11
CTU263 9/5/2013 Maruwiah Ahmat 1 1 Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan nilai dan etika komunikasi serta halangannya. KANDUNGAN 4. Komunikasi dalam Pengurusan Islam 4.1 Definisi Komunikasi 4.2 Fungsi Komunikasi 4.3 Metod Komunikasi menurut Al-Quran 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 4.5 Halangan dalam Komunikasi 3 Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu,….” (Ali Imran ayat 159) Rasullullah SAW adalah komunikator yang hebat, setiap pesan yang baginda sampaikan pasti berkesan di hati para sahabat, bahkan di hati kaum kafir yang memusuhinya. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 4 Dari firman Allah SWT tersebut, betapa besar kesannya komunikasi dalam hidup manusia sebagai mahluk sosial. Menurut pakar komunikasi, 70% dalam 24 jam, waktu manusia diisi dengan komunikasi. Begitu banyaknya waktu yang kita habiskan dalam komunikasi. Salah komunikasi atau misscommunication akan mengakibatkan salah tanggapan. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 5 Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang sangat baik dengan jiran tetangganya.” Banyak lagi hadis-hadis yang menyuruh kita untuk mencintai saudara kita sesama muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri. Semua ini membuktikan betapa kita harus mampu berkomunikasi dengan nilai-nilai Islam, hingga lidah kita tidak sampai menyakiti orang lain, bahkan sebaliknya setiap kata yang diucapkan dapat menyejukkan hati. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 6 Allah SWT berfirman, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu sekalian dari seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu sekalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu sekalian di sisi Allah adalah yang paling takwa di antara kamu”. (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

  • Upload
    docong

  • View
    250

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 1

1

Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN

PENGENALAN 2

HASIL PEMBELAJARAN

• Menghuraikan nilai dan etika komunikasi serta halangannya.

KANDUNGAN

4. Komunikasi dalam

Pengurusan Islam

4.1 Definisi Komunikasi

4.2 Fungsi Komunikasi

4.3 Metod Komunikasi

menurut Al-Quran

4.4 Nilai dan Etika

Komunikasi

4.5 Halangan dalam

Komunikasi

3

Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah

engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap

mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati

kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari

sekitarmu,….” (Ali Imran ayat 159)

Rasullullah SAW adalah komunikator yang hebat,

setiap pesan yang baginda sampaikan pasti

berkesan di hati para sahabat, bahkan di hati

kaum kafir yang memusuhinya.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 4

Dari firman Allah SWT tersebut, betapa besar

kesannya komunikasi dalam hidup manusia sebagai

mahluk sosial.

Menurut pakar komunikasi, 70% dalam 24 jam,

waktu manusia diisi dengan komunikasi. Begitu

banyaknya waktu yang kita habiskan dalam

komunikasi. Salah komunikasi atau

misscommunication akan mengakibatkan salah

tanggapan.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

5

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang sangat baik dengan jiran tetangganya.”

Banyak lagi hadis-hadis yang menyuruh kita untuk mencintai saudara kita sesama muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri.

Semua ini membuktikan betapa kita harus mampu berkomunikasi dengan nilai-nilai Islam, hingga lidah kita tidak sampai menyakiti orang lain, bahkan sebaliknya setiap kata yang diucapkan dapat menyejukkan hati.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 6

Allah SWT berfirman, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu sekalian dari seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu sekalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu sekalian di sisi Allah adalah yang paling takwa di antara kamu”. (Al Hujurat: 13)

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Page 2: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 2

7

Dari ayat ini, Allah SWT menyuruh kita untuk saling

mengenal, mestipun berbeza suku, berbeza

bangsa, berbeza budaya, berbeza warna kulit,

sebagai manusia kita harus menjalin komunikasi

yang baik.

Selanjutnya Allah SWT juga menegaskan yang

paling mulia di sisi Allah adalah manusia yang

paling bertakwa kepada Allah SWT.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 8

Allah SWT berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan yang maha penyayang itu adalah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Al-Furqan: 63)

Rendah hati (tawaduk) dan mengucapkan kata-kata yang baik (qaulan salamah). Rendah hati adalah sifat yang sangat mulia, orang yang tawaduk akan tercermin dari sifat dan tingkah lakunya.

Dalam pergaulan orang yang tawaduk pasti disenangi, bila berkata sewajarnya, kepada yang lebih tua kita menghormati, kepada yang lebih muda kita sayangi. Orang seperti ini bila ditakdirkan jadi pemimpin, ia akan tampil sebagai pemimpin yang amanah.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

9

Aplikasi Komunikasi dalam Pengurusan Islam:

• Berbicara dengan bahasa yang lemah lembut

(qawlan maysuran)

• Menggunakan perkataan yang baik

• Berhikmah/bijaksana

• Menyesuaikan bahasa dan isi dengan tahap

penerimaan akal pendengar

• Berbahas dengan cara yang baik

• Menyebut perkara penting berulang kali

• Melaksanakan apa yang diperkatakan

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

10

Bercakap benar

Bijaksana

Jujur Amanah

Sabar

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 11

Nilai Utama Dalam Komunikasi Islam

1. Benar

Setiap amalan, perbuatan serta percakapan mestilah

sentiasa benar dan tidak menyalahi tuntutan agama dan

fitrah manusia. Siddiq atau benar dalam perkataan juga

satu kewajipan agama yang perlu serta wajib dilaksanakan

oleh setiap individu. Sikap benar dalam komunikasi juga

membenarkan manusia sentiasa sanggup menerima teguran

dan nasihat.

Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba

mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang

mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api neraka.

2. Amanah

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-

tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila

bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia

memungkiri dan apabila diberi amanah dia

mengkhianatinya.

12

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Page 3: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 3

13

3. Bijaksana

Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan

katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala

perkara) (Al-Ahzab: 70).

4. Jujur

Sabda Nabi SAW: Seseorang hamba tidak akan sempurna

imannya sehingga meninggalkan dusta ketika bergurau

(Riwayat Ahmad).

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 14

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

5. Sabar

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

6. Bercakap dengan lemah lembut

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut.”

15

7. Menggunakan

perkataan yang baik-baik

Firman Allah SWT yang

bermaksud: “Dan katakanlah

kepada hamba-hamba-Ku

(yang beriman) supaya

mereka berkata dengan

kata-kata yang amat baik..”

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Aku ada hal ni, mak ayah,

lain kalilah aku pergi

rumah nenek…!!!

16

8. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan

tahap kecerdasan akal dan pandangan.

Rasulullah SAW bersabda: “Berbicarakan kepada manusia

menurut akal (kecerdasan) mereka masing-masing.”

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

17

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Aku dah kata, kau mesti

bawak sebelum pukul 8.

Ni kira dah mungkir janji.

Kerja sempoi pun tak

boleh buat. Aku tak nak

terima lagi.

Bukan salah aku

kalau jalan jem,

kau ni dah

melampau,

langsung takde

tolak ansur!!

9. Berbahas dengan cara yang lebih baik.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “… dan berbahaslah dengan

mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik….”

18

10. Menggunakan bahasa yang betul dan mudah

difahami.

Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar

belakang mengenai penerima maklumat yang hendak

disampaikannya. Dalam erti kata lain, penutur perlu tahu

tahap penerima

maklumat sama ada

tahap sekolah,

mahasiswa mahupun

orang tua.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Page 4: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 4

19

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

11. Menyebut perkara yang penting berulang kali.

Ini bersandarkan kepada amalan Rasulullah SAW.

Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata

baginda mengulangi 3 kali sehingga kata-katanya

difahami.

11. Mengotakan apa yang dikatakan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang

yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa

yang kamu tidak melakukannya?”

20

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Aku tau kau yang curi

henset aku!!

Sebelum kau tuduh-

tuduh aku baik kau

siasat dulu, kau ingat

aku takde henset!!

21

Thinking (Fikir)

Listening (Dengar)

Speaking (Tutur)

Non-verbal (Bukan

percaka-pan)

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Empat

Kemahiran

Berkomunikasi

22

Bagaimana komunikasi dikaitkan dengan budaya?

Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu dan kelompok.

Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya objektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti.

Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, kepercayaan dan nilai amalan.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

23

pengetahuan,

kepercayaan,

seni,

moral, hukum,

adat istiadat

kebiasaan

Budaya adalah

merangkumi

aspek:

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

24

Budaya objektif

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Page 5: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 5

25

Budaya subjektif

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

26

Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu budaya menpengaruhi cara kita berkomunikasi. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang muncul semula jadi, dijaga dan diubah suai. Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.

27

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Dang ada!

Bla … bla…

bla…

28

Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah kandungan tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan dan persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia.

Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting. Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi. Contohnya nilai bekerjasama umpamanya ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Nilai menjaga harmoni umpamanya ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

29

Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal.

Contoh komunikasi verbal ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan status dan pertalian antara sumber dan penerima. Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long dan sebagainya.

Orang Asia lebih menjaga kedudukan hieraki, air muka orang lain dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang.

Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan warna kuning oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan sebagainya.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

30

Dapur rumah wak tu kosong

saja….

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Laa…. Belilah perabot, wak…

Page 6: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 6

31

Komunikasi berkonteks rendah diamalkan oleh

masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia fokus

kepada apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi

adalah jelas, tepat dan terus terang.

Mereka memaksudkan apa yang dikatkan dan

menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya

tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan

tidak.

Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks

rendah ialah Amerika Syarikat, Australia dan German.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

32

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang

timbal balik. Budaya terdiri daripada sebahagian

perilaku kita dan komunikasi akan menentukan,

memelihara, mengembangkan dan mewariskan

budaya kita. Culture is communication, communication

is culture.

Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah dua

hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka,

sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

33

Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada

budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan

serta norma.

Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur

dengan orang yang tidak dikenali.

Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan

orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara

teguran mengambarkan budaya antara mereka

berbeza.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

34

Halangan sikap

pengantar

Halangan sikap

penerima

Halangan bahasa

Halangan persekitaran

4.5 Halangan dalam Komunikasi

35

Tidak dapat dinafikan, halangan dalam komunikasi

tetap ada.

Halangan-halangan inilah yang menyebabkan

penerima maklumat tidak dapat menganalisis

maklumat dengan baik dan pemberi maklumat

tidak dapat menyampaikan dengan baik.

Halangan komunikasi juga menyebabkan penerima

tidak mendapat kesan dari hasil penyampainnya.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

36

1. Halangan Sikap Pengantar

Sikap pengantar adalah penting ketika berinteraksi

atau berkomunikasi. Penghantar yang bersikap

negatif akan menghalang kelancaran proses

komunikasi dan memberi kesan kepada penerima

mesej.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Andaian Bersikap angkuh

Tidak ambil peduli

Kawalan Bebanan Emosi

Page 7: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 7

37

ANDAIAN

Dalam setiap urusan, kita sukar untuk melepaskan diri daripada

andaian. Manusia selalu menganggap mereka tahu tentang

seseorang sehinggakan mereka cuba membuat keputusan bagi

pihak orang lain.

Semakin sedikit andaian yang dibuat, semakin sedikit kemungkinan

berlakunya salah faham.

Sebolehnya, cuba dapatkan kepastian daripada individu ataupun

pihak yang berkenaan bagi memahami setiap perkara. Namun,

ada kalanya seseorang itu lebih memilih untuk membuat andaian

sendiri dan mempercayai andaiannya.

Tindakan ini mungkin diambil apabila seseorang itu tidak bersedia

untuk mengetahui kebenaran yang mungkin menyakitkan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

38

SIKAP ANGKUH

Biasanya sikap angkuh ini dimiliki oleh orang atau pemimpin

yang merasakan dirinya lebih tinggi berbanding orang lain.

Orang yang memiliki sikap ini tidak memandang penting untuk

mengambil tahu berkaitan orang lain. Mereka jarang

mendapatkan pandangan orang lain terhadap diri mereka dan

apa yang mereka lakukan.

Sikap seperti ini perlu dikikis sekiranya kita ingin menjadi orang

yang cemerlang dalam berkomunikasi dan juga kerja.

Pandangan orang lain sangat penting bagi kita memperbaiki

kelemahan diri, menambah baik idea yang ada dan merangka

tindakan yang berkesan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

39

TIDAK AMBIL PEDULI

Sikap seperti tidak sepatutnya ada dalam berkomunikasi.

Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi dua hala. Maka,

semua pihak yang terlibat dalam komunikasi tersebut perlu saling

memahami.

Apabila wujud persefahaman, fikiran, perasaan serta situasi

setiap individu perlu diberi perhatian. Biasanya sikap tidak ambil

peduli dimiliki oleh orang atau pemimpin yang mementingkan diri

sendiri dan apa yang ada di dalam fikirannya.

Mereka tidak pedulikan orang lain melainkan perkara itu

mendatangkan faedah kepada diri mereka sendiri. Sikap seperti

ini juga perlu dikikis daripada diri kita.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

40

Bila nak abis

ni?

4.5 Halangan dalam Komunikasi

41

KAWALAN

Kita tidak boleh menyembunyikan diri, tidak mahu orang tahu

atau faham diri kita. Ini adalah konsep yang salah dalam

perhubungan. Orang di sekeliling sukar untuk memahami kita.

Hasilnya, komunikasi tidak mencapai matlamat yang

diharapkan. Malah perhubungan yang rapat juga sukar dibina.

Orang yang berpegang kepada kawalan terhadap diri sendiri

ini mempunyai egonya tinggi.

Orang yang bijak menjadikan orang lain bergantung

kepadanya, tetapi dia tidak bergantung kepada orang lain.

Adalah bagus jika kita menganggap diri kita kurang penting

berbanding orang lain. Ini menjadikan kita sentiasa bertindak

matang dan suka melakukan kebaikan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

42

BEBANAN

Halangan bebanan berlaku apabila seseorang yang telah pun

mengetahui mengenai maklumat tersebut, diberitahu lagi

mengenai perkara yang sama.

Perkara ini akan membuatkan penerima maklumat berasa

bosan kerana dia sudah tahu mengenai makumat yang

disampaikan.

Disebabkan itulah, penerima akan memberi perhatian kepada

kerja lain kerana dia mendapat maklumat yang sama

berulang kali dan tidak mendapat informasi yang baharu.

4.3 Metod Komunikasi Islam

Page 8: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 8

43

4.5 Halangan dalam Komunikasi

EMOSI

Selain itu, sikap dan emosi seseorang individu

mempengaruhi proses komunikasi.

Seseorang yang murung dan bersifat negatif

tidak dapat menyampaikan mesej yang baik

kepada orang lain.

Sebaliknya individu yang ceria dan cergas mampu

memberi pengucapan yang baik dan

mempengaruhi orang sekelilingnya untuk menjalani

hidup dengan ceria, aktif dan bersikap positif.

44

4.5 Halangan dalam Komunikasi

2. Halangan Sikap Penerima

penerima yang mempunyai sikap

dan persepsi yang negatif

terhadap penghantar dan

mesej/maklumat yang dihantar

akan menjejaskan keberkesanan

komunikasi.

45

Status Status adalah tahap seseorang dalam sesuatu kumpulan. Status yang berbeza boleh menyebabkan komunikasi kurang berkesan kerana: • Pengurus berkuasa dan hanya memilih apa yang ia suka dengar. • Pengurus boleh mempengaruhi pekerja untuk menyatakan sesuatu yang ia suka dengar. • Penyalahgunaan maklumat oleh pengurus untuk mencapai cita-citanya. • Pengurus mungkin memikirkan maklumatnya jelas dan berkesan sedangkan hakikatnya adalah berbeza.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

46

Struktur Organisasi Semakin jauh jarak tahap jawatan antara penghantar dan penerima mesej, maka semakin susah untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kepakaran yang berbeza Penghantar dan penerima mesej yang mempunyai kepakaran yang berbeza mungkin menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan berkesan. Objektif yang berbeza Objektif yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej akan menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

47

3. Halangan Bahasa

penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar

belakang, status, budaya, pemahaman, tahap

pendidikan penerima mesej serta sebutan kurang jelas

akan menjadi satu halangan komunikasi berkesan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Pemesongan Maklumat Tidak jelas

Semantik

48

PEMESONGAN

Halangan pemesongan terjadi apabila bahasa yang digunakan oleh penyampai susah dan tidak difahami oleh penerima maklumat.

Perkara ini merumitkan proses penerimaan maklumat dan kesan yang lebih buruk lagi, penerima tidak dapat memahami perkara yang disampaikan kepada mereka.

Selain itu, penerima maklumat akan membuat penilaian terhadap penutur.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Page 9: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 9

49

MAKLUMAT KURANG JELAS DAN TEPAT

maklumat yang kurang jelas dan tidak tepat akan menjejaskan

pemahaman serta mengelirukan penerima. Contohnya, dalam

penghantaran mesej melalui sistem pesanan ringkas.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

50

SEMANTIK

Semantik ialah cara perkataan digunakan dan makna yang

dimaksudkan. Kadang-kala semantik menimbulkan masalah

dalam komunikasi. Ada satu perkataan tetapi mempunyai makna

yang berbeza.

Contohnya:

Orang Semenanjung: Belon bermakna belon getah berisi udara

Orang Sarawak: Belon bermakna kapal terbang.

Kedah ‘gerek’ membawa maksud basikal namun di Sarawak

‘gerek’ membawa maksud teman lelaki atau teman wanita.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

51

4. Halangan Persekitaran

Komunikasi boleh terhalang sekiranya

keadaan persekitaran tidak sesuai atau

tidak tenang seperti bunyi bising, panas,

jarak, keadaan fizikal yang tidak selesa

atau selamat dan suasana yang tegang.

Keadaan ini mampu mengganggu konsentrasi seorang

pendengar. Keadaan yang sesak dan hingar bingar juga

akan menjadikan penerima mesej hilang tumpuan.

Selain itu, penerima mesej mungkin akan tersalah mentafsir mesej

yang disampaikan kepada mereka kerana mereka tidak

memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengucapan yang

diberikan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

52

CARA-CARA MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI

a. Pengaliran maklumat yang ditapis - Hanya maklumat yang

terpenting perlu disampaikan. Maklumat yang tidak penting boleh

diabaikan.

b. Galakkan maklum balas - Pastikan setiap maklumat yang

disampaikan dapat difahami. Maklum balas boleh didapati

dalam bentuk lisan dan bukan lisan.

c. Maklumat yang jelas dan mudah - Gunakan bahasa yang mudah

dan senang difahami oleh pendengar.

d. Mendengar secara aktif - Jadilah pendengar yang baik dengan

memberi sepenuh perhatian

e. Elakkan terlalu emosional - Dalam proses komunikasi elakkan dari

terlalu sentimental. Lebih bersikap rasional. Gunakan bahasa

badan atau isyarat.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

53

Ciri-ciri Komunikasi Berkesan

Komunikasi yang berkesan merupakan komunikasi

yang mencapai matlamatnya. Apabila tercapai

matlamat maka selesailah tugas si penutur kepada si

pendengar. Terdapat beberapa ciri yang perlu

dipatuhi sebelum sesebuah komunikasi boleh

dianggap sebagai berkesan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

54

PERSONALITI

Penutur perlulah mempunyai kemahiran berucap atau

berpenampilan menarik untuk menarik perhatian pendengar.

Kelebihan ini akan membuatkan pendengar mahu menerima

apa yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut.

Dengan ini, kerja penutur untuk menarik para pendengar akan

menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, seorang penceramah

motivasi pelajar sekolah perlulah mempunyai perwatakan yang

santai dan pandai memancing perhatian

pelajar sekolah. Penceramah motivasi

tersebut tentunya mendapat sambutan

jika dia berjaya menambat hati para pelajar

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Page 10: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 10

55

MENDENGAR DENGAN AKTIF

Penerima maklumat hendaklah mendengar dengan teliti dan

menjadi pendegar yang aktif.

Jika seseorang individu menjadi pendengar yang teliti, dia akan

memahami apa yang disampaikan oleh penutur.

Dengan ini dia akan menjadi pendengar yang aktif dan boleh

melontarkan soalan mahupun pandangannya terhadap topik yang

dikemukakan oleh penutur.

Dengan mendengar dengan aktif, penerima maklumat dapat

mencerna informasi dengan betul dan tiada salah tafsiran berlaku.

Tindak balas positif akan berlaku jika penerima mesej faham isi

kandungan mesej dan memberi komen yang baik.

Namun tindak balas negatif akan berlaku jika pendengar buat

tidak endah dengan penyampaian isi maklumat.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

56

BAHASA BADAN

Bahasa badan penutur mampu mempengaruhi sesebuah komunikasi kerana dengan menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan yang sederhana, seorang penutur akan kelihatan lebih berkeyakinan ketika berucap.

Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif.

Jadi, seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik.

Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang penting.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

57

4.5 Halangan dalam Komunikasi

BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI

Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai penerima maklumat yang hendak disampaikannya.

Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut umur, para penerima maklumat dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh penutur.

Dengan ini, komunikasi yang berkesan akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara pengirim dan penerima mesej.

58

KEJELASAN MAKLUMAT

Penutur haruslah menerangkan maklumat dengan jelas supaya penerima maklumat dapat mencerna maklumat dengan baik. Dengan ini, matlamat penutur akan tercapai untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan mampu memberi pengaruh kepada penerima maklumat tersebut.

Salah satu fungsi komunikasi adalah mengubah tingkah laku penerima menerusi perubahan sikap, nilai dan cara berfikir.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Apa yang kamu buat

ni, Sukumaru?

Ajar kucing ini

memahami bahasa

kita.

59

PANDUAN UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN

a. Menjelaskan idea sebelum berkomunikasi.

Analisa masalah dan perjelaskan dalam fikiran anda sebelum

menghantar maklumat. Rancanglah maklumat yang hendak

dihantar. Perancangan yang yang baik ialah dengan mengambil

kira objektif dan sikap penerima.

b. Periksa tujuan sebenar komunikasi

Sebelum anda menghantar maklumat, tanyalah diri anda apa

sebenarnya yang anda hendak sampaikan. Putuskan samaada

ingin mendapat maklumat, membuat keputusan, mendesak orang

lain untuk mengambil tindakan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

60

c. Pilih tempat yang sesuai untuk berkomunikasi

Pastikan tempat itu selesa dan jauh daripada ganguan

orang lain.

d. Minta pendapat orang lain

Ada masanya orang yang lain dapat memberi cadangan

yang mana anda sendiri tidak terfikir.

e. Berhati-hati tentang bahasa badan

Nada suara, memek muka, sahsiah anda serta keadaan

sekeliling boleh mempengaruhi pendengar.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Page 11: CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · (Al Hujurat: 13) 4.4 Nilai dan Etika ... 10 Bercakap benar ... Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia

CTU263 9/5/2013

Maruwiah Ahmat 11

61

f. Bantu pendengar tersebut

Apabila berkomunikasi, ambil kira tentang minat dan

keperluan pendengar. Dengan ini maklumat yang

disampaikan akan menjadi lebih jelas. Komunikasi yang

bekesan boleh berlaku jika pengucap berusaha untuk melihat

sesuatu maklumat itu dari segi pandangan pendengar.

g. Dapatkan maklum balas tentang maklumat yang

disampaikan

Ini bertujuan untuk mengetahui samaada maklumat boleh

difahami atau tidak.

Pastikan apa yang anda tuturkan dipraktikkan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi