27
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: R-05M-185-07/2015 ANTARA MISS ROHANEE SUBAKOYE PERAYU (PASS NO: 3-9101-00005-85-0) DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis) (Perbicaraan Jenayah Perlis No. 45A-02-05/2013) Antara Pendakwa Raya Lawan Miss Rohanee Subakoye (Pass No: 3-9101-00005-85-0) KORUM: MOHTARUDIN BIN BAKI, JCA IDRUS BIN HARUN, JCA ASMABI BINTI MOHAMAD, JCA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

[BIDANG KUASA RAYUAN]

RAYUAN JENAYAH NO: R-05M-185-07/2015

ANTARA

MISS ROHANEE SUBAKOYE …PERAYU (PASS NO: 3-9101-00005-85-0)

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN

(Dalam Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis) (Perbicaraan Jenayah Perlis No. 45A-02-05/2013)

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

Miss Rohanee Subakoye

(Pass No: 3-9101-00005-85-0)

KORUM:

MOHTARUDIN BIN BAKI, JCA IDRUS BIN HARUN, JCA

ASMABI BINTI MOHAMAD, JCA

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

2

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Latar Belakang

[1] Perayu telah dihadapkan dengan satu pertuduhan bagi kesalahan

mengedar dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952

(‘Akta’) yang boleh membawa hukuman mati mandatori di bawah

Seksyen 39B (2) Akta.

[2] Perayu telah dituduh atas pertuduhan berikut:

“Bahawa kamu pada 28 Januari 2013 lebih kurang jam 2.00 petang

di Pos Masuk Imigresen Wang Kelian, di dalam Daerah Padang

Besar, di dalam Negeri Perlis, telah didapati mengedar dadah

berbahaya iaitu Cannabis seberat 407.5 gram dan dengan itu kamu

telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta

Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s.39B (2)

Akta yang sama.”

Kes Pendakwaan

[3] Secara ringkas, kes pendakwaan ialah seperti berikut. Pada

28.1.2013, jam lebih kurang 2.00 petang, semasa PiKK Ku Ahmad

Redzuan bin Ku Hashim (SP2) bertugas sebagai pemeriksa di laluan

Import dan Eksport di Pos Imigresen Wang Kelian Kaki Bukit, Perlis

(“tempat kejadian”) beliau telah menahan sebuah kenderaan pick-up

jenis Toyota Hilux berwarna coklat dengan nombor pendaftaran Thailand

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

3

RC 8177 STN (“trak pick-up”) dan mengarahkan pemandu bernama Oma

Yakob (SP4) turun untuk membuka boot belakang trak pick-up tersebut.

Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari

wanita, lelaki dan kanak-kanak dalam trak pick-up tersebut.

[4] SP2 telah mengarahkan SP4 untuk masuk ke dalam boot trak pick-

up dan membawa keluar set receiver antenna (parabola) daripada dalam

trak pick-up tersebut kerana parabola ialah barangan larangan kastam.

[5] SP2 selanjutnya telah menghubungi PiKT Basiron bin Shuaib,

Ketua Stesyen Wang Kelian (SP3) dan memaklumkan mengenai

penemuan tersebut. Setelah itu SP2 beredar dan kembali semula ke

tempat tugasnya bagi meneruskan tugas rutinnya.

[6] Sebaik sahaja SP3 dimaklumkan mengenai penemuan parabola

dalam boot trak pick-up tersebut, SP3 datang ke Lorong Import dan

Eksport dan mengarahkan SP4 mengalihkan trak pick-up tersebut ke

tempat pemeriksaan. Di tempat pemeriksaan, SP3 telah bertanya siapa

tuan punya parabola tersebut dan pertanyaan tersebut disambut oleh

seorang yang bernama Wi Chian Niampiam (SP5) yang mengakui

parabola tersebut milik beliau. SP3 menyelesaikan urusan mengenai

parabola tersebut dengan SP5, dengan merampas parabola tersebut

dan mengenakan kompaun ke atas SP5 sebanyak RM200.00.

[7] SP3 kemudiannya telah mengarahkan semua penumpang untuk

mengisytihar barangan kepunyaan mereka. Kesemua penumpang

memberi kerjasama untuk mengenalpasti barangan masing-masing

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

4

kepada SP3 untuk diperiksa. Menurut SP3, Perayu merupakan orang

terakhir yang mengisytiharkan barangannya yang diisytiharkan sebagai

“pakaian”. Pemeriksaan dimulakan dengan penumpang pertama iaitu

Supawadee. SP3 telah mengarahkan beliau mengeluarkan semua

kandungan dalam beg miliknya dan SP3 mendapati dalam beg tersebut

tidak terdapat apa-apa barang larangan dan/atau apa-apa barang

bercukai.

[8] SP3 kemudiannya mengarahkan seorang perempuan bernama

Miss Rohanee Subakoye (Perayu) untuk mengeluarkan semua barang

daripada dalam beg pakaian jenama Camon berwarna biru gelap milik

Perayu (P22). Perayu telah membuka P22 dan menarik keluar beberapa

helai pakaian daripada P22. Namun Perayu enggan mengeluarkan

keseluruhan kandungan P22 untuk diperiksa oleh SP3. Melihat perkara

ini, SP3 kemudiannya mengarah Perayu untuk mengeluarkan kesemua

barang-barang yang berada dalam P22. Perayu enggan mematuhi

arahan SP3.

[9] Memandangkan Perayu enggan memberi kerjasama bagi

mengeluarkan keseluruhan kandungan P22 untuk diperiksa, SP3 terus

membuat pemeriksaan ke atas P22 sendiri dengan menarik keluar

barang-barang yang masih berada dalam P22. Semasa melakukan

perkara ini, SP3 mendapati di bawah lipatan pakaian yang masih berada

dalam P22, tersembunyi dua (2) paket yang disaluti dengan pita (tape)

berwarna hitam (P18 dan P19). Turut berada dalam P22 ialah kad

pengenalan Thailand Perayu dan juga Pas Sempadan Thailand juga atas

nama Perayu. Menurut SP3, apabila SP3 memasukkan tangan ke dalam

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

5

beg tersebut, Perayu telah menghalang dan menahan SP3 dari

mengeluarkan kedua-dua paket tersebut.

[10] Selepas penemuan tersebut, SP3 bertanya kepada Perayu

mengenainya, tetapi Perayu tidak menjawab soalan SP3. SP3 meminta

SP4 membantu SP3 untuk menterjemah pertanyaan beliau ke dalam

Bahasa Thai dan seterusnya menterjemah pula jawapan Perayu kepada

beliau dalam Bahasa Kebangsaan.

[11] Apabila SP3 bertanya kepada Perayu mengenai P18 dan P19 yang

ditemuinya dalam P22 tersebut melalui penterjemahan SP4, Perayu

menyatakan kedua-dua bungkusan itu mengandungi “tembakau”.

[12] SP3 telah mengoyak sedikit kedua-dua paket yang ditemuinya bagi

melihat kandungannya. SP3 mendapati paket-paket tersebut

mengandungi tumbuhan mampat yang disaluti dengan pita hitam. SP3

seterusnya bertanya kepada Perayu melalui penterjemahan SP4

siapakah pemilik kedua-dua paket tersebut dan apakah kandungannya.

Perayu telah menyatakan kepada SP3 melalui SP4, kedua-dua paket

tersebut mengandungi ganja yang dibeli dengan harga 5000 Bath. Pada

ketika itu, Perayu kelihatan cemas dan merayu-rayu kepada SP3 agar

membebaskan beliau kerana beliau mempunyai anak kecil. SP3

mengesyaki kedua-dua paket tersebut mengandungi dadah berbahaya.

[13] SP3 memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai Bahagian

Penguatkuasaan di Jabatan Kastam Padang Besar. Pegawai Tinggi

Sulaiman bin Din (SP6) datang ke tempat kejadian dan menggari tangan

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

6

Perayu. Selepas itu SP6 telah memaklumkan perkara tersebut kepada

Penguasa Kastam Mohd Zaki bin Ismail (SP7) selaku Pegawai

Penyiasat. Perayu kemudiannya dibawa balik ke Jabatan Kastam di

Kangar bersama rampasan (P22) dan kandungannya (P18 dan P19).

Tangkapan dan rampasan yang terdiri daripada P22 dan kandungannya

P18 dan P19 diserahkan kepada SP7 untuk tindakan lanjut.

[14] Pada setiap masa rampasan berada di bawah jagaan dan kawalan

SP3 sehingga rampasan tersebut diserahkan SP3 kepada SP7.

[15] Kedua-dua paket tersebut telah dihantar SP7 ke Jabatan Kimia

Malaysia untuk dianalisis. Hasil analisis yang dijalankan oleh Ahli Kimia

(SP1) mengesahkan kandungan kedua-dua paket tersebut ialah dadah

berbahaya jenis Cannabis dengan berat 407.5 gram. Cannabis ialah

sejenis dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan dalam Jadual Pertama

Akta.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan

[16] Hakim bicara menyatakan bagi membuktikan pertuduhan terhadap

Perayu, pihak pendakwaan dikehendaki membuktikan pertamanya,

bahawa terdapat dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam

Jadual Pertama Akta tersebut dalam paket-paket yang ditemui dalam

P22. Keduanya, Perayu mempunyai pemilikan ke atas dadah berbahaya

tersebut, dan yang terakhir bahawa Perayu mengedar dadah tersebut.

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

7

[17] Hakim bicara menerima keterangan SP1 mengenai jenis dan berat

dadah dan mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan elemen

pertama pertuduhan.

[18] Selepas mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pihak

pendakwa, terutamanya keterangan SP3 dan SP4, hakim bicara

mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa Perayu

mempunyai pemilikan secara fizikal ke atas dadah berbahaya yang

ditemui dalam P22. Hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah

gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap Perayu sebagaimana

yang dipertuduhkan dan melepas serta membebaskan Perayu tanpa

memanggil Perayu untuk membela diri pada tahap akhir kes

pendakwaan.

[19] Pendakwa Raya yang tidak berpuashati dengan keputusan hakim

bicara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut ke

Mahkamah Rayuan Malaysia melalui kes Dalam Mahkamah Rayuan

Putrajaya, Rayuan Jenayah No. R-05-82-04/2014 (THA) [Mahkamah

Tinggi Malaya di Kangar Perbicaraan Jenayah No. 45A-02-05/2013]

Pendakwa Raya Lwn Rohanee Subakoye.

[20] Rayuan Pendakwa Raya terhadap keputusan tersebut dibenarkan

oleh Mahkamah Rayuan Malaysia. Mahkamah Rayuan Malaysia telah

mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan

membebaskan Perayu daripada pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1)

(a) Akta tersebut dan menggantikan dengan perintah bahawa Perayu

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

8

membela diri terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Hakim

Mahkamah Tinggi yang sama.

Kes Pembelaan

[21] Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan membela

dirinya secara bersumpah. Hanya Perayu seorang sahaja saksi kes

pihak pembelaan.

[22] Pada akhir kes pendakwaan, pihak pendakwa telah menawarkan

tiga orang saksi pendakwaan yang tidak dipanggil mereka kepada

Perayu iaitu Chaiyut Niamthiam, Jit Ruyenggrat dan Miss Supawadee

Saithao-ian. Walaupun pembelaan menerima tawaran ini, namun ketiga-

tiga orang saksi ini tidak dapat dipanggil kerana mereka tidak dapat

dikesan oleh pihak pendakwaan memandangkan kesemua mereka telah

kembali ke Thailand.

[23] Maka Perayu terpaksa menutup kes pembelaan tanpa memanggil

saksi-saksi tersebut.

[24] Keterangan pembelaan diringkaskan hakim bicara seperti berikut:

(a) Pada 28.1.2013, Perayu bersama anaknya sedang menuju

ke Changlun, Kedah untuk bekerja sebagai penoreh getah;

(b) Perayu dan anaknya menaiki trak pick-up yang dipandu

oleh SP4;

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

9

(c) Terdapat beberapa orang lain yang turut menumpang trak

pick-up SP4 untuk datang ke Malaysia. Apabila Perayu dan

anaknya menaiki kenderaan tersebut, terdapat tiga orang

penumpang lelaki dalam kenderaan tersebut;

(d) Semasa Perayu dan anaknya hendak menaiki trak pick-up

tersebut, dua orang penumpang lelaki yang duduk di

bahagian tengah telah turun dan pergi ke bahagian belakang

pick-up itu dan duduk di situ. Selepas itu, seorang wanita

bersama anaknya pula menaiki trak pick-up itu dan duduk di

bahagian tengah bersama-sama Perayu dan anaknya;

(e) Semasa Perayu menaiki trak pick-up tersebut, Perayu

membawa bersamanya beg pakaian P22 dan beg silang

P24. Beg P22 diletak di bahagian belakang trak pick-up

tersebut sementara beg P24 dipegang Perayu;

(f) Beg Perayu tidak berkunci dan sepanjang perjalanan

tersebut, dua orang penumpang lelaki berada di bahagian

belakang kenderaan iaitu ditempat beg P22 dan beberapa

barangan lain ditempatkan;

(g) Salah seorang penumpang tersebut telah dipanggil oleh

pihak pendakwaan untuk memberi keterangan (SP5);

(h) Apabila sampai di Wang Kelian, penumpang-penumpang

turun untuk pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Perayu dan

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

10

anaknya tidak turun dari kenderaan tersebut. Kenderaan

tersebut telah diperiksa oleh pegawai-pegawai Kastam;

(i) Semasa memeriksa beg P22, SP3 telah menemui dua

bungkusan (P18 dan P19) dari beg tersebut. Perayu telah

ditanya beberapa soalan. SP4 telah diminta untuk bertindak

sebagai penterjemah bagi menterjemah soalan SP3 dari

Bahasa Thai ke Bahasa Kebangsaan kepada Perayu dan

selanjutnya untuk menterjemah pula jawapan Perayu dari

Bahasa Thai ke Bahasa Kebangsaan kepada SP3; dan

(j) Perayu tidak menafikan beg P22 adalah kepunyaan Perayu

dan bungkusan dadah tersebut dijumpai di dalam beg P22.

Namun, Perayu menafikan dadah tersebut kepunyaannya.

Dapatan di akhir kes pembelaan

[25] Setelah memberi pertimbangan kepada pembelaan Perayu, hakim

bicara mendapati bahawa pembelaan perayu gagal menimbulkan

keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan pembelaan

gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah Akta tersebut.

[26] Oleh itu, hakim bicara telah mensabitkan dan menjatuhi hukuman

mati terhadap Perayu. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut,

Perayu merayu ke Mahkamah ini.

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

11

Rayuan

[27] Peguam bela mengemukakan alasan-alasan rayuan seperti berikut

[Sebagaimana diringkaskan dari Petisyen Rayuan Perayu]:

(a) Hakim bicara terkhilaf dalam memutuskan bahawa pihak

pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui

keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan

berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan semata-mata,

tanpa membuat penimbangan semula keseluruhan fakta dan

keterangan di akhir kes pembelaan (Alasan 1);

(b) Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa Perayu

telah melakukan perbuatan pengedaran mengikut definisi

perkataan tersebut di bawah Seksyen 2 Akta (Alasan 2);

(c) Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa kedua-

dua paket yang disaluti pita hitam yang mengandungi

dadah ialah milik Perayu dan Perayu mempunyai

pengetahuan mengenai kandungan paket tersebut (Alasan

3);

(d) Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa Perayu

mempunyai milikan eksklusif atau kawalan atau akses

terhadap kedua-dua paket tersebut (Alasan 4);

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

12

(e) Hakim bicara gagal mengambil kira bahawa beg Perayu

tersebut diletakkan di bahagian belakang trak pick-up

tersebut yang boleh diakses oleh penumpang-

penumpang yang duduk di bahagian belakang trak tersebut

(Alasan 5);

(f) Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa seksyen

114(g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai apabila pihak

Pendakwaan gagal memanggil saksi-saksi utama setelah

pihak Pendakwaan menawarkan saksi tersebut kepada pihak

Perayu, tetapi gagal mengemukakan saksi-saksi tersebut

(Alasan 6);

(g) Hakim bicara terkhilaf apabila gagal mengambil kira bahawa

terjemahan SP4 kepada SP3 bahawa eksibit tersebut ialah

tembakau dan kemudiannya diterjemahkan sebagai ganja

yang mana tidak diketahui sama ada benar apa yang

diterjemahkan SP4 kepada SP3 (Alasan 7);

(h) Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan untuk menerima

secara keseluruhan keterangan saksi SP3 dan SP4,

walaupun wujud percanggahan material yang boleh

menimbulkan keraguan munasabah (Alasan 8); dan

(i) Hakim bicara gagal mengambil kira bahawa keterangan

Perayu dalam pembelaan beliau telah menimbulkan

keraguan munasabah ke atas pertuduhan (Alasan 9).

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

13

Keputusan Kami

[28] Kami telah mengambil kira fakta bahawa pada mulanya, iaitu pada

peringkat akhir kes pendakwaan, Perayu telah dilepaskan dan

dibebaskan oleh YA Hakim kerana YA Hakim berpendapat pihak

pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie

terhadap Perayu. Suatu rayuan telah dikemukakan oleh pihak

pendakwaan ke Mahkamah Rayuan Malaysia dan Mahkamah tersebut

telah membenarkan rayuan pihak pendakwaan. Mahkamah Rayuan

telah mengarahkan supaya Perayu membela diri terhadap pertuduhan

yang dihadapkan ke atasnya kerana Mahkamah Rayuan berpuashati

pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua intipati

pertuduhan, iaitu wujudnya dadah jenis Cannabis seberat 407.5 gram

tersebut dalam pemilikan Perayu dan Perayu telah melakukan perbuatan

mengedar dadah tersebut. Kes telah dihantar semula ke Mahkamah

Tinggi untuk mendengar pembelaan Perayu.

Alasan 1 hingga 5 dan 9 Petisyen Rayuan

[29] Isu pertama yang dibangkitkan dalam Petisyen Rayuan ialah

kegagalan pihak pendakwaan membuktikan Perayu mempunyai milikan

eksklusif ke atas Ekshibit P18 dan P19 yang ditemui dalam Ekshibit P22.

Peguam Bela Perayu menghujahkan pihak pendakwaan telah gagal

membuktikan Perayu mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan

P18 dan P19 yang ditemui SP3 dalam P22.

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

14

[30] Ini ialah kerana P18 dan P19 ditemui dalam P22 yang tidak berzip

dan tidak berkunci yang diletak dalam boot kenderaan tersebut. Selain

Perayu, terdapat enam orang lain dalam kenderaan tersebut, dua

daripada enam penumpang tersebut duduk di bahagian boot di mana

P22 yang mengandungi P18 dan P19 ditempatkan. Oleh yang demikian,

tidak mungkin Perayu mempunyai milikan terhadap P18 dan P19

sepanjang perjalanan yang memakan masa satu setengah jam lamanya

dari Satun, Thailand ke tempat kejadian.

[31] Setelah kami menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan

oleh pihak pendakwaan, kami dapati pihak pendakwaan telah berjaya

membuktikan Perayu mengedar P18 dan P19 yang berada dalam P22

dengan membawa P22 berserta P18 dan P19 dalam trak pick-up yang

dipandu oleh SP4. Sebagaimana yang dihuraikan terdahulu dari ini P22

yang dimiliki Perayu yang mengandungi pakaian, kad pengenalan

Thailand Perayu dan juga Pas Sempadan Thailand juga atas nama

Perayu dibawa masuk oleh Perayu dari rumahnya di Satun, Thailand ke

tempat kejadian dengan menaiki trak pick-up SP4.

[32] Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan

pertuduhan di bawah seksyen 2 (definisi pengedaran) terhadap Perayu

iaitu Perayu telah mengedar dadah berbahaya dengan cara membawa

P22 yang mengandungi P18 dan P19 dalam trak pick-up yang dipandu

oleh SP4 dari Satun ke tempat kejadian. Perayu juga mengetahui apa

yang dibawanya ialah Cannabis iaitu dadah berbahaya sebagaimana

yang ditakrifkan dalam Jadual Pertama Akta.

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

15

[33] Sebelum pihak pendakwaan dapat bergantung pada Seksyen 2

Akta, persoalan yang perlu ditanya oleh Mahkamah ialah sama ada

terdapat keterangan pengedaran yang jelas atau afirmatif kerana hanya

dengan tindakan membawa P22 yang mengandungi P18 dan P19 dalam

P22 dalam trak pick-up semata-mata, tidak mencukupi bagi

mengekalkan suatu pertuduhan pengedaran terhadap Perayu. Ini jelas

diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan PP v. Abdul Manaf

Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129 yang diikuti oleh Mahkamah

Rayuan Malaysia dalam kes Ooi Hock Kheng v PR [Mahkamah

Rayuan Malaysia Rayuan No. P-05-250-2010]. Mahkamah

Persekutuan melalui penghakiman Arifin Zakaria HMP (pada ketika itu)

menjelaskan:

“Conversely, the prosecution may rely on the presumption under

s.37 (d) to prove posession and seek to prove by affirmative evidence

(independent of the presumption under s.37(da) that the accused was

in fact trafficking in dangerous drug.”

[34] Dalam kes Ooi Hock Kheng v PR [supra] Mahkamah Rayuan

Malaysia melalui penghakiman YA Azahar Mohamed HMR (pada ketika

itu) telah menyatakan:

“….the mere act of carrying is not sufficient to constitute the offence

of trafficking under the DDA. In other words, the act of mere

carrying does not make one a trafficker under the scheme of the

DDA. This is made clear from the judgment of Arifin Zakaria FCJ

(as Hislordship then wa) in PP v. Abdul Manaf Muhamad Hassan

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

16

[2006] 2 CLJ 29. That case represents the law on this subject as we

apply today.”

(also see Ong Ah Chuan v Public Prosecutor; Koh

Chai Cheng v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64).

[35] Dalam kes Mohamed Yazri bin Minhat v Public Prosecutor

[2003] 2 CLJ 65 Mahkamah Rayuan Malaysia telah menyatakan:

“To summarise, the fact that the accused is trafficking a quantity of

drugs from one point to another does not make him a trafficker.

Whether he is a trafficker in those circumstances depends on the

facts and circumstances of the given case, including the quantity of

the drugs and any transaction the accused proposed to enter into.”

[36] Oleh itu, kami perlu melihat sama ada terdapat keterangan yang

afirmatif bahawa Perayu terlibat dengan perbuatan pengedaran

sepertimana yang dipertuduhkan.

[37] Pemeriksaan dijalankan oleh SP3 ke atas Perayu seorang warga

Thai yang sedang dalam perjalanan masuk ke Malaysia melalui Pos

Pemeriksaan Masuk Imigresen, Kastam dan Kuarantin, di Wang Kelian

Perlis iaitu di sempadan masuk ke Malaysia, dengan menggunakan trak

pick-up, bersama-sama dengan P22 yang mengandungi P18 dan P19

yang disahkan SP1 sebagai Cannabis. Fakta yang dihuraikan terdahulu

dari ini membawa inferens yang Perayu sedang mengangkut “transport”

P22 daripada rumah ibunya di Chalung Chebilang, Satun, Thailand ke

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

17

Malaysia. Suatu fakta yang tidak dipertikaikan ialah P22 kepunyaan

Perayu dan mengandungi pakaian Perayu.

[38] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan kami

berpuashati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan, di samping

keterangan bagi memenuhi perbuatan membawa P22 yang di dalamnya

mengandungi P18 dan P19 di bawah seksyen 2 Akta, iaitu definisi

“pengedaran” tetapi juga keterangan afirmatif pengedaran seperti yang

disarankan dalam kes-kes yang dihuraikan sebelum ini.

[39] Kami berpuashati intipati ini telah dibuktikan oleh pihak

pendakwaan kerana Perayu mempunyai pengetahuan mengenai

kewujudan P18 dan P19 dalam P22. Perkara ini dapat dilihat melalui

inferen dan juga tingkah laku Perayu apabila berhadapan dengan

Pegawai Kastam di Pos Pemeriksaan masuk Imigresen, Kastam dan

Kuarantin, di Wang Kelian, Perlis. Inferen ini boleh dibuat melalui fakta

dan keadaan di sekeliling pemeriksaan yang dijalankan pada waktu dan

masa seperti yang tertera pada pertuduhan yang dihadapkan terhadap

Perayu iaitu:

(a) Perayu tidak hadir untuk mengecop Pasportnya dan terus

kekal berada di dalam kenderaan tersebut sepanjang masa

prosedur pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian. Perayu

merupakan penumpang yang terakhir sekali yang

mengisytiharkan P22 sebagai milik beliau kepada SP3;

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

18

(b) Semasa SP3 memberi arahan kepada semua penumpang

kenderaan tersebut untuk tampil bagi mengenalpasti dan

menunjukkan beg masing-masing kepada SP3, Perayu terus

mengambil P22 dan membuat pengisytiharan P22 hanya

mengandungi pakaian. Beliau hanya menarik keluar

beberapa helai pakaian dari P22 dan enggan mengeluarkan

keseluruhan kandungan P22 untuk diperiksa oleh SP3

walaupun diarah oleh SP3 untuk berbuat demikian. Malah

beliau telah menghalang dan menahan SP3 mengeluarkan

isi kandungan P22;

(c) Disebabkan keengganan Perayu mematuhi arahan SP3

untuk mengeluarkan keseluruhan kandungan P22, bagi

tujuan pemeriksaan, SP3 terpaksa membuat pemeriksaan

sendiri ke atas P22. Pada masa SP3 memasukkan

tangannya ke dalam P22, SP3 menemui dua paket Cannabis

yang tersembunyi di antara lipatan pakaian Perayu yang

berada dalam P22. Turut berada dalam P22 ialah Kad

Pengenalan Thailand Perayu dan Pas Sempadan Thailand

atas nama Perayu;

(d) Sebaik sahaja SP3 menemui P18 dan P19 dalam P22, SP3

terus bertanyakan kepada Perayu melalui penterjemahan

SP4 mengenai kandungan P18 dan P19, Perayu menjawab

dalam keadaan cemas bahawa bungkusan tersebut ialah

“tembakau”; dan

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

19

(e) Apabila SP3 mengoyak P18 dan P19 di hadapan Perayu dan

sekali lagi bertanya kepada Perayu melalui SP4 apa

sebenarnya berada dalam P18 dan P19, Perayu menjawab

kedua-dua bungkusan itu mengandungi “ganja”. Perayu

terus merayu-rayu kepada SP3 untuk membebaskannya

kerana beliau mempunyai anak yang kecil.

[40] Dalam kes di hadapan kami, terdapat keterangan secara langsung

bahawa Perayu telah melakukan perbuatan pengedaran sepertimana

yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 Akta yang berbunyi seperti berikut:

“trafficking” includes the doing of the following acts, that is to say,

manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying,

selling, giving, receiving, storing, administering, transporting,

carrying, sending, delivering, procuring supplying or distributing

any dangerous drug otherwise than under the authority of his Act or

the regulations made under the Act.”

[41] Perbuatan Perayu membawa P22 yang mengandungi P18 dan P19

berserta dengan tingkah laku Perayu semasa trak pick-up ditahan SP2

dan selepas P22 ditemui SP3 di tempat kejadian, membuktikan intipati

pengedaran sebenar telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan bagi

mengekalkan pertuduhan pengedaran yang dihadapkan terhadap

Perayu.

[42] Kami juga berpuashati melalui tingkah laku Perayu sendiri

sebagaimana yang digambarkan oleh SP3 dalam keterangannya di

Mahkamah membawa inferen bahawa Perayu sebenarnya mempunyai

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

20

pengetahuan mengenai kandungan P18 dan P19. Keterangan mengenai

tingkah laku Perayu menjadi relevan dan boleh dipertimbangkan oleh

Mahkamah di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Perayu

mempunyai beban untuk memberi penjelasan mengenai tingkah laku

tersebut. Berdasarkan kepada keterangan yang ada di dalam Rekod

Rayuan di hadapan kami, Perayu telah gagal memberi penjelasan

mengenai tingkah laku Perayu sebagaimana yang kami huraikan

terdahulu dari ini. Beban untuk memberi penjelasan tingkah laku Perayu

ialah relevan di bawah seksyen 9 Akta Keterangan 1952 dan ianya

terletak pada bahu Perayu. Berdasarkan kepada ini, kami berpuashati

terdapat pertalian (nexus) di antara tingkah laku Perayu dengan

perbuatan membawa P22 berserta P18 dan P19 tersebut. Malah

pembelaan Perayu juga tidak bermerit dan merupakan suatu penafian

semata-mata. Kami bersetuju prinsip yang diputuskan dalam kes Parlan

Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717; PP v Alfian [2012] 2

MLJ 357; Prakash Chand v State (Delhi Admn.) [1979] AIR SC 400 di

m.s 404 terpakai dalam kes ini. Apatah lagi dalam kes ini Perayu tidak

menafikan P22 tersebut kepunyaannya dan P18 dan P19 dijumpai dalam

P22. Perayu cuma menafikan P18 dan P19 tersebut kepunyaannya

dengan mengatakan dia tidak pernah membeli dadah tersebut untuk

dihantar kepada seseorang di Changlun.

[43] Kami juga berpuashati dalam kes ini hakim bicara juga telah

membuat penilaian menyeluruh kesemua keterangan yang dikemukakan

di hadapannya. Walaupun pembelaan telah cuba untuk membangkitkan

pembelaan kemungkinan dadah tersebut dimasukkan ke dalam P22 oleh

SP5 dan anaknya, yang pada setiap masa berada di belakang trak pick-

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

21

up SP4, fakta ini telah disangkal melalui keterangan SP5 yang telah

dianalisa oleh hakim bicara. Hakim bicara berpuashati keterangan SP5

wajar diterima kerana telah tidak dicabar oleh pembelaan melalui

pemeriksaan balas walaupun pembelaan mempunyai peluang

secukupnya pada masa SP5 memberi keterangan. Jelas keterangan

SP5 amat material dalam menyangkal pembelaan Perayu bahawa dadah

tersebut mungkin diletak oleh SP5 atau anaknya, Chai Yut. Kegagalan

pembelaan mencabar keterangan SP5 juga menimbulkan inferens pihak

pembelaan mengakui kebenaran keterangan SP5 tersebut (lihat kes

Wong Siew Chin v PP [1981] 1 MLJ 212). Ini juga boleh menimbulkan

inferens Perayu cuba untuk membangkitkan pembelaan yang difikirkan

semula.

Alasan 6 dan 9 Petisyen Rayuan

[44] Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh Perayu ialah pemakaian

peruntukan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950. Menurut Perayu

kegagalan pendakwaan memanggil tiga orang saksi yang merupakan

penumpang yang turut berada dalam kenderaan tersebut membawa

inferen sekiranya saksi-saksi ini dipanggil, keterangan yang akan

dikemukakan itu mungkin akan menjejaskan kes pendakwaan. Dengan

lain perkataan Perayu cuba untuk membangkitkan dakwaan

pendakwaan cuba untuk menyembunyikan fakta sebenar dari

didedahkan dalam perbicaraan di Mahkamah.

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

22

[45] Perayu cuba untuk membangkitkan pembelaan bahawa SP5 dan

anaknya Chai Yut bertanggung jawab meletakkan Cannabis tersebut ke

dalam P22 yang dimiliki Perayu.

[46] Kami perhatikan aspek ini telah dipertimbangkan oleh hakim

bicara. Pihak pendakwaan telah menawarkan kepada Perayu ketiga-tiga

orang saksi tersebut pada tahap akhir kes pendakwaan iaitu, Chaiyut

Niamthiam, Jit Ruyenggrat dan Miss Supawadee Saithao-ian yang

merupakan warga negara Thailand yang turut bersama-sama Perayu

dalam trak pick-up pada hari kejadian. Perayu telah menerima tawaran

pihak pendakwaan tersebut. Namun pada masa kes Pembelaan ketiga-

tiga orang saksi ini tidak dapat dikesan oleh pihak pendakwaan kerana

kesemua mereka telah pulang ke Thailand dan tidak dapat dikesan oleh

pihak pendakwaan.

[47] Perayu telah membangkitkan pembelaan bahawa dua orang

penumpang yang duduk di belakang trak pick-up berkemungkinan

mempunyai “access” kepada P22 dan secara langsungnya menimbulkan

kemungkinan merekalah yang bertanggung jawab meletak P18 dan P19

ke dalam P22 tersebut.

[48] Setelah kami menimbangkan alasan hakim bicara yang menolak

cadangan oleh Perayu yang dinyatakan di atas, kami berpuashati hakim

bicara telah secara betul menerima hujahan pendakwaan bahawa

peruntukan seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai bagi

fakta di hadapan kami.

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

23

[49] Hakim Bicara telah menyatakan tanpa memanggil saksi-saksi ini

tidak bermakna terdapat lompangan dalam kes pendakwaan.

Keterangan yang dikemukakan melalui saksi-saksi yang dipanggil telah

berjaya membuktikan setiap intipati pertuduhan terhadap Perayu. Ini

ialah kerana pihak pendakwaan mempunyai budi bicara untuk

memanggil mana-mana saksi yang difikirkan sesuai untuk membuktikan

intipati pertuduhan terhadap Perayu. Jumlah saksi yang dipanggil tidak

relevan bagi menentukan sesuatu kes di hadapan Mahkamah.

Mahkamah juga tidak akan campur tangan dengan budi bicara pihak

pendakwaan memanggil saksi-saksi bagi membuktikan kesnya di

Mahkamah kecuali jika dapat dibuktikan pihak pendakwaan telah

dipengaruhi dengan tujuan yang serong. Ini ialah prinsip undang-undang

yang mantap (lihat kes Abdullah Zawawi v PP [1985] 2 MLJ 16; Teoh

Chye v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 220 ; Adel Muhammed El

Dabbah v AG for Palestine [1944] AC 156).

[50] Bagi dakwaan pembelaan, bahawa pihak pendakwaan telah

sengaja menyembunyikan keterangan yang penting di dalam

perbicaraan, hakim bicara menyatakan bahawa berdasarkan kepada

fakta di sekeliling kes ini tidak terbuka kepada pihak pembelaan untuk

membangkitkan anggapan di bawah seksyen 114 Akta Keterangan

1950. Anggapan ini hanya terpakai jika pihak pendakwaan dengan

sengaja menghilangkan atau menyembunyikan keterangan yang penting

dari pihak lawan (lihat kes Munusamy Vengadasalam v Public

Prosecutor [1987] CLJ (Rep) 221).

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

24

[51] Hakim bicara berpuashati saksi-saksi yang ditawarkan tersebut

telah meninggalkan negara ini setelah Perayu dibebas dan dilepaskan

oleh Mahkamah Tinggi. Pada ketika itu tidak ada keperluan untuk

meletakkan saksi-saksi ini di dalam tahanan di negara ini sementara

rayuan pihak pendakwaan dibicarakan di Mahkamah Rayuan Malaysia.

Walaupun dalam keadaan biasa, pihak pendakwaan hendaklah

memastikan saksi yang ditawarkan kepada pembelaan bersedia untuk

hadir bagi memberi keterangan bagi pihak pembelaan, jika diperlukan

seperti yang diputuskan dalam kes Yusri bin Pialmi v PP [2010] 3 MLJ

45. Namun dalam kes di hadapan hakim bicara, Mahkamah harus

melihat sama ada terdapat keperluan untuk saksi-saksi ini dipanggil.

Adalah tidak munasabah bagi pihak pendakwaan untuk mendapatkan

perintah menahan saksi-saksi ini sehingga selesai rayuan pihak

pendakwaan didengar di Mahkamah Rayuan Malaysia tertakluk kepada

rayuan pendakwaan dibenar dan Perayu diarahkan untuk membela diri.

Dalam situasi ini tidak timbul alasan bahawa pihak pendakwaan ingin

memyembunyikan keterangan dari pembelaan.

[52] Jelas daripada apa yang dihuraikan di atas tidak terbuka kepada

pihak pembelaan untuk membangkitkan anggapan di bawah seksyen

114 (g) Akta Keterangan 1950. Jelas dalam keadaan kes ini tidak ada

elemen untuk menyembunyikan keterangan daripada dikemukakan di

Mahkamah. Kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi-saksi

yang ditawarkan tidak boleh dianggap bahawa pihak pendakwaan

dengan sengaja berhasrat menyembunyikan keterangan material

daripada pembelaan. Perkara ini sudah diperjelaskan oleh pendakwaan

di dalam perbicaraan dan diterima hakim bicara.

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

25

Alasan 7 Petisyen Rayuan

[53] Berhubung dengan isu ketelusan terjemahan yang dibuat oleh SP4

kepada SP3, kami berpuashati bahawa keterangan ini ialah keterangan

tambahan kepada keterangan yang kukuh yang telah berjaya dibuktikan

oleh pihak pendakwaan melalui saksi-saksi seperti SP3 yang

diperkuatkan lagi dengan keterangan melalui tingkah laku Perayu seperti

yang telah kami bincangkan di sini. Keterangan jelas menunjukkan pada

masa material Perayu mempunyai pengetahuan bahawa beliau sedang

melakukan perbuatan pengedaran dadah dengan membawa P22 yang

mengandungi P18 dan P19 melepasi sempadan Thailand-Malaysia (lihat

Chua Beow Huat v Public Prosecution [1970] 2 MLJ 29). Walaupun

keterangan SP4 tidak dipertimbangkan, terdapat keterangan jelas

daripada SP3 bahawa P18 dan P19 yang diperoleh dari P22 milik

Perayu. Keterangan ini disokong dengan tingkah laku Perayu yang gagal

diperjelaskan oleh Perayu kepada Mahkamah. Kami juga bersetuju

dengan pihak pendakwaan bahawa terdapat keterangan yang cukup

tanpa perlu keterangan sokongan daripada SP4. SP3 juga merupakan

seorang pegawai kastam yang kredibilitinya tidak dicabar oleh

pembelaan. Keterangan seorang saksi adalah mencukupi jika saksi

tersebut merupakan saksi yang kredibel (lihat Md Zainudin Raujan v

Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 21).

Alasan 8 Petisyen Rayuan

[54] Berhubung dakwaan pembelaan, hakim bicara telah gagal untuk

membuat penilaian keterangan yang dikemukakan pembelaan kerana

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

26

berkemungkinan P18 dan P19 kepunyaan SP4, kami telah meneliti

keterangan SP4 yang menyatakan P22 tersebut telah diletak oleh Perayu

sendiri ke boot trak pick-up SP4. Perayu mendakwa tiada orang lain di

boot trak pick-up tersebut selain SP5 dan anaknya, Chai Yut. Namun

seperti yang telah dibincangkan tadi, Perayu telah gagal untuk menyoal

balas SP5. Keterangan SP5 bahawa beliau dan anaknya tidak

meletakkan P18 dan P19 ke dalam P22 telah tidak dicabar langsung oleh

pembelaan. Malahan seperti yang telah kami huraikan dengan panjang

lebar tingkah laku Perayu sendiri telah membawa inferen Perayu

melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut. Jelas juga kepada kami

pembelaan Perayu tidak konsisten.

[55] Di atas dakwaan pembelaan bahawa pihak pendakwaan telah

gagal untuk mengambil cap jari pada barang kes yang ditemui bagi

membuktikan tidak terdapat cap jari orang lain selain Perayu, kami juga

bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa dengan keterangan

yang ada di hadapan hakim bicara, fakta ini tidaklah begitu signifikan bagi

menunjukkan kebersalahan Perayu dalam pertuduhan yang dihadapkan

terhadapnya (lihat kes Public Prosecutor v Mansor Md. Rashid & Anor

[1997] 1 CLJ 233 di muka surat 235).

Penutup

[56] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang kami huraikan terdahulu

daripada ini, kami sebulat suara menolak rayuan Perayu dan

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · Latar Belakang [1] Perayu telah ... Pada masa itu terdapat beberapa orang penumpang yang terdiri dari wanita, lelaki dan kanak-kanak

27

mengekalkan keputusan hakim bicara terhadap sabitan dan hukuman.

Kami berpuashati sabitan dan hukuman selamat.

t.t.

(ASMABI BINTI MOHAMAD) Hakim

Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh: 5 Julai 2017 Peguamcara Perayu: Tetuan Aimi Zainuritha & Co No. 272-1B, Jalan Haruan 5/7 Oakland Commercial Centre 70300 Seremban Negeri Sembilan Pendakwaan: Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan & Rayuan Aras 5, No. 45, Lot 4G7 Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya