan untuk melindungi pinjaman perumahan anda disamping membuat simpanan. Pembayaran untuk MLTA boleh dibuat setiap bulan atau setiap 3 bulan, 6 bulan atau setiap tahun mengikut pilihan anda. Jumlah bayarannya pula bergantung kepada jenis perlindungan yang diambil. Bayaran untuk MLTA adalah lebih tinggi daripada bayarn untuk MRTA. Insuran ini boleh dipindahkan sekiranya anda ingin membeli rumah lain ataupun membuat pembiayaan semula rumah. Anda akan mendapat

pulangan tunai selepas tamat tempoh.

Mengambil MRTA merupakan kesilapan yang paling besar pembeli rumah. Ini adalah kerana:

Ianya hanya membayar baki pinjaman perumahan anda bila berlaku kematian sahaja. Sekiranya anda mengalami kecacatan kekal ataupun mengidap salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, anda tidak akan dibayar satu sen pon. Anda masih lagi perlu memjelaskan bayaran bulanan pinjaman perumahan anda, sedangkan masa itu anda mungkin sudah tidak mampu bekerja.

Nilaian yang semakin menyusut. Secara kasarnya, anda membuat pinjaman perumahan RM100,000.00 untuk tempoh 20

tahun dengan MRTA ‘sum issued’ RM100,000.00. Sekiranya anda meninggal dunia selepas 10 tahun membayar, pihak insuran hanya akan membayar baki pinjaman anda dan pewaris anda akan mendapat rumah yang telah habis dibayar. Mereka sebenarnya hanya membayar RM50,000.00 (anggaran bodoh je ni..) sedangkan nilai asal MRTA anda adalah RM100,000.00.

Page 33: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 32 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Sekiranya anda membuat pembiayaan semula rumah anda, MRTA asal dikira hangus begitu sahaja. Anda terpaksa membeli MRTA yang baru.

Cadangan saya, sekiranya anda membeli rumah, jangan ambil MRTA. Sebaiknya anda membeli Insuran Nyawa yang mengikut jumlah pinjaman perumahan anda. Ianya melindungi anda sekiranya berlaku kematian, kecacatan kekal dan 36 Penyakit Kritikal 18.

Berbalik kepada contoh pinjaman perumahan bernilai RM100,000 selama

20 tahun. Sekiranya berlaku kematian, kecacatan kekal atau pun anda terkena salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, pihak insuran akan membayar sejumlah wang yang tertentu (mengikut jadual insuran berdasarkan jumlah premium yang dibayar) kepada anda ataupun pewaris. Semestinya jumlah yang dibayar ini mampu untuk melangsaikan baki pinjaman anda dan sedikit lebihan tunai untuk anda gunakan. Lebihan tunai tersebut bergantung kepada pilihan yang anda buat semasa membeli insuran tersebut.

Insuran ini juga boleh dipindahkan sekiranya anda membuat pembiayaan

semula perumahan anda. Bagaimana pun, jumlah premium yang dibayar untuk insuran ini adalah lebih tinggi berbanding MRTA. Anda masih mampu untuk membayarnya kerana anda menggunakan kemudahan OD yang sentiasa memberi pulangan dividen & bonus setiap tahun.

MLTA pula lebih kepada insuran dan simpanan. Satu lagi kesilapan jika anda menyimpan di syarikat-syarikat insuran. Sebaiknya, anda menyimpan di ASB, bukannya di insuran.

18 Berdasarkan fakta perubatan, hampir 80% daripada kita akan mengidap salah satu dari 36 Penyakit Kritikal ini menjelang umur 50 tahun…fikir-fikirkan lah!!!

Page 34: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 33 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

16. Insuran Perubatan

Ini merupakan satu keperluan anda dan keluarga. Sekiranya anda tidak dilindungi oleh insuran perubatan melalui syarikat anda bekerja, anda sememangnya perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu insuran perubatan. Pilih lah mengikut kesukaan anda. Hanya insuran perubatan yang diperlukan, jangan sekali-kali menyimpan melalui insuran….simpanan anda hanyalah di ASB.

17. Kesimpulan Anda sepatutnya sudah paham, tahu apa yang perlu dibuat berkenaan dengan ilmu asas pengurusan kewangan.

Anda sepatutnya sudah tahu:

1) Nilai Minimum OD Anda 2) Bagaimana Menggunakan OD Anda

3) Berapa Simpanan Bulanan Yang Anda Boleh Buat

4) Bagaimana Menggunakan Kad Kredit

5) Bila Perlu Membayar Kad Kredit

6) Cara Terbaik Membuat Dan Membayar Pinjaman Perumahan

7) Memilih Insuran Perumahan Yang Terbaik

Perkara paling asas dalam pengurusan kewangan yang baik adalah BERJIMAT dan hanya BERBELANJA JIKA PERLU

Menggunakan OD bercagarkan ASB dan digabungkan dengan penggunaan kad kredit, anda sebenarnya telah mempunyai pakej lengkap Pengurusan Kewangan Yang Betul.

Sekiranya anda masih mempunyai kemuskilan atau keraguan, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan secara peribadi.

Page 35: Ebook - Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang BetulPengurusan Kewangan Yang Betul Satu Penjelasan Lengkap (Versi 001)

oleh: awang 013-3505773

Mukasurat 34 Sila Lawati: Yahoo Messenger: bgy3193

www.bazartudung.com

www.gambirsarawak.com

Saya mungkin akan mengenakan kadar bayaran tertentu bergantung kepada kerumitan masalah kewangan anda. Saya juga tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan pengurusan kewangan anda sekiranya anda tersilap langkah dalam mana-mana bab yang saya ceritakan. Segala penulisan saya ini adalah berdasarkan kepada ilmu yang saya

pelajari dan pengalaman peribadi saya sendiri.

Semoga anda mendapat manfaat dari ebook ini!!!

Kita hanya merancang, yang menentukan hanyalah Allah S.W.TKita hanya merancang, yang menentukan hanyalah Allah S.W.TKita hanya merancang, yang menentukan hanyalah Allah S.W.TKita hanya merancang, yang menentukan hanyalah Allah S.W.T

WassallamWassallamWassallamWassallam

Saya Boleh Dihubungi Melalui:

1) Email : [email protected]

2) Yahoo Messenger : bgy3193

Yang Benar

Penulis: awangawangawangawang (013-3505773)