7
Bil. 2/2019 Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghasilkan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) versi 5.0 iaitu penambahbaikan daripada versi sebelum ini. Penghasilan DKICT versi 5.0 ini merupakan kesinambungan garis panduan kepada semua warga Kementerian mengenai pengurusan keselamatan ke atas aset ICT Kementerian seperti data, peralatan, rangkaian dan perkhidmatan. DKICT ini disediakan sebagai garis panduan memberi penjelasan terperinci mengenai tatacara tadbir urus ICT dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua warga Kementerian dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian. Dengan adanya DKICT ini maka semua pengguna Kementerian akan sentiasa merujuk kepada peraturan keselamatan ICT yang telah digariskan bagi memastikan sebarang insiden keselamatan ICT dapat diminimakan. DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang MESTI DIBACA dan DIPATUHI dalam menggunakan aset ICT. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KKM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT KKM. Muat turun dokumen Dasar Keselamatan ICT Kementerian Kesihatan Malasyia Versi 5.0 Tahun 2019 dengan mengimbas kod QR di sebelah ini.

DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5hlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict...DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

  • Upload
    others

  • View
    40

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5hlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict...DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

Bil. 2/2019

Kementerian Kesihatan Malaysia telah

menghasilkan Dasar Keselamatan ICT

(DKICT) versi 5.0 iaitu penambahbaikan

daripada versi sebelum ini. Penghasilan DKICT

versi 5.0 ini merupakan kesinambungan garis

panduan kepada semua warga Kementerian

mengenai pengurusan keselamatan ke atas aset

ICT Kementerian seperti data, peralatan,

rangkaian dan perkhidmatan.

DKICT ini disediakan sebagai garis panduan

memberi penjelasan terperinci mengenai

tatacara tadbir urus ICT dan peraturan yang

perlu dipatuhi oleh semua warga Kementerian

dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

harian. Dengan adanya DKICT ini maka semua

pengguna Kementerian akan sentiasa merujuk

kepada peraturan keselamatan ICT yang telah

digariskan bagi memastikan sebarang insiden

keselamatan ICT dapat diminimakan.

DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0

Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

MESTI DIBACA dan DIPATUHI dalam menggunakan aset ICT. Dasar

ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KKM mengenai

tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT

KKM. Muat turun dokumen Dasar Keselamatan ICT Kementerian

Kesihatan Malasyia Versi 5.0 Tahun 2019 dengan mengimbas kod

QR di sebelah ini.

Page 2: DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5hlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict...DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

Handphone Hilang: Cara Mengesan

Lokasi Telefon Bimbit Anda

Hampir setiap orang pernah melalui pengalaman kehilangan handphone tidak kiralah

terjatuh, dicuri atau terlupa tempat dimana handphone tersebut disimpan. Tahukah anda

bahawa terdapat cara untuk mengesan lokasi jika handpone anda hilang? Sebelum anda

membuat keputusan untuk ‘mendermakan’ handphone hilang tersebut dan membeli

handphone baru, cuba dahulu cara ini.

JIKA HANDPHONE HILANG JANGAN TERUS ‘CALL’

Jangan, jangan dan jangan buat panggilan pada handphone

tersebut kecualilah anda pasti handphone tersebut hanya

hilang dalam rumah sahaja. Dalam erti kata lain anda lupa

dimana handphone tersebut diletakkan. Terdapat

kebarangkalian besar telefon anda diambil, dijumpai dan

disimpan oleh individu yang tidak bertanggunjawab atau

secara ringkasnya, dicuri. Jika anda membuat panggilan, si

MUAT TURUN APLIKASI PENGESAN Jika anda kehilangan telefon bimbit dan ingin mengesannya,

perkara pertama yang anda perlu buat ialah memuat turun

Google Find my device yang dibangun oleh Google LLC di Google

Playstore. Jika anda pernah menggunakan handphone anda untuk

memuat turun aplikasi daripada Google Play, anda boleh

menggunakan aplikasi ini.

Selesai muat turun, gambar di sebelah kanan ini merupakan

paparan muka depan aplikasi. Kebiasaannya jika anda pemilik

telefon bimbit yang anda gunakan, anda tidak perlu log masuk as

guest, continue sahaja. Akan tetapi disebabkan anda kehilangan

telefon bimbit anda, maka anda perlu sign in as guest untuk

mulakan misi pencarian telefon bimbit tersebut.

pencuri akan mematikan handphone anda seterusnya menutup peluang anda untuk

menjejaki lokasi handphone tersebut.

PAPARAN MUKA DEPAN APLIKASI

Jika handphone anda tidak dimatikan dan masih mempunyai

sambungan internet, Google Find My Device akan memberikan

lokasi kedudukan handphone tersebut. Sila masukkan email dan

password diruangan yang disediakan seperti dalam gambar di

sebelah kiri ini. Selepas tekan submit, aplikasi ini akan meminta

permission daripada anda untuk mengakses peranti yang

digunakan. Ini bagi memastikan mereka tidak mempunyai

sebarang masalah untuk mengakses GPS yang digunakan

sekarang. Pastikan anda menekan setuju. Sebaik sahaja anda

menekan setuju, maka anda akan dapat page seperti di muka

surat seterusnya.

Page 3: DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5hlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict...DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

Ini antara muka aplikasi find my device yang boleh digunakan untuk mencari telefon bimbit anda menggunakan GPS. Antara perkara yang dipaparkan ialah lokasi, jenis phone, keadaan

bateri, penyedia perkhidmatan dan bantuan lain. Berikut pula merupakan perincian yang mungkin serba sedikit membantu anda.

1. Ikon berwarna hijau Icon berwarna hijau itu menunjukkan dimana lokasi telefon bimbit anda. Jika ia bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain, ini bermakna telefon bimbit anda

telah diambil orang lain

2. Ikon berwarna biru

Ikon ini menunjuk dimana lokasi anda berada

3. Jenis telefon bimbit

Adakalanya satu email didaftarkan untuk lebih daripada satu peranti. Jadi mereka menyediakan perincian maklumat mengenai phone yang disyaki dicuri untuk rujukan anda.

4. Play Sound

Jangan bunyikan butang play sound ini ketika telefon bimbit anda jauh daripada anda

kerana bimbang mereka dapat mengesan yang anda sebenarnya sedang menjejaki mereka. Maka dibimbangi anda akan kehilangan jejak kerana telefon bimbit akan

dimatikan.

5. Secure Device Anda boleh lock telefon bimbit anda disertai dengan mesej sekali kepada mereka

supaya dapat bantu untuk mendapatkan kembali peranti tersebut. Lock ini hanya sekadar memberi bantuan keselamatan tambahan kepada maklumat anda. Incase tak dapat maklum balas, fungsi ini sedikit sebanyak membantu.

6. Erase Device

Jejak sudah, lock sudah, harapan sudah tiada, maka fungsi ini sangat penting untuk

dilakukan iaitu reset telefon bimbit anda agar maklumat-maklumat penting seperti gambar, no telefon, ewallet, dan maklumat peribadi lain terhapus sama sekali.

FUNGSI UTAMA DALAM APLIKASI FIND MY DEVICE

1

2

3

4

5

6

Page 4: DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5hlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict...DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

GENERASI RANGKAIAN

Selepas memahami segala fungsi yang disediakan oleh Find My Device, anda bolehlah

memulakan langkah menjejak telefon bimbit anda yang hilang itu menggunakan google

map. Sila pastikan keselamatan anda terjaga. Jika anda seorang perempuan, pastikan

ada lelaki yang menemaninya. Kalau si pengambil telefon bimbit anda tidak memberi

kerjasama pula, tindakan alternatif perlu diambil. Kena bijak la. Sebab kemungkinan polis

tidak akan melayan kes kecurian seperti ini.

Sumber : https://azmirshah.com/mengesan-phone-hilang/

Adakah anda tahu perbezaan antara teknologi 1G, 2G,

3G, 4G dan 5G? Dalam artikel kali ini, akan diterangkan

konsep kepada anda tentang teknologi 1G, 2G, 3G, 4G

dan 5G. Sejak kemunculan teknologi tanpa wayar,

banyak teknolgi baru telah diperkenalkan. Teknologi ini

membuatkan dunia komunikasi menjadi lebih baik, cepat

dan selamat. Seperti biasa, ia di bangunkan secara

berperingkat selaras dengan peredaran masa. Teknologi

tanpa wayar, yang selalu disebut kebanyakannya

digunakan

PERBEZAAN 1G, 2G, 3G, 4G DAN 5G

digunakan dalam rangkaian selular dan peranti lain yang berkaitan. Maksud perkataan

“G”: Kata kunci G hanya bermaksud “generasi”(generation). Memandangkan teknologi

tanpa wayar makin maju ke depan, nombor G juga makin meningkat. Sebagai contoh,

3G, 4G dan 5G lebih maju dan lebih baik daripada 2G dan 1G.

1G: Audio Sahaja Anda masih ingat telefon analog? Telefon bimbit bermula dengan teknologi 1G pada tahun 1980-an. 1G adalah generasi pertama teknologi tanpa wayar selular. 1G menyokong

panggilan suara sahaja. 1G adalah teknologi analog, dan pada masa itu, telefon yang menggunakannya mempunyai jangka hayat bateri yang lemah dan kualiti suara yang agak teruk.

2G: SMS dan MMS Telefon bimbit menerima kemas utama apabila teknologi mereka pergi dari 1G ke 2G.

Ianya berlaku di Finland pada tahun 1991 pada rangkaian GSM dan secara berkesan mengubah sistem komunikasi telefon dari analog ke komunikasi digital. Teknologi telefon 2G memperkenalkan panggilan dan teks, perkhidmatan data seperti

SMS, mesej gambar, dan MMS. Walaupun 2G digantikan dengan 1G dan digantikan oleh versi teknologi yang seterusnya, ia masih digunakan di seluruh dunia. Kelajuan maksimum 2G dengan General Packet Radio Service (GPRS) adalah 50 Kbps.

Kelajuannya ialah 1 Mbps dengan Kadar Data Dipertingkatkan untuk GSM Evolution (EDGE).

Page 5: DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5hlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict...DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

2.5G dan 2.75G: Data, Akhirnya 2.5G memperkenalkan teknik penukaran paket baru yang lebih cekap daripada teknologi

2G. Ini mengubah kepada versi 2.75G, yang memberikan peningkatan kelajuan tiga kali ganda secara teori. AT & T adalah rangkaian GSM pertama yang menyokong 2.75G dengan EDGE di A.S.

3G: Lebih Data, Panggilan Video, dan Internet Mudah Alih Pengenalan rangkaian 3G pada tahun 1998 diikuti dengan kelajuan transmisi data yang

lebih cepat, jadi anda boleh menggunakan telefon bimbit untuk panggilan video dan akses internet mudah alih. Istilah “jalur lebar mudah alih” pertama kali digunakan untuk teknologi selular 3G. Seperti 2G, 3G berkembang menjadi 3.5G dan 3.75G dengan lebih

pantas. Kelajuan maksimum 3G dianggarkan sekitar 2 Mbps untuk peranti tidak bergerak dan 384 Kbps dalam kenderaan bergerak.

4G: Standard Semasa Rangkaian generasi keempat, yang dikeluarkan pada tahun 2008, adalah 4G. Ia menyokong akses web mudah alih seperti 3G dan juga perkhidmatan permainan, TV

mudah alih HD, persidangan video, TV 3D, dan ciri-ciri lain yang memerlukan kelajuan tinggi. Kelajuan maksimum rangkaian 4G apabila peranti bergerak adalah 100 Mbps. Kelajuannya ialah 1 Gbps untuk komunikasi mudah alih rendah sebagai conttoh, apabila

pemanggil bergerak atau berjalan. Model telefon bimbit yang paling terkini menyokong teknologi 4G dan 3G. LTE (Long Term Evolution) ialah peningkatan kelajuan dari 4G iaitu 4.5G.

5G: Generasi Terbaru 5G adalah teknologi tanpa wayar yang bertujuan untuk meningkatkan 4G. 5G menjanjikan

kadar data yang lebih cepat, ketumpatan sambungan yang lebih tinggi, penjimatan tenaga, antara peningkatan yang lain. Kadar jangkaan teoretik 5G adalah sehingga 20 Gbps sesaat.

Sumber : MAMPU

Sumber : http://www.lawakhambar.my/2018/09/26/842/

Page 6: DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5hlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict...DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

Sumber : Unit Rangkaian & Keselamatan, Bahagian Pengurusan Maklumat KKM

Page 7: DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5hlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict...DASAR KESELAMATAN ICT KKM VERSI 5.0 Dasar Keselamatan ICT mengandungi peraturan-peraturan yang

Sumber : www.1govuc.my