45
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. B-05-(S)-07/2014 ANTARA PENDAKWA RAYA …PERAYU DAN 1. NIRMALA A/P SUBRAMANIAM 2. JAYENTHI A/P MULEISELVI 3. STEVEN RAJ A/L LETCHUMANAN 4. VISHAM A/L KALIAPPAN 5. MAGENTHRAN A/L SUPRAMANIAM 6. RENGANATHAN A/L KANNIAH 7. JOHN A/L MANECKAM 8. YUVARAJAND A/L SUPRAMANIAM 9. CHANDRASEGARAN A/L SUKUMARAN …RESPONDEN- RESPONDEN DI DENGAR BERSAMA DENGAN RAYUAN JENAYAH NO: B-05-200-07/2014; B-05-201-07/2014; B-05-202-07/2014; B-05-203-07/2014; B-05-204-07/2014; B-05-205-07/2014; B-05-206-07/2014; B-05-207-07/2014; B-05-208-07/2014; ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

  • Upload
    vutram

  • View
    294

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA

(BIDANGKUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO. B-05-(S)-07/2014

ANTARA

PENDAKWA RAYA …PERAYU

DAN

1. NIRMALA A/P SUBRAMANIAM

2. JAYENTHI A/P MULEISELVI

3. STEVEN RAJ A/L LETCHUMANAN

4. VISHAM A/L KALIAPPAN

5. MAGENTHRAN A/L SUPRAMANIAM

6. RENGANATHAN A/L KANNIAH

7. JOHN A/L MANECKAM

8. YUVARAJAND A/L SUPRAMANIAM

9. CHANDRASEGARAN A/L SUKUMARAN …RESPONDEN-

RESPONDEN

DI DENGAR BERSAMA DENGAN RAYUAN JENAYAH

NO: B-05-200-07/2014; B-05-201-07/2014; B-05-202-07/2014;

B-05-203-07/2014; B-05-204-07/2014; B-05-205-07/2014;

B-05-206-07/2014; B-05-207-07/2014; B-05-208-07/2014;

ANTARA

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

2

1. NIRMALA A/P SUBRAMANIAM

2. JAYENTHI A/P MULEISELVI

3. STEVEN RAJ A/L LETCHUMANAN

4. VISHAM A/L KALIAPPAN

5. MAGENTHRAN A/L SUPRAMANIAM

6. RENGANATHAN A/L KANNIAH

7. JOHN A/L MANECKAM

8. YUVARAJAN A/L SUPRAMANIAM

9. CHANDRASEGARAN A/L SUKUMARAN …PERAYU-

PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN

(DALAM PERKARA MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM

PERBICARAAN JENAYAH NO.45B-66-2010; 45B-72-2010; 45B-133-

07/2012 & 45-134-07/2012; 45-137-07/2012

ANTARA

PENDAKWA RAYA

DAN

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

3

1. NIRMALA A/P SUBRAMANIAM

2. JAYENTHI A/P MULEISELVI

3. STEVEN RAJ A/L LETCHUMANAN

4. VISHAM A/L KALIAPPAN

5. MAGENTHRAN A/L SUPRAMANIAM

6. RENGANATHAN A/L KANNIAH

7. JOHN A/L MANECKAM

8. YUVARAJAN A/L SUPRAMANIAM

9. CHANDRASEGARAN A/L SUKUMARAN)

KORAM:

AZIAH BINTI ALI, HMR

ROHANA BINTI YUSUF, HMR

AHMADI BIN HAJI ASNAWI, HMR

PENGHAKIMAN

[1] Di hadapan Mahkamah Tinggi, Shah Alam, responden-responden

No. 1 hingga No. 9 dalam Rayuan Jenayah No. B-05(S)-199-07/2014

adalah orang kena tuduh (‘OKT’) No. 1 hingga No. 9. Demikian juga

perayu-perayu No. 1 hingga No. 9 dalam Rayuan Jenayah B-05-200-

07/2014 dan 8 rayuan yang lain adalah OKT No. 1 hingga OKT No. 9 yang

sama di hadapan mahkamah bicara. Untuk maksud penghakiman ini,

pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana mereka dikenali di hadapan

mahkamah bicara.

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

4

[2] OKT-1 hingga OKT-9 menghadapi dua pertuduhan di bawah ss.302

dan 326, Kanun Keseksaan (KK), dibaca bersama s.149 Kanun yang

sama yang daftarkan di bawah beberapa nombor pendaftaran seperti

dinyatakan di atas. OKT-9 adalah orang terakhir yang ditangkap dan

dituduh di mahkamah. Beliau ditangkap kira-kira 2 tahun selepas

kejadian dan telah dituduh dengan dua pertuduhan yang sama di bawah

ss.302 dan 326, KK, dibaca dengan s.149 Kanun yang sama. Di samping

itu, beliau menghadapi tuduhan ketiga di bawah s.323, Kanun yang sama.

[3] Dua pertuduhan ke atas OKT-9 di bawah ss.302 dan 326 KK

diperturunkan di sini sebagai mewakili pertuduhan-pertuduhan yang

sama yang dikenakan ke atas OKT-1 hingga OKT-8.

[4] Pertuduhan pertama memperuntukkan:

“Bahawa kamu Chandrasegaran a/l Sukumaran bersama-sama dengan

lapan lagi yang telah dituduh, pada 14hb. Januari 2010 jam lebih kurang

2.00 pagi hingga 6.00 pagi, Jalan Orkid, Kawasan Kelab Golf Bukit

Beruntung dalam Daerah Hulu Selangor, di dalam Negeri Selangor Darul

Ehsan adalah ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang di mana

tujuan bersama kamu telah melakukan bunuh Stowan a/l Govindasamy

(KPT: 910608-08-5595) dan dengan itu kamu telah melakukan satu

kesalahan di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum

di bawah Seksyen 302 Kanun yang sama”.

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

5

[5] Hakim bicara yang bijaksana telah mendapati OKT-1 hingga OKT-

9 bersalah dan disabitkan di atas kesalahan di atas. OKT-1, OKT-2, OKT-

3, OKT-7, OKT-8 dan OKT-9 telah dihukum gantung sampai mati,

manakala OKT-4, OKT-5 dan OKT-6 pula telah diperintahkan ditahan

dalam penjara selama yang diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor

kerana ketika kesalahan dilakukan, ketiga-tiga OKT tersebut berumur di

bawah 18 tahun.

[6] Terkilan di atas sabitan-sabitan dan hukuman-hukuman yang

dijatuhkan, OKT-1 hingga OKT-9 telah masing-masing memfailkan

rayuan ke mahkamah ini.

[7] Kami menolak rayuan-rayuan OKT-1 hingga OKT-9 seraya

mengesahkan dan mengekalkan sabitan dan hukuman-hukuman yang

telah dikenakan ke atas mereka oleh Mahkamah Tinggi.

[8] Pertuduhan kedua memperuntukkan:

“Bahawa kamu Chandrasegaran a/l Sukumaran bersama-sama dengan

lapan lagi yang telah dituduh pada 14hb. Januari 2010 jam lebih kurang

2.00 pagi hingga 6.00 pagi, Jalan Orkid, Kawasan Kelab Golf Bukit

Beruntung dalam Daerah Hulu Selangor di dalam Negeri Selangor Darul

Ehsan adalah ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang di mana

tujuan bersama kamu telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan

parah ke atas Balu a/l Govindasamy, (KPT: 930627-08-6565) dengan

memukulnya dengan menggunakan kayu hoki, kaki, tangan dahan kayu,

oaring, pisau dan batu yang mana boleh menyebabkan kematian jika

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

6

digunakan sebagai senjata dan semasa kamu semua ahli perhimpunan

tersebut serta satu atau lebih satu dari kamu dalam melaksanakan tujuan

bersama iaitu satu kesalahan di mana ahli-ahli perhimpunan mengetahui

dilakukan di dalam melaksanakan tujuan bersama perhimpunan tersebut

dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen

149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun

tersebut”.

[9] Hakim bicara yang bijaksana mendapati OKT-1 hingga OKT-9 sabit

di atas kesalahan di bawah s.326, KK, tersebut dan telah dikenakan

hukuman-hukuman seperti berikut:

(i) OKT-1 dan OKT-2 dihukum penjara 3 tahun dari tarikh

tangkap (14.1.2010)

(ii) OKT-3, OKT-4, OKT-5, OKT-6 dan OKT-7 dihukum penjara

3 tahun dari tarikh tangkap (14.1.2010) dan 3 sebatan rotan.

(iii) OKT-8 dihukum penjara 3 tahun dari tarikh tangkap

(10.3.2010) dan 3 sebatan rotan.

(iv) OKT-9 dihukum penjara 5 tahun dari tarikh tangkap

(17.2.2012) dan 3 sebatan rotan.

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

7

[10] Terkilan dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya telah

memfailkan rayuan ke atas hukuman-hukuman yang dikenakan. OKT-1

hingga OKT-9 juga telah memfailkan rayuan silang masing-masing di atas

keseluruhan keputusan tersebut (atas sabitan dan hukuman).

[11] Kami telah menolak keseluruhan rayuan silang OKT-1 hingga OKT-

9 dan sebaliknya telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya, seperti

berikut:

(i) OKT-1 dan OKT-2 – hukuman penjara Mahkamah Tinggi

diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara selama

8 tahun masing-masingnya, berkuat kuasa mulai tarikh

tangkap.

(ii) OKT-3, OKT-7 dan OKT-8 – hukuman penjara dan sebatan

Mahkamah Tinggi diketepikan dan digantikan dengan

hukuman penjara selama 8 tahun masing-masingnya bermula

dari tarikh tangkap dan 5 sebatan rotan.

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

8

(iii) OKT-9 – hukuman penjara dan sebatan Mahkamah Tinggi

diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara selama

10 tahun bermula dari tarikh tangkap dan 5 sebatan rotan.

(iv) OKT-4, OKT-5 dan OKT-6 – rayuan Pendakwa Raya ditolak.

Hukuman penjara 3 tahun dari tarikh tangkap dan 3 sebatan

rotan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan.

[12] Pertuduhan ketiga terhadap OKT-9 adalah seperti berikut:

“Bahawa kamu Chandrasegaran a/l Sukumaran telah pada 14 Januari

2010 jam lebih kurang 2.00 pagi hingga 6.00 pagi, Jalan Orkid, kawasan

Kelab Golf Bukit Beruntung, dalam daerah Hulu Selangor, di dalam Negeri

Selangor Darul Ehsan telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan

ke atas Vinod a/l Siva (No. K/P: 970702-08-5879) dengan memukulnya

dengan menggunakan tangan dan dengan itu kamu telah melakukan satu

kesalahan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum

di bawah seksyen yang sama Kanun tersebut”.

[13] Hakim bicara yang bijaksana telah mensabitkan OKT-9 di atas

kesalahan tersebut dan didenda RM500.00, jika gagal bayar dipenjarakan

selama 6 bulan.

[14] Terkilan, OKT-9 telah memfailkan rayuan di atas keseluruhan

keputusan tersebut. Walau bagaimanapun kami telah menolak rayuan ini

kerana tidak ada sebarang hujahan diunjurkan oleh OKT-9. OKT-9 telah

abandon rayuannya.

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

9

Kes Pihak Pendakwaan

[15] Si mati ketika di bunuh berumur 18 tahun.

[16] SP-13 (Balu a/l Govindasamy), adalah mangsa dalam pertuduhan

kedua dan pengadu dalam kes ini. Beliau adalah adik kepada si mati.

Pada waktu kejadian beliau berumur 16 tahun.

[17] Pada waktu kejadian si mati dan SP-13 tinggal di kawasan

perumahan di Batu 31/2, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.

[18] SP-12 (Vinod a/l Siva) adalah kawan dan jiran kepada SP-13 dan si

mati di Teluk Intan. Pada waktu kejadian beliau berumur 14 tahun.

[19] OKT-2 adalah bekas teman wanita si mati dan mereka pernah

bersekedudukan di bawah satu bumbung ketika OKT-2 tinggal di Teluk

Intan. Semasa kejadian OKT-2 telah pun berpindah ke Rawang.

[20] OKT-1 pula adalah sepupu OKT-2.

[21] SP-13 dan SP-12 sememangnya mengenali OKT-2 dan OKT-1

sejak OKT-2 tinggal di Teluk Intan. OKT-1 pula ketika itu tinggal bersama

suaminya di kawasan perumahan yang sama. SP-13, SP-12 dan si mati

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

10

juga mengenali OKT-9 dan OKT-3. Watak-watak ini memang pernah

tinggal di Teluk Intan dan pernah berjiran dengan SP-13, SP-12 dan si

mati.

[22] Pada 13.1.2010, si mati telah menerima jemputan OKT-2 untuk

berziarah ke rumahnya di Rawang, Selangor, bersempena dengan

perayaan ‘Hari Ponggal’. Si mati telah mengajak SP-12 dan SP-13

mengikutinya ke rumah OKT-2. Mereka bertolak ke Rawang dengan

menaiki bas dari Teluk Intan.

[23] Mereka sampai di stesen bas Rawang pada sebelah malam. Si mati

kemudiannya telah menggunakan telefon awam untuk memaklumkan

OKT-2 akan ketibaannya. Sejurus selepas itu si mati memberitahu SP-

12 dan SP-13 bahawa OKT-2 akan datang ke stesen bas berkenaan

untuk menjemput mereka.

[24] Walau bagaimanapun, OKT-1 muncul tidak lama kemudian dan

memberitahu bahawa OKT-2 sedang menunggu mereka di rumahnya

yang terletak kira-kira setengah jam berjalan kaki dari stesen bas

berkenaan. Pada waktu itu, setelah berpisah dengan suaminya, OKT-1

turut berpindah dan tinggal serumah dengan OKT-2 di Rawang.

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

11

[25] Ketika dalam perjalanan ke rumah OKT-2, sebuah kereta Proton

Wira yang dipandu oleh OKT-9 telah menuju ke arah mereka lalu berhenti

di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu

mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri OKT-9.

Apabila OKT-9 melihat SP-12 dan SP-13 dalam ketakutan ingin melarikan

diri, OKT-9 telah meminta si mati memberitahu mereka bahawa tidak ada

apa-apa yang perlu ditakutkan. OKT-9 kemudian mengajak ketiga-tiga

mereka menaiki keretanya.

[26] Mereka melihat OKT-3 duduk di tempat duduk di belakang

pemandu. SP-13 masuk lalu duduk di tempat duduk di sebelah pemandu

(OKT-9). SP-12 mengambil tempat di sebelah OKT-3 dan diikuti oleh si

mati. OKT-1 pula duduk di bahagian paling kiri sekali, di sebelah si mati.

[27] Setelah kereta bergerak, OKT-9 telah memarahi SP-13,

menuduhnya sering melaporkan keberadaan OKT-1 kepada suaminya

yang telah berpisah dengan OKT-1. Secara tiba-tiba OKT-9 telah

bertindak menampar SP-13 sebanyak tiga kali. OKT-3 pula telah

menampar pipi kanan SP-12 dan memarahinya kerana datang mengikuti

SP-13 dan si mati.

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

12

[28] Setelah OKT-9 memberhentikan kereta dan keluar dari kereta untuk

membuat panggilan telefon kepada seseorang, OKT-9 meneruskan

perjalanannya sehingga berhenti berhampiran dengan stesen TNB di

kawasan berbukit di Golf Club Bukit Beruntung. Dalam perjalanan

tersebut, SP-13 melalui cermin sisi kereta, nampak sebuah motosikal

yang dinaiki 2 penunggang mengekori kereta. Motosikal ini juga berhenti

berhampiran kereta diberhentikan.

[29] OKT-9, OKT-3, si mati dan SP-13 telah keluar daripada kereta

tersebut, meninggal OKT-1 dan SP-12 di dalam kereta. Dua penunggang

motosikal juga turun daripada motosikal mereka.

[30] SP-13 dan si mati telah ditolak ke bahagian belakang kereta. OKT-

3 kemudian mengambil satu batang kayu hoki dari boot kereta lalu

memukul si mati dengan menggunakan kayu hoki tersebut. Pada masa

yang sama OKT-9 telah memukul SP-13 dengan tangannya.

[31] Salah seorang penunggang motosikal bertindak mengambil parang

dari dalam boot kereta tersebut lalu memotong dahan/ranting/kayu dari

kawasan semak berhampiran. Kayu-kayu tersebut telah diagih-agih

kepada semua yang hadir untuk memukul SP-13 dan si mati secara

berterusan.

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

13

[32] Tidak lama kemudian 4 orang lagi sampai dengan 2 buah motosikal

ke tempat kejadian. Salah seorang daripada mereka adalah OKT-2.

Salah seorang daripada mereka pergi ke kawasan semak memotong

kayu/dahan-dahan manakala 3 yang lain menyertai rakan-rakan mereka

memukul SP-13 dan si mati.

[33] Sementara itu SP-12 berjaya melepaskan diri dari OKT-1 lalu

melarikan diri dari tempat kejadian. OKT-1 kemudiannya menyertai

rakan-rakannya. Sekarang terdapat 9 orang kesemuanya. Mereka

mengepung SP-13 dan si mati dan secara bergilir-gilir berterusan

memukul SP-13 dan si mati dengan kayu, dengan tangan,

menyepak/menendang dan merejam mereka dengan batu walaupun

kedua SP-13 dan si mati berterusan merayu-rayu mohon dikasihani dan

sujud di hadapan OKT-1 dan OKT-2.

[34] Di satu peringkat, OKT-3 dan OKT-9 telah mengheret SP-13 dan si

mati ke satu manhole kepunyaan TNB dan menolak kedua-dua mereka

masuk ke dalam manhole tersebut. Ini diikuti dengan 7 yang lain merejam

kedua-dua mereka dengan batu berterus-terusan.

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

14

[35] Tidak berapa lama kemudian, OKT-3 menarik kedua-dua mereka

keluar daripada manhole tersebut. Sebaik dikeluarkan, kesemua OKT-

OKT tersebut kembali memukul dan menyepak SP-13 dan si mati.

[36] Kumpulan tersebut kemudian dipecahkan menjadi dua kumpulan di

mana satu kumpulan akan berterusan memukul kedua-dua mangsa

manakala satu kumpulan lagi akan berehat sambil meminum minuman

keras. Setelah penat kumpulan yang memukul itu akan berehat dan

diganti dengan kumpulan yang sudah berehat tadi untuk berterusan

memukul kedua-dua mangsa.

[37] Pada akhirnya, SP-13 mendengar OKT-9 memberitahu OKT-3

bahawa jam sudah menunjukkan 5.00 pagi dan mengarahkan supaya SP-

13 dan si mati dicampakkan ke dalam manhole dan dibiarkan mati di situ.

[38] SP-13 dan si mati kemudian diterajang ke dalam manhole. Menurut

SP-13, sebelum pengsan beliau mendengar suara abangnya yang

meraung kesakitan.

[39] Menurut SP-13, sepanjang masa dipukul, disepak terajang dan

direjam dengan batu dari jam 2.00 pagi hingga 5.00 pagi tersebut, kedua-

dua mereka secara persistent telah dihujani dengan soalan-soalan dan

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

15

tuduhan-tuduhan bahawa mereka telah mendedahkan keberadaan OKT-

1 kepada suaminya, yang ketika itu sudah berpisah dengan OKT-1.

[40] Apabila sedar daripada pengsan, SP-13 mendapati hari sudah

siang. Si mati pula tidak lagi bernafas, Beliau cuba mengejutkan si mati

tetapi gagal.

[41] SP-13 berjaya keluar dari manhole tersebut dan mendapati

tompokan-tompokan darah di sekeliling kawasan tersebut. Beliau

kemudiannya bergerak menuju ke jalan besar dan berjaya menumpang

satu kenderaan yang membawanya ke Balai Polis Bukit Sentosa, IPD

Hulu Selangor, di mana beliau kemudiannya telah membuat satu laporan

polis sebagaimana exhibit D84, di m.s. 1201, Jilid II, Rekod Rayuan (RR).

[42] Selepas itu SP-13 telah berjaya membawa sepasukan polis kembali

ke tempat kejadian. Jenazah si mati telah dikeluarkan daripada manhole

tersebut dan dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk dibedah siasat.

Hanya selepas itu barulah SP-13 dirujukkan ke hospital yang sama untuk

dirawat.

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

16

[43] Laporan bedah siasat si mati (exhibit P62, di m.s. 1169 hingga 1172,

Jilid II, RR, yang disediakan oleh SP-8) mendedahkan wujudnya pelbagai

kecederaan dalaman di bahagian otak, dada dan abdomen si mati. Dr.

Shahidan bin Md. Noor (SP-8), ahli patologi yang menjalankan bedah

siasat ke atas si mati menyatakan bahawa punca kematian si mati adalah

disebabkan oleh pelbagai kecederaan (multiple injuries) tersebut, yang

berpunca dari daya trauma tumpul (blunt force trauma) yang dikenakan

ke atas si mati dengan kuat.

[44] Laporan perubatan SP-13 adalah exhibit P63, di m.s. 1173 hingga

1175, Jilid II, RR. Laporan ini mendedahkan pelbagai luka luaran dan

satu luka parah (closed fracture left 5th metacarpal bone) yang dialami

oleh SP-13.

[45] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara yang bijaksana mendapati

bahawa kesemua intipati kedua-dua pertuduhan yang dikenakan ke atas

OKT-1 hingga OKT-9, dan satu pertuduhan tambahan ke atas OKT-9

telah berjaya dibuktikan atas penilaian maksima keterangan yang ada di

hadapannya. Beliau mendapati pihak pendakwaan telah berjaya

membuktikan satu kes prima facie di atas semua pertuduhan-pertuduhan

yang dikenakan ke atas OKT-1 hingga OKT-9. Dengan itu OKT-1 hingga

OKT-9 telah dipanggil untuk membela diri.

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

17

Kes Pihak Pembelaan

[46] Pada asasnya pihak pembelaan menyatakan bahawa OKT-1, OKT-

2, OKT-3 dan OKT-9 telah datang untuk menjemput SP-12, SP-13 dan si

mati di Stesen Bas Rawang. Si mati adalah teman lelaki OKT-2 dan

beliau datang ke Rawang untuk menziarah OKT-2 sempena perayaan

Hari Ponggal.

[47] Di stesen bas tersebut, OKT-2 turun dari kereta yang dipandu oleh

OKT-9. Beliau terus mendatangi si mati yang mabuk ketika itu. OKT-2

menegur si mati kerana datang dalam keadaan mabuk. Si mati menjadi

ofensif dan terus menyelar OKT-2 dengan kata-kata kasar/kesat. OKT-2

terus bertindak meninggalkan mereka tanpa berkata apa-apa kerana

berasa marah di atas perbuatan si mati ke atasnya.

[48] Sementara itu, si mati, SP-12 dan SP-13 terus masuk ke dalam

kereta tersebut di mana si mati kemudiannya memberitahu OKT-3

bahawa dia ingin menemui rakan-rakannya dan meminta OKT-3 supaya

menghantarnya ke Kelab Golf Bukit Beruntung.

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

18

[49] OKT-3 bersetuju untuk memenuhi permintaan si mati. Dengan itu,

beliau telah membawa si mati, SP-12, SP-13 bersama-sama dengan

OKT-1 dan OKT-9 ke Kelab Golf di Bukut Beruntung. Di kelab tersebut,

semua orang turun dari kereta melainkan OKT-1.

[50] Si mati telah bertengkar dengan kawan-kawannya tidak lama

selepas si mati bertemu dan bersembang-sembang dengan kawan-

kawannya. Untuk mengelakkan pertengkaran tersebut berpanjangan dan

oleh kerana itulah pertama kali OKT-3 mengenali si mati, OKT-1 telah

menghubungi OKT-2 untuk memaklumkan perkara yang sama dan

meminta OKT-2 supaya datang ke Kelab Golf berkenaan.

[51] OKT-3 kemudian mengarahkan OKT-5 supaya mengambil OKT-2

di rumahnya untuk dibawa ke kelab tersebut. OKT-5 juga diarahkan untuk

membeli minuman keras. SP-5 mengambil OKT-2 dengan menaiki

motosikal.

[52] OKT-5 kembali ke kelab tersebut bersama-sama dengan OKT-2

dan 2 buah motosikal lain yang ditunggangi oleh OKT-4, OKT-6, OKT-7

dan OKT-8. OKT-2 terus mendatangi si mati, manakala keempat-empat

OKT tersebut tidak pun turun dari motosikal masing-masing. Sejurus

kemudian keempat-empat OKT tersebut meninggalkan kelab berkenaan.

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

19

[53] Selepas minuman keras tersebut diserahkan kepada si mati kerana

si matilah sebenarnya yang menyuruh OKT-3 supaya membeli minuman

keras tersebut dan selepas menerima bayaran daripada si mati, OKT-3

memaklumkan si mati bahawa beliau hendak meninggalkan tempat

tersebut. Semasa ingin memasuki kereta, OKT-3 melihat OKT-2

bercakap-cakap dengan si mati. Kira-kira 5 minit kemudian, OKT-2

meluru masuk ke dalam kereta sambil menangis kerana si mati telah

memarahi beliau. OKT-9 yang ketika itu sedang berbual-bual dengan

isterinya melalui telefon di luar kereta terus masuk ke dalam kereta.

[54] OKT-3 kemudian bergerak meninggalkan tempat tersebut bersama-

sama dengan OKT-1, OKT-2, dan OKT-9. Beliau telah menghantar OKT-

1 dan OKT-2 balik ke rumah mereka manakala beliau sendiri bersama-

sama dengan OKT-9 balik ke rumah OKT-9 di Merry Estate.

[55] OKT-1 hingga OKT-9 mendakwa tidak tahu apa yang terjadi ke atas

si mati sehinggalah mereka ditangkap keesokan harinya (14.1.2010).

Walau bagaimanapun OKT-9 hanya berjaya ditangkap kira-kira 2 tahun

kemudian (pada 17.2.2012).

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

20

[56] Di akhir perbicaraan, hakim bicara yang bijaksana berpuas hati

bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membukit kesnya terhadap

OKT-1 hingga OKT-9 melampaui keraguan yang munasabah di atas

kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka. Beliau turut

mendapati bahawa pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang

keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. Dengan

demikian OKT-1 hingga OKT-9 telah didapati bersalah dan disabitkan di

atas kesalahan-kesalahan sebagaimana dipertuduhkan dan dikenakan

hukuman-hukuman seperti dinyatakan di perenggan-perenggan yang

terdahulu.

Alasan-alasan Rayuan

[57] OKT-1 hingga OKT-9 telah mengemukakan common ground

seperti berikut:

(i) Kredibiliti SP-13; dan

(ii) Identifikasi OKT-OKT.

Peguambela-peguambela OKT-OKT juga adopt penghujahan satu

sama lain.

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

21

Alasan (i) - Kredibiliti SP-13

Hujahan Peguambela OKT-OKT

[58] Peguambela yang bijaksana telah merujuk kepada laporan polis

yang dibuat oleh abang SP-13 dan si mati, exhibit D65 (di m.s. 1179, Jilid

II, RR), Laporan Perubatan SP-13 yang disediakan oleh Dr. Stacy Wong,

exhibit D63 (di m.s. 1173, Jilid yang sama); dan Laporan Polis yang dibuat

oleh SP-13 sendiri, exhibit D-84 (di m.s. 1201, Jilid yang sama).

[59] Dihujahkan bahawa SP-13 gagal untuk menamakan OKT-OKT

yang dikenalinya sebagai penyerang-penyerang yang

menyerang/memukul beliau dan si mati dalam ketiga-tiga laporan ini dan

kegagalan ini adalah fatal berpandukan kepada keputusan Mahkamah

Persekutuan dalam kes Lee Ah Seng & Anor v PP (2007) 4 AMR 709,

di mana isu yang sama telah dilitigasikan.

[60] Dihujahkan juga bahawa SP-13 telah dengan sengaja (wilfully)

meninggalkan (omitted) fakta-fakta penting dalam laporan polisnya

(exhibit D84) dan dalam Laporan Perubatan (exhibit D63). Beliau gagal

untuk menjelaskan dengan memuaskan kenapa beliau gagal untuk

melaporkan bahawa 7 lelaki India dan 2 wanita India telah menyerangnya

dan si mati. Penjelasan SP-13 bahawa beliau berada dalam keadaan

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

22

teruk ketika laporan-laporan tersebut dibuat adalah tidak mencukupi

kerana percanggahan keterangan oralnya dan apa yang dilaporkan

dalam kedua-dua laporan di atas amatlah besar.

[61] Turut dihujahkan bahawa SP-13 sepatutnya tidak mempunyai

masalah untuk menamakan penyerang-penyerangnya kerana abangnya

sendiri telah dibunuh. Kegagalan ini telah menyebabkan kredibiliti SP-13

tercalar dengan parah khususnya tentang identiti penyerang-penyerang

yang menyerang dirinya dan si mati.

[62] Seterusnya dihujahkan bahawa SP-13 mengaku marah dengan

kejadian yang menimpa dirinya dan juga si mati dan ingin membalas

dendam dengan mengenakan kesemua OKT-OKT. Dalam keadaan

sebegini dihujahkan bahawa SP-13 sanggup berbuat apa sahaja untuk

membalas dendamnya.

[63] Dihujahkan seterusnya bahawa adalah tidak selamat untuk

bergantung kepada keterangan SP-13 memandangkan SP-13 adalah

saksi yang berkepentingan kerana si mati adalah abangnya sendiri.

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

23

Keputusan Kami

[64] Berkaitan dengan isu balas dendam, SP-13 telah menjelaskan di

m.s. 317 Jilid 4, RR, semasa disoal semula, bahawa beliau tidak ada niat

untuk membalas dendam terhadap sesiapa. Beliau cuma hendak

memberitahu apa yang sebenarnya berlaku dan keterangannya tidak

direka-reka. Beliau hanya berhasrat untuk mendapatkan keadilan.

[65] Pada hemat kami, penjelasan SP-13 adalah penjelasan yang

munasabah dan menghalusi keseluruhan keterangannya, adalah nyata

bahawa tidak wujud unsur-unsur untuk membalas dendam. Beliau

memang mengenali OKT-1, OKT-2, OKT-3, OKT-8 dan OKT-9 lama

sebelum kejadian tersebut berlaku dan beliau datang ke Rawang hanya

untuk menemani si mati yang dijemput oleh OKT-2 supaya datang

berziarah ke rumahnya di Rawang sempena Hari Ponggal. Maka tidak

ada asas untuk menyatakan bahawa keterangan SP-13 keseluruhannya

diselaputi dengan dendam kesumat sehingga menjejaskan kredibiliti SP-

13.

[66] Berkaitan dengan isu bahawa SP-13 adalah saksi berkepentingan

kerana si mati adalah abangnya sendiri, dalam kes ini SP-13 sebenarnya

telah memberi keterangan atas kapasitinya sebagai pengadu dan juga

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

24

sebagai mangsa dalam pertuduhan kedua yang dikenakan terhadap

semua OKT-OKT. Adakah ini bermakna SP-13 tidak boleh memberi

keterangan tentang apa yang berlaku ke atas dirinya sendiri di mana pada

masa yang sama abangnya turut dibelasah hingga mati?

[67] Pada hemat kami, SP-13 adalah berhak kepada kredit

sebagaimana saksi-saksi lain hingga dibuktikan sebaliknya. Tidak ada

alasan yang kukuh untuk menolak keterangan SP-13 hanya kerana si

mati adalah abang SP-13. Lebih-lebih lagi sepanjang masa perbicaraan,

kredibiliti saksi ini tidak pernah menjadi isu atau telah dicabar atau telah

di ‘impeach’ oleh pihak pendakwaan atau pembelaan atau mahkamah

telah memutuskan bahawa SP-13 adalah saksi yang tidak boleh

dipercayai (credible witness). Keterangan SP-13 juga disokong secara

materialnya oleh keterangan SP-12 setakat peringkat SP-12 belum

melepaskan diri. Dengan demikian, mengambil pendekatan menolak

keterangan kedua-dua saksi SP-13 dan SP-12 kerana mereka

mempunyai kaitan darah atau sebagainya dengan si mati adalah salah

kerana keterangan seseorang itu perlu dilihat dan dinilai atau diuji dengan

probabilities kes tersebut secara keseluruhannya – lihat Dorai Pandian

& Anor v PP [2009] 4 MLJ 525; Dalip Singh and Ors v State of Punjab

(1953) AIR SC 364.

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

25

[68] Selanjutnya keterangan SP-13 bahawa si mati telah dipukul dengan

kayu hoki, ranting kayu, di sepak terajang dan direjam dengan batu telah

disokong oleh keterangan forensik SP-8 apabila SP-8 mendapati dalam

laporan bedah siasatnya punca kematian si mati adalah pelbagai

kecederaan dalaman di bahagian otak, dada dan abdomen si mati yang

berpunca dari daya trauma tumpul yang kuat yang dikenakan ke atas si

mati. Seterusnya, menurut SP-8 senjata-senjata yang diperolehi di

tempat kejadian oleh pegawai penyiasat (SP-17, ASP Mohd. Yatim bin

Osman) boleh mendatangkan trauma tumpul tersebut.

[69] Berkaitan dengan kegagalan SP-13 untuk menyebut perihal 7 lelaki

India dan 2 perempuan India yang telah menyerang dan memukul si mati

dan dirinya serta ketertinggalan SP-13 untuk menamakan penyerang-

penyerang si mati dan dirinya yang beliau kenali dalam laporan polisnya,

kami dapati pada ketika kejadian, SP-13 baru berumur 16 tahun serta

tidak tahu membaca atau menulis. Maka adalah tidak munasabah untuk

menuntut dari SP-13 supaya SP-13 bertindak sebagai seorang dewasa

yang berpengetahuan penuh dan memahami apa yang sewajarnya

dimasukkan di dalam laporan polisnya.

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

26

[70] Adalah juga tidak munasabah untuk menuntut daripada SP-13

kemahiran membuat laporan polis yang lengkap mengandungi butir-butir

terperinci kejadian tersebut sebagaimana lazimnya seorang yang pintar

seperti seorang peguam membuat laporan polis. Adalah juga tidak

munasabah untuk menuntut dari SP-13 pengetahuan bahawa di sisi

undang-undang beliau wajib menamakan penyerang-penyerangnya atau

penyerang-penyerang si mati di mana kegagalan untuk berbuat demikian

akan menyebabkan kredibilitinya musnah sama sekali. Manalah SP-13

tahu serta terfikir bahawa laporan polisnya yang sepatutnya hanya

mengandungi butir-butir yang perlu sahaja bagi mencetuskan

penyiasatan polis akan digunakan sebegitu rupa oleh pihak pembelaan

untuk memusnahkan kredibilitinya? Kalau beliau tahu, sudah pasti beliau

akan membuat laporan yang penuh terperinci tanpa meninggalkan ruang

untuk dikritik di mahkamah.

[71] Sungguhpun begitu, SP-13 ada menjelaskan bahawa beliau ada

menyebut nama-nama penyerang-penyerangnya kepada pegawai polis

yang mengambil laporannya dan beliau tidak tahu mengapa laporannya

langsung tidak menyebut nama-nama tersebut.

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

27

[72] Seterusnya, kegagalan SP-13 untuk melaporkan perihal 7 lelaki

India dan 2 wanita India yang telah menyerang/memukul si mati dan

dirinya serta ketertinggalannya untuk menamakan penyerang-penyerang

yang dikenalinya dalam laporan polisnya (exhibit D84) bertentangan

dengan apa yang beliau nyatakan secara oral di Mahkamah, pada hemat

kami tidak terjumlah kepada satu percanggahan yang besar yang boleh

merobek kredibiliti SP-13 sebagai seorang saksi yang bercakap benar

(truthful witness). Ini kerana laporan polis hanyalah satu instrument untuk

mencetuskan siasatan dan pada kebiasaannya, ia dibuat dalam bentuk

yang paling ringkas. Maka untuk penalised ketertinggalan tersebut

dengan mengaitkannya dengan kredibiliti pelapor adalah tidak adil kerana

ketika laporan dibuat, si pelapor belum disiasat secara mendalam dan

semua maklumat belum didedahkan secara terperinci. Hal-ehwal

keadaan yang menyelubungi pelapor ketika membuat laporan polisnya

juga membawa keberatan yang tersendiri. Selanjutnya, adalah sesuatu

kekhilafan yang nyata untuk menyamakan laporan polis dengan

keterangan yang diambil di mahkamah kerana pada asasnya laporan

polis bukanlah keterangan substantif. Taylor J dalam kes Muthusamy v

PP (1948) MLJ 57 menyatakan kedudukannya di sisi undang-undang

dengan tepat apabila beliau menyatakan:

“A mere omission is hardly ever a discrepancy. The police statement is

usually briefer than evidence”.

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

28

[73] Kami juga mendapati bahawa kegagalan atau ketertinggalan

(omission) SP-13 di atas tidak fatal kepada kes pihak pendakwaan dan

tidak juga fatal kepada kredibilitinya sebagai saksi yang bercakap benar

(truthful witness).

[74] Mahkamah Persekutuan dalam kes Hercun Singh & Ors v PP

(1969) 2 MLJ 206 memutuskan seperti berikut:

“Further, the information required need not contain the circumstances of

the commission of the offence, nor the names of the offenders or the

witnesses, for the main purpose of investigation is to ascertain those

matters….the first information report is not an encyclopaedia. It is not the

beginning and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs

of law and order in motion. It is only of the investigation stage that all the

details can be gathered and filled up”.

[75] Prinsip yang sama juga diikuti oleh Mahkamah ini dalam kes Timhar

Jimdani Ong & Anor v PP [2010] 3 CLJ 938:

“(14) Let us first deal with P12 ie, the police report which the defence

attacked as being lacking in the factual particulars now narrated by the

prosecution witnesses. This report was made by Insp. Willie immediately

after the arrest of the appellants and the recovery of the drugs in their

hotel room. It consisted of a brief statement of the items recovered

pursuant to the search made in room 808, particulars of the appellants

and the seizure of the drugs. This police arrest report is thus merely a

brief account of what had transpired in room 808. It is a formal procedure

undertaken by the police following the arrest of a suspect to a crime. It

is a first information report to facilitate further investigation. It puts the

wheels of investigation into a crime in action. It need not, in our view,

particularise all the details of actions taken or observations made by the

arresting officer. A first information report or any police report need not

contain the entire case for the prosecution. Its main purpose is merely to

give information of an offence. The information contained in the police

report, thus may only state the brief details of the time, and place of the

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

29

alleged offence and the particulars of the offenders if available. Further

details will surely be recorded later by the investigating officer in any

statements recorded from potential witnesses including that of the

arresting officer himself. Thus any omission or shortcomings in the police

report cannot in our view be fatal to the prosecution’s case or be held to

be materially inconsistent with its narration of the facts during the trial.

(15) In Chinnakarappan v PP (1962) 28 MLJ 360, the Court of Appeal

held that:

the omission of the accused’s name in the police report made

by a witness does not in any way detract from the weight and

value which the trial Judge had attached to the testimony of

the complainant himself. The law does not in this case (on a

charge under s.326 of the Penal Code) require independent

corroboration of the complaint.

Similarly in this case, the omission by Insp. Willie to state in detail what

had transpired during the raid on room 808 does not diminish the weight

and credibility of the testimony of Insp. Willie’s as accepted by the trial

judge”.

[76] Dalam kes Lee Ah Seng & Anor v PP (supra) yang dirujuk berkali-

kali oleh pihak pembelaan bagi menyokong hujahan mereka, di mana

satu-satunya saksi pihak pendakwaan (Hassan Lee) telah tidak menyebut

nama atau identiti penyerang-penyerang yang membunuh kawannya dan

peranan yang dimainkan oleh penyerang-penyerang tersebut dalam

laporan maklumat pertamanya (FIR), Mahkamah Persekutuan

sebenarnya lebih memberikan penekanan atau keutamaan tentang

penjelasan yang dikemukakan oleh Hassan Lee kenapa beliau tidak

menyebut nama atau identiti penyerang-penyerang tersebut.

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

30

[77] Penjelasan Hassan Lee kenapa beliau dengan sengaja telah

menyembunyikan identiti pelaku-pelaku kesalahan tersebut kerana takut

anak-anaknya akan bergaduh dengan Ah Hong (salah seorang perayu)

telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan sebagai tidak munasabah

sama sekali kerana “….bukanlah lazim bagi seseorang yang mengaku

melihat seorang yang lain melakukan jenayah melaporkan kejadian

tersebut tetapi menyembunyikan identiti penjenayah tersebut, kerana

tujuan melaporkan sesuatu jenayah adalah untuk membawa penjenayah

tersebut ke muka pengadilan…”. Dengan itu Mahkamah Persekutuan

mendapati ketertinggalan tersebut yang dianggap sangat serius adalah

fatal kepada kredibiliti pengadu sebagai saksi yang bercakap benar

kerana alasan ketertinggalan tersebut didapati tidak munasabah sama

sekali.

[78] Sebaliknya, dalam kes Herchun Singh v PP (supra) Mahkamah

Persekutuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang

menerima penjelasan yang diberikan oleh pengadu yang menjadi mangsa

rompakan, berkenaan dengan ketertinggalan penting dalam laporan

maklumat pertamanya yang dibuat tidak lama selepas kejadian

rompakan. Laporannya bukan sahaja gagal untuk mengenalpasti orang

yang dituduh tetapi juga mengandungi kenyataan “saya tidak kenal

Page 31: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

31

mereka”, walhal di mahkamah saksi menyatakan sebaliknya. Mahkamah

Persekutuan menyatakan di m.s. 211:

“…the learned trial judge, having heard the complainant’s explanation,

was satisfied that the latter was still very much shaken by the alarming

experience he had undergone when he made his report but that, despite

his agitation, he did mention some names to the police….”

[79] Apa yang boleh disimpulkan dari otoriti-otoriti di atas ialah

mahkamah tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memutuskan

kredibiliti seseorang saksi itu musnah jika wujud apa-apa ketertinggalan

penting atau relevan dalam sesuatu laporan maklumat pertama atau apa

jua laporan polis yang telah dibuat oleh saksi tersebut. Adalah amat

penting bagi mahkamah untuk meneliti dan mengambilkira penjelasan

yang diberikan oleh saksi tersebut berkaitan dengan ketertinggalan

tersebut sebelum memutuskan saksi tersebut adalah saksi yang tidak

boleh dipercayai atau saksi telah tidak bercakap benar atau saksi yang

tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

[80] Sekarang kita siasat penjelasan yang diberikan oleh SP-13. Beliau

menjelaskan bahawa dalam laporan polisnya beliau tidak dapat bercakap

kerana keadaannya yang teruk. Beliau cuma memberitahu 7 orang lelaki

tetapi tidak tahu bagaimana 8 orang disebut dalam laporan polisnya.

Pada kali kedua polis mengambil percakapannya, beliau ada beritahu

Page 32: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

32

polis ada 2 orang perempuan dan 7 orang lelaki India yang menyerang si

mati dan dirinya – lihat m.s. 316-317, Jilid 4, RR.

[81] Dakwaan SP-13 bahawa selepas kejadian dan ketika membuat

laporan polis, keadaan dirinya amat teruk dan seperti mahu pengsan

disahkan oleh SP-5 yang melihat SP-13 dalam keadaan lemah ketika itu.

SP-17 juga mendapati bahawa pakaian SP-13 berselut, fizikalnya lemah

dan tidak bermaya dan terdapat ‘open wound’ di kepalanya.

[82] Sehubungan dengannya tidak dinafikan bahawa SP-13 telah

melalui malam yang amat teruk. Nyawanya hampir melayang. Setibanya

di Rawang dari Teluk Intan di sebelah malam, beliau bersama si mati dan

SP-12 telah dibawa oleh OKT-9 dan rakan-rakannya ke lokasi kejadian di

mana beliau telah dipukul dengan kayu dan tangan, di sepak terajang,

direjam dengan batu secara berterus-terusan dari jam 2.00 pagi hinggalah

5.00 pagi hari yang sama dan pada akhirnya diterajang masuk ke dalam

manhole untuk dibiarkan mati. Selepas sedar dari pengsan ketika

matahari telah tinggi beliau merangkak keluar dari manhole lalu berjalan

kaki ke jalan besar sebelum berjaya menumpang kenderaan yang

membawanya ke Balai Polis. Pada hemat kami sesiapa pun yang berada

dalam keadaan sebegini akan mengalami trauma yang dahsyat yang

boleh mengganggu keupayaan mental dan fizikalnya.

Page 33: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

33

[83] Hakim bicara yang bijaksana telah mengambilkira keadaan SP-13

apabila menyatakan dalam alasan penghakimannya di m.s. 67-68, Jilid 1,

RR:

“However, in this instant case not only being himself assaulted but also

discovering that his 18 years old brother who was also assaulted died as

a result, had just traumatised SP13. The emotional balance SP13 is so

disturbed by this extraordinary experience that the assailants comprise

of a man whom he is in awe of and affiliated with and more so with the

2nd accused who is akin to a sister in law that his power of perception

becomes distorted.

That would also explain his reply when SP13 was re-examined by the

learned prosecution as to why the discrepancies and omission of the

ladies’ presence (1st and 2nd accused) in his reports, to which SP13

explained that he was in great pain and found it hard to talk.

Other explanation would also be added that all these reports were taken

and written by second persons without the assistance/benefit of

interpreter, at the same time bearing in mind of his illiteracy and his

sketchy comprehension, understanding and liaison command of Bahasa

Malaysia. For example in his oral evidence he said he did mention

names but apparently was not written in the report. As regards the report

(D65) made on 15th January 2010, the next day after the incident by SP11

(his eldest brother), I believe he was then still feeling dull-witted”.

[84] Kami akur dengan alasan hakim bicara yang bijaksana yang

menerima penjelasan SP-13 kenapa SP-13 gagal untuk menyebut jumlah

penyerang-penyerangnya atau menyebut 7 lelaki India dan 2 wanita India

adalah penyerang-penyerangnya atau menamakan penyerang-

penyerang yang beliau kenali dalam laporan polisnya. Dengan demikian

kegagalan atau ketertinggalan tersebut tidak menjejaskan atau

memusnahkan kredibiliti SP-13 sama-sama sekali sehingga

menyebabkan keseluruhan kes pendakwaan runtuh ekoran

Page 34: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

34

kebergantungan menyeluruh pihak pendakwaan kepada kesaksian SP-

13 yang merupakan satu-satunya saksi yang berada di tempat kejadian

dan survived untuk menceritakan apa yang telah berlaku sebenarnya.

Alasan (ii) - Identifikasi OKT-OKT

[85] OKT-OKT membangkitkan isu bahawa tempat di mana kejadian

berlaku adalah gelap dan tidak jelas. Dengan itu pengecaman oleh SP-

13 berkenaan dengan keterlibatan OKT-OKT dengan kesalahan-

kesalahan tersebut adalah meragukan dan faedah keraguan sewajarnya

memihak kepada OKT-OKT.

[86] Walau bagaimanapun, SP-13 dalam keterangannya menegaskan

meski pun tempat kejadian adalah gelap, terdapat cahaya bulan

menerangi kawasan tersebut dan lampu hadapan kereta sentiasa

dipasang. Melalui dua sumber cahaya ini beliau dapat mengecam

dengan positif semua penyerang-penyerang yang telah memukul si mati

dan dirinya.

[87] Panduan yang lahir dari keputusan kes R v Turnbull (1976) 3 All

ER 549 (yang kini dikenali sebagai Turnbull Guidelines) berhubung

dengan isu di mana identiti pelaku kesalahan adalah crucial telah diikuti

oleh mahkamah-mahkamah Malaysia – lihat Dato Mokhtar bin Hashim

Page 35: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

35

& Anor v PP [1983] 2 MLJ 232. Dalam kes Jaafar bin Ali v PP [1998]

4 MLJ 406, Augustine Paul H telah merujuk kepada buku Criminal

Evidence (3rd Ed) oleh Andrews & Hirst yang telah menyusun semula

panduan Turnbull tersebut kepada empat isu, di mana salah satu isu yang

relevan untuk menangani isu di hadapan kami ialah:

“(c) The question of when a jury may properly be allowed by the judge

to convict the accused even in the absence of other evidence supporting

the crucial identification.

In our judgment, when the quality (of identification) is good, as for

example when the identification is made after a long period of

observation, or in satisfactory conditions by a relative, a neighbour, a

close friend, a workmate and the like, the jury can safely be left to assess

the value of the identifying evidence, even though there is no other

evidence to support it: provided always, however, that an adequate

warning has been given about the special need for caution. Were the

courts to adjudge otherwise, affronts to justice would frequently occur...

When in the judgment of the trial judge, the quality of the identifying

evidence is poor, as for example when it depends solely on a fleeting

glance or on a longer observation made in difficult conditions, the

situation is very different. The judge should then withdraw the case from

the jury and direct an acquittal unless there is other evidence which goes

to support the correctness of the identification (at pp 552, 553)”.

[88] Dalam kes di hadapan kami, SP-13 sememangnya telah mengenali

OKT-1, OKT-2, OKT-3, OKT-8 dan OKT-9 lama sebelum kejadian dan

pernah pada satu waktu tinggal di kejiranan yang sama di Teluk Intan.

Lagi pun SP-13, SP-12 dan si mati telah diambil dari Stesen Bas Rawang

dari awal malam lagi. Seterusnya OKT-1 hingga OKT-9 telah memukul

beliau dan si mati untuk tempoh yang cukup lama, iaitu dari jam 2.00 pagi

hingga 5.00 pagi. SP-13 melihat mereka bukan in a fleeting glance tetapi

Page 36: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

36

untuk satu tempoh waktu yang cukup lama. Keadaan ini (circumstances)

dan kehadiran cahaya bulan dan cahaya dari lampu hadapan kereta amat

membantu SP-13 mengecam OKT-1 hingga OKT-9 sebagai orang-orang

yang telah menyerang dan memukul dirinya dan si mati dengan positif.

Bersamaan dengan hakim bicara yang bijaksana, kami tidak meragui

kualiti serta correctness identifikasi kesemua OKT-OKT tersebut oleh SP-

13.

[89] Seterusnya dihujahkan bahawa kawad cam yang dijalankan ke atas

OKT-OKT adalah cacat kerana pihak pendakwaan gagal untuk

mengemukakan Laporan Kawad Cam. Dihujahkan bahawa Laporan

Kawad Cam adalah perlu untuk menyemak sama ada kawad cam

tersebut telah dijalankan dengan teratur dan saksama.

[90] Pihak pendakwaan boleh bergantung kepada keterangan kawad

cam untuk membuktikan identiti pelaku kesalahan. Nilai keterangan yang

diperolehi secara demikian telah diterangkan dalam kes ST Shind v State

of Maharashtra AIR (1974) SC 791 di m.s. 793:

“The evidence of test identification is admissible under section 9 of the

Evidence Act. It is, at best supporting evidence. It can be used only to

corroborate the substantive evidence given by the witnesses in court

regarding identification or the accused as the doer of the criminal act. The

earlier identification made by the witnesses at the test identification

parade, by itself, had no independent value”.

Page 37: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

37

[91] Mahkamah Persekutuan dalam kes Arumugam a/o Muthusamy v

PP (1998) 3 MLJ 73 turut memutuskan, di m.s. 75:

“But to hold that an identification parade must, in all circumstances, be

conducted in order to sustain a conviction would be too stringent. There

may well be situations where an identification parade cannot or need be

held, for example, where the attendance of the witness at the parade is

physically impossible or impracticable or there are exceptional

circumstances”.

[92] Dalam kes Magendran Mohan v PP (2011) 1 CLJ 805, perayu

dituduh dengan satu tuduhan membunuh. Saksi memberitahu

mahkamah bicara bahawa seseorang telah datang ke kedainya untuk

menggadaikan beberapa barang kemas. Beliau tidak pernah mengenali

perayu sebelum ini dan telah mengecam perayu dalam kandang sebagai

orang tersebut. Tidak ada kawad cam dikendalikan oleh polis untuk saksi

ini. Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa pengecaman perayu dari

dalam kandang orang salah semasa perbicaraan 3 tahun 4 bulan selepas

dari tarikh kejadian adalah amat tidak memuaskan terutama sekali apabila

saksi tidak mengenali perayu sebelum itu. Mahkamah memutuskan untuk

menolak pengecaman perayu oleh saksi tersebut dalam hal keadaan

yang sedemikian.

Page 38: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

38

[93] Di dalam kes di hadapan kami, sebelum kejadian SP-13 memang

telah sedia mengenali OKT-1, OKT-2, OKT-3, OKT-8 dan OKT-9 lantaran

kesemua mereka pernah tinggal di kejiranan yang sama di Teluk Intan.

Maka isu tentang kawad cam langsung tidak berbangkit. Ia tidak perlu

diadakan pun untuk mereka – lihat PP v Sarjeet Singh (1994) 2 MLJ 290.

Jika diadakan pun, ia akan lebih menjurus kepada recognition dan bukan

pengecaman OKT-OKT tersebut oleh SP-13.

[94] Bagi OKT-4, OKT-5, OKT-6 dan OKT-7, SP-13 telah berjaya

mengecam mereka secara positif dalam kawad cam yang diadakan tidak

lama selepas mereka ditangkap. SP-13 juga telah mengecam keempat-

empat mereka di mahkamah.

[95] Berdasarkan keterangan SP-14 dan SP-15, pegawai-pegawai yang

mengendalikan kawad cam, adalah jelas bahawa kawad cam yang

dikendalikan oleh mereka adalah teratur dan saksama. Kedua-dua saksi

ini telah disoal balas dengan mendalam. Memandangkan terdapatnya

keterangan lisan di mahkamah, kegagalan pihak pendakwaan untuk

mengemukakan Laporan Kawad Cam adalah tidak fatal atau berupaya

untuk menjejaskan kes pendakwaan.

Page 39: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

39

[96] Ketiadaan Laporan Kawad Cam tidak memprejudiskan OKT-OKT

kerana evidential value laporan tersebut hanyalah berbentuk

corroborative sahaja. Keterangan substantive datang dari keterangan

lisan SP-14 dan SP-15. Maka seharusnya pihak pembelaan

menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya untuk elicit keterangan

yang berpihak kepada OKT-OKT dari kehadiran SP-14 dan SP-15 dalam

kandang saksi dan tidak merengek-rengek meminta salinan Laporan

Kawad Cam tersebut.

[97] Selanjutnya seperti dinyatakan di atas, keterangan kawad cam

bukanlah keterangan substantive. Ia hanya boleh digunakan untuk

menyokong (corroborate) keterangan substantive yang diberikan oleh

saksi-saksi berkaitan dengan pengecaman atau identiti orang kena tuduh

sebagai pelaku kesalahan. Tambahan pula, pengecaman dalam kawad

cam tidak mempunyai independent value langsung – lihat ST Shind

(supra) dan Arumugam s/o Muthusamy (supra). Dengan itu kegagalan

pihak pendakwaan untuk mengemukakan Laporan Kawad Cam tidak

perlu diberikan keberatan yang berlebihan (exaggerated importance).

[98] Hakim bicara yang bijaksana telah menangani isu tentang

identifikasi OKT-OKT tersebut dengan panjang lebar seperti terkandung

di m.s. 71 hingga 75, Alasan Penghakiman, Jilid 1, RR. Kami tidak

Page 40: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

40

berhasrat untuk mengulanginya di sini tetapi inginlah kami rekodkan

bahawa kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan-dapatan yang

diperolehi oleh beliau, khususnya yang berlingkaran dengan

pengendalian kawad cam dan isu-isu yang berbangkit daripadanya.

Alasan (iii) – Alasan Rayuan Tambahan Oleh OKT-5

[99] Peguambela yang bijaksana bagi OKT-5 menghujahkan tiada

keterangan daripada SP-13 bahawa OKT-5 datang dengan membawa

senjata; tidak ada keterangan OKT-5 berkelakuan ganas; tidak ada

keterangan untuk mengaitkan OKT-5 dengan kesalahan-kesalahan yang

dikenakan; tidak ada keterangan OKT-5 turut serta (participate)

memukul/menyerang si mati dan SP-13; tidak ada keterangan OKT-5

telah menyebabkan pelbagai kecederaan ke atas si mati; dan tidak ada

keterangan OKT-5 telah menolak si mati masuk ke dalam manhole.

Dengan itu dihujahkan bahawa s.149 KK tidak boleh digunakan ke atas

OKT-5 dan sabitan ke atas OKT-5 di bawah kedua-dua pertuduhan

tersebut adalah tidak selamat.

[100] Seksyen 149, KK, menuntut OKT-OKT mestilah mempunyai

‘common object’ atau tujuan yang sama untuk mencederakan si mati, SP-

13 dan SP-12. Di m.s. 93, Alasan Penghakiman, Jilid 1, RR, hakim bicara

Page 41: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

41

yang bijaksana telah menggariskan apa yang terangkum dalam maksud

‘common object’:

“The common object of the unlawful assembly can be collected from the

nature of the assembly, arms used by them and the behaviour of the

assembly at or before the scene of occurrence. The common object is

an inference of fact to be deduced from the facts and circumstances of

each case”.

[101] Kami bersetuju dengan unjuran hakim bicara yang bijaksana

tentang ruang lingkup ‘common object’ di bawah s.149, KK. Pihak

pendakwaan hanya perlu membuktikan wujudnya perhimpunan haram

dan kesemua OKT mempunyai tujuan yang sama untuk melakukan

kesalahan (crime) ke atas si mati dan SP-13. Gour’s Penal Law of India

(7th Ed) di m.s. 710 menyatakan:

“The purpose for which the members of the assembly set out or which

they desired to achieve is the object. Each member may have an object

in view and may also have his own idea of the means with which that

object is to be achieved and the extent to which he is prepared to go for

attaining it. If the object desired by all the members is the same, the

knowledge that is the object which is being pursued is shared by all the

members and they are in general agreement as to how it is to be

achieved; the object then becomes the common object of the assembly.

Normally, a determination to achieve an object includes a resolve to meet

with force any resistance to its attainment. A common object may be

found by express agreement after mutual consultations but that is not

necessary. It may be formed at any stage by all or some members of the

assembly and the other members may join and accept it. It may be

modified or altered or abandoned at any stage. What the common object

of the unlawful assembly is at a particular stage of the incident is

essentially a question of fact to be determined by keeping in view the

nature of the assembly, the arms it carries and the behaviour of its

members at or near the scene of the incident”.

Page 42: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

42

[102] Dalam kes ini, hakim bicara yang bijaksana telah mendapati, di

m.s. 93-94, fakta-fakta berikut:

“In the present case, there was sufficient evidence pointing to the

‘common object’ of the accused persons having regard to the evidence,

the whole affair as laid out under SP13’s evidence which I have

segmented as first and second phase of the assault at the place of

occurrence. Earlier he gave evidence that after having left the bus

station, the 9th accused pulled up the car beside Tesco, opened the car

door, went out and instantly made a mobile phone call which he (SP13)

overheard the 9th accused asking the receiving party where they were

and to come to the golf vicinity. Next on reaching at the place of

occurrence he saw one motorcycle tailing behind them, stopped behind

their car and two of the accused persons dismounted. Thereafter two

other motorcycles with two riders and their pillion arrived in immediate

succession. The six accused persons i.e. the 2nd, 4th, 5th, 6th, 7th and 8th,

joined in with the 3rd and 9th accused who had earlier started the assault.

The 1st accused who was still inside the vehicle came out and joined the

whole band wagon in active participation in the affair. SP13 also

described the weapons the assailants used to beat both the deceased

and himself. Apart from beating they also kicked and hurled small rocks

at them and finally the 3rd and 9th accused kicked them into the TNB

manhole for the second time. None of the accused persons were

revealed as being mere presenti but instead each and every one of the

nine accused qualified as active participants”.

[103] Keterangan dari SP-12 dan SP-13 menyokong secara material

dan substantive dapatan fakta hakim bicara yang bijaksana di atas.

Menurut mereka, kesemua OKT ada memainkan peranan masing-masing

dan semua OKT mengambil giliran memukul si mati dan SP-13.

Memandangkan terdapat keterangan yang nyata bahawa kesemua OKT

telah berhimpun di tempat kejadian dengan tujuan yang sama, kami

bersetuju sepenuhnya dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana

Page 43: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

43

bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan elemen-elemen di bawah

s.149, KK.

Kesimpulan

[104] Berdasarkan kepada segala alasan-alasan yang dinyatakan di

atas kami menolak rayuan kesemua OKT di atas sabitan-sabitan dan

hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas mereka di bawah s.302 KK

(tuduhan pertama). Dengan itu sabitan-sabitan dan hukuman-hukuman

yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi disahkan.

[105] Di atas alasan-alasan yang sama kami juga menolak rayuan

kesemua OKT di atas sabitan-sabitan dan hukuman-hukuman yang

dijatuhkan ke atas mereka di bawah s.326 KK (tuduhan kedua) oleh

Mahkamah Tinggi.

Rayuan Pendakwa Raya Di atas Hukuman

[106] Sebaliknya kami membenarkan rayuan Pendakwa Raya terhadap

hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas OKT-OKT seperti dinyatakan

di perenggan 9 dan 11 di atas. Ini kerana perbuatan kesemua OKT-OKT

ke atas SP-13 amat tidak bertimbang rasa lagi kejam. Mereka berterusan

memukul, menyepak dan merejam SP-13 dengan batu dari jam 2.00 pagi

hingga 5.00 pagi dan pada akhirnya menerajang SP-13 masuk ke dalam

Page 44: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

44

manhole untuk dibiarkan mati. Nyata OKT-OKT sememangnya

mempunyai niat untuk membunuh SP-13. Cuma nasib yang menyebelahi

SP-13. Hakim bicara yang bijaksana gagal untuk mengambilkira isu

pemberatan ini.

BERTARIKH: 28hb. April 2017

( AHMADI HAJI ASNAWI )

Hakim

Mahkamah Rayuan Malaysia

Page 45: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · di hadapan mereka. Melihat kelibat OKT-9, SP-13 menjadi takut lalu mengajak SP-12 melarikan diri. Si mati pula telah menghampiri

45

Bagi Pihak Perayu:

Tengku Intan Suraya bt. Tengku Ismail

Timbalan Pendakwaraya

Jabatan Peguam Negara

Bagi Pihak Responden-Responden:

i. Mr. Rajehgopal untuk Responden 1, 3, 6, 7 dan 8

T/N Ramavelu & Assoc.

ii. Mohd. Rafique untuk Responden 2 dan 9

T/N Law Practice of Rafique

iii. Sundarajan & V. Ravindran untuk Responden 4

T/N: Sundarajah & Assoc.

iv. K.A. Ramu untuk Responden 5

T/N: K.A Ramu Vasanthi & Assoc.