CONTOH PELAN TAKTIKAL

Embed Size (px)

Citation preview

PELAN TAKTIKAL Strategi/Progra m Sifar LINUS 2011 2)Program MentorMentee 3)Bacaan Awal Pagi Semua guru terlibat. Guru Kelas 50 Aktiviti/Tanggungjaw ab 1)Kelas Tambahan Tanggung jawab Guru BM Kos RM 100 Tarikh mula 10/1/201 1 10/1/201 1 10/1/201 1 10/1/201 1 10/1/201 1 10/1/201 1 Tarikh Akhir 28/2/201 1 31/10/20 11 31/10/20 11 31/10/20 11 31/10/20 11 31/10/20 11

Pel Konti i Rakan Sebaya Arus Perdan Murid Tahun

150

4)Bimbingan Ibu Bapa Di Rumah 5)Rakan Sebaya

Ibu bapa

50

Rakan Sebaya Arus Perdan Sauda mara

Rakan Sebaya Guru BM Tahap 1

50

Murid Tahun

6)Pondok LINUS

200

Panitia

Pelan Operasi Nama Aktiviti/ Program/Projek : Kelas Tambahan Objektif : Pelajar- pelajar Literasi dapat melepasi Saringan 1. Sasaran : Murid LINUS KOS :

Langkah 1

2

3

Proses Aliran Kerja Murid dikehendaki bersama dengan guru selama 30 minit selepas loceng akhr persekolahan berbunyi. Guru meminta murid mencantumkan kad perkataan yang diberi supaya menjadi satu perkataan yang bermakna. Guru meminta murid menyebut perkataan yang diberi supaya menjadi satu perkataan yang bermakna.

Tanggungjawab Guru BM LINUS

Tempoh 2 Bulan

Status Awal Persekolahan

Guru BM LINUS

JanuariFebruari

Murid dapat menguasai perkataan.

Guru BM LINUS

JanuariFebruari

Murid dapat menyebut perkataan.

epak Raga Bulat / Tuju / Ratus December 30, 2007Filed under: Personal asriey @ 12:20 pm Tags: kedah, perak, raga, sepak, sepak raga, sepak raga ratus, sepak raga tuju, tikam Ada mencarik keyword sepak raga di google. Tapi tidak ketemu info yang dicari. so kat sini aku create satu post berkenaan permainan ni. Intro Permainan sepak raga tuju popular di negeri sebelah utara semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perak. Manakala sepak raga bulat/ratus adalah warisan dari kesultanan melaka mungkin, berdasarkan kisah Hang Tuah bersama rakannya yang bermain di tepi pantai pada ketika itu. Pemain sekurang-kurangnya 2 orang dan maksima bagi sesuatu bulatan ialah 8. Sepak Raga Bulat/Ratus Ianya bergantung pada jenis permainan itu sendirik. permainan sepak raga bulat dan ratus mungkin mempunyai persamaan. ini kerana ianya akan dikira berdasarkan berapa banyak jumlah sepakan/timbangan yang dibuat oleh pemain. Pemain juga boleh menimbang seberapa banyak yang boleh tanpa mempunyai had yang tertentu. dalam permainan ini, pemain hanya mungkin menggunakan sepakan sila untuk menimbang bola. bola pula akan ditimbang tinggi2, sebelum dihantar kepada pemain lain. Sepak Raga Tuju Permainan ini mempunyai persamaan dengan yang di atas. bezanya, bola akan dihantar kepada pihak lawan dengan cara tuju/tikam kepada pemain di hadapan. pemain di hadapan pula akan cuba mengangkat bola tersebut dan begitulah seterusnya sehingga bola jatuh.

Permainan dengan tujuh orang pemain. pict by cikeasy

Permainan dengan lima orang pemain. pict by EL. Pemain bukan sahaja perlu mahir menimbang bola dengan kaedah timbang sila, tetapi juga timbang kuda. Ini kerana dalam permainan ini memerlukan pemain untuk menggunakan kedua2 teknik tersebut. Kepala jarang sekali digunakan.

Timbang sila. Timbang kuda. Setiap pemain boleh menimbang bola sebanyak tiga kali. bola perlu dihantar kepada pemain lain pada kiraan yang ketiga. Syarat lain ialah, bola perlu sampai kepada pemain lain, dibawah paras lutut. ini akan memudahkan pemain lain untuk mengangkat bola tersebut dan meneruskan permainan.

Contoh tuju/tikam kepada pemain lain.

Kaedah sepak tuju/tikam dari dekat. Like Be the first to like this post.

Permainan TradisionalPengenalanMasyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Sepak RagaPermainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Cara Bermain Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan

itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Permainan GasingPermainan gasing adalah permaian yang popular di Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja boleh dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar bermain gasing. Jenis-jenis Gasing Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Membuat Gasing Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Pertandingan Gasing Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Permainan Konda KondiKonda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara wan to som dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain

lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.Halaman ini telah dibaca sebanyak 22385 kali

Rujukan Popular

Johor Bahru Tarian Tradisional Asal Usul Nama Tempat Fakta Menarik Negeri Johor Muar Kota Tinggi Muzik Tradisional Permainan Tradisional Sejarah Penubuhan Johor Pontian

ASAL USUL SEPAK RAGA Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN: Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilirgiliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

ASAL-USUL SEPAK TAKRAW

Sepak Takraw dipercayai berasal dari peramainan Cina iaitu Cuju bermaksud menendang bola. Ia terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai takraw dalam Thai. Dahulu ia dimain oleh pemuda dan kanak-kanak berdiri dalam bulatan dan menimbag bola bergiliran. Apabila bola itu terjatuh pusingan itu tamat. Pada 1740 peraturan-peraturannya dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua pasukan itu. Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia.

CARA BERMAIN Ia mengandungi dua pasukan mengandungi 3 pemain. Satu belakang yang berdiri di belakang, sartu kanan dalam yang berdiri di kanan dan yang terakhir adalah kiri dalam yang berdiri di kiri. Sebuah bulatan di dilukis ditengah gelanggang.

1.Membaling syling dan siapa yang mmenang akan dapat pilih untuk memulakan dahulu atau memilih gelanggang mana mereka mahu.

2.Mulakan pertandingan itu. Mereka hanya boleh menggunakan kaki atau kepala mereka.

3.Untuk pasukan itu memenaagi sebuah mata , penentang mereka harus tidak dapat membawa kembali bola itu.Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw

Leave a ReplyEnter your comment here...

SEPAK RAGA Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Cara Bermain Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan

sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Undang-undang Permainan Sepaktakraw

1. GELANGGANG1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang. ( Gelanggang pasir atau rumput tidak dibenarkan ) 1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan. 1.3 Garisan Tengah Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar. 1.4 Garisan Suku Bulatan Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.

1.5 Bulatan Sepak Mula Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi. Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m. 2. TIANG 2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m. 2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

3. JARING3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m. 3.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang. 3.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi. 3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang. 3.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk wanita ), manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.

4. BOLA TAKRAW4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik. 4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:4.2.1 Mempunyai 12 lubang. 4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang. 4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.

4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita. 4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain. 4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada ISTAF sebelum dimainkan di mana mana kejohanan antarabangsa. 4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.

5. PEMAIN-PEMAIN5.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain. 5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan Tekong (server). 5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan Apit Kanan . Kedua-dua pemain dinamakan Apit. 5.4 Kejohanan Berpasukan 5.4.1 Pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang. Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan. Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan. Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja. 5.4.2 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan. 5.4.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah. 5.5 Kejohanan Antara Regu

5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5 orang pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua mesti didaftarkan. 5.5.2 3 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan. 5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali. 6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan. 6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi. 6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits. 6.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ). Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen . Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan. Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan. 6.6 Ketua regu hendaklah memakai Arm Band di lengan kiri.

6.7 Mana mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam Undang Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih dahulu.

7. GANTIAN PEMAIN7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama. 7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan. 7.3 Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set. Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (1) seorang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set. Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set. Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara regu sahaja ) Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru. 7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah. 7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah. 7.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

8. UNDIAN DAN WARM-UP8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil. 8.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan Warm-Up selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi. 9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA 9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia. 9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola. 9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan masing-masing. 9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya. 10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA. 10.1 Perlawanan ikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu hujung Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil. Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang. Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servi s akan bertukar pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.

10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal. 10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing. 10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan. 10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi. 10.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.

11. PERKARA-PERKARA BATAL11.1 Pihak Sepak Mula 11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata. 11.1.2 Mana mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis. 11.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula. 11.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya. 11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan. 11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang. 11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan. 11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya. 11.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua. 11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan. 11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan. 11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan 11.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow through. 11.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan. 11.3.4 Bola menyentuh tangan. 11.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua dua paha / kaki atau badan. 11.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan. 11.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda. 11.3.8 Mana mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.

12. SISTEM KIRAAN MATA12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan. 12.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan minimum dua (2) mata. Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ). Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman lanjutan mata 17 12.3 Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5-set ) dua minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua ketiga, keempat dan kelima.

Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga. 12.4 Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.

13. REHAT (TIME-OUT)13.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set. Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan. Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan. Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik 13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada pemain.

14.

PERMAINAN TERGENDALA

14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu. 14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat kedua-dua pertukaran pemain seperti di peraturan No. 7, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang. 14.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh memberhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan. 14.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan, semua dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar. pemain tidak dibenarkan keluar

15.

TATATERTIB ( DISIPLIN)

15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.

15.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah dibuatnya. 15.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai dilarang membantah keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai berkenaan.

16.

HUKUMAN

16.1 KAD KUNING Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:16.1.1 Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara- perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan. 16.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata kata kesat. 16.1.3 Berulang kali melakukan melanggar pertandingan. Undang Undang Permainan dan Peraturan

16.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil. 16.1.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil. 16.2 KAD MERAH pemain boleh diberi kad merah jika

Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, melakukan kesalahan berikut:16.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk 16.2.2 Berkelakuan

setelah diberi amaran oleh pengadil.

ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.

16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton. 16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat. 16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama. 16.3 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan sama ada di dalam atau di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana

orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak: 16.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman : Amaran Biasa 16.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama. Hukuman : Digantung satu perlawanan 16.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di kejohanan yang sama. Hukuman : (i) Digantung 2 perlawanan. (ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat ) 16.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan yang sama. Hukuman : Digantung serta-merta dari bermain perlawanan lembaga disiplin membuat keputusan. 16.3.5 Kesalahan : seterusnya sehingga

Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.

Hukuman : (i) Digantung dua perlawanan. (ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/kelab yang terlibat ) (iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama. 16.4 Mana mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada Kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:16.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah dalam mana mana perlawanan

Hukuman : Di gantung serta merta daripada bermain sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.

17.

KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN

17.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan sama ada di dalam atau di luar gelanggang. 17.2 Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan akan diiringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan memberhentikan pertandingan serta merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga meneruskan pertandingan. Disiplin Persatuan Sepaktakraw memberi isyarat

18.

UMUM

18.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.

PINDAAN DILULUSKANPindaan Undang-undang Permainan ini telah diluluskan semasa Kongres ISTAF hb Januari 2011 di Bangkok, Thailand. pada 17

Muatturun Peraturan & Undang-undang Sepaktakraw

Undang-undang Undang-undang Undang-undang Undang-undang

Sepaktakraw Sepaktakraw Double Sepaktakraw Empat Pemain Sepaktakraw Pantai

11

Undian

Adakah perubahan drastik yang dilakukan oleh PSM mampu memberi keyakinan kepada anda semua untuk melihat kebangkitan skuad kebangsaan?o o

Saya Yakin! Gula-Gula Pilihanraya

o o

Sama Seperti Janji Dahulu Sekadar Menutup Mulut Pengkritik

Jumlah Undiano

Arkib Undian

Sepaktakraw Malaysia

Kedudukan Dunia Pencapaian Sukan SEA Undang-undang Sepaktakraw

Senarai Kejohanan

Kejohanan Kejohanan Kejohanan Kejohanan Kejohanan

Super Siri PSM 2011 Sepaktakraw Sukan SEA 2011 Sepaktakraw Kings Cup 26th 2011 Sepaktakraw ISTAF 2011/2012 Sepaktakraw KFC Utusan 2011

Blog - Entri Terkini

Klinik & Bengkel Sepaktakraw Anjuran Kelab Sepaktakraw MAS Takraw Perlu Tumpu Sekolah Sukan Kejohanan Sepaktakraw Piala Dato Hj Ahmad Ismail 2012 Imej PSM Tercalar Kejohanan Sepaktakraw Terbuka UPM 2012

Kami di Facebook T-Shirt Sepaktakraw.my

Pautan Lain

Bolarotan Sepaktakraw KFC Utusan

Sepak ragaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bola sepak raga.

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.[1] Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan.

[sunting] SejarahPada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Pada alaf ini, permainan sepak takraw adalah amat popular dan di kenali ramai, bukan sahaja di negara kita bahkan di negara-negara lain. Sepak takraw yang asalnya dikenali sebagai sepak raga lengkung atau kandang adalah permainan tradisi pusaka yang dimainkan oleh raja-raja melayu sejak sebelum tahun 1478 lagi. Asal-usul yang sebenarnya permainan ini tidak dapat diberikan kerana telah banyak sejarah termusnah akibat perang dunia kedua. Dengan berlalunya masa dan semakin meluas minat terhadap permainan ini diseluruh Malaya, maka pada akhir tahun 1945 satu peraturan baru lagi moden dengan menggunakan jaring telah diwujudkan oleh pemainpemain di Pulau Pinang. Dengan terciptanya cara ini, maka tidak dinafikan lagi bahawa Pulau Pinanglah tempat asal bermulanya sepak raga menggunakan jaring yang kini dikenali sebagai sepak takraw. [2] Bagi mempamerkan buat pertama kalinya cara permainan yang baru ini, di atas usaha diantaranya En. Mohamed bin Abdul Rahman, En. Abdul Hamid Mydin dan En. Yacob Syed. Maka pada awal tahun 1946 satu permainan pertunjukkan diantara pasukan Jalan Hatin dan pasukan Patanai Road telah diadakan di Gelanggang Hospital Haiwan, Pulau Pinang dengan sambutan yang begitu meriah walaupun di anggap ganjil. Dari Pulau Pinang dan dalam tahun 1946 juga sepak raga jaring ini telah merebak ke Alor Star, ke Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura. Sejak perkembangan tersebut pasukan demi pasukan telah ditubuhkan dan pada 25 Jun 1960 Persekutuan Sepak Raga Malaya telah dirasmikan di suatu persidangan yang dipelopori oleh Persatuan Sepak Raga Pulau Pinang. Persekutuan yang julung-julung kali di tubuhkan ini telah melantik Y. Bhg Tan Sri Khir Johari sebagai Yang Dipertua. Tindakan segera telah diambil oleh persekutuan tersebut ialah menggubal dan menyusun undang-undang sepak raga jaring yang ada pada masa itu oleh sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada wakil-wakil Setiausaha Agong PSM sekarang.

[sunting] Rujukan1. Permainan Tradisional - Sepak Raga Bulat, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

Ni nak sambung part II dah. berikutan ramai yang bertanya itu dan ini berkenaan permainan ni. so ini akan dibuat sebagai rumusan. semua yang ditulis ini HANYA berdasarkan pengalaman sendirik. aku tak pernah jumpa jurnal atau sewaktu dengannya tentang permainan ini. Sepak Raga Bulat 1. 2. 3. 4. 5. Dimainkan dalam bulatan memakai pakaian, kasut dan stokin yg sesuai. bola takraw boleh timbang ikut suka sampai pengsan. tak dak rules yang spesifik. tak kesah bape ramai nak main.

Sepak Raga Ratus 1. boleh secara perseorangan atau berkumpulan. 2. jumlah kiraan adalah dari 3x jatuhan bola. ini depends pada peraturan pertandingan. 3. boleh timbang seberapa banyak yang mampu. lg banyak, lagi bagus. tapi, kalau secara berkumpulan, satu orang hanya boleh timbang 3x sahaja. 4. pakaian yang sesuai. Sepak Raga Tuju 1. paling kurang kena ada 2 orang. paling maksimum biasanya 9. 2. hanya 3x timbang, dan pada timbangan kali ke 3, bola dihantar secara tikaman kepada org dihadapan sahaja. tepi tak boleh. dan bola hanya maksimum tinggi pada paras lutut. 3. dimainkn dalam bulatan. 4. make sure pakai pakaian n kasut+stokin. 5. ada bola khas berwarna hijau kuning yang dikeluarkan untuk permainan ini. pada kotak tertulis, bola sepak raga tuju. Ini saja yang sempat ingat buat masa ni. kalau ada yang tak jelas, bleh tanya dalam ruangan komen. nanti sy hupdate. chows!