eBook - Islam Dan Isu Semasa

  • Upload
    pwalakk

  • View
    353

  • Download
    14

Embed Size (px)

Citation preview

Islam dan Isu Semasa

1

Mufti Mesir: Zaman Ini Tidak Kondusif Lagi Perlaksanaan Hudud!30 sept 2011

Oleh: Shamsul Muda Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi. Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

1

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marahHukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Islam dan Isu Semasa

2

Ringkasnya, kenyataan suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ketidaksempurnaan suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan. Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa. Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569) Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan. Zaman ketiadaan saksi Persoalannya di sini, wujudkan saksi-saksi seperti yang dinyatakan, pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini. Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi. Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?2

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, alAllamah Syaikh Ali Jumah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Islam dan Isu Semasa

3

Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jumah dengan jelas menyatakan bahawa, zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]. (Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html) Dalam erti kata lain, zaman yang kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jumah. Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan. Hudud bukan keutamaan Oleh kerana zaman kini tidak memiliki kelayakan untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan. Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat. (Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html) Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jumah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau. Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah.3

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah.

Islam dan Isu Semasa

4

Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jumah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan. Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi signal amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud. Dan, inilah objektif tulisan ini. Ia tidak bertujuan mengikat mana-mana pihak dengan pandangan al-Allamah Mufti Mesir ini! [al-ahkam.net]

4

Islam dan Isu Semasa

5

6 Ciri Zahiriah Gaya Baru

Oleh: Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi

Ciri dan Karakteristik Madrasah Zhahiriyyah Baru Madrasah yang menjadi tren zhahiriyyah ini memiliki ciri serta karakteristik ilmu, pemikiran, dan akhlak yang membedakannya dari madrasah-madrasah lain. Hal itulah yang mempengaruhi orientasi fikih dan amal mereka ketika memilih berbagai pemikiran, menguatkan berbagai pendapat, menghukumi kejadian, situasi, dan orang. Karakteristik tersebut saya rangkum ke dalam enam hal, yaitu: a. Pemahaman dan Penafsiran yang Literal. Literal dalam memahami dan menafsirkan teks-teks tanpa melihat hal-hal yang tersembunyi di dalamnya, baik berupa 'illat dan maksud-maksud yang bisa diketahui oleh seorang peneliti yang mendalam. Jika ancaman yang ada di dalam hadits tentang isbal adalah shahih, di mana Allah tidak akan melihat dan berbicara kepada orang yang isbal di Hari Kiamat,(1) dia akan mendapatkan siksaan yang pedih,(2) mengapa orang yang ada di dalam madrasah ini tidak melihat 'illat yang ada di balik ancaman yang keras tersebut? Apakah hanya isbal saj a seseorang berhak mendapatkan ancaman tersebut? Apakah ia sesuai dengan seluruh logika agama?5

Tidakkah mereka melihat `illat yang ada di balik ancaman tersebut dan bisa memalingkan hati, yaitu "kesombongan", yang dalam beberapa hadits disebutkan dengan sangat jelas?(3) Mutlak harus dikembalikan kepada Muqayyad. Karena, dengan hal itulah hal yang samar akan hilang dan logika agama akan menjadi lurus. Agama memiliki perhatian yang lebih besar

Islam dan Isu Semasa

6

terhadap maksiat yang ada di dalam hati. Meskipun ia tidak dengan serta merta melupakan simbol adab dan etika. Namun, meninggalkan adab-adab dan etika tersebut tidak harus menyebabkan ancaman yang begitu besar. Ancaman tersebut pantas diberikan kepada hal seperti sombong. Karena, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. Namun, madrasah ini tidak mau menyusahkan diri untuk mencari hal seperti itu. Akhimya, ia memahami hadits isbal dengan literal dan berlaku keras kepadanya dan tetap menganggap isbal diancam oleh api neraka dan dimurkai oleh Allah Ta'ala. b. Keras dan Menyulitkan Meskipun tidak mengakuinya, tetapi madrasah ini berlaku keras, ketat, dan berlebihan. Bahkan, mereka berpendapat bahwa hal itu adalah kebenaran yang sesuai dengan dalil! Tidak aneh, dalam sejarah Islam, setiap orang yang keras selalu melihat dirinya sebagai yang paling benar. Kebenaran ada bersama mereka, dan tidak bersama orang lain. Bahkan, meskipun berlebihan dalam agama dan beribadah, baik dalam bentuk shaum dan membaca Al-Qur'an, tetapi Khawarij yang dicela dan diwanti-wanti oleh hadits-hadits shahih tetap saja menghalalkan darah serta harta umat Islam. "Mereka akan membunuh umat Islam dan menyeru penyembah berhala."(4) Kita bisa melihat bahwa mereka selalu memilih pendapat yang paling berat dan susah. Mereka tidak mau mengambil kemudahan (taysir) sebagai manhaj. Bahkan, mereka mencela ulama yang mengajak kepada kemudahan. Menuduh mereka dengan tuduhan memudah-mudahkan dan menyepelekan hukum-hukum agama. Jika dalam sebuah masalah ada dua pendapat, kita melihat mereka selalu mengambil pendapat yang paling berat dan susah. Mereka hampir tidak mengenal rukhshah dalam agama, hukum darurat dan kebutuhan yang disesuaikan dengan kadar darurat, serta keringanan dalam agama, baik berupa sakit, safar, kesusahan, dan musibah. Jika ditanya, hal terdekat kepada pendapat mereka adalah haram. Padahal, ulama salaf tidak pernah menyebutkan kata "haram" kecuali terhadap hal yang jelas-jelas diharamkan dengan jalan pasti. (5) c. Sombong terhadap Pendapat Mereka Mereka menganggap pendapat mereka sebagai kebenaran mutlak dan menganggap pendapat orang lain sebagai kesalahan.6

Mereka tidak percaya kepada ucapan yang dinisbatkan Imam AsySyafi'i, "Pendapatku yang benar (menurut saya), bisa saja salah, dan pendapat orang lain yang salah (menurut saya), bisa

Islam dan Isu Semasa

7

saja benar." Namun, mereka berkata, "Pendapat kita benar tidak mungkin salah, dan pendapat orang lain salah tidak mungkin benar." Untuk itu, mereka berusaha untuk menghapus pendapat-pendapat dan madzhab-madzhab orang lain serta menyatukan manusia ke dalam pendapat mereka saja. Tidak aneh jika mereka disebut "madrasah satu pendapat" (madrasah ar-ra'yi al-wahid) yang hendak melawan Syaikh dan murid-muridnya. Mereka ingin menghilangkan perbedaan pendapat di antara manusia dan tidak toleran terhadap pendapat orang lain. Inilah yang menjadikan ulama besar menolak mereka dan menerangkan bahwa menghilangkan perbedaan pendapat adalah tidak mungkin serta tidak bermanfaat. Lebih dari satu buku saya telah menerangkan bahwa perbedaan pendapat, terutama dalam fikih dan furu', adalah sebuah keharusan, rahmat, serta keluwesan. Pendapat tersebut saya sertakan dengan dalil-dalil. Seperti buku saya yang berjudul "Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina AlIkhtilaf Al-Masyru' wa At-tafarruq Al-Madzmum,"(6) dan "Kaifa Nata'amal ma'a At-Turats wa At-Tamadzhub wa Al-Ikhtilaf."(7) d. Tidak Menerima Orang-orang yang Berbeda Pendapat Tidak menerima orang-orang yang berbeda pendapat dengan mereka adalah cabang atau buah dari ciri di atas. Anggapan bahwa pemikiran mereka saja yang benar menjadikan mereka mengingkari, bahkan berlaku keras terhadap orang-orang yang berbeda pendapat dengan mereka. Padahal, ulama telah berijma' bahwa tidak ada pengingkaran dalam permasalahan-permasalahan khilafiyyah dan ijtihadiyyah. Karena, dalam hal benar dan salah, kemungkinan pemikiranpemikiran menjadi sama, selama ia bersumber dari orang yang tidak makshum. Terkadang, sebagian pemikiran tersebut lebih kuat dan lebih dekat kepada kebenaran daripada pemikiran yang lain. Namun tetap saja, makshum dari kesalahan tidak berlaku bagi seorang mujtahid. Kita bisa melihat, banyak pemikiran yang dikuatkan dan dibenarkan pada suatu waktu tetapi dilemahkan oleh ulama pada waktu yang lain. Sehingga, ulama pun menguatkan hal yang dahulu dilemahkan dan menshahihkan hal yang dahulu didhaifkan. Mereka mengingkari kaidah madrasah moderat yang terkenal, "Bekerja sama dalam hal yang kita sepakati, dan menolelir hal yang kita selisihkan" (nata'awan fima ittafaqna alaih wa ya'dziru ba'dhuna ba'dhan fima ikhtalafna fih). Mereka tidak menolelir dan menghargai sudut pandang orang yang berbeda pendapat dengan mereka. Bahkan, mereka menolak untuk dialog dengan orang-orang yang berbeda pendapat.7

Hal itu saya lihat dari sikap mereka terhadap karya sahabat saya, Ustadz Abdul Halim Abu Saqqah, "Tahrir Al-Mar'ah fi Ashr Ar-Risalah." Mereka menolak segala penafsiran, kemudahan, dan pemikiran-pemikiran maju yang ada di dalam buku tersebut dan diambil dari Al-Qur'an, Shahih Al-Bukhari, serta Shahih Muslim.

Islam dan Isu Semasa

8

Syekh Ali TantawiAbdul Halim Abu Saqqah mengajak mereka untuk dialog dan mendiskusikan hal-hal yang mereka tidak setujui. Namun, mereka menolak hal itu secara mutlak. Sampai Syaikh Ali Thanthawi berkata, "Jika demikian, mereka menolak Al-Qur'an, Al-Bukhari, dan Muslim. Karena, buku itu berdiri di atas landasan tersebut!" Saya sangat berharap agar saudara kita tersebut mengerti tentang adab dialog yang telah ditekankan dan ditulis oleh ulama kita pada zaman dahulu dan zaman sekarang. Di sini, saya ingin menyebutkan karya bernilai yang ditulis pada zaman sekarang, yaitu "Fiqh Al-I'tilaf" yang ditulis oleh Ustadz Mahmud Al-Khazindar. Di dalam buku tersebut ada pendapat-pendapat berharga, yang jika ada niat baik, akan menyatukan orang-orang yang berbeda pendapat. e. Mengafirkan Orang-orang yang Berbeda Pendapat Orang-orang literal tersebut tidak cukup hanya dengan mengingkari orang-orang yang berbeda pendapat dengan mereka, tetapi mereka melakukan hal lebih besar dari itu, yaitu dengan berburuk sangka, membid'ahkan, memfasikkan, dan sampai mengafirkan mereka. Dasar bagi orang-orang yang berbeda pendapat dengan mereka adalah "tuduhan". Padahal, menurut hukum manusia, dasar orang yang dituduh adalah, "benar (tidak bersalah)" hingga terbukti keputusannya (asas praduga tak bersalah). Inilah hal yang ditegaskan oleh syariat Islam. Namun, dasar bagi mereka adalah, tertuduh (bersalah) hingga terbukti kebenarannya. Dan, kebenarannya ada di tangan mereka, bukan di tangan orang lain. Untuk membantah para pemikir muslim yang tidak sepakat dengan mereka, mereka telah menulis banyak buku besar dan dicetak dengan cetakan lux. Mereka meluaskan bantahan tersebut dengan membid'ahkan, memfasikkan (fasik takwil), dan bahkan mengafirkan. Di antara pemikir-pemikir tersebut adalah; Syaikh Muhammad Al-Ghazali, Dr. Muhammad Imarah, Fahmi Huwaidi, dan saya sendiri.

f. Tidak peduli Terhadap Fitnah8

Sifat-sifat dan karakteristik-karakteristik tersebut ditambah dengan lemahnya perasaan terhadap yang lain. Bahkan, bisa jadi, perasaan tersebut telah hilang seluruhnya. Baik yang lain tersebut adalah orang yang berbeda pendapat dalam madzhab akidah -- seperti Syiah dan Ibadhiyah atau orang yang berbeda pendapat dalam agama Yahudi dan Nasrani.

Islam dan Isu Semasa

9

Mereka berkhutbah, menulis, dan mengarang buku seolah-olah hanya mereka sendirilah yang hidup di dunia ini. Pendapat mereka yang menjelekkan pihak lain disebarkan dengan sangat gencar. Seolah-olah mereka tidak merasakan hal itu. Atau, bisa jadi mereka merasakan, tetapi tidak peduli dengan bahaya yang dihasilkan dari hal itu. Mereka mengafirkan Syi'ah. Padahal, Syi'ah hidup di belakang atau di samping mereka. Hal ini berpengaruh juga kepada Ahlu sunnah yang hidup di belakang Syi'ah. Mereka mendoakan agar Yahudi dan Nasrani dibinasakan, tidak disisakan sedikit pun, diyatimkan anak-anak mereka, dan dijandakan istri-istri mereka. Padahal, bisa jadi, di negeri mereka atau tetangga negeri mereka banyak orang Yahudi dan Nasrani yang menjadi penduduk negara Islam. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tersebut berpartisipasi dengan mereka dalam kewarganegaraan, tidak memerangi mereka dalam agama, tidak mengusir mereka dari negeri mereka sendiri, atau membantu musuh untuk mengusir mereka. Padahal, Allah tidak melarang untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang seperti mereka. Bagaimana mungkin doa-doa seperti itu bisa diterima? Padahal, doa-doa seperti itu tidak kita lihat contohnya di dalam Al-Qur'an, sabda Nabi, orang-orang shaleh, dan hadits-hadits Nabi. Nota Kaki: 1. Seperti hadits, "Kain yang melebihi dua mata kaki ada dalam api neraka." HR. AI-Bukhari, Kitab Al-Libas dari Abu Hurairah (5787). 2. Seperti hadits, "Tiga orang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada Hari Kiamat, serta tidak akan melihat atau menyucikan mereka dan mereka akan mendapat siksa yang pedih. " Abu Dzar bertanya, "Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Beliau menjawab "Orang yang melebihi kainnya dan orang yang dermawan serta menshadaqahkan barangnya dengan sumpah dusta. " HR. Muslim, Kitab Al-Iman dari Abu Dzar (293). 3. Seperti hadits, "Barangsiapa yang menarik bajunya dengan sombong Allah tidak akan melihat kepadanya di Hari Kiamat. " HR. Al-Bukhari, Kitab Al-Libas dari Abdullah bin Umar (5784). 4. Bagian hadits yang mencela Khawarij yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Ahadits Al-Anbiya' (3344), dan Muslim, Kitab Az-Zakah (2453) dari Abu Said Al-Khudri. 5. Lihat buku saya "Al-Halal wa Al-Haram," dalam bab "At-Tahlil wa At-Tahrim Haqqullah Wahdih," hlm. 23, cetakan kedua puluh empat, Maktabah Wahbah. 6. Lihat fasal pertama dari bab kedua pada buku tersebut, cet. Dar At-Tauzi' wa An-Nasyr AIIslamiyyah. 7. Lihat buku tersebut. hlm. 141-144, cet. Maktabah Wahbah 2001.

9

Islam dan Isu Semasa

10

Adakah Kad Kredit Haram Dalam Islam?Disediakan Oleh: Ust. Zaharuddin Abd Rahman MA Fiqh & Usul Fiqh Universiti Al-Yarmouk, Jordan [email protected] Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para duat dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam. Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang. 2. Hukum setiap urusniaga dan yg berkaitan dgn Kad Kredit. Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yg mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dlm bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan mawqif(pendirian) Islam terhdp kontrak yang kian polpular di kalangan msyrkt hari ini. RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT 1. Takrif Kad Kredit Menurut Kamus Oxford : Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kpd pemegangnya utk memperolehi barangbarang keperluannya secara tangguh bayaran (Hutang) Hutang dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn Arabi Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dgnnya), yang mana salah satu pihak

10

Islam dan Isu Semasa

11

secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dgn masa yg ditetapkan atau tidak) Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yg diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar. 2. Jenis Kad Kredit Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut : a) Kad Kredit Jenis (Charge Card) Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan. Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club. Antara cirinya yang terpenting :1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kpd Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang2nya hasil penggunaan kad. 2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had tempoh izin tangguh jangka pendek yg telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 5560 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dgn penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan. 3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yg ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibaung dari keahlian dan sebginya. 4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan. b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)11

* Jenis ia adalah yang paling byk tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.

Islam dan Isu Semasa

12

Ia juga mempunyai byk ciri yang sama dgn yg pertama tadi cuma terdpt beberapa perbezaan utama. Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan kos guna nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yg diberikan, TETAPI DIBENARKAN UTK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yg diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yg tertangguh ini. Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh berbelanja sbyk mana yg disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dgn dikenakan peratusan faedah. Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 shj asalkan pihak peniaga mengiktirafnya. Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.

HUKUM BERKAITAN DGN PENGGUNAAN KAD KREDIT 1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga. Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana Kafil (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), Makful (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan Makful lahu (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dgn kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kpd Pengeluar. Maka tidak harus peniaga menuntutnya drpd Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan AlBasri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dll. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangnya. 2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhdp khidmat yg disediakannya. Juga HARUS jika terdpt perbezaan jumlah yuran khidmat bergantng kpd perbezaan jenis khidmat. Tetapi dgn syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dgn khidmat sebenar yg diberikan..jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.

12

Islam dan Isu Semasa

13

Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada persidangnnya ke-3 , Okt 1986 3. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar. Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad meletakkan syarat dlm kontraknya dgn para peniaga sejumlah kos tertentu dalam bentuk peratusan yang dipotong dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones, Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989, ms 14) Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kpd Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yg disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad. Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah kpd . (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dll ), Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah wakalah) kpd Bank krn menjadi wakil bagi Peniaga dlm mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sbg Diskaun Khas dari peniaga kpd pengeluar. Ada juga yg mengatakan ia sbg upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri). 3. Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka Akaun di Bank Pengeluar. Bagi mereka yg ingin mendptkan kad, mereka disyaratkan menyimpan sejumlah tertentu di dalam akaun bank pengeluar. Ia sbg bukti pengiktirafan hak-haknya. Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia mengambil hukum Ar-Rahn (Barang Gadaian). 4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card) Ia bertujuan utk menarik golongan menengah dan atasan bg menyertai skim mereka. Maka utk tujuan itu, mrk menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan. Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap US dolar hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran2 dll. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)

13

Hukumnya : 1. Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram krn mengandungi unsur Riba,Gharar,

Islam dan Isu Semasa

14

Jahalah, Judi dll. Bgmnpun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa2 kpd syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yg diputuskan, malah ia dianggap sbg hadiah galakan shj dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah krn ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi (perkara sampingan yang terhasil dr perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bhw (Dimaafkan yg berlaku pd tawabi dan tidak pd lainnya- Rujuk Majalah al-Ahkam Al-Adliyah). 2. Hadiah2 lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dlm muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dgn syarat hadiah ini terdiri drpd perkara yg halal syarak. Bgmnpun dlm hal seumpama ini, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar Sadd az-Zarai (Menutup jalan haram dari berlaku). 3. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Shj Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak utk menamatkan kontrak wp tanpa persetujuan Pemegang kad. Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara, kerana kontrak yg diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sbg kontrak Ghair Lazim (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak. 4. Membeli Emas & Perak dgn Kad Kredit Majoriti Fuqaha (Ulama Fiqh) telah menegaskan bhw antara syarat sah pembelian emas dan perak dgn wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut at-taqabud fil hal dlm istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yg jelas menyatakan perihal tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit. Persoalannya : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan? Dalam hal ini, Fuqaha Semasa menyatakan bhw At-Taqabud sebenarnya telah terlaksana, iaitu dgn cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dgn tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Maka hukumnya : HARUS dan at-Taqabud telah berlaku secara al-Hukmi (secara hukumnya) dan telah tercapai, sbgmnnya pembelian dgn cek..Demikian Qarar dan Fatwa dari Majma Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995 . 5. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau As-Sarf) Dgn Kad Kredit. Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bg membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dgn penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dgn matawang negara yg terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dgn Matawang tempatan (dgn menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sbgmn termaktub di dlm perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.

14

Islam dan Isu Semasa

15

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sbgmn maklum syarat dalam Islam bg pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal. Hukumnya : HARAM. Ini adalah krn kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bg pertukaran matawang yg telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu . BGMNPUN dikecualikan dr haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yg amat sgt. 6. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bg Charge Card. Terkandung di dalam syarat kontrak bg Charge Card, bhw pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bilnya dalam tempoh izin. Sudah tentu ia berbentuk wang. Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sgt dilarang di dalam Islam kerana terdpt unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma seluruh ulama muslim pengharaman riba ini. Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998. BGMNPUN terdpt keputusan berbeza dari persidangan AL-BARAKAH ke 12, yang memutuskan HARUS, ia berdasarakan sebab kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dlm melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM. 7. Bunga @ Faedah Dikenakan bg Memperbaharui Bil Bg Credit Card Terkandung dlm syarat kontrak Credit Card syarat , bg pemegang yg tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yg berbaki tersebut akan dikenakan faedah. Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu2. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998. Soalan : Adakah harus seorg muslim memohon Kad ini, yg jelas mensyaratkan faedah bg bil berbaki? JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bgmpun terdpt pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dgn syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebrg baki yg boleh dikenakan Faedah. 8. Mengeluarkan Wang dgn Kad Kredit. Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kpd Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui Auto Teller Machine bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sbg wakil).

15

Islam dan Isu Semasa

16

Hukumnya : 1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya shj. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dgn kadar khidmat mereka yg sebenar. 2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan [email]Faedah@bunga[/email] hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SHJ. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M. 3. Jika Pemegang tiada jumlah yg mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank..dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sbgmn Hadith Mawquf : Kullu Qardhi Jarra Nafan Fahuwa Riba Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bg pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.

PENUTUP Demikian, shj beberapa bentuk urusniaga yang terhasil dari penggunaan kad kredit, diharap ianya dpt memberikan gambaran yang jelas terhadap seluruh hukum-hakam yg berkaiatan dgnnya, dan diberikan kita kekuatan utk menjauhi mana yang haram sedaya mungkin. Sekian, Irbid, Jordan 17 Jun 2003

Rujukan : 1. Al-Bidaqah al-Bankiyah, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, Dar al-Qalam, Dimasqh , cet 1, 1998 m . 2. Qadhaya Fiqhiyyah Muasiroh Fil Mal wal iqtisod, Prof. Dr Nazih Kamal Hammad, Dar alQalam, Dimasqh, cet 1, 2001 M. 3. Bidaqah al-Itiman min Manzur Islami, Prof. Dr Abd Fatah Idris, Cet 1, 2001 M 4. The Law Relating to Credit Cards, Jones , Sally A , London, 1989 5. Majalah Majma Fiqh Islami , Bil 3 dan 8 , Sidang 1, 3 dan 9 6. Al-Fatawa al-Hindiyyah, cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H 7. Al-Fatawa al-Bazaziyyah , cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H 8. Bitoqah al-Itiman, Al-Syeikh Dr Abd Satar Abu Ghuddah

16

Islam dan Isu Semasa

17

9. Al-Mabsut , Imam As-Sarakhasi, cet as-saadah, Mesir, 1324 H 10. Hawl Jawaz Ilzam al-Mumatil bitawid lid Dain, Majalah Dirasat Iqtisodiyaah Islamiyah, jil 3 , Bil 2, 1996 m

17

Islam dan Isu Semasa

18

Adakah Kajian Al-Albani Perlu Diterima?

Bagi sesiapa sahaja yang membaca buku-buku berkaitan hadith dan mengambil tahu tentang persoalan berkaitan hadith-hadith sahih serta dhaif, pasti akan mengenali nama seorang pengkaji hadith terkemuka Muhammad Nasiruddin al-Albani. Beliau merupakan seorang pengkaji hadith yang telah meninggal pada tahun 1999. Persoalan yang ingin dijawab di sini ialah adakah segala hasil kajian al-Albani perlu diterima? Bagaimanakah sepatutnya kita berinteraksi dengan hasil karya al-Albani? Adakah hasil kajian beliau tepat? Adakah hasil kajian beliau benar-benar diiktiraf oleh para pengkaji hadith yang lain? Bagi mereka yang sering membaca buku-buku al-Albani mungkin ada yang menjawab ya, memang kajian beliau perlu diterima kerana kajiannya adalah ilmiah. Sebahagian yang lain pula mungkin menyatakan kita perlu kaji dahulu sebelum menerima. Tetapi hakikatnya, mereka tidak mengkaji dan terus menerima kerana tidak mahu lagi mengkaji hasil pengkaji lain yang tidak setanding dengan al-Albani. Bagi mereka yang kurang mengenali al-Albani pula, mereka mungkin akan menolak semua hasil kajian al-Albani dengan alasan siapa al-Albani? Ramai lagi muhaddith lain termasuk muhaddith silam yang lebih hebat daripada al-Albani. Dan begitulah antara respon yang mungkin kita dengar daripada pelbagai jenis manusia terhadap kajian al-Albani dan persoalan sejauh mana kita menerimanya. Pada hakikatnya, bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut (adakah kita perlu menerima kajian al-Albani dan lain-lain lagi) yang sememangnya saling berkaitan, beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Pertama, jawapan yang ingin diberikan perlu bebas daripada dua unsur negatif yang wujud dalam kalangan mereka yang mengikuti perkembangan dan penulisan alAlbani. Dua unsur negatif itu ialah: a) Taksub terhadap al-Albani sehingga menganggap tidak ada sesiapa yang dapat menandingi alAlbani dalam semua keadaan. b) Kebencian tidak berasas terhadap al-Albani sehingga menganggap al-Albani langsung tidak layak untuk menulis dalam bidang hadith bahkan menganggap al-Albani berguru dengan syaitan! Untuk menjawab persoalan ini juga, kita perlukan bukti dan hujah yang kukuh sama ada menyokong atau menolak al-Albani dan hasil kajiannya. Begitu juga kita hendaklah melihat

18

Islam dan Isu Semasa

19

bidang kajian hadith ini secara meluas bermula daripada ulama terdahulu sehinggalah kepada ulama di zaman moden ini. Tidak lupa juga, kita perlulah menyedari tentang kewujudan pengkaji-pengkaji hadith moden lain yang hidup pada zaman ini agar hasil kerja mereka dapat dibandingkan dengan hasil kerja al-Albani. Berdasarkan pembacaan dan perbincangan, saya telah membuat beberapa kesimpulan peribadi berkaitan al-Albani dan hasil kajiannya. Semoga apa yang saya catatkan ini akan menjadi sesuatu yang bermanfaat terhadap para pembaca terutamanya dalam usaha untuk membina metodologi dan cara berfikir khususnya berkaitan bidang hadith. Kalau salah, tolong betulkan. 1- Al-Albani adalah seorang pengkaji yang berkelayakan untuk menceburi bidang kajian hadith berdasarkan keupayaan beliau menggunakan segala teori Mustolah al-Hadith dalam setiap kajiannya. Lagipun, tidak ada satu halangan untuk sesiapa sahaja menceburi bidang ini asalkan kajiannya mempunyai nilai akademik. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam buku-bukunya yang mempunyai huraian panjang lebar seperti Irwa al-Ghalil dan juga kedua-dua Silsilah (al-Sahihah dan al-Dhaifah). Keupayaan al-Albani mendatangkan hujah ketika mengsahihkan atau mendhaifkan hadith jelas kelihatan pada huraiannya untuk setiap hadith. Setelah dibandingkan pula dengan rujukan yang beliau gunakan, terbukti tidak ada penyelewengan dalam proses menukilkan fakta ke dalam buku-bukunya. 2- Tidak semestinya kita menerima segala hasil kajian al-Albani. Sekiranya kita menerima segala kajian beliau tanpa soal, ini bermakna beliau adalah seorang yang masum atau tidak pernah melakukan kesilapan! Sudah pasti terdapat kelemahan pada diri beliau sebagaimana beliau akui dalam salah satu pendahululan Silsilah al-Sahihah. Ini bermakna, kita perlu mengambil kira kemungkinan bahawa di sana terdapat kesilapan dalam hasil kajian beliau sama ada sedikit atau banyak. Namun, berdasarkan pembacaan dan juga kajian, saya tidak berani menyatakan bahawa kesilapannya adalah banyak. Malah mereka yang tidak menyokong sistem kajian beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa kesilapan al-Albani adalah banyak. Maka adalah penting untuk kita meletakkan di dalam diri kita bahawa al-Albani adalah manusia biasa yang berkemungkinan melakukan kesilapan dalam kajian beliau. 3- Kemasyhuran al-Albani sebenarnya dibantu oleh beberapa faktor seperti : Kerajinannya dalam menghasilkan banyak buku, keberaniannya dalam mengetengahkan sesuatu yang baru dan berlainan daripada pendapat umum, sokongan padu daripada mereka yang mengenali beliau, pengiktirafan yang beliau perolehi daripada ulama sezaman dengannya, kekuatan hujah beliau ketika berhujah dengan mereka yang tidak menyokongnya, buku-buku yang beliau kaji adalah buku-buku yang penting, hadith-hadith yang beliau kaji adalah hadith-hadith yang jarang dikaji oleh orang lain secara panjang lebar dan sebagainya. Tidak dinafikan juga bahawa popularitinya juga adalah sebahagian daripada kemuliaan yang dikurniakan Allah SWT kepada beliau. 4- Sekiranya al-Albani mendapat satu hasil yang menyalahi hasil kajian para ulama lain sezaman dengannya, maka hendaklah kita melihat dengan teliti hujah masing-masing untuk menentukan siapa yang lebih benar. Ini perlu dilakukan oleh mereka yang mampu membaca dan mengkaji terutama mereka yang menyambung pelajaran (b.a, master, phd) dalam bidang hadith. Jangan

19

Islam dan Isu Semasa

20

pula mereka meninggalkan metodologi kajian semata-mata kerana kagum atau hormat yang melampau terhadap al-Albani. 5- Sekiranya al-Albani menyalahi hasil kajian para ulama hadith terdahulu terutamanya di zaman kegemilangan kajian hadith iaitu di zaman kurun kedua, ketiga dan keempat hijrah (terutamanya ulama-ulama terulung seperti Ali Ibn al-Madini, Ahmad Ibn Hanbal, al-Bukhari, Muslim, alTirmidzi, al-Nasaai dan sebagainya), maka sudah pasti al-Albani tidak dapat menandingi kehebatan dan kesepakatan para ulama hadith di zaman itu. Diakui juga bahawa keadaan ini jarang berlaku namun ia wujud dalam hasil kajian al-Albani. Bagaimana pula al-Albani boleh menyalahi pandangan mereka dalam keadaan mereka adalah ulama yang meriwayatkan mengumpulkan beribu-ribu sanad malah beratus ribu sanad dan hadith? 6- Setiap pendapat al-Albani hendaklah dinilai mengikut pendapatnya yang paling terkini. Maksud saya, kita hendaklah memastikan adakah beliau menarik balik sesuatu hasil kajiannya. Setakat ini, telah ada dua buku yang ditulis oleh pengkaji hadith bagi membuktikan bahawa alAlbani telah mengubah hasil kaiiannya terhadap beberapa hadith dan jumlahnya mencecah ratusan hadith!. Oleh itu, anda perlu berhati-hati ketika menerima hasil kajian al-Albani, adakah ia hasil kajian lama atau hasil kajian yang telah diubah oleh beliau. Perubahan ini bukan menandakan al-Albani bercanggah atau bermain-main dengan kajian, tetapi ia menandakan bahawa al-Albani merupakan manusia biasa yang juga terkadang tersilap dalam kajian beliau. 7- Sikap sebahagian penyokong al-Albani yang memandang sinis atau remeh kepada pengkaji hadith lain zaman ini adalah sikap yang cukup memalukan dan tidak ilmiah. Pada hakikatnya, terdapat ramai pengkaji yang sehebat al-Albani malah mungkin lebih hebat daripada al-Albani daripada sudut-sudut yang berbeza. Ya, memang al-Albani lebih banyak penulisan dan kajian, namun terdapat ramai muhaddith dan pengkaji yang lebih kuat ingatan, lebih banyak bacaan dan kajian. Cuma mungkin mereka tidak banyak menulis dan tidak popular, itu sahaja. Ada pula yang menyatakan bahawa sememangnya ada muhaddith lain, tetapi al-Albani lebih hebat. Pernyataan sebegini akan hanya menghalang anda untuk membuat kajian ilmiah. Kerana perlu diingat, al-Albani terkadang (bukan selalu) menyalahi kajian ulama-ulama awal Islam di zaman seperti al-Bukhari, Ahmad Ibn Hanbal dan sebagainya. Adakah di sini kita juga boleh menggunakan hujah al-Albani lebih hebat? 8- Kepada mereka yang hanya membaca buku al-Albani, selalunya mereka akan menjadi orangorang yang hanya mempercayai kajian al-Albani dan menyanjung beliau lebih daripada hakikat sebenar. Kepada mereka saya nasihatkan agar mereka mula membaca tulisan dan hasil kajian orang lain agar dapat dibandingkan dengan hasil kajian al-Albani. Inilah satu-satunya cara untuk mereka kembali kepada sikap yang lebih adil dalam persoalan ini. 9- Bagi mereka yang membenci al-Albani tanpa sebab atau hanya dengan sebab tidak tahu siapa gurunya dalam hadith atau siapa al-Albani? Dia bukan ada ijazah dalam hadith dan lain-lain lagi sebab yang TIDAK ILMIAH, maka saya nasihatkan anda dengan hanya SATU nasihat bacalahbacalah dan bacalah buku-buku al-Albani dan bandingkanlah dengan kajian orang lain. Barulah selepas itu anda berhak membuat keputusan adakah al-Albani layak dipanggil muhaddith atau tidak. Tetapi sekiranya anda membenci al-Albani tanpa sebab dan dalam masa

20

Islam dan Isu Semasa

21

yang sama anda TIDAK pernah membaca atau menghabiskan walau satu buku karya al-Albani, lebih baik anda duduk diam-diam dan jangan ceburi bidang yang anda tidak dalami. 10- Namun secara umumnya, al-Albani pasti tidak akan dapat menandingi ulama-ulama hadith di zaman awal Islam jika dilihat daripada semua sudut. Hakikat ini perlu diakui agar kita tidak meletakkan al-Albani lebih tinggi daripada ulama terdahulu sehinggakan kita perlukan al-Albani mengesahkan pula semua kajian mereka seperti al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi dan sebagainya! Ini mustahil kerana mereka jauh lebih hebat daripada al-Albani atau sesiapa sahaja daripada kalangan pengkaji moden masa kini. Kembalilah membaca hasil kajian mereka di dalam bukubuku mereka (ulama silam) agar kita kenal dan tahu ketelitian mereka dan kelebihan mereka berbanding ulama silam. Saya cadangkan para penuntut ilmu hadith (master, phd) agar sering membaca kajian ulama dalam buku-buku Ilal seperti Ilal al-Tirmidzi, Ibn Abi Hatim, al-Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari, al-Tamyiz oleh Muslim, Syarh Ilal oleh Ibn Rajab al-Hanbali dan sebagainya dan tidak hanya bergantung kepada buku-buku Mustolah Hadith terutama buku-buku yang dikarang oleh ulama terkemudian tanpa memperdulikan buku-buku ulama silam. 11- Kritikan yang dibuat terhadap kajian al-Albani tidak sama sekali akan menjatuhkan kedudukan al-Albani sebagai muhaddith bahkan kita boleh mengiktiraf al-Albani sebagai salah seorang imam hadith masa kini. Kritikan ilmiah bertujuan untuk menilai hasil kajian dan tidak sama sekali menjatuhkan imej orang yang mengkaji. Ini perlu dihayati oleh pihak yang asyik memandang serong atau terlalu sensitif apabila al-Albani disentuh atau dikritik tanpa membuat pembahagian antara kritikan ilmiah dan kritikan tidak ilmiah. 12- Di antara mereka yang mengkritik al-Albani dan beberapa kaedah pengkajian al-Albani adalah ulama-ulama masa kini yang hebat dalam bidang ini tetapi tidak begitu popular seperti Abdullah al-Sad, Dr. Ibrahim al-Laahim, Dr. Hatim al-Syarif, Dr. Hamzah al-Malibari, Sulaiman Ibn Nasir al-Ulwan dan sebagainya. Para peminat kajian hadith boleh mendapatkan pandangan dan tulisan mereka untuk melihat ketelitian mereka dalam mengetengahkan manhaj ulama terdahulu atau dinamakan manhaj al-Mutaqaddimun. Boleh juga melayari laman web www.ahlalhdeeth.com iaitu Multaqa Ahl Hadeeth bagi mendapatkan maklumat tentang kajian hadith terkini. Jangan pula anda sampai kepada tahap mengatakan bahawa kajian hadith terhenti pada al-Albani! Kajian hadith berterusan dan ramai yang mampu untuk menilai kembali kajian al-Albani di bawah manhaj ulama terdahulu dan bukannya manhaj baru yang asing daripada manhaj al-Mutaqaddimun. Semoga apa yang dinukilkan di sini menjadi petunjuk bagi mereka yang ingin mendalami bidang hadith. Ini penting agar hasil kajian kita tidak akan menjadi satu kajian yang meremehkan pula kajian ulama terdahulu. Inilah pendapat saya yang boleh dinilai untuk diterima atau ditolak. Wallahu alam. ADLAN BIN ABD. AZIZ21

[email protected] [email protected]

Islam dan Isu Semasa

22

Agama Bukan Milik Ulama Saudi Semata-mataOleh Ustaz Adlan Abd Aziz

Mengapa tajuk ini? Tajuk ini berkaitan dengan sebahagian penuntut ilmu agama (bukan semua ya) yang asyik-asyik 'mengutamakan' dan 'mendahulukan' ulama dari Arab Saudi berbanding ulama lain. Ada yang bertanya: 'tak boleh ke?'. Bukan tak boleh, tapi... Sebenarnya saya sendiri pun mengkagumi sebahagian ulama dari Arab Saudi seperti Dr. Salman al-Oadah (www.islamtoday.net) dan pengarang buku 'La Tahzan' iaitu Dr. Aidh al-Qarni serta lain-lain lagi. Tapi masalahnya ialah... Sebahagian penuntut ilmu dan pendakwah di Malaysia ini terlalu mengagungkan para ulama dari Arab Saudi sehingga hampir semua pandangan yang terbaik mesti datang dari Saudi. Kalau dari segi aqidah, ulama Saudilah yang paling jelas aqidahnya dan paling mantap penjelasannya. Merekalah yang boleh menentukan mana yang aqidah 'bersih' dan mana pula yang 'bercampur'. Kalau anda sebut golongan itu dan ini maka jawabnya 'mereka sesat tapi tak kafir', 'aqidah tak jelas', 'aqidah tak ikut salaf' dan sebagainya. Begitu mudah - ikut aqidah hasil penerangan ulama Saudi! Kalau dari segi tafsir, tafsiran sanalah yang akan menang. Kalau ada perbezaan/khilaf dalam tafsir, maka tafsiran ulama Saudi jugalah yang paling 'tepat'. Kalau anda sebut ulama tafsir terkemuka lain seperti as-Sya'rawi, maka jangan terkejut kalau mereka akan semak berulang kali dengan tafsir dari Saudi - ikut tafsir ulama Saudi!22

Kalau dari segi hadith, lagilah hebat. Ulama Saudi + ulama hadith salafi lainlah yang akan jadi penentu - tak payahlah susah payah nak tengok pandangan dan kajian ulama silam, cukup tengok ulama salafi moden, selesai masalah - dalam hadith, kena ambik ulama Saudi atau muhaddith

Islam dan Isu Semasa

23

salafi juga. Kalau kita sebut ulama lain, jangan kecik hati ya kalau mereka kata 'itu bukan muhaddith sebenar'. Kalau dari segi fiqh, lagilah haru. Seolahnya ulama Saudi ni dialah penentu dan pemutus muktamad bagi semua perbezaan fiqh. Bawalah pandangan mazhab tu ke mazhab ni ke, mereka pasti akan tengok apa kata ulama Saudi lalu ..jeng jeng jeng - keluarlah pendapat yang kononnya paling 'rajih' kerana apa? - Fiqh ulama saudi yang terbaik! Ingatlah sahabat penuntut ilmu: 1. Janganlah terpedaya dengan sangkaan kononnya ulama Saudi ni mewakili salafussoleh dan tidak ada yang lain melainkan salafussoleh. 2. Ingatlah fatwa2 mereka bukanlah mewakili aliran salafussoleh malah ada yang menyalahi fatwa salaf sendiri. 3. Memang kita hormati mereka kerana keilmuan dan kita tidak mencaci maki, tapi kita juga tidak boleh memperlekehkan dan memandang rendah ulama lain yang bukan salafi dan bukan saudi. 4. Pandangan ini akan membawa kpd - mengambil fatwa hanya dari ulama malaysia yg mengikut dan diiktiraf sebagai pembawa aliran salafi dan memandang rendah pula ulama lain yang tidak sealiran. Persoalannya ialah adakah kebenaran itu milik ulama Saudi sahaja atau ulama aliran salafi semata? 5. Bukalah mata, bukalah pandangan, bacalah buku yang banyak, belajarlah dari guru yang ramai, baru kita faham bahawa: Agama bukan milik ulama SAUDI semata-mata!

23

Islam dan Isu Semasa

24

Ajaran sesat konsep Negara islam dan keahlian cara MLM

SEBUAH kumpulan ajaran sesat tidak bernama dikesan cuba mencari pengikut-pengikut baru di beberapa negeri di Malaysia. Pendedahan ini dibuat oleh seorang bekas pengikut ajaran ini kepada AL ISLAM. Bekas pengikut ajaran itu, yang mahu dikenali sebagai Akhbar Ali, 23, mendedahkan, ajaran sesat yang bertujuan menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang telus dan benar seperti zaman Rasulullah s.a.w. itu, sedang giat mencari pengaruh di Johor, Kuala Lumpur dan Pahang. Menurutnya, bagi mengelirukan pihak berkuasa, pengamal ajaran sesat ini merahsiakan nama kumpulan atau ajarannya daripada pengikutnya. Ini untuk melindungi aktiviti mereka daripada terbongkar dan dikesan pihak berkuasa. Malah bagi mengaburi tindakan itu (menyembunyikan nama ajar-an), para pengikut diberi alasan bahawa hanya mereka yang benar-benai beriman kepada ajaran tersebut, dar mencapai tahap tertentu sahaja akar mengetahui nama ajaran itu. Alasan tersebut dikukuhkan dengar hujah daripada sejarah Rasulullah, yang berdakwah secara senyap. Ajaran in: menjadikan golongan muda dan remaja, sebagai sasaran rekrut mereka. Sebelurr seseorang remaja itu dapat menjadi ahli biasanya dia akan ditemui oleh seorang pendamping yang akan menemu bual dahulu remaja tersebut. Tujuan pendamping berbuat begini adalah untuk mengetahui sejauh manakah kefahaman mereka tentang Islam. Saya diberitahu, pendamping telah mengkaji tentang bagaimana subjek agama Islam diajarkan di kolej-kolej. Ini penting bagi mereka menepis segala pertanyaan yang akan ditimbulkan oleh pengikut baru ini, katanya lagi. Menurut Akhbar lagi, ahli-ahli baru akan direkrut oleh beberapa tenaga pengajar yang tidak dikenali di beberapa tempat yang dirahsiakan, selepas berikrar untuk mengikut ajaran ini. Tenaga pengajarnya terdiri daripada mereka yang lebih berusia. Selalunya mereka menggunakan kaedah pengaruh anak negeri untuk memudahkan seseorang ahli baru memahami tujuan dan motif ajaran mereka. Cara mereka merekrut ahli baru hampir sama dengan modul perniagaan MLM, di mana setiap

24

Islam dan Isu Semasa

25

ahli wajib tnemperkenalkan ahli baru, seperti orang terdekat, saudara-mara dan sebagainya. Ini akan memudahkan tarbiah kumpulan ini dengan ahli baru melalui kepercayaan yang telah terjalin antara ahli dengan orang baru. Ajaran kumpulan ini bermula dari asas hinggalah ke satu peringkat yang dinamakan Baiatul Akobah. Para pengikut tidak boleh mempersoalkan apa yang diajarkan kepada mereka. Pada peringkat Akobah, seseorang pengikut itu akan dibawa ke satu tempat di Indonesia bagi melihat negara Islam baru yang telah ditubuhkan, dan mereka wajib beriman dengan negara Islam baru ini. Akhbar yang kini bekerja di sebual kilang elektronik di Selangor mengakui dia mula terjebak dengan ajaran ini dua tahun lalu, melalui seorang rakan perempuan yang amat dipercayainya. Rakan perempuan ini dikenali sebagai Rina, seorang lulusan dari sebual institusi pengajian Islam di Kuantan dan memiliki diploma dalam bidang dakwah. Pada mulanya, Rina cuba berdakwah dengan saya tentang cara untuk hidup selamat, aman dan merdeka daripada jajahan sekular yang dicipta olel Yahudi. Katanya, negara-negara Islam yang ada di dunia hari ini semuanya diperintah oleh Yahudi. Jadi sebagai orang Islam, kita wajib menegakkan semula kebenaran dan kedaulatan negara Islam ini. Saya memang telah lama mengenali Rina. Sejak kecil lagi kami berjiran, dan saya anggap dia macam ahli keluarga saya sendiri. Jadi suatu hari tu, dia ajak saya ke satu ceramah cara belajar al-Quran dengan mudah, yang dikendalikan oleh seorang lelaki di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Katanya, lelaki ini sedang berdakwah secara senyap-senyap. Jadi tak ramai orang di ceramahnya itu nanti. Cuma orang-orang tertentu yang dijemput saja akan mendapat hidayah ke ceramah ini. Bunyi macam pelik. Tapi, waktu itu saya fikir ini mungkin satu cara untuk berdakwah bagi orang-orang yang tidak bersetuju dengan kerajaan. Sebab saya selalu dengar orang bercerita, ada di kalangan ustaz-ustaz yang bagus ini selalu kena `ban daripada memberi ceramah kepada orang ramai, hanya semata-mata mereka tidak bersetuju dengan ahli politik yang menjadi exco agama di sesebuah negeri. Mungkin orang yang kami nak jumpa itu, berkeadaan begitu. Sebab itulah saya turutkan saja tanpa membantah, jelas Akhbar lagi. Tetapi apa yang didengar dalam ceramah itu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan. Penceramah itu yang dikenali sebagai Wahid, mula bercerita tentang hakikat negara Islam kini, yang disifatkannya saling tidak ubah dengan zaman Jahiliah dulu. Dengan hujah yang jelas, sambil disokong terjemahan al-Quran dan beberapa hadis, Akhbar mula tertarik untuk mengikuti ajaran itu dengan lebih lanjut lagi. Dia memberitahu Rina tentang niatnya. Rina menjadi ahli gerakan itu selepas berjumpa sendiri ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada golongan profesional, termasuk peguam.

25

Islam dan Isu Semasa

26

Dua minggu selepas pertemuan pertama, Akhbar dibawa sekali lagi ke Kota Damansara. Kali ini, dia dipertemukan dengan beberapa orang lelaki. Salah seorang daripada lelaki ini dikenali sebagai pendamping. Kata Rina, pendamping itu macam malaikat yang akan menjaga kita daripada sebarang kesusahan dan kelalaian dunia. Lelaki yang menjadi pendamping itu hanya tersenyum, dan dia tidak memberitahu namanya. Bagaimanapun dia memberitahu saya bahawa dia telah dilantik Allah untuk menjadi pendamping saya. Saya juga diperkenalkan dengan beberapa orang pembimbing. Kata Rina, pembimbing ini memang ditugaskan khusus untuk saya seorang saja. Jelas Rina, setiap orang yang menjadi ahli kumpulan itu akan diberikan Allah dengan seorang pendamping dan beberapa orang pembimbing. Mereka ini yang menjaga kita dan mempersiapkan kita sebagai penghuni negara Islam yang sebenar-benarnya nanti. Pembimbing itu memulakan kuliah dengan amalan peringkat pertama, iaitu menyucikan diri daripada kekufuran dunia. Saya diterangkan tentang konsep pemerintahan Islam tiga segi, yang kononnya menjadi teras era terbaik kepimpinan semua nabi dan rasul. Tetapi sebelum mencapai konsep tiga segi ini, warganegara perlulah men-carum dalam bentuk zakat penyucian, bagi mengembangkan negara baru itu. Mereka pun menjelaskan ayat al-Quran yang mengharuskan kita menyucikan diri dan harta dengan mengeluarkan zakat. Jadi, mereka pun menunjukkan saya satu kaedah pengiraan yang perlu dilakukan bagi memenuhi tuntutan peringkat pertama ini, sebelum melangkah ke peringkat kedua, cerita Akhbar lagi. Sementara itu, Akhbar menjelaskan, dia ada bertanyakan pembimbing itu tentang cara lain untuk menyucikan diri selain membayar zakat. Waktu itu, Akhbar masih belajar di sebuah institusi clan tidak mempunyai pendapatan tetap. Dia hanya bergantung kepada wang pinjaman belajar clan juga sumbangan ibu bapanya. Tetapi menurut pem-bimbingnya, dengan wang itulah juga dia perlu berikan zakat kepada `ayah-anda yang bakal mereka temui di peringkat kedua nanti.Selepas membayar zakat seperti yang diminta itu, Akhbar dibawa ke peringkat kedua pula. Peringkat ini memerlukan Akhbar pergi ke beberapa markas dengan dibawa oleh pendamping dengan sebuah kereta. Lokasi sebenar markas itu tidak diketahui, malah ketika dibawa ke sana, matanya ditutup. Dalam perjalanan, mereka akan singgah di beberapa `check point, dan ahli baru akan bertukar kenderaan, hinggalah dibawa dengan sebuah van ke lokasi sebenar markas yang terletak di dalam hutan. Menurut Akhbar, hanya deruan air saja yang kedengaran. Apabila ditanya kenapa mereka perlu menutup mata, kata pendamping, mereka tidak boleh lihat benda-benda yang mustahil sepanjang perjalanan itu kerana iman mereka belum lagi kukuh. Saya dibawa ke satu tempat yang sunyi dan menyeramkan. Hanya pokok-pokok balak dan nyamuk saja yang saya nampak. Di sebuah pondok, saya dipertemukan dengan seorang lelaki. Lelaki ini mula mengajar tentang konsep memartabatkan al-Quran dan sunah dalam masyarakat melalui cara tertentu, seperti konsep miliki, fahami dan memberi masa al-Quran dalam hidup dan sebagainya.

26

Islam dan Isu Semasa

27

Lelaki itu juga mengajar, jika mahu masyarakat kita selamat, kita perlulah menubuhkan negara berdasarkan surah al-Fatihah, kerana ia adalah sunatullah. Sebab itulah, inti perjuangan kumpulan itu adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam bagi mengembalikan jiwa Islam kepada Allah, jelas Akhbar lagi. Menurut Akhbar, selepas pulang dari majlis ilmu itu, dia terpinga-pinga. Dirasakan yang dirinya telah tersesat. Dia cuba ingat kembali apa yang diajarkan itu semacam sesuatu yang tidak kena dengan Islam yang dipelajarinya selama ini. Akhirnya Akhbar mula memencilkan diri daripada kumpulan itu, dan mencari pengertian Islam yang sebenar. Dia berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan penceramah bebas untuk mengetahui apakah dirinya telah tersesat, dan mereka menasihatinya supaya menjauhkan diri daripada ajaran itu kerana la mengajar konsep-konsep yang tidak betul, clan tidak pernah wujud dalam Islam. Menyedari keadaan itu, Akhbar cuba melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa agama di Kuantan kerana meyakini bahawa markas yang dibawa oleh pembimbing itu terletak di Pahang. Malangnya aduannya tidak dilayan kerana Akhbar tidak dapat memberi nama kumpulan atau ajaran sesat itu. Sumber al islam

27

Islam dan Isu Semasa

28

Albani Pernah Menarik Balik Beberapa Pendapatnya

Artikel ini ditulis atas cadangan daripada sahabat saya yang dihormati lagi dikasihi, Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman (UZAR) yang rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau pernah mencadangkannya kepada saya dalam satu perbualan telefon satu masa dahulu, tetapi disebabkan kealpaan, saya tidak menulisnya di sini. Ketika beliau memberikan ulasan terhadap pembentangan saya di Multaqa Ulama Muda anjuran Darul Fuqaha pada hujung tahun lepas, beliau mengulangi cadangan tersebut. Bagi yang mengenali diri Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (meninggal pada tahun 1999), pasti akan tahu bahawa beliau mempunyai banyak karya khususnya dalam bidang hadith. Sama ada buku itu hasil penulisan beliau sendiri, atau kajian terhadap penulisan ulama silam dan masa kini, kita yakin bahawa jasa beliau dalam hadith amat besar. Namun itu tidak semestinya menjadikan kita taksub atau memandang al-Albani sebagai satu nama yang tidak boleh digugat. Secara peribadi, saya telah menulis beberapa artikel berkaitan diri beliau di laman web ini dan juga di dalam buku pertama saya 20 Persoalan Asas Tentang Hadis. Beliau saya anggap sebagai salah seorang tokoh hadith moden bersama dengan ramai lagi tokoh yang lain. Namun apa yang lebih penting ialah: beliau tidak maksum dan melakukan kesilapan sebagaimana manusia yang lain. Bagi mereka yang belum pernah mengetahui pendapat saya dan rakan-rakan moderator di alahkam.net, saya ingin menegaskan bahawa kami sama sekali tidak akan merendah-rendahkan mana-mana ulama termasuk al-Albani. Apa yang kami lakukan di sini (khususnya para panel Jabatan Hadith) ialah mengiktiraf sumbangan al-Albani dan dalam masa yang sama menolak pendapat-pendapat beliau yang tidak tepat sama ada dalam fiqh atau hadith setelah dibuat kajian dan perbandingan.28

Contohnya seperti pendapat al-Albani bahawa ketika berdiri di dalam solat, kita disuruh meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada SAHAJA. Sedangkan pandangan moderator Jabatan Hadith ialah apa yang menjadi sunnah hanyalah meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di bahagian depan tanpa menetapkan sama ada di atas dada, di bahagian atas atau

Islam dan Isu Semasa

29

di bahagian bawah pusat. Semuanya adalah satu keterbukaan sebagaimana amalan para salaf dan ahli hadith sepanjang zaman. Ini telah dijelaskan oleh al-Tirmidzi (279H) di dalam bukunya alJami al-Mukhtasor@Sunan al-Tirmidzi. Maka menghadkan HANYA di atas dada adalah pendapat al-Albani yang tidak kuat dan tidak disokong oleh amalan salaf. Malah hadith yang beliau nilai sebagai sahih juga telah pun dinilai dhaif oleh pengkaji hadith lain. Di antara bukti wujudnya kesilapan al-Albani ialah pengakuan beliau sendiri yang menarik balik beberapa pendapatnya tentang hadith. Maklumat sebegini amat penting untuk diketahui khasnya oleh orang-orang yang menyangka bahawa al-Albani seolah-olah tidak melakukan sebarang kesilapan. Ia juga penting untuk mereka yang menggunakan buku-buku al-Albani agar mereka dapat membezakan antara pendapat lama dan pendapat baru yang telah diubah oleh al-Albani. Apa yang berlaku ialah: al-Albani ketika menilai kembali hukum yang beliau keluarkan terhadap kedudukan hadith antara sahih dan dhaif, beliau telah menemui kesilapannya pada kajiankajiannya yang terdahulu. Lalu beliau telah mengubah pendapat tersebut. Perubahan itu telah dimuatkan dalam cetakan terkini terhadap buku-buku tersebut tetapi tidak ramai yang menyedarinya. Mungkin ada dua reaksi negatif daripada mereka yang tahu tentang perkara ini. Antaranya ialah menggunakan maklumat ini untuk merendah-rendahkan al-Albani. Ini tidak tepat kerana setiap manusia melakukan kesilapan dan al-Albani sendiri mengakui kesilapannya. Mungkin juga ada yang memberikan reaksi untuk tidak mahu menyebut perkara ini kerana terlalu taksub terhadap al-Albani. Ini juga satu bentuk kesilapan kerana al-Albani sendiri tidak malu untuk mengakui kesilapannya. Menarik balik atau mengubah pendapat silam adalah perkara biasa bagi seorang manusia. Malah imam-imam fiqh dan hadith salaf juga tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama. Terdapat banyak contoh yang menunjukkan bagaimana mereka tidak segan silu untuk mengubah pendapatnya jika terbukti ia tidak tepat. Cukuplah dengan wujudnya istilah qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru) di sisi Imam Syafie (204H) sebagai salah satu bukti. Berbalik kepada persoalan yang dibincangkan, ia memang berlaku dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Di antara orang-orang yang berusaha untuk memberikan maklumat tentang hadithhadith yang telah diubah penilaian terhadapnya oleh al-Albani ialah : Pertama, buku yang ditulis oleh Abu Malik Audah Ibn Hasan yang dicetak oleh Dar al-Nafaais, Jordan (setahu saya, ia adalah di bawah seliaan salah seorang murid al-Albani iaitu Dr. Umar alAsyqar) pada tahun 2003. Ia mengumpulkan 500 hadith yang telah dinilai kembali hukumnya (sahih atau dhaif dan sebagainya) oleh al-Albani dan beliau mengubah pendapat yang lama kepada yang baru. Di dalam buku ini hanya ada sebanyak 250 hadith kerana buku ini adalah bahagian pertama. Saya belum menemui bahagian keduanya setakat ini. Buku kedua yang mengumpulkan perubahan pendapat al-Albani ialah buku hasil karya Muhammad Kamal al-Suyuthi, cetakan Dar Ibn Rajab, Mesir pada tahun 2004. Ia mengum-

29

Islam dan Isu Semasa

30

pulkan sebanyak 307 hadith. Kedua-dua buku ini saya perolehi daripada Ketua Panel Jabatan Hadith al-ahkam.net iaitu sahabat dan guru saya, ustaz Anwaruddin@Mat_Lughowiyyat. Manakala bagi mereka yang telah sekian lama membaca buku-buku al-Albani, pasti mereka akan bertemu dengan pernyataan yang ditulis oleh al-Albani memaklumkan bahawa beliau telah melakukan perubahan terhadap pendapatnya yang lama. Jika dilihat pada pendahuluan kedua-dua buku yang disebutkan tadi, jelas mereka merupakan di antara orang yang paling menyayangi al-Albani. Namun begitu, kebenaran lebih mereka kasihi. Di atas jasa mereka (dan mungkin ada buku-buku lain di luar pengetahuan saya), kita dapat mengetahui dengan yakin apakah hadith-hadith yang telah dinilai kembali oleh al-Albani dan ditukar hukumnya sama ada daripada sahih kepada dhaif atau sebaliknya. Kedua-dua buku ini amat penting bagi mereka yang seringkali membuat rujukan dengan menggunakan buku-buku al-Albani. Jangan pula kita tersalah dalam menggunakan pandangan beliau yang lama atau kita tersalah anggap bahawa berlakunya percanggahan dalam penilaian alAlbani. Apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau menarik balik pendapatnya setelah beliau bertemu dengan pendapat yang lebih tepat. Alitantawi Penyelaras Jabatan Hadith AAN

30

Islam dan Isu Semasa

31

Albani: Menghidupkan Lagi Ilmu Hadith

Hadist merupakan salah satu rujukan sumber hukum Islam di samping kitab suci Alquran. Di dalam hadist Nabi Muhammad SAW itulah terkandung jawaban dan solusi masalah yang dihadapi oleh umat di berbagai bidang kehidupan. Berbicara tentang ilmu hadist, umat Islam tidak akan melupakan jasa Al-Albani. Ia merupakan salah satu tokoh pembaharu Islam abad ini.

Karya dan jasa-jasanya cukup banyak dan sangat membantu umat Islam terutama dalam menghidupkan kembali ilmu hadits. Ia berjasa memurnikan ajaran Islam dari hadits-hadits lemah dan palsu serta meneliti derajat hadits. Al-Albani mempunyai nama lengkap Abu Abdirrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh al-Albani. Dilahirkan pada tahun 1333 H di kota Ashqodar, ibu kota Albania masa lampau. Ia dibesarkan di tengah keluarga yang tak berpunya secara materi, namun sangat kaya ilmu. Ayah al Albani bernama Al Haj Nuh adalah lulusan lembaga pendidikan ilmu-ilmu syari`at di ibukota negara dinasti Utsmaniyah (kini Istambul). Ketika Raja Ahmad Zagho naik tahta di Albania dan mengubah sistem pemerintahan menjadi pemerintah sekuler, Syeikh Nuh amat mengkhawatirkan dirinya dan diri keluarganya. Akhirnya ia memutuskan untuk berhijrah ke Syam dalam rangka menyelamatkan agamanya dan karena takut terkena fitnah. Dari sana, ia sekeluarga bertolak ke Damaskus. Setiba di Damaskus, Syeikh al-Albani kecil mulai mempelajari bahasa Arab. Al-Albani kecil masuk sekolah madrasah yang dikelola oleh Jum`iyah al-Is`af al-Khairiyah. Ia terus belajar di sekolah tersebut hingga kelas terakhir dan lulus di tingkat Ibtida`iyah. Selanjutnya, ia meneruskan belajarnya langsung kepada para syekh. Ia mempelajari Alquran dari ayahnya sampai selesai, disamping juga mempelajari sebagian fikih madzab Hanafi. Al-Albani juga mempelajari keterampilan memperbaiki jam dari ayahnya sampai mahir betul. Keterampilan ini kemudian menjadi salah satu mata pencahariannya. Pada umur 20 tahun, pemuda Al-Albani mulai mengkonsentrasi diri pada ilmu hadits. Ketertarikannya itu berawal dari pembahasanpembahasan yang ada dalam majalah al-Manar, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Syekh Muhammad Rasyid Ridha. Tulisan-tulisan sang Syekh, sangat memukau hatinya. Kegiatan pertama di bidang ini ialah menyalin sebuah kitab berjudul Al-Mughni `an Hamli alAsfar fi Takhrij ma fi al-Ishabah min al-Akhbar, karya al-Iraqi, berupa takhrij terhadap hadits-

31

Islam dan Isu Semasa

32

hadits yang terdapat pada Ihya` Ulumuddin-nya Al-Ghazali. Awalnya kegiatan Al-Albani dalam bidang hadits ini ditentang oleh ayahnya. Ia mengomentarinya begini, Sesungguhnya ilmu hadits adalah pekerjaan orang-orang pailit (bangkrut). Namun Syekh al-Albani justru semakin cinta terhadap dunia hadits. Pada perkembangan berikutnya, Al-Albani tidak memiliki cukup uang untuk membeli kitab-kitab. Karenanya, beliau memanfaatkan Perpustakaan adh-Dhahiriyah di Damaskus. Di samping juga meminjam buku-buku dari beberapa perpustakaan khusus. Begitulah, hadits menjadi kesibukan rutinnya sampai-sampai ia menutup kios reparasi jamnya. Al-Albani lebih betah berlama-lama dalam perpustakaan adh-Dhahiriyah, sehingga setiap harinya mencapai 12 jam. Tidak pernah istirahat mentelaah kitab-kitab hadits, kecuali jika waktu shalat tiba. Untuk makannya, seringkali hanya sedikit makanan yang dibawanya ke perpustakaan. Akhirnya kepala kantor perpustakaan memberikan sebuah ruangan khusus di perpustakaan untuknya. Bahkan kemudian ia diberi wewenang untuk membawa kunci perpustakaan. Dengan demikian, Al-Albani makin leluasa mempelajari banyak ssumber. Syekh Al-Albani pernah dua kali mendekam dalam penjara. Kali pertama selama satu bulan dan kali kedua selama enam bulan. Itu tidak lain karena gigihnya beliau berdakwah kepada sunnah dan memerangi bid`ah sehingga orang-orang yang dengki kepadanya menebarkan fitnah. Pengalaman mengajarnya dilakukan ketika menjadi pengajar di Jami`ah Islamiyah (Universitas Islam Madinah) selama tiga tahun. Dari tahun 1381-1383 H, ia mengajar tentang hadits dan ilmu-ilmu hadits. Setelah itu ia pindah ke Yordania. Pada tahun 1388 H, Departemen Pendidikan meminta kepada Syekh Al-Albani untuk menjadi ketua jurusan Dirasah Islamiyah pada Fakultas Pasca Sarjana di sebuah Perguruan Tinggi di Kerajaan Yordania. Tetapi situasi dan kondisi saat itu tidak memungkinkan beliau memenuhi permintaan itu. Pada tahun 1395 - 1398 H ia kembali ke Madinah untuk bertugas sebagai anggota Majelis Tinggi Jam`iyah Islamiyah di sana. Di negeri itu pula, Al-Albani mendapat penghargaan tertinggi dari kerajaan Saudi Arabia berupa King Faisal Fundation tanggal 14 Dzulkaidah 1419 H. Sebelum berpulang, Syekh Al-Albani berwasiat agar perpustakaan pribadinya, baik berupa buku-buku yang sudah dicetak, buku-buku hasil foto kopi, manuskrip-manuskrip (yang ditulis olehnya ataupun orang lain) seluruhnya diserahkan kepada pihak Perpustakaan Jami`ah. Ia wafat pada hari Jumat malam Sabtu tanggal 21 Jumada Tsaniyah 1420 H atau bertepatan dengan tanggal 1 Oktober 1999 di Yordania. Karya-karya Al-Albani Karya-karya beliau amat banyak, ada yang sudah dicetak, ada yang masih berupa manuskrip dan ada yang mafqud (hilang). Jumlahnya sekitar 218 judul. Karya yang terkenal antara lain: * Dabuz-Zifaf fi As-Sunnah al-Muthahharah * Al-Ajwibah an-Nafi`ah `ala as`ilah masjid al-Jami`ah * Silisilah al-Ahadits ash Shahihah * Silisilah al-Ahadits adh-Dha`ifah wal Maudhu`ah

32

Islam dan Isu Semasa* At-Tawasul wa anwa`uhu * Ahkam Al-Jana`iz wabida`uha.

33

Di samping itu, beliau juga memiliki buku kumpulan ceramah, bantahan terhadap berbagai pemikiran sesat, dan buku berisi jawaban-jawaban tentang pelbagai masalah yang bermanfaat. ( yus/berbagai sumber )

33

Islam dan Isu Semasa

34

Hassan Al-Banna Rasul Dahri Kata Sesat!

Saya tidak akan bertaqlid kepada Ustaz Rasul Dahri (URD) dalam pandangannya mengenai Imam Hasan al-Banna (al-Banna) yang dianggapnya sebagai seorang sufi yang sesat dan tidak bertaubat. Di bawah ini nanti saya sertakan petikan dari buku al-Banna (terjemahan) Muzakkriaat alDakwah wal Da'iyah. Antara buku yang dirujuk untuk menyesatkan al-Banna. Di dalam buku berkenaan antaranya al-Banna menceritakan pengalamannya semasa remaja bersama tarekat sufi Hasafiah. Ketika beliau menceritakannya, di sinilah para pembaca akan diundang dengan pelbagai tanggapan dan penafsiran. Dari sinilah URD membuat tanggapan bahawa al-Banna adalah seorang sufi yang sesat. dan dari sinilah juga saya membuat tanggapan bahawa al-Banna tidak sesat. Dari sumber yang sama tetapi mengundang penafsiran yang berbeda. Apa yang al-Banna ceritakan ialah ketika beliau remaja. Atau sekurang-kurangnya sebelum wujud al-Ikhwan al-Muslimin (al-Ikhwan). URD mengatakan al-Banna tidak pernah bertaubat dari pegangannya. Saya berpendapat, al-Banna tidak sesat dengan alasan:34

1. Dia menceritakan pengalamannya bersama Tasauf sewaktu remajanya. 2. Tarekat hasafiah yang diikutinya dinyatakannya sendiri olehnya dan oleh bapanya yang merupakan seorang pakar Hadis sebagai tarekat yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Islam dan Isu Semasa

35

3. Zikir-zikirnya ialah petikan dari al-Quran dan al-Sunnah 4. Al-Banna minat dengan tarekat ini kerana pengasas dan pemimpinnya seorang yang sangat kasihkan sunnah dan bencikan bi'dah, khurafat. Mereka dikatakan amat menentang pelbagai bid'ah dan khurafat yang menyusup masuk ke dalam tarekat-tarekat pada zaman berkenaan. 5. Pada satu tahap, al-Banna mencerita bagaimana beliau dan syeikh juga teman-teman dari tarekat ini tidak sehaluan. Terutamanya selepas tertubuhnya al-Ikhwan. 6. Di akhir petikan ini nanti, al-Banna ada menyatakan tentang pendiriannya yang sangat jelas tentang tasauf dan tarekat. Jelas beliau tidak bersetuju dengan tasauf yang diresapi oleh unsur asing yang merosakkan Islam. 7. Amalan-amalan seperti ziarah kubur, berzikir bersama-sama dan sebagainya semasa beliau bersama tarekat ini tidak boleh terus dihukumkan sebagai telah melakukan kesesatan. Mengapa saya katakan begitu? Pertama, kerana ia dilakukan semasa zaman remajanya. Kedua, al-Banna ada menjelaskan betapa mereka diajar tentang adab-adab ziarah kubur berdasarkan sunnah. Ketiga, berzikir bersama-sama, apakah maksudnya berzikir seperti yang kebanyakan diamalkan oleh kumpulan-kumpulan tarekat sekarang ini. Ia tidak jelas. Bolehkah kita menghukum saudara kita dengan sesuatu fakta yang tidak jelas dan masih kabur? URD berkata: Si Pemuja sufi Said Hawa semoga Allah merahmatinya telah membuat pengakuan dan menguatkan lagi kenyataan Hasan al-Banna, beliau berkata: Bahawasanya Ikhwanul Muslimin pada hakikatnya adalah sufiyah (pertubuhan yang bermanhaj sufi). URD menyebut lagi: Apakah Hasan al-Banna yang ditokohkan oleh para pengikutnya sebagai imam, syahid, mursyid dan ketua pergerakan Ikhwanul Muslimin tidak mengetahui persoalan dan hukum tentang perayaan maulid, kuburi dan bidah-bidah terutamanya yang terdapat di dalam tariqat kesufian? Kalau benar Hasan al-Banna telah bertaubat dari semua perkara yang bidah ini dan melarang para pengikut dan penyambung perjuangannya dari melakukannya, tentulah tokohtokoh yang menjadi pelanjut dakwahnya setelah kematiannya seperti Said Hawa, Tilmisani, Hasan al-Hudaibi, Mustafa as-Sibai, Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi telah bertaubat,meninggalkan dan mengharamkan para pengikutnya dari melakukan perkara-perkara yang

35

Islam dan Isu Semasa

36

telah diharamkan oleh Hasan al-Banna. Tetapi yang jelas adalah sebaliknya. Fikirkanlah kenyataan Yusuf al-Qaradhawi yang menyeru: Jadikanlah Salafi itu Sufi.

Persoalan yang berlegar-legar di dalam kepala kita ialah URD mendakwa al-Banna dan alIkhwan sebagai sesat hanya kerana mereka mengaku diri mereka sufi tanpa melihat apakah bentuk dan jenis sufi yang mereka ikuti? Pernahkah kita terbayang yang al-Qaradhawi berzikir sambil menari-menari. Atau berzikir beramai-ramai. Atau sebagainya. Pernahkah juga kita terfikir yang al-Qaradhawi itu berfahaman seperti al-Hallaj atau Ibnu Arabi? Sedangkan beliaulah yang kuat menentang fahaman mereka..

Petikan Muzakkriaat al-Dakwah wal Da'iyah (edisi terjemahan) Minat Saya Di Dalam Tariqat Sufi Hasafiyah Saya telah lihat ahli-ahli Tariqat Hasafiyah di dalam sebuah masjid kecil. Setiap hari selepas solah Isya, mereka terus berzikir kepada Allah. Saya selalu menghadiri kuliah-kuliah Syeikh Muhammad Zahran antara solah Maghrib dan Isya. Halaqah zikir yang diadakan itu disertai pula dengan nasyid yang merdu, menarik minat saya. lanya dihadiri oleh ulamak-ulamak dan pemuda-pemuda yang soleh. Mereka juga memberi layanan yang baik kepada kanak-kanak di situ untuk menyertai dalam halaqah zikir itu. Lama-kelamaan hubungan saya dengan Ikhwan Al-Hasafiyah semakin erat. Di antara orangorang yang paling kuat mempengaruhi saya ialah Syeikh Syalbi Ar-Rijal, Syeikh Muhammad Abu Syousyah dan Syeikh Syed Uthman. Begitu juga dengan pendakwah-pendakwah muda seperti Muhammad Afandi Dimyatee, Sowi Afandi as-Sowi, Abdul Mutal Afandi Sankal dan yang lain-lain lagi adalah hampir sebaya umur mereka dengan saya. Di sinilah saya bertemu dengan Ustaz Ahmad Sakri buat pertama kali, Beliau adalah wakil Ikhwanul Muslimun waktu itu. Pertemuan tersebut meninggalkan kesan yang hebat kepada kehidupan kami. Sejak itu, nama Syeikh Hasafi terus mempengaruhi saya dan saya berasa sangat gembira bila mendengar nama itu. Saya pun semakin kempunan hendak bertemu Syeikh itu dan mendapat faedah dari kuliah yang diberinya. Saya mula mengamal Wazifah ar-Ruzooqiyyah di waktu subuh dan petang. Saya mula berminat dengan wazifah ini apabila bapa saya memberitahu bahawa kalimah di dalam wazifah tersebut diambil dari hadith-hadith sahih. Risalah ini dinamakan risalah (menerangkan hati untuk menjadi suci dengan zikir Ruzooqiyyah). Wazifah ini tidak melebihi dari ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith. Walaupun begitu tidak kedapatan padanya perkataanperkataan yang ganjil, fahaman-fahaman dan badat-ibadat yang bertentangan dengan Islam.

36

Islam dan Isu Semasa

37

Ketika ini saya berjumpa dengan sebuah kitab bertajuk 'Almanhal as-Safi fi Manaqib Hasnain al-Hasafi. Hasnain al-Hasafi adalah pengasas dan pemimpin pertama Tariqat Hasafiyah (Ikhwan Al-Hasafi). Kini pemimpin Tariqat tersebut ialah Syeikh Abdul Wahab Hasafi, iaitu anak Syeikh Hasnain al-Hasafi. Semoga Allah merahmati Syeikh Abdul Wahab dan memberi kejayaan kepada segala usahanya. Saya tidak sempat menemui Syeikh Hasnain Al-Hasafi kerana dia telah meninggal dunia pada hari Khamis, 17 Jamadil Akhir, 1328 Hijrah. Saya berumur 4 tahun ketika itu. Walaupun dia kerap melawat negeri saya, tetapi saya tidak berpeluang menemuinya. Melalui kitab tersebut, saya mendapat tahu bahawa Syeikh Hasnain adalah seorang ulamak Universiti al-Azhar yang alim. Beliau pakar dalam Ilmu Fiqh Mazhab Syafie dan Ulumud Din. Dia juga seorang ulamak yang luas pembacaannya. Beliau bersolat tepat pada waktunya dan banyak masanya habis dalam berzikir kepada Allah. Dia adalah seorang yang wara dan bertakwa. Dia juga menunaikan umrah dan Haji banyak kali. Para sahabatnya tidak dapat mencari orang lain yang lebih bertakwa yang mematuhi ajaran Allah, menunaikan segala perkara perkara yang wajib serta sentiasa memelihara perkara-perkara sunat. Syeikh Hasnain Al-Hasafi tidak lalai dari mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara tersebut sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau berumur 60 tahun tetapi umurnya yang tua itu tidak menyekat dia dari menjalankan dakwah Islamiah. Dia menentang amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam dan menggalakkan amalan-amalan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau selalu menentang bidaah-bida'ah yang menyusup masuk ke dalam amalanamalan Tariqat Sufi. Dia menyeru manusia kepada perbuatan maaruf dan melarang manusia dari melakukan perbuatan yang haram. Beliau membawa perubahan yang hebat kepada masyarakatnya dengan membanteras banyak amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam. Pemikiran dan amalannya mengagumkan saya. Dalam usaha menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar, beliau tidak takut kepada sesiapa pun. Ada banyak peristiwa yang menggambarkan keberaniannya. Pernah Syeikh Hasnain pergi menemui Perdana Menteri Mesir, Riyadh Basya. Pada waktu yang sama seorang ulama lain telah datang menemui Riyadh Basya. Ulama tersebut telah tunduk memberi hormat kepada Riyadh Basya. Syeikh Hanain naik radang dan terus menampar ulamak tadi sambil berkata, Berdiri tegaklah engkau! Tidak dibenarkan ruku dalam Islam melainkan di hadapan Allah S.W.T. Janganlah engkau mencemar Islam dan ilmu yang ada padamu, nanti kelak Allah akan mencemarmu. Perdana Menteri Riyadh Basya dan ulamak tadi pun terpegun. Tidak seorang pun yang berani mengambil tindakan terhadap Syeikh Hasnain. Apabila Syeikh Hasnain duduk, seorang pembesar pun tiba. Beliau adalah sahabat Riyadh Basya. Salah satu jarinya tersarung sebentuk cincin emas dan di samping itu dia juga membawa sebatang tongkat yang berkepala emas. Syeikh Hasnain pun menasihatinya, Saudara ku! Kaum wanita diharuskan memakai perhiasan emas dan kaum lelaki diharamkan memakai emas. Lebih baik kau serahkan barang-barang emas yang ada padamu itu kepada kaum wanita di dalam keluargamu. Jauhkan dirimu dari bertindak bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Sebelum pembesar tadi membangkang, Riyadh Basya masuk campur dan memperkenalkan mereka berdua. Namun

37

Islam dan Isu Semasa

38

begitu, Syeikh Hasnain masih bertegas supaya cincin emas dan emas di hujung tongkat ditanggalkan agar amalan yang bertentangan dengan Islam dapat dihentikan. Satu hari Raja Mesir, iaitu Taufiq Pasya, telah menghadiri satu perhimpunan khas para ulamak. Syeikh Hasnain juga turut hadir di majlis itu. Apabila Syeikh Hasnain bertemu Taufiq Pasya, dia pun mengucap Assalaamualaikum dengan kuatnya. Taufiq Pasya hanya membalas salam itu dengan mengangkat tangan saja. Tanpa rasa gentar, Syeikh Hasnain pun dengan lantang berkata, Jawablah salam dengan cara yang sama atau dengan cara yang lebih baik lagi. Menurut Islam, tidak harus menjawab salam dengan tangan. Jawapan salam perlulah diberi dengan sepenuhnya iaitu Wa alaikumus-Salaam wa rahmatullahi wa barakatuh. Taufiq Pasya berterima kasih pada Syeikh Hasnain kerana pendiriannya dan pegangannya dalam hal agama. Satu hari Syeikh Hasnain pergi berjumpa salah seorang muridnya di Jabatan Ukur. Beliau lihat ada patung kecil di atas meja dalam pejabat muridnya itu. Syeikh Hasnain bertanya, Apakah benda ini? Muridnya menjawab, Patung ini perlu untuk kerja-kerja kami. Syeikh itu menjawab, Benda ini dilarang (diharamkan) Allah. Beliau pun mematahkan leher patung tersebut dengan tangannya sendiri. Di waktu itu, seorang Inspektor bangsa Inggeris masuk ke dalam pejabat itu. Dia bertanyakan Syeikh Hasnain mengenai perkara patung tadi. Dengan sopan santun, Syeikh itu menerangkan bahawa Islam datang untuk menegakkan Tauhid (Keesaan Allah) di atas muka bumi dan juga untuk menghapuskan berbagai bentuk penyembahan berhala. Islam telah mengharamkan patung agar ia tidak menjadi sumber penyembahan. Penerangan dasar-dasar Islam yang diberi oleh Syeikh Hasnain begitu elok sehingga dapat menyakinkan Inspektor tadi. Dia sangat tertarik dengan hujah-hujah Syeikh Hasnain sebab selama ini dia sangka penyembahan berhala wujud di dalam Islam. Dia menerima kebenaran Islam dan memuji Syeikh Hasnain. Satu hari Syeikh Hasnain dan murid muridnya menziarahi Masjid Saidina Hussain (r.a.). Dia berdiri di hadapan kubur dan mengucapkan kalimah berikut: Maksudnya: Sejahtera ke atas mu ahli kubur yang Mumin. Sementara itu seorang dari muridnya memohon, Tuan! Beritahu Saidina Hussain agar dia memberkati aku. Syeikh Hasnain Al-Hasafi memandangnya dengan penuh marah dan berkata, Semoga Allah memberkati kita dan dia (yakni Saidina Hussain). Kemudian dia, meminta semua murid-muridnya berhimpun di situ kerana dia hendak memberi syarahan. Dalam perhimpunan tersebut beliau menghurai secara terperinci adab dan peraturan menziarahi kubur. Beliau juga menjelaskan perbezaan antara bidaah dan syara dalam persoalan menziarahi kubur. Bapa saya pernah menceritakan bahawa dia, Syeikh Hasnain dan para anggota Tariqat Hasafiah yang lain telah berkumpul di rumah Hasan bin Abu Syed Hasnain. Seorang pelayan wanita yang masih muda masuk ke dalam majlis untuk menghidangkan kopi. Kepala dan tangannya terdedah. Syeikh Hasnain memandang wanita tadi dengan marahnya dan dia menyuruh wanita itu keluar. Syeikh Hasnain juga enggan minum kopi yang dihidangkan. Beliau telah berjumpa dengan tuan rumah itu dan memberinya satu pengajaran mengenai kewajipan terhadap gadisgadis walaupun mereka merupakan pelayan, tidak seharusnya dipamerkan kepada lelaki ajnabi.

38

Islam dan Isu Semasa

39

Inilah di antara nilai-nilai akhlak Syeikh Hasnain Al-Hasafi yang banyak mempengaruhi saya. Para anggota Tariqat Hasafiah selalu memuji ajaran Syeikh Hasnain, tetapi saya lebih tertarik dengan ajaran-ajaran yang diamalkannya. Saya yakin Allah telah memberinya kuasa istimewa untuk menyebarkan Islam. Beliau telah berusaha mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran dengan tabahnya. Saya mula mengenal Syeikh Hasnain Al-Hasafi ketika saya berumur 12 tahun. Pengenalan saya dengan Syeikh itu kian teguh lantaran satu peristiwa aneh. Saya telah membaca buku beliau berulang kali. Satu hari saya telah bermimpi. Dalam mimpi itu, saya sedang berada di sebuah tanah perkuburan. Saya lihat salah satu kubur bergegar dan bergerak. Gegaran berterusan untuk tempoh waktu yang lama. Akhirnya kubur tadi pecah. Api memancut keluar darinya dan menjulang ke langit. Api itu bertukar membentuk satu lembaga manusia lelaki. Lembaga itu adalah satu lembaga panjang yang menggerunkan. Orang ramai berkumpul di sekelilingnya. Gergasi itu berteriak sambil berkata kepada orang ramai yang berkumpul di sekelilingnya, Wahai manusia! Perkara perkara yang diharamkan Allah kepada kamu kini telah dihalalkan. Sekarang kamu buatlah apa yang kamu suka. Saya pun muncul dari khalayak ramai dan berkata, Kau pendusta. Orang ramai pun berpaling melihat saya dan saya memberitahu mereka, Wahai manusia yang dikasihi! Dia adalah syaitan yang dilaknat. Dia telah datang untuk menyesat dan menghasutkan kamu. Jangan dengar kata katanya! Jika tidak, kamu akan sesat. Gergasi tadi naik marah dan berkata, Sekarang kita akan berlumba lari di hadapan orang ramai. Jika kau menang, kau dianggap benar. Jika aku menang, akulah yang benar. Saya menerima cabarannya itu. Saya pun berlari sepantas yang saya mampu. Malangnya kaki saya tidak dapat bersaing dengan kaki gergasi yang besar itu. Belum sempat gergasi tersebut menangkap saya, Syeikh Hasnain Al-Hasafi muncul dan memeluk saya. Beliau memegang saya dengan tangan kirinya sambil tangan kanannya diangkat dan dihalakan kepada gergasi yang sedang pantas bergerak itu. Beliau berteriak dengan kuat, Nyahlah engkau wahai syaitan yang terkutuk! Gergasi tadi cabut lari dan menyembunyikan dirinya. Syeikh Hasnain pun turut lesap. Saya pergi bertemu orang ramai tadi dan berkata, Awak semua telah saksikan sendiri usaha syaitan hendak menyesatkan awak dari jalan kebenaran yang ditunjukkan Allah. Selepas itu saya pun terkejut jaga. Semenjak hari itu, saya pun begitu kempunan hendak bertemu Syed Abdul Wahab Al-Hasafi, iaitu putera Syeikh Hasnain Al-Hasafi kerana hendak belajar dasar dasar Akhlak Islam darinya tetapi dia tidak muncul. Berhubung dengan peristiwa di perkuburan itu, saya teringat kepada saudara seagama saya, iaitu Syeikh Muhammad Abu Syousya, seorang saudagar di Mahmoodiyah. Saya terhutang budi kepadanya kerana dia banyak memberi bimbingan rohani kepada saya. Dia mengumpul lapan hingga sepuluh orang budak lelaki termasuk saya dan membawa kami ke tanah perkuburan. Kami menziarahi kubur sambil berzikrullah di masjid Syeikh Najeeli. Syeikh Muhammad Abu Syousya menceritakan kisah kisah para wali dan orang-orang soleh kepada kami dengan cara yang begitu menarik sehingga air mata kami mengalir. Kemudian dia menunjuk kepada kami kubur-kubur yang terbuka dan mengingatkan kami bahawa satu hari nanti kami juga akan berada di tempat yang gelap dan mengerikan itu (yakni kubur). Syeikh Muhammad Abu Syousya menangis teresak-esak dan kami juga turut menangis. Kami semua pun bertaubat dan memohon keampunan Allah atas segala kesalahan yang kami lakukan. Kadangkala dia mengikat benang di pergelangan tangan kami Sebagai lambang peringatan taubat yang telah kami lakukan. Beliau menerangkan bahawa jika fikiran kami diselubungi kejahatan atau syaitan cuba menghasut kami,

39

Islam dan Isu Semasa

40

maka hendaklah kami menyentuh benang tersebut sambil mengingati janji yang telah kami buat untuk mematuhi Allah serta menjauhi perbuatan mungkar. Kami mendapat banyak faedah dari nasihat serta tunjuk ajar beliau yang baik dan berguna itu. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas beliau. Hati saya sentiasa teringat Syeikh Hasan sehinggalah saya memasuki Maktab Perguruan Damanhur. Makam Syeikh Hasan berada di Damanhur. Masjid beliau yang belum siap itu juga berada di Damanhur. Ketika itu hanya asas masjid saja yang siap. Masjid itu dapat disiapkan kemudiannya. Saya menziarahi makam Syeikh Hasan setiap hari. Saya bergaul rapat dengan para anggota Tariqat Hasafiyah. Setiap malam saya menghadiri syarahan-syarahan yang diberi di Masjid At-Taubah. Saya bertanya berkenaan ketua Tariqat Hasafiyah di situ dan mendapat tahu namanya ialah Syeikh Basiyooni Alatt. Beliau adalah seorang peniaga yang bertaqwa dan wara. Saya memohon kepada beliau supaya memperkenaikan saya dengan Syeikh Syed Abdul Wahab Al-Hasafi. Syeikh Basiyooni pun berjanji hendak memperkenalkan saya dengan Syei