21
Rumah Pautan Laman Tentang Blog Pantun Penyair Chatroom Lirik Forum Pantun Joget Pahang Disember 11, 2009 Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli berangan, Kami mengucapkan selamat datang, Apa yang kurang dikeji jangan. Negeri Pahang aman sentosa, Kaya dengan tumbuh-tumbuhan, Niat di hati nak buat jasa, Mudah-mudahan Tuhan kabulkan. Pukul gendang kulit kerbau, Dalam majlis tari-menari, Kami ini daganglah merantau, Mengharap belas orang di sini. (Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2,DBP) Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: Pantun , Pantun Joget Pahang , Pantun Melayu | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey Koleksi Pantun Teka-Teki Disember 5, 2009 Terbang tinggi si burung helang Hinggap di atas pohon meranti

Contoh Pantun Dan Syair Moden

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Rumah Pautan   Laman

Tentang   Blog

Pantun

Penyair

Chatroom

Lirik

Forum

 

Pantun Joget   Pahang

Disember 11, 2009

Dari Melaka pergi ke Pahang,Singgah di Johor beli berangan,Kami mengucapkan selamat datang,Apa yang kurang dikeji jangan.

Negeri Pahang aman sentosa,Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,Niat di hati nak buat jasa,Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.

Pukul gendang kulit kerbau,Dalam majlis tari-menari,Kami ini daganglah merantau,Mengharap belas orang di sini.

(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2,DBP)

Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: Pantun, Pantun Joget Pahang, Pantun Melayu | Pautan Kekal

Dikirim oleh Haniey

Koleksi Pantun   Teka-Teki

Disember 5, 2009

Page 2: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Terbang tinggi si burung helangHinggap di atas pohon merantiAnak ramai ibunya seorang,Bila bergesel berapi-rapi?

Ada tubuh ada tangan,Tiada kepala tiada kaki;Sangat berguna waktu hujan,Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Buah budi bidara mengkalMasak sebiji di tepi pantaiHilang budi bicara akalBuah apa tidak bertangkai?

Budak-budak ramai di pekanHari raya membakar petasKalau adik pandai kiasanApakah buah gugur ke atas?

Tinggi duduk di atas sekali,Bukan bulan bukan matahari;Bila malam ia berseri,Bila siang ia berganti.

Tarik pukat dari pangkalan,Gula Melaka dibuat inti;Bila diikat ia berjalan,Bila dibuka ia berhenti?

Cik Limah bersama anak lelakiDuduk makan keropok lekorYang mengejar tidak berkaki,Yang dikejar tiada berekor?

Pergi umrah setiap tahun,Moga sentiasa murah rezekiDalam batang ada daun,Dalam daun ada isi?

Bila kecil boleh ditiup,Sudah besar janganlah lagi,Kalau tercucuk ia meletup,Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Page 3: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Mulut manis hati nak baik,Itulah amalan turun temurun;Benda apa yang akan naik,Apabila saja hujan turun.

Walau dibungkus bukan kiriman,Sudah takdir tuhan yang satu,Meski ditanam bukan tanaman,Cubalah teka apakah itu?

Hidup aman di dalam kota,Ada pemimpin bernama raja;Buruh-buruh rajin bekerja,Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Klik Sini

Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: Pantun Melayu, Pantun Teka-Teki | Pautan Kekal

Dikirim oleh Haniey

Syair   MCKK

September 2, 2009

Syair MCKK

Seratus tahun telah berlalu,Tersergam gagah, Malay College yang satu,Wawasan murni Raja-Raja Melayu,Agar negara makmur dan maju.

Empat Raja, empat negeri,Di Kuala Kangsar mencemar Duli,Berbincanglah Tuanku, pendapat diberi,Agar Melayu memerintah sendiri.

Sultan Ahmad, Raja di Pahang,Rombongan gajah dan hulubalang,Merentas hutan dan gunung ganang,Di Kuala Kangsar, sedia berbincang.

Sultan Suleiman, bersemayam di Jugra,Perjuang kedaulatan bangsa dan negara,

Page 4: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Bijak berhujah, bijak berbicara,Mendidik Melayu menjadi perkara.

Yam Tuan Negeri, Tuanku Muhammad,Muda dan segak, bijak teramat,Menuntut agar Melayu dimartabat,Di negeri sendiri, negeri berdaulat.

Sultan Idris, di Perak bertuah,Bersuara lantang, kembalikan maruah,Mendidik Melayu di sebuah sekolah,Menjadi pemimpin, pentadbir berhemah.

The Malay College sekurunlah sudah,Di Kuala Kangsar nan serba indah,Warisan bangsa dan negara bermaruah,Wawasan di Raja sebagai wadah.

Perayaan ke seratus meriah berseri,Raja-Raja berkenan mencemar Duli,Bersama rakyat turut merai,Sejarah dan budaya penghormatan diberi.

Watikah dibawa, niat nan suciGajah bertujuh gagah kemariSedia menyembah mengabdi diriBukti besar kuasa Illahi

Tujuh gajah dihias berseriAngka nan ganjil dalamnya ertiTujuh langit berperut bumiKuasa Tuhan kita insafi

Menjunjung kasih Duli Tuanku,Atas sokongan diberi Tuanku,Menjadi penaung Malay College yang satu,Semoga Allah beri petunjuk selalu.

Kepada para hadirin sekelian,Marilah kita sama doakan,Wawasan dan jasa akan berterusan,Sekurun lagi MCKK berkorban.

Nukilan Jak Li

Page 5: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: MCKK, syair | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey

Gurindam Melayu Bangsaku   2

April 7, 2009

Melayu bangsaku penegak budayaberseri hidup diterangi cahaya.

Melayu bangsaku penjunjung warisankukuh walau hujan atau kepanasan.

Melayu bangsaku pendaulat agamakebahagiaan kekal tujuan bersama.

Melayu bangsaku penyubur sikapkerja beretika bertambah cekap.

Melayu bangsaku penerus agendagapai wawasan usaha diganda.

Melayu bangsaku pemelihara bahasasuara dipadu mantap perkasa.

Melayu bangsaku pembina jati dirigenerasi mendatang ampuh berdiri.

Melayu bangsaku pelindung watanmelawan petualang tak gentar ugutan.

Melayu bangsaku pencinta damaiberkat perpaduan muafakat disemai.

Melayu bangsaku pembela bangsatidak rela ketuanan binasa.

NAZIM MOHD SUBARIMersing, Johor

3 Komen | Puisi Tradisional | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey

Page 6: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Gurindam Malangnya   Bahasaku

Januari 17, 2009

Bahasa orang dipuja dipujibahasa sendiri dicerca dikeji.dihormatibahasa sendiri dibiar mati.

Bahasa orang dinilai dihargaibahasa sendiri diabai dibenci.

Bahasa orang diyakinibahasa sendiri disangsi.

Bahasa orang dianggap bergunabahasa sendiri dipandang hina.

Bahasa orang dinobat dipeliharabahasa sendiri disekat didera.

Bahasa orang dijunjung dijulang

bahasa sendiri dirundungmalang.

Bahasa orang digilap gemilangbahasa sendiri malap danhilang.

Ehsan JamilyTaman Desa BaruMelaka

Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey

Gurindam Kelebihan Bercakap   Benar

Januari 8, 2009

Kalau diamal bercakap benar,mulia peribadi akhlak bersinar.

Page 7: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Bohong menipu hasutan syaitan,elok dihindar mengelak kejahatan.

Mahkota diri baik pekerti,Sahabat taulan senang dekati.

Kata ditutur orang percaya,bersih hati disirami cahaya.

Tulus bicara tidak berdusta,tenangnya hidup tanpa sengketa.

Bercakap benar dalam perhubungan,suasana harmoni kekal berpanjangan.

Bercakap benar bukti kejujuran,tegak sentiasa tiang kebenaran.

Bercakap benar sepanjang masa,amalan diperbaiki diampuni dosa.

Bercakap benar sempurna iman,insan bertakwa hidupnya aman.

Bercakap benar banyak kelebihan,amal ibadah diterima tuhan.

NAZIM MOHD. SUBARI,Endau, Johor.

Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey

Syair Singapura   Terbakar

November 19, 2008

Serta terpandang api itu menjulang,Rasanya arwahku bagaikan menghilang,Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,Seperti anak ayam disambar helang.

Seberang-menyeberang rumah habis rata,Apinya cemerlang, tiada membuka mata,

Page 8: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Bunyinya gempar terlalulah gempita,Lemahlah tulang sendi anggota.

Pakaianku menyalah seperti kertas,Limau manis pun meletup seperti petas,Orang menolong pun terlalu pantas,Merebut barang-barang terlalulah lekas.

Ringgit pun hancurlah seperti timah,Habislah meleh ke bawah rumah,Tidaklah tentu barang dijamah,Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.

Barang yang hendak kubawa pulang,Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,Sekaliannya habislah hilang,Harapnya hatiku bukan kepalang

~ Unknown

Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey

Syair Nasihat Kepada   Perempuan

November 6, 2008

Demikian wahai lagi perempuan,Taatlah kepada suamimu tuan,Jangan menderhaka jangan melawan,Jadukan dirimu bersifat setiawan.

Jangan sekali berniat khianat,Apalagi kurang amanat,Pekerjaan wajin bukannya sunat,Jika dilawan mendapat laknat.

Pertama di dunia mendapat malu,Di dalam akhirat tubuh terpalu,Masyhur khabar ke hilir ke hulu,Sebab perangai tidak bermalu.

Sangatlah murka Rabbulizzati,Perintah suami tidak dituruti,

Page 9: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Hendaklah taat bersungguh hati,Kepada suamimu berbuat bakti.

Jangan takburkan rupamu elok,Melebihi kebanyakan makhluk,Menyangka dirimu tiada tertolok,Jadilah suamimu diperolok-olok.

Jangan sekali takburkan bangsa,Martabat tinggi di negeri dan desa,Memandang suamimu seperti rusa,Sombonglah tuan tutur bahasa.

Tiada menurut apa perintahnya,Perkataan kasar selalu keluarnya,Muka dimasamkan di hadapannya,Jadilah suami pecah hatinya.

Jika diperbuat demikian itu,Nyatalah kamu syaitan dan hantu,Hargamu tiada serial batu,Tiadalah harus dibuat menantu.

Dukalah tuan sehari-hari,Suami pun benci tiada terperi,Jika suamimu bijak bestari,Duduklah dia mendiamkan diri.

Tetapi hatinya rosaklah sudah,Kerana perbuatanmu yang haram jadah,Jadilah suamimu berhati gundah,Tiadalah kamu mendapat faedah.

Hanyalah dari balasan ngeri,Dimurkai Tuhan waidul kahri,Mendapat sengsara di dua negeri,Celaka bertambah sehari-hari.

~Unknown 

5 Komen | Puisi Tradisional | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey

Page 10: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Syair Siti Zubaidah & Perang di   China

Oktober 16, 2008

Baik parasnya bukan kepalangTubuhnya seperti emas cemerlangCahaya durjanya gilang-gemilangJika ditentang bagaikan hilang

Lemah lembut manis berseri-seriMajlisnya tidak lagi terperiParasnya seperti anakan periTiada berbanding di dalam negeri

Bertambahlah arif bijak laksanaBijak bestari akal sempurnaSifatnya lengkap tujuh laksanaTiada berbanding barang di mana

Jikalau dicari dengan makrifatCukup kepadanya serba empatHabis kepada sempurna sifatBandingnya itu sukar mendapat

Rambutnya panjang hitam lebatnyaKening beralit dengan hitamnyaMata hitam sangat hitamnyaBulu matanya lentik sangat eloknya

Hidungnya mancung lehernya jijangPinggangnya ramping dadanya bidangLoknya elok sederhana sedangSedap manis mata memandang

Puteri Zubaidah konon namanyaPatutlah nama dengan rupanyaDi negeri Irak sangat mashurnyaSeorang pun tiada tolok bandingnya 

2 Komen | Puisi Tradisional | Tagged: syair | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey

Page 11: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Perbilangan Adat   Melayu

Julai 27, 2008

Penakek pisau serautAmbil galah batang lintubongSeludang ambil ke nyiruSetitis jadikan lautSekepal jadikan gunungAlam terkembang jadikan guru.

—————-Ungkapan ini tidak seharusnya tinggal di dalam lipatan perbilangan adat. Ia harus dihayati dan dijadikan pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu kerana di sebalik keindahan bahasa terdapat falsafah yang tinggi yang boleh dijadikan pedoman hidup dan motivasi di dalam mencapai kejayaan. Pemikiran terpenting yang dapat dirumuskan dari ungkapan ini ialah memotivasikan supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu.

Ungkapan ini berpusat kepada seruan untuk berikhtiar dan berusaha juga berdaya kreatif kerana ( yang setitis jadikan laut/ yang sekepal jadikan gunung). Ia menyemaikan nilai positif dan optimis bahawa manusia boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan hidupnya. Kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang berterusan.

Pandangan yang terpancar dari ungkapan ini adalah juga selaras dengan ajaran Islam untuk berusaha, bersabar dan bertawakal. Al- Quran membawa ajaran bahawa manusia mempunyai daya ikhtiar. Semangat inilah yang menjadi faktor yang membawa kemajuan kepada umat Islam seperti yang diperjelaskan oleh Syed Naguib Al-Attas ketika membicarakan peranan Islam di dalam pembangunan tamadun Melayu. Tamadun Melayu dibangunkan oleh semangat yang dibawa oleh al- Quran yang menganggap manusia sebagai “mempunyai daya ikhtiar”.

“Setitis jadikan laut/sekepal jadikan gunung” adalah saranan untuk bekerja kuat mencari rezeki untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Seruan ini dapat disandarkan kepada banyak ayat al-Quran, di antaranya, yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)” (Al-Jumu‘ah; 10).

Alam fizikal bukan sahaja merupakan tempat bagi insan meneruskan hidup tetapi juga merupakan ayat-ayat Tuhan yang boleh dibaca oleh mereka yang mempunyai akal. Manusia diminta mempelajari ilmu mengenai alam di sekelilingnya. Ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia mendapatkan “ilmu’ dengan cara memerhati, menyelidik, mentafsir adalah banyak sekali. Semua ini dirumuskan melalui ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Iqra.

“Alam terbentang jadikan guru” menyatakan bahawa objek-objek alam fizikal adalah petanda-petanda yang memandu untuk memahami makna kejadian atau penciptaan serta keindahan.

Page 12: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Mesej penting adalah agar manusia menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Islam menyatakan dengan jelas bahawa “menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas umat Islam baik lelaki ataupun wanita”(hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey

« Entri-entri Sebelumnya Anda sedang melihat arkib bagi kategori Puisi Tradisional.

Penyair Terbilang

Blog ini memuatkan himpunan puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman, nukilan penyair terkenal seperti Khalil Gibran, Umar Khayyam, Chairil Anwar serta puisi moden sasterawan negara seperti Usman Awang dan penulis moden masakini. Turut diselitkan puisi tradisional Melayu seperti pantun, nazam dan gurindam. Puisi-puisi ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada semua.

Twitterhttp://twitter.com/luvhaniey

Facebookhttp://www.facebook.com/luvhaniey

Myspacehttp://www.myspace.com/luvhaniey

Hantar KaryaBerkongsi karya, sila klik sini.

About Me

[Home] [Cinta] [Lirik] [Contact]

Page 13: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Webmistress: Haniey

Di blog ini saya himpunkan koleksi puisi dari penyair terpilih. Harap anda juga menyukainya!

Recent Postso (Puisi) Sia-Sia : Chairil   Anwar

o Puisi Chairil Anwar –   Penerimaan

o Haiku Anak   Bangsa

o Puisi Chairil Anwar – Tak   Sepadan

o Wahai   Anakku

o Sajak Kita Malu Dengan Binatang – Zahari   Hasib

o Puisi Sendiri – Chairil   Anwar

o Puisi Masyitah – Zurinah   Hassan

o Koleksi Puisi : Andainya (Ahmad   Sarju)

o (Sajak) Di Tengah Senggara –   Punggok

o Perempuan Dalam Puisi – Zahari   Hasib

o (Sajak) Kesibukan – Zahari   Hasib

o Pantun Enam   Kerat

o Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan   Maksud

o Pantun Lapan   Kerat

Puisi Popular

o Pantun

Page 15: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Nak tau? Sila klik sini.

Kategorio A Aziz Deraman (10)

o A. Samad Said (11)

o Abdul Rahim Idris (7)

o Amir Hamzah (2)

o Artikel (2)

o Asaari Mohamad (16)

o Biografi Penyair (14)

o Chairil Anwar (28)

o Dharmawijaya (7)

o English Poems (1)

o Hamka (2)

o Hamzah Fansuri (4)

o Jalaluddin Rumi (43)

o Kemala (16)

o Khadijah Hashim (8)

o Khalil Gibran (52)

o Koleksi Pantun Melayu (43)

o Lain-lain (396)

o Latiff Mohiddin (5)

o Masuri S.N (8)

o Muhammad Haji Salleh (1)

Page 16: Contoh Pantun Dan Syair Moden

o Pablo Neruda (6)

o Pemimpin Politik (7)

o Penyair Amerika/Eropah (11)

o Penyair Timur Tengah (47)

o Puisi Patriotik (18)

o Puisi Tradisional (25)

o Rejab FI (4)

o S. Othman Kelantan (2)

o Siti Zainon Ismail (13)

o T.Alias Taib (8)

o Umar Khayyam (8)

o Usman Awang (40)

o WB Rendra (5)

o WS Rendra (26)

o Zahari Hasib (3)

o Zurinah Hassan (17)

Archives

Koleksi Cinta ( LOVE )o Gambar Cute: U Break My Heart!

o Tips Menjamin Privasi di Ruang Siber

o Tips Membaca Dengan Pantas

o Love Poster : You Know You're In Love...

o Luahan Hati : Tiada Jodoh Di Antara Kita

o Jiwa Kacau ? Oh Tidak!

o Kata-Kata Hikmah Bijaksana Pujangga Islam

Page 17: Contoh Pantun Dan Syair Moden

o Melupakanmu, Aku Tidak Mampu

o Empat Gaya Kepimpinan

o Tips Hilangkan Rasa Sunyi Di Hati

o Hakikat Cintaku

o (Luahan Hati) Menanti Sinar

o Tips Stylo Untuk Si Jejaka!

o Poskad Cinta - Bertepuk Sebelah Tangan

o (Kisah Cinta) Warkah Cinta Terakhir

o Menghormati Guru

o Kata-Kata Hikmat (Hikmah)

o Kisah Cinta : Sekuntum Cinta Pengantin Syurga

o Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir

o Tip Memenangi Hati Gadis- Biar Si Dia Sayang Padamu

Seri Kasih

o Manifestasi cinta terhadap Allah melangkaui hawa nafsu

o Kata-kata pujian merangsang potensi diri

o Setiap tutur kata cermin peribadi

o Tuanku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Sultan Johor baru

o Petua Amalan Harian Untuk Panjangkan Usia

o Gangguan mental , sakit jiwa dan penyelesaian

o Meraih kasih sayang anak

o Resepi Agar-agar Kelapa Muda

o Bill Gates pun guna Twitter

o Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet Microsoft Internet Explorer

o Tip Mencipta Bilik Air Idaman

o Penyakit Ketuat dan Kutil

Page 18: Contoh Pantun Dan Syair Moden

o Gurau Senda Rasulullah

o Jawi sasar Putrajaya sifar maksiat

o Dengkur tidur petanda sakit kronik

o Denggi Berdarah

o Keputihan perlu dirawat

o Pentingnya menjaga warisan alam

o Gangguan Seksual Di Pejabat

o Mengatasi Mimpi Buruk

Doa Pengasih

Nak tau? Sila klik sini.

Recent Commentsgina pada Pantun   Teka-Teki niniey pada Ketika Hati Menangis ~ Anna…udin toge pada Puisi Chairil Anwar –…Indrajaya Sulung Ber… pada Pantun   Perpisahan ella pada Biografi W.S   Rendra syasya pada Puisi Sajak Patriotik Sempena …famous pada Pantun   Kanak-Kanak famous pada Pantun   Peribahasa syiera pada Pantun   Jenaka pitt pada Puisi Chairil Anwar –…hil pada Ketika Hati Menangis ~ Anna…chintya pada Puisi Chairil Anwar –…nadia natasha pada Pantun Hari   Raya riSty pada Nasihat Jiwaku ~ Khalil   G… SITI SALBIAH ZAAHARI pada Ingatan Kepada Kawan XVI ~ Zae…

Lulus Temuduga

Page 19: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Tip Lulus Temuduga Kerajaan. Nak tau? Sila klik sini.

Aneka Pautano English Lyrics

o Forum Remaja

o Info Kesihatan & Perkahwinan

o Koleksi Cinta ( LOVE )

o Lirik Lagu Melayu

Chatroom Dan Forum

o Cinta Chatroom

o Forum Remaja

Variasi

o Cara Lulus Temuduga

o Cara Memikat Wanita

o Myspace RM

o Panduan Cari Duit Kahwin

o Panduan Kuruskan Badan

o Panduan Nikah Kahwin

o Rahsia Doa Pengasih

o Rahsia Tarikh Lahir

Tip Kuruskan Badan

Page 20: Contoh Pantun Dan Syair Moden

Panduan Kuruskan Badan. Nak tau? Sila klik sini.

Twitter Updates o (Puisi) Sia-Sia : Chairil Anwar: Sia-sia – Chairil Anwar Penghabisan kali itu kau

datang Membawa kembang berkarang... http://bit.ly/ai8q6H 12   hours   ago

o Gambar Fahrin Menangis... sedihnye.. http://j.mp/4oox9r 1   day   ago

o Puisi Chairil Anwar – Penerimaan: Penerimaan – Chairil Anwar Jika kau mau, kuterima kau kembali Dengan sepenuh hat... http://bit.ly/6JncOF 1   day   ago

o Nexus One mampu dominasi segmen telefon bimbit pintar? http://post.ly/KWkG 1   day   ago

o Haiti Earthquake Live Video http://bit.ly/7iL9UD 2   days   ago

o @ardmad whatcha doin? 2   days   ago

o Until you've lost your reputation, you never realize what a burden it was. ~Margaret Mitchell 2   days   ago

o Bersyukurlah kerana kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan Allah buat kita, itulah yang terbaik (Hamka) 2   days   ago

Follow Me On Twitter

Email Subscription

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.