32
Definisi Pantun. Konsep Pantun.Unsur Pantun Pendahuluan Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul (1961). Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun antara mereka. Penciptaannya terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud. Penciptaan Pantun Sastera Melayu di Malaysia dihasilkan oleh pengarang-pengarang yang kehidupan dan pemikiran mereka dibentuk dan dipengaruhi oleh alam sekitar dan kepercayaan yang dianuti oleh mereka. Dalam konteks orang Melayu di Malaysia, kepercayaan terhadap Allah ialah kepercayaan yang mutlak bagi mereka untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah s.w.t. Kenyataan ini dapat dilihat daripada penggunaan unsur alam dan kepercayaan kepada Allah s.w.t di dalam penyampaian mesej puisi (termasuk pantun). Unsur alam merujuk kepada elemen-elemen alam fizikal atau alam nyata (inderawi) yang dapat dilihat, didengar, disentuh dan dirasai melalui pancaindera manusia. Alam fizikal ini merupakan satu lapisan dari seluruh alam. Lapisan yang lain ialah alam metafizikal yang merupakan lapisan atau bahagian alam yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Fenomena ini biasanya disebut sebagai alam ghaib, iaitu bahagian alam yang sepenuhnya berada di dalam kelebihan ilmu Allah s.w.t (2006). Unsur Alam dalam Pantun Sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan terdahulu, unsur alam ialah segala-gala yang boleh (berupaya) dilihat, didengar, dan dirasai (dengan deria sentuh dan perasaan) oleh insan dan makhluk yang lain. Maksud boleh pula ialah, manusia boleh membuat sesuatu berdasarkan kuderat dan kerelevanan pancaindera yang dimiliki oleh manusia. Mereka yang cacat, mungkin tidak boleh mendengar, melihat, dan merasai

Definisi Pantun

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Definisi Pantun

Definisi Pantun. Konsep Pantun.Unsur Pantun

Pendahuluan

Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul (1961). Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat  pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun  antara mereka.  Penciptaannya terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait.  Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud.

Penciptaan Pantun Sastera Melayu di Malaysia dihasilkan oleh pengarang-pengarang yang kehidupan dan pemikiran mereka  dibentuk dan dipengaruhi oleh alam sekitar dan kepercayaan yang dianuti oleh mereka.  Dalam konteks orang Melayu di Malaysia,  kepercayaan terhadap Allah ialah kepercayaan yang mutlak bagi mereka untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah s.w.t. Kenyataan ini dapat dilihat daripada penggunaan unsur alam dan kepercayaan kepada Allah s.w.t di dalam penyampaian mesej puisi (termasuk pantun). Unsur alam merujuk kepada elemen-elemen alam fizikal atau  alam nyata (inderawi) yang dapat dilihat, didengar, disentuh dan dirasai melalui pancaindera manusia.  Alam fizikal ini merupakan satu lapisan dari seluruh alam. Lapisan yang lain ialah alam metafizikal yang merupakan lapisan atau bahagian alam yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia.  Fenomena ini biasanya disebut sebagai alam ghaib, iaitu bahagian alam yang sepenuhnya berada di dalam kelebihan ilmu Allah s.w.t (2006).

Unsur Alam dalam PantunSebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan terdahulu, unsur alam ialah segala-gala yang boleh (berupaya) dilihat, didengar, dan dirasai (dengan deria sentuh dan perasaan) oleh insan dan makhluk yang lain. Maksud boleh pula ialah, manusia boleh membuat sesuatu berdasarkan kuderat dan kerelevanan pancaindera yang dimiliki oleh manusia. Mereka yang cacat, mungkin tidak boleh mendengar, melihat, dan merasai seperti mereka yang normal. Namun, kita jangan lupa, bahawa mereka yang cacat [penglihatan] mungkin lebih tajam daya imiginasi mereka berbanding dengan kita yang normal.

Hal inilah yang dikatakan bahawa mata hati mereka (yang cacat penglihatan) lebih tajam derianya (perasaan) daripada manusia yang normal. Mereka dapat bermonolog dan bermeditasi dengan daya imiginasi yang lebih ampuh jika dibandingkan dengan mereka yang normal penglihatannya. Begitu juga yang cacat pendengaran, mungkin daya agakan mereka lebih tajam, iaitu seumpama lintah di dalam air yang tajam pendengaran lalu hanya dengan melalui riak dan getaran air, si lintah akan datang kepada objek yang menyebabkan kocakan atau riakan air itu. Demikian juga rasa sentuhan, deria sentuh dan rasa (perasaan). Yang cacat pendengaran dan penglihatan mungkin lebih tajam daya rasa dan perasaan berbanding dengan insan yang normal.

Page 2: Definisi Pantun

Selaku manusia yang normal, kita amat bertuah kerana dengan kenormalan itu kita dapat mencetuskan idea bagi menghasilkan puisi yang baik. Oleh itu, penggunaan unsur alam akan dilihat lebih membawa makna yang lebih dari sekadar maknanya yang harfiah. Unsur ini perlu ditafsir bagi menghayati makna yang sebenar. Tuntutan untuk melaksanakan tafsiran bagi menemukan makna ini memberi implikasi bahawa kesusasteraan memiliki sifat zahir dan batin atau yang tersurat dan yang tersirat (Hashim Awang, 2002). Muhamad Haji Salleh (1999), memberi pandangan bahawa manusia Melayu membaca dan mentafsir kejadian alam untuk memahami sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang akan berlaku (ramalan). Alam sering dilihat seperti mengetahui perasaan manusia dan menyebelahinya dalam menyediakan tanda, memberi peringatan atau pun merayakan sesuatu peristiwa dan keadaan. Alam membayangkan kebenaran. Maka bayangan ini selalu dicari oleh pemikir dan pengarang untuk dipindahkan ke dalam karya mereka. Misalnya, unggas atau ayam akan berbunyi menandakan sesuatu (seperti manusia dan bukan manusia) akan datang dan terbit waktu fajar pada waktu subuh.

Mengikut Za’ba (1934) perlambangan atau teknik yang sengaja menyamarkan citra dan makna adalah salah satu teknik utama sastera Melayu yang bukan sahaja digunakan dalam pantun tetapi juga dalam naratif yang lain. Menurut pendapat Pendeta ini, hal ini demikian kerana dalam pemikiran sastera, sekurang-kurangnya pantun, hikayat dan beberapa bentuk yang berkaitan, sesuatu yang lebih misterius. Oleh itu, segala-galanya akan lebih mencabar akal fikiran khalayaknya.

Unsur-unsur Lain dalam Pantun

Menurut kajian, selain pencernaan pemikiran melalui alam sekitar dan persekitaran, penyair Melayu Islam yang lama (2006) menggunakan sumber yang lebih autentik dan jelas, iaitu melalui pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam al-Quran. Karangan mereka lebih bersifat falsafah dan pemikiran. Salah satu contoh yang baik ialah Syair Ma’rifat karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkel, seperti contoh yang berikut:

Baik-baik tuan menerima

Kepada pohon ialah seumpama

Daun dan buah tiada sama

Masing-masing berlain-lain nama

Sebiji kelapa ibarat sama

Lafaznya empat suatu makna

Di situlah banyak orang terkena

Page 3: Definisi Pantun

Sebab pendapat kurang sempurna

Kulitnya itu ibarat syariat

Tempurungnya itu ibarat tarekat

Isinya itu ibarat hakikat

Minyaknya itu ibarat makrifat

Jikalau kita amat-amati syair Ma’rifat baris demi baris, unsur alam, iaitu pokok kelapa digunakan secara terperinci untuk menggambarkan konsepsi agama seperti tarekat dan makrifat. Demikian juga jika kita biasa mendengar bait-bait lagu nasyid yang antara lainnya berbunyi seperti yang berikut:

Walaupun hidup seribu tahun

Kalau tak sembahyang, apa gunanya?

Mukadimah yang di atas dan beberapa sub topik yang berikutnya bukanlah tujuan kertas kerja ini disediakan. Pengenalan yang diberi di atas bertujuan supaya pembaca memahami asal-usul terciptanya karya puisi yang di dalamnya termasuklah pantun. Oleh yang demikian, perhatian pemakalah ditumpukan kepada kaedah atau cara (definisi yang diskopkan pemakalah) pantun dicipta oleh pengkaryanya.

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Pantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa Minangkabau yang berarti "petuntun". Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan, dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan, dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa). Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), setiap baris terdiri dari 8-12 suku kata, bersajak akhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a (tidak boleh a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.

Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.

Page 4: Definisi Pantun

Karmina dan talibun merupakan bentuk kembangan pantun, dalam artian memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan pantun "versi pendek" (hanya dua baris), sedangkan talibun adalah "versi panjang" (enam baris atau lebih).

PERANAN PANTUN

Sebagai alat pemelihara bahasa, pantun berperan sebagai penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih orang berfikir asosiatif, bahwa suatu kata bisa memiliki kaitan dengan kata yang lain.

Secara sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat, bahkan hingga sekarang. Di kalangan pemuda sekarang, kemampuan berpantun biasanya dihargai. Pantun menunjukkan kecepatan seseorang dalam berpikir dan bermain-main dengan kata.

Namun demikian, secara umum peran sosial pantun adalah sebagai alat penguat penyampaian pesan.

Struktur pantun

Menurut Sutan Takdir Alisjahbana fungsi sampiran terutama menyiapkan rima dan irama untuk mempermudah pendengar memahami isi pantun. Ini dapat dipahami karena pantun merupakan sastra lisan.

Meskipun pada umumnya sampiran tak berhubungan dengan isi kadang-kadang bentuk sampiran membayangkan isi. Sebagai contoh dalam pantun di bawah ini:

Air dalam bertambah dalam

Hujan di hulu belum lagi teduh

Hati dendam bertambah dendam

Dendam dahulu belum lagi sembuh

Beberapa sarjana Eropa berusaha mencari aturan dalam pantun maupun puisi lama lainnya. Misalnya satu larik pantun biasanya terdiri atas 4-6 kata dan 8-12 suku kata. Namun aturan ini tak selalu berlaku.

Jenis-jenis pantunArtikel atau bagian artikel ini mungkin lebih cocok dipindahkan ke Wikisource[pindah]

Pantun Adat

Page 5: Definisi Pantun

Menanam kelapa di pulau BukumTinggi sedepa sudah berbuah

Adat bermula dengan hukum

Hukum bersandar di Kitabullah

Ikan berenang lubuk

Ikan belida dadanya panjang

Adat pinang pulang ke tampuk

Adat sirih pulang ke gagang

Lebat daun bunga tanjung

Berbau harum bunga cempaka

Adat dijaga pusaka dijunjung

Baru terpelihara adat pusaka

Bukan lebah sembarang lebah

Lebah bersarang di buku buluh

Bukan sembah sembarang sembah

Sembah bersarang jari sepuluh

Pohon nangka berbuah lebat

Bilalah masak harum juga

Berumpun pusaka berupa adat

Daerah berluhak alam beraja

Pantun Agama

Banyak bulan perkara bulanTidak semulia bulan puasa

Banyak tuhan perkara tuhan

Tidak semulia Tuhan Yang Esa

Daun terap di atas dulang

Page 6: Definisi Pantun

Anak udang mati di tuba

Dalam kitab ada terlarang

Yang haram jangan dicoba

Bunga kenanga di atas kubur

Pucuk sari pandan Jawa

Apa guna sombong dan takabur

Rusak hati badan binasa

Asam kandis asam gelugur

Ketiga asam si riang-riang

Menangis mayat di pintu kubur

Teringat badan tidak sembahyang

Pantun Budi

Bunga cina di atas batuDaunnya lepas ke dalam ruang

Adat budaya tidak berlaku

Sebabnya emas budi terbuang

Di antara padi dengan selasih

Yang mana satu tuan luruhkan

Diantara budi dengan kasih

Yang mana satu tuan turutkan

Apa guna berkain batik

Kalau tidak dengan sujinya

Apa guna beristeri cantik

Kalau tidak dengan budinya

Sarat perahu muat pinang

Singgah berlabuh di Kuala Daik

Page 7: Definisi Pantun

Jahat berlaku lagi dikenang

Inikan pula budi yang baik

Anak angsa mati lemas

Mati lemas di air masin

Hilang bahasa karena emas

Hilang budi karena miskin

Biarlah orang bertanam buluh

Mari kita bertanam padi

Biarlah orang bertanam musuh

Mari kita menanam budi

Ayam jantan si ayam jalak

Jaguh siantan nama diberi

Rezeki tidak saya tolak

Musuh tidak saya cari

Jikalau kita bertanam padi

Senanglah makan adik-beradik

Jikalau kita bertanam budi

Orang yang jahat menjadi baik

Kalau keladi sudah ditanam

Jangan lagi meminta balas

Kalau budi sudah ditanam

Jangan lagi meminta balas

Pantun Jenaka

Pantun Jenaka adalah pantun yang bertujuan untuk menghibur orang yang mendengar, terkadang dijadikan sebagai media untuk saling menyindir dalam suasana yang penuh keakraban, sehingga tidak menimbulkan rasa tersinggung, dan dengan pantun jenaka diharapkan suasana akan menjadi semakin riang. Contoh:

Page 8: Definisi Pantun

Di mana kuang hendak bertelur

Di atas lata di rongga batu

Di mana tuan hendak tidur

Di atas dada di rongga susu

Elok berjalan kota tua

Kiri kanan berbatang sepat

Elok berbini orang tua

Perut kenyang ajaran dapat

Sakit kaki ditikam jeruju

Jeruju ada di dalam paya

Sakit hati memandang susu

Susu ada dalam kebaya

Naik ke bukit membeli lada

Lada sebiji dibelah tujuh

Apanya sakit berbini janda

Anak tiri boleh disuruh

Orang Sasak pergi ke Bali

Membawa pelita semuanya

Berbisik pekak dengan tuli

Tertawa si buta melihatnya

Jalan-jalan ke rawa-rawa

Jika capai duduk di pohon palem

Geli hati menahan tawa

Melihat katak memakai helm

Limau purut di tepi rawa,

Page 9: Definisi Pantun

buah dilanting belum masak

Sakit perut sebab tertawa,

melihat kucing duduk berbedak

jangan suka makan mentimun

karna banyak getahnya

hai kawan jangan melamun

melamun itu tak ada gunanya

Pantun Kepahlawanan

Pantun kepahlawanan adalah pantun yang isinya berhubungan dengan semangat kepahlawanan

Adakah perisai bertali rambut

Rambut dipintal akan cemara

Adakah misai tahu takut

Kamipun muda lagi perkasa

Hang Jebat Hang Kesturi

Budak-budak raja Melaka

Jika hendak jangan dicuri

Mari kita bertentang mata

Kalau orang menjaring ungka

Rebung seiris akan pengukusnya

Kalau arang tercorong kemuka

Ujung keris akan penghapusnya

Redup bintang haripun subuh

Subuh tiba bintang tak nampak

Hidup pantang mencari musuh

Musuh tiba pantang ditolak

Page 10: Definisi Pantun

Esa elang kedua belalang

Takkan kayu berbatang jerami

Esa hilang dua terbilang

Takkan Melayu hilang di bumi

Pantun Kias

Ayam sabung jangan dipautJika ditambat kalah laganya

Asam di gunung ikan di laut

Dalam belanga bertemu juga

Berburu ke padang datar

Dapatkan rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Bagaikan bunga kembang tak jadi

Anak Madras menggetah punai

Punai terbang mengirap bulu

Berapa deras arus sungai

Ditolak pasang balik ke hulu

Kayu tempinis dari kuala

Dibawa orang pergi Melaka

Berapa manis bernama nira

Simpan lama menjadi cuka

Disangka nenas di tengah padang

Rupanya urat jawi-jawi

Disangka panas hingga petang

Kiranya hujan tengah hari

Page 11: Definisi Pantun

Pantun Nasihat

Kayu cendana di atas batuSudah diikat dibawa pulang

Adat dunia memang begitu

Benda yang buruk memang terbuang

Kemuning di tengah balai

Bertumbuh terus semakin tinggi

Berunding dengan orang tak pandai

Bagaikan alu pencungkil duri

Parang ditetak ke batang sena

Belah buluh taruhlah temu

Barang dikerja takkan sempurna

Bila tak penuh menaruh ilmu

Padang temu padang baiduri

Tempat raja membangun kota

Bijak bertemu dengan jauhari

Bagaikan cincin dengan permata

Ngun Syah Betara Sakti

Panahnya bernama Nila Gandi

Bilanya emas banyak di peti

Sembarang kerja boleh menjadi

Jalan-jalan ke Kota Blitar

jangan lupa beli sukun

Jika kamu ingin pintar

belajarlah dengan tekun

Pantun Percintaan

Page 12: Definisi Pantun

Coba-coba menanam mumbangMoga-moga tumbuh kelapa

Coba-coba bertanam sayang

Moga-moga menjadi cinta

Jangan suka bermain tali

Kalau tak ingin terikat olehnya

Putus cinta jangan disesali

Pasti kan datang cinta yang lainnya

Limau purut lebat di pangkal

Sayang selasih condong uratnya

Angin ribut dapat ditangkal

Hati yang kasih apa obatnya

Ikan belanak hilir berenang

Burung dara membuat sarang

Makan tak enak tidur tak tenang

Hanya teringat dinda seorang

Anak kera di atas bukit

Dipanah oleh Indera Sakti

Dipandang muka senyum sedikit

Karena sama menaruh hati

Ikan sepat dimasak berlada

Kutunggu digulai anak seberang

Jika tak dapat di masa muda

Kutunggu sampai beranak seorang

Kalau tuan pergi ke Tanjung

Kirim saya sehelai baju

Page 13: Definisi Pantun

Kalau tuan menjadi burung

Sahaya menjadi ranting kayu.

Kalau tuan pergi ke Tanjung

Belikan sahaya pisau lipat

Kalau tuan menjadi burung

Sahaya menjadi benang pengikat

Kalau tuan mencari buah

Sahaya pun mencari pandan

Jikalau tuan menjadi nyawa

Sahaya pun menjadi badan.

Pantun Peribahasa

Berakit-rakit ke huluBerenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu

Bersenang-senang kemudian

Ke hulu memotong pagar

Jangan terpotong batang durian

Cari guru tempat belajar

Jangan jadi sesal kemudian

Kerat kerat kayu di ladang

Hendak dibuat hulu cangkul

Berapa berat mata memandang

Barat lagi bahu memikul

Harapkan untung menggamit

Kain di badan didedahkan

Harapkan guruh di langit

Page 14: Definisi Pantun

Air tempayan dicurahkan

Pohon pepaya di dalam semak

Pohon manggis sebasar lengan

Kawan tertawa memang banyak

Kawan menangis diharap jangan

Pantun Perpisahan

Pucuk pauh delima batuAnak sembilang di tapak tangan

Biar jauh di negeri satu

Hilang di mata di hati jangan

Bagaimana tidak dikenang

Pucuknya pauh selasih Jambi

Bagaimana tidak terkenang

Dagang yang jauh kekasih hati

Duhai selasih janganlah tinggi

Kalaupun tinggi berdaun jangan

Duhai kekasih janganlah pergi

Kalaupun pergi bertahun jangan

Batang selasih mainan budak

Berdaun sehelai dimakan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga

Bunga Cina bunga karangan

Tanamlah rapat tepi perigi

Adik di mana abang gerangan

Bilalah dapat bertemu lagi

Page 15: Definisi Pantun

Kalau ada sumur di ladang

Bolehlah kita menumpang mandi

Kalau ada umurku panjang

Bolehlah kita bertemu lagi

Pantun Teka-teki

Kalau tuan bawa keladiBawakan juga si pucuk rebung

Kalau tuan bijak bestari

Binatang apa tanduk di hidung?

Beras ladang sulung tahun

Malam malam memasak nasi

Dalam batang ada daun

Dalam daun ada isi

Terendak bentan lalu dibeli

Untuk pakaian saya turun ke sawah

Kalaulah tuan bijak bestari

Apa binatang kepala di bawah ?

Kalau tuan muda teruna

Pakai seluar dengan gayanya

Kalau tuan bijak laksana

Biji di luar apa buahnya

Tugal padi jangan bertangguh

Kunyit kebun siapa galinya

Kalau tuan cerdik sungguh

Langit tergantung mana talinya?

Page 16: Definisi Pantun

BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN

PENGENALAN

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.  Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.  Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat.  Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.

Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.  Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa,

Sebab mulut badan binasa. 

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Page 17: Definisi Pantun

Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.  Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.  Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b

dan ada juga berima a,a,a,a . 

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai

nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

JENIS-JENIS PANTUN

  Pantun 2 kerat

Pantun 4 kerat (jenis paling popular)

Pantun 6 kerat

Pantun 8 kerat

Pantun 10 kerat

Pantun 12 kerat

Pantun 14 kerat

Pantun berkait

FUNGSI PANTUN

Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan

Sindiran atau tempelak

Melepaskan rindu dan kasih sayang

Menyatakan penghargaan/terima kasih

Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran

Hiburan atau jenaka

DI MANA ORANG BERPANTUN?

Majlis pertunangan dan perkahwinan

Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi

Pertandingan berbalas pantun

Page 18: Definisi Pantun

Alunan lagu rakyat        -   Lagu Kanak-kanak         -   Lagu-lagu Asli         -   Dikir   Barat dan Lain-lain:

 

PANTUN

-sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat bis pertama meraris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya (Kamus Dewan).

 

JENIS-JENIS PANTUN

1. Pantun dua kerat

2. Pantun empat kerat

- Pantun kanak-kanak

- Pantun jenaka

- Pantun bersukacita

- Pantun berdukacita

- Pantun kiasan

- Pantun budi

- Pantun nasihat

- Pantun agama

- Pantun kasih sayang

- Pantun nasib

3. Pantun enam kerat

4. Pantun lapan kerat

5. Pantun sepuluh kerat

Page 19: Definisi Pantun

6. Pantun dua belas kerat

7. Pantun tiga belas kerat

8. Pantun berkait

 

Contoh:

Pantun dua kerat Pantun kanak-kanak

Sudah gaharu cendana pula,

Sudah tahu bertanya pula.

 

Pantun empat kerat Pantun jenaka

Ayam disabung jantan dipaut,

Jika ditambat kalah laganya,

Asam di darat ikan di laut,

Dalam belanga bertemu jua.

Pantun enam kerat

Apa di harap padi seberang,

Entah berderai entahkan tidak,

Entah dimakan pipit melayang,

Apa diharap kekasih orang,

Entah bercerai entah tidak,

Entah makin bertambah sayang.

Page 20: Definisi Pantun

DEFINISI PANTUN

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati dan digunakan untuk mengambarkan pelbagai keadaan dan kegunaan seperti melahirkan perasaan sedih, gembira, rindu, berkasih dan memberi nasihat. Pantun juga boleh diguna secara berbalas-balasan di majlis seperti peminangan, perkahwinan dan di dalam rancangan radio. Pantun juga boleh dinyanyikan seperti mana lagu Rasa Sayang, Sri Mersing dan lain-lain. Pantun juga dibaca sebagai mentera dalam sesetengah jampi serapah yang diamalkan oleh pawang dan dukun dalam perubatan tradisional.

Pantun - Pengenalan

Pantun juga adalah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.

Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yangberkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Pantun begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara danMalaysia.

Menurut Zaba, pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Semenjak Orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulupun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.

Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adapt. Pendeknya setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.

ENIS-JENIS & KANDUNGAN PANTUN

JENIS-JENIS PANTUN

Page 21: Definisi Pantun

Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.

Pantun Dua Baris

Ada ubi ada batas,Ada budi ada balas.

Sebab pulut santan binasa,Sebab mulut badan merana.

Pantun Empat Baris

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih saya lurutkan;Buang emak buang saudara,Sebab kasih saya turutkan.

Pantun Enam Baris

Apa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.

Bukan cempedak kami katakan,Buah delima dalam pasu,Pisau lipat baru diasah;Bukankah telah kami katakan,

Page 22: Definisi Pantun

Pandang pertama cinta palsu,Tiada dapat dibawa bersusah.

[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]

Pantun Lapan Baris

Rumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai.

[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]

Pantun Dua Belas Baris

Anak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.

Rotan sepatah dua patah,Tarik kerakap batang padi,Dibawa Sutan dari Judah,Padi yang jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi;Tuan di Mekah di Madinah,Naik akhirat batu haji,Tegak berdiri Rasulullah,Kami yang jangan dilupakan,Kalau lupa antara tidur,

Page 23: Definisi Pantun

Dalam tidur menjadi mimpi.

[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]

Pantun Berkait

Angsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.

Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.

Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.

[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]

KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Pembayang atau Sampiran

Page 24: Definisi Pantun

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau Isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku Kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau Bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.

Contoh Pantun yang baik :

Pu/lau/   Pan/dan/   ja/uh/   ke/te/ngah/,Gu/nung/   Da/ik/   ber/ca/bang/   ti/ga/,Han/cur/   ba/dan/   di/kan/dung/   ta/nah/,

Page 25: Definisi Pantun

Bu/di/   yang/   ba/ik/   di/ke/nang/ ju/ga/.

Ba/ik/   ber/galas/   ba/ik/   ti/dak/,Bu/li/-  bu/li/   ber/ta/li/   be/nang/,Ba/ik/   ber/ba/tas/   ba/ik/   ti/dak/, A/sal/   bu/di/   sa/ma/   di/ke/nang/.

Jenis-jenis pantun beserta contohnya | Pantun adalah salah satu jenis puisi lama, Pantun memiliki kekhasan yaitu terdiri dari 4 larik/baris, dimana 2 baris pertama disebut dengan sampiran, sedangkan 2baris terakhir disebut dengan isi. Adapun pantun mempunyai sajak akhir dengan pola a-b-a-b atau a-a-a-a.

Pantun sendiri dikelompokkan menjadi bermacam-macam jenis, berikut ini adalah beberapa jenis pantun yang disertai dengan contohnya:

1. Pantun AdatLebat daun bunga tanjungBerbau harum bunga cempakaAdat dijaga pusaka dijunjungBaru terpelihara adat pusaka

2. Pantun AgamaDaun terap di atas dulangAnak udang mati ditubaDalam kitab ada terlarangYang haram jangan dicoba

3. Pantun BudiBiarlah orang bertanam buluhMari kita bertanam padiBiarlah orang bertanam musuhMari kita menanam budi

4. Pantun JenakaNaik kebukit membeli ladaLada sebiji dibelah tujuhApanya sakit berbini jandaAnak tiri boleh disuruh

5. Pantun KepahlawananEsa elang kedua belalangTakkan kayu berbatang jeramiEsa hilang dua terbilangTakkan Melayu hilang dibumi

6. Pantun KiasAyam sabung jangan dipaut

Page 26: Definisi Pantun

Jika ditambat kalah laganyaAsam digunung ikan dilautDalam belanga bertemu juga

7. Pantun NasihatParang ditetak kebatang senaBelah buluh taruhlah temuBarang dikerja takkan sempurnaBila tak penuh menaruh ilmu

8. Pantun PercintaanAnak kera di atas bukitDipanah oleh Indera SaktiDipandang muka senyum sedikitKarena sama menaruh hati

9. Pantun PeribahasaBerakit-rakit kehuluBerenang-renang ke tepianBersakit-sakit dahuluBersenang-senang kemudian

10. Pantun PerpisahanBatang selasih mainan budakBerdaun sehelai dimakan kudaBercerai kasih bertalak tidakSeribu tahun kembali juga

11. Pantun teka-tekiKalau tuan muda terunaPakai seluar dengan gayanyaKalau tuan bijak laksanaBiji diluar apa buahnya

Indahnya Pantun - Contoh Berbalas Pantun

Salam Bahagia. Seperti yang dijanjikan saya akan menampilkan sebahagian dari contoh-contoh berbalas pantun yang dipetik dari pertandingan berbalas pantun yang pernah di sertai dahulu. Walau bagaimanapun ada pantun jawapan yang disiarkan di sini telah melalui proses penyempurnaan kerana jawapan yang diutarakan sewaktu pertandingan kurang tepat. Saya akan menyorot kembali post ini dan menyertakan pantun jawapan sebenar sebagai perbandingan. Silalah semak kembali post ini dalam waktu yang terdekat.

Page 27: Definisi Pantun

Membawa beras ke InderagiriPucuk paku di dalam ragaKenapa keras jariku iniIkan dilukis menjadi naga?

Kelapa bali kelapa puanDitawan orang di dalam kebunKalau nak lembutkan jarimu puanRendamlah di dalam airnya sabun

Bunga Melati indahnya rupaSayang dicampak di tepi kaliBuah hati sudahku jumpaSayang ditembak SiBentung Kali?

Tok Guru mengayuh basikalLaju menuju ke rumah Pak PandirJanganlah ragu janganlah kesalBukankah itu suratan takdir

Anak Merbah mati di lapahTertelan selasih di atas paraBertemu sudah bicara sudahKenapa masih gundah gulana?

Burung puyuh terbang rendahMencari makan dengan pantasHatiku resah lagi gulandahKerana kasihku tidak berbalas

Bacang masak bersama manggisDalam guri orang membawaBulan teresak matahari menangisMengapa pula bintang tertawa?

Bacang masak bersama manggisDibawa orang bersama pulutBulan teresak matahari menangisbintang tertawa si bumi terkentut

Buah belimbing dahannya sekahMari diatur di dalam pinggan

Page 28: Definisi Pantun

Sedang bersanding di sengat lebahApa tindakan puan lakukan?

Kalau tuan pergi ke MekahJangan lupa membawa bekalanSedang bersanding disengat lebahKusuruh suami tolong ciumkan

Anak Cina di Kampung LembahMeraut selasih ditepi payaTidur lena makan bertambahMengapa masih tidak bermaya?

Meraut selasih ditepi payaPaya penuh si pohon semaluJika mahu badan bermayaMakan cukup senamlah selalu.