21
DSP Sejarah Tingkatan 1 15 Mac 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1 · Mengamalkan unsur patriotisme (UP) B3D2E1 Menerangkan ciri masyarakat Zaman Prasejarah B3D2E2 Menerangkan pentadbiran kerajaan awal

  • Upload
    dodung

  • View
    243

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH

TINGKATAN 1

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

3

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan

untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai

perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

4

TAFSIRAN o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan

individu. o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan

gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan

menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang

dapat ditaksir dan dicapai. o Evidens : Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai

berdasarkan deskriptor. Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan

dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

5

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD

1 Tahu

2 Tahu dan Faham

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

6

TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHU Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

7

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid: OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan

sepanjang hayat serta mampu berdikari. OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan

negara dan mempertahankan maruah bangsa. OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negaOM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat

antarabangsa. OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni. OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

8

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .

4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.

5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

9

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

TAHU

B1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

B1D1 Mengetahui kemahiran sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan kita B1D2 Mengetahui Zaman Prasejarah kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

B1D1E1 Menyatakan pengertian sejarah B1D1E2 Menyatakan istilah / konsep masa dalam sejarah (KPS) B1D1E3 Menyenaraikan tujuan belajar sejarah (UP) B1D2E1 Menyatakan tahap Zaman Prasejarah secara kronologi (KPS) B1D2E2 Menyatakan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara B1D2E3 Menyatakan asal-usul nama Melaka B1D2E4 Menyenaraikan tokoh pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP) B1D2E5 Menyatakan kuasa Barat yang menguasai Melaka

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

10

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B1D3 Mengetahui Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

B1D3E1 Menyatakan pengasasan kerajaan Johor B1D3E2 Menyenaraikan tokoh dalam kerajaan Johor (UP) B1D3E3 Menyatakan kegemilangan kerajaan Johor B1D3E4 Menamakan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru B1D3E5 Melabel lokasi kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru dalam peta Semenanjung Malaysia. (KPS) B1D3E6 Menyatakan kesenian rakyat masyarakat Melayu tradisional (UP) B1D3E7 Menyenaraikan kumpulan etnik di Sarawak B1D3E8 Menyenaraikan kumpulan etnik di Sabah

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

11

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

TAHU DAN FAHAM

B2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

B2D1 Memahami kemahiran sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan kita B2D2 Memahami Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

B2D1E1 Menjelaskan ciri-ciri sejarah B2D1E2 Menjelaskan sumber-sumber sejarah (KPS) B2D1E3 Menjelaskan kaedah pengkajian sejarah B2D1E4 Menjelaskan istilah / konsep masa dalam sejarah (KPS) B2D2E1 Menjelaskan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah (KPS) B2D2E2 Menjelaskan kegiatan ekonomi kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara B2D2E3 Menjelaskan asal-usul nama Melaka B2D2E4 Menjelaskan peranan Parameswara dan Tun Perak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP) B2D2E5 Menjelaskan struktur pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

12

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2D3 Memahami Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

B2D2E6 Menjelaskan faktor kemajuan perdagangan di Melaka B2D2E7 Menjelaskan bentuk hubungan luar Melaka B2D2E8 Menjelaskan cara kedatangan Islam ke Melaka B2D2E9 Menjelaskan peranan istana sebagai pusat intelektual B2D2E10 Menjelaskan cara perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka B2D2E11 Menjelaskan faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka B2D3E1 Menjelaskan pengasasan kerajaan Johor B2D3E2 Menjelaskan faktor kegemilangan kerajaan Johor (UP) B2D3E3 Menjelaskan tokoh dalam kesultanan Johor (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

13

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2D3E4 Menjelaskan latar belakang kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru B2D3E5 Menjelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Negeri-negeri Melayu B2D3E6 Menjelaskan sistem perundangan tidak bertulis kerajaan Melayu B2D3E7 Menjelaskan kegiatan ekonomi sara diri di Negeri-negeri Melayu B2D3E8 Menjelaskan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional B2D3E9 Menjelaskan latar belakang sejarah Sarawak B2D3E10 Menjelaskan latar belakang sejarah Sabah B2D3E11 Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik di Sarawak (UP) B2D3E12 Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik di Sabah (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

14

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

BUAT

B3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme

B3D1 Mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah negara B3D2 Menerangkan Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

B3D1E1 Memberi contoh peristiwa penting dalam sejarah negara (KPS, UP) B3D1E2 Menggunakan sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS) B3D1E3 Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS) B3D1E4 Mengaplikasikan istilah / konsep masa dalam sejarah (KPS) B3D1E5 Memberi contoh kejayaan negara yang menjadi kebanggaan kita (UP) B3D1E6 Mengamalkan unsur patriotisme (UP) B3D2E1 Menerangkan ciri masyarakat Zaman Prasejarah B3D2E2 Menerangkan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

15

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D3 Menerangkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

B3D2E3 Menerangkan peranan pembesar dalam pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan B3D2E4 Menerangkan faktor kemajuan perdagangan di Melaka B3D2E5 Menerangkan kepentingan hubungan luar Melaka B3D2E6 Menerangkan kesan perkembangan Islam di Melaka B3D2E7 Menerangkan peranan istana sebagai pusat intelektual B3D2E8 Melakar dan melorek kawasan jajahan empayar Melaka (KPS) B3D2E9 Menerangkan ciri kepimpinan yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (UP) B3D2E10 Menerangkan faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka B3D3E1 Menerangkan faktor kegemilangan kerajaan Johor

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

16

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D3E2 Menerangkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (UP) B3D3E3 Menerangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Negeri-negeri Melayu B3D3E4 Menerangkan sistem perundangan kerajaan Melayu B3D3E5 Menerangkan kegiatan ekonomi tradisional di negeri-negeri Melayu B3D3E6 Menerangkan sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional (UP) B3D3E7 Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan etnik di Sarawak (UP) B3D3E8 Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan etnik di Sabah (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

17

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

BUAT DENGAN

BERADAB

B4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan.

B4D1 Mahir mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah negara B4D2 Menghuraikan perkembangan Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

B4D1E1 Mengelas sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS) B4D1E2 Menggunakan sumber sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS) B4D1E3 Mengelaskan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS) B4D1E4 Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS) B4D1E5 Mengaplikasikan istilah / konsep masa dalam sejarah dengan mahir (KPS) B4D1E6 Selalu mengamalkan unsur patriotisme (UP) B4D2E1 Membandingkan ciri masyarakat Zaman Prasejarah (KPS) B4D2E2 Membandingkan ciri kerajaan Maritim dengan Agraria (KPS)

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

18

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D3 Menganalisis Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

B4D2E3 Membandingkan peranan pembesar berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B4D2E4 Menganalisis sumbangan sultan yang memerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP) B4D2E5 Menghurai peranan Melaka dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara B4D2E6 Menganalisis kesan perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B4D2E7 Menganalisis ciri kepimpinan yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP) B4D2E8 Menganalisis sebab kejatuhan Melaka pada kurun ke-16 (KPS) B4D3E1 Menganalisis kegemilangan kerajaan Johor dalam menegakkan kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka (KPS)

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

19

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D3E2 Menganalisis persaingan Johor, Acheh dan Portugis (KPS) B4D3E3 Menganalisis faktor kemerosotan kerajaan Johor (KPS) B4D3E4 Membandingkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS,UP) B4D3E5 Membandingkan sistem pentadbiran Negeri Sembilan dengan negeri Melayu yang lain (KPS) B4D3E6 Membandingkan sistem perundangan bertulis dan tidak bertulis (KPS) B4D3E7 Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sarawak (KPS, UP) B4D3E8 Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sabah (KPS)

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

20

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

BUAT DENGAN

BERADAB TERPUJI

B5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah

B5D1 Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar

B5D1E1 Menilai kegemilangan perdagangan antarabangsa Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B5D1E2 Menilai hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B5D1E3 Menghubungkait perkembangan intelektual Kesultanan Melayu Melaka dengan negara luar (KPS) B5D1E4 Menilai pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka sebagai kerajaan terulung di Kepulauan Melayu (KPS,UP) B5D1E5 Menilai ketokohan pemimpin Kesultanan Melayu Melaka yang mendapat pengiktirafan negara luar (KPS,UP) B5D1E6 Menilai tindakan pemimpin Johor dalam menghadapi cabaran kuasa luar (KPS, UP) B5D1E7 Menilai hubungan luar kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS) B5D1E8 Sentiasa mengamalkan unsur patriotisme B5D1E9 Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1  15 Mac 2012

21

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

BUAT DENGAN

BERADAB MITHALI

B6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

B6D1 Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab

B6D1E1 Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP) B6D1E2 Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP):

Berbangga sebagai rakyat Malaysia Bersemangat setia negara Bersemangat kekitaan Berdisiplin Berusaha dan produktif

Nota : KPS - Kemahiran Pemikiran Sejarah UP - Unsur Patriotisme