3
4. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG, SELANGOR a) Jerebu Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil atau jirim yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Selain itu, jerebu juga disebabkan faktor luaran akibat pembakaran terbuka yang dijalankan oleh penduduk Taman Putra Perdana untuk melupuskan sampah-sarap dan sisa-sisa domestik. Oleh itu, dengan percampuran faktor tempatan (seperti asap kenderaan) dan faktor luaran, maka keadaan menjadi kritikal. Apabila partikel tersebut wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia akan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan seterusnya mengurangkan jarak penglihatan. b) Penyakit Di antara kesan utama yang menimpa penduduk Taman Putra Perdana akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru- paru melalui trakea. Penduduk juga boleh mendapat masalah kesihatan jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit yang disebarkan oleh tikus, lipas, lalat dan haiwan perosak yang lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, penduduk mengalami keracunan makanan. Penyakit kronik seperti denggi dan malaria yang berpunca daripada nyamuk turut membahayakan kesihatan penduduk Taman Putra Perdana kerana boleh mendatangkan kematian. c) Suhu meningkat Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga Taman Putra Perdana pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Dapatan - Kesan Pencemaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dapatan - Kesan Pencemaran

4. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA,

SEPANG, SELANGOR

a) Jerebu

Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak

partikel kecil atau jirim yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung

di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan

daripada aktiviti manusia. Selain itu, jerebu juga disebabkan faktor luaran akibat

pembakaran terbuka yang dijalankan oleh penduduk Taman Putra Perdana untuk

melupuskan sampah-sarap dan sisa-sisa domestik. Oleh itu, dengan percampuran

faktor tempatan (seperti asap kenderaan) dan faktor luaran, maka keadaan menjadi

kritikal. Apabila partikel tersebut wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok

ia akan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan seterusnya mengurangkan

jarak penglihatan. 

b) Penyakit

Di antara kesan utama yang menimpa penduduk Taman Putra Perdana akibat

daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar

yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan

memasuki paru-paru melalui trakea. Penduduk juga boleh mendapat masalah

kesihatan jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-

sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman

penyakit yang disebarkan oleh tikus, lipas, lalat dan haiwan perosak yang lain. Jika

makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, penduduk mengalami keracunan

makanan. Penyakit kronik seperti denggi dan malaria yang berpunca daripada nyamuk

turut membahayakan kesihatan penduduk Taman Putra Perdana kerana boleh

mendatangkan kematian.

c) Suhu meningkat

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga

Taman Putra Perdana pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang

disebabkan oleh kesan rumah hijau. Suhu di Taman Putra Perdana meningkat secara

mendadak iaitu daripada 27°C kepada 30°C-32°C. Peningkatan suhu di Taman Putra

Page 2: Dapatan - Kesan Pencemaran

Perdana bermula sedari awal, iaitu apabila pihak peneroka bertindak menebang

pokok-pokok untuk membina petempatan di Taman Putra Perdana. Kenaikan suhu

dan penipisan lapisan ozon menjadi permasalahan kepada penduduk Taman Putra

Perdana. Hal ini kerana penduduk sukar melakukan kegiatan harian akibat daripada

suhu yang terlampau panas. Sinar matahari yang terpancar terus tanpa melalui lapisan

ozon juga menyebabkan penyakit dan iritasi kepada penduduk.

d) Air tercemar

Bahan-bahan yang dibuang dalam saliran seperti tasik akan mengurangkan

kandungan oksigen dalam air. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke

dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan mengakibatkan air

tercemar. Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang pernah

berlaku di Taman Putra Perdana sekitar tahun 2003. Banjir-banjir tersebut berlaku

disebabkan oleh ketiadaan sistem perparitan yang sepatutnya mengalirkan air ke laut

ataupun sungai terdekat. Akibatnya, kawasan ini mudah dinaiki air terutama sekali

apabila hujan lebat. Banjir tersebut menyebabkan aktiviti penduduk tergendala kerana

ia juga menyekat satu-satunya jalan keluar pada ketika itu. Selain itu, longkang-

longkang di kawasan petempatan juga tersumbat akibat sampah-sarap yang memenuhi

longkang tersebut.

e) Udara tercemar

Udara merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia, haiwan

mahupun tumbuhan. Namun begitu, udara yang dihidu hari ini adalah udara yang

tercemar dengan pelbagai kimia berbahaya yang boleh mendatangkan kematian.

Bahan-bahan kimia ini mengakibatkan pelbagai penyakit kronik kepada penduduk

seperti asma, lelah dan sebagainya. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain

juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata penduduk Taman

Putra Perdana.

f) Bau busuk

Bau busuk kebanyakannya datang daripada sampah-sarap yang tidak

dilupuskan dengan baik. Air tasik menjadi tercemar oleh bahan-bahan cemar yang

dibuang ke dalam tasik akibat daripada pembinaan jambatan penghubung yang

melintasi tasik tersebut. Tasik juga dicemari oleh sampah-sarap yang dibuang oleh

Page 3: Dapatan - Kesan Pencemaran

penduduk Taman Putra Perdana yang tinggal berdekatan. Bau busuk ini mengganggu

kegiatan harian penduduk di sekitarnya. Selain itu, ia juga mempengaruhi kegiatan

pelancongan kerana kawasan yang dipenuhi dengan sampah sarap menjengkelkan dan

tidak indah untuk dipandang.

Berdasarkan kesan-kesan kritikal akibat daripada pencemaran alam sekitar di atas,

penduduk seharusnya mempunyai kesedaran bahawa Taman Putra Perdana sedang

mengalami pencemaran yang sangat dahsyat. Penduduk perlu mengamalkan kecekapan

dalam bertindak dan langkah-langkah segera perlu diambil untuk menangani masalah ini.

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA