16
1 GARIS PANDUAN PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG, PINGAT-PINGAT SERTA TAULIAH JAKSA PENDAMAI YANG DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1. PENDAHULUAN 1.1 Bersempena dengan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang disambut pada setiap Hari Jumaat minggu pertama November setiap tahun, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menganugerahkan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Penganugerahan ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perak kepada mereka yang telah banyak menabur jasa-jasa serta menyumbangkan khidmat bakti kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan negara amnya. 2. SUSUNAN KUMPULAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT 2.1 DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI Darjah Kerabat (D.K.) 2.2 Darjah Kebesaran SERI PADUKA SULTAN NAZRIN SHAH PERAK YANG AMAT MULIA Dato’ Seri Paduka Sultan Nazrin (S.P.S.N) (Dato’ Seri Diraja/Isteri : Datin Seri Diraja) 2.3 Darjah SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI Pangkat Pertama Seri Paduka Cura Simanja Kini (S.P.C.M.) Pangkat Kedua Dato’ Paduka Cura Simanja Kini (D.P.C.M.) Pangkat Ketiga Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.) Pangkat Keempat Ahli Cura Simanja Kini (A.C.M.)

DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

1

GARIS PANDUAN PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG, PINGAT-PINGAT SERTA TAULIAH JAKSA PENDAMAI YANG

DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

1. PENDAHULUAN

1.1 Bersempena dengan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Sultan Perak yang disambut pada setiap Hari Jumaat minggu pertama November setiap tahun, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menganugerahkan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Penganugerahan ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perak kepada mereka yang telah banyak menabur jasa-jasa serta menyumbangkan khidmat bakti kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan negara amnya.

2. SUSUNAN KUMPULAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT

2.1 DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI

Darjah Kerabat (D.K.)

2.2 Darjah Kebesaran SERI PADUKA SULTAN NAZRIN SHAH PERAK YANG AMAT MULIA

Dato’ Seri Paduka Sultan Nazrin (S.P.S.N) (Dato’ Seri Diraja/Isteri : Datin Seri Diraja)

2.3 Darjah SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI Pangkat Pertama … Seri Paduka Cura Simanja Kini (S.P.C.M.) Pangkat Kedua … Dato’ Paduka Cura Simanja Kini (D.P.C.M.) Pangkat Ketiga … Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.) Pangkat Keempat … Ahli Cura Simanja Kini (A.C.M.)

Page 2: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

2

2.4 Darjah SERI PADUKA MAHKOTA PERAK Pangkat Pertama … Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) Pangkat Kedua … Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) Pangkat Ketiga … Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) Pangkat Keempat … Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)

2.5 Darjah SERI PANGLIMA TAMING SARI Pangkat Pertama … Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) Pangkat Kedua … Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)

2.6 Pingat-Pingat:

i) Pingat Keberanian Handal (P.K.H.)

ii) Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)

iii) Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

iv) Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.) 2.7 Tauliah Lantikan Jaksa Pendamai (J.P.)

3. JENIS DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT

3.1 Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (S.P.C.M.)

Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ Seri pangkat pertama

dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa di atas rekod kejayaan cemerlang yang telah dicapai;

Dikurniakan kepada mereka yang telah menyumbangkan

perkhidmatan yang cemerlang kepada Negeri Perak semenjak beberapa lama dengan mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh;

Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang telahpun dikurniakan

D.P.C.M., mereka lazimnya yang berpangkat Tingkatan Tertinggi “C” dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau yang setaraf dengannya; dan

Penganugerahan darjah ini pada lazimnya merupakan kenaikan

pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan D.P.C.M.

Page 3: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

3

3.2 Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)

Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ Seri pangkat kedua dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa di atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai.

Syarat-syarat kelayakan bagi kurniaan Darjah ini adalah sama

dengan kelayakan S.P.C.M. tetapi tarafnya adalah lebih rendah daripada Seri Paduka Cura Simanja Kini (S.P.C.M.);

Dikurniakan kepada mereka yang telah menyumbangkan

perkhidmatannya yang cemerlang kepada Negeri Perak semenjak beberapa lama dan mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh;

Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang telahpun dikurniakan D.P.M.P.

maka mereka adalah terdiri daripada Tingkatan Tertinggi “C” dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau yang setaraf dengannya; dan

Penerima Darjah ini pada lazimnya merupakan kenaikan pangkat

kepada penerima yang telahpun dikurniakan D.P.M.P.

3.3 Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)

Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ Seri Panglima pangkat pertama dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa di atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai. Darjah Kebesaran ini dikhaskan kepada anggota Tentera dan Polis atau yang bersesuaian dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang

berpangkat Jeneral/Leftenan Jeneral (Tentera Darat), Laksamana Madya (LKSDYA) (Tentera Laut) dan Leftenan Jeneral Udara (Tentera Udara) atau yang setaraf dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan Polis yang

berpangkat Inspektor Jeneral Polis (IGP)/ Deputi Inspektor Jeneral (DGP) atau yang setaraf dengannya; dan

Penerima darjah ini pada lazimnya merupakan kenaikan pangkat

kepada penerima yang telahpun dikurniakan D.P.T.S.

Page 4: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

4

3.4 Darjah Dato’ Paduka Cura Simanja Kini (D.P.C.M.)

Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ pangkat pertama dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa di atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai.

Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan tinggi

yang terkenal kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada Negeri Perak. Mereka mestilah mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang-bidang tertentu untuk Negeri Perak;

Dikurniakan kepada kakitangan awam di dalam Kumpulan

Pengurusan dan Profesional atau yang setaraf dengannya; dan

Penganugerahan Darjah ini pada lazimnya merupakan kenaikan pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan P.C.M.

3.5 Darjah Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)

Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ pangkat kedua dan

dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa di atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai;

Syarat-syarat kelayakan bagi kurniaan Darjah D.P.M.P. adalah sama

dengan kelayakan Dato’ Paduka Cura Simanja Kini tetapi adalah lebih rendah daripada D.P.C.M.;

Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan tinggi

yang terkenal kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada Negeri Perak dalam apa-apa jua lapangan kehidupan. Mereka mestilah mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang-bidang tertentu untuk Negeri Perak;

Dikurniakan kepada kakitangan awam di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang telah mencapai sekurang-kurangnya Gred 54 ke atas atau yang setaraf dengannya; dan

Penganugerahan Darjah ini pada lazimnya adalah merupakan

kenaikan pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan P.M.P.

Page 5: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

5

3.6 Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)

Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ Pahlawan pangkat pertama dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa di atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai. Darjah Kebesaran ini dikhaskan kepada anggota Tentera dan Polis atau yang bersesuaian dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang

berpangkat Mejar Jeneral/Brigedier Jeneral (Tentera Darat), Laksamana Muda (LKSDA)/Laksamana Pertama (Tentera Laut) dan Mejar Jeneral TUDM/Brigidier TUDM (Tentera Udara) dan yang setaraf dengannya; dan

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan polis yang

berpangkat Komisioner Polis (CP)/Deputi Komisioner Polis (DCP) dan Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) atau yang setaraf dengannya.

3.7 Darjah Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.)

Darjah ini adalah peringkat ketiga daripada kumpulan Darjah Yang

Amat Mulia Paduka Cura Simanja Kini. Ianya dikurniakan kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa kepada Negeri Perak dan telah menjalankan tugas yang amat sukar dengan jayanya;

Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan

Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat Gred 48 atau yang setaraf dengannya;

Darjah Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.) ini dikurniakan kepada

mereka yang berkelayakan lebih mutunya daripada Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) di dalam satu-satu bidang;

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang

berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (Tentera Laut), Kolonel TUDM (Tentera Udara) atau yang setaraf dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang

berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) atau yang setaraf dengannya; dan

Page 6: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

6

Penganugerahan Darjah ini pada lazimnya adalah merupakan kenaikan pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan A.C.M.

3.8 Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)

Darjah ini adalah peringkat ketiga daripada kumpulan Darjah Yang

Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa kepada Negeri Perak dan telah menjalankan tugas yang amat sukar dengan jayanya;

Dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam Kumpulan

Pengurusan dan Profesional yang menyandang Gred 48 atau yang setaraf dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang

berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (Tentera Laut), Kolonel TUDM (Tentera Udara) atau yang setaraf dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang

berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) atau yang setaraf dengannya; dan

Penganugerahan Darjah ini pada lazimnya adalah merupakan

kenaikan pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan A.M.P.

3.9 Darjah Ahli Cura Simanja Kini (A.C.M.)

Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah

Yang Amat Mulia Paduka Cura Simanja Kini. Dikurniakan kepada mereka yang telah banyak memberikan jasa kepada Negeri Perak;

Dikurniakan kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan

yang cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri Perak;

Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang setaraf dengannya; dan

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang

berpangkat Superintenden Polis (SUPT) atau yang setaraf dengannya;

Page 7: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

7

3.10 Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)

Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri Perak.

Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurang-

kurangnya Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang setaraf dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang

berpangkat Mejar/Kapten/Leftenan/Leftenan Muda (Tentera Darat), Leftenan Komander/Leftenan Madya/Leftenan Muda (Tentera Laut), Mejar TUDM/Kapten TUDM/Leftenan TUDM/Leftenan Muda (TUDM) atau yang setaraf dengannya; dan

Dikurniakan kepada anggota Pasukan Polis yang berpangkat Deputi

Superintenden Polis (DSP)/Asisten Superintenden Polis (ASP) atau yang setaraf dengannya.

3.11 Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)

Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah melakukan sesuatu

perbuatan yang bersifat cemerlang dan berani dalam Negeri Perak;

Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan dalam Gred 22 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia atau yang setaraf dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang

berpangkat Pegawai Waran I dan II (Tentera Darat), Kadet Kanan/Kadet/Pegawai Waran I dan II (Tentera Laut) dan Pegawai Waran Udara I dan II (Tentera Udara) atau yang setaraf dengannya; dan

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang

berpangkat Ketua Inspektor (C/Insp.) dan Inspektor (Insp) atau yang setaraf dengannya.

Page 8: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

8

3.12 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada Negeri Perak selain daripada keberanian handal dan setia dalam menjalankan kewajipan, termasuk perkhidmatan yang lama dengan menunjukkan kebolehan yang luar biasa dan kelakuan yang boleh memberi contoh teladan;

Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajan dalam Gred 17 dan

ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia atau yang setaraf dengannya;

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang berpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar Kanan/Laskar Kelas Satu/Laskar Kelas Dua/Laskar Muda (Tentera Laut), Flait Sarjan/Sarjan Udara/Koperal Udara/Laskal Udara Kanan/Laskal Udara Satu/Laskal Udara Dua (Tentera Udara) atau yang setaraf dengannya; dan

Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang

berpangkat Sub-Inspektor (Sub-Insp.)/Sarjan Mejar (SM)/Sarjan (Sjn)/Koperal (KPL)/Lans Koperal (L/Kpl) atau yang setaraf dengannya.

3.13 Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)

Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah memberi perkhidmatan

yang cemerlang dan taat setia kepada Negeri Perak. Berkhidmat tidak kurang daripada 25 tahun dan berkebolehan memberi teladan yang baik.

3.14 Tauliah Lantikan Jaksa Pendamai (J.P.)

Mereka yang dipilih untuk ditauliahkan JAKSA PENDAMAI ini

hendaklah terdiri daripada mereka yang benar-benar layak samada dari segi pendidikan, ilmiah dan berkelakuan baik yang boleh memberi contoh teladan.

Pegawai-pegawai Kerajaan tidak layak dipertimbangkan.

Page 9: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

9

4. PENCALONAN

4.1 Pencalonan secara on-line bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat

Negeri Perak akan dimaklumkan kepada :-

i) Ketua Jabatan Negeri / Persekutuan (dalam Negeri Perak) ii) Agensi-agensi Kerajaan / Badan Berkanun iii) Ketua Pengarah Jabatan Persekutuan iv) Ketua Setiausaha Kementerian v) Persatuan / Pertubuhan Badan Sukarela vi) Orang Besar Jajahan Negeri Perak vii) Pusat-Pusat Pengajian Tinggi

4.2 Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan hendaklah mendapatkan

pencalonan daripada semua peringkat kakitangan dan tidak terhad kepada sesuatu bahagian atau jenis jawatan sahaja. Setiap pencalonan hendaklah dibuat kepada mereka yang difikirkan layak dan sesuai sahaja.

5. SALURAN PENCALONAN

5.1 Pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak

adalah melalui 2 saluran yang menggunakan borang dan 1 saluran dibuat secara on-line.

Saluran Pencalonan Menggunakan Borang:

i) Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak DaruL Ridzuan; dan ii) Pejabat YAB Menteri Besar Perak (Untuk Ahli-Ahli Politik).

Saluran Pencalonan Secara On-line

iii) Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak [Pegawai-Pegawai Negeri / Badan Berkanun dalam Perkhidmatan Negeri Perak / Pegawai-Pegawai Persekutuan / Polis / Tentera / Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat dalam Negeri Perak termasuk Anak-Anak Perak yang bertugas di Luar Negeri Perak serta Ahli-Ahli Pertubuhan / Persatuan / Kebajikan / Sukarela / Sukan / Sosial / Agama / Swasta / Orang Awam]

Page 10: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

10

6. ASAS-ASAS PENCALONAN

6.1 Seseorang calon yang dicadangkan untuk sesuatu Darjah Kebesaran,

Bintang dan Pingat Negeri Perak hendaklah terdiri daripada mereka yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada Negeri Perak khasnya dan negara amnya.

6.2 Pencalonan di kalangan anggota pertubuhan, persatuan, kebajikan,

sukarela, sukan, sosial, agama, swasta dan lain-lain hendaklah berasaskan kepada sumbangan masing-masing kepada negara dan masyarakat. Keutamaan hendaklah diberikan kepada mereka yang memberi sumbangan yang cemerlang di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

6.3 Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang dicadangkan hendaklah

bersesuaian dengan jawatan dan gred jawatan sebagaimana yang diterangkan dalam Garis Panduan.

6.4 Seseorang calon yang dicadangkan, mestilah mempunyai rekod

perkhidmatan yang bersih dan cemerlang. Tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak diperlukan. Ini adalah kerana urusan tersebut akan dibuat oleh pihak Urus Setia setelah pemilihan calon-calon selesai.

6.5 Seseorang yang telah menerima sesuatu kurniaan Negeri Perak boleh

dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun kurniaan terdahulu.

6.6 Seseorang yang pernah menolak tawaran tidak perlu dicalonkan semula.

6.7 Keutamaan hendaklah diberi kepada calon-calon yang berumur lebih daripada 40 tahun melainkan jika calon-calon itu terdiri daripada ahli-ahli sukan.

7. PERATURAN MENGISI BORANG PENCALONAN SECARA ONLINE

7.1 Tiap-tiap pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat selain

daripada pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan hendaklah dibuat secara on-line melalui capaian laman web negeri Perak, http://epla.perak.gov.my/pingat.php.

7.2 Setiap pencalonan adalah dikategorikan seperti berikut :-

i) Kategori ‘A’ - Untuk Pegawai-Pegawai Negeri / Badan

Berkanun dalam perkhidmatan Negeri Perak.

Page 11: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

11

ii) Kategori ‘B’ - Untuk Pegawai-Pegawai Persekutuan / Badan-Badan Berkanun Persekutuan / Polis / Tentera dalam Negeri Perak termasuk Anak-Anak Perak Yang Bertugas di Luar Negeri Perak.

iii) Kategori ‘C’ - Untuk Ahli-Ahli Pertubuhan / Persatuan /

Kebajikan / Sukarela / Sukan / Sosial / agama / Swasta dan Orang Awam.

7.3 Borang pencalonan on-line hendaklah diisi oleh pencalon dan bukan calon itu sendiri. Pencalon hendaklah mempastikan bahawa calon berkenaan belum lagi dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang atau Pingat yang dicadangkan supaya tidak berlaku pertindihan penganugerahan. Sekiranya berlaku pertindihan, pihak urus setia berhak untuk membatal atau membuat sebarang keputusan bagi penganugerahan tersebut.

7.4 Segala maklumat yang terdapat di dalam borang pencalonan hendaklah

diisi dengan jelas, tepat dan lengkap.

7.5 Semua pencalonan daripada agensi-agensi di bawah kawalan Kementerian hendaklah diselaraskan di peringkat Kementerian masing-masing sebelum dikemukakan kepada urus setia.

7.6 Pencalonan bagi Darjah Kebesaran Seri Paduka Cura Simanja Kini

(S.P.C.M.), Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.), Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.), Dato’ Paduka Cura Simanja Kini (D.P.C.M.), Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.), Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) hendaklah mendapat sokongan YB. Menteri atau YAB. Menteri Besar atau YAB. Ketua Menteri.

7.7 Pencalonan di kalangan Pegawai Kerajaan di peringkat Persekutuan bagi Darjah Kebesaran Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.), Paduka Mahkota Perak (P.M.P.), Ahli Cura Simanja Kini (A.C.M.), Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) hendaklah mendapat sokongan atau tandatangan Ketua Setiausaha Kementerian.

7.8 Pencalonan di kalangan Pegawai Kerajaan di peringkat Persekutuan bagi

Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.), Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.) memadai dengan mendapatkan sokongan/tandatangan Ketua Jabatan atau Ketua Bahagian atau yang setaraf dengannya.

7.9 i) Pencalonan daripada pertubuhan, persatuan, kebajikan, sukarela,

sukan, sosial, agama, swasta dan sebagainya yang berada dalam Negeri Perak:

Page 12: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

12

Hendaklah mendapatkan ulasan dan tandatangan Pegawai Daerah dan Orang Besar Jajahan yang berkenaan sebagai sokongan. ii) Pencalonan daripada pertubuhan, persatuan, kebajikan, sukarela, sukan, sosial, agama, swasta dan sebagainya yang berada di luar Negeri Perak: Hendaklah mendapatkan ulasan dan tandatangan Pegawai Daerah/ Datuk Bandar/ Yang DiPertua Majlis Perbandaran/ Yang DiPertua Majlis Daerah/ Setiausaha Dewan Bandaraya/ Setiausaha Majlis Perbandaran/ Setiausaha Majlis Daerah atau Orang Besar Jajahan di mana calon berkhidmat sebagai sokongan dan seterusnya hendaklah mendapatkan juga ulasan dan tandatangan Pegawai Daerah dan Orang Besar Jajahan di Negeri Perak.

7.10 Pencalonan pegawai-pegawai kerajaan yang bergiat cergas di dalam pertubuhan, persatuan, kebajikan, sukarela, sukan, agama dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat di mana calon-calon itu berkhidmat.

8. TARIKH TUTUP

8.1 Semua pencalonan hendaklah sampai ke pihak Urus setia sebelum atau selewat-lewatnya 31 Julai 2017. Borang pencalonan yang dicetak hendaklah dikemukakan kepada alamat seperti berikut:- Urus Setia E-Pingat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bahagian Dewan Negeri & MMK Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 IPOH. 8.2 Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan atau diproses.

Page 13: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

13

HUBUNGI KAMI:

Unit Pingat Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan

Aras 2, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bangunan Perak Darul Ridzuan

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000, Ipoh

Perak Darul Ridzuan

No. Telefon : 05-2095214/ 2095211

No. Faksimili : 05-2410451

Emel : [email protected]/ [email protected]

Page 14: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

14

PANDUAN KELAYAKAN PENCALONAN PENGANUGERAHAN

DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI PERAK BAGI ANGGOTA PENGURUSAN TERTINGGI PERKHIDMATAN AWAM

KATEGORI PEGAWAI GRED

JAWATAN KELAYAKAN GELARAN

Gred Khas A VK5

Gred Khas B VK6

Gred Khas C VK7

Professor Universiti Gred C VK7

Ketua Setiausaha Negara VU1

Turus I VU2

Turus II VU3

Turus III VU4

Jusa A VU5

Jusa B VU6

Jusa C (Pentadbiran) VU7

Page 15: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

15

PANDUAN KELAYAKAN PENCALONAN PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI PERAK BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM

KATEGORI GRED JAWATAN KELAYAKAN

I A54 (A1)

B54 (B1)

B54 (C1)

DG54 (DG1)

DS54 (DS1)

DU54 (DU1)

E54 (E1)

F54 (F1)

G54 (G1)

J54 (J1)

KB54 (KB1)

KP54 (KP1)

KX54 (KX1)

L54 (L1)

M54 (M1)

N54 (N1)

Q54 (Q1)

S54 (S1)

U54 (U1)

W54 (W1)

PCM / PMP

II A48 (A2)

B48 (B2)

C48 (C2)

DG48 (DG2)

E48 (E2)

F48 (F2)

G48 (G2)

J48 (J2)

KB50 (KB2)

KP48 (KP2)

KX2 (KX50) KX48 (KX3)

L48 (L2)

M48 (M2)

N48 (N2)

Q48 (Q2)

S48 (S2)

U48 (U2)

W48 (W2)

ACM / AMP

III DS45 (DS2)

DU45 (DU2)

ACM / AMP

IV A41 (A3)

B42 (B3)

C41 (C3)

DG41 (DG3)

E41 (E3)

F41 (F3)

G41 (G3)

J41 (J3)

KB42 (KB4)

KP41 (KP3)

KX42 (KX4 ) KX41 (KX5)

L41 (L3)

M41 (M3)

N41 (N3)

Q41 (Q3)

S41 (S3)

U41 (U3)

W41 (W3)

PPT

V A36 (A4)

G36 (G4)

J36 (J4)

U40 (U4) U36 (U6)

W36 (W4)

PPT

VI B32 (B4)

C32 (C4)

DG34 (DG4)

E32 (E4)

F32 (F4)

G32 (G5)

KB32 (KB6)

KP32 (KP4)

KX32 (KX6)

L32 (L4)

N32 (N5)

Q32 (Q5)

S32 (S4)

U32 (U7)

W32 (W5)

PPT

VII A29 (A5)

B28 (B5)

C27 (C5)

DG27 (DG6)

E27 (E5)

F29 (F5)

G27 (G6)

J29 (J5)

KB29 (KB7)

KP27 (KP5)

KX27 (KX7)

L29 (L5)

N27 (N6)

Q27 (Q6)

S28 (S5)

U29 (U8)

W27 (W6)

PPT

VIII A22 (A6)

B22 (B6)

C22 (C6)

E22 (E6)

F22 (F6)

G22 (G7)

J22 (J6)

KB24 (KB8) KB22 (KB9)

KP22 (KP6)

KX24 (KX8 ) KX22 (KX9)

L22 (L6)

N22 (N7)

Q22 (Q7)

R24 (R1)

S22 (S6)

U24 (U9) U22

(U11)

W22 (W7)

PJK

IX A18 (A7)

B18 (B7)

C17 (C7)

DG17 (DG8)

E18 (E7)

F17 (F7)

G18 (G8)

J17 (J7)

KB17 (KB10)

KB19 (KB7) KB17 (KB8)

KX18 (KX10)

L17 (L7)

N20 (N8) N17 (N9)

Q17 (Q8)

R22 (R2)

S17 (S7)

U19 (U10) U17

(U12)

W17 (W8)

PJK

X A14 (A8)

B14 (B8)

C14 (C8)

E14 (E8)

F14 (F8)

G14 (G9)

J14 (J8)

KB16 (KB11) KB14

(KB12)

KP14 (KP9)

KX14 (KX11)

N14

(N10) Q14 (Q9)

R17 (R3) R16 (R4)

S14 (S8)

U13 (U1)

W14 (W9)

PJK

XI A12 (A9)

B11 (B9)

C11 (C9)

E11 (E9)

F11 (F9)

G12 (G10)

J11 (J9)

KB11 (KB13)

KP10 (KP11)

KX11 (KX12)

N12 (N11)

N4 (N12)

Q11 (Q10)

R14 (R5) R12 (R6)

S11 (S9)

U12 (U14)

U1 (U16)

W11 (W10)

PJK

Penjawat-Penjawat Awam yang telah berkhidmat tidak kurang dari 25 tahun atau telah mencapai umur 50 tahun ke atas PLP

Page 16: DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL …pingat.perak.gov.my/panduani.pdfberpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet (Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar

16

PANDUAN KELAYAKAN KURNIAAN BAGI ANGGOTA TENTERA / POLIS

Polis Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara Kelayakan

Inspektor Jeneral Polis (IGP) Jeneral Laksamana Madya (LKSDYA) Leftenan Jeneral Udara SPTS

Deputi Inspektor Jeneral (DIG) Komisioner Polis (CP) Deputi Komisioner Polis (DCP) - YA 24 / Jusa (54 / Jusa)

Leftenan Jeneral Mejar Jeneral

Laksamana Muda (LKSDA) Mejar Jeneral TUDM

Senior Assisten Komisioner Polis (SAC) – YA 24 (52/54)

Brigedier Jeneral – Z 28 (54) Laksamana Pertama (LKSMA) – Z 28 (54) Brigedier TUDM – Z 28 (54) DPTS

Assisten Komisioner Polis (ACP) – YA 22 (48) Kolonel - Z 26 (48 / 52) Kapten (KAPT) – Z 26 (48 / 52) Kolonel TUDM - Z 26 (48/52) PCM / PMP

Superintenden Polis (SUPT)

– YA 20 (44)

Leftenan Kolonel - Z 24 (44) Komander (KDR) – Z 24 (44) Leftenan Kolonel TUDM - Z 24 (44)

ACM

Deputi Superintenden Polis (DSP)

- YA 18 (41)

Mejar - Z 22 (44) Leftenan Komander (LT KDR) - Z 22 / 24 (44) Mejar TUDM – Z 22 (44) AMP

Assisten Superintenden Polis (ASP) - YA 16 (41) Inspektor (INSP) – YA 13 (41)

Kapten – Z 19 / 20 (41) Leftenan (LT) – Z 22 (41) Kapten TUDM – Z 19 / 20 (41) AMP

Sub-Inspektor (SUB-INSP) – YA 10 (32) Leftenan - Z 17 / 18 (32 / 36)

Leftenan Madya (LT DYA) – Z 17 / 18 (32 / 36) Leftenan TUDM – Z 17 / 18 (32 / 36)

PPT

Sarjan Mejar (SM) – YA 8 (29)

Sarjan (SJN) - YA 6 (27)

Leftenan Muda – Z 15 (27) Leftenan Muda (LTM) – Z 15 (27) Leftenan Muda TUDM – Z 15 (27)

PPT

Pegawai Waran I – Z 14 (26) Kadet Kanan (KDT KN) – Z 14 (26) Pegawai Waran Udara I – Z 14 (26)

PPT

Pegawai Waran II – Z 12 / 13 (22/26) Kadet (KDT) – Z 12 / 13 (22/26) Pegawai Waran Udara II – Z 12 / 13 (22/26)

Pegawai Waran I (PW I) – Z 12 / 13 (22 / 26)

Pegawai Waran II (PW II) - Z 12 / 13 (22/26)

Koperal (KPL) YA 11 (20) Staf Sarjan – Z 8 / 10 Bentara Kanan (BK) - Z 8 / 10 Flait Sarjan – Z 8 / 10 PJK

Lans Koperal (L/KPL) YA 1 / 2 ( 17 ke bawah) Sarjan Bentara Muda (BM) Sarjan Udara

Koperal Laskar Kanan (LK) Koperal Udara

Lans Koperal Laskar Kelas Satu (LK I) Laskal Udara Kanan (LUK)

Prebet Laskar Kelas Dua (LKS II) Laskal Udara Satu (LU I)

Laskar Muda (LM) Laskal Udara Dua (LU II)