26
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-100-03/2016 ANTARA KIRUPANATHAN A/L TANGARAJA …PERAYU [Identity Card No.: 900223-14-6159] DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor) (Perbicaraan Jenayah Bil: 45A-97-10/2014) Antara Pendakwa Raya Lawan 1. Kirupanathan a/l Tangaraja 2. Prem Kumar a/l Pannirselvam 3. Mohamed Kasim bin Narukani 4. Kalai Vaanan a/l Tannarsu KORUM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR ASMABI BINTI MOHAMAD, HMR

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

  • Upload
    lenga

  • View
    249

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-100-03/2016

ANTARA

KIRUPANATHAN A/L TANGARAJA …PERAYU

[Identity Card No.: 900223-14-6159]

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN

(Dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor)

(Perbicaraan Jenayah Bil: 45A-97-10/2014)

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

1. Kirupanathan a/l Tangaraja

2. Prem Kumar a/l Pannirselvam

3. Mohamed Kasim bin Narukani

4. Kalai Vaanan a/l Tannarsu

KORUM:

MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR

ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR

ASMABI BINTI MOHAMAD, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

2

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Latar Belakang

[1] Perayu telah dihadapkan dengan satu pertuduhan bagi kesalahan

mengedar dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952

(ADB) yang boleh membawa hukuman mati mandatori di bawah Seksyen

39B (2) ADB.

[2] Pertuduhan terhadap Perayu dan tiga orang lagi adalah seperti

yang berikut:

“Bahawa kamu bersama-sama pada 17 Februari 2014 jam lebih

kurang 4.30 petang, bertempat di hadapan Maybank Seksyen 4,

Jalan C180/1, Pekan Batu 11, Cheras di dalam daerah Kajang, di

dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama

telah mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 58.1 gram

Heroin dan 88.8 gram Monoacetylmorphine dan oleh yang

demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah

Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum

di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama

Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”

Kes Pendakwaan

[3] Pada 17.02.2014 jam lebih kurang 9.30 pagi, D/Kop Anbalan a/l

Vasu (SP2) yang bertugas di IPK Selangor, menerima maklumat

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

3

daripada sumber berdaftar di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK

Selangor menyatakan adanya aktiviti pengedaran dadah jenis heroin

dengan harga RM8,000.00 bagi satu pound di kawasan Jusco Balakong.

Pengedar dikenali sebagai Boy dan nombor telefonnya ialah 014-

6454951.

[4] Pada hari yang sama, jam 10.30 pagi, SP2 menemui ketuanya ASP

Mohd Husni bin Manaf (SP4) untuk memaklumkan mengenai maklumat

tersebut. SP4 mengarahkan SP2 untuk bertindak sebagai Agent

Provocateur/Penyamar Sulit (AP). Seterusnya pada jam 11.00 pagi, SP4

mengumpul semua anggotanya untuk tujuan taklimat. SP2 kemudiannya

telah menelefon Boy dan memaklumkan bahawa beliau berminat untuk

membeli dadah dan Boy memberitahu SP2 syarat pembelian mestilah

sekurang-kurangnya 3 pound ke atas. Setelah memaklumkan syarat

kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan

akan menyediakan flash roll berjumlah RM24,000.00.

[5] Pada jam 11.30 pagi, SP4 mengadakan suatu lagi taklimat yang

selesai pada jam 1.00 tengah hari. Selesai taklimat, SP4 bersama

anggotanya menuju ke Jusco Balakong dalam tiga pasukan dengan

menaiki kenderaan jenis Myvi, Kembara, Hilux dan juga motosikal.

Sementara itu, SP2 pula bergerak berseorangan ke arah yang sama

dengan menaiki kereta Toyota Vios bernombor pendaftaran WUS 8590.

[6] Pada jam lebih kurang 4.00 petang, SP2 memasuki tempat letak

kereta Pasaraya Jusco Balakong atas arahan SP4. Sejurus selepas itu,

SP2 menghubungi Boy untuk memaklumkan beliau berada di kawasan

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

4

tempat letak kereta Pasaraya Jusco Balakong dan kereta beliau ialah

jenis Toyota Vios berwarna silver bernombor pendaftaran WUS 8590.

Boy meminta SP2 menunggu di tempat tersebut. Dua minit kemudian,

Boy meminta SP2 keluar dari keretanya. Apabila SP2 keluar dari

keretanya, seorang lelaki India mendekati dan memperkenalkan diri

sebagai Boy. SP2 memaklumkan bahawa beliau ingin membeli dadah.

Boy memaklumkan harga satu pound dadah ialah RM8,000.00 dan tidak

boleh kurang daripada 3 pound. Jika SP2 membeli 10 pound ke atas,

harga boleh dikurangkan. SP2 memaklumkan kepada Perayu, beliau

bersetuju membeli 3 pound. Boy memaklumkan dia perlu pergi

mengambil bekalan dan bekalan hanya boleh dibekalkan selepas

menerima bayaran. Atas permintaan Boy, SP2 menunjukkan wangnya

yang berada di dalam beg silangnya. SP2 memaklumkan “saya nak

tengok barang dulu, selagi saya tidak tengok barang itu, saya takkan

passing duit.” Boy meminta SP2 menunggu di situ dan memberitahu

bahawa bosnya sedang menunggu di deretan kedai bersebelahan Jusco

Balakong. Boy kemudian beredar dari situ.

[7] SP2 memaklumkan SP4 tentang hasil rundingannya dengan Boy

dan bahawa Boy telah beredar ke deretan kedai bersebelahan Jusco

Balakong. SP4 dan anggotanya terus beredar menghala ke kawasan

deretan kedai tersebut dan mengambil kedudukan masing-masing.

[8] Tidak lama selepas itu, Boy menelefon SP2 dan meminta SP2

datang ke deretan kedai berhampiran kedai Seng Heng. SP2 keluar dari

tempat letak kereta Jusco Balakong, menuju deretan kedai dan

memberhentikan keretanya di tepi kedai Seng Heng. SP2 keluar dari

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

5

keretanya dan nampak Boy berdiri berdekatan kedai Seng Heng

bersama-sama dua orang lelaki India, Tertuduh Kedua dan Tertuduh

Ketiga (Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga semasa perbicaraan di

Mahkamah Tinggi). Apabila SP2 sampai berdekatan, Boy

memperkenalkan Mohamed Kasim sebagai bosnya dan Mohamed Kasim

turut memperkenalkan Prem Kumar sebagai rakan kongsinya. SP2

meminta untuk melihat barang dulu. Pada masa yang sama, Prem Kumar

memberitahu, “Tidak perlu takut abang. Kita ambil duit dahulu dan barang

akan sampai ke kereta abang.” Boy dan Prem Kumar bersetuju untuk

menunjukkan barang kepada SP2.

[9] Boy menaiki kereta SP2 dan meminta SP2 membuat pusingan.

Semasa di dalam kereta, Boy menerima panggilan telefon dan Boy

memaklumkan kepada SP2 bahawa ada satu kereta Proton Satria

berwarna hitam nombor WME 6143 menunggu mereka di kawasan

Maybank. SP2 memandu ke arah Maybank dan meletakkan keretanya

bersebelahan kereta Satria. Boy turun dari kereta SP2 dan berjalan ke

bahagian pemandu kereta Satria. SP2 nampak pemandu kereta Satria

ialah seorang lelaki India. Apabila Boy sampai di bahagian pemandu

kereta Satria, Boy diserahkan satu bungkusan plastik berwarna hitam

melalui tingkap dan lalu membawanya ke SP2. SP2 keluar dari keretanya

dan meminta Boy membuka bungkusan plastik tersebut dan

menunjukkan isi kandungannya kepada SP2. Apabila bungkusan hitam

tersebut dibuka, SP2 nampak salah satu bungkusan di dalam plastik itu

mengandungi ketulan-ketulan yang disyaki dadah. SP2 terus

memberikan arahan strike kepada SP4 dan anggotanya.

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

6

[10] SP4 dan anggotanya terus menyerbu dan menangkap Boy dan

pemandu kereta Satria. Boy cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

Boy dikenalpasti sebagai Kirupanathan a/l Tangaraja (Perayu).

Manakala, pemandu kereta Satria dikenalpasti sebagai Kalai Vaanan a/l

Tannarsu (Tertuduh Keempat di Mahkamah Tinggi).

[11] Anggota polis yang ditempatkan oleh SP4 di hadapan kedai Seng

Heng telah menangkap Prem Kumar a/l Pannirselvam (Tertuduh Kedua)

dan Mohamed Kasim bin Narukani (Tertuduh Kedua dan Ketiga di

Mahkamah Tinggi). Dua orang wanita, Fatimah dan Punitha turut berada

di tempat Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga ditangkap.

[12] SP4 telah membuat pemeriksaan ke atas bungkusan plastik hitam

yang berada dalam pegangan Perayu semasa serbuan. SP4 mendapati

di dalam plastik hitam itu terdapat tiga bungkusan surat khabar yang di

dalam setiap bungkusan surat khabar tersebut terdapat tiga plastik

lutsinar berisi bahan disyaki dadah.

[13] Pemeriksaan ke atas kereta Satria tersebut menemui satu beg

galas jenama Mizuno di dalamnya terdapat satu plastik putih yang

mengandungi satu bungkusan yang di dalamnya ada satu peket plastik

lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah.

[14] SP4 telah membuat rampasan terhadap barang kes dadah tersebut

dan membuat penandaan pada setiap barang kes yang dirampas. SP4

membawa kesemua tangkapan ke Balai Polis Kajang.

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

7

[15] Pada jam 11.00 malam pada hari yang sama, SP4 telah

menyerahkan kesemua tangkapan dan barang kes kepada Pegawai

Penyiasat Insp Ahmad Zubir bin Zainal Abidin (SP6). SP6 telah

menyimpan kesemua barang kes di dalam almari besi berkunci di

pejabatnya. Pada 21.02.2014, SP6 telah menyerahkan barang kes

dadah kepada ahli kimia Dr. Saravana Kumar a/l Jayaranam (SP1).

[16] SP1 telah menjalankan analisis ke atas barang kes tersebut dan

mengesahkan berat dadah dalam beg plastik hitam ialah masing-

masingnya 58.1 gram heroin dan 8.8 gram monoacetylmorphine.

Manakala berat dadah dalam beg galas jenama mizuno di dalam kereta

Satria ialah masing-masingnya 18.1 gram heroin dan 4 gram

monoacetylmorphine (selepas ini akan dirujuk sebagai dadah tersebut).

Dapatan Hakim Bicara di akhir kes pendakwaan

[17] Hakim Bicara menerima keterangan SP2 bahawa Perayu ialah

orang yang berurusan dengan SP2 dari awal sehingga dia ditangkap di

hadapan kawasan Maybank. Perayu ialah pihak yang menetapkan syarat

jualan dadah tersebut kepada SP2 iaitu harga satu pound ialah

RM8,000.00 dan hendaklah dibeli sekurang-kurangnya tiga pound.

[18] Apabila Perayu sampai di hadapan Maybank, Perayu telah keluar

dari kereta SP2 dan menuju ke kereta Satria. Perayu mengambil

bungkusan plastik hitam daripada Kalai Vaanan (Tertuduh Keempat di

Mahkamah Tinggi) dan membawanya ke SP2. Perayu telah membuka

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

8

bungkusan tersebut untuk menunjukkan isi kandungannya yang

mengandungi dadah tersebut.

[19] Keterangan SP2 jelas menunjukkan Perayu mempunyai niat untuk

mengedar dadah tersebut dengan menjualnya kepada SP2.

[20] Walaupun dicabar, keterangan SP2 tidak tergugat dan diterima oleh

Mahkamah. Merujuk kepada kes PP v Mohd Haifah [1982] 1 MLJ 155,

Hakim Bicara mendapati SP2 ialah seorang AP dan keterangannya tidak

memerlukan keterangan sokongan yang lain.

[21] Antara isu yang dibangkitkan oleh peguam bela Perayu adalah

bahawa informer hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Hakim Bicara mendapati hujahan ini tidak bermerit kerana tidak ada

penglibatan secara aktif informer dalam kes ini. Juga dibangkitkan

bahawa Fatimah dan Punitha perlu dipanggil oleh pihak pendakwaan

sebagai saksi. Hakim Bicara mendapati hujahan ini juga tidak bermerit

kerana pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke

atas Perayu. Isu-isu lain seperti siasatan SP6 tidak lengkap dan tidak

selamat diterima oleh Mahkamah tidak bermerit dan bercanggah dengan

keterangan saksi-saksi pendakwaan.

Kes Pembelaan

[22] Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan secara

bersumpah. Perayu menyatakan bahawa dia tidak mengetahui terdapat

dadah di dalam bungkusan plastik tersebut. Pada hari kejadian, Perayu

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

9

menyatakan bahawa dia diminta oleh kawannya bernama Bangsaprem

untuk mengambil barang iaitu cip, di kuil di Mid Valley dan

menghantarnya ke Jusco Balakong. Bangsaprem memberitahu apabila

cip diserahkan, mereka akan membayar RM20,000.00.

[23] Perayu menyatakan SP2 telah menelefonnya dan memberitahu dia

(SP2) sedang menunggu untuk mengambil cip di tempat letak kereta

Jusco Balakong. Di situ, Perayu membawa SP2 berjumpa dengan dua

orang kawannya di hadapan Seng Heng dan kemudiannya, Perayu dan

SP2 bergerak ke Maybank. Apabila tiba di Maybank, Perayu turun dan

berjumpa Kalai Vaanan (Tertuduh Keempat) untuk bertanya mengenai

cipnya. Perayu mendapati cip itu diikat dalam satu bungkusan plastik

yang dihulurkan oleh Tertuduh Keempat. Perayu mengambil bungkusan

itu dan membawanya ke SP2. Tiba-tiba, dia diserbu, dipukul dan

ditangkap dan seterusnya dibawa ke balai polis.

Dapatan di akhir kes pembelaan

[24] Hakim bicara mendapati pembelaan Perayu bahawa dia telah

diminta kawannya Bangsaprem untuk menghantar barang (cip) kepada

SP2 dan adanya bayaran yang akan diberikan daripada SP2 untuk

penghantaran tersebut jelas bercanggah dengan keterangan SP2.

[25] Hakim bicara juga mendapati bahawa Perayu telah menyebut nama

Bangsaprem buat pertama kali hanya di peringkat pembelaan dan nama

ini tidak pernah ditimbulkan di peringkat pendakwaan.

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

10

[26] Setelah menilai semua aspek keterangan, Hakim Bicara menolak

pembelaan Perayu kerana pembelaannya merupakan penafian semata-

mata. Perayu telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah dan

Hakim Bicara juga berpuas hati pihak pendakwaan telah membuktikan

kesnya di luar keraguan munasabah.

[27] Oleh itu, Hakim Bicara mendapati Perayu bersalah dan disabitkan

atas kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan

dijatuhkan hukuman mati sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang.

Rayuan

[28] Peguam bela mengemukakan alasan-alasan rayuan seperti

berikut:

(a) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

kerana telah gagal untuk mempertimbangkan bahawa pihak

pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie

terhadap Perayu.

(b) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila gagal untuk mengambil kira setiap inti pati yang

diperlukan untuk membuktikan suatu kes terhadap Perayu

seperti yang diperuntukkan di bawah S.173(f)(i) Kanun

Prosedur Jenayah.

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

11

(c) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila gagal membuat penemuan milikan di akhir kes

pendakwaan sebelum anggapan pengedaran boleh

digunakan.

(d) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila membuat penemuan affirmative bahawa Perayu

mempunyai mens rea possession.

(e) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila gagal memahami bahawa pihak pembelaan hanya

perlu menimbulkan keraguan pada kes pendakwaan dan

bukannya membuktikan kes melampaui keraguan yang

munasabah.

(f) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila membuat penemuan bahawa informer tidak ada

penglibatan aktif dalam kes ini. Walhal SP2 telah

mengesahkan bahawa berat dan harga dadah telah dirunding

oleh informer. Justeru itu, informer sebenarnya telah

berfungsi sebagai AP.

(g) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila secara “tacitly” memberikan imuniti di bawah S.40 dan

S.40A ADB kepada informer yang telah berperanan aktif

dalam kes ini.

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

12

(h) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila gagal membuat penemuan bahawa informer tidak

mempunyai imuniti maka S.41 ADB boleh dibangkitkan

terhadap informer yang telah berperanan aktif dalam kes ini.

(i) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila gagal untuk membangkitkan peruntukan Seksyen

114(g) Akta Keterangan 1950 di mana kegagalan pihak

pendakwaan untuk memanggil informer yang telah

memainkan peranan yang aktif sebagai saksi. Keterangan

informer tersebut sememangnya boleh memberi gambaran

yang lebih jelas berkenaan dengan kes ini.

(j) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila beliau gagal atau tidak membuat satu penilaian

maksimum pada peringkat kes pendakwaan terhadap

pernyataan SP2 yang bercanggahan dengan SD1 dan SD3

berkenaan dengan kewujudan seorang lelaki lain bersama

SP2. SD1 menyatakan bahawa semasa dia menaiki kereta

SP2, dia nampak seorang lelaki Melayu berbadan besar. Ini

telah disokong dengan keterangan SD3.

(k) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

dalam tidak mengambil kira bahawa pendakwaan telah gagal

mengemukakan maklumat log panggilan telefon Perayu, SP2,

Tertuduh Kedua, Ketiga dan Keempat. Jika dikemukakan,

dapat menunjukkan trail of communication dan itu secara

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

13

langsung dapat membuktikan Perayu bukan pengedar malah

hanya merupakan delivery boy.

(l) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila tidak mengambil pernyataan SP6 yang bersetuju

dengan cadangan peguam bela bahawa beliau tidak

melakukan satu siasatan dengan lengkap. Di mana

kegagalan SP6 untuk melakukan siasatan yang lengkap telah

menyebabkan jurang yang banyak dalam kes ini, antaranya

ialah ketiadaan log panggilan telefon, borang rampasan dan

borang bongkar terhadap telefon bimbit.

(m) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila gagal membuat pindaan kepada pertuduhan pertama

di akhir kes pembelaan sebelum menjatuhkan hukuman

terhadap Perayu.

(n) YA Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang

apabila gagal membuat penemuan bahawa pertuduhan

pertama ialah cacat defective.

Dapatan kami

Alasan (a), (b), (c) dan (d) Petisyen Rayuan

[29] Isu pertama yang dibangkitkan oleh Perayu merangkumi alasan (a),

(b), (c) dan (d) dalam Petisyen Rayuan iaitu sama ada Perayu telah

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

14

secara betul disabitkan atas kesalahan mengedar dadah tersebut pada

tarikh, waktu dan di alamat seperti yang tertera dalam pertuduhan.

Peguam bela Perayu yang bijaksana telah menghujahkan, pendakwaan

telah gagal membuktikan inti pati penting pertuduhan iaitu mens rea

possession. Ringkasnya peguam bela telah menghujahkan Hakim

Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah gagal membuat suatu penemuan

yang affirmative bahawa Perayu mempunyai kawalan dan jagaan

terhadap dadah tersebut termasuklah pengetahuan mengenainya

sepertimana yang dipertuduhkan.

[30] Selanjutnya peguam bela Perayu menghujahkan, oleh sebab

Hakim Bicara tidak menerima pakai anggapan di bawah seksyen 37 (d)

ADB, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan inti pati wujudnya

pengedaran dadah tersebut secara langsung. Atas alasan yang

dihujahkan, peguam bela menyatakan penemuan fakta oleh Hakim

Bicara adalah salah dan wajar diketepikan oleh Mahkamah ini.

[31] Sepertimana yang telah kami huraikan pada awal penghakiman,

teras kes pendakwaan terhadap Perayu ialah pengedaran sebenar dadah

berbahaya jenis Heroin seberat 58.1 gram dan Monoacetylmorphine

seberat 88.8 gram melalui suatu penjualan melalui AP yang merupakan

suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB. Bagi pertuduhan

yang dihadapkan ke atas Perayu, pihak pendakwaan tidak perlu

membuktikan inti pati Perayu mempunyai kawalan, jagaan dan

pengetahuan ke atas dadah tersebut. Ini disebabkan kesalahan yang

dihadapi Perayu ialah menjual dadah.

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

15

[32] Tafsiran bagi perkataan ‘pengedaran dadah’ menurut seksyen 2

ADB ialah:

“.....termasuklah melakukan salah satu daripada perbuatan-

perbuatan ini, iaitu mengilang, mengimport, mengeksport,

menyimpan, menyorok, membeli, menjual, memberi, menerima,

menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar,

mengirim, berusaha mendapatkannya, membekal atau mengedar

sesuatu dadah berbahaya atau dengan cara lain di bawah

penguatkuasaan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di

bawah Akta ini.”

[33] Dalam kes ini Perayu dikatakan telah menjual dadah tersebut

kepada SP2 selaku AP. Seksyen yang relevan dalam ADB berhubung

dengan isu informer dan AP ialah seksyen 40 dan 40A ADB. Tafsiran

dan pemakaian kedua-dua seksyen ini telah dibincangkan dengan

terperinci dalam beberapa kes yang telah diputuskan sebelum ini. (Lihat

Munusamy Vendagasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250; [1987] CLJ (Rep)

221; Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 1 CLJ 540;

[1987] CLJ (Rep) 240; PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ

233; Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 3 CLJ 1; Ghazalee Kassim & Anor

v. PP [2009] 4 CLJ 737).

[34] Huraian mengenai siapakah yang disifatkan sebagai AP telah

dibincang dengan panjang lebar dalam kes Wan Mohd Azman Hassan

v P.P. [2010] 4 CLJ 529:

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

16

“In a typical police undercover operation scenario (as happened in

this case) the police would receive information from its informer of

a drug trafficking activity. An agent provocateur, normally himself

a police officer, will then be assigned to undertake what is called a

“sting operation”. The agent provocateur will then get in touch with

the informer. The informer will then arrange for an introduction and

meeting between the agent provocateur, (who will play the role of a

drug-buyer) and the drug trafficker. The informer will take no active

role and normally disappear. Negotiations will then take place

between the agent provocateur and the drug trafficker where the

amount of drugs to be supplied, its price and place of delivery will

be discussed and agreed upon. The agent provocateur himself thus

takes an active role in the commission of the offence. Both parties

became wiling participants in the offence. This is what is meant by

the phrase ‘to abet the commission of the offence’ as found in s. 40A

of the Act. The agent provocateur role is to uncover the offence and

gather the evidence to be later given at the trial against the

trafficker. This, as discussed later in this judgment, is however not

entrapment that gives rise to a legitimate defence.”

[35] Dalam kes yang tersebut di atas AP disifatkan sebagai seorang

yang merangsang atau mencadangkan perlakuan suatu kesalahan

kepada seorang lain dengan harapan orang itu akan menuruti cadangan

AP sehingga boleh menyebabkan orang itu boleh disabitkan dengan

sesuatu kesalahan di bawah undang-undang sebagaimana yang

dirangsang dan / atau dicadangkan oleh AP.

[36] Kebolehterimaan keterangan AP dan juga kredibiliti AP tidak

menjadi isu kerana seksyen 40A ADB memberikan perlindungan kepada

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

17

AP. Keterangan AP juga tidak perlu disokong oleh keterangan bebas lain.

Tanggapan bahawa keterangan AP adalah kredibel juga boleh

dipatahkan jika pembelaan mengemukakan keterangan yang cukup

untuk menunjukkan AP ialah saksi yang tidak kredibel. (Lihat kes

Pendakwa Raya v. Han Kong Juan & Ors [1983] 1 CLJ 245; [1983]

CLJ (Rep) 773 HC).

[37] Pendakwaan telah mempremiskan kesnya terhadap Perayu di

bawah seksyen 39B(1)(a) ADB iaitu pengedaran sebenar melalui

penjualan dadah tersebut kepada seorang AP. Kes Pendakwaan

bukanlah kerana Perayu memiliki dadah tersebut. Persoalannya adalah

sama ada berdasarkan factual matrix kes ini, pendakwaan telah berjaya

membuktikan inti pati pengedaran dadah tersebut melalui suatu

penjualan terhadap Perayu.

[38] Dalam kes Pendakwa Raya v. Saari bin Jusoh [2007] 2 CLJ 197

setelah membincangkan beberapa tafsiran bagi perkataan ‘selling’/‘sale’

and ‘contract to sell’ yang diberi masing-masingnya oleh Webster’s New

World Dictionary Edisi Ketiga, Butterworths Australian Legal Dictionary,

The Law Lexicon oleh Ramanatha Aiyar dan juga pada kes Inland

Revenue Commissioners v. Littlewoods Order Stores [1962] 2 All ER

279 yang merujuk kepada Benjamin on Sale Edisi Kedelapan, YA

Augustine Paul HMR (pada ketika itu bersidang sebagai HMP)

menyimpulkan tafsiran bagi perkataan penjualan (sale) sebagai:

“A sale is therefore complete upon transfer of property in the goods

even though the price has not been paid. A sale in this sense cannot

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

18

therefore be described as an act preparatory to the sale or as

negotiations leading to the sale or even an agreement for sale.”

[39] Sementara itu dalam kes yang sama YA Abdul Aziz Mohamad HMP

menyatakan:

”For my part in considering the dictionary meaning of ’sell’ for the

purpose of determining the ordinary meaning of ’selling’ in the

definition of ’trafficking’, I would reject Webster meaning No. 2,

without having to resort to the existence of paras (b) and (c) of s.

39B (1) as one that could not have been intended by the legislature.

The meaning intended is No. 1, which for the present case is “to...

deliver...goods...for money”. So long as the delivery is for money-

which the delivery in this case was – as opposed to delivery as a gift

or on some other basis, it is selling even though the money for which

the goods are delivered has not passed to the seller.

………..

I am of course of the view that the act of selling takes place once the

goods are transferred or delivered even though the price has not

been paid.”

[40] Berdasarkan fakta kes yang kami huraikan dalam alasan ini,

terdapat fakta yang lebih daripada mencukupi (overwhelming) di hadapan

Hakim Bicara bahawa wujudnya rundingan aktif antara SP2 dan Perayu

berhubung transaksi menjual dan membekal dadah tersebut. Selain SP2

dan Perayu tidak ada apa-apa keterangan yang menunjukkan ada pihak

ketiga yang terlibat sebagaimana yang didakwa oleh Perayu. Setelah

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

19

rundingan dijalankan yang tinggal ialah urusan pembayaran harga

pembelian.

[41] Walaupun dalam kes ini pembayaran harga dadah tersebut belum

dibayar, ini tidaklah bermakna inti pati “menjual” tidak dibuktikan. Dalam

kes Wan Marzuki Wan Abdullah v PP [2013] 1 CLJ 177 Mahkamah

Persekutuan telah menyatakan:

“Thus, in the present case, the non-payment of the agreed price

should not mean that there was no actual delivery of the drugs on

the appointed day. The court was in agreement with the view

expressed by the Court of Appeal that actual delivery is a question

of fact and degree and it depends on the particular facts of an

individual case.”

[42] Dalam kes Tarmizi Yacob & Anor v PP & Anor Appeal [2010] 8

CLJ 503 mahkamah memutuskan transaksi jual beli itu lengkap apabila

(perayu dalam kes itu) telah menyerah dadah tersebut kepada PW10 dan

hanya menunggu pembayaran apabila pihak polis bergerak untuk

menangkap mereka. Suatu fakta yang jelas ialah penjualan itu lengkap

apabila penyerahan dadah tersebut dibuat walaupun pembayaran belum

lagi dibuat. Dalam kes di hadapan kami “flash rolled money” ditunjukkan

kepada Perayu.

[43] Dalam kes PP v Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649 YA Hakim

Mahkamah telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu PP v

Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1996] MLJ 560 dan menjelaskan:

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

20

“Subsection (1) of s. 39B (1) of the Act enumerates three separate

and distinct offence relating to traficking in dangerous drugs.

Section 2 of the Act defines “trafficking” as:

…includes the doing of any of the following acts, that is to say,

manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying,

selling, giving, receiving, storing, administering, transporting,

carrying, sending, delivering, procuring, supplying, or distributing

any dangerous drugs;

It must be observed that most acts that constitute “trafficking’ as

defined in s. 2 of the Act like, for example,keeping, concealing,

storing, transporting, and carrying dangerous drugs involved

prerequisite element of possession unlike, for instance, the sale and

supply of dangerous drugs which need not necesssarily involve

posession as demonstrated by Pendakwa Raya v Mansor bin Mohd

Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 560.”

[44] Dalam kes Pendakwa Raya v Mansor bin Mohd Rashid & Anor

[1996] 3 MLJ 560 Mahkamah Persekutuan memutuskan:

“Having regard to the evidence of this case, it is our view that the

learned trial judge was unduly concerned with the exclusivity of

possession of room ‘K’ and the custody or control of the cannabis in

question in relation to Amran. It is essential to bear in mind that the

case of the prosecution was not based on control or custody thereby

invoking the presumption of possession, or on possession of 200g or

more cannabis thereby attracting te presumption of traficking under

s 37 (d) or (da)(iv) of the Act.The prosecution founded its case of

traficking on ‘sale’ of the cannabis to PW9, the agent provocateur”.

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

21

[45] Berdasarkan fakta yang kami perturunkan dalam alasan ini, kami

berpuas hati tidak berlaku apa-apa kekhilafan undang-undang dan / atau

fakta yang memerlukan Mahkamah ini campur tangan dalam keputusan

Hakim Bicara.

Alasan (f), (g), (h) dan (i) Petisyen Rayuan

[46] Alasan (f), (g), (h) dan (i) Petisyen Rayuan merujuk kepada

dakwaan Perayu bahawa informer terlibat secara aktif dalam rundingan

jual beli dadah tersebut. Peguam bela bijaksana Perayu telah

menghujahkan atas kegagalan pihak pendakwaan memanggil informer

sebagai saksi wujud kelompangan dalam kes pendakwaan. Oleh yang

demikian, Hakim Bicara sewajarnya membangkitkan peruntukan

seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terhadap pendakwaan.

[47] Apabila peranan informer dicabar di Mahkamah seperti dalam kes

ini, Mahkamah perlu menilai keterangan yang dibentangkan pendakwaan

dan melihat sama ada informer telah bertindak secara aktif dalam

rundingan dan transaksi penjualan dadah tersebut sehingga boleh

disifatkan memainkan peranan sebagai AP. Ini merupakan persoalan

fakta yang perlu dinilai oleh Mahkamah dengan teliti dan adil (lihat

Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). Kami perhatikan aspek ini telah

dipertimbangkan oleh Hakim Bicara dengan amat berhati-hati. Jelas

daripada fakta yang dihuraikan dalam alasan ini, informer hanya sekadar

memperkenalkan SP2 kepada Perayu dan tidak terlibat secara langsung

dalam rundingan dan / atau transaksi jual beli dadah dan / atau

berperanan sebagai AP sebagaimana yang dihujahkan. Rundingan dan

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

22

transaksi dalam kes ini hanya melibatkan SP2 dan AP semata-mata.

Keterangan juga menunjukkan informer tidak pernah muncul di tempat di

mana rundingan dijalankan. Walaupun saksi-saksi pendakwaan telah

disoal balas bertubi-tubi berhubung kehadiran informer di tempat

kejadian, namun keterangan mereka tetap tidak tergugat (lihat soal balas

SP2 di m.s. 69 (barisan 25 ke 35) -70 (barisan 5) Rekod Rayuan Jilid 2A

baris 25-35 (m.s. 69).

[48] Isu yang sama telah dibangkitkan dalam kes Osman Din v

Pendakwa Raya [1955] 2 SLR 129 ; Lai Kam Loy v PP [1994] 1 SLR

787 ; Lim Young Sien v P.P [1994] 2 SLR 257 di mana mahkamah telah

memutuskan bahawa informer bukanlah saksi yang wajib atau yang perlu

dipanggil pendakwaan. Ini bergantung keadaan sekeliling kes. Dalam

keadaan kes pendakwaan yang boleh dibuktikan terhadap tertuduh

melalui keterangan lain yang bebas, kegagalan memanggil informer tidak

menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes pendakwaan.

[49] Terdapat juga kes di mana informer memainkan peranan yang lebih

besar berbanding dengan kes di hadapan kami, mahkamah memutuskan

kegagalan memanggil informer sebagai saksi tidak menjejaskan

keputusan kes kerana terdapat keterangan yang lebih daripada

mencukupi (overwhelming) untuk membolehkan mahkamah membuat

keputusannya (lihat Namasiyam v PP [1987] MLJ 336).

[50] Dalam kes Wan Yurilhami Wan Yaacob v PP [2010] 1 CLJ 17,

dalam keadaan informer sekadar memperkenalkan AP kepada perayu 1

dan hadir semasa transaksi jual beli dadah dijalankan, mahkamah

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

23

memutuskan kehadiran informer ialah semata-mata untuk menyakinkan

(to lend credence) perayu-perayu tentang niat AP untuk membeli dadah.

Oleh yang demikian, informer bukan bertindak sebagai AP.

[51] Jelas Hakim Bicara telah secara betul membangkitkan peruntukan

seksyen 40 ADB yang memberikan perlindungan kepada informer.

[52] Atas alasan yang kami huraikan di atas, kami berpuas hati alasan-

alasan yang dibangkitkan Perayu tidak bermerit dan ditolak oleh

mahkamah.

Alasan (k) & (l) Petisyen Rayuan

[53] Alasan (k) dan (l) berkaitan dengan dakwaan Perayu bahawa

dalam kes ini tiada suatu penyiasatan yang lengkap dan menyeluruh

dijalankan oleh pegawai penyiasat (SP6) dan kegagalan pihak

pendakwaan mengemukakan log panggilan telefon Perayu. Kami

bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa isu yang dibangkitkan ini

terlalu remeh sebab tidak terdapat apa-apa kelompangan wujud dalam

kes pendakwaan. Ini adalah kerana keterangan yang dikemukakan

adalah lebih daripada mencukupi (overhelming), Perayu melakukan

kesalahan sebagaimana dituduh. Kes pendakwaan tidak memerlukan

lain-lain keterangan sokongan (lihat kes Idris Harun v PP Appeal case

No. P-05-42-2004). Seksyen 40A ADB terpakai dalam keadaan kes ini

di mana undang-undang menyatakan keterangan AP tidak boleh

dianggap sebagai tidak boleh dipercayai semata-mata dia telah cuba

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

24

bersubahat atau subahat itu semata-mata untuk mendapat keterangan

terhadap orang yang disubahati.

[54] Jelas alasan rayuan ini juga tidak bermerit.

Alasan (m) & (n) Petisyen Rayuan

[55] Alasan terakhir ialah dakwaan Perayu bahawa pertuduhan

terhadap Perayu cacat dan / atau defektif. Perayu pada asalnya dituduh

dengan tiga orang lain. Dua antara mereka, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3

(di Mahkamah Tinggi) telah dilepas dan dibebaskan pada tahap akhir kes

pembelaan. Peguam bela menghujahkan dalam keadaan ini pertuduhan

wajar dipinda untuk menunjukkan bahawa hanya Perayu terlibat dengan

kesalahan mengedar dadah tersebut. Setelah meneliti rekod prosiding,

kami berpuas hati Perayu tidak dalam apa-apa keadaan diprejudis atas

alasan yang dibangkitkan Perayu. Fakta berhubung kes ini adalah jelas

dan dalam pengetahuan penuh Perayu.

[56] Penegasan kami di atas disokong oleh kes Msimanga Lesaly v PP

[2005] 4 MLJ 314 iaitu suatu kes di mana Perayu telah dituduh bersama

seorang lain dan dengan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun

Kesiksaan. Apabila tertuduh yang satu lagi dibebas dan dilepaskan pada

tahap akhir kes pendakwaaan, dakwaan berasaskan niat bersama turut

gugur. Dalam keadaan ini dihujahkan pendakwaan perlu meminda

pertuduhan untuk meminda rujukan kepada inti pati Perayu bertindak

dengan niat bersama. Mahkamah memutuskan perkara ini tidak boleh

menyebabkan pertuduhan menjadi defektif terhadap Perayu. Ini adalah

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

25

kerana sudah menjadi undang-undang yang terasas seksyen 34 Kanun

Kesiksaan tidak mewujudkan suatu kesalahan substantif tetapi semata-

mata suatu kaedah undang-undang untuk menggambarkan tanggung

jawab bersama oleh beberapa orang. (Lihat juga kes Chota bin Abdul

Razak v PP [1991] 3 MLJ 77; Teh Thiam Huat v PP [1996] 3 SLR 631).

[57] Berdasarkan alasan ini, hujahan peguam bela perayu ditolak.

Penutup

[58] Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami huraikan dalam

penghakiman ini, kami sebulat suara menolak rayuan Perayu dan

mengekalkan keputusan Hakim Bicara terhadap sabitan dan hukuman.

Kami berpuas hati sabitan dan hukuman adalah selamat.

Bertarikh : 2 Oktober 2017

signed

(ASMABI BINTI MOHAMAD) Hakim

Mahkamah Rayuan Malaysia

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-100-03-2016C.pdf · Setelah memaklumkan syarat kepada SP4, SP4 bersetuju untuk mengambil sebanyak 3 pound dan akan menyediakan flash

26

Peguam Bela Perayu: Tetuan Gerard Lazarus & Associates No.27, Tingkat 2 Jalan Tengku Kelana 41000 Klang Selangor Darul Ehsan Pendakwaan: Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan & Rayuan Aras 5, No. 45, Lot 4G7 Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya