2
Salam 1 Malaysia, HOTS bermaksud Higher Order Thinking Skills iaitu Kemahiran berfikir atas tinggi. Ianya diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2013. Ianya terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang merupakan salah satu ciri daripada 6 ciri utama iaitu Kemahiran Berfikir. Mengikut KPM, KBAT ditakrifkan sebagai :- 1.keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan 2.kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan 3. refleksi bagi menyelesaikan masalah 4. membuat keputusan 5.berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KPM menekankan murid-murid memerlukan kemahiran Berfikir aras tinggi ini kerana ianya selaras dengan sistem pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia. Antara sebab-sebab KPM memperkenalkan KBAt dikalangan pelajar- pelajar adalah untuk melahirakan pelajar yang boleh 1. mampu menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis 2. boleh mencerna dan menghasilkan atau menjana idea-idea baru dalam sesuatu situasi 3. menggunakan daya imaginasi dan kreativiti 4. boleh mencipta susuatu yang baru bagi kegunaan semua 5. mampu memcapai objektif dengan keupayaan sendiri 6. mempunyai pemikiran yang luas dan mengenai masa hadapan (future thinking) HOTS meliputi bahagian menganalisis, menilai dan mencipta. Guru-guru haruslah menggalakkan murid-murid mencapai aras tinggi kerana seseorang murid yang mampu untuk menganalisi, menilai dan boleh mencipta akan menjadi individu yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Guru-guru boleh meningkatkan kemahiran murid-murid berfikir aras tinggi melalui beberapa cara. Antaranya ialah:- 1. memperbanyakkan aktiviti penyelesaian masalah 2. melalui teknik penyoalan 3. memperbanyakkan aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku latihan

contoh pidato

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kamil

Citation preview

Salam 1 Malaysia,

HOTS bermaksud Higher Order Thinking Skills iaitu Kemahiran berfikir atas tinggi. Ianya diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2013. Ianya terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang merupakan salah satu ciri daripada 6 ciri utama iaitu Kemahiran Berfikir. Mengikut KPM, KBAT ditakrifkan sebagai :-

1.keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan

2.kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan

3. refleksi bagi menyelesaikan masalah

4. membuat keputusan

5.berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KPM menekankan murid-murid memerlukan kemahiran Berfikir aras tinggi ini kerana ianya selaras dengan sistem pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia. Antara sebab-sebab KPM memperkenalkan KBAt dikalangan pelajar-pelajar adalah untuk melahirakan pelajar yang boleh

1. mampu menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis

2. boleh mencerna dan menghasilkan atau menjana idea-idea baru dalam sesuatu situasi

3. menggunakan daya imaginasi dan kreativiti

4. boleh mencipta susuatu yang baru bagi kegunaan semua

5. mampu memcapai objektif dengan keupayaan sendiri

6. mempunyai pemikiran yang luas dan mengenai masa hadapan (future thinking)

HOTS meliputi bahagian menganalisis, menilai dan mencipta. Guru-guru haruslah menggalakkan murid-murid mencapai aras tinggi kerana seseorang murid yang mampu untuk menganalisi, menilai dan boleh mencipta akan menjadi individu yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Guru-guru boleh meningkatkan kemahiran murid-murid berfikir aras tinggi melalui beberapa cara. Antaranya ialah:-

1. memperbanyakkan aktiviti penyelesaian masalah

2. melalui teknik penyoalan

3. memperbanyakkan aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku latihan

4. memperbanyakkan soalan aras tinggi.

LOTS pula hafal, faham dan aplikasi. kemahiran-kemahiran ini kurang sesuai pada zaman moden ini kerana arus permodenan yang begitu pesat. Dahulu kala, murid-murid suka bermain bola dan berbasikal pada waktu petang. Tetapi kini, murid-murid meluangkan masa yang lebih bersama Ipad dan Play Station. Mereka gemar duduk di rumah berbanding bermain di luar rumah. Jadi, kita haruslah menukar stategi pemikiran murid-murid supaya produk yang kita hasilkan di sekolah akan menjadi penjana pembangunan negara dan dunia. Jika murid-murid tidak didedahkan dengan HOTS dan hanya bergantung pada LOTS maka, produk yang dihasilkan oleh KPM tidak dapat bersaing dengan produk dari negara-negara lain.

Jadi, secara kesimpulannya, HOTS sangat diperlukan dan pengaplikasian HOTS haruslah diberi penekanan yang penting supaya semua guru memahami kepentingan HOTS dikalangan murid-murid. HOTS akan membantu murid-murid menangani sesuatu situasi dengan berkesan supaya situasi tersebut akan memberi manfaat kepada murid itu serta kepada masyarakat dan negara. Kesimpulannya, pengenalan HOTS dalam pendidikan adalah merupakan satu langkah bijak yang mampu melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai yang boleh membantu pembangunan negara kita.

Terima kasih.