Ctu Report

  • View
    1.107

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Ctu Report

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA HUBUNGAN ETNIK PERANAN NGO DALAM INTEGRASI MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)Disediakan oleh:AHMAD FAHMI BIN MOHD ISA AHMAD ZARIQ IKHWAN BIN ABDUL HALIM AINUL HAFZAN BIN AINUDDIN MOHAMAD AZFAR BIN ABU BAKAR MOHD HELMI BIN MOHAMMAD MESWAN MOHD SYAFIQ BIN MOKHTAR MUHAMMAD HELMY BIN ABU BAKAR MUHAMMAD SYAHRUL NIZAM BIN SAMSUDIN NABIL AZRI BIN ZAINOL RASHID 2010690544 2010267958 2010833898 2010205812 2010242816 2010234038 2010203082 2010855238 2010272862

LO1 Pengenalan LO1 Isi + Huraian (4 isi) LO7 Cadangan & Kesimpulan LO7 Rujukan (> 5) LO6 Etika & Moral Profesional Jumlah

/2 /16 /4 /4 /4 /30

Disediakan untuk:

USTAZAH ASMAK HUSIN

KANDUNGAN1.0 PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 2.03.0

Konsep Perpaduan dan Integrasi Unsur-unsur Integrasi Teori Hubungan Kaum Faktor-faktor Penghalang Integrasi Nasional Asas Perpaduan Kaum di Malaysia

PROSES INTEGRASI DI MALAYSIA NGO ISLAM: ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ANALISIS 4.14.2

4.0

Rakaman Seks Kes Zina

5.0

KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0

PENGENALAN Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk1. Disebabkan kepelbagaian

kaum dan bahasa, masyarakat di Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi mengekalkan keadaan aman dan harmoni. 1.1 KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

(a) Perpaduan Biasanya perpaduan negara merujuk kepada proses penyatuan secara fizikal antara negeri negeri dan anggota masyaraktat di seluruh Malaysia. Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara bagi membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga terhadap tanah air. (b) Integrasi Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama dimana pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik itu tidak dihapuskan malah disuburkan. Di Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi membentuk satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

1.21

UNSUR-UNSUR INTEGRASI

J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya.

Integrasi wilayah bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah.

Integrasi ekonomi bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

Integrasi kebudayaan bagi pembentukan satu kebudayaan kebangsaan. Integrasi sosial dimana usaha penyatuan rakyat dijalankan melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lain.

Integrasi pendidikan bagi mewujudkan system pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan social.

Integrasi politik melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik yang adil dan saksama. Proses pembentukan sebuah masyarakat integrasi adalah sesuatu yang

kompleks dan ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan boleh dipandang remeh.

1.3

Teori Hubungan Kaum

1. Segregasi: Teori ini merujuk kepada hubungan yang bersifat pemisah di antara etnik-etnik di dalam sebuah negara.Pemisahan berlaku di sebabkan oleh

keadaan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Contoh segregasi ialah dasar apartheid yang pernah dipraktiskan di Afrika Selatan. 2. Akomodasi: Akomodasi merupakan proses mempertahankan nilai etnik masingmasing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain malah saling bergantungan antara satu dengan yang lain. 3. Akulturasi: Ia juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Ini adalah proses dimana

golongan minoriti menerima nilai, norma dan budaya masyarakat majoriti. Mereka juga meminjam dan menggunakan budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. 4. Asimilasi: Teori ini merujuk kepada percampuran golongan minoriti kedalam

masyarakat dominan melalu persahabatan dan perkaitan rapat. 5. Amalgamasi: Ia adalah proses percampuran rasa tau budaya bagi membentuk

budaya atau ras yang baru. Cara yang sering kita lihat ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.

1.4

FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG INTEGRASI NASIONAL

1. Prasangka: Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negatif (prasangka buruk) terhadap kumpulan atau kaum yang lain.

2. Perkauman : Ia merujuk kepada sikap mementingkan kumpulan, kaum sendiri. Di Malaysia sikap perkauman adalah sangat jelas tidak kira dalam bidang ekonomi, politik, sosial mahupun kebudayaan. 3. Etnosentrisme: Ia bermaksud kepercayaan bahawa unsur budaya sendiri adalah lebih hebat berbanding unsur budaya lain. Jika bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri, ia akan dianggap salah, tidak baik atau mengancam diri.

1.5

ASAS PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

1. Perkongsian Kuasa Politik: Pemimpin 3 kaum utama (Melayu, Cina dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkongsian kuasa amat perlu di pelihara dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan dalam masyarakat. Jawatan penting dalam kerajaan, kerusi dalam pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja. 2. Kerajaan Demokrasi: Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara, boleh menyuarakan pendapat, kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas. Siapa yang menang dengan suara majoriti dalam pilihanraya berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan pandangan dan harapan rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. 3. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum: Kadar kemiskinan yg tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Jika ianya berlarutan maka akan timbul masalah seperti kecemburuan sosial antara pribumi dengan kaum-kaum lain, merasa diri ditindas, gejala sosial, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya.

Bagi mengatasi keadaan ini, pembahagian kuasa ekonomi mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yg ada di Malaysia. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka. 4. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi: Jurang pendidikan dan jurang ekonomi saling berkait antara satu sama lain. Jika pendidikan mereka lebih baik maka peluang untuk menambah pendapatan atau meningkatkan ekonomi keluarga adalah lebih besar. Tahap pemikirannya juga akan berubah menjadi lebih baik. 5. Toleransi Budaya & Agama: Hormat dan menerima budaya dan agama kaum lain adalah salah satu cara bagi mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat di Malaysia member kebebasan kepada kaum lain untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa cuba mempengaruhi atau mengganggu antara satu sama lain.

2.0

PROSES INTEGRASI DI MALAYSIA Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang

diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara holitik amat mencabar kerana

gagasan yang retorik dan simbolik semata-mata hanya menghasilkan impak yang kurang berkesan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonomi. Oleh yang demikian, strategi integrasi perlu dilaksanakan semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat dan NGO bersesuaian dengan peranan yang diperlukan. Salah satu strategi yg dapat membantu untuk mempertingkatkan perpaduan dan integrasi di dalam masyarakat adalah dengan menubuh dan menggunakan NGO yg bersesuaian. Sudah tentu terdapat banyak NGO atau badan-badan yg ditubuhkan, tetapi apa yang penting adalah keberkesanan NGO itu sendiri untuk membantu perpaduan dan integrasi masyarakat. Walaupun terdapat pertubuhan yang berasakan etnik, namun terdapat pertubuhan politik pada peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan beasaskan etnik. Hal ini sudah tentulah dapat mempercepatkan lagi proses hubungan etnik melalui peranan yang dimainkan NGO.

Barisan-barisan kepimpinan selalunya disertai oleh pemimpin pelbagai kaum. Sebagai contoh, kepimpinan Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik yang berada di Malaysia. Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut kaum seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Cina Malaysia dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun ini sewajarnya digunakan oleh NGO untuk mewujudkan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya. Terdapat tiga peranan NGO di dalam strategi ke arah integrasi. Peranan yang pertama adalah Rakan COP. Ia dilancarkan pada 9 Ogos 2004 oleh Kuala Lumpur. Maklumat yang diperoleh oleh Rakan COP boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis (CCC) yang beroperasi 24 jam yand boleh menggunakan system hotline, SMS, MMS email dan juga website. Rakan Cop adalah bersifat Community Oriented Policing dan Smart Partnership. Rakan Cop membolehkan polis dan masyarakat salin