8
Mengumumkan, ketibaan,________________________________ Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. Yang Berbahagia_______________________ selaku tuan penceramah kita pada hari ini Yang Berusaha_______________________ Yang Dihormati_______________________ Serta semua pelajar PISMP semester 3 ambilan januari 2009 dan pelajar PPISMP semester 2 ambilan Julai 2009.

Contoh Teks pengerusi majlis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

untuk majlis seminar.contoh teks mc ringkas. kalo ada salah dan silap harap maaf.

Citation preview

Page 1: Contoh Teks pengerusi majlis

Mengumumkan, ketibaan,________________________________

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berbahagia_______________________

selaku tuan penceramah kita pada hari ini

Yang Berusaha_______________________

Yang Dihormati_______________________

Serta semua pelajar PISMP semester 3 ambilan januari 2009 dan pelajar PPISMP

semester 2 ambilan Julai 2009.

Selamat datang ke :

seminar patriotik dan kenegaraan anjuran

Page 2: Contoh Teks pengerusi majlis

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah

sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan

oleh ______________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara

_________________________atas bacaan doa itu tadi

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak berkat ilmu tanpa amalnyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Majlis dengan ini ingin mempersilakan Tn. Hj. Mohd Taslim b. Abd Rahim selaku

ketua jabatan kajian sosial ipg KTHO untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan

seterusnya merasmikan seminar patriotik dan kenegaraan. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

Page 3: Contoh Teks pengerusi majlis

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mohd Taslim b. Abd Rahim atas ucapan yang

telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan seminar patriotisme dan

kenegaraan bertemakan “ meniti susur galur pantai-pantai demografi

Pensejarahan Malaysia” yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Ku

Hasnan bin Ku Halim, pensyarah UTHM,parit raja, bt pahat Malaysia..

( biodata diri )

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Demikianlah tadi ceramah daripada En. Ku Hasnan bin Ku Halim yang bertemakan “

meniti susur galur pantai-pantai demografi Pensejarahan Malaysia”. Majlis

merakamkan ucapan terima kasih.

dengan ceramah yang telah diberikan oleh En. Ku Hasnan bin Ku Halim sebentar tadi

diharapkan kita dapat input yang berguna.

Bintang-bintang terbit pagi,

Di selaput oleh awan putih,

Tuan sudi datang kemari,

Salam dihulur penuh kasih.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Seminar kita pagi ini akan diteruskan dengan ceramah yang kedua yang bertemakan

“penghayatan nilai patriotism dan kenegaraan melalui etika perguruan”

Page 4: Contoh Teks pengerusi majlis

disampaikan oleh Pn Roslina bte Ibrahim, Pensyarah kanan, Jabatan Kajian Sosial, ipg

KTHO

(biodata)

Untuk tidak melengahkan masa majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih . diharapkan melalui ceramah yang kedua ini sedikit

sebanyak dapat kita hayati nilai patriotisme dalam diri kita melalui etika perguruanyang

bakal kita tempuhi.

Majlis berhenti berehat dan ditangguhkan sehingga jam 2.00 petang. Para pelajar

diminta hadir semula ke balai ilmu ini tepat pada pukul 3.00 petang bagi meneruskan

seminar Patriotik dan kenegaraan ini.

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana menghadirkan diri ke seminar kita pada

petang ini setelah berhenti rehat pada tengah hari tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Seminar kita pada petang ini akan diteruskan dengan ceramah yang akan disampaikan

oleh En. Mohd Hussin bin Mohd Tap, ketua bidang pendidikan sivik dan

kewarganegaraan, Jabatan Kajian Sosial IPG KTHO dengan ceramah yang ingin

disampaikan ialah ” kepentingan perlembagaan Malaysia dalam konteks

Hubungan Etnik di Malaysia”

(biodata)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang diberikan. Semoga kita dapat

mengambil iktibar betapa pentingnya perlembagaan malaysia di dalam konteks

hubungan etnik di malaysia.

Page 5: Contoh Teks pengerusi majlis

Hadirin sekalian.

Seterusnya seminar ini diteruskan dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Tn.

Haji Mohd Taslim bin Abd Rahim, ketua jabatan kajian sosial IPG KTHO yang akan

menyampaikan ”cabaran 1 Malaysia”

(biodata)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Haji Mohd Taslim bin Abd Rahim di atas

penyampaian beliau mengenai ”cabaran 1 malaysia” sebentar tadi.

Diharapkan hadirin yang berada di balai ilmu ini dapat apa yang telah diperkatakan oleh

Tn. Haji Mohd Taslim bin Abd Rahim mengenai cabaran 1 malaysia itu.

(biodata)

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan

mempersilakan kepada__________________, untuk mengiringi ________.

Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha __________di atas kesudian

menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Page 6: Contoh Teks pengerusi majlis

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat mempelai direnjis dipilis

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara

langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan

ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan

seminar patriotic dan kenegaraan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap

sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan

surah al-`Asr.

Page 7: Contoh Teks pengerusi majlis

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa

Rahmatullahi wa Barakatuh.