48
D.R. 8/91 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 1991 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. BAHAGIAN II PELINDUNG, PENDAFTAR DAN DAFTAR 3. Perlantikan Pelindung. 4. Perlantikan Pendaftar. 5. Daftar. 6. Kandungan Daftar. 7. Akses kepada Daftar. 8. Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan Daftar. BAHAGIAN HI MAJLIS PENYELARAS BAGI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 9. Penubuhan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak- kanak. 10. Keanggotaan Majlis. 11. Persidangan dan perjalanan prosiding Majlis. 12. Penubuhan Pasukan-Pasukan Perlindungan Kanak-kanak. BAHAGIAN IV JAGAAN SEMENTARA SERTA PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERUBATAN 13. Pengambilan kanak-kanak ke dalam jagaan sementara. 14. Kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan.

D.R. 8/91 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN KANAK …PROSEDUR MAHKAMAH 21. Pengemukaan kanak-kanak di hadapan Mahkamah Juvana. 22. Kuasa-kuasa Mahkamah Juvana. 23. Perintah sumbangan

  • Upload
    others

  • View
    20

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

D.R. 8/91

Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia

RANG UNDANG-UNDANGPERLINDUNGAN KANAK-KANAK 1991

SUSUNAN FASAL

BAHAGIAN IPERMULAAN

Fasal

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.2. Tafsiran.

BAHAGIAN IIPELINDUNG, PENDAFTAR DAN DAFTAR

3. Perlantikan Pelindung.4. Perlantikan Pendaftar.5. Daftar.6. Kandungan Daftar.7. Akses kepada Daftar.8. Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan Daftar.

BAHAGIAN HIMAJLIS PENYELARAS BAGI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

9. Penubuhan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak.

10. Keanggotaan Majlis.11. Persidangan dan perjalanan prosiding Majlis.12. Penubuhan Pasukan-Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.

BAHAGIAN IVJAGAAN SEMENTARA SERTA PEMERIKSAAN DAN

RAWATAN PERUBATAN

13. Pengambilan kanak-kanak ke dalam jagaan sementara.14. Kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan

perubatan.

2 RANG UNDANG-UNDANG

Fasal

15. Pemeriksaan dan rawatan perubatan.16. Kebenaran bagi rawatan perubatan.17. Tiada liabiliti ditanggung kerana memberikan kebenaran.18. Kawalan ke atas kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital.19. Kewajipan pengamal perubatan dan kuasa pegawai

perubatan.20. Langkah-langkah yang hendaklah diambil berkenaan dengan

kanak-kanak selepas pemeriksaan atau rawatan perubatan.

BAHAGIAN V

PROSEDUR MAHKAMAH

21. Pengemukaan kanak-kanak di hadapan Mahkamah Juvana.22. Kuasa-kuasa Mahkamah Juvana.23. Perintah sumbangan.24. Pembatalan atau pengubahan perintah.25. Kawalan ke atas kanak-kanak yang diletakkan dalam jagaan

orang yang layak atau tempat selamat.

BAHAGIAN VIKESALAHAN-KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN

KESIHATAN DAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK

26. Penganiayaan, pengabaian, pendedahan atau peninggalankanak-kanak.

27. Kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis.28. Kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa

pengawasan yang berpatutan.

BAHAGIAN VIIPEMBERITAHUAN APABILA MENGAMBIL KANAK-KANAKKE DALAM PEMELIHARAAN, JAGAAN ATAU KAWALAN

29. Pemakaian dan tafsiran.30. Pemberitahuan tentang pengambilan ke dalam pemeliharaan,

jagaan atau kawalan.31. Obligasi-obligasi kemudiannya.32. Kuasa Pelindung untuk menghendaki kanak-kanak

dikemukakan di hadapannya.

BAHAGIAN VIIIPEMERDAGANGAN KANAK-KANAK

33. Pemindahan milikan, jagaan atau kawalan kanak-kanakdengan menyalahi undang-undang.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 3

Fasal

34. Pembawaan masuk kanak-kanak melalui dakwaan palsu.35. Kuasa untuk memeriksa kanak-kanak dan orang-orang yang

menjaganya.36. Kuasa Pelindung untuk menghendaki jaminan.37. Pemeriksaan.

BAHAGIAN IXPELBAGAI

38. Kuasa untuk menggeledah premis.39. Menghalang Pelindung atau pegawai polls melaksanakan

fungsi-fungsinya.40. Memindahkan atau menolong kanak-kanak lepas lari dari

jagaan.41. Perlindungan identiti kanak-kanak.42. Penalti am.43. Kuasa untuk menangkap tanpa waran.44. Tempat-tempat selamat.45. Kuasa Mahkamah untuk menentukan dan mengisytiharkan

umur kanak-kanak.46. Perlindungan bagi pemberi maklumat.47. Perlindungan bagi Ketua Pengarah, Pelindung-Pelindung dan

pegawai-pegawai polis.48. Perakuan Pendaftar menjadi keterangan.49. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.50. Pindaan berbangkit dan pemansuhan.

Tajukringkasdan mulaberkuatkuasa.

Tafsiran.

5

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n am a

Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenaipemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yangmemerlukan perlindungan, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau berkaitandengannya.

[ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANGoleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan DewanNegara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalamParlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN IPERMULAAN

1. (1) Akta ini bolelilah dinamakan Akta PerlindunganKanak-kanak 1991.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikhyang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuandalam Warta\ dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya Aktaini, atau peruntukan-peruntukan yang berlainan didalamnya, di Negeri-Negeri yang berlainan.

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnyamenghendaki niakna yang lain—

"Daftar" ertinya Daftar yang disimpan dandisenggarakan di bawah seksyen 5;

"hospital" ertinya mana-mana hospital kerajaan ataumana-mana hospital pengajar sesuatu Universiti;

"kanak-kanak" ertinya seseorang yang di bawah umurlapan belas tahun;

Akta 344.

6 RANG UNDANG-UNDANG

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah KebajikanMasyarakat;

"Majlis" ertinya Majlis Penyelaras bagi PerlindunganKanak-kanak yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;

"Pasukan Perlindungan Kanak-kanak" ertinya suatupasukan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah seksyen12;

"pegawai kanan polis" mempunyai erti yang diberikankepadanya dalam Akta Polis 1967;

"pegawai kebajikan masyarakat" ertinya mana-manapegawai kebajikan masyarakat di kementerian ataujabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatankebajikan;

"pegawai perubatan" ertinya seseorang pengamalperubatan berdaftar dalam perkhidmatan kerajaan dantermasuk seseorang pengamal perubatan berdaftar dimana-mana hospital pengajar sesuatu Universiti;

"pegawai polis" mempunyai erti yang diberikankepadanya dalam Akta Polis 1967;

"Pelindung" ertinya—(a) Ketua Pengarah;(b) Timbalan Ketua Pengarah;(c) seseorang Pengarah Bahagian bagi Kebajikan

Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara danPembangunan Masyarakat;

(d) Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagisetiap Negeri di Malaysia Barat;

(e) Pengarah Perkhidmatan Kebajikan, Sabah;(f) Ketua Pegawai Kebajikan, Sarawak;(g) Pengarah Kebajikan Masyarakat bagi Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan PengarahKebajikan Masyarakat bagi WilayahPersekutuan Labuan,

dan termasuk mana-mana pegawai awam yang dilantik dibawah seksyen 3;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawahseksyen 4;

Akta 50.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 7

"pengamal perubatan berdaftar" ertinya seseorangpengamal perubatan yang didaftarkan di bawah AktaPerubatan 1971;

"penjaga" seseorang kanak-kanak ertinya ibu ataubapa kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yangdilantik dengan sah melalui suratikatan atau wasiat ataudengan perintah suatu Mahkamah yang kompeten untukmenjadi penjaga kanak-kanak itu, atau seseorang yangtelah mengangkat anak itu dengan sah, dan termasuklahmana-mana orang yang mempunyai jagaan sah ke ataskanak-kanak itu;

"premis" termasuk mana-mana rumah kediaman,bangunan, kedai, bilik, pengangkutan atau mana-manatempat sama ada terbuka atau tertutup;

"tempat selamat" ertinya mana-mana tempat atauinstitusi yang diisytiharkan sebagai tempat selamat dibawah seksyen 44, atau mana-mana tempat atau rumahlain yang difikirkan sesuai oleh Pelindung, yangpenghuninya sanggup buat sementara waktu menerimaseseorang kanak-kanak;

"Timbalan Ketua Pengarah" ertinya Timbalan KetuaPengarah Kebajikan Masyarakat.

(2) Bagi maksud-maksud Akta ini, seseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan jika—

(a) kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinankanak-kanak itu akan dicederakan dari segifizikal, dicederakan dari segi emosi ataudianiayai dari segi seks oleh penjaganya;

(b) kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinankanak-kanak itu akan dicederakan dart segifizikal atau dicederakan dari segi emosi ataudianiayai dari segi seks dan penjaganya, yangtahu tentang kecederaan atau penganiayaan ataukemungkinan sedemikian, telah tidakmelindungi atau tidak mungkin akan melindungikanak-kanak itu daripada kecederaan ataupenganiayaan sedemikian;

(c) penjaga kanak-kanak itu tak layak, atau telahabai atau tak upaya, menjalankan pengawasandan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-

N.M.B.Bab 45.

8 RANG UNDANG-UNDANG

kanak itu dan kanak-kanak itu raula terlibatdalam pergaulan yang tidak sihat, atau terdedahkepada bahaya moral, atau sudah tidak terkawallagi;

(d) penjaga kanak-kanak itu telah abai atauberkeberatan untuk mengadakan pemeliharaan,makanan, pakaian dan tempat berteduh yangmencukupi untuk kanak-kanak itu;

(e) kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga, atautelah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepassiasatan yang munasabah penjaga itu tidakdijumpai, dan tiada orang lain yang sesuaisanggup dan berupaya memelihara kanak-kanakitu;

(f) kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat ataudirawat bagi maksud memulihkan ataumemelihara kesihatannya dan penjaganya telahabai atau enggan mendapatkan kanak-kanak itudiperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian;

(g) kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara yang,atau yang mungkin, memudaratkan dirinya ataumana-mana orang lain dan penjaganya tak upayaatau berkeberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaanatau langkah-langkah memperbaiki keadaanyang diambil oleh penjaga itu gagal;

(h) terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa diantara kanak-kanak itu dengan penjaganya, ataudi antara penjaga-penjaganya, sehinggakanhubungan kekeluargaan terganggu denganserius, dan yang demikian itu menyebabkankanak-kanak itu mengalami kecederaan emosi;

(i) kanak-kanak itu ialah seorang yang berkenaandengannya mana-mana kesalahan yang tersebutdalam Bab XVI Kanun Keseksaan atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkandalam Bahagian VI telah atau dipercayai telahdilakukan dan penjaganya ialah orang yangmelakukan kesalahan sedemikian atau yangdipercayai telah melakukan kesalahan

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 9

sedemikian atau telah tidak melindunginya atautidak mungkin akan melindunginya daripadakesalahan sedemikian;

(j) kanak-kanak itu ialah—(i) anggota keluarga yang sama dengan

kanak-kanak yang disebutkan dalamperenggan (i); atau

(ii) anggota keluarga yang sama dengan orangyang telah disabitkan atas kesalahan yangdisebutkan dalam perenggan (i),

dan yang nampaknya dalam bahaya akandilakukan ke atasnya kesalahan yang serupa danpenjaganya ialah orang yang melakukan atauyang dipercayai telah melakukan kesalahansedemikian atau yang telah disabitkan ataskesalahan sedemikian atau penjaganya tak upayaatau berkeberatan melindunginya daripadakesalahan sedemikian;

(k) kanak-kanak itu dijumpai sedang mengemis.(3) Bagi maksud-maksud Akta ini—

(a) seseorang kanak-kanak dicederakan dari segifizikal jika ada kecederaan yang substansial danboleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuhkanak-kanak itu akibat pengenaan kekerasanatau agen yang bukan tak sengaja kepada tubuhkanak-kanak itu yang didalilkan dengan, antaralain, laserasi, kontusi, lelasan, parut, patah ataukecederaan tulang yang lain, dislokasi, seliuh,pendarahan, pecah viskus, luka terbakar,melecur, hilang atau berubah kesedaran ataufungsi fisiologi atau gugur rambut atau gigi;

(b) seseorang kanak-kanak dicederakan dari segiemosi jika ada gangguan yang substansial atauboleh dilihat pada fungsi mental atau emosikanak-kanak itu yang didalilkan dengan, antaralain, kecelaruan mental atau tingkah laku,termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian,langsangan atau perkembangan lambat;

PerlantikanPelindung.

PerlantikanPendaftar.

Daftar.

KandunganDaftar.

AkseskepadaDaftar.

10 RANG UNDANG-UNDANG

(c) seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seksjika dia telah mengambil bahagian, sama adasebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apaaktiviti yang bersifat seks bagi maksud-maksudapa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pitavideo atau persembahan yang bersifatpornografi, lucah atau sumbang atau bagimaksud eksploitasi seks oleh mana-mana orangbagi memuaskan nafsu seks orang itu atau oranglain.

BAHAGIAN IIPELINDUNG. PENDAFTAR DAN DAFTAR

3. Menteri boleh melantik, melalui pemberitahuan yangdisiarkan dalam Warta, mana-mana pegawai dalamperkhidmatan awam untuk menjalankan kuasa-kuasa danmelaksanakan kewajipan-kewajipan seorang Pelindungdi bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat yangdinyatakan dalam pemberitahuan itu.

4. Menteri boleh melantik seorang pegawai kebajikanmasyarakat untuk menjadi Pendaftar Kanak-kanak yangMemerlukan Perlindungan.

5. Pendaftar hendaklah menyebabkan disimpan dandisenggarakan, dalam bentuk yang difikirkannya sesuai,suatu daftar yang hendaklah dikenali sebagai DaftarKanak-kanak yang Memerlukan Perlindungan.

6. Daftar hendaklah mengandungi butir-butir tentangtiap-tiap kes atau kes disyaki kanak-kanak yangmemerlukan perlindungan dan apa-apa perkara lain, yangberhubungan dengan kes atau kes disyaki itu, yangditentukan dari seraasa ke semasa oleh Ketua Pengarah.

7. (1) Butir-butir yang dimasukkan dalam Daftarhendaklah diberikan kepada mana-mana Mahkamah jikaada di hadapan Mahkamah itu apa-apa presidingberkenaan dengan kanak-kanak yang memerlukanperlindungan, apabila diminta oleh Mahkamah itu, dankepada—

(a) Ketua Pengarah;(b) seseorang Pelindung;

Kesalahan-kesalahanberkenaandenganDaftar.

PenubuhanMajlisPenyelarasbagi Per-lindunganKanak-kanak.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 11

(c) mana-mana pegawai polls; dan(d) mana-mana anggota Pasukan Perlindungan

Kanak-kanak,

apabila mana-mana orang itu memerlukan butir-butirsedemikian bagi maksud apa-apa presiding di bawahAkta ini atau bagi maksud pengambilan tindakanberkenaan dengan, atau pemberian bantuan kepada,kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

(2) Butir-butir yang terkandung dalam Daftar bolehdiberikan kepada—

(a) orang-orang yang terlibat dalam penyelidikanbona fide dan yang akses mereka kepada Daftardibenarkan oleh Ketua Pengarah bagi maksuditu; atau

(b) orang-orang atau golongan-golongan orang yangdibenarkan oleh Ketua Pengarah mendapat akseskepada Daftar atas alasan-alasan bahawa aksesmereka kepada Daftar akan mempertingkatkanperlindungan kanak-kanak.

(3) Butir-butir yang diberikan di bawah seksyen initidak boleh termasuk apa-apa maklumat yangmendedahkan atau mungkin membawa kepadapendedahan identiti mana-mana orang yang telahmembuat pemberitahuan bahawa seseorang kanak-kanakmemerlukan perlindungan.

8. Mana-mana orang yang memberi mana-mana oranglain apa-apa butir yang terkandung dalam Daftar selaindaripada menurut seksyen 7 adalah melakukan suatukesalahan.

BAHAGIAN IIIMAJLIS PENYELARAS BAGI PERLINDUNGAN

KANAK-KANAK

9. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Majlis yanghendaklah dikenali sebagai Majlis Penyelaras bagiPerlindungan Kanak-kanak.

KeanggotaanMajlis.

12 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Majlis hendaklah—(a) bertanggungjawab bagi menasihati Menteri

tentang segala aspek perlindungan kanak-kanak;(b) merekabentuk suatu sistem pengurusan yang

cekap dan berkesan diseluruh negara yangmenggabungkan saluran-saluran maklumat bagimelaporkan kes-kes kanak-kanak yangmemerlukan perlindungan;

(c) mengesyorkan perkhidmatan-perkhidmatanyang ditujukan khusus untuk memenuhikeperluan-keperluan orang-orang, kanak-kanakdan keluarga-keluarga yang memerlukanperkhidmatan-perkhidmatan perlindungankanak-kanak;

(d) menyelaraskan pelbagai sumber jabatan-jabatankerajaan yang terlibat dengan perlindungankanak-kanak;

(e) membangunkan program-program untukmendidik orang ramai dalam pencegahanpenganiayaan dan pengabaian kanak-kanak;

(f) menyelia pengurusan, operasi dan amalanPasukan Perlindungan Kanak-kanak di seluruhnegara;

(g) menyelaraskan dan memberikan nasihat tentangpembangunan program-program latihan bagianggota-anggota Pasukan Perlindungan Kanak-kanak di seluruh negara;

(h) menyelesaikan apa-apa pertelingkahan yangmungkin berbangkit dalam PasukanPerlindungan Kanak-kanak; dan

(i) melaksanakan apa-apa fungsi lain yangditetapkan melalui peraturan-peraturan yangdibuat di bawah Akta ini.

10. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

(a) Ketua Pengarah yang hendaklah menjadiPengerusi;

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 13

(b) Timbalan Ketua Pengarah yang hendaklahmenjadi Timbalan Pengerusi;

(c) dua orang wakil daripada KementerianPerpaduan Negara dan PembangunanMasyarakat;

(d) dua orang wakil daripada KementerianKesihatan;

(e) seorang wakil daripada KementerianPendidikan;

(f) seorang wakil daripada Kementerian SumberManusia;

(g) seorang wakil daripada KementerianPenerangan;

(h) seorang wakil Peguam Negara;(i) seorang wakil Ketua Polis Negara;(j) seorang wakil kememerian, di Negeri Sabah,

yang dipertanggungkan dengan tanggungjawabbagi perkhidmatan kebajikan;

(k) seorang wakil kementerian, di Negeri Sarawak,yang dipertanggungkan dengan tanggungjawabbagi perkhidmatan kebajikan;

(I) tidak lebih daripada lima orang lain, yangmempunyai pengalaman, pengetahuan dankepakaran yang sesuai dalam perkara-perkarayang berhubungan dengan kebajikan danperkembangan kanak-kanak, yang akan dilantikoleh Menteri; dan

(m) Pendaftar yang hendaklah menjadi Setiausaha.

(2) Setiap anggota Majlis yang dilantik di bawahperenggan (1) (I) hendaklah, melainkan jika diameletakkan jawatan terlebih dahulu, memegang jawatanselama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun danlayak dilantik semula,

(3) Perlantikan tiap-tiap anggota Majlis di bawahperenggan (1) (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Persidangandan per-jalananpresidingMajlis.

PenubuhanPasukan-PasukanPerlindunganKanak-kanak.

14 RANG UNDANG-UNDANG

11. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali dalam satu tahun pada masa dandi tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.

(2) Pengerusi atau, jika dia tidak nadir, TimbalanPengerusi atau, jika kedua-duanya tidak hadir, mana-mana anggota yang dilantik untuk mempengerusikanmesyuarat, dan enam orang anggota lain hendaklahmembentuk kuorum di sesuatu mesyuarat Majlis.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Majlis hendaklahdipengerusikan oleh Pengerusi atau, jika dia tidak hadir,oleh Timbalan Pengerusi atau, jika kedua-duanya tidakhadir, oleh seorang anggota yang dilantik oleh anggota-anggota yang hadir daripada kalangan mereka sendiri.

(4) Jika, mengenai apa-apa soal yang hendakdiputuskan, terdapat undi yang sama banyak, makaPengerusi, atau Timbalan Pengerusi jika diamempengerusikan mesyuarat, hendaklah mempunyaiundi pemutus.

(5) Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklahmempunyai kuasa untuk menentukan prosedurnyasendiri.

(6) Majlis boleh melantik apa-apa jawatankuasadaripada anggota-anggotanya dengan atau tanpa orang-orang lain sebagaimana yang ditentukannya dan setiapjawatankuasa hendaklah menentukan prosedurnyasendiri.

12. (1) Majlis hendaklah menubuhkan, di seluruhnegara, kumpulan-kumpulan orang, setiap kumpulanhendaklah dikenali sebagai "Pasukan PerlindunganKanak-kanak", bagi maksud menyelaraskanperkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak adalah ataudisyaki memerlukan perlindungan.

(2) Setiap Pasukan Perlindungan Kanak-kanakhendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

(a) seorang pengerusi, yang hendaklah—(i) dalam hal sesuatu Negeri di Malaysia

Barat, Pengarah Kebajikan Masyarakat

Pengambilankanak-kanakke dalamjagaansemen tara.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 15

Negeri atau Pegawai KebajikanMasyarakat Daerah;

(ii) dalam hal Sabah, Pengarah PerkhidmatanKebajikan atau Pegawai KebajikanDaerah;

(iii) dalam hal Sarawak, Ketua PegawaiKebajikan atau Pegawai KebajikanBahagian; atau

(iv) dalam hal Wilayah Persekutuan KualaLumpur atau Wilayah PersekutuanLabuan, Pengarah Kebajikan Masyarakat;

(b) seorang pegawai perubatan; dan(c) seorang pegawai kanan polis.

(3) Setiap Pasukan Perlindungan Kanak-kanakhendaklah mempunyai kuasa untuk membawa turut s'ertadari semasa ke semasa mana-mana orang lain yangsemunasabahnya diperlukan olehnya untuk mem-bolehkannya melaksanakan fungsi-fungsi dan tugas-tugasnya dengan mencukupi atau sebagaimana yangdiperlukan oleh hal keadaan setiap kes, termasuk mana-mana orang yang berkelayakan untuk memberikannasihat tentang faktor-faktor peribumi, etnik,kebudayaan atau agama yang relevan.

BAHAGIAN IVJAGAAN SEMENTARA SERTA PEMERIKSAAN DAN

RAWATAN PERUBATAN

13. (1) Mana-mana Pelindung atau pegawai polis yangberpuas hati atas alasan-alasan yang munasabah bahawaseseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan bolehmengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara,melainkan jika Pelindung atau pegawai polis itu berpuashati bahawa pengambilan presiding berhubungan dengankanak-kanak itu adalah tak wajar bagi kepentingankanak-kanak itu atau bahawa presiding akan diambiloleh orang lain.

(2) Tertakluk kepada seksyen 14, tiap-tiap kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan sementara di bawahsubseksyen (1) hendaklah diletakkan di tempat selamat

16 RANG UNDANG-UNDANG

sehingga dia boleh dibawa ke hadapan MahkamahJuvana.

(3) Jika seseorang kanak-kanak diletakkan di suatutempat selamat di bawah subseksyen (2), orang yangbertanggungjawab bagi tempat selamat itu hendaklahmempunyai kawalan ke atas kanak-kanak itu samaseperti ibu atau bapa kanak-kanak itu dan hendaklahbertanggungjawab bagi penyenggaraan kanak-kanak itu,dan kanak-kanak itu hendaklah terus berada dalampemeliharaan orang itu walaupun kanak-kanak itudituntut oleh penjaganya atau mana-mana orang lain.

(4) Mana-mana orang yang mengambil seseorangkanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawahseksyen ini hendaklah dengan serta-merta apabila dibuatpengambilan sedemikian—

(a) menyebabkan penjaga kanak-kanak itudiberitahu tentang pengambilan itu; dan

(b) jika orang itu ialah seorang pegawai polis,memberitahu Pelindung tentang pengambilanitu.

14. (1) Jika Pelindung atau pegawai polis yangmengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaansementara di bawah subseksyen 13 (1) berpendapatbahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan ataurawatan perubatan, Pelindung atau pegawai polis ituboleh tidak membawa kanak-kanak itu ke tempat selamattetapi sebaliknya mengemukakan kanak-kanak itu kehadapan pegawai perubatan.

(2) Jika pada masa dia diambil ke dalam jagaan dibawah subseksyen 13 (1) seseorang kanak-kanak ialahseorang pesakit di sesuatu hospital, Pelindung ataupegawai polis yang mengambilnya ke dalam jagaanbolehlah meninggalkan kanak-kanak itu di hospital itu.

(3) Jika seseorang Pelindung atau pegawai polis tidakmengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan dibawah subseksyen 13 (1) tetapi dia berpuas hati atasalasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itumemerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, dia

Kanak-kanakyangmemerlukanpemeriksaanatau rawatanperubatan.

Pemeriksaandan rawatanperubatan.

Kebenaranbagi rawatanperubatan.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 17

boleh mengarahkan secara bertulis orang yangdidapatinya sedang memelihara kanak-kanak itumembawa kanak-kanak itu kepada pegawai perubatandengan serta-merta.

(4) Jika orang yang disebutkan dalam subseksyen (3)tidak patuh, dalam masa empat puluh lapan jam, denganarahan yang diberikan di bawah subseksyen itu,seseorang Pelindung atau pegawai polis bolehmengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementarabagi maksud mengemukakan kanak-kanak itu ke hadapanpegawai perubatan.

15. (1) Seseorang pegawai perubatan yang kehadapannya seseorang kanak-kanak dikemukakan dibawah subseksyen 14 (1) atau 14 (4)—

(a) hendaklah menjalankan atau menyebabkandijalankan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu;

(b) boleh, pada memeriksa kanak-kanak itu dan jikadibenarkan sedemikian oleh Pelindung ataupegawai polis, melakukan atau menyebabkandilakukan apa-apa prosedur dan ujian yang perluuntuk mendiagnosis keadaan kanak-kanak itu;dan

(c) boleh memberikan, atau menyebabkandiberikan, apa-apa rawatan yang difikirkannyaperlu berikutan dengan keputusan diagnosisnyaitu.

(2) Jika pegawai perubatan yang memeriksa seseorangkanak-kanak di bawah subseksyen (1) berpendapatbahawa kanak-kanak itu perlu dimasukkan ke hospitalbagi maksud pemeliharaan atau rawatan perubatankanak-kanak itu maka seseorang Pelindung atau pegawaipolis boleh membenarkan kemasukan kanak-kanak itu kehospital.

16. (1) Jika, pada pendapat seseorang pegawaiperubatan, kanak-kanak yang disebutkan dalam seksyen15 memerlukan rawatan bagi penyakit, kecederaan ataukeadaan yang ringan, seseorang Pelindung atau pegawaipolis boleh membenarkan rawatan sedemikian.

Tiadaliabilitiditanggungkeranamemberikankebenaran.

Kawalanke ataskanak-kanakyang di-masukkanke hospital.

18 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Jika, pada pendapat seseorang pegawai perubatan,kanak-kanak yang disebutkan dalam seksyen 15mengalami penyakit, kecederaan atau keadaan yangserius atau memerlukan pembedahan atau rawatanpsikiatri, seorang Pelindung atau pegawai polishendaklah dengan segera memberitahu atau cubamemberitahu dan berunding dengan penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang mempunyai kuasauntuk mengizinkan rawatan sedemikian dan bolehdengan keizinan bertulis penjaga atau orang itumembenarkan rawatan perubatan, pembedahan ataupsikiatri yang difikirkan perlu oleh seorang pegawaiperubatan.

(3) Jika keizinan yang disebutkan dalam subseksyen(2) tidak dapat diperolehi atau jika terdapat risiko hampirkepada kesihatan kanak-kanak itu, seorang Pelindungboleh membenarkan apa-apa rawatan yang difikirkanperlu oleh seorang pegawai perubatan.

17. (1) Jika seseorang kanak-kanak diperiksa ataudirawat menurut seksyen 15 atau 16, Pelindung ataupegawai polis yang membenarkan pemeriksaan ataurawatan itu, pegawai perubatan yang memeriksa ataumerawat kanak-kanak itu, dan semua orang yangbertindak membantu pegawai perubatan itu, tidaklahmenanggung apa-apa liabiliti di sisi undang-undanghanya oleh sebab seseorang kanak-kanak telah diperiksaatau dirawat menurut seksyen itu.

(2) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalamsubseksyen (1) mengecualikan seseorang pegawaiperubatan daripada liabiliti berkenaan denganpemeriksaan atau rawatan seseorang kanak-kanak jikaliabiliti itu ialah liabiliti yang kepadanya dia akanterdedah sekiranya pemeriksaan atau rawatan itu telahdijalankan atau diberikan dengan keizinan penjagakanak-kanak itu atau orang yang mempunyai kuasa untukmengizinkan pemeriksaan atau rawatan itu,

18. Jika seseorang kanak-kanak yang diambil ke dalamjagaan sementara di bawah subseksyen 13 (1) atausubseksyen 14 (4) dimasukkan ke hospital, maka Ketua

Kewajipanpengamalperubatandan kuasapegawaiperubatan.

Langkah-langkahyanghendaklahdiambilberkenaandengankanak-kanakselepaspemeriksaanatau rawalanperubatan.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 19

Pengarah hendaklah mempunyai kawalan ke atas, dantanggungjawab bagi penyenggaraan, kanak-kanak itusama seperti yang dipunyai oleh orang yangbertanggungjawab bagi sesuatu tempat selamat sekiranyakanak-kanak itu telah diletakkan di tempat selamat itu.

19. (1) Jika seseorang pengamal perubatan berdaftar,termasuk pegawai perubatan, percaya atas alasan-alasanyang munasabah bahawa kanak-kanak yang sedangdiperiksanya atau dirawatnya telah dicederakan dari segifizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, ditinggalkanatau didedahkan, dia hendaklah dengan serta-mertamemberitahu mana-mana Pelindung.

(2) Mana-mana pengamal perubatan berdaftar yangtidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatukesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidakmelebihi satu ribu ringgit.

(3) Jika pengamal perubatan berdaftar yangdisebutkan dalam subseksyen (1) ialah seorang pegawaiperubatan, dia boleh mengambil kanak-kanak yangdisebutkan dalam subseksyen itu ke dalam jagaansementara sehingga masa jagaan sementara itu diambilalih oleh seorang Pelindung atau pegawai polis.

20. (1) Seseorang kanak-kanak yang diambil ke dalamjagaan di bawah subseksyen 13 (1) dan yangkemudiannya menjalani pemeriksaan atau rawatanperubatan hendaklah, apabila pemeriksaan atau rawatanitu selesai, atau jika kanak-kanak itu dimasukkan kehospital, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital,diletakkan di tempat selamat sehingga masa dia bolehdibawa ke hadapan Mahkamah Juvana,

(2) Seseorang kanak-kanak yang diambil ke dalamjagaan di bawah subseksyen 14 (4) dan yangkemudiannya menjalani pemeriksaan atau rawatanperubatan hendaklah, apabila pemeriksaan atau rawatanitu selesai, atau jika kanak-kanak itu dimasukkan kehospital, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital,dikembalikan kepada orang yang daripadapemeliharaannya kanak-kanak itu diambil.

Pengemukaankanak-kanakdi hadapanMahkamahJuvana.

Kuasa-kuasaMahkamahJuvana.

20 RANG UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN VPROSEDUR MAHKAMAH

21. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), tiap-tiap kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan di bawahsubseksyen 13 (1) hendaklah, dalam masa dua puluhempat jam dari masa dia diambil ke dalam jagaansedemikian, dibawa ke hadapan Mahkamah Juvana.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan di bawahsubseksyen 13 (1) dan yang diperiksa atau dirawat darisegi perubatan di bawah Bahagian IV hendaklahdikemukakan ke hadapan Mahkamah Juvana dalam masadua puluh empat jam dari masa pemeriksaan atau rawatanitu selesai atau, jika kanak-kanak itu dimasukkan kehospital, dari masa dia dibenarkan keluar dari hospital.

(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika tidakmungkin seseorang kanak-kanak yang diambil ke dalamjagaan di bawah subseksyen 13 (1) dibawa ke hadapanMahkamah Juvana dalam masa yang ditetapkan dalamsubseksyen (1) atau (2), kanak-kanak itu hendaklahdibawa ke hadapan seorang Majistret yang bolehmengarahkan supaya dia diletakkan di tempat selamatatau, walau apa pun subseksyen 13 (2), diletakkan dalampemeliharaan seorang yang layak sehingga masa diaboleh dikemukakan ke hadapan Mahkamah Juvana.

22. (1) Jika Mahkamah Juvana berpuas hati bahawamana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya dibawah seksyen 21 ialah seorang kanak-kanak yangmemerlukan perlindungan, Mahkamah Juvana ituboleh—

(a) memerintahkan penjaganya mengikat bon untukmenjalankan pemeliharaan dan penjagaan yangsepatutnya selama suatu tempoh yangdinyatakan oleh Mahkamah Juvana itu, tetapitempoh itu tidak boleh melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun;

(b) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan seorang yang layak

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 21

selama suatu tempoh yang dinyatakan olehMahkamah Juvana itu tetapi tempoh itu tidakboleh melampaui tarikh kanak-kanak itumencapai umur lapan belas tahun;

(c) tanpa membuat apa-apa perintah lain atausebagai tambahan kepada suatu perintah dibawah perenggan (a) atau (b), membuat suatuperintah meletakkan kanak-kanak itu di bawahpengawasan seorang Pelindung, atau seseorangorang lain yang dilantik bagi maksud itu olehMahkamah Juvana itu, selama suatu tempohyang dinyatakan oleh Mahkamah Juvana itu,tetapi tempoh itu tidak boleh melampaui tarikhkanak-kanak itu mencapai umur lapan belastahun;

(d) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat selama tempohtiga tahun dari tarikh perintah itu atau sehinggadia mencapai umur lapan belas tahun, mengikutmana-mana yang lebih lama; atau

(e) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan seorang ibu atau bapapeliharaan yang didapati sesuai oleh KetuaPengarah, dan sehingga masa itu meletakkankanak-kanak itu di tempat selamat.

(2) Mahkamah Juvana boleh, semasa membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa syarat atau memberikan apa-apa arahan yangdifikirkannya patut bagi maksud memastikankeselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yangberkenaan dengannya perintah itu dibuat, dan tiap-tiaporang yang ke atasnya syarat-syarat itu dikenakan atauyang kepadanya arahan-arahan itu diberikan hendaklahmematuhi syarat-syarat atau arahan-arahan itu.

(3) Tiada perintah di bawah subseksyen (1) bolehdibuat tanpa memberi penjaga kanak-kanak itu peluanguntuk nadir dan didengar.

(4) Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu perintah dibawah subseksyen (1) boleh dibuat jika penjaga kanak-

Perintahsumbangan.

22 RANG UNDANG-UNDANG

kanak itu, setelah dikehendaki hadir, telah gagal berbuatdemikian atau tidak dapat ditemui dalam masa yangmunasabah.

(5) Sebelum membuat sesuatu perintah di bawahsubseksyen (1), Mahkamah Juvana hendaklah berusahamendapatkan maklumat tentang latar belakang keluargakanak-kanak itu, kelakuannya pada amnya, suasana dirumahnya, rekod sekolahnya dan riwayat perubatannyayang dapat membolehkan Mahkamah Juvana itumenguruskan kes itu untuk kebaikan kanak-kanak itudan boleh, bagi maksud mendapatkan maktumat itu ataubagi apa-apa pemeriksaan atau pemerhatian perubatankhas, dari semasa ke semasa menangguhkan kes ituselama tempoh atau tempoh-tempoh yang tidak melebihidua bulan pada satu-satu masa dan boleh membuat,berkenaan dengan kanak-kanak itu, sebagai suatuperintah sementara yang mempunyai kuatkuasa hanyasemasa tempoh penangguhan itu, apa-apa perintah yangboleh dibuatnya di bawah subseksyen (1).

(6) Pada menentukan apakah perintah yang hendakdibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Juvanahendaklah memberikan pertimbangan utama kepadakebajikan kanak-kanak itu.

(7) Jika Mahkamah Juvana tidak berpuas hati bahawakanak-kanak yang dibawa ke hadapannya di bawahseksyen 21 memerlukan perlindungan, MahkamahJuvana itu boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itudikembalikan kepada pemeliharaan dan jagaanpenjaganya.

23. (1) Jika suatu perintah dibuat di bawah seksyen 22meletakkan seseorang kanak-kanak di suatu tempatselamat atau dalam jagaan seorang yang layak,Mahkamah Juvana yang membuat perintah itu boleh,pada masa yang sama atau kemudiannya, membuat suatuperintah sumbangan yang menghendaki penjaga kanak-kanak itu membuat apa-apa sumbangan bulanan yangdifikirkan patut oleh Mahkamah Juvana, setelahmengambil kira kemampuan penjaga itu, dan hendaklahmenjadi kewajipan penjaga itu untuk mematuhi perintahitu.

Pembatalanataupengubahanpenntah.

PERLINDUNGAN K A N A K - K A N A K 23

(2) Semua jumlah wang yang kena dibayar di bawahsuatu perintah sumbangan hendaklah dibayar kepadamana-mana Mahkamah sebagaimana yang diarahkanoleh Mahkamah Juvana yang membuat perintah itu danMahkamah Juvana yang membuat mana-mana perintahsedemikian boleh dari semasa ke semasa, apabiladibuktikan apa-apa perubahan dalam hal keadaan orangyang terhadapnya perintah itu dibuat atau kerana sebablain yang baik yang ditunjukkan sehingga MahkamahJuvana itu berpuas hati, menghapuskan, membuatbaharu, atau mengubah perintah itu sebagaimana yangdifikirkannya patut.

(3) Tiada perintah sumbangan boleh dibuat tanpamemberi penjaga kanak-kanak itu peluang untukdidengar, tetapi perintah sumbangan boleh dibuatterhadap penjaga yang, setelah dikehendaki hadir, telahgagal berbuat demikian.

(4) Suatu perintah sumbangan hendaklah terusberkuatkuasa selagi perintah yang meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat atau dalam jagaanseorang yang layak terus berkuatkuasa.

(5) Jika mana-mana orang sengaja abai mematuhisuatu perintah sumbangan, seseorang Majistret boleh,bagi tiap-tiap pelanggaran perintah itu, melalui waranmengarahkan supaya amaun yang kena dibayar itu dilevimengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undangbagi melevi denda yang dikenakan oleh Majistret-Majistret, atau boleh menghukum supaya orang itudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulanbagi setiap bulan sumbangan yang masih tak dibayar.

24. Mahkamah Juvana boleh, atas permohonanPelindung atau orang yang bertanggungjawab bagisesuatu tempat selamat atau penjaga kanak-kanak yangberkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat dibawah seksyen 22, membatalkan atau mengubah perintahitu apabila dibuktikan bahawa hal keadaan yang didalamnya perintah itu dibuat telah berubah selepaspembuatan perintah itu.

Kawalanke ataskanak-kanakyangdiletakkandalam jagaanorang yanglayak atautempatselamat.

Penganiayaan,pengabaian,pendedahanataupeninggalankanak-kanak.

24 RANG UNDANG-UNDANG

25. Jika suatu perintah dibuat di bawah seksyen 21meletakkan seseorang kanak-kanak di suatu tempatselamat atau dalam jagaan seorang yang layak ataudalam jagaan seorang ibu atau bapa peliharaan, makzorang yang bertanggungjawab bagi tempat selamat ituorang yang layak itu atau ibu atau bapa peliharaan ituhendaklah mempunyai kawalan ke atas kanak-kanak itusama seperti ibu atau bapa kanak-kanak itu darhendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan kanak-kanak itu, dan kanak-kanak itu hendaklah terus beradadalam pemeliharaan orang itu walaupun kanak-kanak ittdituntut oleh penjaganya atau mana-mana orang lain.

BAHAGIAN VIKESALAHAN-KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN

KESIHATAN DAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK

26. (1) Mana-mana orang, yang merupakan orang yangmempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, yangmenganiayai, mengabaikan, meninggalkan ataumendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yangmungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaanfizikal atau emosi, atau yang menyebabkan ataumembenarkannya dianiayai, diabaikan, ditinggalkan ataudidedahkan sedemikian, adalah melakukan suatukesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidakmelebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh, sebagai ganti atau sebagaitambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakandalam subseksyen (1), memerintahkan seseorang yangmelakukan kesalahan di bawah subseksyen itu mengikalbon, dengan atau tanpa penjamin, sebagaimana yangditentukan oleh Mahkamah, untuk berkelakuan baikselama suatu tempoh yang difikirkan patut olehMahkamah, dan boleh memasukkan dalam bon itu suatusyarat yang menghendaki orang itu menjalani apa-apakaunseling dan psikoterapi sebagaimana yang dinyatakandi dalam bon itu.

Kanak-kanaktidak bolehdigunakanuntukmengemis.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 25

(3) Jika seseorang yang diperintahkan mengikat bonuntuk berkelakuan baik di bawah subseksyen (2) gagalmematuhi mana-mana syarat bon itu dia boleh—

(a) jika bon itu ialah sebagai ganti penalti di bawahsubseksyen (1), dikenakan penalti yangdiperuntukkan dalam subseksyen itu; atau

(b) jika bon itu ialah sebagai tambahan kepadapenalti di bawah subseksyen (1), didendaselanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgitatau dipenjarakan selanjutnya selama tempohyang tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4) Ibu atau bapa atau orang lain yang bertanggungandi sisi undang-undang untuk menyenggara seseorangkanak-kanak adalah disifatkan telah mengabaikannyadengan cara yang mungkin akan menyebabkannyamengalami kecederaan fizikal atau emosi jika,sungguhpun dia berupaya mengadakan makanan,pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, tempatpenginapan atau pemeliharaan yang mencukupi bagikanak-kanak itu daripada sumber-sumbernya sendiri, diagagal berbuat demikian.

(5) Seseorang boleh disabitkan atas kesalahanterhadap seksyen ini walaupun—

(a) penderitaan atau kecederaan kepada kesihatankanak-kanak yang berkenaan atau kemungkinanpenderitaan atau kecederaan kepada kesihatankanak-kanak yang berkenaan telah dielakkanmelalui tindakan orang lain; atau

(b) kanak-kanak yang berkenaan telah mati.

27. Mana-mana orang yang menyebabkan ataumengakibatkan mana-mana kanak-kanak, atau, sebagaiseorang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, membenarkan kanak-kanak itu, berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud-maksudmengemis adalah melakukan suatu kesalahan dan,apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi limaribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahankeranamembiarkankanak-kanaktinggal tanpapengawasanyangberpatutan.

Pemakaiandantafsiran.

Akta 106

26 RANG UNDANG-UNDANG

28. Mana-mana orang, yang merupakan penjaga atauorang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaanseseorang kanak-kanak, yang membiarkan kanak-kanakitu tinggal tanpa mengadakan persediaan bagipengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagikanak-kanak itu selama tempoh yang tak berpatutan ataudalam keadaan yang tak berpatutan mernandangkansemua hal keadaan adalah melakukan suatu kesalahandan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihilima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi dua tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN VIIPEMBERITAHUAN APABILA MENGAMBIL KANAK-

KANAK KE DALAM PEMELIHARAAN, JAGAAN ATAUKAWALAN

29. (1) Bahagian ini tidaklah terpakai bagi—

(a) pengambilan kanak-kanak ke dalampemeliharaan, jagaan atau kawalan datuk atauneneknya, adik atau abang atau kakaknya yangseibu sebapa atau yang seibu atau sebapa, atauadik atau abang atau kakak ibu atau bapanyayang seibu sebapa atau yang seibu atau sebapa;

(b) pengambilan seseorang kanak-kanak ke dalampemeliharaan, jagaan atau kawalan penjaganya;

(c) pengambilan seseorang kanak-kanak ke dalampemeliharaan, jagaan atau kawalan mana-manaorang menurut suatu perintah Mahkamah yangmempunyai bidang kuasa kompeten ataumenurut suatu perintah di bawah AktaPerlindungan Wanita dan Gadis 1973;

(d) pengambilan seseorang kanak-kanak sebagaipenghuni suatu tempat selamat atau rumah anakyatim, hospital, rumah atau institusi yangdisenggarakan oleh Kerajaan Malaysia atau olehmana-mana Kerajaan Negeri atau yangdiluluskan oleh Menteri;

(e) pengambilan seseorang kanak-kanak untuktinggal di sekolah yang didaftarkan di bawah

Pemberitahuantentangpengambilanke dalampemeliharaan.jagaan ataukawalan.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 27

mana-mana undang-undang bertulis yangberhubungan dengan pendidikan;

(f) pengambilan seseorang kanak-kanak yang lazimmenghadiri sesuatu sekolah yang didaftarkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis yangberhubungan dengan pendidikan ke dalamjagaan kawan atau saudara penjaganya dengankeizinan penjaganya.

(2) Dalam Bahagian ini, "penjaga" seorang kanak-kanak ertinya ibu atau bapa kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yang dilantik dengan sah melalui suratikatanatau wasiat atau dengan perintah suatu Mahkamah yangkompeten untuk menjadi penjaga kanak-kanak itu, atauseseorang yang telah mengangkat kanak-kanak itudengan sah.

30. (1) Jika seseorang mengambil seorang kanak-kanakke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya—

(a) orang itu; dan '(b) orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak

itu berada pada masa pengambilan itu,

hendaklah, tidak lewat daripada satu minggu selepas itu,memberitahu Pelindung tentang pengambilan itu.

(2) Apabila diterimanya apa-apa pemberitahuan dibawah seksyen ini, Pelindung boleh membuat apa-apasiasatan yang difikirkannya patut tentang sebab-sebabbagi pengambilan itu dan tentang kesesuaian, bagimaksud itu, orang yang telah mengambil kanak-kanak ituke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya danjika, selepas siasatan sedemikian, difikirkan suaimanfaatoleh Pelindung itu bagi kepentingan kanak-kanak itu, diaboleh sama ada—

(a) memerintahkan supaya kanak-kanak itudikembalikan kepada pemeliharaan, jagaan ataukawalan penjaganya atau orang yang dalampemeliharaannya kanak-kanak itu berada semasadia diambil; atau

(b) membenarkan pengambilan kanak-kanak itu.

Obligasi-obhgasikemudiannya.

28 RANG UNDANG-UNDANG

(3) Seseorang Pelindung, apabila menerima tiap-tiappemberitahuan di bawah seksyen ini, hendaklahmerekodkan butir-butirnya dalam daftar yang hendaklahdisimpan bagi maksud itu.

(4) Mana-mana orang yang gagal mematuhiperuntukan-peruntukan subseksyen (1) adalahmelakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan,boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahunatau kedua-duanya.

31. (1) Jika pengambilan seseorang kanak-kanak telahdiberitahukan kepada dan dibenarkan oleh Pelindung dibawah seksyen 30, orang yang telah mengambil kanak-kanak itu hendaklah, jika pada bila-bila masakemudiannya—

(a) dia bercadang untuk memulangkan kanak-kanakitu kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalanpenjaga kanak-kanak itu atau mana-mana oranglain yang daripadanya kanak-kanak itu diambil;atau

(b) tanpa pengetahuan atau keizinannya, kanak-kanak itu telah meninggalkan pemeliharaan,jagaan atau kawalannya,

melaporkannya sendiri kepada seorang Pelindung danhendaklah, bilamana praktik, membawa ataumenyebabkan dibawa ke hadapan Pelindung itu kanak-kanak itu dan penjaga kanak-kanak itu atau mana-manaorang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telahdiambil.

(2) Apabila diterimanya suatu laporan di bawahsubseksyen (1), Pelindung hendaklah membuat suatucatatan mengenainya dan hendaklah—

(a) jika kanak-kanak itu dan penjaga kanak-kanakitu atau mana-mana orang lain yang daripadanyakanak-kanak itu diambil hadir pada masa laporanitu diterima, mengembalikan kanak-kanak itukepada penjaga itu atau orang lain itu, mengikutmana-mana yang berkenaan; atau

KuasaPelindunguntukmenghendakikanak-kanakdikemukakandi hadapan-nya.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 29

(b) jika penjaga kanak-kanak itu atau mana-manaorang lain yang daripadanya kanak-kanak itudiambil tidak hadir semasa laporan ituditerima—

(i) mengambil kanak-kanak itu ke dalamjagaan sementara sehingga dia dapatdikembalikan kepada penjaganya atauorang itu; dan

(ii) dengan serta-merta menghantar maklumatbertulis ke tempat tinggal penjaganya atauorang itu yang akhir diketahui.

(3) Mana-mana orang yang gagal mematuhiperuntukan-peruntukan subseksyen (1) adalahmelakukan suatu kesalahan.

32. (1) Bilamana seseorang Pelindung mempunyaisebab untuk percaya bahawa terdapat, di dalam kawasanatau Negeri yang di dalamnya dia menjalankan bidangkuasa, seorang kanak-kanak yang berkenaan denganpengambilannya tiada pemberitahuan telah dibuat dalammasa satu minggu selepas pengambilan itu, dia boleh,melalui saman di bawah tandatangannya yangdialamatkan kepada orang yang mempunyai ataudipercayai mempunyai pemeliharaan, jagaan ataukawalan kanak-kanak itu, menghendaki orang itu hadirdan mengemukakan kanak-kanak itu di hadapannya padamasa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu.

(2) Jika seseorang yang kepadanya saman telahdisampaikan di bawah subseksyen (1) gagalmengemukakan kanak-kanak itu pada masa dan di tempatyang dinyatakan di dalamnya, Pelindung bolehmengeluarkan waran memberikuasa mana-mana orangyang dinamakan di dalamnya untuk mencari kanak-kanak itu dan mengemukakannya di hadapan Pelindungitu.

(3) Mana-mana kanak-kanak yang dinamakan ataudiperihalkan dalam waran sedemikian boleh dipindahkanke suatu tempat selamat dan ditahan buat sementarawaktu di sana sehingga Pelindung telah menyelesaikansiasatannya di bawah Bahagian ini atau boleh, selama

Pemindahanmilikan,jagaan ataukawalankanak-kanakdenganmenyalahiundang-undang.

30 RANG UNDANG-UNDANG

tempoh yang sama, diletakkan buat sementara waktudalam jagaan saudaranya atau orang lain yang layak atasterma-terma dan syarat-syarat yang dikehendaki olehPelindung.

(4) Pelindung boleh membuat apa-apa siasatan yangdifikirkannya patut tentang hal-hal keadaan dan sebab-sebab bagi pengambilan kanak-kanak yang disebutkandalam subseksyen (1) dan tentang kesesuaian orang yangtelah mengambil kanak-kanak itu ke dalampemeliharaan, jagaan atau kawafannya.

(5) Jika, selepas siasatan yang tersebut dalamsubseksyen (1), difikirkan suaimanfaat oleh Pelindungbagi kepentingan kanak-kanak itu, dia boleh sama ada—

(a) memerintahkan supaya kanak-kanak itudikembalikan kepada pemeliharaan, jagaan ataukawalan penjaganya atau mana-rnana orang lainyang daripadanya dia diambil; atau

(b) membenarkan pengambilan kanak-kanak itu atasterma-terma dan syarat-syarat yang dikehendakioleh Pelindung.

(6) Jika pengambilan seseorang kanak-kanak olehmana-mana orang telah dibenarkan di bawah perenggan(5) (b) tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat dankeingkaran dibuat pada mematuhi terma atau syarat itu,Pelindung boleh, melalui waran di bawah tanda-tangannya, memerintahkan supaya kanak-kanak itudiambil daripada pemeliharaan, jagaan atau kawalanorang itu dan diletakkan di tempat selamat atau dalamjagaan saudaranya atau orang lain yang layak atas terma-terma dan syarat-syarat yang dikehendaki oleh Pelindungsehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belastahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.

BAHAGIAN VIIIPEMERDAGANGAN KANAK-KANAK

33. (1) Tiap-tiap orang yang mengambil apa-apabahagian dalam apa-apa transaksi yang tujuannya atausalah satu daripada tujuannya ialah untuk memindahkanatau memberikan, keseluruhannya atau sebahagiannya,

Pembawaanmasukkanak-kanakmelaluidakwaanpalsu.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 31

secara sementara atau tetap, milikan, jagaan atau kawalanseorang kanak-kanak bagi apa-apa balasan berhargaadalah melakukan suatu kesalahan dan, apabiladisabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihilima tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang yang tanpa kebenaran atau alasanyang sah menyorokkan atau ada dalam milikan, jagaanatau kawalannya mana-mana kanak-kanak yangmengenainya milikan, jagaan atau kawalan sementaraatau tetap telah dipindahkan atau diberikan bagi balasanberharga oleh mana-mana orang lain di dalam atau diluar Malaysia adalah melakukan suatu kesalahan dan,apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluhribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(3) Bagi maksud-maksud subseksyen (2), jika mana-mana orang menyorokkan atau ada dalam milikan, jagaanatau kawalannya mana-mana kanak-kanak tanpakebenaran atau alasan yang sah, maka kanak-kanak ituhendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggapkanseorang kanak-kanak yang berkenaan dengannyamilikan, jagaan atau kawalan sementara atau tetap telahdipindahkan atau diberikan bagi balasan berharga.

(4) Maka adalah menjadi suatu pembelaan dalammana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini jikadibuktikan bahawa pemindahan berlaku dengan tujuanatau menurut suatu perkahwinan atau pengangkatan bonafide dan bahawa sekurang-kurangnya ibu atau bapasebenar kanak-kanak itu atau penjaga kanak-kanak ituialah suatu pihak yang mengizinkan perkahwinan ituatau yang mengizinkan pengangkatan itu oleh pihakpengangkat itu, dan telah dengan nyata mengizinkanperkahwinan atau pengangkatan yang berkenaan itu.

34. Mana-mana orang yang melalui atau di bawah apa-apa dakwaan atau nyataan palsu, atau cara fraud atauperdayaan, yang dibuat atau digunakan sama ada didalam atau di luar Malaysia, membawa atau membantu

Kuasa untukmemeriksakanak-kanakdan orang-orang yangmenjaganya.

KuasaPelindunguntukmenghendakijaminan.

32 RANG UNDANG-UNDANG

dalam membawa mana-mana kanak-kanak ke dalamMalaysia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabiladisabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihilima tahun atau kedua-duanya.

35. Seseorang Pelindung atau mana-mana orang yangdiberikuasa secara bertulis bagi maksud itu olehPelindung boleh menghendaki mana-mana kanak-kanakyang telah niasuk atau dibawa ke dalam Malaysia danmana-mana orang yang didapati mempunyai jagaan ataukawalan ke atas kanak-kanak itu hadir di hadapanPelindung pada bila-bila masa yang munasabah dan dimana-mana tempat yang sesuai, dan Pelindung bolehmemeriksa kanak-kanak itu tentang sebab-sebab diamasuk atau berada di Malaysia dan boleh memeriksaorang itu berkenaan dengan kanak-kanak itu, dan orangitu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawabsoalan-soalan itu dengan benar sedaya upayanya.

36. Jika seseorang Pelindung mempunyai sebabmunasabah untuk mengesyaki bahawa mana-manakanak-kanak—

(a) telah dibawa ke dalam Malaysia sama adaselepas dipindahkan bagi balasan berharga, ataumelalui fraud, salah nyataan atau apa-apadakwaan palsu;

(b) telah dipindahkan kepada jagaan atau kawalanmana-mana orang bagi balasan berharga samaada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) sedang ditahan bertentangan dengankemahuannya oleh seseorang selain daripada ibuatau bapa atau penjaganya,

dia boleh sama ada—(aa) menghendaki mana-mana orang yang di dalam

jagaan atau di bawah kawalannya kanak-kanakitu didapati berada memberinya salinan-salinanfotograf kanak-kanak itu dan orang itu sendiri,dan memberikan jaminan sehingga Pelindung

Pemeriksaan.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 33

berpuas hati bahawa kanak-kanak itu tidak akanmeninggalkan kawasan atau Negeri tempat diaberada pada masa itu tanpa terlebih dahulumendapat keizinan secara bertulis daripadaPelindung, dan tidak akan dipindahkan kepadapemeliharaan atau jagaan mana-mana orang laintanpa terlebih dahulu mendapat keizinan secarabertulis daripada Pelindung, dan bahawa diaakan dikemukakan ke hadapan Pelindungbilamana jua dikehendaki olehnya; atau

(bb) dari mula lagi, atau jika berlaku keingkarandalam mematuhi apa-apa perintah yang dibuat dibawah perenggan (aa), membuat suatu perintahsupaya kanak-kanak itu diambil keluar daripadajagaan orang yang di dalam pemeliharaan,jagaan atau kawalannya kanak-kanak itu beradadan diletakkan di suatu tempat selamat atau, atasapa-apa jaminan dan apa-apa syarat yangdikehendaki oleh Pelindung, dalam jagaanseorang saudara atau orang lain yang layaksehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapanbelas tahun atau selama apa-apa tempoh yanglebih pendek,

37. (1) Seseorang Pelindung, atau mana-mana pegawaikebajikan masyarakat yang pada amnya atau khasnyadiberikuasa secara bertulis bagi maksud itu olehPelindung, boleh pada bila-bila masa melawat danmemeriksa tempat mana-mana kanak-kanak yangberkenaan dengannya jaminan telah diberikan di bawahseksyen 36 tinggal atau dipercayai tinggal atau berada.

(2) Pelindung, atau mana-mana pegawai yangdiberikuasa di bawah subseksyen (1), boleh menyiasatkeadaan dan hal keadaan kanak-kanak yang disebutkandalam subseksyen (1) dan, bagi maksud-maksud siasatanitu, Pelindung atau pegawai sedemikian bolehmenghendaki mana-mana orang menjawab apa-apasoalan yang difikirkannya patut ditanyakan dan orang ituadalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawabsoalan-soalan itu dengan benar sedaya upayanya.

Kuasa untukmenggeledahpremis.

34 RANG UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN IXPELBAGAI

38. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-manaPelindung atau pegawai polis boleh masuk danmenggeledah mana-mana premis bagi maksudmenentukan sama ada terdapat di situ mana-mana kanak-kanak yang memerlukan perlindungan atau sama adaapa-apa kesalahan di bawah Akta ini sedang, atau telah,dilakukan.

(2) Seseorang Pelindung atau pegawai polis tidakboleh masuk ke mana-mana premis dengan menggunakankekerasan melainkan jika dia telah terlebih dahulumemperolehi waran yang dikeluarkan oleh seorangMajistret.

(3) Seseorang Majistret boleh mengeluarkan warankepada seseorang Pelindung atau pegawai polis untukmasuk dengan menggunakan kekerasan jika perlu kemana-mana premis bagi maksud-maksud yang tersebutdi dalam subseksyen (1) jika Majistret itu berpuas hatiberdasarkan maklumat bersumpah bahawa terdapatalasan-alasan yang munasabah bagi mengesyakibahawa—

(a) ada di premis itu seorang kanak-kanak yangmemerlukan perlindungan; atau

(b) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sedang,atau telah, dilakukan,

dan bahawa premis itu hanya dapat dimasuki denganmenggunakan kekerasan.

(4) Walau apa pun subseksyen (2), jika seseorangPelindung atau pegawai polis mempunyai alasan-alasanyang munasabah bagi mempercayai bahawa tujuanpenggeledahan yang tersebut dalam subseksyen (1)mungkin akan terkecewa oleh sebab kelengahan dalammemperolehi waran di bawah subseksyen (2) dan (3), diaboleh, tanpa waran, masuk dengan menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu ke mana-mana premis yangtersebut dalam subseksyen (1).

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 35

(5) Mana-mana orang yang masuk ke mana-manapremis di bawah seksyen ini hendaklah—

(a) jika dikehendaki sedemikian, memmjukkanketerangan tentang identitinya; dan

(b) jika waran telah dikeluarkan di bawahsubseksyen (3)—

(i) menunjukkan waran itu atau salinan waranitu; dan

(ii) menggunakan hanya apa-apa kekerasanyang semunasabahnya perlu untuk masuk.

(6) Seseorang Pelindung atau pegawai polls boleh,semasa atau selepas apa-apa penggeledahan yangdisebutkan dalam subseksyen (1), menangkap ataumenyebabkan ditangkap mana-mana orang yangsemunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahanterhadap Akta ini, dan boleh menyita dan menahan apa-apa artikel, buku, dokumen atau akaun yang diamempunyai sebab untuk percaya ada hubungan denganapa-apa kesalahan terhadap Akta ini.

(7) Dalam menjalankan apa-apa penggeledahan dibawah seksyen ini seseorang Pelindung atau pegawaipolis mempunyai kuasa untuk mengemukakan soalan-soalan dan untuk memberikan apa-apa perintah atauarahan yang perlu kepada penghuni-penghuni mana-mana premis bagi maksud menjalankan penggeledahanitu.

(8) Penghuni-penghuni mana-mana premis yangsedang digeledah di bawah seksyen ini hendaklahmenjawab dengan benar segala soalan yang dikemukakankepada mereka oleh Pelindung atau pegawai polis, danhendaklah mematuhi apa-apa perintah atau arahan yangdiberikan olehnya yang menyentuh apa-apa perkara ataumana-mana orang yang ada kaitan dengan penggeledahanitu.

(9) Tiada seorang pun boleh, dengan kekerasan,sekatan, ugutan, dorongan atau cara-cara lainmenyebabkan mana-mana kanak-kanak yangmemerlukan perlindungan menyembunyikan dirinya didalam atau meninggalkan mana-mana premis yang

MenghalangPelindungatau pegawaipollsmeiaksanakanfungsi-fungsinya.

Memindahkanatau menolongkanak-kanaklepas laridaripadajagaan.

36 RANG UNDANG-UNDANG

sedang digeledah atau baru hendak digeledah olehseseorang Peiindung atau pegawai polls di bawahseksyen ini dengan niat supaya penggeledahan olehPeiindung atau pegawai polis itu akan dengan itu terelakatau terhalang.

39. Mana-mana orang yang—(a) menyerang, menghalang, menggendalakan atau

melengah-lengahkan mana-mana Peiindung ataupegawai polis masuk sedangkan dia berhakmasuk di bawah Akta ini, atau dalammeiaksanakan apa-apa kewajipan yangdikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Aktaini;

(b) enggan menjawab, sepanjang yang dia tahu danpercaya, apa-apa soalan yang dia terikat di sisiundang-undang untuk menjawabnya dan yangditanyakan kepadanya oleh mana-manaPeiindung atau pegawai polis atau mana-manaorang lain yang diberikuasa di bawah Akta ini;

(c) melanggar atau gagal mematuhi apa-apaperintah, arahan, saman atau waran yangdikeluarkan dengan sah atau apa-apa syarat yangdikenakan dengan sah oleh mana-manaPeiindung, pegawai polis atau Mahkamah dibawah Akta ini,

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabiladisabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tigabulan atau kedua-duanya.40. (1) Jika seseorang kanak-kanak diletakkan di suatutempat selamat atau dalam jagaan mana-mana orang dibawah Akta ini, maka mana-mana orang yang—

(a) memindahkan kanak-kanak itu dari tempatselamat atau daripada jagaan itu tanpa kebenaranyang sah;

(b) dengan disedari membantu atau mendorong,secara langsung atau secara tak langsung,seseorang kanak-kanak lepas lari dari tempatselamat atau daripada jagaan itu; atau

Perlindunganidentitikanak-kanak.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 37

(c) dengan disedarinya menyorokkan, menyem-bunyikan, atau menghalang daripada kembali ketempat selamat atau kepada jagaan itu, seseorangkanak-kanak yang sudah lepas lari sedemikian,atau dengan disedarinya membantu perbuatansedemikian,

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabiladisabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tigabulan atau kedua-duanya.

(2) Jika mana-mana kanak-kanak yang diletakkan disesuatu tempat selamat atau dalam jagaan mana-manaorang di bawah Akta ini dipindahkan, tanpa kebenaranyang sah, atau lepas lari, dari tempat selamat ataudaripada jagaan itu, kanak-kanak itu boleh diambilsemula oleh mana-mana Pelindung atau pegawai polisdan dikembalikan ke tempat selamat atau daripada jagaanitu.

41. (1) Tiada seorang pun boleh menyiarkan ataumenyebabkan disiarkan apa-apa bahan yangdimaksudkan untuk, atau yang mungkin akan,mengenalpasti—

(a) mana-mana kanak-kanak yang berkenaandengannya mana-mana kesalahan di bawahBahagian VI Akta ini atau di bawah Bab XVIKanun Keseksaan telah atau disyaki telahdilakukan; atau

(b) sesuatu alamat atau sekolah sebagai alamatatau sekolah kanak-kanak yang disebutkandalam perenggan (a).

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabiladisabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi duatahun atau kedua-duanya.

(3) Subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai bagimana-mana orang yang menyiarkan atau menyebabkan

Penalti am.

Kuasa untukmenangkaptanpa waran

N.M.B.Bab 6.

Tempat-tempatselamat.

38 RANG UNDANG-UNDANG

disiarkan apa-apa bahan yang dimaksudkan untuk, atauyang mungkin akan, mengenalpasti kanak-kanak yangdisebutkan dalam perenggan (1) (a) atau alamat atausekolah yang disebutkan dalam perenggan (1) (b) jikaorang itu—

(a) ialah Pelindung; atau(b) telah diminta, diarahkan atau diberikuasa oleh

seorang Pelindung menyiarkan ataumenyebabkan disiarkan bahan sedemikian.

(4) Bagi maksud-maksud seksyen ini—(a) "menyiarkan" termasuklah menyebarkan

melalui radio atau televisyen;(b) "bahan" termasuklah apa-apa gambar atau

rupaan.

42. Mana-mana orang yang melakukan sesuatukesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada hukumandiperuntukkan dengan nyata boleh didenda tidakmelebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

43. (1) Mana-mana pegawai polis boleh menangkaptanpa waran mana-mana orang yang dia semunasabahnyapercaya telah melakukan atau sedang melakukan suatukesalahan terhadap Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang ditangkap di bawahsubseksyen (1) hendaklah, selepas tangkapan itu,diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan olehKanun Prosedur Jenayah.

44. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalamWarta, mengisytiharkan mana-mana tempat atau institusisebagai suatu tempat selamat bagi maksud-maksud Aktaini.

(2) Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkanpenutupan mana-mana tempat selamat yang diwujudkandi bawah Akta ini.

KuasaMahkamahuntukmenentukandanmengisytihar-kan umurkanak-kanak.

Perlindunganbagi pemberimaklumat.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 39

(3) Ketua Pengarah boleh memerintahkanpemindahan kanak-kanak dari satu tempat selamat kesatu tempat selamat yang lain jika dan apabila perlu.

45. Jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta iniseseorang dikatakan seorang kanak-kanak, Mahkamah,selepas membuat apa-apa siasatan yang difikirkannyapatut tentang umur orang itu, boleh menentukan danmengisytiharkan umurnya, dan bagi maksud-maksudAkta ini umur yang diisytiharkan sedemikian olehMahkamah hendaklah disifatkan sebagai umur sebenarorang itu, melainkan jika dan sehingga dibuktikansebaliknya.

46. (1) Tiada seorang pun yang membuat apa-apapemberitahuan bahawa seseorang kanak-kanakmemerlukan perlindungan boleh menanggung apa-apaliabiliti kerana fitnah atau selainnya berkenaan denganpembuatan pemberitahuan itu.

(2) Pembuatan apa-apa pemberitahuan bahawaseseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan tidakboleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-manaMahkamah atau dari apa-apa segi lain, dikira menjadipelanggaran etiket atau etika profesional ataubercanggahan dengan standard-standard tingkah lakuprofesional yang diterima.

(3) Mana-mana orang yang hadir sebagai saksi dalammana-mana presiding di mana-mana Mahkamah atautribunal atau di hadapan seseorang yang diberikuasa olehundang-undang untuk mendengar keterangan—

(a) tidak boleh dipaksa untuk mendedahkan dantidak boleh mendedahkan identiti, atau apa-apamaklumat yang mungkin membawa kepadapendedahan identiti, mana-mana orang yangtelah membuat pemberitahuan bahawaseseorang kanak-kanak memerlukan per-lindungan; dan

(b) tidak boleh dipaksa untuk mengemukakan, dantidak boleh mengemukakan, apa-apa laporanatau dokumen yang mengenalpasti, atau yang

Perlindunganbagi KetuaPengarah,Pelindung-Pelindimgdan pegawai-pegawaipolis.

PerakuanPendaftarmenjadiketerangan.

40 RANG UNDANG-UNDANG

mungkin mengenalpasti, mana-mana orangyang telah membuat pemberitahuan bahawaseseorang kanak-kanak memerlukanperlindungan.

(4) Subseksyen (3) tidak terpakai jika sesuatupemberitahuan bahawa seseorang kanak-kanakmemerlukan perlindungan dikemukakan sebagaiketerangan, atau keterangan berkenaan denganpemberitahuan sedemikian diberikan, oleh orang yangmembuat pemberitahuan itu.

(5) Peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklahterpakai bagi pengamal perubatan berdaftar yangmembuat pemberitahuan di bawah subseksyen 19 (1)mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagiseseorang yang membuat pemberitahuan bahawaseseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan.

47. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa,dimulakan atau disenggarakan dalam mana-manaMahkamah terhadap—

(a) Ketua Pengarah;(b) mana-mana Pelindung;(c) mana-mana pegawai kebajikan masyarakat;(d) mana-mana pegawai polis; atau(e) mana-mana pegawai perubatan yang diberi kuasa

untuk mengambil seseorang kanak-kanak kedalam jagaan sementara di bawah subseksyen19 (3),

berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atauditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan sucihati dalam pelaksanaan atau apa yang berupa sebagaipelaksanaan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini.

48. Sesuatu perakuan yang berupa sebagai di bawahtandatangan Pendaftar tentang apa-apa catatan dalamDaftar, atau tentang apa-apa perkara atau benda, yangdia diberikuasa melakukannya atau membuatnya oleh

Kuasa untukmembuatperaturan-peraturan.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 41

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahAkta ini hendaklah menjadi keterangan prima faciebahawa catatan itu telah dilakukan atau dibuat, dantentang kandungan catatan itu, dan bahawa perkara ataubenda itu telah dilakukan atau dibuat.

49. Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yangdidapatinya perlu atau suaimanfaat bagi melaksanakanperuntukan-peruntukan Akta ini dan khususnya, tetapitanpa menjejaskan keluasan peruntukan-peruntukan yangterdahulu, peraturan-peraturan sedemikian boleh—

(a) membuat peruntukan bagi pemeliharaan,penyenggaraan dan pendidikan kanak-kanak—

(i) yang diletakkan dalam jagaan atau dibawah pemeliharaan atau kawalan; atau

(ii) yang diambil ke dalam pemeliharaan,jagaan atau kawalan,

mana-mana orang di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini, dan kewajipan-kewajipanorang sedemikian;

(b) membuat peruntukan bagi kawalan,pemeliharaan, penahanan, ketakhadiransementara, penyenggaraan dan pendidikankanak-kanak di tempat-tempat selamat;

(c) mengawalselia pengurusan, lawatan danpemeriksaan tempat-tempat selamat;

(d) menghendaki orang yang bertanggungjawabbagi sesuatu tempat selamat mengemukakan,kepada Ketua Pengarah, penyata-penyatalaporan-laporan dan maklumat berkenaandengan kanak-kanak yang diletakkan di situ;

(e) mengawalselia prosedur penerimaan masuk keatau pelepasan dari sesuatu tempat selamat;

(f) menetapkan butir-butir, fotograf-fotograf ataucara-cara pengenalan yang lain, yang hendaklahdiberikan berhubungan dengan seseorang kanak-kanak yang memerlukan perlindungan;

Pindaanberbangkitdanpemansuhan,Akta 90.

Akta 232.

42 RANG UNDANG-UNDANG

(g) menetapkan bentuk bagi perintah-perintah,waran-waran, saman-saman dan bon-bon;

(h) menetapkan rekod-rekod yang dikehendakidisimpan berkenaan dengan seseorang kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan cararekod-rekod itu hendaklah disimpan;

(i) menghendaki pemberian maklumat tentangpertukaran-pertukaran alamat tiap-tiap kanak-kanak yang memerlukan perlindungan danorang-orang yang mempunyai jagaan kanak-kanak itu, dan pemindahan rekod-rekod dandaftar-daftar dalam kes-kes sedemikian;

(j) mengawalselia prosedur-prosedur dan amalanPasukan-Pasukan Perlindungan Kanak-kanak;

(k) menjadikan pelanggaran atau kegagalanmematuhi mana-mana peraturan yang dibuat dibawah Akta ini suatu kesalahan dan bolehmenetapkan denda tidak melebihi lima riburinggit atau pemenjaraan selama tempoh tidakmelebihi dua tahun bagi kesalahan sedemikian.

50. (1) Akta Mahkamah Juvana 1947 adalah dipinda—

(a) dengan memotong seksyen 35 dan 36;

(b) dalam seksyen 3?A—(i) dengan memotong perkataan-perkataan

"36 atau" yang terdapat selepas perkataan-perkataan "membuat suatu perintah dibawah seksyen";

(ii) dengan menggantikan perkataan-perkataan"tertakluk kepada seksyen 36 dan 37,mengikut mana yang berkenaan" denganperkataan-perkataan "tertakluk kepadaseksyen 37".

(2) Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1947 adalahdimansuhkan.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 43

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan membuat peruntukan-peruntukan yang lebih baik bagi pemeliharaan dan perlindungankanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

2. Bahagian I mengandungi perkara-perkara permulaan danmenyatakan takrif istilah-istilah tertentu yang digunakan dalamRang Undang-Undang ini.

Istilah "kanak-kanak" ditakrifkan, dalam fasal 2, dengan ertiseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun. Subfasal2 (2) menyatakan hal-hal keadaan yang mesti wujud berhubungandengan seseorang kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu bolehdigolongkan sebagai "kanak-kanak yang memerlukanperlindungan".

3. Bahagian II memperkatakan perlantikan Pelindung-Pelindungdan Pendaftar Kanak-kanak yang Memerlukan Perlindungan sertajuga penyimpanan dan penyenggaraan Daftar Kanak-kanak yangMemerlukan Perlindungan.

Fasal 3 memberi Menteri kuasa untuk melantik Pelindung-Pelindung.

Fasal 4 memberi Menteri kuasa untuk melantik Pendaftar Kanak-kanak yang Memerlukan Perlindungan yang, di bawah peruntukan-peruntukan fasal 5, mempunyai kewajipan untuk menyimpan danmenyenggarakan suatu Daftar Kanak-kanak yang MemerlukanPerlindungan. Daftar ini hendaklah mengandungi butir-butir tentangtiap-tiap kes dan kes disyaki kanak-kanak yang memerlukanperlindungan.

Di bawah fasal 7 butir-butir dalam Daftar boleh diberikan hanyakepada Mahkamah dan kepada orang-orang tertentu bagi maksud-maksud tertentu sahaja. Fasal 8 menjadikannya suatu kesalahan jikabutir-butir itu diberikan kepada orang-orang lain.

4. Bahagian III mengadakan peruntukan bagi penubuhan MajlisPenyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak dan Pasukan-PasukanPerlindungan Kanak-kanak.

Fasal 9, 10 dan 11 masing-masingnya memperkatakanpenubuhan Majlis, keanggotaan Majlis dan persidangan danperjalanan presiding Majlis.

Fasal 12 bertujuan menghendaki Majlis menubuhkan Pasukan-Pasukan Perlindungan Kanak-kanak di seluruh negara bagi maksudmenyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepadakeluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak adalah ataudisyaki memerlukan perlindungan.

44 RANG UNDANG-UNDANG

5. Bahagian IV memperkatakan jagaan sementara kanak-kanakyang memerlukan perlindungan serta pemeriksaan dan rawatanperubatan kanak-kanak itu.

Fasal 13 memberi Pelindung atau pegawai polis kuasa untukmengambil ke dalam jagaan mana-mana kanak-kanak yangdipercayainya memerlukan perlindungan. Kanak-kanak sedemikianmestilah diletakkan di tempat selamat sehingga dia boleh dibawa kehadapan Mahkamah Juvana.

Fasal 14 memberi Pelindung atau pegawai polis kuasa untukmengemukakan seseorang kanak-kanak yang memerlukanperlindungan ke hadapan pegawai perubatan jika Pelindung ataupegawai polis itu berpendapat bahawa kanak-kanak itu memerlukanpemeriksaan atau rawatan perubatan.

Fasal 15 memperkatakan pemeriksaan dan rawatan perubatankanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan yang dibawa kehadapan pegawai perubatan di bawah fasal 14.

Fasal 16 membolehkan seseorang Pelindung atau pegawai polismembenarkan rawatan kanak-kanak yang memerlukanperlindungan. Jika seseorang kanak-kanak menderita sakit yangserius atau memerlukan pembedahan atau rawatan psikiatri, seorangPelindung atau pegawai polis mestilah berusaha untuk memberitahudan berunding dengan penjaga kanak-kanak itu dan kebenaran bolehdiberikan dengan keizinan penjaga itu. Bagaimanapun, jika keizinanitu tidak dapat diperolehi atau jika terdapat risiko hampir kepadakesihatan kanak-kanak itu, Pelindung boleh membenarkan apa-aparawatan yang difikirkan perlu oleh pegawai perubatan.

Fasal 17 bertujuan menjadikan Pelindung atau pegawai polisyang membenarkan pemeriksaan atau rawatan perubatan seseorangkanak-kanak di bawah fasal 15 atau 16 atau pegawai perubatan yangmemeriksa atau merawat kanak-kanak itu tidak bertanggungan disisi undang-undang hanya oleh sebab kanak-kanak itu diperiksa ataudirawat di bawah fasal itu.

Fasal 18 bertujuan memberi Ketua Pengarah kawalan ke atassemua kanak-kanak yang memerlukan perl indungan yangdimasukkan ke hospital dan mengenakan kewajipan ke atasnyauntuk menyenggarakan kanak-kanak itu sepanjang masa mereka dihospital.

Fasal 19 bertujuan menghendaki tiap-tiap pengamal perubatanmemberitahu Pelindung jika dia percaya atas alasan-alasanmunasabah bahawa kanak-kanak yang sedang dirawatnya telahtercedera dari segi fizikal atau emosi akibat dianiayai atau diabaikan.Kegagalan berbuat demikian ialah suatu kesalahan. la juga bertujuanmemberi pengamal perubatan itu, jika dia pegawai perubatan, kuasauntuk mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementarasehingga masa kanak-kanak itu boleh diserahkan kepada Pelindung.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 45

Fasal 20 membuat peruntukan supaya langkah-langkah tertentudiambil berhubungan dengan kanak-kanak yang memerlukanperlindungan, jika mereka diambil ke dalam jagaan sementara dankemudiannya menjalani pemeriksaan atau rawatan perubatan,apabila permeriksaan atau rawatan perubatan itu selesai.

6. Bahagian V memperkatakan prosedur mahkamah.Fasal 21 bertujuan menghendaki supaya tiap-tiap kanak-kanak

yang diambil ke dalam jagaan sementara di bawah fasal 13dikemukakan ke hadapan Mahkamah Juvana.

Fasal 22 bertujuan memberi Mahkamah Juvana kuasa, jika iaberpuas hati bahawa kanak-kanak itu ialah seorang kanak-kanakyang memerlukan perlindungan, membuat mana-mana perintah yangdisenaraikan dalam fasal itu. Bagaimanapun, jika ia tidak dapatmemutuskan sama ada apa-apa perintah patut dibuat atau perintahapakah yang patut dibuat, ia boleh membuat suatu perintahsementara meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat.Perintah sedemikian tidak boleh melebihi dua bulan pada satu-satumasa. Dalam memutuskan perintah apakah yang hendak dibuat,Mahkamah Juvana itu dikehendaki memberikan pertimbangan utamakepada kebajikan kanak-kanak itu.

Fasal 23 bertujuan memberi Mahkamah kuasa untuk membuatperintah yang menghendaki ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanakitu membuat apa-apa sumbangan bulanan yang difikirkan patut olehMahkamah itu, setelah mempertimbangkan kemampuan ibu ataubapa atau penjaga itu.

Fasal 24 bertujuan membolehkan Mahkamah mengubah, ataumembatalkan apa-apa peiintah yang dibuat olehnya berkenaandengan seseorang kanak-kanak jika suatu permohonan dibuat olehPelindung atau orang yang menjaga suatu tempat selamat atau ibuatau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dan jika ia berpuas hatibahawa hal keadaan yang di bawahnya perintah itu dibuat telahberubah.

Fasal 25 memperkatakan kuasa-kuasa, hak-hak dantanggungjawab-tanggungjawab seseorang yang dalam jagaannyaseseorang kanak-kanak telah diletakkan oleh Mahkamah Juvana.

7. Bahagian VI memperkatakan kesalahan-kesalahan yangberhubungan dengan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak.

Fasal 26 bertujuan menjadikannya suatu kesalahan jika seseorangyang memelihara seseorang kanak-kanak menganiayai,mengabaikan, meninggalkan atau mendedahkan kanak-kanak itudengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaanfizikal atau emosi.

Fasal 27 bertujuan menjadikannya suatu kesalahan jika mana-mana orang yang memelihara seseorang kanak-kanak menyebabkankanak-kanak itu mengemis di mana-mana jalan, premis atau tempat.

46 RANG UNDANG-UNDANG

Fasal 28 bertujuan menjadikannya suatu kesalahan jika ibu ataubapa atau penjaga, atau seseorang yang memelihara, seseorangkanak-kanak meninggalkannya tanpa mengadakan persediaan yangberpatutan bagi pengawasan dan pemeliharaannya.

8. Bahagian VII bertujuan membuat peruntukan-peruntukan bagipemberian pemberitahuan kepada seorang Pelindung jika seseorangkanak-kanak diambil ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalanseseorang selain daripada, antara lain, ibu atau bapa, penjaga ataukeluarga terdekatnya.

Di bawah/asa/ 30 Pelindung boleh, selepas apa-apa siasatan yangdifikirkannya perlu dan jika difikirkannya suaimanfaat demikepentingan kanak-kanak itu, memerintahkan supaya kanak-kanakitu dipulangkan kepada jagaan ibu atau bapa atau penjaganya,mengikut mana-mana yang berkenaan.

Fasal 31 bertujuan menghendaki seseorang yang telah mengambilseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan ataukawalannya membuat laporan kepada seorang Pelindung jika diabercadang untuk memulangkan kanak-kanak itu kepada ibu ataubapa atau penjaga kanak-kanak itu atau jika kanak-kanak itu, tanpapengetahuan atau keizinannya, telah meninggalkan pemeliharaan,jagaan atau kawalannya.

Fasal 32 bertujuan memberi seseorang Pelindung kuasa, jika diapercaya bahawa mana-mana orang telah mengambil mana-manakanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya tetapitidak, dalam masa satu minggu selepas pengambilan itu, membuatapa-apa pemberitahuan kepada seorang Pelindung, menghendakiorang itu hadir di hadapannya dan mengemukakan kanak-kanak itu.

9. Bahagian VIII memperkatakan kesalahan memperdagangkankanak-kanak.

Fasal 33 bertujuan menjadikannya suatu kesalahan jika mana-mana orang mengambil bahagian dalam apa-apa transaksi yangtujuannya, atau salah satu daripada tujuannya, ialah untukmemindahkan atau memberikan milikan, jagaan atau kawalanseorang kanak-kanak bagi apa-apa balasan berharga.

Fasal 34 bertujuan menjadikannya suatu kesalahan jika mana-mana orang membawa atau membantu dalam membawa seseorangkanak-kanak ke dalam Malaysia di bawah dakwaan atau nyataanpalsu atau melalui apa-apa cara fraud atau perdayaan.

Penalti yang dicadangkan bagi kesalahan-kesalahan yangdisebutkan di atas ialah denda yang tidak lebih daripada sepuluhribu ringgit dan pemenjaraan yang tempohnya boleh sampai limatahun atau kedua-duanya.

10. Bahagian IX memperkatakan perkara-perkara pelbagai.

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 47

Fasal 38 memberi Pelindung kuasa untuk masuk dan menggeledahmana-mana premis bagi maksud menentukan sama ada di premis ituada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan atau sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan ini sedang atau telahdilakukan.

Fasal 39 bertujuan menjadikannya suatu kesalahan jika mana-mana orang menghalang seseorang Pelindung atau pegawai polisdalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasayang diberikan kepadanya. enggan menjawab, sepanjangpengetahuan atau kepercayaannya, apa-apa soalan yang dia terikatdi sisi undang-undang untuk menjawabnya, atau gagal mematuhiapa-apa perintah, arahan, saman atau waran yang dikeluarkandengan sah oleh seorang Pelindung, pegawai polis atau Mahkamah.

Fasal 40 bertujuan menjadikannya suatu kesalahan jika mana-mana orang memindahkan, atau membantu mana-mana kanak-kanaklepas lari, daripada jagaan yang sah. la juga bertujuan memberiPelindung atau pegawai polis kuasa untuk mengambil semula kanak-kanak itu dan mengembalikannya ke dalam jagaan sah itu.

Fasal 41 bertujuan menjadikannya suatu kesalahan jika mana-mana orang menyiarkan bahan yang mungkin akan mengenalpastimana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya suatukesalahan di bawah Rang Undang-Undang ini atau Bab XVI KanunKeseksaan telah atau disyaki telah dilakukan.

Fasal 42 bertujuan mengadakan peruntukan bagi penalti am,sementarafasal 43 memberi mana-mana pegawai polis kuasa untukmenangkap tanpa waran mana-mana orang yang diasemunasabahnya percaya telah melakukan suatu kesalahan terhadapAkta yang dicadangkan ini.

Fasal 44 bertujuan memberi Menteri kuasa untuk mengisytiharkanmana-mana tempat atau institusi sebagai suatu tempat selamat.

Fasal 45 bertujuan membenarkan Mahkamah, selepas apa-apasiasatan yang difikirkan patut, mengisytiharkan umur seseorangyang dikatakan ialah seorang kanak-kanak.

Fasal 46 bertujuan memastikan bahawa identiti pemberi-pemberimaklumat tidak didedahkan dalam mana-mana presiding di mana-mana Mahkamah atau tribunal atau di hadapan mana-mana orangyang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mendengar keterangan.

Fasal 47 mengandungi peruntukan-peruntukan tanggung rugibagi Ketua Pengarah dan mana-mana Pelindung, pegawai kebajikanmasyarakat dan pegawai polis. la juga mengandungi peruntukan-peruntukan tanggung rugi bagi pegawai perubatan yang mengambilseseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawahsubfasal 19 (3).

48 RANG UNDANG-UNDANG

Fasal 49 bertujuan memberi Menteri kuasa untuk membuatperaturan-peraturan.

Fasal 50 bertujuan memansuhkan seksyen 35 dan 36 AktaMahkamah Juvana 1947 dan keseluruhan Akta Kanak-Kanak danOrang Muda 1947 memandangkan bahawa peruntukan-peruntukanyang terkandung dalam seksyen-seksyen dan Akta yang hendakdimansuhkan itu telah, dengan beberapa ubahsuaian, dimasukkan kedalam Rang Undang-Undang ini.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalamperbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapatditentukan sekarang ini. [PN. (U2) 1387.]