3
DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, hadis no: 2128, Rasulullah saw bersabda : “Terdapat dua golongan penghuni neraka yang saya tidak akan jumpa : (Pertama) Orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan (Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagi mencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian”. Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsi bersama para pembaca sekalian agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan penghuni neraka yang Rasulullah saw tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah daripada kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah saw. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan 1400 tahun yang lalu benar-benar berlaku. 1. Salah guna kuasa Golongan pertama ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali sebatan. Mereka menggunakannnya untuk memukul orang-orang lain. Ini merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa lalu menggunakan kuasanya untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya contohnya pemerintahan secara diktator. Hadis di atas merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil. Oleh itu, selain pemerintah negara, ia juga merujuk kepada pengarah syarikat, ketua jabatan, malah juga seorang ayah. Berdasarkan kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan yang diperbuat daripada ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang dapat menghukum dan mendera seseorang termasuk dalam kategori ini. Oleh itu, sesiapa jua yang memegang kuasa dalam apa jua urusan, hendaklah menjadikan hadis ini sebagai peringatan. Jangan menghukum orang bawahan sesuka hati, sebaliknya adililah mereka dengan seadil- adilnya. Hendaklah mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka bersalah dan berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina. 2. Penampilan Wanita

Dua Golongan Penghuni Neraka

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dua Golongan Penghuni Neraka

DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, hadis no: 2128, Rasulullah saw bersabda : “Terdapat dua golongan penghuni neraka yang saya tidak akan jumpa : (Pertama) Orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan (Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagi mencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian”.

Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsi bersama para pembaca sekalian agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan penghuni neraka yang Rasulullah saw tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah daripada kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah saw. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan 1400 tahun yang lalu benar-benar berlaku.

1. Salah guna kuasa

Golongan pertama ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali sebatan. Mereka menggunakannnya untuk memukul orang-orang lain. Ini merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa lalu menggunakan kuasanya untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya contohnya pemerintahan secara diktator. Hadis di atas merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil. Oleh itu, selain pemerintah negara, ia juga merujuk kepada pengarah syarikat, ketua jabatan, malah juga seorang ayah.

Berdasarkan kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan yang diperbuat daripada ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang dapat menghukum dan mendera seseorang termasuk dalam kategori ini. Oleh itu, sesiapa jua yang memegang kuasa dalam apa jua urusan, hendaklah menjadikan hadis ini sebagai peringatan. Jangan menghukum orang bawahan sesuka hati, sebaliknya adililah mereka dengan seadil-adilnya. Hendaklah mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka bersalah dan berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina.

2. Penampilan Wanita

Golongan kedua merujuk kepada wanita yang memiliki beberapa ciri berikut. Pertama, mereka berpakaian tetapi telanjang. Maksud telanjang dalam konteks ini ialah wanita yang mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan aurat mereka di sebaliknya. Juga wanita yang mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka di sebaliknya. Tidak ketinggalan ialah wanita yang memakai pakaian yang terbelah di sana-sini sekalipun ia menutup aurat, pada hakikatnya aurat-aurat tersebut akan terdedah ketika berjalan atau ditiup angin.

Kedua, ia merujuk kepada wanita yang bergaya, berjalan, dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Seterusnya secara sedar atau tidak, wanita ini menjadi ikutan wanita lain. Fenomena sebeginilah yang disebut sebagai trend masa kini dan inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda sebagai “… yang cenderung lagi mencenderungkan”.

Page 2: Dua Golongan Penghuni Neraka

Antara fesyen yang dimaksudkan ialah mengikat sanggul di belakang kepala dengan menonjolkan ke atas. Trend yang digelar sebagai “Sanggul Arab”, “fake bun” atau “high bun” dianggap terkini oleh sebahagian wanita masa sekarang, sama ada yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telah pun diramalkan oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan segabai bonggol unta. Hanya bonggol unta yang menonjol lurus ke atas manakala sanggul Arab menonjol ke atas sambil condong ke belakang.

Ada yang begitu taksub dengan fesyen sanggul Arab ini sehingga sanggup memakai rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul palsu. Ada juga pekedai yang menjual tudung Arab lengkap dengan sanggul Arab tiruan di dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa. Ini disebabkan mereka melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen sanggul Arab sementara yang kedua ialah memakai rambut palsu. Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut

palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah : “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut yang lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan”. (shahih al-bukhari, no 5934) Maksud menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama ada ia daripada rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.

Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyondong ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyondong ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul Arab. Selain itu terdapat hadis yang menyatakan bahawa "akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Setelah menerangkan cirri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah saw menambah bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkan dari syurga sejauh-jauhnya. Mereka bukan sahaja tidak melintas di tepi syurga, tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu keharuman syurga padahal keharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-dua golongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadi peringatan yang melekat dalam diri kita dalam tanggungjawab harian kita dan dalam fesyen harian kita.

Sumber dari

1. Majalah Dara.com edisi Ogos 20102. http://tudungstall.blogspot.com/ 3. http://sucagwale.blogspot.com/ 4. http://www.orionscollections.blogspot.com/

Disediakan oleh: NURUL IZZATI BINTI CHE’ MAN