Contoh Karangan-hadiah Yang Saya Sukai

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Karangan UPSR

Citation preview

Contoh Karangan: Hadiah yang paling saya sukai

Hadiah yang paling saya sukai ialah sepasang kasut sukan. Kasut sukan itu merupakan hadiah daripada ayah sempena hari jadi saya yang ke-11.

Kasut itu berjenama Nike, dan warnaya biru tua. Saya sangat suka reka bentuk kasut ini. Saya sentiasa memakai kasut ini pergi bermain badminton.

Pada setiap petang, saya akan memakai kasut sukan ini berlatih badminton di gelanggang badminton. Kasut sukan ini sangat selesa dan dapat melindungi kaki saya daripada cedera. Selain itu, saya juga akan memakai kasut ini semasa menyertai pertadingan badminton.

Pada hujung minggu pula, saya akan mencuci kasut sukan ini supaya ia kelihatan bersih dan cantik. Saya sangat suka hadiah ini. Oleh itu, saya akan menyimpan kasut sukan ini ke atas rak kasut selepas menggunakannya.

Saya sangat gembira kerana memiliki hadiah ini. Saya berharap kasut sukan ini akan kekal baik.

Contoh Karangan : Hadiah yang paling saya sukai

Buku Cerita merupakan hadiah yang paling saya sukai. Hadiah ini merupakan ganjaran daripada ibu sempena saya memenangi pertandingan syarahan itu.

Buku Cerita itu bertajuk Periuk yang Ajaib. Kulit buku itu berwarna hijau. Di dalam isi kandungan buku ini,terdapat gambar-gambar dan cerita yang menarik.

Pada masa lapang, saya akan mengeluarkan buku cerita ini untuk membaca. Cerita ini sangat menarik dan memberi banyak pengajaran kepada saya. Antara pengajaran yang saya pelajari daripada buku ini adalah jangan bersikap tamak.

Selepas membaca, saya akan meletakkan buku ini ke atas rak buku. Kadang-kala saya akan membacakan buku cerita ini kepada adik saya dengar.

Saya sangat gembira kerana inilah buku cerita pertama yang saya miliki. Saya akan menghargai buku cerita ini dan menjaga ia dengan baik.