Author
dokhue
View
238
Download
0
Embed Size (px)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGITAHUN TIGA
2012
DRAF
3
Cetakan Pertama 2012 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2012
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain cara sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62604 Putrajaya.
DRAF220212
KANDUNGAN
Rukun Negara viii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ix
Pengenalan 1
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2
Modul Teras Tema: Dunia Sains Dan Teknologi 2
Matlamat 2
Fokus 2
Dokumen Standard DST 3
Pelaksanaan DST 4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM SAINS
Pendahuluan 7
Matlamat dan Objektif 7
Kemahiran Saintifik 8
Kemahiran Berfikir 9
Sikap Saintifik dan Nilai Murni 14
DRAF220212
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 15
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains 15
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains 16
Penilaian 18
Organisasi Standard Kurikulum Sains 19
Pengenalan kepada Sains Kemahiran Saintifik
Sains Hayat Manusia
21
22 Haiwan 23 Tumbuhan 24
Sains Fizikal Magnet 25
Sains Bahan Penyerapan
Bumi dan Sains Angkasa Tanah
Teknologi dan Kehidupan Lestari Asas Teknologi
26
27
28
DRAF220212
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Standard Kurikulum TMK Untuk Sekolah Rendah 31
Matlamat 31
Objektif 31
Fokus 31
Perancangan Kandungan 32
Kandungan Standard Kurikulum TMK 33
Prinsip Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran 34
Strategi TMK dalam Kurikulum 35
Integrasi TMK dalam Kurikulum 36
TMK sebagai Mata Pelajaran 36
Perkakasan dan Perisian 36
Penggunaan TMK dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 37
Pengintegrasian TMK dalam Tunjang KSSR 39
Pentaksiran 40
DRAF220212
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 42
Kurikulum Standard TMK Untuk Sekolah Rendah Tahap I: Tahun 3 44
Bagaimana Menggunakan Standard TMK Ini? 48
Contoh Mengaplikasikan Kreativiti Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 53
Contoh Modul Pengajaran TMK Merentas Kurikulum Tahun 1 57
Lampiran 1: Modul Pengajaran: TMK Merentas Modul Teras Tema: Sains 59
Contoh Modul Pengajaran TMK Merentas Kurikulum Tahun 2 61
Lampiran 2: Modul Pengajaran: Dunia Sains dan Teknologi: TMK 63
Contoh Modul Pengajaran TMK Dalam Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3 65
Lampiran 3: Modul Pengajaran: Dunia Sains dan Teknologi: TMK 67
Contoh Penggunaan Kaedah Pentaksiran 69
Lampiran 4: Contoh Penggunaan Kaedah Rubrik Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi 71
Lampiran 5: Contoh Penggunaan Senarai Semak dalam Kaedah Pemerhatian 73
Lampiran 6: Contoh Penggunaan Senarai Semak dalam Pentaksiran Persembahan 74
Lampiran 7: Contoh Penggunaan Anekdot dalam Penilaian Formatif 75
Lampiran 8: Contoh Soalan Kuiz Dan Ujian 76
DRAF220212
Lampiran 9: Contoh Penggunaan Rubrik dalam Pentaksiran Portfolio 78
Lampiran 10: Contoh-contoh Simulasi 79
Lampiran 11: Contoh Penggunaan Senarai Semak dalam Pentaksiran Simulasi 80
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iii
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
ix
1
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Prasekolah: Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.
Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah: Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan Diri
Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR
DRAF220212
2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.
Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan
Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
MODUL TERAS TEMA: DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I. Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran
berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (p&p) lebih menarik. Ini juga untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di Tahap I.
MATLAMAT
Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/ psikomotor dan kemahiran TMK.
FOKUS
Fokus tema Dunia Sains dan Teknologi di Tahap I adalah:
Menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nil