37
MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: J-05(M)-198-06/2016 ANTARA SEIN HTAY ….PERAYU DAN PENDAKWA RAYA .RESPONDEN (Dalam perkara Mahkamah Tinggi Johor Bahru Perbicaraan Jenayah No: 45B-5-11/2013 Antara Pendakwa Raya Lawan Sein Htay) KORUM: MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR IDRUS HARUN, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

  • Upload
    others

  • View
    28

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

[BIDANGKUASA RAYUAN]

RAYUAN JENAYAH NO: J-05(M)-198-06/2016

ANTARA

SEIN HTAY ….PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA ….RESPONDEN

(Dalam perkara Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Perbicaraan Jenayah No: 45B-5-11/2013

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

Sein Htay)

KORUM:

MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR

IDRUS HARUN, HMR

KAMARDIN HASHIM, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

2

PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Ini adalah Rayuan perayu, Sein Htay, seorang Warganegara

Myanmar, terhadap sabitan dan hukuman mati yang telah dijatuhkan

oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Johor Bahru (“YA

Pesuruhjaya Kehakiman”) atas kesalahan membunuh yang membawa

hukuman mati mandatori di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

(“KK”).

[2] Butir-butir pertuduhan terhadap perayu dibacakan seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 1.4.2013 jam lebih kurang 6.30 petang, di No.12,

Jalan Belati 2, Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas, di dalam

daerah Johor Bahru, dalam negeri Johor Darul Takzim, telah

melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Pyae Phyo

Aung, Warganegara Myanmar (No. Passport: 659059), dan dengan itu

kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah

seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

[3] Kami telah mendengar rayuan perayu pada 21.4.2017 dan dengan

sebulat suara kami telah menolak rayuan perayu. Kami mengekalkan

sabitan dan hukuman mati ke atas perayu. Sekarang kami

memperincikan alasan-alasan kami dalam menolak rayuan perayu.

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

3

Kes Pendakwaan [4] Kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan

mengikut keadaan (“circumstantial evidence”). Tiada saksi mata yang

telah melihat kejadian pembunuhan Simati, juga seorang pekerja

Warganegara Myanmar bernama Pyae Phyo Aung, yang turut dikenali

sebagai “Fatty” (Simati”). Keterangan yang dikemukakan oleh saksi-

saksi pendakwaan menunjukkan bahawa perayu dan Simati adalah

rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para

pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan oleh majikan mereka,

Kilang Foresight Marketing Sdn. Bhd, di alamat seperti dalam

pertuduhan. Bilik yang sama turut dihuni oleh seorang lagi rakan

pekerja dari negara yang sama.

[5] Keterangan kes pendakwaan turut menunjukkan bahawa pada

1.4.2013, jam lebih kurang 6.30 petang, telah berlaku pertengkaran

antara perayu dengan Simati. Akibat pertengkaran yang berlaku,

perayu dikatakan telah menikam Simati menggunakan sebilah pisau

yang agak panjang (P24A), yang ditemui di atas lantai berhampiran

dengan mayat Simati berada di dalam bilik asrama tersebut.

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

4

[6] Keterangan yang diberikan oleh saksi Kyow Soe Aung (SP13),

salah seorang pekerja kilang yang sama, menyatakan bahawa dia telah

melihat Simati berada dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

SP13 terus memberitahu kepada Penyelia Kilang, Cho Cho Win (SP7).

SP7 telah pergi memaklumkan akan kejadian kepada Pengurus Kilang,

Yue Chee Wai (SP6). SP7 dan SP6 terus pergi ke asrama kilang dan

mereka melihat Simati sedang bersandar di dinding bilik dalam keadaan

cedera parah dan masih bernafas. Setelah dimaklumkan akan kejadian

pergaduhan yang telah berlaku diantara perayu dengan Simati sebelum

itu, perayu telah ditahan atas arahan SP6. Pada ketika itu, perayu

dilihat sedang berjalan keluar dari kawasan kilang sambil membawa

sebuah beg sandang.

[7] Simati kemudiannya telah dibawa ke Hospital Pakar Kempas.

Setibanya di Hospital tersebut, Simati telah disahkan oleh Dr. Bjorn Teo

Liang Fhong (SP8) telah meninggal dunia.

[8] Bedah siasat terhadap jasad Simati telah dilakukan oleh pakar

patologi sains forensik, Dr. Khairul Anuar bin Zainun (SP15). Menurut

SP15, Simati telah mengalami luka tikaman berganda dan luka calar

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

5

pada beberapa bahagian badan terutama pada bahagian dada, bahu,

kepala dan muka. SP15 merumuskan punca kematian Simati

disebabkan oleh luka tikaman pada dada Simati yang telah memotong

saluran pembuluh darah utama mengakibatkan kehilangan banyak

darah. Kecederaan itu bersifat fatal. SP15 telah menyediakan laporan

bedah siasat seperti di P39. SP15 mengesahkan kecederaan-

kecederaan luka tikaman yang dialami oleh Simati yang membawa

kepada kematian Simati sesuai disebabkan oleh senjata pisau P24A.

Keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman diakhir kes pendakwaan [9] Diakhir kes pendakwaan, setelah membuat pertimbangan secara

maksima keterangan saksi-saksi pendakwaan, YA Pesuruhjaya

Kehakiman telah membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan telah

berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu atas

pertuduhan. YA Pesuruhjaya Kehakiman telah ditamatkan

perkhidmatannya dari badan kehakiman dan gagal untuk menyediakan

Alasan Penghakiman. Bagaimanapun, YA Pesuruhjaya Kehakiman ada

menulis keputusan ringkas seperti di m/s 207 – 208 RR Jld.2. Secara

ringkasnya, YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan perkara-perkara

berikut:

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

6

(a) Elemen-elemen utama pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh

pihak pendakwaan:

(i) bahawa mangsa Pye Phyo Aung telah mati;

(ii) mangsa mati akibat daripada kecederaan yang telah

dialaminya;

(iii) perayu yang telah menyebabkan kecederaan tubuh yang

membawa kepada kematian Simati dimana perayu

mengetahui kecederaan yang dilakukannya terhadap

Simati boleh membawa kepada kematian Simati;

(b) pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut

keadaan untuk membuktikan pertuduhan terhadap perayu dan

keterangan itu cukup untuk memanggil perayu untuk membela

diri atas pertuduhan;

(c) keterangan saksi pakar patologi, keterangan mengenai

penemuan barang kes dan keterangan saksi-saksi di tempat

kejadian menambah kuatkan lagi keterangan mengikut keadaan

yang dibawa oleh pihak pendakwaan; dan

(d) percakapan saksi Aung Moe Kyaw dibawah seksyen 112 Kanun

Acara Jenayah diterima masuk sebagai keterangan melalui

seksyen 32(i) Akta Keterangan 950 dan dikatakan sebagai P48

menunjukkan perayu terlibat dengan permbunuhan terhadap

Simati.

[10] Atas alasan-alasan tersebut, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah

memerintahkan perayu untuk membela diri atas pertuduhan.

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

7

Pembelaan Perayu [11] Perayu telah memilih untuk memberi kenyataan membela diri

tanpa bersumpah dari kandang tertuduh. Hanya perayu seorang sahaja

telah memberi keterangan untuk kes pihak pembelaan. Kenyataan

membela diri perayu telah dibacakan oleh perayu dan dikemukakan

sebagai Ekshibit D49 (dalam versi Myanmar) dan D49(T) (terjemahan

dalam Bahasa Malaysia). Kenyataan tersebut dalam bahasa asal dan

terjemahannya adalah seperti di m/s 213 – 220 RR Jld.2.

[13] Isi kandungan kenyataan membela diri perayu dapat diringkas

seperti berikut:

(a) pada petang hari kejadian dia sedang tidur di dalam bilik

seorang diri dan mendengar ada bunyi seperti orang keluar dan

masuk dalam bilik beliau;

(b) selepas bangun dari tidur pada jam lebih kurang 6.00 petang

beliau terus pergi ke tandas untuk membuang air besar. Tandas

terletak di dalam pejabat kilang. Selepas keluar dari tandas

beliau berehat di luar Pejabat;

(c) sewaktu sedang berehat, satu pasukan polis sampai dengan

sebuah kenderaan. Dua anggota polis telah menggari dan

menangkap beliau. Tidak berapa lama kemudiannya datang

sebuah lagi kenderaan polis dinaiki oleh 2 aggota polis. Semua

4 anggota polis kemudian telah membawa beliau balik ke bilik

asrama beliau;

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

8

(d) tiba di bilik asrama, beliau terkejut melihat ada tompokan darah

di luar bilik asrama beliau. Semasa beliau keluar pergi ke

tandas beliau tidak ada melihat tompokan darah tersebut berada

di sana. Beliau telah dipukul oleh anggota polis dan mereka

bertanya tentang apa yang telah berlaku;

(e) tidak berapa lama kemudian rakan sebilik beliau bernama Aung

Moe Kyaw (‘Botak’) turut ditangkap oleh pihak polis;

(f) semasa berada dalam tahanan, atas arahan seorang pegawai

polis bernama ‘Tan’ beliau telah menandatangani satu dokumen

yang beliau tidak faham. Beliau telah menurunkan tandatangan

kerana takut dipukuli;

(g) beliau ada dibawa ke mahkamah sebanyak 2 kali tetapi beliau

tidak mengadu telah dipukul kerana beliau tidak faham prosedur

mahkamah dan tidak fasih berbahasa Malaysia;

(h) beliau tidak pernah melihat senjata pisau dalam gambar P4 M

dan N. Beliau menafikan ada bergaduh dengan Simati dan

menafikan telah menyebabkan kematian terhadap Simati;

(i) beliau menafikan pada hari kejadian beliau telah mengemaskan

pakaian dan passport ke dalam beg dan menafikan beliau ada

cuba untuk melarikan diri. Beliau menafikan pernah membuat

pengakuan bergaduh dan menikam Simati dengan pisau yang

dilihat dalam gambar P4 M dan N; dan

(j) penyataan saksi-saksi terhadap beliau adalah semuanya palsu

belaka.

[14] YA Pesuruhjaya Kehakiman telah membuat pertimbangan

keseluruhan keterangan, termasuklah keterangan membela diri perayu

yang diberikan dari kandang tertuduh sebagaimana dikehendaki di

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

9

bawah seksyen 182A(1) KAJ. Sebagaimana dinyatakan diawal

penghakiman kami, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah gagal untuk

menyediakan Alasan Penghakiman dan beliau telah ditamatkan

perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Walau bagaimanapun,

YA Pesuruhjaya Kehakiman ada menyediakan alasan ringkas

keputusan beliau diakhir kes pembelaan di m/surat 223 – 227 RR Jld.2,

seperti berikut:

“Saya telah meneliti keterangan Tertuduh dan mendapati versi

keterangannya sukar dipercayai bila dibandingkan dengan keterangan-

keterangan saksi pendakwaan yang telahpun diterima oleh Mahkamah

atas penilaian maksima di akhir kes pendakwaan.

Setelah menimbangkan kes pembelaan, hujahan pembelaan saya

mendapati Tertuduh telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang

munasabah ke atas ke pendakwaan.

Dengan ini Mahkamah ini mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan

atas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan di bawah seksyen ini

hanya satu iaitu hukuman mati, Mahkamah dengan ini menjatuhkan

hukuman gantung dileher sampai mati ke atas Tertuduh.”

[15] YA Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana mendapati perayu

telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah

terhadap kes prima facie yang diasaskan oleh pihak pendakwaan. YA

Pesuruhjaya Kehakiman telah berpuashati bahawa pihak pendakwaan

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

10

telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap perayu melampaui

sebarang keraguan yang munasabah. Perayu telah disabitkan atas

pertuduhan dan dihukum gantung di leher sampai mati.

Rayuan Perayu [16] Di hadapan kami peguam bela terpelajar perayu telah

menimbulkan dua alasan utama dalam hujahannya untuk membenarkan

rayuan perayu untuk mengenepikan sabitan dan hukuman mati. Dua

alasan tersebut ialah:

(a) tiada keterangan yang mencukupi dikemukakan untuk

membuktikan bahawa perayu adalah orang yang telah

mendatangkan kecederaan yang membawa kepada kematian

Simati; dan

(b) elemen niat atau pengetahuan gagal dibuktikan terhadap

perayu.

[17] Peguam bela terpelajar perayu berhujah bahawa pihak

pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kedua-dua elemen

tersebut. Untuk alasan rayuan yang pertama, peguam bela

menghujahkan bahawa keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi

pihak pendakwaan saling bercanggah antara satu sama lain. Oleh

kerana itu, keterangan yang menyatakan perayu telah mencederakan

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

11

Simati tidak kredibel dan tidak boleh diterima sebagai keterangan yang

selamat untuk mensabitkan perayu atas pertuduhan. Peguam bela telah

merujuk kepada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan

melalui saksi-saksi SP4, SP6, SP7, SP13 dan SP14 yang didakwa

terdapat percanggahan dalam hujahnya. Selanjutnya dihujahkan

bahawa YA Pesuruhjaya Kehakiman telah gagal membuat

pertimbangan dengan sewajarnya keterangan saksi-saksi pendakwaan

dan memutuskan bahawa kes pihak pendakwaan telah gagal untuk

melepasi tahap pembuktian kes prima facie.

[18] Mengenai alasan rayuan kedua, iaitu elemen niat atau

pengetahuan, peguam bela telah merujuk kepada keterangan saksi

pakar patologi SP15 yang menyatakan bahawa P24A bukanlah senjata

yang telah digunakan untuk mencederakan mangsa berdasarkan ciri-

ciri kecederaan yang telah dialami oleh Simati berbeza dengan ciri-ciri

yang terdapat pada P24A. YA Pesuruhjaya Kehakiman sebaliknya telah

gagal untuk membuat keputusan sama ada P24A adalah senjata yang

telah digunakan untuk membunuh Simati.

Dapatan dan Keputusan Kami [19] Kami mendapati kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada

keterangan mengikut keadaan. Adalah undang-undang mantap bahawa

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

12

sabitan boleh direkodkan dan selamat untuk dibuat walaupun

didasarkan semata-mata atas keterangan mengikut keadaan. Prinsip

ini telah diputuskan dalam banyak kes. Memadai bagi kami hanya

merujuk kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes PP v. Shahrael

Amir Suhaimi (2014) 7 CLJ 380 yang telah diputuskan di m/surat 391,

seperti berikut:

“[16] It is well settled to find culpability based on circumstantial

evidence, the evidence must be sufficiently strong to convict. When it

relates to a charge of murder courts have convicted notwithstanding

there was (i) no eye witness even after the crime was committed; (ii) no

body of the deceased was found; (iii) no murder weapon was found;

and (iv) no nexus to the murder was established save as to irresistible

inference based on documentary evidence per se. (See Sunny Ang v.

Public Prosecutor [1965) 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195.

[17] In the instant case the conduct of the accused as well as stolen

items of the deceased, the murder weapon, blood stains, and the

proximity of time of the phone call as well as the conduct of the accused

and his oral statement ‘bukan saya yang buat’, etc; will clearly warrant

the defence to be called. In addition, it is not for the learned trial judge

to test the truthfulness of the evidence of SP5 and/or SP6 at this stage

when s. 114 of the Evidence Act 1950 becomes operational without

hearing the evidence of the accused when nexus has been established.

[18] We have perused the evidence in detail and we are satisfied that

the prosecution had succeeded in proving a prima facie case of murder

against the accused.”

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

13

[20] Di dalam kes di hadapan kami, terdapat keterangan mengikut

keadaan yang kredibel dan mencukupi untuk mengekalkan sabitan

terhadap perayu. Keterangan sedemikian dapat disimpulkan melalui

keterangan yang telah diberikan oleh saks-saksi pendakwaan,

terutamanya melalui keterangan saksi-saksi SP4, SP6, SP7, SP13 dan

SP14. Selain itu keterangan melalui percakapan yang dirakamkan di

bawah seksyen 112 Kanun Acara Jenayah (KAJ) dari saksi Aung Moe

Kyaw (P48) telah menyokong dan menguatkan lagi sabitan terhadap

perayu.

[21] Peguambela terpelajar bagaimanapun telah berhujah bahawa

terdapat percanggahan yang ketara dalam keterangan saksi-saksi

pendakwaan terutamanya dalam keterangan SP6, SP7 dan SP13.

Berkaitan percanggahan dalam keterangan SP7, peguam bela telah

merujuk kepada keterangan SP7 semasa pemeriksaan utama berbeza

dengan keterangannya semasa pemeriksaan balas, seperti berikut:

Semasa pemeriksaan utama (di m/s 47 RR Jld.2):

“…Before I informed Kenny (the boss’s son) about Fatty, accused was

in his room. I saw him packing his things, putting his clothes into a bag.

The bag was backpack. I saw the accused was alone in his room.”

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

14

“…The door of Accused room was opened. At the time I saw the

accused in his room I did not know yet about Fatty. At the time my

boss was in his office.”

Walau bagaimanapun semasa disoal balas SP7 memberi keterangan

seperti berikut (di muka surat 53 RR Jld,2):

“…On that day I first saw the accused. The first time I saw the accused

was packing his things. Yes I saw the Accused, Yes I saw Fatty and

saw Accused packing his bag at the same time.”

[22] Peguam bela seterusnya merujuk kepada keterangan-keterangan

lain yang dihujahkan bercanggah dalam keterangan saksi-saksi kes

pendakwaan, seperti berikut:

(a) Keterangan SP13 di m/surat 131 RR Jld.2:

“…Semasa pekerja-pekerja tolong Fatty saya tidak nampak

tertuduh di situ. Saya hanya lihat tertuduh ketika dia keluar dari

biliknya. Saya nampak tertuduh keluar dengan bag galas dan

kelihatan tergesa-gesa dan cepat tertuduh keluar seorang diri.”

(b) Keterangan SP4 di m/surat 22 RR Jld.2:

“…Menurut pengadu pekerja-pekerja lain bersama Sein Htay

cuba melarikan diri daripada kawasan kilang dan berjaya

dihalang oleh pekerja-pekerja lain. Ketika cuba melarikan diri

Sein Htay tidak membawa sebarang benda.”

(c) Keterangan SP13 di m/surat 142 RR Jld.2:

“…S: Bila tertuduh keluar daripada pintu, adakah dia berjalan

secara tenang atau berlari?

J: Dia tidak lari tapi berjalan dengan cepat

S: Bila dia mula berlari?

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

15

J: Bila Kenny menjerit, “tangkap dia”.

S: Apa yang tertuduh bawa ketika itu?

J: Saya nampak begpack.”

(d) SP13 turut memberi keterangan yang sama semasa

pemeriksaan semula yang dapat dirujuk di muka surat 147 RR

Jld.2:

“…Tertuduh keluar dari bilik secara perlahan-lahan dengan

backpack, …boss tahan dia, baru dia lari. Selepas 50 meter di

kejar, dia dapat ditahan.

Saya nampak Tertuduh bawa satu bagpeck secara jelas.”

(e) Keterangan SP14 di /surat 199 RR Jld.2:

“…S: Sampai ditempat kejadian awak ada nampak Tertuduh

ditahan Kpl Rowelli (SP4)?

J: Ya

S: Ada Rowelli jaga satu beg milik Tertuduh?

J: Ya, beg itu bersama Tertuduh.

S: Beg itu mengandungi pakaian Tertuduh?

J: Ya

S: Awak Kpl Rowelli serah beg itu kepada awak

J: Ya ada

S: Saya kata, Kpl Rowelli tidak nampak apa-apa beg?

J: Tak Setuju”

(f) Keterangan SP6 di m/surat 32 RR Jld.2:

“…salah seorang pekerja saya namanya saya tak pasti beritahu

bahawa OKT telah bergaduh dengan Fatty (Simati). Saya telah

suruh pekerja-pekerja saya tahan OKT. Pekerja-pekerja saya

tak ada cakap mengapa mereka bergaduh. Pekerja-pekerja

saya beritahu OKT yang tikam Fatty.”

(g) Keterangan SP6 semasa pemeriksaan-balas di m/surat 39 RR

Jld.2:

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

16

“…S: Kamu diberitahu salah seorang pekerja OKT bergaduh

dengan mangsa?

J: Ya

S: Siapa pekerja yang beritahu kamu?

J: Supervisor saya Cho Cho Win

S: Pada masa itu ada pekerja-pekerja lain cakap dengan

kamu?

J: Tiada

S: Adakah supervisor kamu beritahu yang dia lihat apa

yang berlaku antara OKT dan mangsa?

J: Tidak”

(h) Keterangan SP7 di m/s 47 RR Jld.

“…When I saw my boss, I told him “Fatty was on the floor with

blood. Maybe there was a fight”.

(i) Keterangan SP7 di m/s 48 RR Jld.2:

“…Before the police come I saw the Accused surrounded by

workers when trying to run away from the factory. I know he

tried to run away because he was running carrying a small bag.”

(j) Keterangan SP6 di m/s 33 Jld.2:

“…Semasa berjalan keluar dia lalu dihadapan ofis saya. Saya

sendiri nampak OKT berjalan keluar dan tak pasti ada orang lain

bersama-sama dia. Semasa berjalan keluar OKT bawa beg

sandang belakang OKT berjalan secara tenang.”

(k) Keterangan SP6 di m/s 40 RR Jld.2:

“…S: Awak nampak OKT keluar dari asrama melalui pintu

depan dan lain pintu hadapan ofis?

J: Ya

S: Awak lihat OKT berjalan dengan tenang?

J: Ya

S: Ada OKT berlari?

J: Tidak

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

17

S: Masa OKT lalu depan ofis kamu, kamu suruh orang lain

tahan?

J: Ya

S: Saya cadang OKT tidak melawan apabila ditangkap?

J: OKT tidak melawan. OKT diam sahaja dan lalu di

hadapan ofis saya.

(l) Keterangan SP7 di m/s 49 RR Jld.2:

“…The accused told the workers around him that Fatty scolded

him, using bad words and punched him, and he fell on the floor

and got up and told Fatty to go back to his room because Fatty

was already drunk. Fatty punched him on the face again. He fell

down again, stood up and saw something sharp on the floor and

he stabbed Fatty with it.”

(m) Keterangan SP7 dalam pemeriksaan balas di m/s 55 RR Jld.2:

“…Q: You said yesterday after Accused was caught he

confessed to have kill Fatty?

A: Yes he told us about it.

Q: And accused told then because some of the workers had

asked him about what happened to Fatty?

A: Yes

Q: Who were the workers who asked the Accused?

A: I don’t remember who the workers were.

Q: You are not among the workers who caught the

accused?

A: Yes

Q: And you were not among workers who chased the

accused?

A: Yes

Q: Where were you the?

A: At the time I was standing in front of the factory office.

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

18

Q: So the distance between you and the accused was about

100 meter when the workers caught him?

A: That’s correct.

Q: So you could not hear what the workers said to the

accused when he was caught?

A: Yes that’s too far to hear.”

(n) Keterangan SP13 di m/s 131 RR Jld.2:

“…Apabila nampak tertuduh keluar dengan beg galas dan

kelihatan tergesa-gesa dan cepat tertuduh keluar seorang diri.

Apabila melihat tertuduh begitu, anak majikan “Ah Wai” yang

berada di pintu hostel, suruh pekerja-pekerja tangkap tertuduh.

Tertuduh telah lari dan dikejar oleh pekerja-pekerja. Tertuduh

ditangkap kira-kira 100 meter dari kilang. Lebih sepuluh (10)

orang telah kejar tertuduh. Mereka tangkap tertuduh dan bawa

balik ke kilang. Pekerja-pekerja saya dan anak majikan panggil

polis dengan telefon. Selepas tertuduh ditangkap saya telah

kembali kerja.”

(o) Keterangan SP13 di m/s 139 – 141 RR Jld.2:

“…S: Ada sesiapa rakan pekerja bagitahu kamu siapa yang

cederakan Fatty?

J: Tidak ada.

S: Selepas polis datang, ada sesiapa bagitahu kamu siapa

yang cederakan Fatty?

J: Tiada

S: Ada sesiapa yang bagitahu Cho Cho Win orang

cederakan Fatty semasa awak berada di situ?

J: Saya tidak tahu

S: Ada sesiapa yang berkata dia nampak apa yang terjadi

kepada Fatty?

J: Tidak ada

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

19

…S: Selepas Kenny sampai adakah Cho Cho Win beritahu

Kenny yang Fatty bergaduh dengan Sein Htay?

J: Saya tak dengar

S: Ada kamu dengar sesiapa beritahu Kenny yang Fatty

bergaduh dengan Tertuduh?

S: Saya tak dengar.”

[23] Percanggahan-percanggahan yang dirujuk oleh peguam bela

terpelajar adalah berkaitan dengan fakta sama ada perayu adalah orang

yang telah menikam Simati dan fakta sama ada perayu telah cuba untuk

melarikan diri dari tempat kejadian selepas mengemas barang-

barangnya ke dalam sebuah beg selepas kejadian pembunuhan itu.

Kami telah meneliti keterangan-keterangan yang dirujuk oleh peguam

bela terpelajar dan kami mendapati bahawa percanggahan-

percanggahan yang dirujuk adalah tidak material dan tidak mencacatkan

kes pihak pendakwaan. Kami juga mendapati percanggahan yang

dirujuk tidak menjejaskan elemen pertuduhan yang mana keterangan

secara keseluruhannya menunjukkan bahawa perayu adalah orang

yang terakhir dilihat bersama Simati dalam bilik dimana Simati berada

sebelum Simati ditermui dalam keadaan berlumuran dengan darah.

[24] Kami berpandangan bahawa percanggahan dalam keterangan

saksi-saksi adalah merupakan sesuatu yang lumrah berlaku terutama

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

20

apabila melibatkan jarak, masa dan kedudukan tertentu dan berbeza

semasa saksi-saksi tersebut menyaksikan kejadian yang berlaku.

Sedikit percanggahan dan perbezaan dalam keterangan saksi tidak

menjadikan saksi itu tidak berkredibel dan tidak juga membolehkan

keseluruhan keterangan saksi itu ditolak. Mahkamah ini dalam kes Che

Omar Mohd Akhir v. PP [1999] 2 CLJ 780 di m/s 784 telah membuat

keputusan atas isu yang sama seperti berikut:

“It would be wrong to say just because a witness may have contradicted

in his evidence or even told lies on one or two points his evidence

should be totally rejected. In this respect the Federal Court in Khoo

Chye Hin v.Public Prosecutor [1961] 27 MLJ 105 at p. 107 said:

…If a witness demonstrably tells lies on one or two points then it is

clear that he is not a reliable witness and as a matter of prudence the

rest of the evidence must be scrutinized with great care and indeed

with suspicion. To say, however, that because a witness has been

proved a liar on one or two points then the while of his evidence “must

in law be rejected” is to go too far and is wrong.”

[25] Begitu juga Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Datuk Haji

Harun bin Idris [1977] 1 MLJ 15 telah membuat pemerhatian mengenai

isu yang sama seperti berikut:

“…in my opinion, discrepancies there will always be, because in the

circumstances in which the event happened, every witness does not

remember the same thing and he does not remember accurately every

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

21

single thing that happened…the question is whether the existence of

certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no

rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its

entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent

reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject

the other.”

[26] Di dalam kes terhadap perayu, kami mendapati YA Pesuruhjaya

Kehakiman telah membuat dapatan fakta dalam mensabitkan perayu

dengan pertuduhan berdasarkan keterangan-keterangan mengikut

keadaan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Kami petik

dapatan dan keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana

dalam alasan keputusan ringkas beliau di m/s 225 – 226 RR Jld.1

seperti berikut:

“Telah menjadi dapatan Mahkamah ini, tidak ada keterangan terus yang

mengaitkan Tertuduh dengan pembunuhan simati kerana tidak ada

saksi mata yang menyaksikan Tertuduh telah membunuh mangsa.

Pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan-keterangan

mengikut keadaan (“circumstantial evidence”) dalam membuktikan

elemen-elemen di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagi elemen pertama, Mahkamah ini mendapati bahawa simati dalam

kes ini, Phae Phyo Aung (“Fatty”) dimana Simati telah dicam oleh

pekerja Foresight Marketing Sdn Bhd, Cho Cho Win (SP7), Kyaw Soe

Aung (SP13) dan ASP Tan Seng Lee, Pegawai Penyiasat (SP15). SP7

mengecam Simati melalui gambar bedah siasat (P6 (B, C dan D)).

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

22

SP13 pula mengecam Simati melalui gambar yang dikemukakan di

Mahkamah. Oleh itu Mahkamah ini mendapati elemen pertama telah

berjaya dibuktikan.

Untuk elemen kedua, Pakar Bedah Siasat simati telah mengesahkan

kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Simati iaitu luka tikaman

yang membawa kematian (fatal) ialah kecederaan no. 12 yang

menembusi ruang dada dan telah memotong satu pembuluh darah

utama di dalam dada yang dipanggil “left brachoe-cephalic vein”

dengan kedalaman iaitu 16 cm. Saiz kecederaan luka tersebut ialah 2

cm x 0.7 cm dan berbentuk terbuka/gaping. Luka ini telah

menyebabkan pendarahan dalaman yang parah.

Kesan pembuluh darah yang terpotong adalah sebagaimana di dalam

eksibit P61, yang mana salur darah hampir sepenuhnya. Peluang

untuk hidup adalah amat tipis dan luka tikaman adalah fatal in nature.

Dapatan Mahkamah bahawasanya luka-luka yang dialami oleh Simati

adalah akibat serangan dan Simati tidak sedar tentang serangan ke

atas dirinya kerana serangan itu pantas dan kemungkinan Simati

berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana tiada luka-luka

mempertahankan diri didapati pada badan Simati. SP15 juga

mengesahkan bahawa Eksibit P24A adalah senjata yang boleh

menghasilkan luka yang fatal yang boleh menyebabkan kematian

Simati. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa elemen kedua iaitu

mangsa mati akibat kecederaan yang dialaminya telah berjaya

dibuktikan.

Elemen ketiga pula telah berjaya dibuktikan bahawa kecederaan yang

dialami oleh Simati adalah berpunca daripada perbuatan Tertuduh

dengan niat dan kecederaan tubuh yang dikenakan oleh Tertuduh

kepada Simati adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian.

Elemen ini dibuktikan menerusi keterangan-ketarangan sokongan oleh

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

23

SP6, SP7, SP13 serta rakaman percakapan Aung Koe Kyaw di bawah

Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang telahpun diterima masuk

oleh Mahkamah ini sebagai P48. Mahkamah ini telah memberi

penilaian maksima ke atas semua keterangan yang dikemukakan oleh

pihak pendakwaan melalui saksi-saksi dan keterangan dokumen dan

mendapati semua elemen pertuduhan telah dibuktikan. Oleh yang

demikian, satu kes prima facie telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan

diakhir kes pendakwaan dan Tertuduh telah dipanggil untuk membela

diri.”

[27] Kami bersetuju dengan dapatan dan keputusan YA Pesuruhjaya

Kehakiman yang mensabitkan kesalahan perayu selepas meneliti

keseluruhan keterangan yang berada dihadapan Mahkamah. Prosedur

Rayuan adalah merupakan satu proses perbicaraan yang berterusan.

Mahkamah ini telah secara kritikal meneliti bantahan yang ditimbulkan

oleh peguam bela dengan melihat kembali keterangan yang berada di

hadapan mahkamah dan mencapai keputusan bahawa keputusan YA

Pesuruhjaya Kehakiman adalah betul dalam mensabitkan perayu. Oleh

itu tiada alasan untuk kami untuk mengubah dapatan fakta yang telah

dicapai oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes ini (Tan Kim Ho &

Anor v. PP [2009] 3 MLJ 151).

[28] Peguam bela turut menimbulkan bantahan terhadap penerimaan

masuk percakapan (P48) dari penama Aung Moe Kyaw atas alasan pra

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

24

syarat di bawah seksyen 32(i) Akta Keterangan 1950 telah gagal

dipenuhi. Kami menolak bantahan peguam bela berdasarkan keputusan

YA Pesuruhjaya Kehakiman yang mendapati bahawa keperluan di

bawah seksyen itu telahpun dipenuhi. Di m/surat 208 RR Jld.2, YA

Pesuruhjaya Kehakiman itu menyatakannya seperti berikut:

“Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan keterangan penama

Aung Moe Kyaw, di bawah Seksyen 32 (i) Akta Keterangan. Saksi

penting ini gagal dikesan dan SP14 telah memberi penjelasan usaha-

usaha yang telah dibuat untuk mengesan bakal saksi ini.

Mahkamah ini berpendapat usaha-usaha yang dibuat adalah

mencukupi sepertimana yang diperlukan di bawah undang-undang

untuk mengesan Aung Koe Kyaw.

Mahkamah ini memutuskan eksibit ID48 diterima masuk sebagai satu

keterangan dan dijadikan Eksibit P48.”

[29] Daripada Rekod Rayuan, kami mendapati penama Aung Moe

Kyaw adalah rakan sebilik dengan perayu dan Simati. Penama Aung

Moe Kyaw telah turut ditangkap dalam kes ini. Penama ini telah

dibebaskan atas arahan Timbalan Pendakwa Raya dan gagal dikesan.

Penjelasan telah diberikan oleh Pegawai Penyiasat DSP Tan Seng Yee

(SP14) mengenai kegagalan untuk mendapatkan penama Ang Moe

Kyaw untuk hadir di Mahkamah. Berikut adalah penjelasan-penjelasan

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

25

yang telah diberikan oleh SP14 dan diterima oleh YA Pesuruhjaya

Kehakiman (di m/s 188 – 192 RR Jld.2):

“Ada dua (2) tangkapan dalam kes ini iaitu Tertuduh dan Aung Moe

Kyaw.

Aung Moe Kyaw tidak dituduh dan dibebaskan oleh Timbalan

Pendakraya. Dia dibebaskan untuk jadi saksi.

Aung Moe Kyaw telah tidak dapat dikesan. Dia warga Myanmar. Saya

cuba kesan beliau di Jabatan Imigresen dengan buat permohonan

bertulis [ditanda P42].

[P42 dirujuk dan dicam] Saya dapat maklum balas Jabatan Imigresen [ditanda P43]. ….. Status kepada Aung Moe Kyaw tidak ada rekod pergerakan keluar

masuk dalam sistem Imigresen.

Selepas itu saya cari maklumat saksi ini di Kedutaan Myanmar. [ditanda

P44].

[P44 dicam] Hasil semakan ini, Embassy Myanmar telah serahkan Aung Moe Kyaw

adalah warga Myanmar yang diberi no. 6P 086077726 2253136.

….. Setelah dapat no. 6P Aung Moe Kyaw saya telah semak semula

kepada Jabatan Imigresen.

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

26

[surat kepada Jabatan Imigresen dirujuk] [Ditanda ID45] Jabatan Imigresen menyerahkan rekod pergerakan Aung Moe Kyaw

tidak wujud dan namanya tiada dalam program pemutihan 6P.

TPR: Rujuk ID45 ada dinyatkan no passport? J: No. passport diperolehi daripada majikan dan semakan didapati

tiada rekod pergerakan.

Saya telah perolehi passport kedua iaitu M946454 dan saya buat

semakan juga.

Saya rujuk ke Jabatan Imigresen. [Ditanda ID45] Hasil semakan ialah tiada pergerakan keluar masuk Aung Mao

Kyaw.

Pada 2014 saya buat carian semula ke atas penama ini. Saya

terima jawapan daripada Jabatan Imigresen pada 20.10.2014.

[Ditanda ID47] Hasil carian juga tidak ada rekod pergerakan. Saya juga semak kepada majikan Aung Mao Kyaw iaitu Yue

Chee Wai (SP6) dan diberitahu yang beliau tidak lagi bekerja di

kilang itu selepas kejadian dan tidak dapat dihubungi.

Alamat terakhir beliau ialah di kilang tempat kejadian iaitu kilang

Cable.

Casing No. 12, Jalan Melati 2, Taman Perindustrian Maju Jaya,

Kempas Johor Bahru.

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

27

Beliau ketika kejadian bekerja di kilang dan tinggal di hostel yang

disediakan dalam kilang.

Saya ada rakam percakapan Aung Mao Kyaw pada 4.4.2013. Saya sendiri yang rakam. Saya boleh cam rakaman percakapan itu.

Peguam bela: Saya bantah walaupun telah disediakan dokumen ini kerana

“maker” tidak dipanggil sebagai saksi.

Mahkamah: Tanda ID48. Hasil rakaman percakapan ID48, beliau telah kata pada 1/4/2013

jam lebih kurang 5.30 petang beliau bersama Tertuduh bernama

Sein Htay berada dalam satu bilik. Telah datang Simati “Fatty”

dalam keadaan mabuk, terus buat bising. Aung Moe Kyaw

nampak Tertuduh jatuh di hadapannya. Sewaktu kejadian

Tertuduh dan Simati berada di belakang beliau. Kedua-dua

Tertuduh dan Simati telah keluar daripada bilik dan beliau tidak

nampak apa yang berlaku di luar.

Aung Moe Kyaw terdengar bunyi seperti besi jatuh ke lantai. Aung Moe Kyaw ada keluar bilik nasihat supaya Tertuduh dan

SImati tidak bergaduh tapi mereka enggan dengar nasihatnya.

Aung Moe Kyaw telah pergi ke bilik lain dan kata hanya ketahui

kejadian Simati ditikam dan di hantar ke hospital setelah

diberitahu oleh kawannya bernama Khin Aung Lwin.

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

28

Aung Moe Kyaw telah ditangkap pada 1/4/2013 hari yang sama

di tempat kejadian.

Saya ada siasat Khim Hung Lwin dan hasil siasatan mendapati

dia hanya tahu kejadian Simati ditikam daripada kawan-kawanya.

Dia tidak nampak kejadian berlaku.

[ID48 dirujuk] Saya ada siasat bunyi besi jatuh ke lantai dan menjumpai sebilah

senjata tajam di lantai di hadapan luar pintu bilik berdekatan

dengan tempat dimana Simati ditikam. Selain besi tajam itu tiada

senjata lain ditemui.”

[30] Kami mendapati YA Pesuruhjaya Kehakiman tidak terkhilaf apabila

telah menerima masuk percakapan penama Aung Moe Kyaw di bawah

seksyen 112 KAJ sebagai P48. Kami turut berpuashati dan bersetuju

dengan YA Pesuruhjaya Kehakiman bahawa prasyarat di bawah

seksyen 32(i) Akta Keterangan 1950 telahpun dipenuhi. Saksi SP14

telah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan saksi Aung Moe Kyaw

tersebut melalui Jabatan Imigresen, Kedutaan Myanmar dan juga

melalui majikan penama itu, Foresight Marketing Sdn Bhd.

[31] Berdasarkan kepada P48, fakta yang tidak dapat disangkal ialah

bahawa perayu adalah orang terakhir yang dilihat bersama Simati.

Telah berlaku pergaduhan antara Simati dengan perayu di dalam bilik

mereka apabila Simati yang sedang mabuk ketika itu telah masuk ke

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

29

dalam bilik membuat bising ketika perayu sedang tidur. Aung Moe Kyaw

kemudiannya mendengar seperti besi jatuh ke atas lantai sebelum

Simati ditemui dalam keadaan berlumuran darah di luar bilik dan sebilah

parang (P24A) berada di atas lantai berdekatan dengan Simati.

Keterangan ini dan keterangan perayu dalam keadaan tergesa-gesa

cuba melarikan diri dengan sebuah beg galas merupakan keterangan

mengikut keadaan yang boleh diterima bagi menunjukkan penglibatan

perayu dengan pembunuhan Simati.

[32] Dalam kes PP v. Jitweer Singh Ojagar Singh [214] 1 CLJ 433,

Mahkamah Persekutuan menitikberatkan kelakuan tertuduh dan fakta

bahawa tertuduh orang yang terakhir dilihat bersama Simati sebagai

keterangan yang dapat diterima untuk menyokong pertuduhan terhadap

tertuduh. Fakta yang diketemukan dan disokong oleh percakapan di

bawah seksyen 112 KAJ menguatkan alasan bahawa tertuduh adalah

orang yang bertanggungjawab membunuh Simati. Di m/surat 463 kes

itu, Mahkamah Persekutuan membuat penemuan berikut:

“[41] It was unmistakable that the s. 112 statement was replete only

with truth. Nothing asserted was contradicted by the established facts.

The s. 112 statement stood the test of the established facts. In every

material aspect, the s. 112 statement was corroborated and

substantiated by the established facts. There was no reason to doubt it.

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

30

There was also no reason not to rely on it for proof of the fact that the

accused was the last person with the deceased when alive.

[42] The act was not witnessed. But based on our aforesaid

maximum evaluation, the circumstantial evidence gave rise to the one

and only logical inference that it was the accused and the accused

alone who caused the death of the deceased. The combined strands of

evidence, when twisted together (see Chan Chwen Kong v. PP [1962]

1 LNS 22; [1962] 1 MLJ 307) had made out the ingredients of the

charge beyond all reasonable doubt. There was a prima facie case that

would warrant conviction if the accused were to elect to remain silent.

We therefore unanimously set aside the acquittal and order the accused

to enter upon his defence, before the same trial court.”

[33] Berbalik kepada kes rayuan di hadapan kami, fakta yang telah

dibuktikan dan tidak dapat disangkal adalah bahawa perayu adalah

orang yang terakhir dilihat bersama Simati dan telah bergaduh dengan

Simati sebaik sebelum Simati ditemui dalam keadaan tercedera dan

berlumuran darah dan kelakuan perayu yang cuba untuk melarikan diri

yang boleh diterima masuk sebagai keterangan melalui seksyen 8 Akta

Keterangan 1950 dimana fakta-fakta tersebut turut disokong melalui

percakapan P48 adalah keterangan yang mencukupi untuk mensabitkan

perayu dengan pertuduhan.

[34] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa mahkamah

atasan yang mendengar rayuan tidak seharusnya mengganggu dapatan

Page 31: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

31

fakta oleh hakim bicara kecuali jelas sekali dapatan oleh hakim bicara itu

telah terkhilaf dan tidak disokong oleh keterangan yang ada di hadapan

mahkamah. Kami mendapati ianya tidak berlaku dalam kes sekarang di

hadapan kami.

[35] Sekarang kami beralih kepada alasan kedua rayuan perayu yang

dihujahkan oleh peguam bela terpelajar. Peguam bela berhujah niat

untuk membunuh telah gagal dibuktikan apabila wujud keraguan dalam

keterangan SP15 sama ada parang P24A adalah senjata yang telah

digunakan untuk mendatangkan kecederaan maut terhadap Simati.

Peguam bela terpelajar telah merujuk kepada dua aspek keterangan

SP15 yang agak berbeza sebelum menyimpulkan hujahan bahawa

P24A bukanlah senjata yang telah digunakan untuk mencederakan

Simati. Dua aspek keterangan SP15 yang dirujuk oleh peguambela

terpelajar adalah:

(a) SP15 menyatakan bahawa ciri-ciri luka tikaman yang didapati

pada jasad Simati menunjukkan bahawa objek yang digunakan

untuk menikam Simati mempunyai bilah yang panjang, runcing

dihujung, tajam disatu tepi bilah serta tumpul disatu tepi bilah

yang lain: dan

Page 32: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

32

(b)

SP15 apabila dirujuk dengan P24A menyatakan bahawa P24A

tebal ditengah dan tajam ditepi dimana kedua-dua belah adalah

tajam.

[36] Kami menolak hujahan peguam bela terpelajar terhadap alasan

kedua rayuan perayu. Kami berpandangan bahawa peguam bela

terpelajar tidak wajar hanya menumpukan kepada dua aspek

keterangan SP15 tersebut semata-mata. Sebaliknya kami

berpandangan mahkamah hendaklah meneliti keseluruhan keterangan

secara total dalam membuat keputusan. Lain-lain aspek keterangan

yang wajar diberikan pertimbangan adalah:

(a) Keterangan SP15 yang menyatakan bahawa objek yang sesuai

digunakan bagi luka hiris yang dialami oleh Simati ialah objek

yang tajam. Manakala luka tikaman yang dialami oleh Simati

ianya boleh disebabkan oleh objek yang mempunyai bilah yang

tajam dan hujung bilah berbentuk runcing yang ringan seperti

pisau. SP15 mengesahkan P24A boleh menghasilkan

kecederaan di No. 11 hingga 15 pada badan Simati (m/s 176

RR Jld.2);

(b) Keterangan SP15 turut menyatakan bahawa P24A mempunyai

sedikit ciri-ciri yang boleh menghasilkan luka-luka yang beliau

jumpai pada jasad Simati. Malahan SP15 tidak menolak

kemungkinan P24A telah digunakan secara total terhadap

Simati (m/s 180 RR Jld.2);

Page 33: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

33

(c) Percakapan Aung Moe Kyaw dalam P48 menyatakan bahawa

beliau telah mendengar seperti satu besi jatuh ke lantai dan

kemudiannya telah menemui parang P24A di atas lantai di sisi

badan Simati;

(d) Tidak ada senjata lain yang ditemui dan dirampas dalam

siasatan kes ini; dan

(e) Laporan kimia (P15) di m/s 275 – 279 RR Jld.4 mengesahkan

bahawa parang P24A disahkan mempunyai kesan darah

Simati.

[37] Kami ulangi bahawa keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman dalam

mensabitkan perayu berdasarkan kepada keseluruhan keterangan.

Sebagai penentu dapatan fakta, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah

membuat dapatan yang betul berdasarkan kepada keterangan yang

berada di hadapan Mahkamah. YA Pesuruhjaya Kehakiman

mempunyai kelebihan audio-visual dan kami sebagai Mahkamah atasan

tidak mendapati sebarang kekhilafan Rayuan (appellable error) untuk

mengganggu dapatan dan keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman

tersebut. Seperti dalam kes Timhar Jimdani Ong & Anor v. PP [2010]

3 CLJ 938 dimana Mahkamah ini telah memutuskan seperti berikut:

“43]…..Again, we see no reason to disturb this factual finding of the trial

judge. It is the duty of the trial court to decide whether a witness has

told a believable story or one that is implausible. It is trite that an

appellate court will not interfere with a finding of specific fact based on

Page 34: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

34

the credibility of a witness (see Lai Kim Hon v. PP [1980] 1 LNS 197;

[1981] 1 MLJ 84) unless at this appellate stage we can find substantial

and compelling reason for disagreeing with that finding (see Herchun

Singh & Ors v. PP [1969] 1 LNS 52)” [penekanan oleh kami].

[38] Begitu juga dalam kes Lai Kim Ho & Ors v. PP [1981] 1 MLJ 84

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan:

“Viewed as a whole it seems clear that the finding of fact made by the

trial judge turned solely on the credibility of the witnesses. The trial

judge heard the testimony of each witness and had seen him. He also

had the opportunity to observe the demeanour of the witnesses.

Discrepancies will always be found in the evidence of a witness but

what a judge has to determine is whether they are minor or material

discrepancies. And which evidence is to be believed or disbelieved is

again a matter to be determined by the trial judge based on the

credibility of each witness. In the final analysis it is for the trial judge to

determine which part of the evidence of a witness he is to accept and

which to reject. Viewed in that light we did not consider it proper for this

court to substitute its findings for that of the learned trial judge. The

principle of law governing appeals in criminal cases on questions

of fact is well established, in that the Appeal Court will not

interfere unless the balance of evidence is grossly against the

conviction especially upon a finding of a specific fact involving the

evaluation of the evidence of a witness founded on the credibility

of such witness.” [penekanan oleh kami].

Page 35: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

35

[39] Kami mendapati YA Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes ini

walaupun telah gagal untuk menulis alasan Penghakiman; dan hanya

telah menulis alasan keputusan beliau, namun kami telah meneliti

keseluruhan keterangan dan mendapati keputusan YA Pesuruhjaya

Kehakiman dalam mensabitkan perayu berdasarkan kepada keterangan

mengikut keadaan adalah tepat dan wajar dipertahankan. Mengenai

sabitan berdasarkan kepada keterangan mengikut keadaan, kami ingin

mengakhiri dengan merujuk kepada keputusan dalam kes Lee Kwai

Heong & Anor v. PP [2006] 1 CLJ 1043 seperti berikut:

“[16] In respect of the contention that the learned trial judge erred in his

assessment of the evidence of PW7 and accepting him as a witness of

truth, with respect, we are of the view that it is a settled principle of law

that ‘where the judge at the trial has come to a conclusion upon the

question which of the witnesses, whom he has seen and heard, are

trustworthy and which are not, he is normally in a better position to

judge of this matter than the appellate tribunal can be; and the appellate

tribunal will generally defer to the conclusion which the trial Judge has

formed’ and if an appeal is ‘from the decision of a trial Judge based on

his opinion of the trustworthiness of witnesses whom he has seen,’ an

appellate court ‘must, in order to reverse, not merely entertain doubts

whether the decision below is right, but be convinced that it is wrong’.

(see: Powell and Wife v. Streatham Manor Nursing Home [1935] AC

243; AD Caldeira v. FA Gray [1936] MLJ 137 PC; Loh Shak Mow v.

Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 362 (also [1986] SLR 358). And in

order to be convinced that the decision of a trial judge is wrong an

appellate court has a duty ‘to check by critical examination of the

Page 36: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

36

whole of the evidence the trial judge’s conclusion as to the

truthfulness of that witness’. Some of the matters to consider are:

(i) whether the witness’s story is inherently ‘consistent with

the facts and circumstances alleged therein’ and which

may gain weight by other factors;

(ii) ‘corroboration by other witnesses will strengthen it;

(iii) credible extrinsic circumstantial evidence will do the same;

and

(iv) lastly the demeanour and tone in which the witness gives

evidence will add to fortify (if favourable) the inherent

probability of the story but the last named is the least

weighty element in the credibility of a story’. (See:

Abraham Ho Ah Loke v. William Manson-Hing [1949]

MLJ 37).” [penekanan oleh kami].

Kesimpulan [40] Atas alasan-alasan yang telah kami huraikan di atas, kami dengan

sebulat suara mendapati bahawa tiada merit dalam rayuan perayu

terhadap sabitan. Sabitan terhadap perayu adalah selamat. Dengan

itu, rayuan perayu ditolak dan kami mengesahkan sabitan dan hukuman

mati oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi.

Bertarikh: 20 Jun 2017.

t.t (KAMARDIN BIN HASHIM)

Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia

Page 37: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-198-06-2016.pdf · rakan yang tinggal dalam sebuah bilik yang sama disebuah asrama para pekerja Warganegara Myanmar yang disediakan

MRJ NO:J-05(M)-198-06/2016

37

Peguamcara Bagi Pihak Perayu: Vijey Esvaren (Loh Suk Hwa, bersamanya) Teruan Vijey Esvaren Unit D-2-16A, Putra Majestik Jalan Kasipillay off Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur. Bagi Pihak Responden: Nurshafini Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya