22
Tajuk : Kertas Kerja Latihan Pusat Bola Sepak. Oleh : Nazri Ghani. Ditulis Pada : Mei 2011 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pendahuluan 3 2 Kertas Kerja Latihan Pusat Bola Sepak 4 3 Menyediakan Jadual Latihan 10 4 Jadual Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak SK Peserian 11 5 Perincian Sesi Latihan 15 6 Rumusan 18 7 Apendix 19 1

Cnth Plan Permainan

  • Upload
    sya

  • View
    26

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

m

Citation preview

Page 1: Cnth Plan Permainan

Tajuk : Kertas Kerja Latihan Pusat Bola Sepak.Oleh : Nazri Ghani.Ditulis Pada : Mei 2011

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pendahuluan 3

2 Kertas Kerja Latihan Pusat Bola Sepak 4

3 Menyediakan Jadual Latihan 10

4 Jadual Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak

SK Peserian 11

5 Perincian Sesi Latihan 15

6 Rumusan 18

7 Apendix 19

1

Page 2: Cnth Plan Permainan

1. PENDAHULUAN

Guru penasihat sukan dan permainan selaku jurulatih memainkan peranan penting

dalam pembangunan sukan di sekolah khususnya dan negara amnya. Mereka merupakan

aset yang menjadi nadi penting dalam membentuk ahli sukan yang mantap dan

berkemahiran tinggi bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara

yang menyerlah dalam kegiatan sukan yang disertai di peringkat antarabangsa. Amat

penting, guru-guru tersebut diberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta

kemahiran yang berkaitan agar dapat diterapkan dalam sesi latihan yang dirancang.

Sebagai jurulatih sukan di sekolah, guru-guru tersebut hendaklah diberi sedikit

ruang dan masa untuk merancang program yang bersesuaian dengan murid-murid yang

telah dipilih seterusnya melaksanakan program mengikut fasa-fasa latihan dalam jangka

masa yang bersesuaian. Selain itu faktor lain juga turut menyumbang kepada kejayaan

program antaranya sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa, sumber kewangan

serta peralatan dan kemudahan yang mencukupi bagi sesi latihan yang dirancang.

Pertandingan dalam sukan merupakan satu medan yang baik dan berkesan untuk

mengenal pasti bakat, mengaplikasi taktik dan strategi permainan serta menilai prestasi

peserta dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Pengetahuan dan

kemahiran jurulatih dalam aspek penyediaan program latihan yang lengkap, sesuai dan

sistematik amat dititikberatkan bagi memastikan matlamat yang disasarkan dapat dicapai.

Di samping itu, kemahiran pengelolaan juga amat penting bagi membentuk serta

melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang berpengetahuan, ‘versatile’ dan berkemahiran

dalam permainan spesifik.

Perancangan yang baik melalui kertas kerja yang lengkap serta mengandungi

butiran berkaitan sukan atau permainan yang dipilih akan memudahkan jurulatih di

sekolah mendapatkan sokongan terutama daripada pentadbir, masyarakat dan badan-

badan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan latihan yang lebih berkesan terutama

berkaitan dengan soal kewangan dan kesediaan ibu-bapa melepaskan anak mereka untuk

menyertai latihan yang telah dirancang.

2

Page 3: Cnth Plan Permainan

2. KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT BOLA SEPAK

Tajuk : LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA SEPAK SK PESERIAN

Pengenalan

Pasukan Bola Sepak SK Peserian mula ditubuhkan pada 15 Januari 1965. Bagi

tahun 2011, seramai 20 orang telah dipilih bagi menyertai latihan. Sehubungan itu, pihak

pengurusan pasukan telah merancang latihan pusat untuk meningkatkan keupayaan

pasukan sekolah dalam pertandingan yang bakal disertai kelak yang dijangkakan akan

dilaksanakan pada penghujung Disember 2011.

Rasional

Latihan Pusat yang dirancang akan menyediakan pasukan yang mantap melalui pemilihan

yang lebih sistemetik di samping berupaya memantapkan kemahiran sedia ada pemain

bola sepak sekolah. Semangat ‘esprit de corp’ akan diserapkan dalam diri pemain di

mana kejayaan bukan hanya untuk individu tetapi pasukannya di samping dapat

menaikkan nama sekolah.

Matlamat

Matlamat latihan pusat ini ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain di

samping menerapkan teknik dan taktikal yang sesuai dalam permainan bola sepak. Selain

itu, peraturan dan undang-undang berkaitan juga dititikberatkan agar para pemain

memahami aspek pengadilan bola sepak seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri

serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pemain. Aktiviti yang diadakan dalam

latihan pusat ini diharapkan dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam

kalangan pemain. Pemukiman pemain dalam latihan pusat ini diharapkan membantu

pemain agar lebih kreatif dalam merencana strategi bagi memburu kemenangan dalam

setiap perlawanan yang telah diatur.

3

Page 4: Cnth Plan Permainan

Objektif

1. Memberi bimbingan dalam pengambilan makanan dan diet yang sesuai

dengan sukan bola sepak.

2. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang undang-undang dan

peraturan bola sepak secara khusus.

3. Menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan pemain dan bermain untuk

menang.

4. Meningkatkan kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran dalam

kalangan pemain mengikut fasa yang ditetapkan serta mengurangkan risiko

kecederaan dalam sukan.

5. Menerapkan strategi dan taktikal yang berkesan dalam permainan berpasukan.

6. Menajamkan kemahiran asas bola sepak secara individu dan berpasukan.

Maklumat Pelaksanaan

Tarikh : 1 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011

Tempat : Padang SMK Semerah, Batu Pahat.

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Kitaran Latihan : 12 minggu.

Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 3 – Tahun 6 ( berumur 9 – 12 Tahun )

SK Peserian – Murid yang telah dipilih menyertai

pasukan bola sepak sekolah.

Bilangan Peserta : 20 orang.

4

Page 5: Cnth Plan Permainan

Bilangan Hari Latihan

1. Fasa Persediaan - Umum - 4 minggu

- Khusus - 4 minggu

2. Fasa Pertandingan - Pra - 1 minggu

- Pertandingan - 1 minggu

3. Fasa Transisi - Rehat Pasif - 1 minggu

- Rehat aktif - 1 minggu

Peralatan

BIL BUTIRAN BILANGAN CATATAN

1 Jersi Pasukan / Seluar Pendek 20 pasang

Disediakan oleh

Jawatankuasa

Latihan

2 Shin Guards 20 pasang - sda -

3 Kasut Bola / Stoking 20 pasangDisediakan oleh

pemain sendiri.

4 Bola 30 biji

Disediakan oleh

Jawatankuasa

Latihan

5 Mini Skitel 30 buah - sda -

6 Jam Randik ( Stopwatch ) 5 buah - sda -

7 Video Bola SepakMengikut

Kesesuaian Jurulatih- sda -

8 Sarung Tangan Penjaga Gol 3 pasang - sda -

9 Fail Pengurusan 10 buah - sda -

5

Page 6: Cnth Plan Permainan

Jawatankuasa Latihan

Penasihat : Encik Khalidi Senan GB SK Peserian

Penyelaras : Encik Mohd Khalid Zaharin GPK Kokurikulum

Pengerusi : Encik Abd Ghafar Ahmad

Setiausaha : Encik Nazri Ghani

Bendahari : Puan Khalsom Ahmad

Jurulatih : Encik Anuar Albar Bakri

Pen. Jurulatih : Encik Alias Abd Kadir

AJK

1. Peralatan / Persediaan Tempat 3. Dokumentasi

a. Tn Hj Masri Buang a. Encik faiz Abd Rahman

b. Encik Mohd Amri Siben

c. Encik Mesri Seral

2. Makanan / Minuman 4. Kecemasan / Fisioterapi

a. Encik Mohd Hadip a. Encik Khalidi Atan

b. Pn Azizah Mahfood b. Encik Nazri Ghani

Anggaran Perbelanjaan

BIL BUTIRAN PERBELANJAAN CATATAN

1 Makan dan minum pemainRM 500.00 Fasa Persediaan

RM 200.00 Fasa Pertandingan

2 Kotak First Aid RM 100.00 2 unit

3Pengangkutan Perlawanan

persahabatan / pertandinganRM 200.00

6

Page 7: Cnth Plan Permainan

4 Saguhati pemain / pegawai RM 300.00

BIL BUTIRAN PERBELANJAAN CATATAN

5 Bola RM 300.00Tambahan kepada

bola sedia ada

6 Shin Guards RM 100.00 -sda-

7 Fail Pengurusan / Pelbagai RM 50.00

8 Yuran Pendaftaran pertandingan RM 30.00

9 Jurulatih Jemputan RM 150.00

10 Perbelanjaan Luar Jangka RM 70.00

JUMLAH RM 2000.00

Sumber Kewangan

1. Peruntukan Kokurikulum.

2. Sumbangan PIBG.

3. Sumbangan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Peserian.

4. Sumbangan ibu-bapa / penjaga.

5. Sumbangan individu.

Strategi

1. Pemilihan pemain melalui pertandingan antara kelas.

2. Memaklumkan program kepada ibu-bapa / penjaga.

3. Latihan mengikut Fasa.

4. Perlawanan persahabatan dengan sekolah yang berhampiran.

a. SK Seri Comel, Batu Pahat.

b. SK Seri Maimon, Batu Pahat.

c. SK Pekan Baru, Muar.

d. SK Orang Kaya Ali, Muar.

5. Menyertai pertandingan peringkat Zon Semerah.

6. Jemputan Jurulatih Luar ( Program JKID )

7

Page 8: Cnth Plan Permainan

Senarai Pemain Terpilih Menjalani Latihan Pusat

Nama Posisi Pemain

1. Muhd Nur Hakim Rusdan Tengah

2. Muhd Aiman Naqib Mohd Rahim Penjaga Gol

3. Mohd Hamizan Md Fauzan Pertahanan

4. Mohd Fazlee Saadon Sayap

5. Muhd Idham Nordin Penyerang

6. Mohd Hilmi Aris Penyerang

7. Nuqman Abd Halim Penyerang

8. Mohd Syukri Wagiman Tengah

9. Mohd Aminuddin Johari Sayap

10. Ahmad Anwar Mujahid Ja’afar Pertahanan

11. Muhd Fikri Abu Bakar Sayap

12. Muhd Haziq Zulkifly Pertahanan

13. Muhd Izwan Azhar Tengah

14. Muhd Taqiuddin Masri Pertahanan

15. Muhd Amir Farhan Abd Ghafar Penjaga Gol

16. Mohdi Khairul Nizam Abd Jalil Penyerang

17. Muhd Rashidi Sulaiman Sayap

18. Muhd Rashidi Suhaimi Pertahanan

19. Muhd Aswad Mohd Samsudin Tengah

20. Muhd Syihabudin Muhidir Tengah

Disediakan Oleh : Disahkan oleh :

....................................... .......................................

( NAZRI BIN GHANI )

Setiausaha,

Program Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak,

SK Peserian, Batu Pahat.

8

Page 9: Cnth Plan Permainan

3. MENYEDIAKAN JADUAL LATIHAN

Jadual Latihan biasanya disediakan berpandukan keperluan tahap kecergasan

pemain, teknikal, taktikal dan psikologi peserta latihan. Sebelum sesuatu pertandingan,

beberapa fasa latihan disediakan bagi menentukan keperluan latihan yang perlu

ditekankan. Dalam fasa persediaan umum misalnya, tumpuan lebih diberikan kepada

pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutama dalam aspek daya tahan

kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas. Aktiviti ini meliputi 70% daripada

latihan yang dijalankan dan 30% lagi dikhususkan kepada pendedahan dan latihan teknik.

Jadual Latihan haruslah fleksibel mengikut tahap penerimaan murid. American

Coaching Effectiveness Programme (1996), menyarankan sekiranya jurulatih mendapati

pemain tersangkut pada sesuatu kemahiran, mereka seharusnya diberikan masa yang

lebih lama untuk menyesuaikan diri walaupun ini bermakna berlaku sedikit penundaan

dalam jadual latihan. Pemain yang tidak dapat menangani kemahiran asas akan pasti

tidak dapat melaksanakan kemahiran yang lebih sukar.

Jadual Latihan juga hendaklah mengambil kira aspek-aspek seperti prinsip-prinsip

latihan, jenis latihan yang sesuai dengan fasa, kaedah latihan, tempoh latihan Periodisasi,

Jangka masa latihan dan jumlah sesi latihan

Pada awal musim, pemain boleh dilatih dengan meningkatkan tahap kecergasan

dan kemahiran yang penting serta kurang sukar. Objektif program boleh ditetapkan tetapi

jurulatih boleh mempelbagaikan aktiviti bagi mencapai objektif tersebut. Susunan aktiviti

yang tidak terlalu padat haruslah dipertimbangkan bagi mengelakkan pemain atau pelatih

mengalami kelesuan melampau selepas sesuatu sesi latihan.

Selain itu, aspek keselamatan dan pemakanan pemain juga mesti diambil kira

dengan memberikan panduan yang berterusan kepada mereka. Aspek kebajikan pemain

perlu diambil berat bagi meningkatkan motivasi mereka dalam latihan dan pertandingan

yang disertai.

9

Page 10: Cnth Plan Permainan

4. JADUAL LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA SEPAK SK PESERIAN

Tarikh latihan pusat : 1 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011

Tempoh : 3 bulan

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Bilangan peserta : 20

Permainan : Bola Sepak

Strategi Latihan : 5 hari latihan / minggu

2 hari cuti.

4.1 Fasa Persediaan

4.1.1 Persediaan Umum

MINGGU AKTIVITI CATATAN

1

- Pembahagian Jadual Latihan

- Mengenal Sukan Bola Sepak.

- Teknik Menyepak Bola.

- Pemakanan / Diet Pemain Bola Sepak.

- Motivasi / ‘team spirit’.

- Panduan Kecergasan Fizikal

Teknik Sepak Bola :

- Sepak leret.

- Sepak kuis depan.

- Sepak kuis luar kaki.

- Sepakan tumit.

- sepakan tinggi dan volli.

2

- Undang-undang Bola Sepak

- ‘Warming up’ / ‘Cooling Down’

- Latihan menahan dan menghantar bola.

- Latihan Kecergasan

- Permainan Kecil.

Rujuk Modul latihan

Sukan Untuk Guru

Penasihat Kelab Sukan

Sekolah – Sukan Bola

Sepak Sekolah Rendah.

3

- Kecergasan Fizikal.

- Teknik sepakan asas / kawalan bola.

- Teknik Menyerkap bola / hantaran leret.

- Latihan Menanduk bola.

- Latihan kawalan bola ketika berlari.

- Permainan Kecil

Teknik Menyerkap Bola :

- sebelah dalam kaki.

- Bahagian atas kaki / peha.

- Bahagian tapak / hujung.

- Bahagian perut / dada.

- menggunakan kepala.

10

Page 11: Cnth Plan Permainan

MINGGU AKTIVITI CATATAN

4

- Kecergasan Fizikal.

- Latihan hantaran tepat.

- Latihan variasi sepak bola / hantaran jauh.

- Latihan mengelecek / merebut bola.

- Latihan variasi menyerkap bola.

- Latihan Khusus ikut posisi pemain.

- Permainan kecil.

Latihan Kecergasan :

- Latihan LSD.

- Latihan fartlek.

- Latihan Litar.

- Latihan Jeda.

*dijalankan mengikut

isipadu dan intensiti yang

berbeza

4.1.2 Persediaan Khusus

MINGGU AKTIVITI CATATAN

5

- Kecergasan Fizikal.

- Strategi 4-2-4 / 4-3-3.

- Latihan mengelecek bola.

- Latihan menyerkap / Menanduk bola.

- Latihan Menghantar / menerima bola.

- Latihan Intensif penjaga gol.

- Permainan Kecil.

Latihan Intensif Penjaga

Gol :

- Tangkapan bola leret.

- Bola paras dada.

- Menepis bola.

- Menumbuk bola.

- Lompat junam (diving).

- Tendang gol.

- Lemparan bola.

6

- Kecergasan Fizikal.

- Strategi 4-4-2 / 1-4-3-2.

- ‘offside’ / Lontaran ke dalam.

- Latihan menghantar / menerima /

mengelecek pemain lawan.

- Latihan Variasi Jaringan Gol / Penjaga Gol.

- Tendangan sudut.

Strategi Permainan :

Digunakan bagi menguji

kesesuaian pemain dengan

formasi dan posisi pemain

yang akan dipilih.

11

Page 12: Cnth Plan Permainan

MINGGU AKTIVITI CATATAN

7

- Latihan Kecergasan.

- Strategi / taktikal.

- Latihan Variasi Jaringan / tendangan

percuma.

- ’Counter Attack’.

- Motivasi / psikologi pemain.

- Permainan simulasi.

Psikologi Pemain :

- Memberi Penumpuan.

- Sikap Positif (perlawanan)

- Sikap Positif (latihan)

- Sentiasa bersedia / stabil.

- Berani mengambil risiko.

- keyakinan / kemahuan diri

8

- Latihan Kecergasan.

- Taktikal pasukan.

- Kawalan bola dan permainan.

- Latihan kemahiran mengawal lawan /

menutup ruang gol.

- Latihan Variasi Jaringan / Tendangan penalti

/ Tendangan sudut.

- Penilaian pemain / pemilihan pemain utama.

Latihan Variasi Jaringan :

- Peluang jaringan.

- Peratusan sudut jaringan.

- minit kekerapan jaringan.

- Jaringan melalui sepak

terus, penalti, tendangan

percuma, tendangan sudut,

tandukan bola, volli dll.

4.2 Fasa Pertandingan.

4.2.1 Pra Pertandingan.

MINGGU AKTIVITI CATATAN

9

- Kecergasan Fizikal.

- Pemakanan / diet pemain.

- Video taktikal bola sepak / perlawanan

pilihan.

- Motivasi ‘Bermain macam bintang’.

- Perlawanan Persahabatan.

- Penilaian pemain.

12

Page 13: Cnth Plan Permainan

4.2.1 Pertandingan.

MINGGU AKTIVITI CATATAN

10

- Kecergasan Fizikal.

- Pemakanan / diet pemain.

- Persediaan mental / taktikal / bermain secara

berpasukan.

- Video taktikal bola sepak / perlawanan

pilihan.

- Konsep ‘Fair Play’

- Perlawanan Peringkat Zon Semerah.

- Rawatan / pemulihan.

4.3 Fasa Transisi

MINGGU AKTIVITI CATATAN

11 -Cuti / Latihan individu. Rehat Pasif

12

- Kecergasan Fizikal.

- Rekreasi / Regangan / kelenturan.

- Undang-undang Bola sepak.

Rehat Aktif

5. PERINCIAN SESI LATIHAN

5.1 Persediaan Fizikal

Latihan kecergasan fizikal disediakan untuk murid-murid yang terlibat dalam

program bola sepak tersebut. Menurut Wee Eng Hoe ( 1994 ), sebelum sesuatu program

dirancang, komponen-komponen kecergasan perlu dikenali dan diketahui secara

mendalam. Oleh itu, latihan yang disediakan akan merangkumi kecergasan berasaskan

kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran.

13

Page 14: Cnth Plan Permainan

Empat kaedah latihan disediakan dalam perancangan iaitu latihan jeda, latihan

LSD, latihan Fartlek dan latihan litar. Kaedah latihan tersebut dipilih kerana didapati

sesuai dalam meningkatkan tahap kecergasan para pemain bola sepak. Latihan LSD

melibatkan aktiviti larian sederhana laju yang menggunakan sistem tenaga aerobik di

mana tubuh menggunakan oksigen.

Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan sistem tenaga aerobik kerana ia

dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin yang

membawa oksigen ke otot-otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam

metabolisme asid lemak. Perubahan fisiologi ini memberi kesan ke atas sistem kardio

respiratori dan seterusnya dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik. Pemain tidak

dikehendaki berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan semasa larian ini, tetapi

mereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang telah ditetapkan.

Kadar denyutan nadi diambil sebelum, sepanjang dan selepas LSD bagi

menentukan pemain mencapai tahap prestasi yang diperlukan. Wee Eng Hoe (1997),

menyatakan bahawa untuk memastikan kita menjalani latihan mengikut intensiti yang

betul, kita perlu mengetahui kadar nadi sebelum, semasa dan selepas latihan. Kadar nadi

boleh dikira dengan manual melalui cara menggunakan 2 jari diletakkan di leher dan

mengiranya selama 1 minit. Justeru, pada kebiasaanya kadar rehat atau sebelum

memulakan latihan adalah diantara 60-80 denyutan seminit. Jadi, pemain akan berada

ditahap yang ‘optimum warm up’ bila mencapai diantara 120-140 bpm (beat per minute).

Latihan Fartlek yang digunakan dalam jadual melibatkan aktiviti joging ringan (5

minit), Lari pecut (20 meter), joging perlahan (100 meter), jalan keliling (200 meter) dan

lari undur (20 meter ) bagi set 1 manakala bagi set 2 pula melibatkan aktiviti lari biasa 50

m, lari perlahan 5 minit, lari pecut 50 m dan berjalan 100 m. Selain meningkatkan

keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan

daya tahan otot.

Melalui kaedah latihan Litar, pemain disediakan latihan melibatkan aktiviti tekan

tubi (stesen 1), lari ulang alik (stesen 2), skipping (stesen 3), mengangkat kaki (stesen 4)

dan bangkit tubi. Kaedah latihan ini dapat meningkatkan motivasi kendiri, menambah

daya tahan dan kelenturan fizikal pemain. Latihan ini juga dapat membina dan

meningkatkan kecergasan aerobik.

14

Page 15: Cnth Plan Permainan

Kaedah latihan keempat yang digunakan dalam jadual latihan ialah latihan jeda.

Latihan jeda mengandungi sesi senaman, kerja atau latihan yang diselang-selikan dengan

masa rehat. Menurut Mohd Ramli Nordin (1989), tujuan utama latihan jeda ialah untuk

menambahkan kecekapan sistem tenaga aerobik supaya menambahkan kebolehan

individu dalam prestasi yang lebih hebat.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam latihan jeda ialah lari naik dan turun tangga,

lari striding 50 m bagi sesi 1 serta lari pecut 50 m dan lari bergalop. Latihan ini juga

melibatkan penentuan masa larian, masa rehat serta nisbah kerja kepada jeda rehat.

Latihan jeda melibatkan intensiti tinggi dan kemungkinan untuk cedera juga adalah

tinggi. Ini kerana ia memberi tekanan ke atas otot-otot. Sebaik-baiknya kuantiti setiap

aktiviti dan jumlah ulangan perlu dikawal tanpa menjejaskan kualiti latihan serta dapat

mengekalkan masa rehat yang ditetapkan.

5.2 Fasa Utama ( Teknikal )

Beberapa latihan berkaitan kemahiran dan teknik bola sepak diajar dan

diaplikasikan dalam jadual latihan. Peraturan asas bola sepak diperkenalkan bagi

menambahkan dan memperkayakan input sedia ada tentang bola sepak dalam diri

pemain. Di akhir setiap sesi fasa utama, jurulatih boleh memberi peluang kepada pemain

mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari melalui permainan kecil bola sepak.

Antara kemahiran yang dicadangkan dalam jadual latihan ialah kemahiran

menyepak bola, menyerkap, menanduk bola dan beberapa jenis kemahiran hantaran bola

yang sesuai dijalankan dalam jangka masa latihan. Jenis kemahiran seharusnya tidak

terlalu padat hingga mendatangkan masalah kepada para pemain untuk mengingati

seterusnya menguasai kemahiran yang diajar dengan baik. Pemain tidak harus ditekan

untuk menguasai sesuatu kemahiran bagi mengelakkan mereka mengalami kelesuan dan

psikologi mereka terganggu dengan corak latihan yang terlalu keras dan melampau.

15

Page 16: Cnth Plan Permainan

5.3 Fasa Taktikal

Melalui fasa ini para pemain didedahkan dengan strategi perlawanan sama ada

menggunakan format 4-3-3, 4-4-2 dan sebagainya. Pemain akan dinilai tahap keserasian

dalam pasukan dan posisi yang sesuai untuk setiap pemain. Persefahaman dan

komunikasi yang baik antara pemain juga ditekankan agar dapat mewujudkan semangat

berpasukan dengan lebih kukuh dan berkesan. Latihan-latihan jaringan juga dilakukan

bagi memberi pemain memilih cara dan peluang jaringan yang sesuai.

Dalam Fasa ini, Perlawanan persahabatan juga diadakan bagi menilai tahap

kemahiran individu dan berpasukan serta keberkesanan latihan kecergasan yang telah

dilaksanakan.

5.4 Fasa Psikologi.

Murid yang menyertai latihan pusat ini diberikan motivasi secara berkala bagi

meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa bersikap positif sama ada semasa sesi latihan

dan perlawanan yang disertai. Tayangan video perlawanan pilihan yang melibatkan

bintang-bintang bola sepak juga membantu meningkatkan keazaman dan semangat

pemain agar cuba bermain mengikut pasukan pilihan dan idola mereka. Sikap sentiasa

bersedia dan berani mengambil risiko demi kemenangan pasukan juga diterapkan melalui

sesi motivasi yang dijalankan.

6. RUMUSAN

Perancangan yang sistematik dan memenuhi keperluan pemain dalam sesuatu

jenis sukan hendaklah diteliti dan diperhalusi agar segala yang dirancang dapat mencapai

objektif iaitu mempertingkatkan tahap kecergasan pemain, mempertingkatkan kemahiran

teknikal dan taktikal serta menguatkan lagi tahap psikologi dan fizikal pemain seterusnya

mencapai kemenangan berpasukan dalam pertandingan yang disertai.

Dengan merancang program latihan secara sistematik, jurulatih dan pemain akan

dapat menilai sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan pemain tersebut. Di

samping itu jurulatih mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran

bola sepak yang masih belum dikuasai oleh pemain.

16

Page 17: Cnth Plan Permainan

Mengikut Abdullah Ali ( 1989 ), seorang pemain bola sepak perlu belajar selok

belok permainan. Seorang pemain perlu cekal menerima tunjuk ajar daripada

jurulatihnya. Oleh itu, sebagai seorang jurulatih yang dipertanggungjawabkan, kita

hendaklah meningkatkan pencapaian para pemain dalam setiap aspek dan perlu lebih

cekap berkomunikasi supaya pemain dapat menerima apa yang diajar dengan mudah dan

berkesan.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Ab. Alim Abdul Rahim (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar

Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Ali ( 1989 ). Bola Sepak. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

American Coaching Effectiveness Programme ( 1996 ). Rookie Coaches Soccer Guide /

Bola Sepak : Panduan Jurulatih Baru. Shah Alam : Federal Publications Sdn.

Bhd.

Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Kursus Kejurulatihan Tunas

Bola Sepak MSSM 1999 Zon Tengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Modul Latihan Sukan Untuk

Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah – Sukan Bola Sepak Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasbullah Ismail, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Borhan Yusof (2011). HBPE3103

Kegiatan Profesional (Permainan). Seri Kembangan : Open University Malaysia.

17

Page 18: Cnth Plan Permainan

Mohd Ramli Nordin ( 1989 ). Pendidikan Jasmani Untuk Kecergasan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Harun, Dr Norlena Salamuddin ( 2010 ). HBPE1203 Kecergasan Fizikal.

Seri Kembangan : Open University Malaysia.

Stacey Chapman, Edward Derse, Jacqueline Hansen (2008). Soccer Coaching Manual.

Los Angeles : LA84 Foundation.

Wee Eng Hoe ( 1997 ). Kecergasan Satu Panduan Hidup Sihat. Shah Alam : Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe ( 1994 ). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe, Teng Boon Tong ( 1998 ). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4.

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia ; Dewan Bahasa dan Pustaka ;

Media Network Sdn. Bhd.

18