42
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi TAJUK 1 Pengenalan Kepada Perkembangan Sosial SINOPSIS Unit ini menerangkan tentang konsep Perkembangan Sosial kanak-kanak. Bab ini juga menjelaskan teori-teori perkembangan sosial dan implikasi terhadap perkembangan kanak-kanak. Teori perkembangan social yang akan dibincangkan adalah Teori Perkembangan social Erikson, Behavioris: Peniruan dan modelling (Bandura) dan Konstruktivis: Kognisi sosial (Piaget, Vygotsky) . HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat: 1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. 2. Menghuraikan konsep pertumbuhan dan perkembangan sosioemosi dalam pendidikan awal kanak-kanak. 1

Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

  • Upload
    hadien

  • View
    237

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

TAJUK 1 Pengenalan Kepada Perkembangan Sosial

SINOPSIS

Unit ini menerangkan tentang konsep Perkembangan Sosial kanak-kanak.

Bab ini juga menjelaskan teori-teori perkembangan sosial dan implikasi

terhadap perkembangan kanak-kanak. Teori perkembangan social yang akan

dibincangkan adalah Teori Perkembangan social Erikson, Behavioris: Peniruan

dan modelling (Bandura) dan Konstruktivis: Kognisi sosial (Piaget, Vygotsky) .

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan

awal kanak-kanak.

2. Menghuraikan konsep pertumbuhan dan perkembangan sosioemosi

dalam pendidikan awal kanak-kanak.

1

Page 2: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1. PENGENALAN

1.1 Konsep perkembangan sosial

Pendidikan prasekolah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi

dengan persekitaran sosial yang sihat dan terancang. Perkembangan sosial

penting pada peringkat ini kerana perkembangan ini menjadi asas pembelajaran

sebagaimana yang diutarakan oleh Bandura dalam teori perkembangan sosial.

2

KONSEP SOSIOLISASI

Teori Sosial Erikson

Konstruktivisme

Behavioris

Implikasi kepada P & P

Page 3: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

1.2 Konsep sosialisasi

Perkembangan sosial merujuk kepada kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-

kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran

sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini

melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi,

perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modeling.

1.2.1 Pandangan behavioris: Peniruan dan modelling (Bandura)

i) Peniruan

“Social Cognitive Theory examines the processes involved as people

learn from observing others and gradually acquire control over their own

behaviour’

( Bandura 1986, 1997 )

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran.

Persekitaran mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak.

Melalui proses peniruan ini kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana

tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya.

Menurut Teori Pembelajaran Peniruan Bandura, terdapat beberapa cara

peniruan, iaitu ;

Proses tiruan mudah iaitu meniru secara langsung.

Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain.

Peniruan berlaku secara langsung dan secara tak langsung. Bandura (1986)

mengemukakan 4 unsur penting;

3

Page 4: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Attention ( Tumpuan / pemerhatian )

Retention ( Penyimpanan )

Reproduction ( Mengingat / mengeluarkan )

Motivation and Reinforcement ( Motivasi dan peneguhan )

ii) Modelling

Model tingkah laku dan sikap yang diingini

Jadikan rakan sebaya murid sebagai model

Pastikan murid sedar tingkah laku baik menjadi peneguhan kepada

orang lain

Arah murid popular/pandai melakukan aktiviti sukar sebagai model

kepada yang lain

Guna teknik ‘think aloud’

Guna peneguhan ‘vicarious’

Galakan disiplin arahan kendiri murid

4

Rujuk laman web http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlUntuk maklumat tambahan.

Bagaimana anda menyediakan rancangan pengajaran yang mengaplikasi aspek peniruan dalam pembelajaran

Bina peta mida menggunakan maklumat daripada pencarian pelbagai sumber, berkaitan modelling dan peniruan. Nyatakan implikasi peniruan dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 5: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

1.2.2 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIKSON

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan social kanak-kanak

dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia

mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung

kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak

berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap

mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan

perkembangan kanak-kanak.

Tahap-tahap Perkembangan Kanak-kanak berdasarkan Teori Erikson;

i ) Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman

- Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain

- Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan

orang lain

- Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta

mengatasi masalah dalam hidup

- Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya.

Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud

sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari

penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut

tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul

perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan

mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi

tersebut.

ii )Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln – 3 thn )

5

Page 6: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

• Konsep diri mula bertambah nyata

• Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya

bukan orang lain

• Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat

• Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang

lain

• Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan

• Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri

• Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin

• Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu

• Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang

diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan

dan yang hendak dielakkan

• Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima

atau didorong

• sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka

dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan

permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada

kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan

membantu kanak-kanak membina perkembangan dan

menyelesaikan sesuatu tugasan.

iii)Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn)

• Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar –

inisiatif

• Dapat belajar dan bergerak dengan cepat

• Lebih peka kepada perkara betul dan salah

• Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap

positif.

• Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri

6

Page 7: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

• Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif

• Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran.

Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang

tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh

orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh

kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka

menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki

alam persekolahan.

1.2.3 Pandangan konstruktivis: Kognisi sosial (Piaget, Vygotsky)

Kontruktivis berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Constructivism yang

membawa maksud falsafah membina. Didalam konteks pembelajaran teori

kontruktivis berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar

minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini

adalah dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan

penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu.

Kontruktivisme sosial dipelopori oleh Lev Vygotsky (1896-1934),

seorang ahli psikologi Belarus, Rusia. Menurut Vygotsky perkembangan konsep

kanak-kanak berkembang secara sitematis, logikal serta rasional dengan

bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Teori kontruktivis sosial melihat

pembelajaran manusia dalam konteks sosio-budaya. Dalam konteks sosial inilah

individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru

7

Rancang pengajaran mengikut tahap perkembangan sosial Erik Erikson (1902-1994)

Page 8: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Vygotsky beranggapan pembelajaran dapat berlaku melalui bermin,

penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang

lebih berpengalaman. Kontruktivis sosial mempunyai pandangan berikut:

Pelajar merupaka individu unik yang mempunyai latar belakang dan

keperluan yang berbeza.

Latar belakang pelajar, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat

amat mempengaruhi pembelajaran individu pelajar.

Pelajar bertanggungjawab ke atas pembinaan pengetahuan dan

pengalaman sendiri.

Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk

belajar.

Guru berperanan sebagai pembimbing dan fasilitator pembelajaran.

Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial yang aktif

Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan pelajar penting dalam

memastikan pembelajaran berlaku.

Pembelajaran berasaskan konteks penting dan memudahkan pelajar

mengalami pembelajaran yang bermakna.

Jean Piaget (1896-1980) pula merupakan salah seorang tokoh yang terkenal

dengan teori perkembangan kognitif dan bagaimana manuasia membina

pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pentahuan

berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku

mengikut peringkat bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur

kognitif.

a. Bagaimanakah pengetahuan dibina?

8

Page 9: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui

proses adaptasi. proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan

menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan

keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Ini dinamakan equilibrasi.

Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses iaitu asimilasi dan

akomodasi.

1. Asimilasi

Apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat

sedia ada dalam skema. Maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah

kedalam struktur kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan (equilibrasi) berlaku.

2. Akomodasi

Apabila maklumat baru tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat

dalam skema akan berlaku ganggu gugat atau ketidakseimbangan dalam

struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. Apabila skema berubah,

melalui pembacaan, perbincangan atau seumpamanya, maklumat baharu akan

diserap masuk. Dengan ini struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.

Melalui proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam

struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila

perlu. melalui proses inilah, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang

hayat individu.

b. Zon Perkembangan Terdekat (ZPD)

Merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar

tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir.

Sekiranya pelajar dapat melakukan sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan

9

Page 10: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

berada pada zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan

dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD. Isi pelajaran

yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran

kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran. Isi pelajaran yang berada diluar

zon aras atas , tidak akan dapat dikuasai pelajar walaupun dengan bimbingan

orang lain. Contohnya jika pelajar belum menguasai olahan tambah, pelajar

tidak akan dapat belajar olahan darab kerana skema olahan tambah perlu ada

dalam struktur kognitif pelajar untuk mempelajari pendaraban.

Bagi membantu pelajar menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD

teknik scaffolding diperkenalkan iaitu proses membimbing dan membantu

pembelajaran. Scaffolding ialah peringkat bimbingan dan sokongan yang

dilakukan mengikut keperluan pelajar. bimbingan akan dikurangkan apabila

pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat.

c. Prinsip-prinsip konstruktivisme

1. Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar

2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.

3. Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.

4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses

scaffolding

5. Pelajar membina pengetahuan dan yang bermakna kepada

mereka.

6. Pembelajaran baharu bergantung kepada pemahaman atau

pengetahuan sedia ada.

7. Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran.

8. Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan

berasaskan alam nyata.

d. Implikasi Teori Konstruktivisme kepada pengajaran.

10

Page 11: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

1. Perancangan pengajaran berpusatkan pelajar dengan mengambil

kira keupayaan pelajar.

2. Guru hendaklah mengenalpasti ZPD pelajar melalui penyediaan

beberapa aktiviti yang berkaitan.

3. Gunakan ZPD pelajar untuk memastikan pembelajaran berkesan

dapat berlaku.

4. Pilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang

belum menguasai.

5. Guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber

yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina

pemahaman baharu

6. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.

Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata,

pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan

sebagainya boleh dimanafaatkan.

TAJUK 2 Perkembangan Emosi Kanak-Kanak

SINOPSIS11

Bincangkan teknik-teknik yang sesuai dilaksanakan dengan berasaskan kaedah scaffolding.

Page 12: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan konsep perkembangan emosi

kanak-kanak. Konsep IQ dan EQ juga antara item yang akan dibincangkan.

Maklumat ini penting untuk guru prasekolah lebih memahami perkembangan

emosi kanak-kanak bagi mengoptimumkan perkembangan mereka selaras

dengan fitrah manusia serta kesepaduan dan keseimbangan dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:

1. Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri perkembangan emosi kanak-kanak

berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak.

2. Menerangkan tahap perkembangan emosi kanak-kanak

3. Menghuraikan cara-cara menggalakkan perkembangan emosi kanak-

kanak.

4. Membezakan IQ dan EQ.

5. Mengesan emosi dan cara membantu perkembangan emosi kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

12

KONSEP PERKEMBANGAN

JENIS-JENIS EMOSI

Page 13: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

2.0 PENGENALAN

2.1 Perkembangan Sosioemosi

Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, perkembangan emosi kanak-kanak

dimasukkan ke dalam Komponen Perkembangan Sosioemosi. Perkembangan

emosi yang sihat menjadi sebahagian daripada asas perkembangan seseorang

kanak-kanak justeru membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap

positif terhadap pembelajaran.

2.2 Konsep Perkembangan Emosi

EMOSI perkataan Latin “motere” bermaksud bergerak; “motus anima”

semangat yang menggerakkan kita.

13

PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK

KECERDASAN EMOSI

STRATEGI PENGURUSAN EMOSI

Page 14: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

“EI is a multifactorial array of interrelated emotional, personal, and sosial abilities that help us cope with daily demands”

( Ciarrochi J.et.al.)

The ability to perceive emotions, to access and generate emotions so to assist thought, to understand emotions and emotion knowledge, and to reflectively regulate emotions so as to promote emotional and intellectual growth”

(Mayer and Salovey)

“Satu keadaan dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi” (Mahmood Nazar Mohamad,1991)

1.3 JENIS EMOSI SEMASA

Menurut teori perkembangan psikososial Erikson, bayi mula membentuk emosi

sejak lahir. Persekitaran dan orang di sekeliling akan mempengaruhi emosi bayi.

Perkembangan emosi yang sihat membolehkan kanak-kanak membesar sebagai

individu yang sempurna. Perkembangan awal emosi kanak-kanak akan

kelihatan melalui tindak balas tangisan atau ketawa dan seterusnya berkembang

sehingga kanak-kanak menguasai perkembangan emosi yang stabil serta dapat

membuat penilaian apabila berada pada tahap dua pada usia 5-6 tahun.

TAHAP 1

Peringkat bayi hingga 2 tahun

14

Pencarian maklumat tentang konsep emosi daripada pelbagai sumber seperti internet, junal , keratan akhbar dll

Page 15: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

1. Peringkat awal pantulan (ketawa dan menangis )

2. 3 bulan - suka dan duka

3. 6 bulan - takut, jijik dan marah

4. 12 bulan – gembira dan kasih sayang

5. 18 bulan – cemburu mulai timbul

6. 2 tahun – keriangan terserlah

Peringkat 2 – 3 tahun 1. Emosi tidak tenteram

2 Lebih banyak perasaan mahu dikasihi

3 Mahu tumpuan yang lebih

4 Takut kegelapan

5 Mulai cemburu

6 Mempunyai perasaan malu

7 Tidak suka diarah

TAHAP 2

Peringkat 3 – 4 tahun1. Perasaan ingin menjadi dewasa.

15

Rajah 1

Page 16: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

2. Kanak-kanak lelaki suka meniru perbuatan bapa.

3. Kanak-kanak perempuan suka meniru perbuatan ibu.

Peringkat 4- 5 tahun 1. Perasaan romantis hadir

2. Kanak-kanak tertarik kepada yang berlainan jantina

3. Takut kegelapan, kebakaran dan kematian

4. Tahap cemburu yang amat tinggi

5. Sering merasa diketepikan

Peringkat 5-6 tahun

1. Perasaan dan jiwa semakin stabil

2. Pergantungan kepada keluargasemakin berkurangan

3. Lebih berdikari dan bersemangat melakukan yang

4. Semangat untuk terus hidup semakin tinggi

5. Belajar membeza betul dan salah

6. Label baik bagi yang seronok dan jahat bagi yang sakit.

7. Mula membentuk kata hati , struktur nilai dan moral

2.4 KECERDASAN EMOSI

2.4.1. Konsep IQ dan EQ

16

Kejayaan individu bergantung kepada IQ dan bukan EQ seseorang. Bincangkan!

Page 17: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif

seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah.

Alfred Binnet dan Theodore Simon; 1905- memperkenalkan ujian kecerdasan

yang digunakan sehinggai kini. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak

semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat

dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat mempengaruhi

kecerdasan (EQ) EMOTIONAL QUOTIENT

“Intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving new problems. This bios toward crystallized rather than fluid knowledge can be astounding consequences and individual can lose his entire frontal lobes, in the process becoming redically different person unable to display any initiative or to solve new problem and yet may continue to exhibit an IQ close to genius level…….Gardner

Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak untuk meramalkan masa depan

seseorang. Menurut Coleman (Neurologist dan Psikologist kontemporari US) ,

peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala

80% lagi ialah faktor-faktor lain.

1.5 KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EQ Coleman)

i ) Mengenal Emosi dan Kesannya

• Sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya

• Sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran,perlakuan dan

pertuturan

• Sedar bagaimana perasaan mempengaruhi prestasi

• Mempunyai kesedaran tentang nilai dan matlamat

• Sedar tentang kekuatan & kelemahan diri

• Reflektif - belajar daripada pengalaman

17

Page 18: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

• Terbuka kepada maklum balas jujur, perspektif baru, pembelajaran

berterusan dan perkembangan baru

• Berupaya menunjukkan unsur kesedaran perspektif sendiri

• Berkeyakinan, berketrampilan dan disedari kehadirannya

• Berani menyuarakan pandangan yang kurang popular dan

mempertahankan sesuatu yang betul

• Berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam

ketidakpastian dan tekanan

ii ) Pengurusan Emosi Sendiri

• Mengurus perasaan dan emosi dengan baik

• Tenang dan positif semasa tertekan/stress

• Berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan

• Bertindak secara beretika mengikut peraturan

• Membina keyakinan melalui kebolehkepercayaan dan autentisiti

• Mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika

orang lain

• Mengekalkan pandangan yang berprinsip walaupun tidak popular

• Bertanggungjawab atas prestasi diri

• Mempunyai komitmen dan menunaikan janji

• Bersifat akauntabiliti untuk memenuhi objektif

• Teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas

• Luwes dalam menangani perubahan

• Luwes dalam persepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku

• Inovasi

• Menangani tuntutan pelbagai perubahan, keutamaan dan perubahan

persekitaran yang kerap

• Selesa dan terbuka dengan idea dan maklumat baru.

• Mencari idea baru daripada pelbagai sumber

18

Page 19: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

• Memikirkan penyelesaian kreatif terhadap masalah-masalah

• Menjanakan idea baru

• Mempunyai perspektif terkini dalam risiko pemikiran

iii ) Memotivasi Emosi Negatif

• Berorientasikan hasil, dengan bermotivasi tinggi untuk memenuhi

objektif dan piawaian

• Memberikan matlamat mencabar dan mengambil risiko yang

munasabah

• Mencari maklumat untuk mengurangkan ketidakpastian dan mencari

jalan untuk penambahbaikan

• Belajar cara untuk meningkatkan prestasi diri.

• Bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk

memenuhi matlamat organisasi

• Menyedari nilai tujuan dalam misi

• Menggunakan nilai utama kumpulan dalam membuat keputusan dan

menjelaskan pilihan yang dibuat

• Mencari peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan

• Bersedia memanfaatkan peluang

• Mengejar matlamat yang lebih tinggi daripada yang diperlukan atau

dijangkakan

• Mengenepikan birokrasi dan peraturan sekiranya perlu untuk

menyelesaikan tugas

19

Andaikan anda mengalami satu situasi yang memerlukan anda menguruskan emosi sendiri, jelaskan bagaimana anda menanganinya.?

Page 20: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

• Memobilisasikan orang lain melalui usaha-usaha yang luar biasa dan

berfaedah

• Terus berusaha mencari matlamat walaupun ada halangan dan

masalah

• Bertindak daripada harapan untuk berjaya, bukannya ketakutan

untuk gagal

• Melihat masalah sebagai akibat daripada keadaan yang boleh diurus,

bukan daripada satu kekurangan personal

iv ) Mengendali Perhubungan

• Peka kepada emosi orang lain

• Bersedia mendengar

• Prihatin dan memahami perspektif pandangan orang lain

• Memahami perasaan dan keperluan orang lain serta bersedia

membantu

• Memahami keperluan pelanggan /klien dan memberi khidmat atau

produk yang diingini

• Memikirkan cara-cara untuk meningkatkan kepuasan dan kesetiaan

pelanggan/klien

• Bersedia memberi bantuan

• Memahami perspektif pelanggan/klien dan memberi nasihat yang

meyakinkan

• Memuji dan memberi ganjaran untuk menghargai kekuatan, kejayaan

dan perkembangan murid dan rakan.

• Memberi maklum balas yang membina kepada murid dan rakan

• Membimbing dan mecabar kemahiran rakan dan murid supaya lebih

berkembang

• Menghormati dan bergaul dengan semua orang

20

Page 21: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

• Memahami pandangan pelbagai dari orang lain dan peka terhadap

perbezaan individu

• Memandang kepelbagaian sebagai peluang

• Mencabar pandangan sempit dan bias

• Mengesan dengan tepat hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan.

• Mengesan jaringan-jaringan sosial yang utama

• Peka kepada faktor –faktor yang mempengaruhi pandangan dan

tingkahlaku pelanggan dan saingan masing-masing.

• Mahir dalam mendapatkan keyakinan orang lain

• Menghasilkan persembahan yang menarik perhatian penonton

• Menggunakan strategi berkesan untuk mendapat persetujuan dan

sokongan semua pihak

• Memberi tunjuk ajar dengan cara yang dramatik dan berkesan

• Bertolak ansur

• Menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan

• Mendengar, memahami dan mengalu-alukan perkongsian maklumat

• Memupuk komunikasi terbuka. Bersedia menerima maklum balas

sama ada baik atau buruk.

• Mewujudkan minat dan sokongan kepada satu visi dan misi yang

sama

• Bersedia memimpin bila perlu, tidak mengira kedudukan

• Memimpin melalui teladan

• Menyedari perlunya untuk berubah dan mengatasi halangan kepada

perubahan

• Mencabar status-quo dan mengesahkan perlunya perubahan

• Menyokong perubahan itu dan mendapat sokongan orang lain

• Menjadi model perubahan untuk orang lain

• Mempunyai diplomasi semasa menangani rakan-rakan yang

bermasalah atau situasi yang tegang

• Mengesan dan mengambil tindakan yang bijaksana dalam

menyelesaikan konflik dan perselisihan

21

Page 22: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

• Menggalakkan perbincangan dan perbahasan

• Mewujudkan penyelesaian “MENANG-MENANG”.

• Menyemai dan mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan tidak

formal

• Membina hubungan mesra dengan orang llain.

1.7 CARA MENGESAN EMOSI KANAK-KANAK

i ). Melalui mimik muka

Marah Sedih Gembira Takut

ii). Penyoalan

Contoh:

Apa perasaan anda hari ini?

Apa yang menyebabkan anda tidak gembira?

Kenapa anda kelihatan sedih?

iii.) Menanda ikon-ikon.

Contoh

22

Cuba anda kaitkan kemahiran mengendalikan emosi ini dengan kecerdasan Interpersonal yang dikemukakan oleh Gardner.

Page 23: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

☻☺☺☻ lain

iv ) Melalui aktiviti simulasi kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi /

mimik muka yang betul

v ) Melalui aktiviti nyanyian /puisi

vi ). Pemerhatian tingkah laku semasa interaksi dengan pelajar – P&P,

aktiviti main dan rehat

vii) Menilai hasil kerja kanak-kanak seperti lukisan, kerja tangan, buku

kecil

1.8 MEMBINA EMOSI YANG SIHAT

Guru yang ceria dan penyayang akan menghasilkan murid yang ceria

dan penyayang

Tahap EQ guru merupakan kayu ukur dalam menghasillkan bilik darjah

yang dapat membina EQ pelajar yang sihat.

23

Rehatkan minda anda. Bayangkan perkara yang menenangkan emosi anda!

Page 24: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Satu-satunya angkubah terpenting di dalam EQ guru ialah bagaimana

menangani emosinya terutama emosi negative secara tulen, benar dan

sihat

Pelajar yang menguasai kemahiran emosi akan menghasilkan keputusan

yang baik samada dalam ujian atau pengukuran yang lain

Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dan tingkah laku.

Pelajar yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala-

gejala sosial.

Mereka lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati

Mereka lebih fokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain.

-Sabda Nabi Muhammad SAW-

Anyone can become angry--that is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at the right time, for the right purpose, and in the right way—this is not easy. - Aristotle

The angry people are those people who are most afraid...”

-Dr. Robert Anthony

24

Anda mampu menangani emosi anda hari ini? Fikirkan pandangan tokoh-tokoh tentang kawalan emosi marah!

Page 25: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya...”

-Imam Al-Ghazali

Beberapa cara mengintegrasi EIQ (Emotional Intelligence Quotient) dalam bilik darjah

Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan pelajar..

Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap sesi perbualan

pagi selama 5 minit.

Pengintegrasian secara menyeluruh melibatkan seluruh warga sekolah

termasuk pihak pengurusan, kakitangan akademik dan bukan

akademik, kakitangan kantin, pengawal dll.. (School wide culture) –

College as an organism.

Menguasai kemahiran mengajar EQ supaya komponen emosi dapat

diajar secara berkesan

Lebih banyak mengajar apa yang perlu dibuat daripada melarang.

Mengintegrasi EIQ dalam setiap komponen yang diajar.

Menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan

(feeling words list)

Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan.

Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, puisi, cerita dan lain-

25

Page 26: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

lain.

Memasukkan unsur kecindan yang berkaitan dengan perasaan.

Menggunakan biografi yang berkaitan.

Soalan-soalan yang mencungkil perasaan kanak-kanak ketika mereka

menjalankan tugasan atau bermain

Mengolahkan perasaan kanak-kanak selepas menghasilkan sesuatu

projek, hasil seni dan lain-lain lagi.

Mengucapkan perasaan sendiri.

RUMUSAN

Anda seharusnya sudah mengenalpasti konsep dan ciri-ciri perkembangan

emosi kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak. Dengan itu

anda dapat menerangkan tahap perkembangan emosi kanak-kanak dan

menghuraikan cara-cara menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak

prasekolah. Seterusnya anda dapat membezakan antara IQ dan EQ. Sebagai

guru prasekolah, topic ini juga memberi panduan dalam usaha pengesanan

emosi kanak-kanak prasekolah dan cara membantu perkembangan emosi

kanak-kanak.

26

Page 27: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

TAJUK 3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak

SINOPSIS

Unit ini memberi pemahaman yang menyeluruh tentang pelbagai jenis tingkah

laku yang positif dan negatif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak prasekolah di

dalam bilik darjah. Kita juga akan meneliti 4 model cara mengatasi masalah

tingkah laku kanak-kanak. Model-model yang dibincangkan ialah Displin Asertif,

Model Glasser, Model Ginott dan Model Dreikurs. Akhir sekali, dalam unit 4 kita

akan membincangkan pelbagai strategi membimbing tingkah laku dalam

pengurusan bilik darjah prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti modul ini , anda akan dapat :

2.1 Mengenalpasti jenis-jenis tingkah laku kanak-kanak prasekolah.

2.2 Menghuraikan empat model cara mengatasi masalah tingkah laku

kanak-kanak prasekolah.

2.3 Mengenalpasti strategi membimbing tingkah laku kanak-kanak

Prasekolah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

27

Page 28: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

3.0 PENGENALAN

3.1. Jenis-jenis tingkah laku

Satu perkara yang sering dibincangkan apabila ibu bapa berjumpa

dengan guru prasekolah ialah “Bagaimanakah anak saya bertingkah laku dalam

kelas?”. Guru prasekolah sentiasa berhadapan dengan kanak-kanak yang

menunjukkan pelbagai jenis tingkah laku dalam aktiviti seharian. Tingkah laku-

tingkah laku tersebut boleh dibahagikan kepada tingkah laku positif dan tingkah

laku negatif.

28

PENGURUSAN TINGKAHLAKU

JENIS TINGKAHLAKU

MODEL PENGURUSAN TINGKAHLAKU

MODIFIKASI & STRATEGI PENGURUSAN TINGKAHLAKU

Page 29: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

3.1.1.Tingkah laku positif

a. Pintar cerdasKanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas adalah yang lebih maju dan

berbakat daripada kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak ini mempunyai

kebolehan mental yang luar biasa dengan kecerdasan (IQ) yang lebih tinggi

berbanding dengan kanak-kanak biasa iaitu IQ 120 dan ke atas. Mereka

mempunyai daya ingatan yang kuat, dapat berfikir secara logik dan secara

fleksibel. Mereka juga mempunyai daya cipta dan berupaya mengeluarkan

idea dan rekaan baru. Mereka bersifat kreatif dan suka mencuba sesuatu

yang baru. Kadang-kadang mereka cepat bosan dengan sesuatu perkara.

Oleh itu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menyediakan

peluang untuk kanak-kanak ini menjalankan projek baru yang menarik

secara bersendirian atau pun secara berkumpulan (Shahabuddin et. al,

2003).

b. Cepat belajar

Kanak-kanak yang dikatakan cepat belajar adalah lebih cekap memproses

maklumat dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Kanak-

kanak ini bersedia menerima pembelajaran baru dan bersikap positif

terhadap bahan-bahan baru. Kanak-kanak ini mempunyai kesediaan belajar

yang tinggi.

c. Ingin tahu

29

Jelaskan tingkah laku kanak-kanak yang dikatakan baik dan sesuai?

Fikirkan tingkah laku yang dikatakan bermasalah?

Page 30: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku ingin tahu mempunyai

perasaan ingin tahu yang tinggi. Mereka suka menjelajah dan meneroka

sesuatu secara sendiri. Oleh sebab itu kanak-kanak ini suka melibatkan diri

dalam aktiviti yang aktif dan suka membuat projek seperti mengadakan zoo

mini, berkebun sayur, mengkaji fenomena-fenomena alam sekeliling.

Aktiviti-aktiviti membuat tinjauan, kajian dan aktiviti luar sangat sesuai untuk

kanak-kanak ini. Mereka juga suka menghasilkan idea kreatif apabila

menyelesaikan masalah.

d. ProaktifKanak-kanak yang dikatakan proaktif adalah mereka yang bertindak atas

arahan sendiri. Mereka tidak perlu tunggu arahan orang lain dan akan terus

bertindak mengikut budi bicara mereka sendiri. Kanak-kanak yang

menunjukkan tingkah laku proaktif ini bersifat pratikal dan suka

menyelesaikan masalah secara sendiri. Mereka adalah aktif dan cepat

menghasilkan sesuatu kerja.

3.1.2 Tingkah laku negatif

a. Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti

ibubapa, guru, rakan sebaya dan tidak dapat berdikari atau membuat

keputusan sendiri

b. Hiperaktif

Keadaan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke

mari tanpa tujuan, dan sukar dikawal.Kanak-kanak ini tidak takut kepada

orang, kerap menangis, suka ketawa, sukar beri tumpuan terhadap

30

Page 31: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

permainan atau kerja yang dilakukan, mudah mengamuk apabila

kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri serta sukar untuk

berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain.

c. Kebimbangan

Kanak-kanak yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau

takut disebabkan kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan

berlaku.

d. Tingkah laku merosakkan.

Keadaan kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku agresif untuk

melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita atau merasa

seronok orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan

atau benda, mematahkan, menconteng dan lain-lain..

e. Tingkah laku mengganggu

Pelakuan yang melampau yang mengganggu ketenteraman orang lain atau

pengajaran seperti membuat bising, pergerakan yang tidak perlu,

mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain.

f. Pengunduran diri.

Keadaan kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau

aktiviti kerana rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam, kurang

kemahiran atau malu.

31

Huraikan tingkah laku kanak-kanak yang anda jangkakan ?

Page 32: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

3.2 Cara mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak melalui 4 model

a. Assertive Discipline Model (Model disiplin asertif)

Tokoh yang selalu dikaitkan dengan Assertive Discipline ialah Lee Canter

(1976). Beliau menghasilkan model disiplin ini selepas menghabiskan

beribu-ribu jam memerhati guru- guru dalam bilik darjah. Apa yang

terkandung dalam model ini berdasarkan kejayaan guru.

Model ini menggunakan pendekatan positif dan secara langsung

untuk membolehkan guru mengajar dan kanak-kanak belajar. Beliau

menegaskan bahawa guru patut memerhati kanak-kanak semasa mereka

melakukan perbuatan baik dan memberi pujian dan sokongan kepada

mereka. Strategi ini mula digunakan sejak pertengahan 70an. Berikut

adalah beberapa prinsip yang perlu diikuti :-

1. Guru menegaskan perlakuan bertanggungjawab.

2. Sekiranya gagal melaksanakan disiplin asertif, sebab utama ialah

kelemahan guru mengawal kelas.

3. Ramai guru beranggapan kawalan (kelas) yang tegas, akan

berlaku tindakan tidak berperikemanusiaan. Anggapan ini adalah

salah. Sebaliknya, kawalan tegas yang berpatutan menjamin

kebebasan individu .

4. Hak guru sebagai pendidik ialah

- Menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran

- Menentukan tingkahlaku yang besesuaian daripada kanak-

kanak

- mengharapkan bantuan daripada pihak pentadbir dan ibu

bapa bila sesuai.

5. Hak kanak-kanak sebagai kanak-kanak ialah mendapat

- guru yang boleh membantu perkembangan mereka, dalam

32

Page 33: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

masa yang sama mengurangkan tingkah laku kendiri yang

bermasalah dan destruktif.

- Sokongan daripada guru mereka untuk menunjukkan

tingkah laku bersesuaian.

- Peluang memilih bagaimana untuk bertingkah laku

berdasarkan pengalaman yang dialaminya.

6. Guru Menyediakan rancangan disiplin yang jelas menerangkan

tentang harapan dan kesan.

7. Guru asertif adalah lebih berkesan berbanding dengan guru

garang ataupun guru yang tidak tegas. Suasana penyayang dan

menyokong adalah sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.

Guru membimbing sambil memerhati kanak-kanak membaca doa makan

Lee dan Marlene Canter percaya sebagai seorang guru berhak

menentukan dan mengharap perkara yang baik dapat dicapai oleh kanak-

kanak . Kanak-kanak perlu mamatuhi arahan guru supaya dapat

menghasilkan persekitaran pembelajaran yang efektif dan efisyen. Guru

haruslah bertindak secara assertif untuk mencapai matlamat ini, dan bukan

secara agresif.

33

Page 34: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Guru yang asertif membina perhubungan yang boleh dipercayai dan

positif dengan kanak-kanaknya. Guru juga mengajar tingkah laku yang

bersesuaian dalam bilik darjah melalui pengajaran langsung (direct

instruction) seperti modeling, menerangkan, melakukan, meninjau,

menggalakkan dan memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang belum

menguasai perlakuan yang baik itu. Guru asertif berharapan tinggi terhadap

kanak-kanak, bersifat peramah, menyokong dan menghormati kanak-kanak

semasa membetulkan kesilapan mereka. Guru mendengar secara teliti

apabila kanak-kanak menyatakan sesuatu. Menghormati ketika kanak-

kanak bercakap dan melayan kanak-kanak secara adil.

Cara melaksanakan asertif disiplin. Menyatakan dan mengajar harapan awal (expectations early)

Sentiasa menyatakan hasrat dan harapan kepada kanak-kanak.

Contohnya,”Saya nak awak ....” ”Saya suka itu.”

Gunakan kontak mata dan suara yang tegas, jelas dan tenang.

Gunakan gesture untuk menyokong bahasa lisan.

Tanpa menggunakan ancaman/ ugutan atau menengking untuk

mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak

Mengamalkan broken record technique. (Guru perlu tenang setiap

kali kanak-kanak menunjukkan sikap membantah, untuk

mengelakkan situasi yang tegang.)

Guru perlu mengekalkan suasana penyayang , sokongan

yang positif dalam mengaplikasikan asertif disiplin. Sikap

guru yang garang perlu ditukarkan kepada sikap tegas

asertif.

34

Page 35: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

b. Model Glasser

Model Glasser (Glassser,1985) mencadangkan pemberian pilihan yang baik

kepada kanak-kanak dan menangani gangguan dalam kelas secara tenang

dan logik. Glasser percaya memberi pilihan yang baik, akan menghasilkan

tingkah laku yang baik. Pilihan yang tidak baik menghasilkan tingkah laku

tidak baik .

Antara keperluan yang dikenalpasti oleh Glasser ialah keperluan dimiliki, keperluan kebebasan dan keperluan untuk berjenaka atau

gembira. Sebaliknya, sekolah yang kanak-kanak tidak mempunyai

perasaan memiliki (sense of belonging) atau tiada peluang membuat pilihan

merupakan sekolah yang sering mengalami masalah disiplin.

Glasser mencadangkan guru menstrukturkan pembelajaran (learning

experience) kanak-kanak supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi

untuk bekerja dalam kumpulan. Kanak-kanak yang pandai akan membantu

kanak-kanak yang lemah. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak yang

pandai memenuhi keperluan memimpin atau berkuasa dan yang lemah

akan dapat menyumbang kepada kumpulannya.

Dalam Model Glasser, mesyuarat kelas antara kanak-kanak akan

membincangkan peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah. Walaupun

model ini lebih sesuai untuk kanak-kanak remaja yang lebih tua, model ini

juga sesuai digunakan di prasekolah kerana ia berfokus kepada

penyelesaian masalah. Kekuatan model ini terletak pada pilihan yang

disediakan serta ketabahan guru untuk menolong kanak-kanak yang

bermasalah dengan cara yang bersesuaian.

35

Page 36: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

c. Model Ginott

Model ini berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif

untuk disiplin melalui komunikasi berkesan antara guru dan kanak-kanak.

Salah satu daripada prinsip model ini ialah menyedarkan kanak-kanak

bahawa masalah konflik yang tercetus itulah yang harus ditangani dan

bukan kanak-kanak yang terlibat. Ginott percaya bahawa disiplin adalah

proses berterusan yang perlu dicapai .

Ginott menggalakkan kerjasama atau pemuafakatan dan bukannya

paksaan. Guru yang menggunakan model ini tidak melabel kanak-kanak

tetapi akan berkomunikasi kerelaan mereka untuk membantu kanak-kanak

menyelesaikan masalah. Ginott menegaskan bahawa kebolehan guru

berkomunikasi secara berkesan dengan kanak-kanak adalah sangat

penting untuk mengatasi masalah tingkah laku. Satu lagi aspek Model

Ginott yang penting ialah penekanan terhadap harga diri kanak-kanak dan

pentingnya guru menjaga tingkah laku sebagai contoh kepada murid.

Guru menghargai kanak-kanak

36

Page 37: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

d. Model Dreikurs

Dreikurs mendefinisikan disiplin sebagai mengajar kanak-kanak membentuk

peraturan yang membataskan tingkah laku mereka. Beliau percaya semua

kanak-kanak ingin rasa dimiliki dan tingkah laku mereka menggambarkan

usaha untuk dimiliki. Masalah salah laku berpunca daripada matlamat yang

tidak betul atau tidak jelas seperti ingin mendapat perhatian, ingin berkuasa,

membalas dendam atau mendedahkan kelemahan orang lain. Menurut

Dreikurs, cara yang paling berkesan untuk mendisiplin ialah menggalakkan

tingkah laku yang positif. Untuk menggalakkan tingkah laku yang positif,

Dreikurs mencadangkan guru menjelaskan kepada kanak-kanak kesan-

kesan yang timbul dari tingkah laku mereka. Charles dan Barr (1989)

berpendapat Dreikurs memberi peluang kepada kanak-kanak membina

tingkah laku secara adil kerana kanak-kanak mengamalkan tingkah laku

yang baik kerana kanak-kanak beranggapan mereka wajar berbuat

demikian.

3.3 Strategi membimbing tingkah laku kanak-kanak

Secara umum, sebarang tingkah laku yang menghalang seseorang kanak-

kanak daripada berfungsi secara berkesan boleh dianggap sebagai

masalah tingkah laku. Bagaimanakah kita boleh membimbing kanak-kanak

supaya mereka menunjukkan tingkah laku yang sesuai dan baik?

a. Memodelkan tingkah laku yang positif

Kanak-kanak belajar tingkah laku positif melalui ’modelling” iaitu memerhati

orang lain menunjukkan sesuatu tingkah laku tertentu. Sehubungan dengan

ini, seseorang guru prasekolah boleh menjadi model atau teladan untuk

kanak-kanak belajar tingkah laku positif. Guru prasekolah boleh

37

Page 38: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

menunjukkan tingkah laku prososial seperti menunjukkan amalan

berkongsi, bekerjasama dan menghormati orang lain serta berbudi bahasa

mengucapkan "Tolong”, ”Terima kasih”, ”Meminta maaf”, dan lain-lain lagi.

Banyak peluang harus diberikan kepada kanak-kanak memerhati orang lain

(kanak-kanak lain atau pun orang dewasa) memodelkan tingkah laku

prososial.

b. Menggunakan pengurusan konflik dan teknik resolusi

Biasanya konflik berlaku semasa kanak-kanak berinteraksi di antara satu

sama lain. Strategi-strategi pengurusan konflik dan teknik-teknik resolusi

boleh membantu kanak-kanak menggunakan kemahiran menghadapi dan

menyelesaikan konflk di antara satu sama lain. Di antara strategi-strategi ini

ialah:

Talk it over (Bercakap bersama)

Kanak-kanak diberi peluang untuk memberi alasan dan ”bercakap”

tentang sesuatu konflik yang berlaku. Ini adalah kerana setiap

perbalahan atau pergaduhan ada dua pandangan yang berbeza. Kanak-

kanak belajar bahawa dengan hanya ”bercakap” dan meluahkan

pendapat dan perasaan secara verbal, sesuatu masalah boleh

diselesaikan dengan damai. Langkah ini boleh membantu kanak-kanak

berfikir cara-cara untuk menyelesaikan konflik mereka.

Model resolutions (Memodelkan resolusi)

Guru prasekolah boleh mengingatkan atau mencadangkan kanak-kanak

menunjukkan resolusi yang sesuai jika berlaku konflik, contohnya:

”Alizah, tolong jangan tolak bangunan binaan Jaafar kerana Jaafar telah

lama membinanya”; ”Kassim, apakah cara lain (selain daripada

memukul) awak boleh memberitahu Atan bahawa dia duduk di tempat

awak?”.

38

Page 39: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Teach children to say ”I’m sorry (Mengajar kanak-kanak meminta

maaf)

Meminta maaf adalah satu cara yang baik untuk mengubati perasaan

yang disinggung. Kanak-kanak perlu diajar dan digalakkan untuk

meminta maaf jika berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan rakan

mereka tersinggung perasaan, marah atau terluka.

Do something else (Melakukan sesuatu yang lain)

Kadang-kadang kanak-kanak boleh dialihkan perhatian mereka kepada

aktiviti lain, contohnya apabila mereka tengah merebut sesuatu alat

permainan. Dengan mengalihkan tumpuan mereka boleh meredakan

keadaan konflik.

Take turns (Mengikut giliran)

Mengikut giliran dan menunggu untuk giliran adalah satu cara yang baik

untuk mengajar kanak-kanak bahawa mereka tidak seharusnya sentiasa

diberi layanan dahulu; bahawa orang lain juga berhak untuk dilayani.

Share (Berkongsi)

Kanak-kanak juga harus diajar untuk berkongsi dengan kanak-kanak

lain semasa bermain. Apabila konflik berlaku, kanak-kanak boleh

dibantu untuk membuat pilihan lain selain daripada merebut atau

memukul orang lain.

3.4 Modifikasi tingkah laku

Modifikasi tingkah laku merujuk kepada menghasilkan perubahan tingkah

laku yang positif melalui intervensi oleh guru prasekolah semasa interaksi

seharian yang berlaku di kalangan kanak-kanak seperti:

39

Page 40: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

Peneguhan positif: Memberi ganjaran kepada kanak-kanak dalam

bentuk lisan seperti pujian (cantik, betul, bagus, budak baik dll.),

kata-kata perangsang (”Saya tahu anda boleh melakukannya!” ”Anda

boleh!” dll.) atau pun dalam bentuk hadiah, gula-gula atau sesuatu

yang menyenangkan kanak-kanak jika mereka menunjukkan tingkah

laku yang positif.

Kadang-kadang dengan menepuk tangan, menunjukkan isyarat ”ok”

atau mengangguk kepala boleh memberi peneguhan kepada kanak-

kanak. Kanak-kanak akan didorong untuk menunjukkan tingkah laku

yang positif dengan diberi peneguhan-peneguhan positif ini.

Sistem token: Guru prasekolah boleh memberi token seperti bintang,

sticker, gambar, setem dan lain-lain kepada kanak-kanak selepas

menunjukkan sesuatu tugasan atau telah menunjukkan sesuatu

tingkahlaku yang positif. Token-token ini boleh ditukar oleh kanak-

kanak untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang

digemarinya.

Time-out: Amalan ini digunakan apabila kanak-kanak telah

melakukan sesuatu kesalahan. Kanak-kanak tidak dibenarkan

meneruskan sesuatu aktiviti untuk seketika waktu sehingga dia telah

bertenang (cool down) atau bersedia untuk bertingkah laku baik.

Menggunakan ”I message”

”I message” ialah satu pernyataan tentang apa perasaan kita tanpa

menuduh atau mengkritik orang yang menyusahkan kita. ”I

message” memaklumkan tiga (3) perkara kepada pihak yang

menyusahkan kita: Tingkah laku yang menyakiti kita; perasaan kita;

dan kenapa kita merasa begitu. Contohnya, ”Saya merasa sakit bila

dipijak pada kaki”. ”Saya tidak suka apabila dipanggil nama itu”.

Kanak-kanak perlu diajar menggunakan ”I message” sebab ia

membantu kanak-kanak menyampaikan perasaan mereka dengan

40

Page 41: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

lebih berkesan. I message” adalah langkah pertama yang penting

dalam penyelesaian konflik. Guru prasekolah boleh mengajar

kanak-kanak penggunaan ”I message” melalui modelling, iaitu

menunjukkan teladan.

Membantu kanak-kanak memahami akibat dan kesan tingkah laku

mereka (Consequences of behaviour)

Kanak-kanak perlu dibantu memahami kesan-kesan dan akibat daripada

tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka itu. Contohnya, seseorang

kanak-kanak yang merosakkan alat permainannya akan hilang peluang

bermain atau seseorang kanak-kanak yang membuang nasinya akan

merasa lapar kerana tidak berpeluang untuk memakannya.

Temubual beberapa orang guru prasekolah. Tanya

mereka apakah tingkah laku kanak-kanak yang paling

mencabar mereka ( guru prasekolah ) dan bagaimana

mereka bertindak balas terhadap tingkah laku-tingkah

laku tersebut. Berkongsilah dapatan anda dengan

rakan-rakan.

41

Berdasarkan strategi-strategi yang anda telah pelajari,

bolehkah anda renung kembali situasi-situasi konflik yang

pernah berlaku dalam kelas prasekolah anda. Di antara

strategi-strategi di atas, manakah yang paling sesuai

digunakan untuk setiap situasi itu?

Page 42: Rangka Isi Pelajaran - ANITA ANUAR - PPG JUN …cikguanitaanuar.weebly.com/.../16487444/modul_pra_3107.docx · Web viewDorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

RUMUSAN

Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan faktor-faktor yang berkaitan

dengan pengurusan tingkah laku kanak-kanak. Sehubungan itu, anda perlu

membuat refleksi yang berkaitan dengan situasi sebenar di lapangan atau kelas

prasekolah, bagi mengukuhkan lagi maklumat daripada modul ini dengan

pengetahuan serta pengalaman sebenar anda. Ini akan dapat memantapkan dan

memperkasakan lagi ilmu dan kemahiran sosioemosi dalam mengurus

pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

42