7
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah , marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia- Nya telah memungkinkan kita melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam suasana aman dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Dengan rasa penuh syukur juga saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 Masihi dan juga tahun baru 1433 Hijrah yang baru sahaja berlalu. Semoga pada tahun ini kita semua dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik serta dipermudahkan dalam segala urusan. Insya-Allah dengan niat yang ikhlas dan hati yang bersih mudah-mudahan kita semua mendapat ilham dan petunjuk yang baik daripada Allah SWT dalam setiap usaha yang kita lakukan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana kita masih lagi diizinkan oleh Allah SWT untuk terus bernafas dan menjalankan tanggungjawab kepada-Nya, bangsa dan negara, khususnya pada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang kita dapat adalah halal dan berkat. Di samping Jabatan Perikanan diurus dengan baik dan sentiasa menjadi lebih baik dari sebelumnya. Pembaca yang dihormati sekalian, Mengimbau kembali kepada usaha dan peranan yang telah kita sumbangkan sepanjang tahun 2011, saya percaya banyak kejayaan yang telah kita capai. Semoga kejayaan ini dapat mendorong warga Jabatan untuk terus menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan kesejahteraan kumpulan sasar dan meningkatkan industri perikanan negara. Walau bagaimanapun, terdapat juga program-program yang kurang berjaya yang memerlukan kita berusaha lebih gigih dan bekerja keras sehingga mencapai kejayaan. Anggaplah kegagalan sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya di samping dapat mematangkan kehidupan kita dan memberi pengajaran yang amat berguna kepada kita. Mana yang baik, jadikan penanda aras dan yang sebaliknya jadikanlah sempadan agar kita tidak mengulanginya lagi. Yang baik dipuji yang kurang baik diperbaiki. Pembaca yang dihormati sekalian, Bagi melaksanakan semua hasrat Kerajaan dan Kementerian, kita perlu bersedia dengan minda yang terbuka serta berkualti di samping berani membuat perubahan dengan meninggalkan sikap lama yang tidak baik dan mengambil yang baik sebagai pegangan hidup. Buangkan semua penyakit hati yang boleh mengganggu kelancaran pelaksanaan dasar dan program yang dirancang. Kita hendaklah berbincang sekiranya terdapat masalah dan janganlah menggunakan saluran yang tidak sepatutnya sekiranya ingin membuat kritikan terhadap Jabatan Perikanan. Semua warga Jabatan Perikanan juga perlu menjawab segala aduan dan mendengar kritikan oleh kumpulan sasar sama ada yang disalurkan melalui akhbar, e-mel atau surat-surat. Jangan kita cepat melatah dengan setiap pertanyaan yang diberikan kepada kita, sebaliknya kita perlu menyiasat terlebih dahulu akan kesahihan perkara yang diutarakan. Dalam masa yang sama kita perlu melayan kumpulan sasar secara berhemah dalam suasana mesra dan harmoni. Bagi mengelakkan kakitangan awam khususnya kakitangan Jabatan Perikanan dilabel sebagai tidak sopan melayan kumpulan sasar dalam semua hal, pada 12 Disember 2011 Jabatan Perikanan telah melancarkan Kempen Senyum dalam usaha mewujudkan kakitangan yang mesra pelanggan terutamanya kakitangan yang sering berurusan dengan orang ramai. Pembaca yang dihormati sekalian, Kerajaan juga akan melaksanakan Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Pelaksanaannya amat radikal di mana kakitangan akan dinaikkan gaji sekiranya menunjukkan prestasi yang tinggi. Manakala kakitangan yang berprestasi rendah akan diberi peluang untuk meletakkan jawatan. Skim baharu ini akan menyaksikan beberapa perubahan seperti skim Disember 2011 http://www.dof.gov.my Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1 (bersambung ke muka surat 4)

Disember 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan filepada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang

  • Upload
    ledung

  • View
    222

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Disember 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan filepada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh,

dan salam 1 Malaysia.

A l h a m d u l i l l a h , m a r i l a h k i t a

b e r s a m a - s a m a m e r a f a k k a n

se t ingg i - t i ngg i kesyukuran ke

h a d r a t A l l a h S W T k e r a n a

dengan l impah iz in dan kurn ia-

Nya te lah memungk inkan k i ta

melaksanakan ker ja -ker ja yang

te lah d i rancang da lam suasana

aman dan se jahtera .

Pembaca yang d ihormat i seka l ian,

Dengan rasa penuh syukur juga saya ing in mengucapkan

se lamat tahun baru 2012 Mas ih i dan juga tahun baru 1433

Hi j rah yang baru saha ja ber la lu . Semoga pada tahun in i k i ta

semua d iku rn iakan kese jah te raan dan kes iha tan yang ba ik

ser ta d ipermudahkan dalam segala urusan. Insya-Al lah dengan

n ia t yang i kh las dan ha t i yang bers ih mudah-mudahan k i ta

semua mendapat i lham dan petun juk yang ba ik dar ipada A l lah

SWT dalam set iap usaha yang k i ta lakukan untuk meneruskan

tanggung jawab sebaga i kha l i fah d i bumi A l lah in i . Mar i lah

k i ta memanja tkan kesyukuran kerana k i ta mas ih lag i d i iz inkan

o leh A l lah SWT untuk te rus berna fas dan men ja lankan

tanggung jawab kepada-Nya , bangsa dan negara , khususnya

pada indus t r i pe r i kanan negara . Maka rea l i sas ikan lah

kesyukuran k i ta i tu dengan te rus mencurahkan bak t i bag i

memast ikan rezek i yang k i ta dapat ada lah ha la l dan berkat . D i

samping Jabatan Per ikanan d iurus dengan ba ik dan sent iasa

menjad i leb ih ba ik dar i sebe lumnya.

Pembaca yang d ihormat i seka l ian,

Mengimbau kembal i kepada usaha dan peranan yang te lah k i ta

sumbangkan sepan jang tahun 2011 , saya percaya banyak

ke jayaan yang te lah k i ta capa i . Semoga ke jayaan in i dapa t

mendorong warga Jaba tan un tuk te rus menuna ikan amanah

yang te lah d iper tanggung jawabkan bag i men ingka tkan

kese jah te raan kumpu lan sasar dan men ingka tkan indus t r i

pe r i kanan negara . Wa lau baga imanapun, te rdapa t juga

program-program yang kurang ber jaya yang memer lukan k i ta

berusaha leb ih g ig ih dan beker ja ke ras seh ingga mencapa i

ke jayaan. Anggap lah kegaga lan sebaga i pembakar semangat

untuk terus ber jaya d i samping dapat mematangkan keh idupan

k i ta dan member i pengajaran yang amat berguna kepada k i ta .

Mana yang ba ik , j ad ikan penanda a ras dan yang seba l i knya

jad ikan lah sempadan agar k i ta t idak mengulang inya lag i . Yang

baik d ipu j i yang kurang ba ik d iperba ik i .

Pembaca yang d ihormat i seka l ian,

Bagi melaksanakan semua hasrat Kera jaan dan Kementer ian,

k i ta per lu bersed ia dengan minda yang terbuka ser ta berkua l t i

d i samping beran i membuat perubahan dengan meninggalkan

s ikap lama yang t idak ba ik dan mengambi l yang ba ik sebagai

pegangan h idup . Buangkan semua penyak i t ha t i yang bo leh

mengganggu ke lancaran pe laksanaan dasar dan program yang

d i rancang . K i ta hendak lah berb incang sek i ranya te rdapa t

masa lah dan jangan lah menggunakan sa lu ran yang t idak

sepatutnya sek i ranya ing in membuat kr i t ikan terhadap Jabatan

Per ikanan.

Semua warga Jabatan Per ikanan juga per lu menjawab sega la

aduan dan mendengar k r i t i kan o leh kumpulan sasar sama ada

yang disalurkan mela lu i akhbar, e-mel atau surat-surat . Jangan

k i ta cepat me la tah dengan se t iap per tanyaan yang d iber ikan

kepada k i ta , seba l i knya k i ta per lu meny iasa t te r leb ih dahu lu

akan kesah ihan perkara yang d iu ta rakan . Da lam masa yang

sama k i ta per lu me layan kumpu lan sasar secara berhemah

da lam suasana mesra dan harmon i . Bag i menge lakkan

kak i tangan awam khususnya kak i tangan Jaba tan Per i kanan

d i labe l sebaga i t i dak sopan me layan kumpu lan sasar da lam

semua ha l , pada 12 D isember 2011 Jaba tan Per ikanan te lah

melancarkan Kempen Senyum da lam usaha mewu judkan

kak i tangan yang mesra pe langgan te ru tamanya kak i tangan

yang ser ing berurusan dengan orang ramai .

Pembaca yang d ihormat i seka l ian,

Kera jaan juga akan me laksanakan Saraan Baharu

Perkh idmatan Awam (SBPA) yang akan berkua t kuasa pada

1 Januar i 2012 . Pe laksanaannya amat rad ika l d i mana

kak i tangan akan d ina ikkan ga j i sek i ranya menun jukkan

pres tas i yang t ingg i . Manaka la kak i tangan yang berp res tas i

rendah akan d iber i pe luang un tuk me le takkan jawatan . Sk im

baharu in i akan menyaksikan beberapa perubahan seper t i sk im

Disember 2011http://www.dof.gov.my

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

(bersambung ke muka surat 4)

Page 2: Disember 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan filepada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang

2 (bersambung ke muka surat 3)

15 Oktober 2011YB Encik Tan Kok Hong, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan

Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor melawat gerai

Jabatan Perikanan sempena Majlis Perasmian Karnival Apresiasi Sumber Air Negeri

Johor di Kota Tinggi.

16 Oktober 2011YB Tn. Hj. Asha’ari bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri

Terengganu melepaskan benih ikan sempena Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum di

Kg. Pelong, Setiu, Terengganu.

21 Oktober 2011YB Senator Dato’ Maznah bt. Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia,

merangkap ADUN Kawasan Muadzam Shah, menyerahkan bot dan peralatan

sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Jeti Pendaratan Kg. Kedaik, Rompin,

Pahang.

22 Oktober 2011YB Dato’ Ramly bin Zahari,

Pengerusi Jawatankuasa

Infrastruktur, Kemudahan Awam,

Tenaga dan Air Negeri Perak

merangkap ADUN Kawasan

Manong menyampaikan bantuan

ikan hiasan kepada guru sekolah

sempena Program Pelepasan

Benih Ikan ke Perairan Umum

Peringkat Kebangsaan di Dataran

Sungai Perak, Kuala Kangsar.

23 Oktober 2011YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

(dua dari kiri) membuat pelepasan ikan sempena Program Sehari dan Cabaran

Memancing di Ban Canal, Tanjung Karang, Selangor.

25 Oktober 2011YBrs. Tuan Hj. Ismail bin Abu Hassan,

Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan), Jabatan Perikanan

Malaysia merasmikan Seminar

Akuakultur Organik di Institut

Penyelidikan Perikanan Glami Lemi,

Jelebu, Negeri Sembilan.

24 Oktober 2011YB Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

melepaskan ikan di Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Polytank sempena Majlis

Pelancaran Kelab MyAgrosis UiTM Kedah di Sungai Petani.

Page 3: Disember 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan filepada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang

3

(sambungan dari muka surat 3)

(bersambung ke muka surat 4)

1 November 2011YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

melancarkan Kempen Menggalakkan Pemakanan Sihat Ikan Air Tawar (Tilapia) dan

Pembukaan Cawangan Tilapia Market di Puchong, Selangor.

15 November 2011YBrs. Encik Mohamad Shaupi bin Derahman, Pengarah Bahagian Perancang dan Antarabangsa,

Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Encik Kilus Nguvauva, Timbalan

Menteri Perikanan dan Sumber Marin Republik Namibia sempena lawatan rasmi ke Ibu Pejabat

Perikanan, Putrajaya.

17 November 2011YB Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

merasmikan “Malaysia International Seafood Exposition 2011” dan “The ThirdInternational Symposium of Cage Culture in Asia (CAA3)” di Pusat Dagangan Dunia

Putra, Kuala Lumpur.

20 November 2011YBrs. Tuan Hj. Ismail bin Abu

Hassan, Timbalan Ketua

Pengarah (Pembangunan),

Jabatan Perikanan Malaysia

memasak bersama isteri di Majlis

Jabatan Perikanan Bersama Chef

Liza Zainol sempena Majlis

Perasmian Ekspo Makanan Laut

Antarabangsa Malaysia (MISE)

dan Simposium Antarabangsa

Akuakultur Sangkar Asia Kali

Ketiga (CAA3) di Pusat Dagangan

Dunia Putra, Kuala Lumpur.

24 November 2011YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan

bertukar-tukar dokumen perjanjian di Majlis Menandatangani Memorandum

Persefahaman untuk Projek Kerjasama Penyelidikan Pembenihan Gamat dan

Kekapis antara Jabatan Perikanan Malaysia dengan Kuala Lumpur Infrastucture

University College di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

27 November 2011YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penyelidikan Perikanan

Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan.

29 November 2011YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia

menunjukkan alat peranti penyisih penyu (TED) kepada nelayan sempena Majlis Perasmian

Program Kajian dan Penggalakan Penggunaan TED Kepada Nelayan Pukat Tunda Musim

Tengkujuh Daerah Kemaman, di Pejabat Perikanan Daerah Kemaman, Terengganu.

26 November 2011YB Datuk Mong Dagang, Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Negeri

Sarawak, melancarkan buku “Arowana – Ikan Hiasan Bernilai” sempena Majlis Pelancaran

Seminar dan Pameran Arowana di Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan,

Sarawak.

Page 4: Disember 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan filepada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang

2 Disember 2011YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia

bertukar-tukar cenderahati dengan Tuan Awang Haji Abdul Halidi bin Mohd Salleh,

Pemangku Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan

Sumber-sumber Utama Brunei Darussalam sempena kunjungan hormat dan lawatan

rasmi ke Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

8 Disember 2011YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka menyerahkan bantuan

kepada peserta Azam Tani sempena Majlis Perasmian Program Azam Tani Peringkat

Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.

12 Disember 2011YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

melancarkan Kempen Senyum di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

14 Disember 2011YBrs. Encik Mohamad Shaupi bin Derahman, Pengarah Bahagian Perancangan dan

Antarabangsa, Jabatan Perikanan Malaysia bertukar-tukar cenderahati dengan Encik

Miskatul Firdaus S, Timbalan Pengarah Urusan Operasi Pelabuhan Perikanan

Indonesia sempena Program Lawatan Kerja ke Malaysia.

pencen, gaj i dan e laun. Prospek per jawatan turut membuka ruang

kepada pen jawat awam untuk kena ikan pangkat tanpa menunggu

kekosongan jawatan. Pen jawat awam per lu memenuhi beberapa

kr i te r ia seper t i p res tas i ker ja e f is ien dan akt i f da lam tugas yang

d iamanahkan. Se la in men ikmat i ga j i baharu , ca ra beker ja tu ru t

berubah dan perubahan i tu se la r i dengan kehendak semasa

sebagai pe laksana dasar kera jaan.

Sehubungan i tu , semua warga Jabatan Per ikanan Malays ia per lu

menyempurnakan amanah yang te lah d iper tanggung jawabkan

dengan sen t iasa mengamalkan dan men i t i kbera tkan beberapa

pr ins ip asas beker ja seper t i ke tepa tan masa , ke tepa tan fak ta ,

te l i t i dan te rper inc i da lam pe laksanaan tugas dan kesanggupan

untuk me lakukan tugas leb ih bag i memenuh i kehendak

pe langgan . Sek i ranya p r ins ip -p r ins ip asas te rsebu t d iama lkan ,

saya yak in dan percaya bahawa Jaba tan Per i kanan Ma lays ia

mampu menghas i l kan moda l insan dan s is tem penyampa ian

perkh idmatan yang berkua l i t i t ingg i dan ‘wor ld c lass ’ .

Berdasarkan kepesatan tekno log i dan persek i taran yang d inamik

pada har i in i , sebagai penjawat awam, k i ta t iada p i l ihan dan per lu

segera me lengkapkan d i r i dengan kemah i ran dan penge tahuan

baharu , pemik i ran yang k reat i f dan ber inovas i ser ta s ikap yang

leb ih pos i t i f agar k i ta te rus re levan , berdaya sa ing , bo leh

beradaptas i dengan perubahan persek i taran. Se la in i tu , k i ta juga

per lu mengamalkan e t i ka tadb i r u rus yang ba ik dengan

menekankan konsep ker ja yang ber in tegr i t i , amanah, te lus ,

b i jaksana , ad i l dan berd is ip l i n agar dapa t membentuk budaya

ker ja yang unggu l . Wa laupun kemah i ran dan kompetens i

seseorang anggo ta i tu ada lah merupakan asas yang

menggerakkan sesua tu tugasan , namun ia t i dak memada i

sek i ranya anggota tersebut t idak mempunyai in tegr i t i . Pada masa

k in i p ihak Kera jaan memandang berat mengenai in tegr i t i . Untuk

i tu , pe lbaga i mekan isme te lah d iwu judkan bag i menentukan

set iap pen jawat awam berada pada tahap yang t ingg i dar i aspek

in tegr i t i dan ama lan murn i . Kewu judan mekan isme te rsebu t

an ta ra la innya ada lah un tuk membantu Jaba tan mengatas i

masa lah dan ke lemahan da lam pengurusan kewangan,

pen tadb i ran , ta ta te r t ib , rasuah , penya lahgunaan kuasa dan

penye lewengan.

Pembaca yang d ihormat i seka l ian,

Bag i tahun 2012, k i ta akan member ikan tumpuan penuh kepada

usaha mencapa i hasra t dan c i ta -c i ta un tuk d ihad iahkan kepada

golongan sasar yang masih dahagakan ke jayaan. Komi tmen yang

j i tu dan ber tanggung jawab un tuk menyempurnakan agenda k i ta

hanya akan d ipero leh sek i ranya semua kak i tangan dar i per ingkat

pengurusan ser ta pegawa i -pegawa i dan pe laksana d i per ingka t

bawah dapat memperkukuhkan ker jasama berasaskan to le rans i

dan sa l ing menghormat i . K i ta per lu mement ingkan ker jasama

dan perpaduan kerana ia merupakan tonggak keharmon ian

masyaraka t berasaskan konsep 1 Ma lays ia . Sehubungan i tu ,

un tuk menghadap i tahun 2012 , k i ta hendak lah mengatu r dan

merancang p rogram-program yang mantap da lam usaha un tuk

membangunkan indust r i per ikanan negara.

Sek ian, wassa lam.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

(sambungan dari muka surat 1)

(sambungan dari muka surat 3)

4

Page 5: Disember 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan filepada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang

vii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011

Tajuk : Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam

Perkhidmatan Awam

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi

panduan mengenai penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi

urusan rasmi dalam Perkhidmatan Awam.

Tarikh : 28 Oktober 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

viii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2011

Tajuk : Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua

Tahun 2011

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan

keputusan Kerajaan untuk memberi Imbuhan Tahunan dan

Bayaran Khas Prestasi bagi kali kedua pada tahun 2011

kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Tarikh : 28 Oktober 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ix) Surat Edaran JPA

Tajuk : Penentuan Penyelia Di Setiap Peringkat Di Dalam

Kementerian Dan Jabatan Bagi Tujuan Kawalan Dan

Pengawasan Tatatertib

Tujuan : Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] telah menyatakan

bahawa adalah menjadi tugas setiap pegawai untuk

menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas

pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai

dengan seberapa segera bagi apa–apa pelanggaran disiplin.

Tarikh : 12 Oktober 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

x) Surat Edaran JPA

Tajuk : Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan

Sokongan Yang Telah Berkhidmat 15 Tahun Dan Lebih Bagi

Penyandang Yang Berada Di Skim Perkhidmatan Jumud

Yang Tiada Lapisan Gred Kenaikan Pangkat

Tujuan : Kerajaan telah memutuskan supaya Pegawai Kumpulan

Sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih serta

masih berada digred lantikan dipertimbangkan kenaikan

pangkat sebagaimana yang ditetapkan.

Tarikh : 13 Oktober 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

xi) Surat Edaran JPA

Tajuk : Tanggungjawab Pegawai Pengawal Menyediakan Jawapan

Dan Tindakan Susulan Bagi Setiap Teguran Laporan Ketua

Audit Negara

Tujuan : Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua

Perkhidmatan Bil. 11/2011 pada 2 November 2011 telah

bersetuju supaya pemantauan tindakan susulan terhadap

teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun

2010 dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tarikh : 22 November 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

i) Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2011

Tajuk : Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi

Tujuan : Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan

Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)

selaras dengan keputusan Kerajaan memperkenalkan

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tarikh : 7 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2011

Tajuk : Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Tujuan : Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk

menjelaskan mengenai pelaksanaan peperiksaan

perkhidmatan awam selaras dengan keputusan Kerajaan

memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam

(SBPA).

Tarikh : 7 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2011

Tajuk : Program Transformasi Minda

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan

mengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM)

sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam

perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi Selaras

dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tarikh : 7 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2011

Tajuk : Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan

Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

menjelaskan dasar dan pelaksanaan penganugerahan

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) dan pemberian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada pegawai

dalam perkhidmatan awam.

Tarikh : 7 Disember 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2011

Tajuk : Bayaran Insentif Pakar (BIP)

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksana dan

memperkemaskan pemberian Bayaran Insentif Pakar (BIP)

kepada Pegawai Perubatan Pakar (Klinikal/Kesihatan Awam)

serta Pegawai Pergigian Pakar (Klinikal), Bayaran Insentif

Kesihatan Awam Pegawai Pergigian dan Bayaran Insentif

Pegawai Kesihatan Daerah.

Tarikh : 29 Jun 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

vi) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2011

Tajuk : Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi

Tahun 2011

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan

keputusan Kerajaan untuk memberi Imbuhan Tahunan dan

Bayaran Khas Prestasi kepada pegawai Perkhidmatan

Awam Persekutuan bagi tahun 2011.

Tarikh : 28 Oktober 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

5

Perkeliling JPAPerkeliling JPA

Page 6: Disember 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan filepada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

Gandingan mantap regu pemancing senior dan amatur Abd Wahab Ismail, 43, dan

anaknya Nik Azuan, 14, berjaya menjinakkan udang galah atau juga dikenali sebagai

Pak Janggut gergasi menggunakan umpan umpun-umpun. Umpan segar yang dibeli

dari pembekal tempatan berjaya menumpaskan udang galah Sekor, yang tersohor

dengan kemanisan isinya.

Memburu Pak Janggut menjadi rutin mingguan bagi mereka. Medan sasarannya,

sekitar sangkar ternak ikan di Kampung Sekor, Pekan, Pahang.

Udang galah memang pantang dengan umpun-umpun. Bagaikan sumpahan. Bau

hanyir umpan tersebut berjaya menggoda selera Pak Janggut. Pasti akan diserbunya.

Namun, lokasi dan musim juga turut menjadi kunci kejayaan menangkapnya.

Musim terbaik ialah selepas banjir. Waktu itu udang bagai kebuluran. Campak sahaja

kail, pasti mengena. Sama ada bersaiz mega, remaja atau juvenil. Tempat paling

strategik ialah sekitar sangkar ternakan ikan. Bermula dari Pekan hingga ke Batu Balik.

Selepas banjir, berduyun-duyun pemancing menyerbu sangkar ikan untuk mengambil

tempat. Waktu ini bagaikan pesta memancing udang. Setiap sangkar, berpenghuni.

Ada yang berpacaran berduet suami isteri. Malah ada juga yang membawa anak kecil.

Berbagai-bagai ragam gelagat mereka. Ada yang serius membisu sambil memerhati

joran tanpa berkelip.

“Ada juga yang khayal tersenyum sambil cuba membunuh diri dengan menyedut asap

rokok yang diakui seluruh dunia sebagai pembunuh senyap tanpa menghiraukan

bahaya.” jelasnya.

Katanya lagi, selepas banjir, udang berhijrah dari hulu ke hilir mencari makan. Apabila

air surut ia akan memilih tepi dan bawah sangkar sebagai kubu persembunyian kerana

keadaannya gelap dan selamat daripada buruan ikan pemangsa. Selain itu,

terdapatnya makanan ikan yang terlepas dari sangkar dan jatuh ke dasar sebagai

makanannya.

Jelasnya, paling lama dia memancing tidak lebih dari empat jam. Tempoh ini kita boleh

agak, sama ada udang mengena atau tidak. Musim udang mengena, boleh dapat tiga

hingga empat kilogram sehari. Paling seronok bila pancing ditelan udang galah bersaiz

mega. Lazimnya, udang mega hanya menelan terus umpan. Kekadang kita tidak

perasan.

“Apabila joran diangkat untuk menukar umpan, N ah! baru tersentak bila sepitnya

berceranggah tersembul di permukaan air.” katanya.

“Awas!! Berhati-hati sewaktu menanggalkan kail dari mulutnya. Sepitnya yang kuat dan

tajam mampu mencederakan tangan jika tersepit.”

“Memancing udang juga ada masalah. Masalah paling besar adalah untuk

mendapatkan bekalan umpan. Umpun-umpun mahal dan bekalannya tidak mencukupi.

Penawaran harga cukup tinggi, RM10 hanya untuk lima ekor. Sekali turun padang

biasanya memerlukan 30 ekor. Namun, sebagai gantian, cacing atau isi ikan juga boleh

dijadikan umpan. Tetapi, daya tarikannya tidak sehebat umpun-umpun.”

“Udang galah memang sedap jika dimasak lemak kuning cili api. Selain itu, ia juga

boleh digoreng berempah. Udang Sekor memang tersohor dengan rasa isinya yang

manis dan lembut.” katanya ketika ditemui di Kampung Sekor baru-baru ini.

CARA MEMANCINGUDANG GALAH

Oleh: Mohamed bin Semail

Jabatan Perikanan Negeri Pahang

6

Page 7: Disember 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan filepada industri perikanan negara. Maka realisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi memastikan rezeki yang

Keadaan atau masa yang

menimbulkan s t res

selalu berlaku. Perkara ini

t idak dapat d ie lakkan

memandangkan gaya hidup

di dunia moden yang serba

pantas ini.

A d a k a h a n d a t a h u

mengenai pelbagai kesan

stres ke atas sistem tubuh

kita? Untuk pengetahuan

a n d a , s t r e s b o l e h

merosakkan beberapa

sistem tubuh. Malah ia

mampu melemahkan tubuh

kita hingga ke satu tahap di

mana sistem imun berputus

asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah

penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan

untuk melakukan apa sahaja yang terdaya untuk

mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh,

justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang

anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa

kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan

seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif

dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan

mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu

berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk

ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat

mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres

boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu

berkenaan akan lebih mudah dijangkiti penyakit berbahaya

seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama,

jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya

boleh memburukkan lagi keadaannya.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab

kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau

petanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres.

Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran

jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan

fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang berbuat

sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak

berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah

tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi

mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk

mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-

langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat

dikurangkan.

1. Pemakanan yang BetulMakan makanan yang betul dapat

membantu kita menghadapi

cabaran kehidupan seharian.

Pastikan anda tidak terlupa untuk

makan pada waktu makan agar

anda mempunyai tenaga yang

cukup untuk melaksanakan tugas

seharian. Pada masa yang sama,

mengambil diet yang seimbang

akan menjamin tubuh mendapat

zat makanan yang diperlukan.

Justeru pastikan anda mengambil

makanan yang menyumbang

kepada kesejahteraan anda. Ambil

protein, vitamin B (B6 dan B12),

asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan DiriKadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa

akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri

dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan.

Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang

besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan

dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan

meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. BerehatJika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-

baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa

ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat

dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas

melaksanakan beberapa siri tugas berat. Mendengar muzik

klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan

merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa

yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan RakanAdalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu

jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan

sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan

masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan

juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang

kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama

ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila

anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu

begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke

atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan

mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu

mengurus stres dengan baik.

Untuk menghadapi kehidupan seharian dari

perspektif baru, sila layari:

http://www.mymotivasi.com

http://www.kesihatan.biz/artikel

PETUA KESIHATAN

Stres dan Akibatnya

7