Upload
shafiq-azli
View
31
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sas
KURSUS TRAINING OF TRAINERS KEPADA PAKAR RUJUK KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Sub Modul: KEJURULATIHAN UNTUK PAKAR RUJUK PLC 1. Pengenalan
Dalam Anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan berusaha menempatkan pemimpin pendidikan berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pemimpin Berprestasi Tinggi perlu mengekal dan meningkatkan kelestarian, kecemerlangan individu dan prestasi sekolah. Sehubungan itu, satu inisiatif yang diambil oleh pihak BPG ialah mewujudkan pakar rujuk di setiap negeri dalam bidang Komuniti Pembelajaran Profesional untuk menggalakkan sekolah melaksanakan aktiviti ini dan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan pemimpin di sekolah. Pakar rujuk ini berperanan melatih pemimpin sekolah dan seterusnya membimbing mereka untuk melaksanakan PLC dengan lebih berkesan di sekolah bagi membantu meningkatkan kualiti PdP guru.2. Objektif
I. Mengenal pasti keperluan peserta supaya jurulatih bersedia mencapai objektif latihan
II. Mengenal pasti strategi-strategi yang sesuai di dalam melaksanakan latihan
III. Mengaplikasi kaedah andragogi dalam pelaksanaan latihan
IV. Memberi panduan tentang kemahiran penyampaian latihan yang berkesan
3. Kandungan topik (Isi dan pembahagian masa)I. Kerangka Kejurulatihan (1 jam)
Langkah-langkah merancang latihan Kenal pasti keperluan Latihan Fokus dan Strategi latihan Faktor Latihan BerkesanII. Andragogi ( 30 minit) Definisi Andragogi Prinsip-prinsip AndragogiIII. Kemahiran Penyampaian Latihan ( 30 minit ) Elemen-elemen penting dalam menyampaikan latihan4. PenilaianI. Refleksi
II. Pembentangan Pelan Tindakan5. Bibliografi
Amin Senin (2008). Pembangunan Profesional Guru. KL : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mc Ardle, Geri (2007), Training Design and Delivery 2nd Ed, ASTD Publications.Guskey, Thomas (1999). Evaluating Professional Development. USA : Sage Publication.
Loucks, Horsley et al (2003). Designing Professional Development for Teachers of Science and Mathematics. California : Corwin Press Inc.
Desimone et al (2002), Human Resource Development 3rdEd, Ohio : South-Western.Blandford, Sonia (2000). Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah. KL : Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.
PAGE 3