6
DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia 21 PENGENALAN K epimpinan merupakan satu aspek penting yang sering dikaitkan dengan kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi. Ini memandangkan kepimpinan merupakan tulang belakang kepada pembentukan semangat berpasukan yang utuh di dalam sesebuah organisasi yang membawa kepada kejayaan pelaksanaan dasar dan juga sasaran yang telah ditetapkan. Walaupun kepimpinan merupakan perkara yang amat subjektif, namun secara umumnya kepimpinan yang diterima merupakan di kalangan pemimpin yang menunjukkan ciri-ciri peribadi yang dihormati dan disukai (Ainon Mohd, 2003). Perbincangan di dalam Dialog Meja Bulat Bernama berkenaan Rancangan Malaysia Kesembilan turut menyatakan bahawa konsep kepimpinan yang terbaik memerlukan pemimpin untuk mengaplikasikan konsep motivasi apabila berdepan dengan orang bawahan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan satu suasana kerja yang paling kondusif dalam kalangan orang bawahan yang membolehkan mereka melakukan sesuatu tugas secara sukarela yang membawa kepada hasil yang lebih baik. Keberkesanan Kepimpinan Dalam Koperasi Pendekatan Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia, Badlisham Ghazali yang menyatakan bahawa proses pembentukan minda kelas pertama kepada orang bawahan oleh seseorang pemimpin bukan semata-mata memberitahu orang bawahan apa yang perlu dilakukan tetapi dengan cara menunjukkan kepada mereka bagaimana ianya dilakukan. Bak kata pepatah ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Mudahnya kepimpinan yang cemerlang secara tidak langsung akan membantu membentuk minda kelas pertama dalam kalangan pengikutnya. Tetapi untuk mendapatkan minda kelas pertama maka pemimpin perlulah mendedahkan para pengikutnya dengan latihan, memperkasakan lagi keupayaan individu di dalam organisasi dan mengubah minda daripada kaedah yang biasa kepada sesuatu yang baru. Di dalam konteks koperasi, kepimpinan yang berkesan dan cemerlang juga dituntut dalam membawa perubahan yang signifikan kepada sektor koperasi. Apabila kita merujuk kepada pemimpin koperasi bermaksud para barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan kepimpinan yang cemerlang dalam melahirkan koperasi yang disegani. Tidak dinafikan kejayaan Oleh | Frank Me-ol Abdullah MKM Cawangan Sarawak dimensi.jan.2012.indd 21 5/11/12 9:45 AM

Dalam Koperasi · kepimpinan yang cemerlang oleh pemimpin koperasi akan menjadi ikutan anggota-anggotanya. Ianya secara tidak langsung akan memastikan kualiti perkhidmatan dan pencapaian

Embed Size (px)

Citation preview

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

21

PENGENALAN

Kepimpinan merupakan satu aspek penting yang sering dikaitkan dengan kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi. Ini memandangkan kepimpinan merupakan

tulang belakang kepada pembentukan semangat berpasukan yang utuh di dalam sesebuah organisasi yang membawa kepada kejayaan pelaksanaan dasar dan juga sasaran yang telah ditetapkan. Walaupun kepimpinan merupakan perkara yang amat subjektif, namun secara umumnya kepimpinan yang diterima merupakan di kalangan pemimpin yang menunjukkan ciri-ciri peribadi yang dihormati dan disukai (Ainon Mohd, 2003). Perbincangan di dalam Dialog Meja Bulat Bernama berkenaan Rancangan Malaysia Kesembilan turut menyatakan bahawa konsep kepimpinan yang terbaik memerlukan pemimpin untuk mengaplikasikan konsep motivasi apabila berdepan dengan orang bawahan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan satu suasana kerja yang paling kondusif dalam kalangan orang bawahan yang membolehkan mereka melakukan sesuatu tugas secara sukarela yang membawa kepada hasil yang lebih baik.

Keberkesanan Kepimpinan Dalam Koperasi

Pendekatan

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia, Badlisham Ghazali yang menyatakan bahawa proses pembentukan minda kelas pertama kepada orang bawahan oleh seseorang pemimpin bukan semata-mata memberitahu orang bawahan apa yang perlu dilakukan tetapi dengan cara menunjukkan kepada mereka bagaimana ianya dilakukan. Bak kata pepatah ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Mudahnya kepimpinan yang cemerlang secara tidak langsung akan membantu membentuk minda kelas pertama dalam kalangan pengikutnya. Tetapi untuk men dapatkan minda kelas pertama maka pemimpin perlulah mendedahkan para

pengikutnya dengan latihan, memperkasakan lagi keupayaan individu di dalam organisasi dan mengubah minda daripada kaedah yang biasa kepada sesuatu yang baru.

Di dalam konteks koperasi, kepimpinan yang berkesan dan cemerlang juga dituntut dalam membawa perubahan yang signifikan kepada sektor koperasi. Apabila kita merujuk kepada pemimpin koperasi bermaksud para barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan kepimpinan yang cemerlang dalam melahirkan koperasi yang disegani. Tidak dinafikan kejayaan

Oleh | Frank Me-ol AbdullahMKM Cawangan Sarawak

dimensi.jan.2012.indd 21 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

22

Apa yang dapat disimpulkan daripada takrif tersebut adalah kepimpinan merupakan faktor penting dalam menentukan visi organisasi mampu tercapai. Ini bermaksud tugas kepimpinan akan melibatkan hubungan dengan pekerja, kuasa di kalangan ketua-ketua yang lain dan pengaruh yang ada untuk menguasai satu kumpulan yang dipegang. Ianya merupakan proses dua hala yang memerlukan usaha pemimpin dengan menggunakan kuasa yang ada untuk mempengaruhi pengikutnya untuk mencapai matlamat bersama. Ianya bukanlah sekadar tanggungjawab seorang pemimpin semata-mata bahkan memerlukan kerjasama daripada para pengikutnya. Penyataan ini disokong oleh Cooley (1902) dan Knickerbocker (1948) yang mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses kerja fokus secara berkumpulan. Bermaksud, keberkesanan kepimpinan mungkin sukar dicapai tanpa gandingan bersama di antara pemimpin dengan pengikutnya.

Perlu diingat bahawa kepimpinan yang berkesan merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah koperasi. Sifat kepimpinan yang cemerlang oleh pemimpin koperasi akan menjadi ikutan anggota-anggotanya. Ianya secara tidak langsung akan memastikan kualiti perkhidmatan dan pencapaian koperasi dapat dikekalkan. Ini dapat dilihat di dalam kes beberapa buah koperasi antaranya kajian kes oleh Hajjah Hayati dan Ngadi Robin (2010) mengenai koperasi Arya Hair Repair Women Co-operatives di Iran di mana faktor kepimpinan memainkan peranan penting di dalam kejayaan koperasi mereka. Antara lain pemimpinnya mempunyai visi yang jauh dalam membangunkan perniagaan koperasi selain mempunyai pengalaman yang luas di dalam perniagaan yang diceburi. Sifat ini digunakan untuk membangunkan koperasi mereka dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitarnya.

sesebuah koperasi kerap kali dikaitkan dengan sifat kepimpinan pemimpin koperasi berkenaan. Dato Mangsor Saad (2010) menyatakan kepimpinan bersama-sama dengan faktor seperti keanggotaan, kewangan dan pengurusan koperasi merupakan antara masalah dalaman utama yang menyelubungi sektor koperasi dewasa ini. Kepimpinan yang gagal secara tidak langsung akan membawa koperasi yang dipimpinnya ke arah kegagalan juga.

Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu merasmikan Hari Koperasi Negara 2003 menyatakan bahawa kepimpinan koperasi perlulah jujur, dinamik dan progresif serta berupaya membawa koperasi mereka dari takuk yang lama dan pemikiran zaman lalu, ke tahap yang lebih moden, lebih maju dan lebih cemerlang. Pemimpin-pemimpin koperasi juga perlu sedia mengamalkan kaedah-kaedah terbaik di dalam setiap aspek koperasi. Beliau turut menyeru agar kepimpinan koperasi sentiasa menepati kehendak dan cita rasa para anggota. Ini diukur berdasarkan kejayaan melaksanakan strategi yang dibentuk dan seterusnya membantu koperasi mencapai visi dan misi yang dirancang. Perkara tersebut secara tidak langsung mengaitkan kepimpinan dengan kebolehan mengurus di kalangan pemimpin koperasi. Ini turut disokong oleh Haim Hilman Abdullah (2009) yang menyatakan salah satu daripada empat komponen utama yang membentuk faktor pengurusan adalah kepimpinan.

Secara amnya, Bass & Stogdill (1990) me nyatakan terdapat banyak definisi yang diberikan ke atas kepimpinan meman dangkan setiap kajian yang dijalankan cuba untuk menjelaskan maksud ke-pimpinan dengan lebih terperinci. Menurut Sabri, Raida, Mohd Radzuan dan Ruhana (2004), kepimpinan secara amnya merujuk kepada proses mengarah dan mempengaruhi ahli-ahli yang melakukan aktiviti secara berkumpulan supaya mereka bermotivasi untuk berkelakuan ke arah kecemerlangan kerja bagi memenuhi dan menyampaikan matlamat firma. Koontz, O’Donnell dan Weihrich (1980) pula menyatakan kepimpinan merujuk kepada pengaruh; iaitu satu seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Pentingnya ciri kepimpinan dalam memastikan objektif penubuhan sesebuah organisasi tercapai turut disokong oleh Cattell (1951) dan Urwick (1953) yang turut menyatakan kepimpinan merupakan satu instrumen yang digunakan oleh para pemimpin dalam mencapai tujuan utama organisasi mereka.

Rajah 1: Perkaitan di antara Pemimpin, Kepimpinan dan Pengikut

Pemimpin

Kepimpinan

Pengikut

}

dimensi.jan.2012.indd 22 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

23

Selain daripada itu, sifat pemimpin yang sentiasa terbuka dan mampu menerima pandangan pekerja bawahannya menyebabkan hubungan baik di antara pemimpin dan pekerja dapat dibentuk. Ini secara tidak langsung memberi satu motivasi kepada pekerja koperasi berkenaan untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik dengan koperasi.

Namun sepertimana pepatah pernah mengatakan ‘langit tidak selalu cerah’, kepimpinan melibatkan faktor manusia yang membentuk sebahagian sistem sosial yang sering berubah akibat daripada pengaruh persekitarannya. Oleh itu, pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan dalam memastikan keberkesanan sifat kepimpinan di dalam sesebuah koperasi dapat dikekalkan dan ditingkatkan.

PENDEKATAN KEBERKESANAN KEPIMPINAN

Melahirkan pimpinan yang berkesan merupakan perkara yang amat subjektif dan melibatkan banyak faktor. Namun, pemimpin yang berkesan sering kali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan organisasi dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dalam masa yang sama, siri-siri latihan tertentu juga dipercayai mampu mewujudkan gaya-gaya kepimpinan yang bertimbang rasa, berkaliber dan sesuai mengikut keadaan di mana beliau berada. Walau bagaimanapun, Fiedler (1967) pernah menyatakan bahawa tidak mudah untuk melatih seseorang pemimpin sedia ada ataupun mengambil pemimpin baru berbanding menyusun sesuatu tugas. Terdapat perkara-perkara tertentu yang perlu dilaksanakan dalam memastikan seorang pemimpin yang benar-benar layak dapat diwujudkan.

Atas faktor tersebut, maka tiga pendekatan yang boleh digunakan bagi meningkatkan keberkesanan kepimpinan yang boleh diaplikasikan oleh sektor koperasi adalah latihan kepimpinan, penerapan nilai­nilai murni kepimpinan dan pengalaman dan pusingan kerja.

i. Latihan Kepimpinan

Sepertimana yang sedia maklum, kebanyakan pemimpin adalah terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Oleh itu, bagi bakal­bakal pemimpin dan juga pemimpin sedia ada, latihan-latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri, peningkatan keyakinan diri dan pembentukan jati diri amat penting dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan. Abdul Aziz Yusof (2004) menyatakan bahawa pemimpin merupakan orang yang perlu menunjuk dan menganjurkan pembaharuan dalam budaya sesebuah organisasi. Oleh itu, adalah perlu bagi pemimpin untuk sentiasa mendapat ilmu baru untuk disampaikan semula kepada kakitangan bawahan. Jika gelagat yang ditunjukkan oleh seseorang pemimpin membuktikan kesungguhan dalam membangunkan sesuatu budaya yang baru, maka subordinat dan pelanggan organisasi akan bersedia untuk bertindak selaras dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemimpin.

Dewasa ini, kaedah latihan kepimpinan sering digunakan oleh organisasi dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam organisasi mereka. Penekanan kepada pentingnya aspek latihan kepimpinan kepada para kakitangan mampu membentuk pekerja yang mempunyai jati diri yang tinggi dan berwawasan dalam membantu organisasi mereka mencapai matlamat. Ini selaras dengan konsep pem-bangunan modal insan di mana kakitangan di dalam sesebuah organisasi dikategorikan sebagai modal insan berbanding sumber manusia. Apabila seseorang itu dianggap sebagai modal insan, maka mereka hendaklah didedahkan kepada sesuatu yang baru agar pemikiran mereka lebih terbuka dan mampu menyumbang idea dan pendapat baru. Berbanding sumber manusia, seseorang hanya dianggap sebagai pekerja biasa dan melakukan pekerjaan rutin tanpa ada ruang untuk mengutarakan idea baru. Pendekatan latihan kepimpinan turut disokong

“Dato Mangsor Saad (2010) menyatakan kepimpinan bersama-sama dengan

faktor seperti keanggotaan, kewangan dan pengurusan koperasi merupakan antara

masalah dalaman utama yang menyelubungi sektor

koperasi dewasa ini.

dimensi.jan.2012.indd 23 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

24

oleh Ainon Mohd (2003) yang menyatakan bahawa kebanyakan tujuan, matlamat, tingkah laku dan ciri kepimpinan yang berkesan dapat dipertingkatkan melalui pendidikan, latihan dan pengalaman. Ini bermaksud, kepimpinan merupakan satu proses pembelajaran di mana melalui pendedahan kepada latihan kepimpinan, ianya secara tidak langsung akan membantu meningkat pemahaman seseorang berkenaan dengan sifat kepimpinan.

Antara lain, ianya memerlukan penglibatan setiap individu di dalam organisasi untuk mengikuti latihan dan kursus kepimpinan bagi memastikan individu terbabit dapat memahami peranan dan tanggungjawab mereka di dalam organisasi. Misalnya penglibatan di dalam kursus-kursus kepimpinan seperti Bengkel Asas Kepimpinan, Bengkel Membina Pemimpin Cemerlang, Kem Kemantapan Kepimpinan dan sebagainya. Melalui penglibatan di dalam latihan dan kursus sebegini diharap dapat memberi motivasi dalaman kepada individu tersebut dengan menerangkan betapa pentingnya peranan dan tugasan yang mereka lakukan dan faedahnya kepada organisasi dan masyarakat secara umum. Selain itu ianya turut membantu individu tersebut untuk memimpin diri dan rakan-rakan lain di dalam organisasi dalam melakukan perubahan di dalam situasi yang penuh dengan ketidakpastian. Di dalam sektor koperasi di Malaysia, satu garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mewajibkan semua ALK koperasi untuk mengikuti kursus tertentu telah ditetapkan sebagai sebahagian daripada latihan kepimpinan kepada barisan pemimpin koperasi. Hanya dengan kursus-kursus tersebut maka pemimpin koperasi mampu meningkatkan keberkesanan kepimpinan di dalam koperasi masing-masing.

Latihan kepimpinan juga secara tidak langsung memberi peluang kepada pemimpin sedia ada dan para pemimpin baru untuk lebih mengetahui keadaan semasa berkenaan dengan persekitaran mereka. Sebagai contoh, pemimpin zaman dahulu mungkin memerintah atau memimpin berdasarkan kepada kuasa autokratik iaitu dasar perintah secara paksaan. Namun, keadaan sangat berbeza pada masa sekarang di mana pemimpin perlu melihat kepada faktor-faktor seperti empati dan ganjaran dalam memastikan

subordinatnya akan mengikut arahan mereka. Pemimpin yang gagal mempelajari perkara tersebut berdepan kemungkinan tidak disukai oleh orang bawahannya.

ii. Penerapan Nilai-nilai Murni Kepimpinan

Pendekatan kedua yang boleh digunakan bagi membantu meningkatkan keberkesanan kepimpinan adalah melalui penerapan nilai­nilai murni kepimpinan. Dalam aspek ini, pemimpin perlu ada satu piawai dalam diri mereka untuk mengukur baik atau buruk tindakan yang bakal dilakukan, Perlu diingat bahawa kepimpinan sangat berkait rapat di antara emosi-emosi positif yang dikongsi di antara pemimpin dengan orang-orang yang dipimpinnya. Dalam erti kata lain orang-orang yang dipimpin ini bersetuju untuk dipengaruhi oleh pemimpin mereka kerana mereka menyukai, menghormati dan mengagumi sifat kepimpinan yang ada pada diri pemimpin itu. Untuk memiliki sifat kepimpinan yang disukai, dihormati dan dikagumi oleh orang lain maka seseorang pemimpin hendaklah sentiasa menerapkan nilai­nilai murni kepimpinan pada diri mereka. Sebahagian daripada nilai ini mungkin sudah wujud dalam diri sebahagian pemimpin namun masih ada pemimpin yang mungkin terkapai-kapai dalam mencari nilai murni yang terbaik sebagai seorang pemimpin.

Antara nilai-nilai murni kepimpinan yang mesti ada pada seseorang pemimpin adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat­menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan fizikal, kejujuran, kerajin- an, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Peng-amalan nilai-nilai murni ini secara tidak langsung akan mewujudkan keperibadian diri yang utuh di mana ianya akan membentuk sifat kepimpinan yang cemerlang. Sifat-sifat murni inilah yang akan menjadi teladan kepada pengikut-pengikut lain yang akan membantu pembentukan organisasi yang mantap. Bak pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ bermaksud sesebuah organisasi yang hendak meningkatkan keberkesanan dalam kepimpinan perlulah bermula dengan pengaplikasian perkara yang paling asas terlebih dahulu iaitu penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap individu. Nilai murni tersebut juga boleh

dimensi.jan.2012.indd 24 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

25

dijadikan sebagai penanda aras kepada setiap perlakuan individu di dalam organisasi sama ada seseorang tersebut layak menjadi seorang pemimpin yang cemerlang.

Pentingnya penerapan nilai-nilai murni di dalam proses kepimpinan amat jelas sehinggakan kajian yang dilakukan oleh Kousez dan Posner (1987) di 30 buah Negara menunjukkan kebanyakan orang mahukan pemimpin yang jujur, berwawasan, pencetus ilham dan berkemahiran memimpin. Jelas di sini bahawa nilai-nilai kepimpinan seperti kejujuran dan berwawasan amatlah di titik beratkan di dalam seseorang pemimpin. Ainon Mohd (2003) turut menyatakan bahawa kepimpinan yang berkesan hendaklah mempunyai nilai kejujuran dan integriti yang tinggi.

Block (1993) turut menyatakan bahawa pengurusan nilai murni pada seorang pemimpin merupakan suatu penyataan terhadap kemahuan seseorang untuk mencari kebermaknaan dan matlamat kehidupan dan kerohanian dalam diri mereka. Seseorang pemimpin merupakan orang yang bakal membuat keputusan dan mempunyai kesan yang amat meluas kepada mereka yang berada di bawahnya. Oleh itu salah satu cara mengukur keberkesanan seseorang pemimpin adalah sejauh mana dia mempunyai keupayaan membuat keputusan yang betul. Keputusan yang adil, jujur, saksama dan tepat amat bergantung kepada sejauh mana seseorang pemimpin menerapkan nilai­nilai murni dalam diri mereka. Oleh itu, pemimpin yang mampu

menerapkan nilai murni dalam diri mereka akan dapat melihat perkara yang terbaik dalam diri individu lain agar mampu membuat keputusan yang lebih adil.

Antara lain, penerapan nilai murni dalam kepimpinan akan memastikan tidak wujud politik pejabat yang kotor di antara pemimpin dengan pengikutnya. Pengikut yang sedar akan kuasa pada seorang pemimpin akan cuba mempengaruhi pemimpin dan memburukkan rakan-rakan pengikut yang lain. Namun, pemimpin yang waras dan mempunyai jati diri yang kukuh akan dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

iii. Pengalaman dan Pusingan Kerja

Pendekatan yang ketiga dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan pula ialah melalui pengalaman dan pusingan kerja. Ianya merujuk kepada penempatan seseorang individu ke bahagian atau pun unit-unit yang berlainan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada individu tersebut. Dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlulah terlebih dahulu melalui proses mendapatkan pengalaman yang cukup luas sebelum menjadi seorang pemimpin di dalam sesebuah organisasi. Pengalaman yang luas dalam setiap aspek tugas yang dijalankan akan membantu dalam meningkatkan kualiti dan mutu kerja selain lebih bertanggungjawab ke atas setiap perkara yang dilakukan. Individu yang berpengalaman ini boleh membimbing rakan-rakan lain yang masih baru selain mempunyai lebih banyak idea untuk dikongsi bagi tujuan penambahbaikan organisasi.

Untuk memperoleh pengalaman ini maka setiap individu di dalam organisasi terpaksa melalui sistem pusingan kerja. Kaedah ini secara tidak langsung melengkapkan pekerja dengan kemahiran pengurusan am dan berpeluang melihat hubungan bahagian-bahagian secara keseluruhannya selain menjawat jawatan yang lebih mencabar. Pendekatan ini terbukti lebih banyak menyumbang kepada peningkatan keberkesanan kepimpinan memandangkan individu yang telah mengikut sistem ini dan memperoleh pengalaman daripadanya akan mengetahui setiap selok-belok unit-unit

Antara nilai­nilai murni kepimpinan yang mesti ada pada seseorang pemimpin adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan fizikal, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.

dimensi.jan.2012.indd 25 5/11/12 9:45 AM

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

26

Rujukan

Ainon Mohd (2003), Kepimpinan Dan Motivasi, Pencetakan Utusan

Ainon Mohd (2003), Teori dan Teknik Kepimpinan; Panduan Aplikasi di Tempat Kerja, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Bernama (2006), Leaders Told Not To Balme Staff and Civil Servants.

Bernama (2010), Temubual Ekslusif dengan Dato Mangsor Saad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Bernard M. Bass & Ralph Melvin Stogdill (1990), Theory, Research & Managerial Applications, Free Press.

Cattell, R. B. (1951). New Concepts for Measuring Leadership In Terms of Group Syntality. Human Relations, 4, pp 161-184.

C.H Cooley (1902), Human Nature and the Social Order, New York: Charles Scribner's Sons.

Fiedler, F.E. (1967) A Theory of Leadership Effectiveness, New York: McGraw-Hill.

Harold Koontz, Cyril O’Donnell & Heinz Weihrich (1980), Management, Mc Graw Hill.

Irving Knickerbocker (1948), Leadership: A Conception and Some Implications Vol 4 pp 23-40.

Jim Kouzes & Barry Posner (1987), The Leadership Challenge, Jossey-Bass, San Fransico.

Lance Secretan (2004) Inspire! What Great Leaders Do, John wiley & Sons Inc.

Lyndall, Urwick., 1953. Leadership and Moral, Ohio. University Press.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Teks Ucapan Perasmian Hari Koperasi Negara 2003.

yang pernah dianggotainya dan tidak mudah diperdaya oleh pengikut-pengikutnya yang lain. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan orang yang diberi kepercayaan untuk memimpin dan menambahbaikkan keadaan semasa sesebuah organisasi adalah di kalangan mereka yang telah mempunyai pengalaman dan pernah berkhidmat di unit-unit yang berlainan.

Sepertimana pepatah pernah mengatakan ‘Bimbing dan motivasikanlah orang lain dan bukannya menguruskan orang lain. Kerana hanya inventori sahaja yang dapat diurus manakala manusia perlu dibimbing’. Pemimpin yang berkesan perlu mendedahkan subordinatnya dengan pengalaman yang luas. Dalam tempoh jangka masa panjang, pengalaman yang diperoleh akan memastikan mereka juga mendapat pengalaman yang sepatutnya dan tidak wujud perasaan syak wasangka atau ragu-ragu berkenaan kemampuannya. Tugas pemimpin hanya perlu membimbing sekiranya

mereka mempunyai sebarang permasalahan dan bukannya bersama dengan orang bawahan mereka setiap masa.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan ialah kepimpinan merupakan sesuatu yang kompleks dan menuntut seseorang pemimpin supaya lebih tabah dan sentiasa memperbaiki dirinya sebagai bekalan untuk membawa para pengikutnya ke arah yang lebih baik. Perlu diingat bahawa di dalam konteks koperasi, setiap pengikut adalah anggota yang juga merupakan pemilik koperasi. Penerapan pendekatan yang telah dibincangkan diharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan kepimpinan di dalam sesebuah koperasi di mana setiap pendekatan ini merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan. Selain itu, ianya juga diharap dapat memantapkan lagi sifat kepimpinan dalam pemimpin yang seterusnya akan memperbaiki perjalanan koperasi dalam memastikan objektifnya mampu dicapai.

dimensi.jan.2012.indd 26 5/11/12 9:45 AM