Author
nancy-chie-ujan
View
105
Download
3
Embed Size (px)
SKMB5053 SEMINAR DIALEKTOLOGI BAHASA MELAYUNAMA: NANCY ANAK UJAN NO KAD MATRIK: P57961 KURSUS: KAJIAN BAHASA MELAYU PENSYARAH: DR.RAHIM AMAN
Tajuk: UlasanDialek Melayu Bangka
KAWASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Pulau Bangka yang berada di Indonesia. Bangka yang terpisah dari Sumatera oleh Selat Bangka merupakan pulau yang besarnya di sekitar 113, 340 km persegi. Jarak yang paling jauh di Bangka, dari hujung barat laut sampai hujung tenggara. Menurut sensus 1980 penduduknya di sekitar 550,000. Bangka terkenal sebagai pulau timah dan kuli cina. Sekarang ini, seperempat penduduknya merupakan orang Cina. Pada tahun 1930, penduduk Cina di pulau Bangka masih di sekitar 50 peratus.
OBJEKTIF KAJIAN
merekonstruksi sejarah bahasa Melayu berdasarkan berbagaibagai bahan seperti data tentang dialek Melayu dan bahasabahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan yang erat dengan bahasa Melayu (misalnya bahasa Iban).
KAEDAH KAJIAN
Untuk mengkaji dialek Melayu Bangka ini pengkaji menggunakan kajian lapangan. Kaedah diakronis dan sinkronis melakukan wawancara - dua atau tiga orang lelaki yang umurnya antara 30 dan 60 tahun yang lahir di desa dan diteliti dialeknya. Beliau mewawancara responden dengan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa perantara. Semua wawancara dirakam dan terus ditranskripsikan
KEADAAN DIALEK DI BANGKA
Penulis menerangkan tentang dua jenis tulisan yang pernah dilakukan oleh tiga orang pengkaji tentang keadaan linguistik di Bangka. Melalui kajian pengkaji-pengkaji tersebut Northofer membahagikan kepada dua iaitu karya tentang bahasa Lom dan karya tentang isolek-isolek lain yang digunakan di pulau tersebut. linguistik dilakukan di Bangka, kajian tersebut difokuskan kepasa isolek yang dikatakan bahasa Lom. Hasil daripada carian Northofer, daftar kata pertama tentang bahasa Lom diterbitkan pada tahun 1982 oleh seorang pengarang anonim(nama samaran)
KOSA ILMU
Helbig (1940), Voorhoeve (1955), Wurm dan Hattori (1981), Smedal (1987), Dahl (1991) dan Blust (1994). Nooji (1895), Mutsanni Ahmad (1984), Zulkarnain Mustafa (1984) dan Sofyan Silahiddin (1991)
HIPOTESIS
Dialek Melayu Bangka temasuk bahasa Lom sebenarnya berasal daripada dari satu bahasa purba.
Dialek Melayu Jakarta (JAK )berasal dari Bangka
DAPATAN KAJIAN
empat dialek dalam kajian beliau iaitu dialek Kota pelabuhan Mentok, dialek kota pelabuhan Belinyu, dialek kota pemerintahan Sungailiat dan dialek daerah pendesaan dengan subdialek utara tengah dan selatan.
Pengkaji mengemukakan ciri-ciri setiap kelompok dialek. Penjelasan dimulakan dengan mendaftarkan ciri-ciri dialek pendesaan. Dialek pendesaan ini terdiri daripada tiga subdialek iaitu dialek pendesaan utara(Kacung, Gunung Muda), dialek pendesaan tengah(Tuatunu, Dul, Perlang) dan dialek pendesaan selatan(Arungdalem, Pakuk, Gadung).
CONTOH DAPATAN KAJIAN
Subdialek pedesaan utara(Kacung,Gunung Muda). Contoh ciri-cirinya ialah:
Untuk leher , kedua-dua desa ini memakai r dan r g . Kata ini muncul sebagai Dialek Melayu Iban(IBN) r dengan makna yang sama. Titik pengamatan daerah pedesaan yang lain dan Sungailiat memperlihatkan refleks Bahasa Melayu Purba(BMP) *liher: li r atau l r. Mentok dan Belinyu mengunakan refleks BM/BI, iaitu l h r . Untuk mulut dan membelah subdialek ini menggunakan refleks *mulut dan *piak (