18
Contoh rujukan komsas http://e-contoh.blogspot.com/2013/03/contoh-rujukan-komsas.html Pengenalan Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan dalam sukatan pel ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama). Menurut Dr. Ali Mahmood (2007) teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah lakonan, teater pemba bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main peranan. Teknik s pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-ak setiap teknik tersebut akan menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik da pelbagai teknik Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan im Pengajaran dan pembelajaran komsas dapatmemenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, ke bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Menurut A.Ghafar Ibrah tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan memberi kesan yang terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasan-alasan yang mewajarkan penggunaa sastera dalam pendidikan. Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Tidak keterla dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergo yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlak apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambilmengemukakan sikapdan pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Penggunaan bahan sastera boleh menarik mi memberi kesan yang positif. Ia boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Mela peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, p dan penyesuaian bahan yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran Kesusaste

Contoh rujukan komsas http.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Contoh rujukan komsas http://e-contoh.blogspot.com/2013/03/contoh-rujukan-komsas.html

Pengenalan

Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994)bahan sasterayang dimaksudkan dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama). Menurut Dr. Ali Mahmood (2007) teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main peranan. Teknik sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-aktiviti bagi setiap teknik tersebut akan menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan improvisasi.

Pengajaran dan pembelajaran komsas dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Menurut A.Ghafar Ibrahim, Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasan-alasan yang mewajarkan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan.

Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif. Ia boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan.Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani.

Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera. Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin.Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah satu objektif pendidikan Bahasa Melayu.

Melalui penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-pelajar. Bagi tugasan ini saya telah memilih genre sastera sajak untuk di ulas berkaitan dengan aspek bahasa, nilai dan struktur.

Sejarah Perkembangan

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelahdisemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Menurut Abdul Shukor 2000, Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Namun perubahan tersebut sama sekali tidak mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetika Kementerian Pendidikan Malaysia 2000. Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang kerjaya, dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka. Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid akan memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Dengan ini Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi.

Komponen

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para pelajar untuk membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera, mengetahui latar belakang para penulis serta sumbangannya dan mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera, antaranya ialah:

Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional.Mengenal puisi moden dan puisi tradisional.Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.Memahami binaan dan teknik plot.Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan.Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini adalah berteraskan teks Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4 dan 5. Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4.

Tema moral sering dikaitkan dengan masalah kekurangan didikan agama sehingga terpesona dengan kegiatan yang meruntuhkan nafsu.Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa cerpen-cerpen sebelum perang mempunyai unsur-unsur lucu dan percintaan cerpen-cerpen ini juga dikatakna kurang nilai estetik kerana terlalu mementingkan unsur didaktik. Ini menyebabkan kebanyakkan cerpen hampir menyerupai sebuah esei. Perwarnaan wataknya pula berdasarkan kepada watak hitam dan putih dimana watak putih selalu mendapat balasan baik dan watak hitam pula selalu mendapat balasan jahat.

Sastera bukan sekadar bahan bacaan, tetapi lebih daripada itu. Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka.

Menurut A. Samad Said, melalui sastera ditemui unsur moral, keindahan, hati nurani, keadilan, ketakwaan, kebijaksanaan, dan tazkiyah dan disampaikan secara sederhana, tetapi amat berkesan di jiwa. cerpen hanya sebuah karya kreatif, ia mesti ada daya imaginasi atau daya reka dan sensitiviti atau daya sentuh. Kekuatan sesebuah karya sastera ialah keupayaan seseorang pengarang mengolah imaginasi dan sensitiviti. Bagaimanapun ia tidak mengikis tujuan asal sesebuah teks sastera untuk membina masyarakat. Usman Awang (1995) menulis bahawa sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara meluas.

Secara keseluruhannya pengertian cerpen merupakan cerita pendek yang tergolong dalam kesusteraan melayu yang menggunakan bahasa moden dengan mengenengahkan unsure-unsur moral kepada pembacanya.

Kepentingan KOMSAS

Matlamat mata pelajaran tersebut jelas dilihat daripada petikan kata pengantarDato' Asiah Abu Samah (1988), Pengarah Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, dalamBuku Panduan Pendidikan Kesusasteraan MelayuTingkatan IV dan V:

Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran pilihan bagi pelajar-pelajar Tingkatan IV dan V bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran kreatif dalam bidang Bahasa Malaysia tetapi juga memberi peluang pelajar pelajar untuk menikmati keindahan dan kehalusan sastera. Dengan itu, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan karya-karya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia diharap dapat menekankan pengajaran yang bersifat apresiatif yang dapat membawa pelajar-pelajar membina rasa kebanggaan, kepercayaan diri, dan cintakan tanah air dalam suatu wawasan Kebudayaan Kebangsaan.

Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mernperkenalkan kesusasteraan Melayu sebagai komponen Bahasa Melayu di sekolah menengah. Guru-guru bahasa dikehendaki mengajar semua genre termasuklah prosa tradisional, puisi tradisional dan moden, novel, cerpen dan drama, dari tingkatan I ke tingkatan yang lebih tinggi sehingga pelajar menduduki peperiksaan PMR dan SPM.Mata pelajarankesusasteraan ini wajib dipelajari oleh semua pelajar tanpa mengira aliran. Tujuannyaagar semua pelajar terdedah kepada pengetahuan asas sastera atau cara penghayatan karya sastera. Pelaksanaan ini secara langsung telah mengakui kepentingan kedudukan sastera Melayu sebagai suatu mata pelajaran penting untuk dipelajari. Mata pelajaran ini akan mengambil sebahagian daripada waktu bahasa Melayu, iaitu dua waktu daripada keseluruhan enam waktu dalam seminggu. Hal ini bermakna mata pelajaran kesusasteraan ini boleh berdiri sendiri tetapi diajarkan oleh guru bahasa.

Unsur rohani dalam FPK mengandungi hikmah yang mempunyai matlamat, iaitu keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, menghubungkan nilai murni dengan norma masyarakat, dan mempunyai sahsiah yang mulia. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu itu boleh disifatkan sebagai menekankan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah memupuk, dan memperkaya kehalusan perasaan, serta memperteguh rasa penghargaan, dan keindahan terhadap bahan kesusasteraan Melayu.

Menarik Minat Murid

Pertimbangan pedagogi boleh dikatakan tiada sama sekali dalam pendidikan sastera sejak sebelum perang sehingga akhir tahun 1950-an. Kanak-kanak darjah empat sekolah Melayu telah pun membacaChanai BacaandanPelbagai Cetera Melayu.Soal penggredan bahan-bahan untuk kanak-kanak tidak wujud.

Kesesuaian Sebagai Bahan Bantu

Genre cerpen sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kerana sifatnya yang mempunyai unsure-unsur pengajaran yang dapat dijadikan sebagai bahan Bantu dalam pengajaran dan pembelajaran khasnya Bahasa Melayu. Objektif pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan mementingkan perkembangan afektif, iaitu penentuan sikap, perkembangan daya pemikiran yang kritis, serta penikmatan. Melalui penikmatan dan pemikiran yang kritis, seseorang pelajar dapat mengabadikan nilai-nilai kesusasteraan dan kebudayaan bangsa, manakala pemikiran yang kritis pula dapat membentuk serta mencipta citarasa kesusasteraan.

Menghilangkan Kebosanan

Secara amnya, dengan kepelbagai teknik seperti teknik lakonan, main peranan dan simulasi pelajar akan rasa tidak bosan dalam mengikuti pelajaran tersebut kerana ia membolehkan mereka belajar sambil mengenal genre sastera secara langsung.

Meningkatkan Motivasi PembelajaranSecara logiknya apabila murid merasa seronok ia akan memberikan impak terhadap penerimaan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini juga menyebabkan murid atau pelajar tidak merasa takut dan aktif dalam proses pembelajaran.

Kesesuaian TemaKomsasialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan. Laras bahasa sastera berbeza daripada laras bahasa harian dan sains. Pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah membawa pembaca menikmati bahasa sastera. Mengikut Ali Ahmad (1994), sudah menjadi fitrah manusia mempunyai jiwa yang halus, sama ada pengarang ataupun pembaca. Maka, sastera menjadi bererti kerana pengarang dan pembaca diikat oleh pembentukan jiwa yang sama yang suka kepada keindahan. Dengan yang demikian ia boleh membawa kefahaman murid terhadap proses penggunaan sastera pada peringkat awal.

http://cikgunie.blogspot.com/2014/01/teknik-dan-kaedah-pengajaran-komsas-dan.html

TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN KOMSAS DAN KESUSASTERAAN MELAYUGuru tidak seharusnya beranggapan mempelajari sastera merupakan sesuatu perkara yang mudah dan membiarkan pelajar membaca dan faham sendiri. Guru mesti mempunyaikeupayaan untuk menarik hati pelajar dengan menyelami peristiwa yang berlakusehingga pelajar benar-benar dapat merasakan sesuatu peristiwa itu berlaku ke atas diri mereka. Bimbingan dan galakan daripada guru kepada pelajar amat penting agar pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. Pendapat ini juga disarankan oleh Mike, yang menyatakan bahawa:

teachers are the decisive element in the classroom. Teachers posses power to make a chlids life joyous or miserable. Teachers can be an instrument of inspiration or torture to a childs motivation to learn.

Guru seharusnya menggunakan pelbagai teknik untuk memotivasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian kesanpendekatan mengalami-menghayatiterhadap pembelajaran sajak ke atas 51 orang pelajar Tingkatan 6 dijalankan oleh Noriah (1986). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawafaktor guru dan pendekatan pengajaran guru amat mempengaruhi pencapaian pelajar dari segi kefahaman, peningkatan minat dan perubahan sikap pelajar terhadappembelajaran sajak. Guru seharusnya menggunakan pendekatanpengajaran pemusatan pelajar agar pelajar dapat menikmati pembelajaran sajak.

Guru memainkan peranan sebagai pelajar contoh di dalam kelas. Pelajar mudah dikawal sekiranyaguru pandai memilih aktiviti yang sesuai, menjalankan pengajaran dan pembelajaran dua hala, memahami kehendak individu di dalam kelas dan menjalankan aktiviti pengukuhanberdasarkan kemampuan pelajar. ( Charles, 1985) Penerapan model pembelajaran Role Playing digunakan oleh Sadali dalam menjalankan kajian tindakan untuk meninjau pengaruh model ini ke atas 30 orang siswa dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa;

(a) terdapat peningkatan kemampuan guru dalam mencapai objektif pembelajaran, memotivasikan pelajar dan membimbing perbincangan;(b)pelajar lebih berani menyatakan pendapat;(c) terdapatnya kesedaran hubungan antara peranan yang dimainkan dengan masalah kehidupan masyarakat yang sebenar dan;(d)memudahkan pelajar mengingat kembali tentang konsep, fakta dan teori.

Model Main Peranan dicadangkan sebagai salah satu alternatif untuk mengatasi masalah kualiti proses dan hasil pembelajaran. Patricia & Barbara (1993) mengkaji perspektif guru dalam pengajaran sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa:

(i)guru perlu faham dan menilai kepentingan pelajar terhadap pendedahan bentuk karya sastera;(ii)guru sentiasa meminta pelajar faham kriteria spesifik dan teknik-teknik untuk menganalisis sastera;(iii)guru mengutamakan penghayatan estetika karyasastera;(iv)guru mengutamakan penglibatan pelajar dalam aktiviti penulisan kreatif;(v)guru membantu pelajar membentuk kemahiran pembelajaran kolaboratif; dan(vi)guru perlu memilih bahan bacaan sastera yang diminati oleh pelajar. Ini bemakna dari sudut guru, pelajar perlu menguasai kemahiran menganalisis, kemahiran penghayatan,kemahiran pembelajaran kolaboratif, dan kemahiran membaca genre sastera.

Boza Krakar (2001) menjalankan kajian ke atas pelajar vokasional yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. Sebanyak 40% daripada peruntukan masa ditumpukan ke atas pembelajaran sastera. Tindakan ini sangat sesuai kepada pelajar vokasional dari aspek pemupukan minat dan meningkatkan tahap penguasaan. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan sastera amat mempengaruhi minat membaca dan memimpin pelajar ke arah kecemerlangan diri.

Teknik membaca kuat merupakan salah satu teknik yang boleh digunakanoleh pensyarah untuk menggalakkan pelajar membaca sastera. Deborah & Linda (2003) menjalankan kajian ke atas murid Gred 1 dan Gred 4 bertujuan mewujudkan motivasi murid membaca bagi menghayati dan mengamati sastera dengan menggunakan teknik membaca kuat. Mereka mendapati bahawa murid lebih suka memilih aktiviti selain daripada membaca. Murid tidak mempunyai inspirasi untukmembaca buku-buku lain selain daripada buku teks. Kajian dijalankan dengan menggunakan teknik membaca kuat dan program Home-School Independent Reading. Dapatan kajian ini menunjukkan teknik membaca kuat memainkan peranan penting dalam perkembangan kemahiran membaca di kalangan murid. Teknik ini dan program tersebut dicadangkan untuk diaplikasikan di sekolah bagi memupuk minat membaca di kalangan murid.

Wheatley (1992) menunjukkan bahawapembelajaran aktif dapat mempertingkatkan pemikiran dan tindak balas pelajar. Pelajar seharusnya diberikan peluang untuk membuat refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan untuk pembentukan makna daripada pengalaman. Piramid Pengalaman Pembelajaran oleh Dale (1954), menggalakkan pembelajaran secara konkrit kepada pembelajaran secara abstrak. Pelajar dapat berfikir induktif. Ini bertepatan dengan pendapat Glenn, Steward & Simpson (1991) yang menyatakan bahawa pengajaran yang menggunakan bahan yang bermakna.Guru perlu membantu pelajar dalam pembentukan pembelajaran yang bermakna. Ini sejajar dengan Gardner (1986) yang menegaskan bahawa pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan yang perlu diperkembangkan oleh guru.Menurut Thomas & Swartout (1963), hanya ABM (Alat Bantu Mengajar) yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. ABM yang digunakan melibatkan penggunaan deria pelajar seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan bau. Dengan penglibatan semua deria, pelajar bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran guru, malah pelajar lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepadanya.Penggunaan ABM yang melibatkan deria semasa pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. ABM bukan sahaja membantu menghidupkan kelas, malah mempelbagaikan perkembangan kognitif dan afektif pelajar. Pendapat ini sependapat dengan Lester (1956), Bruner (1966), Wilkinson (1971), Charles (1972).

Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh itu,guru sastera perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan menariksupaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar.Aplikasi dan manipulasi genre sastera melalui media elektronik, pengisian komputer, borang grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sastera.Guru sastera perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran teknologi maklumatseiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Kejayaan guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri (1985). Menurut Omardin (1999),sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. ABM dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar.

Pengajaran Dan Pembelajaran Interaktif (Active Learning / Interactive Learning / Reciprocal Teaching) Vygotskian (1978) menegaskan proses interaktif semasa pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar adalah amat penting. Chickering & Gamson (1987) mencadangkanpelajar mesti lebih membuat daripada mendengar dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitumembaca, menulis, berbincang atau terlibat dalam penyelesaian masalah. Charles & James mendapati pelajar lebih suka strategi yang menggalakkan pembelajaran aktif seperti perbincangan kumpulan,pengajaran berasaskan audio visual, pembelajaran koperatif, perbahasan, drama, main peranan, simulasi dan bimbingan rakan sebaya.

Pelajar tidak suka pengajaran dan pembelajaran yang diadakan secara kuliah tradisional. Ruhl, Hughes & Schloss (1987) dalam kajian mencadangkan pengajaran dan pembelajaran guru memasukkan aktiviti pembelajaran yang aktif lagi singkat tanpa mengurangkan isi kandungan. Dengan ini, pelajar dapat belajar lebih daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran interaktif mula diperkenalkan oleh Brown, Campione, Reeve, Ferrara & Palincsar (1991).

Pembelajaran interaktif adalah suatu kaedah yang melibatkan interaksi antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan komputer. Pembelajaran berlaku semasa pelajar dan guru berkongsi idea dan saling memimpin dalam perbincangan. Ia mencabar pelajar untuk membentuk kebolehan untuk membuat pembentangan dapatan dan membuat rumusan hasil dapatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Grinder (1991) dalam kajian ke atas pelajar seramai 30 orang, menunjukkan bahawa 22orang pelajar adalah berkebolehan belajar secara berkesan jika guru membekalkan aktiviti secara visual, pendengaran dan kinestetik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran multisensori amat sesuai dengan kehendak pelajar. Dapatan kajian Computer Technology Research (1993) menunjukkan bahawa proses penggabungan lebih daripada satu modaliti deria dapat meningkatkan ingatan dan pemahaman. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan deria untuk mengalami peristiwa baru, pelajar dapat menyelesaikan tugasan dan memperoleh pemahaman yang lebih luas dan mendalam. Dapatan kajian Schroeder (1993) membuktikan bahawa pelajar lebih suka melibatkan diri secara langsung dan pengalaman konkrit, berbanding dengan pembelajaran teori. Pengajaran dan pembelajaran aktif adalah amat sesuai bagi pelajar pada zaman sekarang.

http://suhanis87.blogspot.com/2009/10/permalahan-dalam-komsas.htmlPERmalahan dlm komsasPengajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu Melayu amat menepati hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Hal ini amat bersesuaian dengan kesusasteraan Melayu yang mencerminkan masyarakat dan kebudayaan serta merupakan manifestasi kesenian melalui media yang lebih berkesan. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu juga membolehkan murid dapat memahami manusia di sekitarnya dan membolehkan penyerapan nilai-nilai murni seterusnya membantu matlamat ke arah berusaha melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk memenuhi keperluan pengetahuan murid tentang variasi bahasa, kefahaman terhadap gaya bahasa, mengenal serta mendekati unsur-unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan serta pelbagai dimensi budaya lain melalui pembacaan dan penikmatan teks kesusasteraan Melayu yang disenaraikan dalam subjek bahasa Melayu. Hal ini kerana, teks kesusasteraan Melayu yang ditetapkan oleh kementerian ialah karya bahasa yang terkandung sifat-sifat unik dan istimewa dalam penghasilannya.

Peranan Komsas

Kesusasteraan Melayu khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan pelajar sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Seperti karya-kaya yang lain bukan sahaja mampu memukau deria rasa dan intelek peminatnya bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara tuntasnya, kesusasteraan Melayu berupaya membentuk diri agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok dan bersikap toleransi.

Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran Komponen Kesusasteraan Melayu dapat mendidik pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran Komponen Kesusasteraan Melayu akan mewujudkan jati diri serta berilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar dan guru itu sendiri. Di samping itu, bahan pengajarannya akan dapat memotivasikan para pelajarnya untuk membaca bahan yang lebih baik. Bahan yang dibaca akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi pelajar dalam proses pembelajaran secara beterusan.

Pelajar yang didedahkan dengan pengajaran komponen sastera juga mampu meningkatkan kecintaan terhadap tanah air. Melaluinya juga, pelajar akan diperkenalkan dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan, cinta akan tanah air serta kebudayaan kebangsaan. Oleh itu, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap pelajar sekiranya pelajar dengan bantuan guru dapat menilai dan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran Komponen Kesusasteraan Melayu dalam masa pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.

Guru-guru perlu mempunyai beberapa perspektif dalam pengajaran sastera iaitu guru perlu faham dan menilai kepentingan pelajar terhadap bentuk karya sastera, guru sentiasa meminta pelajar faham kriteria spesifik dan teknik-teknik untuk menganalisis sastera, guru mengutamakan penghayatan estetika karya sastera, guru perlu mengutamakan penglibatan pelajar dalam aktiviti penulisan kreatif, guru membantu pelajar membentuk kemahiran pembelajaran kolaboratif dan guru memilih bahan bacaan sastera yang diminati oleh pelajar. Dalam hal ini, dari sudut pandangan guru, pelajar perlu menguasai kemahiran menganalisis, kemahiran penghayatan, kemahiran pembelajaran kolaboratif dan kemahiran membaca genre sastera.Langkah secara drastik dan tersusun perlu segera dicari terutamanya oleh guru. Kepelbagaan teknik dapat menarik minat serta perhatian pelajar. Pelajar hari ini lebih suka akan pembelajaran yang bersifat kurang formal dan lebih menggalakkan penglibatan aktif mereka. Guru perlu sentiasa berusaha mengubah menu harian mereka kerana pelajar hari ini bukan pelajar yang hanya menerima apa yang diberikan oleh guru. Mereka lebih suka mempelajari sesuatu secara autentik. Walaupun dalam era teknologi maklumat yang canggih ini, guru masih berperanan sebagai model dan fasilitator yang membimbing pelajar untuk mencapai objektf pembelajaran.

Oleh itu, guru harus sentiasa bersedia memenuhi keperluan tersebut dengan mengikuti latihan dalam perkhidmatan secara berterusan bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan mereka selari dengan senario pendidikan semasa yang pesat berkembang. Guru juga harus mempunyai ilmu yang mencukupi untuk disampaikan secara berkesan kepada pelajar, di samping memiliki sikap dan nilai diri yang bersesuaian dengan gaya hidup seorang pendidik alaf baru, ini bermakna guru mesti selalu membaca, menulis, berkarya, membuat kajian ilmiah dan setiasa memenuhi keperluan tersebut supaya komponan sastera di dalam KOMSAS bahasa Melayu ini tidak dianggap sebagai suatu pelajaran yang membosankan. Jika kelas mata pelajaran bahasa Melayu sebagai kelas yang paling menarik, sebagai tempat pelajar meningkatkan minat dan kebolehan membaca, menulis dan mendengar. KOMSAS juga boleh menjadi komponan yang menarik dalam bahasa Melayu.

Selain itu, adalah lebih baik jika guru-guru yang mengajar bahasa Melayu diberi kursus dan pendedahan yang menyeluruh dan berterusan untuk mengajar KOMSAS dalam bahasa Melayu ini. Teks yang dipilih sepatutnya ditukarkan setiap lima tahun mengikut kesesuaian zaman dan cerita serta pemikiran yang relevan dengan apreasiasi agama, bangsa, dan negara.

Komponen Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memang boleh dilaksanakan dengan jayanya jika mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Pelbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalannya seperti faktor kepakaran guru, kesediaan guru, pentadbiran, alatan, masa, teknik, latar pelajar, minat, dorongan, suasana fizikal, dan lain-lain. Apa yang penting sekarang adalah melaksanakannya mengikut kemampuan dan kreativiti yang terdaya dilakukan oleh semua pihak.Sesungguhnya usaha untuk memasukkan komponen sastera dalam bahasa Melayu di sekolah adalah satu usaha yang amat wajar, terpuji, tepat dan bijak. Negara yang sedang melangkah ke arah globalisasi, kemajuan, dan Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju akan lebih lengkap dan seimbang jika rakyatnya mempunyai ketamadunan keinsanan yang tinggi dan mendalam dan segalanya ada di dalam kesusasteraan itu.

Kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin dan beretika tinggi. Komponen ini penting kepada pelajar bukan setakat menghafal cerita malahan karya sastera kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman etika dan lain-lain lagi. Malah, di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak mempunyai penghujungnya sekaligus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya.

Pementasan teater mini KOMSAS berjudul 'Angin' para pelajar SMK Senai, Kulaijaya, Johor.http://rarws.blogspot.com/2010_11_01_archive.html bersajakhttp://jabatanbahasastar.wordpress.com/category/perkongsian-bahan/

http://kenalibahasamelayu.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

penulisan karangan jenis peribahasa. Mereka dimintamenyalincontoh karangan peribahasayang bertajuk "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih". Foto yang dirakamkan secara "candid" ini menunjukkan bahawa mereka menyalin contoh karangan itu dengan tekun sekali. Sebenarnya, tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih mereka menulis dalam perenggan dengan ejaan yang betul. Mengajar kemahiran asas berbahasa....

Sebagai latihan pengukuhan, mereka dimintamelengkapkan karangan.Murid-muriddiminta mengisi beberapa tempat kosong untuk tajuk karangan yang hampir sama. Satu senarai perkataan disediakan dan mereka boleh memilih perkataan yang sesuai. Dalam ramai-ramai itu, ada jugalah murid yang boleh melengkapkannya walaupun tidak kesemua jawapan yang mereka tulis itu tepat....

MESTAMU- salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk mempelajari KOMSAS, khususnya sajak.

MESTAMU atau'Melagukan Sajak Tanpa Muzik' boleh dilakukan secara berpasangan. Seorang murid akan mendeklamasikan sajak, manakala pasangannya akan melagukan sajak tersebut. Jika bersendirian, kedua-dua teknik itu boleh dilakukan oleh orang yang sama. Irama boleh diadaptasikan daripada lagu-lagu puisi yang sedia ada, ataupun lagu kegemaran murid itu sendiri.

Di kelas 3K8 tadi, teknik MESTAMU digunakan untuk pengajaran sajak. Murid-murid nampak sangat seronok mempelajari KOMSAS dengan pendekatan teknik MESTAMU ini, lebih-lebih lagi pada waktu tengah hari (11.55 - 1.05 th).

Melalui sajak'KETIKA KAMI BERCERITA TENTANGNYA'...karyaLim Swee Tin,3 kumpulan murid secara berpasangan telah menjalankan aktiviti MESTAMU dengan baik. Kumpulan tersebut ialah :

1) Ayu dan Maisarah- lagu Pelita2) Farhana dan Marina- lagu Ayat-ayat Cinta3) Peng Fook dan Kamal- lagu rap rekaan sendiri

Sekali-sekala bolehlah guru-guru BM mengaplikasikan teknik ini dalam usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, khususnya bagi Tingkatan 1, 2 dan 4.