21
Dadah Musuh Negara Dadah, Kau datang mengaku kawan Konon membantu meringan beban Tetapi, wahai teman Kau sebenarnya musuh Musuh nombor 1 negara kau buat mereka alpa kau buat anak bangsa rebah kau musuh negara ! Tatkala negara membangun kau meratah belia negara punah, musnah, lemah kerana kau… dadah durjana Ectacy, Heroin , Ganja Pelbagai nama dan rupa namun aku bersumpah kau akan musnah Teman, Marilah kita bangkit bersama Perangi Dadah Musuh Negara

Dadah Musuh Negara

  • Upload
    6tahun

  • View
    521

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SESUAI UNTUK BUKU SKRAP

Citation preview

Page 1: Dadah Musuh Negara

Dadah Musuh Negara

Dadah,

Kau datang mengaku kawan

Konon membantu meringan beban

Tetapi, wahai teman

Kau sebenarnya musuh

Musuh nombor 1 negara

kau buat mereka alpa

kau buat anak bangsa rebah

kau musuh negara !

Tatkala negara membangun

kau meratah belia negara

punah, musnah, lemah

kerana kau… dadah durjana

Ectacy, Heroin , Ganja

Pelbagai nama dan rupa

namun aku bersumpah

kau akan musnah

Teman,

Marilah kita bangkit bersama

Perangi Dadah Musuh Negara

Nukilan,

INTAN NUR ATHIRAH DAUD @ MAZINUYA

Page 2: Dadah Musuh Negara

Pengenalan Dadah

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

Page 3: Dadah Musuh Negara

DEFINISI  DADAH

Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’

Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istillah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadahboleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.

Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Page 4: Dadah Musuh Negara

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)

2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)

3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)

4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)

5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)

JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI

1.      Morfin

Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

Page 5: Dadah Musuh Negara

2.      Ganja

Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

3.      Kokain

Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di

Page 6: Dadah Musuh Negara

pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si penagih dadah.  Di antaranya ialah:-

Page 7: Dadah Musuh Negara

1. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya

kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat

makanan yang diperlukan.

Page 8: Dadah Musuh Negara

2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-

bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa

menghina mereka

3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat

dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap

untuk melindunginya.

4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di

bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum

suntikan)

5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat

sangat.

6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi

atau gelap.

7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana

dipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.

8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan

dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.

9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan

akal dan kawalan diri.

Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang

adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa

faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara

penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI PENYALAH GUNAAN

DADAH

Page 9: Dadah Musuh Negara

Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan

penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di

hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

1.      Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal

ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan

sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah

dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi

penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah

Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a)

Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20

tahun penjara dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima pula adalah 30

tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi daripada 50 gram akan

dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan

dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah

Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau

$20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

2.      Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari

penyalahgunaan dadah.

Page 10: Dadah Musuh Negara

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam

usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu

mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh,

mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan

sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan

serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang

bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan

boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi

dan sebagainya.

3.      Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan

kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama

membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa

terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan

pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam

melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu

mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka.

Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

4.      Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang

bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari

berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan

Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali

sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran

Page 11: Dadah Musuh Negara

mental serta tingkah laku  mereka kepada jalan yang benar serta di

redhai Allah.

 

PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH

Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan

dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah:

1.      Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa

Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar

kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari

nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas

yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang

sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan

mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana

kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan,

Page 12: Dadah Musuh Negara

kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan

najis dadah.

2.      Pengaruh Rakan Sebaya

Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama

dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai

haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya

rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan

dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan

sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan

menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap

rasional pada setiap masa.

3.      Tekanan / Depressi

Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di

sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka

mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu

tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah,

mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen,

muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi

kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang

tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh

mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana

kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa

pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh

mereka dalam sekelip mata sahaja.

Page 13: Dadah Musuh Negara

4.      Kurang Pendidikan Ugama

Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah

adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku

kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka.

Tambahan lagi,  dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan

gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.

Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati

melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan

agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari

perbuatan yang di anggap hina.

5.      Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik

Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media

elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat

memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah

mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua

media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja

hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja

bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau

salah.

KESAN DADAH KE ATAS MANUSIA

Page 14: Dadah Musuh Negara
Page 15: Dadah Musuh Negara
Page 16: Dadah Musuh Negara

JENIS-JENIS DADAH

Page 17: Dadah Musuh Negara

PIL KUDA