Upload
cikgunikmie
View
425
Download
18
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
1/18
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
2/18
KHS Terbilang 2010
Bab 3:
Konsep Huraian
1. Tenaga: Satu daya atau kemampuan utk mengoperasikan kerja atau
menghasilkan sesuatu. Tenaga terdpt dlm pelbagai bentuk spt tenagahaba, tenaga kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, dan juga tenaga
elektrik.
2. Tenaga
Endogenik:
Tenaga dalaman yg berpunca dari perut bumi spt tenaga graviti,
radiogenik dan juga tenaga haba.
3. Tenaga
Eksogenik:
Tenaga yg berpunca dari luar bumi iaitu dari m/hari (hasiltindakbalas nukleus:- atom-atom hidrogen berpadu membentuk
helium) yg diterima bumi dlm bentuk bahangan yg kemudiannya
ditukar kpd tenaga haba.
4. Tenaga potensi: Tenaga keupayaan yg dimilki dan disimpan dlm sesuatu jasad krn
kedudukan dan keadaannya. Contoh; air sungai semakin byk
isipadu air sungai semakin besar tenaga potensinya.
5. Tenaga kinetik: Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kpd halaju
pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad semakin tinggi
tenaga kinetik yg terhasil.
6. Tenaga Graviti: Tenaga yg dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas
ke bawah. Ia bergantung kpd saiz jisim dan ketinggian jisim itu.
7. Tenaga Haba: Tenaga kepanasan sesuatu jisim yg diukur dlm unit darjah celsius.
Terbahagi dua iaitu:
Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yg terkena sesuatu permukaan
sehingga permukaan tersebut menjadi panas.
Tenaga haba pendam iaitu tenaga yg terkandung dlm sesuatu jisim
sehingga dibebaskan.
8. Sinaran suria: Merujuk kpd bahangan m/hari yg diterima bumi dlm bentuk
gelombang pendek (0.48 mikron)
9. Sinaran bumi: Dikenali sebagai bahangan teresterial yg dibebaskan ke atmosfera
dlm bentuk gelombang panjang (10 mikron).
10. Afelion: Kedudukan Bumi paling jauh dari M/hari 152 juta km.
11. Perihelion: Kedudukan Bumi paling hampir dgn M/hari 147 juta km.
12. Hukum Boyle: Apabila suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah. Angin akan
bertiup dari kws tekanan tinggi ke kws tekanan rendah.
2
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
3/18
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
4/18
KHS Terbilang 2010
Bab 5:
Konsep Huraian
1. Geologi ataubatuan
Komponen semulajadi mineral spt mika, kuartza, feldsfar, kalsium,karbonat yg terikat secara langsung menerusi pembekuan magma
atau diikat oleh bahan perikat spt koalin, kapur, oksida menerusi
proses simentasi/penyimenan.
2. Batuan Igneus Terbentuk hasil pembekuan magma didlm rekahan kerak bumi
(igneus rejahan) cth, granit atau di permukaan bumi (igneus
terobosan) cth, Basalt.
3. Batuan Enapan Batuan yg terbentuk hasil pemendapan bahan-bahan mendapan
sungai, ais dan angin yg mengalami proses pemadatan dan simentasi.
Cth, batu kapur, batu arang, batu garam, syal
4. Batuan
Metamorfosis
Batuan jelmaan yg mungkin berasal dari batuan igneus atau batuan
enapan yg mengalami tekanan dan suhu yg tinggi. Cth, batu marmar
Bab 6:
Konsep Huraian
1. Hanyutan Benua:stpm 2006 Bermaksud benua tunggal pada satu masa dahulu yg dikenali sbgPangea telah berpecah kpd dua bahagian yg utama, iaitu Laurasia dan
Gondwanaland. Kemudian kedua-dua benua ini hanyut lalu
membentuk benua-benua yg ada sekarang. Kejadian ini berlaku
berjuta-juta tahun yg lalu.
2. Gempa Bumi:
stpm 2005
Ditakrifkan sbg pembebasan tenaga berlaku secara tiba-tiba dari
pusat gempa yg lazimnya menghasilkan gelombang kejutan yg
berpunca drp sesaran di sepanjang garis gelinciran.
3. Gempa tektonik Disebabkan perlepasan tenaga secara tiba-tiba apabila plat tektonik
bertembung , mencapah dan bergesel antara satu sama lain.
4. Gempa Vulkanik Terjadi semasa letusan gunung berapi yg sangat kuat
5. Tsunami Ombak besar yg terhasil akibat gempa bumi dasar laut, letusan
gunung berapi di dasar laut serta hempasan meteor di laut.
4
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
5/18
KHS Terbilang 2010
Bab 7:
Konsep Huraian
1. Lipatan Kerak
Bumi
Merupakan bentuk alunan yg terdpt pada batuan kerak bumi akibat
daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa prosespertembungan antara plat-plat tektonik
2. Gelinciran atau
sesar
Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan kerak
bumi atau blok batuan dari tempat asalnya sama ada secara mendatar
atau menegak.
Bab 8:
Konsep Huraian
1. Proses
Luluhawa
Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku
secara in-situ (setempat).
2. Luluhawa Kimia Semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral
batuan tersebut bertindakbalas dgn air, asid, ion dan larutan sehingga
mineral itu bertukar dari peringkat primer kpd peringkat sekunder.
3. Luluhawa Fizikal Proses penyepaian atau pemecahan batuan akibat tindakbalas unsur-
unsur iklim spt suhu4. Luluhawa Biologi Tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia
sama ada secara fizikal atau kimia yg dpt memecah dan mengurai
batuan
5. Pergerakan Jisim:
stpm 2008
Bermaksud pergerakan bahan-bahan pepejal spt batu, tanih dan
cecair spt lumpur dari atas cerun ke bawah cerun akibat tarikan
graviti yg berlaku secara cepat atau perlahan.
6. Aliran lambat Pergerakan regolit dan tanah-tanih secara perlahan menuruni cerun.
Tidak dpt dilihat dgn mata kasar tetapi dpt dikesan melalui
kecondongan tiang elektrik, pokok atau tiang pagar disesuatu tempat
berbanding kedudukan asalnya.
7. Aliran Cepat Pergerakan regolit, tanih atau lumpur pada kadar yg lebih cepat dan
di atas cerun yg lebih curam berbanding aliran lambat.
8. Geluncuran Pergerakan tanah-tanih, regolit dan bongkah batuan secara besar-
besaran di cerun-cerun curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku
lebih cepat dan secara tiba-tiba berbanding dgn proses aliran cepat.
9. Runtuhan Pergerakan regolit di cerun yg sangat curam dan tegak spt di tebing
tinggi, bahu-bahu bukit yg ditarah.
5
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
6/18
KHS Terbilang 2010
Bab 9:
Konsep Huraian
1. Hakisan Apa? - Proses penghausan yg di alami permukaan bumi akibat
tindakan agen yg bergerak seperti air mengalir, angin, ombak danglaseir.
Bagaimana? - berlaku krn ada tenaga kinetik dan geseran semasa
agen-agen hakisan bergerak menuruni permukaan bumi.
Contoh Hakisan tanih
Hakisan Geologi - hakisan secara s/jadi di kws yg belum diganggu.
Berlaku secara perlahan & mengambil masa yg lama & melibatkan
keseluruhan permukaan bumi.
Hakisan Tanih hakisan berpunca drp tindakan manusia apabila
manusia menganggu keadaan s/jadi.
2. Hakisan Galir Mrjk kpd hakisan di dlm alur-alur yg kekal dan mempunyai airsemasa hujan lebat. Alur alur ini lbh besar drp gegalur & biasa
wujud lbh lama. Terhad dlm alur-alur kekal shj.
3. Hakisan Galur Mrjk kpd hakisan oleh air larian permukaan di dlm alur-alur yg kecil
& bersifat sementara. Liputan hakisan ini lbh meluas berbanding dgn
hakisan galir. Kesan gegalur mudah dilihat ditebing-tebing cerun yg
sudah dipotong.
4. Larian air
permukaan
Dikenali juga sebagai larian Horton iaitu baki air yang tertinggal di
permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara, yang
meresap ke dalam bumi dan juga yang digunakan oleh tumbuhan
selepasa kerpasan.5. Lembangan
saliran
Mrjk kpd kws legeh sungai. Ia terdiri drp sungai induk dan
cawangan-cawangannya yg disempandani olh garisan legeh yg
memisahkannya dgn lembangan sungai yg lain. Serikali lembangan
saliran juga menjadi kws tadahan air.
6. Hakisan
Mendalam
Melibatkan kerja-kerja mengorek dasar sungai oleh air sungai yg
bergerak secara pusaran. Ianya terjadi di hulu sungai. Hakisan
mendalam sungai bertujuan mencapai tahap keseimbangan sungai
(proses balik muda) hasil dari kejatuhan aras laut.
7. Hakisan Melebar Melibatkan kerja-kerja penghakisan dan penghausan yg berlaku pada
tebing alur sungai. Hakisan ini juga di kenali sbg hakisan mendatar
yg boleh berlaku pada kedua-dua bahagian tebing alur sungai. Amatberkesan semasa kejadian banjir.
8. Hakisan
Mengundur
Melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu krn adanya
takat terjun spt jeram dan air terjun di pangkal alur tersebut.
9. Tindakan
Hidraulik
Merupakan tindakan hakisan yg dilakukan oleh air di dlm alur sungai
itu sendiri tanpa melibatkan bahan yg dibawa. Kuasa air sungai
wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur
batuan yg lemah.
10. Hakisan geselan/
lelasan
Proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai
apabila bahan-bahan yg dibawa oleh sungai seperti kelikir , batu
tongkol bergeser dgn tebing dan dasar alur sungai.
6
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
7/18
KHS Terbilang 2010
11. Hakisan lagaan Merupakan pelanggaran antara bahan-bahan yg dibawa oleh air
sungai dgn tebing dan alur sungai atau pelanggaran sesama sendiri
bahan itu.
12. Hakisan Larutan Mrjk kpd tindakbalas secara kimia antara air sungai dgn mineral
geologi yg membentuk tebing dan dasar alur sungai.
13. Pengangkutan
sungai
Adalah proses pemindahan bahan-bahan yg ada di dlm alur sungai
atau muatan sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilirnya serentak
dgn aliran sungai tersebut.
14. Proses Golekan/
seretan
Proses menyeret beban sungai yg kasar, berat dan tumpat.
Memerlukan tenaga kinetik yg kuat dan pergerakan beban
bergantung kpd isipadu & halaju arus sungai.
15. Proses lompatan/
saltasi
Proses pengakutan beban sungai yg bersaiz kecil serta bersegi-segi
spt pasir dan kerikil.
16. Proses Ampaian Pengangkutan beban yg ringan dan mempunyai daya apungan spt
daun kayu.
17. Proses larutan Bahan-bahan yg bersifat kimia terlarut akan dibawa oleh air sungai
dlm bentuk larutan. Cth kalsium karbonat, gipsum, silika, amonia,
sulfur, potaysium yg amat mudah terlarut dlm air.
18. Aliran Laminar Bergerak secara lurus, perlahan dan berlaku pada musim kemarau
19. Aliran Turbulen Bergerak secara berpusar , laju dan berlaku pd musim banjir.
20. Pemendapan
sungai: stpm
2007
Penimbunan atau longgokan bhn spt pasir dan kelikir yg diangkut
oleh sungai dari bahagian atas sungai ke peringkat rendah dan
mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin perlahan
khasnya di kws yg bercerun landai.
21. Delta Bentuk bumi pemendapan yg terhasil di hilir sungai. Terdiri drp
timbunan kelodak, lumpur, lempung, tanah liat, pasir dan bahan-
bahan ampaian. Alur-alur sungai lazimnya berselirat di atas delta.
Kewujudan delta mencerminkan proses luahan (discaj) enapanberlaku di muara sungai.
22. Profil rentas
sungai
Profil rentas sungai merupakan gambaran bentuk lembangan sungai
dari satu tebing ke satu tebing di mana-mana bahagian sungai.
23. Profil panjang
sungai
Profil panjang sungai merupakan bentuk lembah dari satu poin ke
satu poin tertentu di sepanjang lembah sungai yang merujuk
kepada kawasan sungai yang bermula di tanah tinggi hingga ke
muara sungai yang mempunyai kecerunan yang berbeza dan
pelbagai bentuk muka bumi yang berbeza.
7
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
8/18
KHS Terbilang 2010
24. Pantai Satu zon yg terletak di antara tikas air pasang dgn tikas air surut.
Terdiri drp bahan mendak yg peroi spt pasir , kulit kerang, dan siput
serta kelodak dan lumpur.
25. Ombak Ombak Pembina: mengangkut dan memendapkan bahan muatannya
di pinggir pantaiOmbak Pembinasa: menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yg
telah dibina berlaku ketika ribut
26. Arus pesisir
pantai
Dikenali juga sbg hanyutan pesisir pantai terhasil drp perbezaan
sudut damparan & balikan ombak. Bergerak di spjg garis pantai &
mengangkut bhn pantai secara zig-zag
27. Arus pasang
surut
Agen pasang surut juga blh mempengaruhi bentuk muka bumi di zon
pinggir pantai khususnya di kws muara sungai. Pasang surut terjadi
akibat putaran bumi di atas paksinya.
28. Profil pantai
seimbang: stpm
2007
Mrjk kpd kadar hakisan dan pemendapan adalah sama atau hampir
sama. Keadaan pinggir laut asal lebih curam menyebabkan hakisan
berlaku ke arah daratan dan mendapan berlaku ke arah laut dan jika
pinggir laut asal lebih landai, pemendapan akan berlaku di pantai
manakala hakisan berlaku ke arah laut.
29. Zon Pinggir
Pantai: stpm
2008
Bermaksud kws pertemuan antara air laut dgn daratan pantai yang
merangkumi kws antara takat air pasang dan takat air surut.
30. Groin Struktur yg pendek dibuat drp konkrit atau batu yg dibina menganjur
ke laut dlm keadaan bersudut tepat dgn garis pantai. Bertujuan utkmemerangkap enapan pasir yang dibawa oleh ombak dan juga arus
pesisir pantai. Memperlahankan hakisan pantai.
31. Perubahan aras
laut
Kenaikan atau penurunan aras laut berbanding dengan aras daratan.
32. Perubahan
eustatik
Perubahan yang dilami oleh aras laut di seluruh dunia dlm keadaan
aras daratan tidak berubah, berkait rapat dgn pencairan glasier pd
zaman ais pliestosien.
33. Perubahan
Isostatik
Perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami pertambahan
atau pengurangan berat beban. Beban bertambah blok bumi
menurun- aras laut naik. Beban berkurang blok bumi menaik aras
laut jatuh.34. Pantai Fiord Terjadi apabila aras luat naik menenggelamkan lurah-lurah sungai
glasier yang terletak di pinggir pantai. Mempunyai lurah yang
curamm panjang dan dalam kerana asalnya ia merupakan sungai
glasier.
35. Pantai Ria Terbentuk apabila aras laut naik menenggelamkan sebahagian drp
pinggir pantai asal yang bertanah tinggi dan bergunung ganang.
36. Pantai Dalmatia Terbentuk apabila kenaikan aras laut dan menenggelamkan pinggir
laut yang mempunyai banjaran gunung yang terletak selari atau
memanjang dengan garis pantai.
8
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
9/18
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
10/18
KHS Terbilang 2010
Bab 11: Unsur Cuaca dan Iklim, Sinaran dan Bahangan serta Bajet Haba
Konsep Huraian
12. Serakan Partikel-partikel dlm atmosfera akan menyerak bahangan m/hari
secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.Serakan bergantung kepada saiz partikel berbanding dgn jarak
gelombang bahangan suria.
13. Serakan
Rayleigh
Berlaku sekiranya saiz partikel lebih kecil dari jarak gelombang (0.45
mikron) menyebabkan langit berwarna biru.
14. Serakan Mei Berlaku sekiranya saiz partikel sama besar dgn jarak gelombang
menyebabkan langit berwarna kekuningan.
15. Serapan Bahangan m/hari diserap oleh waip air + karbon dioksida (15%) dan
ozon (2%). 36% mengalami albedo (pembalikan olh sistem bumi).
47% shj sampai ke permukaan bumi.
16. Balikan/pantulan Bahangan m/hari akan dipantulkan semula ke angkasa lepas apabila
terkena partikel-partikel yg berwarna cerah seperti manik hujan.
17. Albedo Darjah keputihan atau kecerahan permukaan bumi yg memantulkan
kembali sinaran m/hari. Ini bermakna nisbah antara cahaya yg
dipantulkan dgn cahaya yg diterima olh permukaan bumi.
18. Output suria Kadar pengeluaran tenaga elektromagnet olh pusat m/hari.Bergantung kpd kadar pertukaran hidrogen kpd helium. Jika byk
hidrogen di tukar kpd helium maka suhu m/hari menjadi lbh panas
dan tenaga elektromagnet yg terhasil juga tinggi.
19. Kadar tukaran
normal
Bagi setiap kenaikan 100 meter suhu akan jatuh sebanyak 0.65o C.
20. Olak suhu Keadaan yg wujud apabila semakin tinggi muka bumi suhu
sekitarnya juga akan meningkat.
21. Olak suhu
permukaan
Berlaku hampir dgn permukaan bumi pada waktu malam akibat
penyerapan bahangan bumi olh lapisan bawah atmosfera.
22. Olak suhu di atas
permukaan
Terjadi di lapisan atmosfera atas yg jauh dr permukaan bumi.
Berlaku akibat pertembungan dua jisim udara yg panas dan sejuk yg
mempunyai ketumpatan yg berlainan. Akibat pertembungan, jisim
udara panas akan naik ke atas manakala jisim udara sejuk akan turun
ke bawah. Justeru itu akan kedapatan peningkatan suhu apabila
ketinggian meningkat.
10
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
11/18
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
12/18
KHS Terbilang 2010
cecair atau pepejal. Terdapat dalam berbagai bentuk spt hujan, salji,
hujan beku, hujan batu, embun beku.
12. Tekanan Udara:
stpm 2006
Ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh suatu jisim udara yg
berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan
lazimnya diukur menggunakan unit milibar (mb).
13. Atmosfera : stpm2007
Udara nipis yg terdiri drp empat lapisan yg tidak sama tebalmengikut garislintang, mengandungi pelbagai jenis gas dan
berkedudukan hampir dgn permukaan bumi krn adanya tarikan
graviti serta bergerak bersama-sama pergerakan bumi mengelilingi
m/hari.
14. Pulau Haba:
stpm 2005
Didefinisikan sbg keadaan suhu di kws pusat bandar yg lebih tinggi
berbanding dgn taburan suhu di kws pinggir atau luar drp kws bandar
berkenaan.
15. Pemanasan
Global: stpm
2007
Fenomena peningkatan suhu bumi drp keadaan biasa yg berpunca drp
tindakan manusia dan juga faktor semulajadi.
16. El-Nino:
stpm 2008
Bermaksud peningkatan suhu permukaan laut di lautan Pasifik Barat
secara mendadak atau melampau yg mengakibatkan keadaan cuaca di
kws tersebut mengalami perubahan.
17. La-Nina Satu fenomena s/jadi yg berlawanan dgn El-nino. La-nina biasanya
membawa hujan lebat. Dan mungkin menyebabkan banjir besar.
18. Mikroiklim
Bandar: stpm
2008
Bermaksud keadaan iklim bagi satu kws bandar dgn ciri-ciri cuaca yg
tersendiri akibat pengaruh ciri permukaan bandar.
19. Kesan rumahhijau Mrjk kpd pemerangkapan bahangan m/hari oleh lapisan selimutkarbon dioksida yg terbentuk di ruang atmosfera.
20. Penipisan lapisan
ozon
Merujuk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen (O3) yg
selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan kloroflorokarbon
(CFCs) di lapisan stratosfera.
21. Pencemaran
udara
Didefinisikan sbg kehadiran satu atau lebih drpd bhn cemar spt gas,
bhn berbau, habuk, zarah, debu, dan sbgnya di dlm atmosfera yg
mana ia blh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut
dan akhirnya blh memberi kesan negatif sama ada kpd manusia,
tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kws.
22. Jerebu Ditakrifkan sbg partikel terampai di atmosfera dlm kepekatan tinggi.
Terbentuk dlm keadaan cuaca kering dan udara yg stabil yg
menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti atmosfera.
23. Hujan asid Air hujan yg mengandungi tahap keasidan yg tinggi ( pH kurang dari
5) spt air hujan yg mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Berlaku
apabila bhn-bhn pencemar udara spt sulfur dioksida, nitrogen
dioksida bertindak sbg nukleas kondensasi mencatumkan wap-wap
air menjadi bintik dan titisan air.
TEMA 4 Sitem Hidrologi
12
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
13/18
KHS Terbilang 2010
Konsep Huraian
1. Kitar Hidrologi Menerangkan pertukaran air yg berterusan dlm berbagai bentuk
seperti wap, cecair & pepejal yg melibatkan berbagai ruang sama ada
ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera & ruang litosfera. Mrjk kpd
sistem edaran air yg melibatkan storan & laluan utk air tersebutberputar & bertukar bentuk dr satu tahap ke tahap lain.
2. Sejatan
(menyumbang
90% lembapan
atmosfera)
Proses penukaran air drp bentuk cecair kpd wap air apabila tekanan
wap pd permukaan air lbh tinggi drp tekanan udara di dlm atmosfera
yg belum mencapai tahap tepu. Memerlukan cukup haba utk
memanaskan permukaan air yg membolehkan air tersejat.
3. Sejat peluhan Mrjk kpd kehilangan air dari proses sejatan secara langsung, sejatan
dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan. Sejat-peluhan adalah
asal usul proses yg memulakan edaran air dlm kitaran hidrologi.
4. Sejat peluhan
potensi
Kuantiti air yg blh disejatkan drp permukaan tanih & perpeluhan drp
tumbuhan jika tanih itu mengalami lembapan yg optimum.
5. Sejat peluhan
sebenar
Kuantiti air yg sebenarnya disejatkan drp tanih & perpeluhan
tumbuhan dlm satu jangka masa yg tertentu di bawah keadaan
lembapan tanih & tumbuhan yg berubah-ubah.
6. Pemeluwapan/
Kondensasi
Satu proses pertukaran wap-wap air kpd cecair spt hujan atau pepejal
spt salji. Proses ini penting kpd kitaran air krn kondensasi penting
dlm proses pembentukan awan utk menghasilkan hujan bagi
mengembalikan air yg tersejat ke bumi.
7. Penyejukan
adiabatik
Kejatuhan suhu dlm jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dlm
atmosfera
8. Kerpasan: stpm
2006
Bermaksud lembapan yg terdpt di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke
permukaan bumi dlm pelbagai bentuk pepejal seperti salji, hujan batudan hujan beku serta bentuk cecair, iaitu hujan atau embun. Kesemua
bentuk kerpasan ini turun ke permukaan bumi dlm intensiti yg
berbeza.
9. Hujan Titisan air yg turun dari awan. Terjadi melalui proses pemeluwapan
sehingga terbentuk bintik-bintik air yg kemudiannya bercantum
antara satu sama lain menjadi lbh berat & tepu sehingga melebihi
daya apungannya dlm atmosfera lalu turun sbg hujan.
10. Hujan Perolakan Bermula dgn sejatan yg berlaku di permukaan bumi atau lautan oleh
bahangan bumi yg menyebabkan jisim udara mengembang & naik ke
atas bersama-sama wap air di dlmnya. Udara yg naik ini mengalami
penyejukan adiabatik sehingga mencapai takat embun (0o C) & awanini dikatakan mencapai tahap tepu yg akan menurunkan hujan diserta
kilat dan petir pada lewat petang.
11. Hujan
Perenggan
Berkait dgn pertembungan dua jisim udara yg berlainan suhu.
Apabila udara panas & udara lembap bertembung ia akan
mewujudkan satu sempadan yg dikenali sbg garis/zon perenggan.
12. Hujan Bukit Sering berlaku di banjaran gunung yg mengadap arah tiupan angin
laut yg membawa awan lembap & dipaksa naik mengikut cerun bukit
mengadapnya. Hujan turun bila udara mengalami penyejukan
adiabatik.
Konsep Huraian
13. Salji Hablur-hablur ais yg terdiri drp pelbagai bentuk yg terjadi akibat
13
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
14/18
KHS Terbilang 2010
pemeluwapan dlm jisim udara yg sedang naik & disejukan kpd suhu
bwh dari takat beku. Salji terjadi apabila paras beku terlalu hampir
dgn permukaan bumi (bwh drp 300 m) yg menyebabkan hablur ais
tidak sempat cair sebelum tiba di bumi.
14. Hujan Beku Hujan yg turun bercampur dgn salji. Berlaku apabila titisan air hujan
yg jatuh melalui lapisan udara yg bersuhu takat beku maka titisan airjuga akan membeku menjadi bintik ais yg kecil & jernih sifatnya.
15. Hujan Batu Kerpasan dlm bentuk pepejal yg paling berat dan kasar. Terjadi dlm
keadaan ribut atau angin kencang yg mengolakkan titisan hujan ke
satu paras di bawah takat beku mengakibatkan titisan hujan akan
membeku dan menjadi besar & berat & turun sbg bebola ais.
16. Embun Beku Merupakan kabut beku terbentuk akibat mendapan kabut tebal
apabila objek-objek bersuhu sub-beku bersentuhan dgn kabut.
Kesannya bintik-bintik kabut yg halus akan membeku & melekat di
permukaan yg sejuk tersebut.
17. Pintasan/ Cegat
Silara
Merujuk kpd halangan drp kanopi (silara) tumbuhan terhdp air hujan
yg turun. Halangan ini dtgnya dr daun , ranting, dahan, batang dll yg
menyebabkan tdk 100 % titisan hujan akan menimpa bumi.
18. Air larian Ditakrifkan sbg baki air hujan yg mengalir sama ada di atas
permukaan bumi, subpermukaan atau dlm sungai setelah jmlh
keseluruhan hujan ditolak dgn yg mengalami sejatan, pintasan,
susupan & yg digunkan olh tumbuhan.
19. Air larian
permukaan
Terjadi apabila keupayaan susupan tanah dilepasi dimana titisan air
hujan tidak lagi dpt masuk ke dlm tanah apabila semua rongga-
rongga porinya tepu dipenuhi air oleh titisan sebelumya.
20. Larian air
subpermukaan
Air yg telah menyusup ke dlm tanah blh mengalir di bwh & hampir
permukaan bumi bersama partikel-partikel tanah yg tdk stabil masukke dlm sungai.
21. Larian air dalam
alur (sungai)
Kombinasi antara air larian, air hujan yg terus jatuh ke dlm sungai
dan air dlm tanah yg juga memasuki sungai sbg aliran dasar akan
terus mengalir dlm bentuk aliran sungai menuju ke laut.
22. Sungai Fana Alur yg mengalirkan air semasa hujan atau sebaik shj salji cair.
Bersifat aliran terus shj dan iannya terdapat di kws gersang atau
separa gersang yg tdk mempunyai saluran yg kekal.
23. Sungai jeda Alur yg mengalirkan air dlm jeda masa tertentu spt dua atau tiga
bulan dlm setahun iaitu mengikut musim hujan shj & selebihnya
adalah kering.
24. Sungai saka Alur yg mengalirkan air sungai sepanjang tahun walaupun berlakukemarau.
25. Susupan/
infiltrasi
Pergerakan air hujan yg berlaku secara menegak menerusi liang-liang
pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara yg ada di dlm tanah.
26. Sistem akuifer:
stpm 2008
Bermaksud satu lapisan air bawah tanah yang terdapat di atas lapisan
batuan tidak telap air membentuk stok air tanah yg banyak.
Tema 4 : Bab Air Tanih
14
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
15/18
KHS Terbilang 2010
Konsep Huraian
1. Air Tanih Ialah semua air yg terdpt di bwh permukaan bumi. Mewakili 95% drp
keseluruhan sumber air tawar dunia yg blh digunakan. Berasal drp
kerpasan khususnya air hujan & cairan salji yg mengalami susupan &
tersimpan di lapisan akuifer.
2. Akuifer Lapisan batuan yg boleh menakung dan membendung air. Bertindaksbg konduit utk air di dlm tanih mengalir menuju ke sungai.
3. Akuifug Batuan yg blh menyimpan air tetapi tdk membenarkan air yg
disimpannya mengalir. Cth batuan granit
4. Akuiklud Batuan yg blh menyimpan air dan membenarkan air mengalir sbg
aliran air tanih. Cth lapisan tanah liat dan batuan syal.
5. Keporosan Mrjk kpd peratus liang pori atau ruang yg wujud antara partikel tanih
atau antara mineral batuan yg blh diresapi dan ditakungi olh air tanih.
6. Ketertelapan Merujuk kpd keupayaan sesuatu jenis batuan utk memindahkan air
atau membenarkan air mengalir & meresap melaluinya.
7. Penahanan tentu Satu ukuran keupayaan batuan menahan atau mengekalkan air
selepas ketepuan dicapai.
8. Pekali keterusan Mrjk kpd keupayaan akuifer utk mengalirkan air melalui satu unit
ketebalan akuifer.
9. Pekali simpanan Mrjk kpd keupayaan akuifer utk mengeluarkan isipadu air pd satu-
satu masa tertentu.
10. Edaran air
tanih
Mrjk kpd semua bentuk pergerakan air yg menggunakan tanih sbg
medium spt aliran subpermukaan, susupan & pergerakan air secara
mendatar dlm sistem akuifer.
11. Imbangan air /
Imbangan
hidrologi
Keseimbangan antara air yg diterima dr atmosfera (input: hujan
embun, salji) olh permukaan bumi adalah sama dgn jmlh air yg
keluar ke atmosfera (output: sejatan, sejat-peluhan, larian permukaan& storan dlm tanah).
12. Keseimbangan
dinamik
Bermaksud keseimbangan air iaitu apabila nilai input, storan dan
output tlh mencapai kestabilan w/pun nilai-nilainya sentiasa berubah
dlm suatu jangka masa tertentu.
13. Imbangan air
negatif
Ditakrifkan sbg kekurangan air yg dialami olh sebuah kws dlm tmph
tertentu. Kadar sejatan melebihi kerpasan. Kesannya berlaku
kemarau iaitu keadaan kering dan panas tanpa hujan dlm jangka masa
yg panjang .
14. Imbangan air
positif
Bermaksud jmlh kerpasan melebihi sejatan dlm tempoh yg pjg akan
menyebabkan banjir. Banjir adalah keadaan limpahan air atau
kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluranspt sungai, tasik dan laut lalu mengalir melimpahi ke kws sekitar
khususnya di kws tanah rendah.
15. Banjir sungai Berlaku apabila isipadu air sungai adalah lbh besar berbanding
kemampuan alur-alur sungai utk menampung isipadu air.
16. Banjir laut Berpunca dari gelombang ombak yg besar (tsunami) yg
menyebabkan kenaikan aras laut secara mendadak, air pasang besar
yg berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan m/hari selari.
Kesannya banjir ini merosakkan kws pertanian, petempatan & harta
benda
Konsep Huraian
15
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
16/18
KHS Terbilang 2010
17. Banjir Kilat:
stpm 2005
Ditakrifkan sebagai peningkatan aras air permukaan yg cepat
terutamanya di kws bandar yang disebabkan curahan hujan lebat dlm
tempoh masa yang singkat dan air akan surut dlm tempoh yg singkat
juga.
18. Banjir tasik Berlaku apabila paras air dlm tasik meningkat naik melebihi dayatampung tasik tersebut di sebabkan hujan lebat berterusan dan
pencairan salji.
19. Kemerosotan
Kualiti Sumber
air
Bererti pencemaran terhdp sumber air iaitu sumber air bersih sama
ada dr sungai, tasik, laut, kolam dan takungan s/jadi, air bawah tanah
dan air hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. Indeks
kemerosotan kualiti air bersih di ukur melalui indikator spt
Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria
Echerichia Coli, kandungan ammoniakal nitrogen (NH3-N),
kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) dan perubahan
warna dan bau di dlm sesuatu sumber air.
20. Hidrologi bandar Satu edaran hidrologi tempatan yg melibatkan tiga medium penting
iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan sumber air di bandar.
21. Pengurusan air
Lestari
Melibatkan perancangan, analisis, penilaian, penggunaan, impak dan
ramalan terhadap sumber air secara sistematik, cekap & optimum
tanpa membazir utk menjamin bekalan air kpd pengguna sentiasa
bersih dan berterusan.
* Nilai BOD yg tinggi bermakna kandungan oksigen terlarut dlm air adalah rendah.
* Ini menunjukkan bhw air tlh tercemar. Sebaliknya nilai BOD yg rendah bermakna kualiti air
itu adalah baik dgn kandungan oksigen terlarut yg tinggi iaitu air tidak tercemar.
* Larutan metilena biru biasanya digunakan untuk menguji kehadiran oksigen dlm air. Kadar
BOD yg tinggi menyebabkan warna metilena biru dilunturkan dgn cepat.
TEMA 5 Sistem Ekologi
16
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
17/18
8/14/2019 Diari Konsep Geografi Fizikal STPM 942/1
18/18
KHS Terbilang 2010
utama dalam ekosistem tasik adalah air.
13. Pembangunan
Lestari
Lestari membawa maksud kekal dlm keadaan asal spt pengekalan
alam semulajadi. Pembangunan yg mementingkan kesejahteraan
hidup yg berterusan utk semua generasi kini dan akan datang.
Tema 6 Saling Kebergantungan
1. Penyahhutanan: stpm 2008
Bermaksud kegiatan penerokaan atau pelupusan hutan secara meluas untuk tujuan pertanian
ladang atau pembangunan petempatan baru.
2. Saling Kebergantungan:
Bermaksud saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara komponen-komponen dalamsatu sistem.
18
nsnj2009 Diari Konsep 942/1 Sumber : Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM