9
PUBLISITI AWAL Penyediaan Draf Rancangan Tempatan Putrajaya Presint 5, 6 & 20 NOTA PENERANGAN

DOKUMEN INI ADALAH HAKMILIK … Nota... · Web viewKajian infrastruktur dan utiliti akan merangkumi perancangan dari segi permintaan dan penawaran kemudahan seperti bekalan air, bekalan

  • Upload
    vandien

  • View
    266

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

PUBLISITI AWAL Penyediaan Draf Rancangan

Tempatan Putrajaya Presint 5, 6 & 20

NOTA PENERANGAN

PENGENALAN

Perbadanan Putrajaya akan menjalankan kajian Draf Rancangan Tempatan yang akan meliputi Presint 5, 6 & 20, Putrajaya. Rancangan Tempatan merupakan suatu peta dan penyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk pemajuan dan penggunaan tanah di dalam kawasannya.

Tujuan penyediaan nota penerangan ini adalah untuk memaklumkan kepada pihak awam bagi memberi pandangan/ maklum balas mengenai matlamat, objektif dan perkara-perkara yang akan terkandung di dalam Draf Rancangan Tempatan Putrajaya Presint 5, 6 & 20.

Draf Rancangan Tempatan ini meliputi kawasan di bahagian selatan Putrajaya seluas 1,849 ekar (748 hektar). Draf Rancangan Tempatan disediakan bagi memandu pembangunan dan menyediakan cadangan terperinci berdasarkan strategi dan dasar Pelan Induk Putrajaya serta Rancangan Struktur Putrajaya dan Sebahagian Daerah Sepang.

PERUNTUKAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976 (AKTA 172)

Rancangan Struktur Putrajaya dan Sebahagian Daerah Sepang telah disiapkan dan diterima pakai pada 1 November 1995. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta172) Seksyen 12(2) telah memperuntukkan jika suatu rancangan struktur telah berkuatkuasa, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan hendaklah menyediakan rancangan tempatan bagi kawasannya. Justeru itu, Perbadanan Putrajaya akan menyediakan Draf Rancangan Tempatan Putrajaya Presint 5, 6 & 20.

Selain itu mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta172) Seksyen 12(A), sebelum memulakan penyediaan sesuatu rancangan tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) hendaklah mengambil langkah bagi memastikan orang yang dijangka ingin membuat representasi kepada PBPT berkenaan dengan matlamat, objektif dan perkara-perkara yang akan terkandung dalam Draf Rancangan Tempatan dimaklumkan tentang hak mereka dan diberi peluang untuk berbuat demikian.

1

MATLAMAT PEMBANGUNAN

Selaras dengan peranan Putrajaya selaku Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, maka matlamat pembangunan kawasan kajian ini ialah untuk menjadikan Presint 5, 6 & 20 sebagai kawasan pembangunan dan perbandaran sokongan kepada Pusat Bandar Putrajaya. Ianya akan dilengkapi dengan kediaman, komersial, kemudahan sukan, kompleks persidangan, kemudahan masyarakat dan taman awam.

OBJEKTIF PENYEDIAAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Objektif penyediaan Draf Rancangan Tempatan Putrajaya Presint 5, 6 & 20 adalah :

a. Untuk memandu pembangunan dan menyediakan cadangan secara lebih terperinci berdasarkan strategi dan dasar Pelan Induk Putrajaya serta dasar Rancangan Struktur Putrajaya dan Sebahagian Daerah Sepang.

b. Untuk menyediakan satu rancangan pemajuan yang mempunyai keteguhan undang-undang bagi memastikan proses kawalan pembangunan dibuat selaras dengan keperluan perundangan dan prinsip perancangan yang baik.

c. Untuk memberi peluang kepada pihak awam untuk turut serta dalam proses perancangan melalui tindakan Seranta dan Penyertaan Awam.

KANDUNGAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Draf Rancangan Tempatan Putrajaya Presint 5, 6 & 20 akan merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a. Matlamat dan Objektif Draf Rancangan Tempatan

b. Konsep dan Strategi Pembangunan

c. Komponen pembangunan utama yang merangkumi perkara- perkara seperti berikut :

2

PerumahanKajian perumahan akan melibatkan perancangan permintaan dan penawaran bekalan perumahan pelbagai jenis yang merangkumi rumah banglo, berkembar, teres, apartmen dan kondominium.

Kemudahan MasyarakatKajian kemudahan awam melibatkan perancangan dari segi sistem kemudahan, taburan, keupayaan, permintaan dan penawaran yang merangkumi kemudahan keagamaan, pendidikan, pusat rekreasi, balai bomba, balai polis dan perkhidmatan komuniti.

Komersial Kajian komersial akan melibatkan perancangan dari segi taburan, nisbah plot, saiz ruang lantai, permintaan dan penawaran ruang komersial mengikut keperluan.

Industri PerkhidmatanKajian industri perkhidmatan akan melibatkan perancangan dari segi taburan, nisbah plot, saiz ruang lantai, permintaan dan penawaran ruang ini mengikut keperluan.

Landskap, Kawasan Lapang dan RekreasiKajian landskap, kawasan lapang dan rekreasi akan melibatkan perancangan dari segi keperluan mengikut taburan penduduk dan keperluan aktiviti guna tanah.

Pengangkutan Dan LalulintasKajian pengangkutan dan lalulintas akan merangkumi perancangan dari segi sistem sirkulasi, hirarki jalan, rangkaian jalan, persimpangan dan tempat meletak kenderaan mengikut keperluan.

Infrastruktur Dan Utiliti

Kajian infrastruktur dan utiliti akan merangkumi perancangan dari segi permintaan dan penawaran kemudahan seperti bekalan air, bekalan elektrik, telekomunikasi, perparitan dan saliran, pengairan, bekalan gas dan sisa pepejal mengikut keperluan.

Kegunaan Kerajaan Kajian kegunaan kerajaan akan melibatkan perancangan ruang lantai pejabat dan plot ratio mengikut keperluan.

Reka Bentuk BandarKajian reka bentuk bandar akan melibatkan perancangan mengenai reka bentuk bangunan, nisbah plot, ketinggian bangunan dan fasad bangunan.

Alam SekitarKajian alam sekitar akan melibatkan perancangan dan pengawalan pencemaran seperti pencemaran kualiti air, udara dan bunyi.

3

Pelan Kawasan Kajian

4

Sempadan Kawasan Kajian

Pre 4

Pre 5

Pre 20

Pre 6

Pre 3

PROSES PENYEDIAAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN PUTRAJAYA PRESINT 5, 6 & 20

5

APAKAH PERANAN ANDA ?

Anda sebagai penduduk atau mana-mana individu dan pertubuhan berhak melibatkan diri dalam perancangan masa depan Presint 5, 6 & 20, Putrajaya.

Caranya dengan mengemukakan pandangan anda berkenaan matlamat, objektif dan perkara-perkara yang akan terkandung di dalam Draf Rancangan Tempatan dengan mengisi Borang Maklum Balas Awam yang disediakan dan mengembalikannya kepada alamat seperti berikut :

PRESIDENPERBADANAN PUTARJAYA,

KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, 24, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 3,

62675, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.(U/P : JABATAN PERANCANGAN BANDAR)

Penyertaan dan sumbangan anda adalah amat dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya.

No. Tel : Pn. Noor Sita Abbas : 03-88877045No. Tel : Pn. Nurul Farhana : 03-88877148No. Tel : Pn. Noraini Manaf : 03-88877360

6