38
1.0 Pengenalan Sejak akhir-akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian membakar bilik guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah (Utusan Malaysia, 1998). Apa yang memeranjatkan, sekali gus membimbangkan, mengenai hasil satu kajianyang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikanpada tahun 1999. Laporan kajian ini yang diumumkan baru -baru ini menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai kongsi gelap (Berita Harian, 1997).Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam institusi sekolah dikenali sebagai disiplin mereka kategorikan sebagai devian dan delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label nagi kumpulan ini sebagai samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih bersekolah atau remaja akan dikenali sebagai delinkuen.Apa yang jelas, delinkuen atau gengsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar peratu ran dan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. 2.0 Definisi Gangsterisme Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-

DRAF GANGTERISME

  • Upload
    jass388

  • View
    320

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

draf

Citation preview

Page 1: DRAF GANGTERISME

1.0 Pengenalan

Sejak akhir-akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan

generasi muda dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur

masyarakat di negara ini. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian membakar bilik

guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah (Utusan Malaysia, 1998). Apa yang memeranjatkan, sekali gus membimbangkan, mengenai hasil satu kajianyang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikanpada tahun 1999. Laporan kajian ini yang diumumkan baru -baru ini menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai kongsi gelap (Berita Harian, 1997).Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam institusi sekolah dikenali sebagai disiplin mereka kategorikan sebagai devian dan delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label nagi kumpulan ini sebagai samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih bersekolah atau remaja akan dikenali sebagai delinkuen.Apa yang jelas, delinkuen atau gengsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar peratu ran dan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat.

2.0 Definisi Gangsterisme

Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit, dan, mempunyai seorang ketua yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya. Sementara itu kumpulan samseng merupakan kumpulan seminat yang dianggotai oleh samseng-samseng yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang longgar[1].

Gengsterisme di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan undang-undang. Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada pelbagai jantina, etnik, umur, peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka. Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undangundang, bekerja mengikut tatatertib,

Page 2: DRAF GANGTERISME

menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik, saling menghormati, tolong -menolong dan membaiki keadaan dalam usaha membina.

Moral pula merujuk segala tingkah laku manusia yang berkaitan dengan apa-apa yang betul atau salah, baik atau buruk dan apa-apa yang kita harus buat dan apa-apa yang kita harus elakkan. Moral juga berkaitan dengan cara manusia berinteraksi antara satu sama lain, dan bagaimana tingkah laku mereka mempengaruhi perasaan

dan kepentingan orang lain. (Iheoma, 1986). Akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang bersifat tetap dalam diri manusia yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang jahat dan buruk jika akhlaknya jahat.[2]

Sejarah Awal Gengsterisme

Penghijrahan masyarakat Cina dan India ke Malaya pada abad ke-18 dianggap sebagai titik permulaan tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia.Migrasi masyarakat Cina terutamanya dari wilayah Kwantung dan Fukian akibat keadaan politik serta pernah menyertai aktiviti penggulingan Dinasti Manchu menyebabkan Malaya turut diresapi aktiviti ini. Mereka yang paling aktif adalah dari kumpulan Ang Bin Hoay yang cuba mendapatkan ahli melalui sistem Kapitan iaitu menyatukan ahli untuk memastikan kepentingan mereka terpelihara. Aktiviti kumpulan-kumpulan ini tidak lagi berpusatkan kepada memelihara kepentingan ahli semata-mata tetapi mula melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan bersifat jenayah seperti mencuri, membunuh dan mengancam keselamatan orang ramai untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai kumpulan berpengaruh.

Dalam kalangan masyarakat India pula, pelabelan istilah geng bermula sejak tahun 1960-an apabila ramai remaja India mula terlibat dengan aktiviti yang menjurus kepada jenayah terutama dengan pengaruh dari kumpulan etnik Cina. Ada kumpulan yang menyamai aktiviti ini seperti mendapatkan wang perlindungan manakala ada pula yang bergaduh semata-mata kerana isu wanita. Pada tahun 2000, 459 daripada 1560 buah sekolah menengah berhadapan dengan pelajar berisiko terlibat dengan gengsterisme.

SENARIO GENGSTERISME DI MALAYSIA

Page 3: DRAF GANGTERISME

Kegiatan gengsterisme di Malaysia kini sedang hangat diperkatakan. Pelbagai senario kejadian gengsterisme sedang bermain di sekeliling kita dan di antaranya golongan yang mudah terjebak dalam kegiatan ini ialah golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur.Perkara ini amat membimbangkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah.Antara kejadian senario gengsterisme di Malaysia ialah:

a) Seorang pelajar tingkatan empat dipukul 18 orang pelajar sebayanya menggunakan objek keras di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah Di Kampung Gajah,Ipoh Perak. (Sinar,18 Julai 2012)http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kes-pukul-letak-wang-sebagai-perangkap-1.67779

b) Empat pelajar cedera parah dalam pergaduhan di luar perkarangan sekolah di Kuala Lumpur (Berita Harian 29/08/2012 - 06:25:51 AM )

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatpelajarparahbergaduh/Article/index_html

c)Pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut Pasir Putih,Kelantan telah dibuang sekolah manakala empat lagi rakannya digantung persekolahan gara-gara tebbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan kecerderaan pada pelajar tingkatan tiga kerana terkena libasan kerabit.(Berita Harian,09/03/2009)

d)Kita pernah digemparkan oleh loporan akhbar mengenai sederet Sembilan kereta dipecah dan dibakar di sebuah taman perumahan. Selain daripada itu juga seorang pelajar perempuan di utara tanah air dibuang sekolah ekoran daripada perbuatannya menendang seorang guru.(Berita Harian,04/12/2008)

Gangsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Malaysia

Sejak kebelakangan ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian yang tidak masuk akal sebagai contoh membakar bilik guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah. Apa yang membimbangkan ialah, mengenai terdapatnya hasil satu kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun 1999. Laporan kajian ini yang diumumkan tidak lama dahulu menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah di Malaysia adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai pertubuhan salah laku.Dan yang paling membimbangkan,sekolah-sekolah menengah agama yang selama ini menjadi dakapan masyarakat untuk melahirkan generasi yang berwibawa tidak terlepas dengan gejala ini.Beberapa kes-Kes yang diketengahkan mengenai Kegiatan gengsterisme yang melibatkan memukul pelajar “meletup‟ pada tahun 2003 dengan menunjukkan banyak kes terjadi di sekolah.Di antara rentetan kejadian itu ialah kes di mana ,8 orang pelajar tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah dibuang sekolah termasuk 2 orang yang telah mengugut warden dengan menggunakan parang.Seramai 20 orang

Page 4: DRAF GANGTERISME

pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan gengsterisme melalui kumpulan yang dikenali sebagai “The High Council” dimana ahli bertemu secara rahsia dalam waktu yang singkat di sebelah pagi untuk melakukan kegiatan membuli pelajar junior dan penderaan psikologikal.Di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka lebih kurang 20 orang pelajar bergaduh di kantin sekolah dan memukul sesama sendiri menggunakan kerusi. Salah seorang daripada mereka telah mengalami kecederaan di dahi dan menerima rawatan di hospital.Sementara polis telah menahan 9 orang pelajar berusia 16 dan 17 tahun selama 2 hari untukmembantu siasatan pihak polis. Gejala ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati di antara kumpulan pelajar kerana isu seperti balas dendam, hendak menunjukkan kuasa kumpulan yang hebat, membuli pelajar junior dan juga kerana aduan perbuatan salah laku kumpulan ini kepada pihak berwajib.Perlu difahami bahawa kesemua jenayah ini dilakukan secara “berpersatuan”.

6.0 Ciri-ciri Ahli Gengsterisme

Menurut Lal et. al (1993), dan penyelidik -penyelidik gengsterime mendapati bahawagengsterisme mempunyai ciri -ciri yang sama tetapi juga terdapat yang spesifik gangs yang berbeza antara satu sama lain dan boleh berubah mengikut keadaan semasa dan tempat.Lal et. al (1993) telah merumuskan ciri -ciri gangs ialah ahli-ahli terdari daripada etnik yang sama, ahli-ahli memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi, ikatan yang kukuh, semua ahli memahami matlamat serta tanggungjawab masing -masing, perintah disampaikan mengikut hiraki, identiti berdasarkan kepada kawasan dan sekolah dan pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah

7.0 Aktiviti-aktiviti gengsterisme

Menurut Futrell (1996), aktiviti bermaksud kesalahan yang dilakukan oleh gengsterisme antaranya kekasaran terhadap guru, pihak peng urusan sekolah dan kes-kes keganasan termasuklah mencuri, memeras ugut barang kemas atau wang, berbahasa kasar dan menakut-nakutkan pelajar serta memukul pelajar.

Page 5: DRAF GANGTERISME

4.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gejala Gengsterisme

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dan kanak -kanak terlibat gengsterisme. Faktor-faktor ini termasuklah faktor rakan sebaya, pe ngaruh keluarga, pengaruh media massa dan individu itu sendiri untuk menentukan etiologi gengsterisme (Cindy, Tursman dan Moore, 1930). Keluarga menurut takrif antrapologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri

daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Freud (1953), pula merujuk keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak (Fontana, 1981:29).

Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatu r persefahamanantara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa. Pembinaan koridor raya Multi Media (MSC), beberapa buah stesen televisyen memperlihatkan pentingnya media kepada masyarakat (Haslina Hassan, 2000) Menurut Artwater (1998), rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan, sebantal atau rakan seperjuangan. Menurut Erikscon (1993), rakan sebaya bermaksud suatu kelompok kanak -kanak atau pun remaja yang sama umur atau peringkat perkembangan. Mengikut kamus ensiklopedia (1997), mendefinisikan individu sebagai seseorang remaja bermula akil baligh, cukup umur, orang yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 21 tahun.Jangka masa di antara zaman kanak ke zaman dewasa.

FAKTOR-FAKTOR GANGSTERISME

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya gejala social ini di kalangan pelajar sekolah.Punca utama adalah di atas faktor terpengaruh dengan rakan sebaya.Ini kerana di peringkat remaja ini,remaja lebih banyak meluangkan masa dengan rakan-rakan sebaya dan ini pengaruh rakan sebaya memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka.Sikap ingin mencuba dalam diri remaja ditambah pula dengan ajakan rakan-rakan lain mengguatkan lagi godaan terhadap gejala-gejala negatif.Sikap ini yang menyebabkan mereka mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.

Faktor diri sendiri ini wujud apabila ada golongan remaja yang ingin merasakan diri hebat.Ini adalah kerana remaja pada peringkat umur tersebut berasakan diri mereka sudah dewasa dan ingin melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan.Selain itu,ada juga sebilangan kecil mereka yang inginkan penghormatan dan kuasa di kalangan mereka.Oleh sebab itu,secara tidak langsung remaja tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik pelajar lain yang lemah.

Dalam mengejar wang dan kebendaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.Memang tidak dinafikan ramai ibu bapa yang tidak berpeluang menghabiskan masa yang berharga semasa proses pembesaran anak-anak mereka demi memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti. Anak-anak yang terasa diri terabai atau kurang perhatian dan kasih ini akan mula mencari tempat untuk memperoleh perhatian daripada masyarakat.Instituisi keluarga yang tidak kukuh dan porak –peranda seperti ibu-bapa suka

Page 6: DRAF GANGTERISME

bertengkar,sentiasa pulang dalam keadaan mabuk,kaki perempuan,suka berleter dan mengongkong anak-anak juga boleh menyumbang kearah gejala ini.Selain itu,jika ibu kurang memberi didikan agama maka mereka tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai agama dalam jiwa anak-anak.Anak-anak ini akan selalu berasa tidak selesa berada di rumah dan akan selalu mengalami tekanan perasaan lalu jiwa mereka yang muda itu akan memberontak,melawan,terlibat dengan aktiviti tidak sihat sebagai salah satu cara mereka melepaskan segala tekanan yang mereka hadapi.

Faktor persekitaran juga turut menjadi punca,yang harus dibanteras kerana bila remaja terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat mereka akan membuat persepsi bahawa perbuatan tersebut boleh dilakukan dan tidak memberi impak kepada mereka.Ini jelas dikawasan perumah setinggan atau flat-flat kos rendah ,remaja akan sentiasa menghabiskan masa di luar rumah kerana tempat tinggal mereka tidak selesa dengan bilangan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit.

Media massa juga turut menjadi faktor dalam mempengaruhi remaja sekarang.Sebagai contoh perkembangan filem sekarang banyak menjurus kepada masalah sosial seperti gangsterisme.Ini akan menjadi ikutan mereka kerana remaja akan meniru aksi,pertuturan dan tingkahlaku yang ditayangkan .Ini boleh merosakkan mereka kerana remaja ini akan terpengaruh dengan seolah-olah apa yang mereka lihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

5.0 Andaian dan Pendapat Awal Perlakuan Gengsterisme

Pelbagai andaian dan faktor yang membawa kepada wujudnya aktiviti-aktiviti salah laku dalam kalangan pelajar dalam bentuk gengsterisme ini. Antaranya boleh kita senaraikan sebagaimana berikut :-

5.1 Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pelbagai salah laku di atas merupakan mereka yang kurang mendapat pendidikan agama dan moral serta bimbingan ibu bapa di rumah. Ibu bapa yang bekerja tidak dapat meluangkan masa secukupnya untuk bermesra dan membimbing anak-anak dengan didikan agama yang sewajarnya.Tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah.

5.2 Pengaruh media masa dan arus perdana globalisasi serta tamadun materialistik masa kini amat banyak mencetus krisis nilai. Majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika berleluasa di pasaran.Filem-filem ganas dan unsur seks yang ditayangkan di televisyen secara bebas memberi kesan ke atas pembentukan pelajar.Pelajar-pelajar menjadi keliru dan tidak tahu memilih maklumat yang terbaik untuk membina kehidupan mereka.Mereka sering tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak dan moral lantaran tidak memiliki daya tahan spritual. Menurut Prof. Dr.Yusof al-Qardhawi ( 1999 ) , kesan yang paling menonjol akibat daripada tamadun hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak. Dengan ini lahirlah masyarakat yang tidak ada kepimpinan diri dan akhlak. Keadaan ini akhirnya akan mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala yang antaranya berlaku dan mempengaruhi remaja-remaja kita yang cenderung untuk melakukan pelbagai kegiatan jenayah di sekolah yang akhirnya membawa

Page 7: DRAF GANGTERISME

kepada kewujudan kumpulan-kumpulan gengster dalam pelbagai salah laku jenayah di sekolah pada hari ini.

5.3 Pengaruh persekitaran seperti pusat-pusat hiburan, kafe siber, kedai-kedai permainan video dan berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang-undang telah menambahkan kemelut dan keruntuhan akhlak dan moral sehingga akhirnya membawa remaja dan pelajar terlibat dengan aktiviti jenayah dan kumpulan samseng atau gengster.

5.4 Pelajar-pelajar kemungkinan mempunyai sifat semula jadi yang suka memberontak dan melanggar peraturan-peraturan sekolah dan peraturan-peraturan lain termasuk menjadikan diri mereka sebagai tumpuan ramai khususnya dalam kalangan rakan sebaya.

5.5 Pelajar-pelajar yang memperoleh pencapaian yang rendah dalam bidang akademik dan gagal menjadikan diri mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat sekolah masing-masing kemungkinan cenderung untuk melakukan jenayah.

5.6 Pelajar-pelajar yang mempunyai ahli keluarga dan jiran yang telah menjadi ahli kumpulan gengster dan mempunyai pengaruh kuat ke atas pelajar itu termasuk pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan-kawasan kediaman yang mempunyai kumpulan gengster dan samseng yang bergerak aktif.

Berasaskan pelbagai andaian dan faktor yang dibincangkan ini penulis ingin menumpukan kepada

satu faktor sahaja yang merupakan asas atau punca kepada pelbagai faktor yang lain. Pada pendapat

penulis faktor pertama, iaitu pendidikan di rumah oleh ibu bapa memainkan peranan penting dalam

membentuk generasi pelajar dan tingkah laku mereka sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja.

Pendidikan agama dan akhlak perlu diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk membina keperibadian dan sahsiah individu berkenaan ke arah akhlak yang mulia.

Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di sekolah. Namun di sebalik faktor-faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci kepada faktor-faktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah.Masalah ini bukan sahaja terbatas kepada pelajar-pelajar Muslim sahaja, bahkan melibatkan pelajar-pelajar bukan Muslim. Di sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan di rumah, maka anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, materialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjurus kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah , kewujudan kumpulan-kumpulan samseng atau gengster yang sering melakukan jenayah telah mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera.

Page 8: DRAF GANGTERISME

Faktor perdana yang menyebabkan gengsterisma kerap berlaku adalah kerana kelemahan peraturan sekolah.Hal ini berlaku kerana pihak pentadbir sekolah memandang enteng terhadap permasalahan yang dilakukan oleh pelajar.Mereke tidak menganalisis kesalahan pelajar setiap kali pelajar melakukan kesalahan. Hal Ini menyebabkan pelajar sering melakukan kesalahan yang berulang.Tambahan pula,pelajar tidak gerun dengan peraturan sekolah.Maka jelaslah,kelemahan peraturan sekolah menyebabkan masalah disiplin yang melibatkan gengsterisme di sekolah semakin meningkat. (Oleh : Irma, Fitriza, Armila)

Selain itu, terdapat juga kalangan remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka.Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini.Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.(Oleh : Abd. Wahab B. Musa)

Rakan sebaya juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol.Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan. (Oleh : Noria Bt Dairy)

Pada masa yang sama, pengaruh media massa tidak dapat lari dari menjadi agen penyebab kepada masalah gansterisme ini. Hal ini demikian kerana, maklumat yang disiarkan melalui media massa lebih kepada pengaruh negatif. Media massa berbentuk cetakan,ataupun elektronik sukar dikawal pengedarannya. Pengaruh negatif yang dibawa oleh media massa dalam kalangan pelajar susah untuk dikawal. Contohnya, remaja mudah terpengaruh dengan filem, gambar ataupun tayangan yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negara-negara barat. Oleh yang sedemikian, budaya dan gaya barat yang tidak beretika dipaparkan melalui media massa telah mempengaruhi kehidupan dan tindakan para remaja sekarang.(Latifah Bt Lat)

Penularan gejala gangsterime mempunyai pelbagai faktor antaranya terdapat pengaruh rakan sebaya.Menurut Artwater(1998) rakan sebaya merupakan rakan seumur dan boleh dikategorikan sebagai rakan sepermainan atau rakan seperjuangan.Hal yang sedemikian, membolehkan golangan ini menerima pelbagai pengaruh melalui rakan sebaya sama ada negatif ataupun positif sesuatu perkara

Page 9: DRAF GANGTERISME

tersebut.Selain itu keakraban yang terjalin melalui rakan sebaya dapat membentuk norma seseorang dan seterusnya kelembah kehancuran ataupun kebaikkan.Jesteru itu, pemilihan rakan sebaya amat penting kepada segenap lapisan masyarakat kearah pembetukan masyarakat yang bertamadun pada masa akan datang.

Media massa juga tidak terlepas daripada faktor yang menyumbang penglibatan masyarakat kekancah gejala gangsterisme.Media massa bermaksud proses komunikasi yang mengasaskan usaha bagi mengatur sefahaman antara manusia menerusi bahasa yang diucapkan.Penglibatan media massa kearah penambahan golangan remaja terhadap gejala gangsterisme adalah melalui filem aksi yang ditayangkan,majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme melalui televisyen.Pengaruh media massa sangat mempengaruhi pemikiran dan perlakuan masyarakat pada masa ini.Hal ini, menunjukkan peranan yang dimainkan media massa perlu diambil kira supaya pembentukan norma masyarakat dapat diperhalusi dan dipenuhi dengan pelbagai nilai estetika yang baik.

Gejala gansterisme juga berpunca daripada pergolakan kelurga.Menurut takrif antropologi kelurga merupakan satu unit kumpulan keluarga,manakala Frend(1953) mengatakan keluarga dirujuk sebagai kombinasi ibu,bapa,dan anak yang tinggal serumah.Keluarga juga merupakan model penting kearah pembentukan norma remaja.Kemusnahan institusi keluarga dapat memberi sumbangan besar kearah peningkatan gejala gangsterisme,contohnya di sekolah terdapat pelbagai masalah sosial dikalangan remaja termasuklah menjadi ahli gangster dengan melakukan pelbagai perlakuan jahat untuk kepentingan kumpulan gangster tersebut tanpa menghiraukan kesengsaraan orang lain.Pergolakan keluarga membolehkan anak-anak mereka terlibat dengan gejala gangsterisme sebagai jalan kepada mereka melepaskan stress dan akhirnya menyebabkan mereka menjadi seronok seterusnya wujudlah penambahan ahli baru dalam gang gangsterisme.Hal sedemikian,menunjukkan gejala gangsterisme kian menjadi kebimbangan peneraju Negara untuk mencari penganti pada masa hadapan supaya dapat meneruskan perjuangan mereka memartabatkan negara seiring dengan hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

B. Faktor Penyebab Gengsterisme

a) Institusi Kekeluargaan

Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja.

Page 10: DRAF GANGTERISME

Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka.Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini.Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.

b) Pengaruh Rakan-Rakan

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol.Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.

c) Kekuatan Diri Sendiri

Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit di dalam gengsterisme. Mereka yang terlibat di dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dan terkapai-kapai mencari jalan kehidupan mereka.Desakan keluarga dan kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang biasa.Mereka hilang tumpuan kerana sikap inferioriti di kalangan mereka sendiri berbanding dengan pelajar yang rajin dan tekun berusaha.Ketiadaan ‘role model’ yang sesuai juga dianggap faktor pendorong pembabitan mereka di dalam gengsterisme.

d) Kesan Persekitaran

Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme.Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka.Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gengsterisme.

e) Media Massa

Page 11: DRAF GANGTERISME

Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah lakuyang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

f) Sekolah

Sungguhpun sekolah bukan punca yang menyebabkan gengsterisme, tetapi sekolah boleh menjadi tempat pertemuan ketua dan ahli-ahli kumpulan ketika sebelum kelas bermula, masa rehat, masa selepas persekolahan atau ketika pelajar ponteng kelas.

g) Didikan Agama

Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini.

Antara punca yang menyebabkan berlaku kegiatan gangsterisme ialah pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja tersebut juga menjadi jahat .Pada zaman sekarang,golongan remaja dikatakan lebih suka bergaul rapat dengan rakannya dan menganggap mereka sebagai rakan sebenar jika berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada anaknya.Jadi,tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing.Contohnya di sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli pelajar yang lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar,peras ugut,ponteng sekolah,merosakkan harta benda sekolah,ketagihan rokok dan lain lain .

Di samping itu,faktor seterusnya ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa terhadap anak mereka. Hal ini kerana kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-matanya sehinggalah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anaknya.Keadaan ini telah menyebabkan golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar .Ibubapa tidak mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya menarik perhatian daripada ibu bapa.Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi

Page 12: DRAF GANGTERISME

keluarga ibu tunggal.Dengan itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap gum,merokok memberontak,melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah sosioal.

SEBAB Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang menyebabkan remaja mencari tempat untuk meluahkan perasaan.Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Sikap suka membuli orang lain. Tidak senang dengan kesenangan orang lain.

Faktor – Faktor Mempengaruhi Gengsterisme

Keluarga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Keluarga adalah satu unit(kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Keluarga juga merujuk kepada kombinasi ibu bapa yang tinggal serumah dan mempunyai anak.Kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gejala gengsterisme ini.Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung keluarga mengakibatkan sesetengah remaja hidup dalam keadaan terbiar.Terdapat ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah.Sesetengah ibu bapa langsung tidak ambil kisah tentang kegiatan anaknya dengan kawan-kawan anaknya.

Faktor yang kedua ialah media. Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatur persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa yang diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa. Namun begitu, media juga banyak memberikan kesan negatif sehingga ia menjadi faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Media massa yang berbentuk cetak atau elektronik kini semakin sukar di kawal. Remaja terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negara-negara barat. Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika iaitu sedikit sebanyak telah merubah cara hidup remaja kita.

Faktor yang ketiga ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan,dan rakan seperjuangan. Semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus kepada pembentukan kumpulan geng atau samseng.Pembentukan kumpulan ini, telah membawa kepada pembentukan budaya sendiri dalam kalangan remaja.Dalam kalangan remaja tersebut, mereka ingin memelihara budaya khususnya kumpulan masing-masing.

Faktor yang terakhir ialah pencapaian akademik yang rendah.Pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempuyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gengster.Terdapat pelajar yang lemah menggabung diri dengan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti yang negatif itu.Penglibatan pelajar tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan moral yang membolehkan diri mereka mempunyai identiti yang tersendiri. Sesetengah pelajar pula untuk mendapatkan perhatian,pengiktirafan dan mempunyai kuasa untuk memenuhi cita rasa masing-masing.

Page 13: DRAF GANGTERISME

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gejala Gengsterisme

InstitusiKekeluargaan.

Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja.

Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka.Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini.Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga.Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lai sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.

PengaruhRakan-Rakan.Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol.Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.

Kekuatan Diri Sendiri. Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit di dalam gengsterisme.Mereka yang terlibat di dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dan terkapai-kapai mencari jalan kehidupan mereka.Desakan keluarga dan kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang biasa.Mereka hilang tumpuan kerana sikap inferioriti di kalangan mereka sendiri berbanding dengan pelajar yang rajin dan tekun berusaha.Ketiadaan ‘role model’ yang sesuai juga dianggap faktor pendorong pembabitan mereka di dalam gengsterisme.

Kesan Persekitaran.Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih

Page 14: DRAF GANGTERISME

seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme.Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka.Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gengsterisme.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GENGSTERISME

Langkah-langkah yang berkesan perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurang mengurangkan gejala gangsterisme daripada menjadi kudis dalam masyarakat kita.Peranan dan keprihatinan ibu bapa adalah sangat penting dalam membangunkan sahsiah diri remaja.Dalam ibu bapa mengejar harta dunia dalam meneruskan kelangsungan hidup ,kepentingan anak-anak juga mesti diambil kira.Mereka ini memerlukan kasih sayang,perhatian dan didikan yang sempurna dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.Ibu bapa perlu mengambil tahu apa saja aktiviti yang anak lakukan untuk menimbulkan rasa ambil berat ibu bapa dan sentiasa memberi motivasi dalam aktiviti mereka supaya aktiviti yang dilakukan benar-benar terisi dengan aktiviti yang sihat,Ibu bapa juga selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak remaja supaya segala persoalan mereka dapat di selesaikan dan dari situ ibu bapa boleh mengikuti perkembangan remaja mereka dan sifat remaja yang banyak benda baru yang mereka hendak terokai berada dilandasan yang betul.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam bersama-sama menangani masalah gangsterisme ini.Tindakan yang lebih keras perlu diambil dalam membendung gejala ini daripada terus merebak.Tingkatkan lagi penguatkuasaan dalam penyiaran drama-drama atau filem-filem berunsur ganas dan jenayah boleh dilakukan.Undang-undang yang ketat melalui tindakan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa kerajaan benar-benar serius dalam menangani isu ini daripada berlarutan.Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen –kempen membanteras gejala samseng dan jenayah serta memberi pengetahuan kepada ibu bapa dalam mendidik dan memahami tingkah laku anak-anak terutama anak remaja mereka. Ini supaya masyarakat membuka mata untuk sama-sama memberi sokongan dalam menangani masalah ini.

Media massa boleh sama-sama menjalankan peranan dalam menangani masalah gansterisme ini.Ini kerana Media massa yang begitu berpengaruh ini sepatutnya memperbanyakkan siaran yang lebih membentuk insan-insan yang berjaya daripada menayangkan cerita-cerita yang memberi impak negatif.Remaja yang merupakan tonggak negara masa depan ini harus sentiasa di beri ingatan kerana mereka ini bakal memimpin negara.Bagaimana mereka ingin memimpin negara jika diri mereka sendiri pun tidak terurus dan terlibat gejala sosial.Apa akan terjadi kepada negara kita jika ini yang bakal memimpin negara suatu masa hari nanti.

Page 15: DRAF GANGTERISME

7.0 Cadangan dan Penyelesaian

7.1 Ibu bapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi mereka. Mereka pewaris kepada bangsa dan negara.Oleh yang demikian ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Keimanan yang mantap akan mencegah diri seseorang darpada perbuatan keji dan mungkar sekali gus menghindar mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti kumpulan samseng dan gengster di sekolah atau di mana-mana sahaja. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud “ sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar” (al-Ankabut : 45) merupakan manifestasi didikan dan bimbingan yang mantap dari rumah.

7.2 Faktor agama dan moral berkait rapat antara satu sama lain dalam membentuk kepribadian dan akhlak serta moral yang tinggi dalam kalangan remaja. Kewujudan suatu kod moral ialah sifat penting bagi semua agama yang utama di dunia. Dalam agama-agama seperti Islam, Kristian, Hindu, nilai-nilai agama terjalin begitu kuat sehingga perbezaan antara mereka menjadi tidak ketara dan tidak penting. Pendek kata agama dapat memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan mempengaruhi kelakuan akhlak seseorang individu. (W.P.Yong, 1989) Oleh yang demikian penekanan kepada pendidikan agama amat penting untuk membentuk individu yang seimbang sekali gus menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti gengsterisme.

7.3 Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, dan antara guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar berasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi.Keadaan ini mengelakkan pelajar daripada melepaskan tekanan permasalahan mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme.

7.4 Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuhkan, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan dan ini meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran.

7.5 Pengawalan kumpulan gengster dan samseng perlu dilakukan secara bersepadu atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak, iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguat kuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatu kegiatan gengster dan samseng yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguat kuasa undang-undang.Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng dalam kalangan pelajar.Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama

Page 16: DRAF GANGTERISME

juga perlu bagi menghapuskan aktiviti-aktiviti gengster dan samseng di sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin.

7.6 Melemahkan dan menghapuskan faktor-faktor penarik dan penolak yang mempengaruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan gengster dengan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayang akan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitarannya sebagai tempat yang kondusif dan seronok untuk belajar.

7.7 Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secara bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar tidak melepak sama ada pada waktu persekolahan atau pada masa di luar waktu persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama, iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.

Selain itu,terdapat pelbagai langkah yang efisyen dapat dilaksanakan bagi menangani masalah

penularan gejala gangsterisme ,antaranya pengwujudan rakan cop.Rakan cop merupakan antara

langkah yang dibuat melibatkan kerjasama daripada masyarakat bagi mengurangkan gejala

gangsterime dikalangan masyarakat.Melalui langkah tersebut keberkasan mengesan aktiviti

gangsterisme akan menjadi mudah seterusnya pengurangan statistik gejala ini semakin

rendah.Menurut berita harian pada 12 julai 2001 melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989

hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus

dan 25 peratus bagi pelajar dan remaja perempuan.Peratusannya semakin meningkat sehingga kehari

ini.Tamsilnya, penyekatan terhadap gejala ini perlu dipandang serius supaya kepincangan Negara

dimasa hadapan tidak akan berlaku.

Gejala gangsterisme juga dapat dikurangkan melalui pemilihan rakan.Individu haruslah

pandai memilih rakan yang sesuai untuk dijadikan teman kerana hampir lebih 50 peratus sikap

seseorang dipengaruhi oleh rakan sebaya.Banyak pembaziran masa akan berlaku hanya kerana

mengiginkan kebebasan.Implikasinya mengakibatkan pelbagai aktiviti yang tidak sihat berlaku

Page 17: DRAF GANGTERISME

akhirnya penglibatan mereka terikut-ikut kearah perkara negatif seperti kumpulan gangster dan

sebagainya,jika masih berleluasa maka masalah ini tidak akan berkurang.

Langkah seterusnya adalah meminda Mahkamah Juana 1947 dengan mengetatkan lagi

hukuman kepada pesalah dibawah umur.Penglibatan remaja pada hari ini adalah pada tahap

membimbangkan kerana gejala samseng atau gangsterisme disekolah menengah diseluruh Negara

juga meningkat.Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak taku

melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata berbahaya,contohnya Tee Kui Kat

dibelasah ketika berada dikawasan sekolah ketika beliau berada ditingkatan 4 pada tahun 2008.Hal

ini, secara tidak langsung mengakibatkan ketakutan kepada pelajar-pelajar kerana ketidakselamatan berada disekolah.

C. Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme kalaupun tidak dapat menghapuskannya sama sekali. Antaranya:

Peranan PDRM

6.2 Mengurangkan jenayah indeks keseluruhan yang dilapor, dengan

tumpuan terhadap jenayah jalanan

Sepertimana yang dihuraikan di atas, jenayah indeks yang dilapor semakin meningkat sejak 2006, yang mengurangkan kualiti hidup kita dan meningkatkan kos ekonomi keseluruhan akibat jenayah. Pengalaman dari UK, USA dan negara lain menunjukkan bahawa pengurangan besar dalam kadar jenayah bukannya mustahil. Di UK, kadar jenayah keseluruhan telah menurun sebanyak lebih 30% sejak 1995. Di bandaraya-bandaraya utama di USA, seperti Washington, Chicago dan New York, kadar jenayah menurun sehingga50% sejak awal 1990-an. Secara khususnya, adalah penting untuk menumpukan perhatian kepada jenayah jalanan – curi ragut, samun tanpa senjatapi dan samun berkawan tanpa senjatapi. Jenayah-jenayah ini bersifat traumatik dan mempunyai kesan yang mendalam terhadap persepsi rakyat tentang keselamatan dan akibatnya, terhadap gaya hidup mereka. Perasaan takut

Page 18: DRAF GANGTERISME

terhadap jenayah boleh menghalang masyarakat daripada pergi ke kawasan-kawasan bandar tertentu dan ada juga keadaan yang boleh membuat orang takut keluar dari rumah mereka pada sebelah petang.

Kehadiran polis di mana-mana:

Polis telah mengenal-pasti 50 kawasan panas (hot spots) berlakunya jenayah di empat negeri berkenaan dan sedang memastikan bahawa mereka sentiasa hadir di mana-mana sahaja di kawasankawasan ini. Ini merupakan suatu usaha yang menerima sambutan hebat dari rakyat semasa Hari-Hari Terbuka. Kami sedang berusaha untuk memperkasakan keupayaan polis dengan mendapatkan khidmat sukarelawan dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang telah dipilih dan dilatih secara khas. Para sukarelawan ini tidak akan bersenjata dan akan hanya membuat rondaan apabila disertai oleh pegawai-pegawai PDRM. Kami akan mempunyai lebih 3,000 sukarelawan terlatih yang sedia bertugas menjelang Jun 2010.

• CCTV di kawasan hot spot:

Hampir 500 kamera litar tertutup (CCTV) sedang ditempatkan di kawasan-kawasan hot spot untuk mencegah penjenayah dan untuk membolehkan polis mengenalpasti pesalah. Kebanyakan daripadanya akan dihubungkan kepada bilik kawalan daerah untuk membolehkan tindakbalas yang segera.

• Mahkamah khas bagi jenayah jalanan:

Kes-kes jenayah jalanan kini tertaklukkepada prosedur-prosedur baru yang menggunakan suatu kod khas (Kod J) antara polis, Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah supaya kes-kes ini dapat dibicarakan dengan lebih cepat lagi.

• Hukuman khidmat masyarakat untuk mencegah kesalahan berulang:

Pesalah bawah umur dan sesetengah pesalah kali pertama akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat yang direkabentuk untuk memulihkan serta menghukum mereka bagi jenayah yang dilakukan, supaya peluang bagi mereka untuk mengulangi kesalahan berkurangan. Selain itu, kami akan melancarkan lima inisiatif yang lebih luas untuk mewujudkan persekitaran yang kurang menggalakkan jenayah, membantu penjenayah yang disabit kesalahan untuk memperbaiki sikap mereka, serta menumpukan perhatian terhadap pengguna dadah dan rantaian bekalan dadah:

• Gabungan bersama di peringkat tempatan untuk mengurangkan jenayah jalanan akan dibentuk menerusi Program Bandar Selamat (SCP).

SCP akan menggabungkan PDRM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain badan yang berkenaan untuk menangani masalah-masalah tempatan dengan inisiatif yang disuaikan menurut keperluan tempatan. Tindakan-tindakan praktikal termasuk mendirikan penghadang atau tiang kecil (bollard) untuk mengasingkan

Page 19: DRAF GANGTERISME

pejalan kaki daripada laluan motosikal. Satu senarai penuh mengenai bakal inisiatif adalah dibentangkan dalam Gambarajah 6.7.

• Memperbaiki program pemulihan dalam penjara dan memperkenalkan program penempatan semula selepas dibebaskan dari penjara – Lebih kurang 25% daripada banduan di Malaysia adalah pesalah berulang. Ini menunjukkan bahawa kita perlu mengkaji semula pemulihan banduan yang sedia ada dan memberikan sokongan lebih kepada bekas banduan apabila mereka cuba memulakan hidup yang baru. Salah satu cara adalah dengan mengasingkan pesalah kali pertama dalam penjara daripada banduan tegar atau berulang untuk mengurangkan pengaruh negatif. Tambahan lagi, skim penempatan kerja akan membantu memastikan bahawa bekas banduan mempunyai cara sah menyara hidup mereka selepas dibebaskan dari penjara.

• Mengubah program rawatan dan pemulihan dadah – Rawatan dan pemulihan dadah adalah sungguh mustahak kerana lebih setengah daripada pesalah jenayah jalanan dipercayai merupakan pengguna dadah. Sebuah pusat pemulihan triage (Pusat Pemulihan Penagih Narkotik, PusPEN) akan membantu

Page 20: DRAF GANGTERISME

mengenalpasti dan mengasingkan pengguna dadah menurut jenis ketagihan dan keperluan rawatan mereka. Proses triage ini akan disokong oleh pusat-pusat rawatan tertumpu yang mengkhusus dalam rawatan menurut jenis ketagihan yang berlainan. Akhir sekali, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan digalak untuk mempergiatkan operasi mereka dengan mengelola PusPEN halfway houses (rumah lanjutan pemulihan) yang terpilih, demi membolehkan mereka berkongsi pengalaman mereka yang luas serta kadar pemulihan yang lebih tinggi.

• Menyekat bekalan dadah psikotropik – PDRM akan mempertingkatkan penguatkuasaan untuk memastikan bahawa sumber dadah psikotropik yang sah (biasanya digabungkan untuk membuat bahan yang menyalahi undangundang) tidak disalahgunakan. Tindakan-tindakan khusus termasuk menyemak semula kuota import bahan psikotropik, mengawal penjualan dan penggunaan prekursor18 dan mempertingkatkan system pemantauan dan pengawasan data.

• Mempertingkatkan pemantauan Orang Kena Pengawasan19 (OKP) melibatkan penghubungan pangkalan data PDRM dan AADK yang sedia ada untuk memastikan perkongsian data tanpa batasan dan mempertingkatkan pengawasan terhadap OKP. Selain itu, dengan menyelesaikan tunggakan OKP dan menugaskan tanggungjawab penuh bagi pemantauan OKP kepada AADK, ia dapat membantu pemantauan tempatan yang lebih baik. Akhir sekali, pindaan kepada Akta Penagih Dadah 1983 untuk menjadikan ketidakpatuhan sebagai kesalahan boleh disita dan dirampas akan turut mengurangkan masa yang diambil untuk menangkap OKP yang tidak patuh, kerana tidak memerlukan waran.

a) Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua mereka.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru besar, guru kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping itu, sebagai satu tindak balas resiprokal, sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui penglibatan di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif di dalam aktivit di antara pelajar sekolah dan ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa telah dengan secara

Page 21: DRAF GANGTERISME

langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka, terbabit secara langsung di dalam aktiviti bukan sahaja di rumaha tetapi juga di sekolah.

b) Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme.Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini.Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.

c) Peranan Masyarakat

Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya pemerhatian dari pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya.Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab.Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar.

d) Peranan Kerajaan

Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung.Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko.

e) Peranan Media

Page 22: DRAF GANGTERISME

Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan kepribadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton ‘role model’ yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka.

Oleh kerana kegiatan gangsterisme telah menjejaskan keselamatan dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat,maka pelbagai langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera.

Antaranya ialah individu perlu berhati hati memilih rakan sebaya dalam pengaulan seharian.Kini,remaja lebih suka menghabiskan masanya bersama rakan sebaya semata-mata untuk menyeronokkan.Jadi mereka mudah terperangkap dalam kegiatan gangsterisme kerana rakannya merupakan seorang gangster dan akhirnya juga diambil sebagai ahli kumpulan gangster tersebut.

Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras kegiatan gangsterisme yang semakin beleluasa pada hari kini.Mereka perlu mengambil perhatian tindaklaku dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh anaknya dalam pengaulan seharian.Misalnya,ibubapa boleh terlibat dalam Persatuan Ibubapa Guru(PIBG)di peringat sekolah supaya dapat mengawal dan mengetahui tindaklaku,gerak geri anaknya dengan lebih berkesan dengan melalui perjumpaan pihak guru kauseling dan pentadbiran sekolah.Ibubapa juga mendedahkan didikan agama untuk menyedari para remaja tentang tindakan yang dilakukan adalah salah ataupun betul.

Masalah gangasterisme turut boleh diatasi jika media massa memaiankan peranan yang lebih proaktif.Contohnya ,pihak media massa sepatutnya menghentikan menyiarkan filem yang mengandungi isu negatif seperti keganasan dan bersifat jenayah. Hal ini kerana remaja mudah dipengaruhi dengan tindakan yang dilakukan oleh pelakon yang diminati tanpa mengira ia merupakan sesuatu yang salah di sisi undang undang.

Pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang undang seperti Akta Pencegahan Jenayah supaya menbendung gejala ini dalam kalangan remaja.Hukuman keras wajib diberikan kepada pesalah tanpa mengira umur yang masih kecil.Tujuannya ialah menimbulkan perasaan ketakutan dalam kalangan remaja yang nakal.Pihak polis turut boleh bekerjasama dengan pihak sekolah dengan mengadakan kempen atau ceramah yang berkaitan dengan gangsterisme.Tujuannya ialah memberitahu tentang keburukkan gangsterisme kepada para pelajar.

CARA MENGATASI

Page 23: DRAF GANGTERISME

Pihak sekolah handaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis.

Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranannya kerana kegiatan gangsterisme ini menular dalam masyarakat bukan sahaja di sekolah.

Ibubapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak-anak mereka.Perubahan tingkah laku biasanya menunjukkan anak-anak terlibatdalam sesuatu yang tidak diingini. Melatih anak-anak dari kecil untuk menghormati dan menghargai orang lain.

Langkah-langkah mengatasi

Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang dilakukan oleh pelajar.Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat penting bagi membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa,pelajar, serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang bebas dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme. Langkah seterusnya ialah peranan dan pemantauan ibu bapa.Ibu bapa perlu perlu melakukan pemantauan dan pengawalan terhadap gerak-geri anak-anaknya.Ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh anaknya sama ada di sekolah dan di luar sekolah. Oleh itu pihak berwajib perlu memandang serius terhadap masalah sosial ini.

Kesimpulan

Gejala gengsterisme ini perlulah dibendung dengan segera supaya ia tidak akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang. Dalam mengatasi masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting.Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisen dan komited.

Kesimpulannya,,golongan remaja ditakrifkan sebagai aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara yang sedang membangun.Maka pelbagai langkah yang berkesan perlu dilaksanakan supaya membantu mereka menghindari gejala gangsterisme yang membawa impak negatif kepada masyarakat

Tuntasnya disini,gejala gangsterisme perlu ditangani dengan drastik terutamanya disekolah bagi golangan remaja.Pantauan daripada ibu dan bapa serta penjaga amatlah perlu kerana mereka lebih rapat dan memahami kehendak dan tingkahlaku anak-anak mereka.Jesteru itu,semua pihak haruslah berganding bahu menangani masalah gangsterisme dikalangan generasi kini supaya kestabilan serta ketamadunan Malaysia dapat dibentuk berdasarkan sahsiah dan kecemerlangan yang terpuji masyarakat seiring mengapai hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

KESIMPULAN

Page 24: DRAF GANGTERISME

Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini.Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol. (Oleh : Abd. Wahab B Musa)

8.0 Penutup

Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbangkan semua pihak. Gejala ini merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan semua pihak adalah penting dalam menangani isu ini supaya gejala gengsterisme dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih daripada pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita

KONKLUSI

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dalam menangani masalah ini kerana kita tidak mahu negara kita ini rosak dengan gejala-gejala sosial ini.Ini semua untuk mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan.Pendidikan malaysia yang menekankan modal insan dalam membentuk individu adalah disokong.Dengan adanya modal insan dalam diri remaja maka kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dirasa

RUJUKAN

http://ppd.kotatinggi.edu.my/attachments/article/822/c.kes%20gangsterisme.pdf

http://eprints.utm.my/1483/1/FAKTOR-jurnal1.pdf

http://stpm-study.blogspot.com/2013/12/kesan-kesan-gengsterisme.html#_

http://stpm-study.blogspot.com/2013/12/kesan-kesan-gengsterisme.html#_\

http://www.yadim.com.my/

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/2919-reaksi-terhadap-kes-buli-dan-gangsterisme-di-sekolah.html

Page 25: DRAF GANGTERISME

http://www.searchinpdf.com/reader.php?loc=http://eprints.utm.my/1483/1/FAKTOR-jurnal1.pdf

http://www.searchinpdf.com/reader.php?loc=http://www.smksgpusu.net/bahan/sekolah%20selamat.pdf

http://falsafahetika.blogspot.com/p/gangsterisme.html

http://abimmelakabandar.blogspot.com/2012/05/gejala-gangsterisme-dalam-kalangan.html

http://www.rmp.gov.my/db2.cfm?path=Scam/news_page.cfm?action%3Daction&type#

http://sipenmerah.blogspot.com/2013/03/isu-gengsterisme-di-sekolah-malaysia.html

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/03/gangsterisme.html

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/03/gangsterisme.html

http://sbhs87.blogspot.com/2011/10/punca-punca-gengsterisme-dalam-kalangan.html

http://sblm1053g5.blogspot.com/2010/08/gangsterisme.html

http://masalahsosialdimalaysia.blogspot.com/2010/08/gengsterisme.html

http://myais.fsktm.um.edu.my/7066/1/09_Fatimah.pdf

http://my.opera.com/karanganbm/blog/gangsterisme/

http://www.yadim.com.my/Remaja

http://jiajia-goodday.blogspot.com/2010/10/gangsterisme.html

Rujukan:

Azizi bin Hj Yahya, Rosnah bt Hj Buang (2000). Punca Berlakunya Gengsterisme

Dikalangan Remaja Di Beberapa Sekolah Di Empat Buah Negeri. Fakulti Pendididkan

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Bahan Rujukan : -

Dr.Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dr.Yusof al-Qurdhawi, 1999, Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, Bangi : Maktabah al-Qardhawi.

Page 26: DRAF GANGTERISME

Kamus Dewan, 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (7 November 1979), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd Sulaiman Haji Yassin, 1992, Akhlak dan Tasauf, Bangi : Yayasan Salman.

Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral, Bangi: UKM.

Iheoma, E.O, “The Role of Religion in Moral Education”, Journal of Moral Education, Vol 15, no 2, May 1986.

Majalah Massa, 5-11 Ogos 2000

Berita Harian, 13 Julai 2000

Haslina, H. (2000). Gejala Gengsterisme di kalangan Pelajar.Fenomena yang semakin

meresahkan. Dewan Masyarakat (Jun). 14 -27