47
2011/2012 MASALAH PENDENGARAN TAJUK TUGASAN : HURAIKAN CIRI-CIRI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN. BINCANGKAN APAKAH LANGKA YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MEMBANTU MEREKA DI DALAM BILIK DARJAH. DISEDIAKAN OLEH : MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR 109679

Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Masalah Pendengaran

Citation preview

Page 1: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

2011/2012

MASALAH PENDENGARAN

TAJUK TUGASAN :HURAIKAN CIRI-CIRI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK BERMASALAH

PENDENGARAN. BINCANGKAN APAKAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MEMBANTU MEREKA DI DALAM BILIK DARJAH.

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR 109679

Page 2: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

Isi Kandungan

1. Pengenalan ........................................................................................................... m/s 32. Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah pendengaran ............................... m/s 4

2.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan ........................................................... m/s 42.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi ............................................................. m/s 52.3 Lewat bertutur ................................................................................................ m/s 62.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari dari bercakap ................................. m/s 72.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual .................................................... m/s 72.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti melibatkan komunikasi lisan ........ m/s 82.7 Pertuturan sukar difahami ............................................................................... m/s 82.8 Sering berkhayal ............................................................................................. m/s 92.9 Sukar mengikut arahan lisan .......................................................................... m/s 92.10 Sering bertanya dan meminta arahan lisan diulang suara ......................... m/s 102.11 Kerap meminta bantuan apabila melibatkan aktiviti lisan ........................ m/s 112.12 Memberi perhatian kepada penutur ......................................................... m/s 112.13 Gagal menjawab soalan lisan dengan sesuai ............................................ m/s 122.14 Tidak boleh atau sukar mengawal suara ................................................... m/s 122.15 Masalah tatabahasa yang lemah ................................................................ m/s 132.16 Gangguan kesihatan .................................................................................. m/s 142.17 Suka berada hampir dengan sumber bunyi ............................................... m/s 142.18 Masalah menentukan arah bunyi .............................................................. m/s 15

3. Langkah-langkah membantu kanak-kanak masalah pendengaran ....................... m/s 163.1 Langkah-langkah membantu mengikut kategori kepekakan .......................... m/s 16

3.1.1 Alat bantu dengar ............................................................................... m/s 173.1.2 Implan koklea ..................................................................................... m/s 173.1.3 Terapi pertuturan ................................................................................ m/s 183.1.4 Terapi pendengaran ............................................................................ m/s 183.1.5 Penggunaan bahasa isyarat ................................................................ m/s 18

3.2 Pengelolaan di dalam bilik darjah .................................................................. m/s 194. Kesimpulan ........................................................................................................... m/s 235. Rujukan ................................................................................................................ m/s 246. Lampiran .............................................................................................................. m/s 25

2011/2012 Page 2

Page 3: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

1. Pengenalan

Pendengaran merupakan deria penting dan sumber asas bagi seseorang manusia itu

untuk berkomunikasi atau berhubung dalam menyampaikan maklumat atau sesuatu

maksud secara lisan. Dengan adanya pendengaran yang baik, maka sesuatu urusan

penyampaian lisan itu akan menjadi lebih mudah tanpa melalui halangan tertentu dan

sebaliknya bagi individu yang mengalami masalah pendengaran, kesukaran ini akan

memberi impak yang negatif dalam kehidupannya.

Menurut Aznan (2010), pekak merujuk kepada individu yang tidak boleh mendengar

bunyi di sekeliling mereka walaupun dengan bantuan alat bantuan pendengaran dan tahap

kehilangan pendengaran setiap individu berbeza-beza. Secara umumnya pula, masalah

pendengaran ini boleh dihadapi oleh semua lapisan peringkat umur samada bayi, remaja,

dewasa mahu pun warga tua. Seseorang individu dapat membentuk pertuturan dan

memahami sesuatu perkataan itu berdasarkan sejauh mana kebolehannya mendengar. Ini

mengambil kira proses memahami dan membezakan maksud perkataan atau bunyi yang

didengar melalui terjemahan otak dan sebelum tindakan susulan dibuat berdasarkan

kejelasan pendengarannya.

Bagi menjelaskan lagi keadaan masalah pendengaran ini, ianya berlaku disebabkan

apabila kehilangan jenis sensori – neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada

peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh kemahiran berbahasa (di

bawah 2 – 3 tahun). Selain itu kehilangan konduktif akibat kerosakan pada telinga tengah

dan dalam juga merupakan salah satu faktor kehilangan pendengaran. Oleh itu, kanak-

kanak bermasalah pendengaran mempunyai 3 rangkap kecacatan iaitu disebabkan mereka

tidak dapat mendengar, mereka tidak dapat bertutur dan tidak dapat pula berfikir seperti

kanak-kanak normal (Chua, 1992), dan boleh membawa kesan negatif jika tiada tindakan

susulan diambil.

Masalah pekak dan kehilangan daya pendengaran bukan sahaja memberi kesan

kekurangan dalam input sensori, tetapi juga gangguan dalam interaksi serta hubungan di

antara orang dewasa dengan kanak-kanak. Oleh hal ini, adalah dikhuatiri sekiranya

masalah pendengaran ini berlaku kepada golongan kanak-kanak kerana memberi ancaman

2011/2012 Page 3

Page 4: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

buruk khususnya aspek perkembangan bahasa, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut

hingga mencapai dewasa.

2. Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah pendengaran

Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran sebenarnya jika dilihat secara

fizikal tidak jauh bezanya dibandingkan dengan kanak-kanak yang normal. Ini kerana

gangguan kelainan itu datangnya hanya dari bahagian telinga yang berfungsi sebagai

deria untuk mendengar.

Hasil kajian pakar pediatrik juga menunjukkan tidak semua kanak-kanak yang

mengalami masalah pendengaran tergolong dalam kumpulan pekak sepenuhnya tetapi

masih lagi mempunyai sisa-sisa pendengaran. Baki sisa pendengaran itu yang akhirnya

digunakan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan seharian meskipun tidak banyak

membantu mereka. Oleh kerana itu, maka beberapa ciri telah dikenal pasti bagi mengesan

kanak-kanak bermasalah pendengaran supaya langkah-langkah sewajarnya dapat

dilakukan bagi membantu mereka.

2.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan

Berdasarkan sumber pakar pediatrik, seseorang kanak-kanak yang mempunyai

masalah pendengaran dapat dikesan dari peringkat awal lagi melalui kelainan

tindakan dan ransangan seorang bayi yang baru lahir. Secara normalnya, kebanyakan

bayi yang lahir akan menangis apabila selamat saja dilahirkan tetapi ini berbeza

dengan bayi yang bermasalah pendengaran. Perbezaan ketara ini mungkin disebabkan

kesan sampingan terhadap ibu bayi dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas

proses kelahiran berlaku.

Kelainan ini mungkin berlaku disebabkan faktor beberapa jangkitan yang dialami

oleh si ibu semasa mengandung. Terdapat kemungkinan besar besar lain juga yang

boleh menyebabkan anak dalam kandungan berisiko mendapat gangguan

pendengaran ialah apabila si ibu terdedah kepada sebaran bahan kimia di persekitaran

yang akhirnya memudaratkan bayi yang dikandung. Pun begitu, harus diingat bahawa

masalah pendengaran kanak-kanak seawal bayi juga boleh jadi berpunca dari sumber

genetik atau baka yang kurang sihat dari ibu bapa kanak-kanak sendiri. Pengesanan

masalah pendengaran juga boleh dilihat semasa proses kelahiran bayi tersebut samada

2011/2012 Page 4

Page 5: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

disebabkan masa kelahiran bayi terlalu lama, bayi tidak cukup bulan dan penggunaan

peralatan seperti forcep untuk memudahkan kelahiran bermasalah ini. Kesan-kesan

ini akhirnya memberi kecederaan kepada bayi khususnya di bahagian telinga

berdasarkan hentakan kuat atau pun masalah kekurangan oksigen semasa proses

kelahiran berlangsung.

Kesan sampingan seperti yang disebutkan di atas juga sebenarnya bukan saja boleh

memberi risiko tinggi kepada bayi untuk mengalami masalah pendengaran, tetapi

turut memberi kesan negatif di bahagian saraf dan otak bayi. Disebabkan kelainan

tingkahlaku bayi yang ditunjukkan iaitu tidak menangis selesai sahaja dilahirkan

dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kecenderungan masalah pendengaran

ini berlaku.

2.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi

Pengesanan masalah pendengaran terhadap bayi dan kanak-kanak juga boleh dikesan

dengan sejauh mana mereka bertindak balas dan memberi ransangan khususnya

terhadap sesuatu bunyi yang dihasilkan. Ini amat penting bagi menilai dan membuat

pemerhatian asas sekaligus memastikan bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai

daya deria pendengaran yang kuat dan mampu memberi respon kepada sesuatu situasi

yang berlaku.

Secara umumnya seorang bayi yang normal dapat memberi perhatian apabila adanya

sumber bunyi di sekeliling contohnya apabila dipanggil atau di acah oleh orang lain.

Respon dari bayi ini kebiasaannya akan berpaling dan memberi perhatian terhadap

sumber bunyi dan disusuli deria lain iaitu mata akan menuruti pergerakan objek dari

mana sumber bunyi acahan itu datang. Bagi kanak-kanak yang berumur sekitar 2

hingga 6 tahun, tahap kepekaan bunyi sekeliling sangat membantu mereka

terutamanya dalam aspek perkembangan bahasa bersesuaian dengan umur mereka.

Kanak-kanak normal pada peringkat umur sebegini biasanya lebih aktif dan peka

terhadap sesuatu bunyi bersesuaian dengan tahap perkembangan otak kanak-kanak

pada masa itu. Bagi kanak-kanak normal, mereka akan berpaling ke arah bunyi yang

menarik perhatian mereka seperti apabila nama mereka dipanggil dan ini

menunjukkan respon positif dari pendengaran mereka.

2011/2012 Page 5

Page 6: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

Tingkahlaku ini berbeza dengan bayi dan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran

kerana kebiasaanya mereka kurang peka terhadap bunyi yang terhasil disekeliling dan

memerlukan bunyian secara berulang-ulang sehingga dapat menarik perhatian. Ini

dapat diperhatikan melalui tindak balas kanak-kanak tersebut samada ketika situasi

yang bising dan senyap apabila nama mereka dipanggil contohnya. Bagaimanapun

haruslah diingat bahawa tahap pendengaran seorang individu dengan individu lain

sangat berbeza, tetapi kemungkinan untuk kita melihat perbezaan seorang kanak-

kanak yang benar-benar bermasalah pendengaran itu dapat dikesan di peringkat ini.

2.3 Lewat bertutur

Kita mengetahui bahawa komunikasi secara lisan merupakan elemen yang paling

mudah dan penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan digunakan semasa

proses sosialisasi seorang individu itu dan juga proses pembelajaran. Dalam situasi

ini, adalah menjadi satu kesukaran buat kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk

memperkembangkan aspek bahasa melalui pertuturan. Kesukaran ini datangnya dari

kanak-kanak itu untuk menerima bunyi-bunyian dengan betul dan lebih tepat.

Akhirnya ini akan menyukarkan mereka untuk menyebut kembali perkataan atau ayat

yang digunakan sebelumnya seperti yang diutarakan oleh Abdullah Yusoff (2004).

Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk

memahami pertuturan berpunca daripada pendengaran mereka terhadap perkataan-

perkataan atau ayat yang diujarkan tidak jelas.

Kebiasaanya kanak-kanak yang mencapai umur 12 hingga 24 bulan mula bercakap

dan membentuk bahasanya sendiri iaitu mamam atau akan (bermaksud makan) tito

(bermaksud tidur). Namun bagi kanak-kanak yang bermasalah pendengaran,

perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu dan lewat daripada kebiasaan dan

ini menggangu pertumbuhan mental mereka. Hal ini perlu diambil serius melalui

pemerhatian pertuturan mereka bagi menyusun tindakan susulan untuk mengelakkan

kanak-kanak ini dapat menguasai bahasa lisan.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa aspek pertuturan dan perkembangan bahasa

kanak-kanak ini telah disekat oleh masalah ketidakupayaan organ deria telinga

2011/2012 Page 6

Page 7: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

berfungsi dengan baik. Kesukaran ini juga akhirnya membataskan diri kanak-kanak

ini untuk belajar dan bersosial sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

2.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari daripada bercakap

Seperti ciri yang yang telah dijelaskan sebelumnya, kegagalan penguasaan bahasa

oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran ini juga menyebabkan mereka lebih

cenderung untuk menggunakan bahasa isyarat mengikut pemahaman mereka sendiri

untuk menyampaikan maksud. Ini ada kaitannya dengan faktor kebolehan lewat

pertuturan menyebabkan mereka tidak dapat menyampaikan maksud secara lisan

tetapi berkomunikasi dengan penggunaan anggota badan seperti jari dan sebagainya.

Sebagai contoh, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan menunjukkan istilah

lapar melalui isyarat tangan dengan meletakkan tapak tangan ke bahagian perut atau

menunjukkan isyarat seperti menyuap makanan ke mulut. Berbeza dengan kanak-

kanak normal yang akan menyampaikan maksud lapar mereka dengan bahasa lisan.

Ini menunjukkan perbezaan ketara dari aspek penguasaan bahasa dan cara

komunikasi kanak-kanak bermasalah pendengaran ini jauh bebeza dengan kanak-anak

normal.

Kekerapan kanak-kanak ini cenderung menggunakan jari contohnya, semasa

menyampaikan sesuatu komunikasi dengan meletakkan bahasa lisan sebagai medium

nombor dua dalam komunikasi. Semua ini dapat dilihat melalui proses pemerhatian

teliti dalam aktiviti sosial kanak-kanak tersebut.

2.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual

Pendengaran adalah asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi secara lisan.

Dalam hal ini, kebolehan kanak-kanak memperkayakan istilah penggunaan bahasa

adalah sangat bergantung kebolehan mereka mendengar, memahami pegertiannya dan

seterusnya menuturkan apa yang didengarnya.

Namun begitu, ini berbeza dengan kelompok kanak-kanak yang mengalami masalah

pendengaran kerana beberapa fungsi organ tertentu dalam telinga gagal berfungsi

2011/2012 Page 7

Page 8: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

dengan baik. Lanataran itu ianya memberikan kesan yang negatif kepada kanak-

kanak tersebut semasa bersosial khasnya ketika sesi interaksi perbualan. Bagi

menjelaskan kenyataan ini, mereka kebiasaannya kurang dan gagal memberi

perhatian apabila berbual. Masalah ini disebabkan kurangnya tumpuan mereka

terhadap sesuatu perbualan komunikasi lisan itu terganggu oleh pendengaran yang

kurang jelas akibat getaran gelombang suara yang diterima lemah. Lantaran itu, maka

tidak hairanlah apabila mereka kurang memberi tumpuan dan tidak berminat untuk

mengikuti sesi perbualan yang berlangsung.

2.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti yang melibatkan komunikasi lisan

Ciri-ciri ini adalah mempunyai hubungkait dengan faktor yang terdahulunya iaitu

apabila kanak-kanak kurang memberi perhatian apabila berbual. Dengan tahap

kebolehupayaan mereka mendengar lemah, kanak-kanak ini lebih suka bersikap pasif

dalam setiap perbualan dengan cara mendiamkan diri dan cuba untuk menjauhkan diri

dari menyertai kumpulan yang sedang berbual.

Bagi kanak-kanak normal, situasi perbualan merupakan satu kaedah bagi mereka

untuk mempelajari sesuatu perkatan bermakna bersesuaian dengan tahap umur

mereka. Mengikut Kreshan & Terrel (1983), menjelaskan bahawa proses memperoleh

dan menguasai bahasa sangat aktif berlaku sebelum kanak-kanak berumur 12 tahun.

Namun perbezaan ketara di sini ialah jelas menunjukkan bagaimana kanak-kanak

bermasalah pendengaran ini mengasingkan diri mereka dan tidak menunjukkan

ransangan minat terhadap aktiviti komunikasi lisan.

2.7 Pertuturan sukar difahami

Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk

menerima dan memahami arahan dan pertuturan lisan. Ini bermakna mereka sekaligus

mengalami masalah pertuturan dengan penggunaan bahasa bagi sesuatu perkataan

dan istilah itu tidak betul, tepat dan jelas bunyi dan maksudnya. Kesukaran

berinteraksi secara lisan ini juga akhirnya member kesan negatif apabila mereka

berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak normal.

2011/2012 Page 8

Page 9: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

Masalah pertuturan dari aspek linguistik bahasa Melayu merupakan satu bentuk

bahasa yang dikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud bahawa

pembentukan katanya mengalami proses yang boleh mengubah makna dan kelas kata

sesuatu kata (Nik Safiah, 1978). Kesukaran ini dapat dibuktikan apabila wujudnya

kata akar, berimbuhan, majmuk dan berganda yang menyukarkan kanak-kanak ini

untuk menguasai bahasa pertuturan sekaligus mengelirukan kefahaman dan

penggunaan sesuatu perkataan itu.

Masalah pertuturan ini berlaku kerana kerana mereka cenderung menggunakan kata

akar yang yang maksudnya berubah apabila dimasukkan kata imbuhan dan

sebagainya seterusnya menukar maksud sesuatu ayat itu menjadikan pertuturan

mereka tidak difahami oleh kanak-kanak normal. Ciri-ciri ini juga boleh dikaitkan

dengan faktor terdahulu yang telah dinyatakan seperti lebih banyak menggunakan

bahasa badan atau isyarat tangan untuk berinteraksi dan tidak menunjukkan minat

semasa aktiviti lisan dijalankan.

2.8 Sering berkhayal

Disebabkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk

mendengar sesuatu perkataan, ayat atau arahan dengan jelas dan tepat, risiko untuk

mereka berkhayal adalah sangat tinggi. Ini kerana gelombang bunyi persekitaran di

sekeliling kanak-kanak tersebut diterima dalam bentuk yang rendah dan hal ini

menyebabkan mereka tidak mempedulikan komunikasi lisan yang berlaku.

Pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk berasa khayal kerana tumpuan yang

sepatutnya diberikan terhadap situasi persekitaran contohnya semasa proses

komunikasi secara berkumpulan tidak dapat diterima. Ini membuatkan mereka tidak

mengambil sikap tidak mahu menyertai aktiviti perbincangan dengan lebih aktif dan

mengambil sikap pasif dan menyendiri semasa sidang interaksi lisan itu berlaku.

2.9 Sukar mengikut arahan lisan

Ketidakmampuan bahagian telinga menerima gelombang dengan baik terutamanya di

bahagian-bahagian dalam telinga menyebabkan mereka sukar menerima bahasa

2011/2012 Page 9

Page 10: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

pertuturan dengan jelas. Rentetan dari ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelumnya,

permasalahan masalah pendengaran ini sekaligus menyukarkan kanak-kanak ini

menerima arahan lisan dengan tepat dan membataskan interaksi dan tindak balas

mereka terhadap sesuatu arahan yang diberikan.

Ini menyebabkan setiap arahan, tugasan, ayat mahu pun perkataan sering disalah

maksudkan oleh kanak-kanak ini. Contohnya apabila arahan yang diberikan oleh

seorang penutur kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran iaitu, “ kau pandai

main gitar”, tetapi akan disalah terima pendengarannya menjadi, “gigi kau besar”.

Kesukaran membuat pengecaman maksud arahan dan ayat bukan sahaja

membantutkan proses pembelajaran mereka, tetapi memberi kesan buruk terhadap

aspek sosial dan emosi kanak-kanak tersebut.

2.10 Sering bertanya dan meminta arahan lisan diulang suara

Oleh kerana bahagian tertentu dalam telinga kanak-kanak bermasalah pendengaran

ini mengalami gangguan kurang peka terhadap gelombang bunyi, maka ini

menyebabkan mereka akan sering bertanya dan meminta arahan lisan yang diberikan

diulang suara semula. Permasalahan ini adalah berturutan dari ciri-ciri yang telah

dimaklumkan sebelumnya. Ini memaksa kanak-kanak yang mengalami masalah ini

sering kali bertanya semula meminta arahan yang diberi diulang suara sehingga

mereka yakin arahan yang diterima itu tepat dan mengikut kehendak si penuturnya.

Beberapa situasi penting juga turut mempengaruhi kanak-kanak ini untuk menerima

arahan-arahan yang diberi dengan lebih jelas khususnya melibatkan keadaan

persekitaran yang bising, memungkinkan pengulangan soalan itu akan diminta secara

kerap oleh mereka. Hal ini menjelaskan bahawa gangguan bunyi lain dipersekitaran

sebenarnya akan memburukkan lagi isyarat penerimaan arahan yang diterima oleh

mereka. Ini kerana mereka terpaksa pula mengasingkan maklumat atau arahan yang

diterima disebalik bunyi persekitaran yang mengganggu penerimaan gelombang

bunyi yang diterima oleh telinga mereka.

Sebagai contohnya, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan meminta si

penutur mengulang suara seperti, ”tolong ulang balik apa yang dikatakan tadi”, atau

2011/2012 Page 10

Page 11: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

pun setidak-tidaknya mereka akan memberi tindak balas pertanyaan dan pengulangan

suara seperti’ “aaaaa..?”. ini menjelaskan kepada kita bahawa gangguan dan

ketidakfungsian sepenuhnya pendengaran mereka ini menyebabkan mereka

memerlukan pengulangan arahan dengan lebih kerap lagi.

2.11 Kerap meminta bantuan jika melibatkan aktiviti lisan

Oleh kerana gangguan masalah ini menjejaskan tahap pendengaran kanak-kanak yang

terlibat, ini menyebabkan mereka sangat cenderung meminta bantuan kanak-kanak

atau individu yang hampir dengan mereka khususnya ketika melibatkan aktiviti lisan.

Dengan kata lainnya mereka akan cuba meminta bantuan pihak luar untuk cuba

menyelesaikan masalah lisan yang mereka hadapi.

Sebagai contohnya semasa aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan aktiviti soal

jawab yang mana soalan itu dituju terus kepada pengidap masalah pendengaran.

Kesukaran mereka menerima bunyi dengan jelas membantutkan usaha mereka sendiri

untuk cuba menjawab soalan secara sendirian disebabkan sikap tidak yakin mereka

terhadap gelombang bunyi apa yang mereka terima adalah sama atau berbeza dengan

yang dimaksudkan oleh penuturnya.

2.12 Memberi perhatian kepada muka penutur

Akibat kekurangan kepekaan telinga mereka menerima gelombang bunyi dalam

setiap arahan dan maklumat yang diberi semasa proses interaksi secara lisan, mereka

akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada muka penutur semasa penutur

bercakap. Ciri-ciri ini terlihat disebabkan mereka cuba untuk memahami kehendak

penutur berdasarkan agakan dan bacaan gerak bibir si penutur. Pun begitu ciri-ciri ini

kebiasaannya bergantung berdasarkan keadaan situasi dan berdasarkan pengalaman

mereka terhadap situasi dan kehendak yang disampaikan.

Hasil daripada saki baki pendengaran yang mereka masih ada, mereka akan cuba

untuk meneliti maklumat dan arahan berdasarkan mimik muka dan bacaan bentuk

mulut yang diberikan dengan tepat. Maka tidak hairanlah sekiraya dalam aktiviti

perbincangan contohnya, mereka akan memberi perhatian kepada muka penutur

dengan tepat tanpa mempedulikan keadaan persekitaran.

2011/2012 Page 11

Page 12: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2.13 Gagal menjawab soalan lisan dengan sesuai

Seperti ciri-ciri yang telah dijelaskan sebelumnya, kekurangan dan ketidakfungsian

sepenuhnya bahagian atau organ pendengaran dalam telinga menyebabkan kesulitan

dan kepayahan penghidap untuk berkomunikasi secara lisan dan lebih berkesan. Hal

ini membawa kepada kegagalan kanak-kanak ini untuk menjawab soalan lisan yang

diberikan dengan jawapan yang sesuai dan bermakna.

Hal ini berlaku kerana mereka sangat bergantung kepada saki baki pendengaran yang

masih ada dan tidak mustahil apabila komunikasi yang dijalankan, mereka hanya

mendengar perkataan yang hampir sama samada di awalan dan akhir sesuatu ayat dan

perkataan yang diberi. Contohnya kanak-kanak normal bertanya, “tolong hidupkan

suis kipas”, tetapi malangnya kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan

menjawab, “mana lipas?”. Keadaan ini adalah disebabkan berlakunya pertembungan

perkataan yang awal atau hujungnya hampir sama bunyi nya iaitu “kipas” dan

“lipas”. Ini akan menyulitkan mereka sendiri untuk mengkategori maksud yang cuba

disampaikan oleh penutur disebabkan saki baki pendengaran yang tinggal tidak tepat

bunyinya.

2.14 Tidak boleh atau sukar mengawal suara

Ketidakfungsian atau kegagalan telinga mendengar isyarat dan gelombang bunyi

dengan tepat ini juga turut mempengaruhi cara kawalan vokal suara kanak-kanak

penghidap yang terlibat. Ini disebabkan saki baki pendengaran yang masih ada

semasa proses komunikasi lisan diterima dalam bentuk yang perlahan menyebabkan

mereka akan memberi tindak balas lisan dengan suara yang yang perlahan dan kuat

supaya kanak-kanak normal yang asalnya tadi menerima butir lisan darinya dengan

lebih jelas.

2011/2012 Page 12

Page 13: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila seseorang kanak-kanak normal itu

berkomunikasi dengan kawalan suara yang normal dan sesuai dengan persekitaran

tetapi akan dibalas dengan suara yang agak tinggi dari kanak-kanak bermasalah

pendengaran. Kegagalan mereka mengawal suara ini sebenarnya jelas menunjukkan

mereka tidak dapat menyesuaikan bunyi dan persekitaran dengan betul.

2.15 Masalah tatabahasa yang lemah

Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelumnya, ianya banyak mengukuhkan

lagi bukti bahawa penguasaan bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran

adalah sangat terhad. Mereka juga sebenarnya sangat bergantung kepada sisa-sisa

pendengaran yang tinggal seterusnya menyebabkan butir bahasa yang mereka

nyatakan sendiri secara lisan tidak betul dan tepat penggunaannya.

Berdasarkan kajian dan laporan yang dinyatakan oleh Teng Shin Min (1986), Mohd

Hashim Omar (1985), Abdullah Yusoff (1992, 1993, 1995, 1996), dan Gog & Teh

(1990, 1993) telah mengesahkan keadaan keadaan kanak-kanak pekak mempelajari

bahasa Melayu sebagai satu tugasan yang sukar kerana bahasa Melayu adalah bahasa

kedua bagi mereka. Ini kerana mereka hanya tahu dan faham untuk menggunakan

perkataan akar sahaja sedangkan apabila berlaku penambahan imbuhan atau

perkataan tersebut digandakan ianya membawa maksud yang jauh berbeza dari

perkataan yang asal.

Keadaan ini menjelaskan dan mengukuhkan lagi bahawa perbendaharaan kata murid

bermasalah pendengaran ternyata sangat lemah dari sudut tatabahasanya. Keadaan ini

akan menjadi lebih sulit sekiranya mereka menyampakan sesuatu maksud itu secara

lisan kerana gabungan ayat tersebut menjadi celaru dan sukar difahami oleh individu

normal. (Rujuk lampiran di muka surat 26)

2011/2012 Page 13

Page 14: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2.16 Gangguan kesihatan

Kebiasaannya kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sangat berisiko

mengalami masalah kesihatan seperti di bahagian rongga-rongga kepala. Masalah ini

mungkin berlaku kerana kedudukan rongga-rongga tersebut hampir dengan bahagian

telinga dan ini member kesan secara tidak langsung kepada lain-lain bahagian

tersebut.

Gangguan kesihatan ini biasanya berlaku di bahagian dalam telinga itu sendiri

sehingga pengidap masalah pendengaran itu sendiri akan mengadu sakit di bahagian

tersebut dan bagi sesetengah kes, kebiasaanya terdapat cecair keluar dari telinga

mereka. Pun begitu, terdapat juga situasi yang berlaku melibatkan bahagian rongga

hidung seperti masalah selsema, dan masalah tonsillitis di bahagian tekak.

Bagi sebahagian kes pula, masalah pendengaran ini turut berpunca dari penyakit

sistematik seperti kencing manis, darah tinggi, hiperkolestrol, masalah buah pinggang

dan sebahagian penyakit yang seumpamanya. Bagaimanapun jenis-jenis penyakit ini

hampir pasti tidak melibatkan kanak-kanak kerana risiko ini bertumpu kepada

kumpulan atau individu yang lebih dewasa seperti golongan warga tua.

2.17 Suka berada hampir dengan sumber bunyi

Kebiasaannya kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sangat berisiko

mengalami masalah kesihatan seperti di bahagian rongga-rongga kepala. Masalah ini

mungkin berlaku kerana kedudukan rongga-rongga tersebut hampir dengan bahagian

telinga dan ini member kesan secara tidak langsung kepada lain-lain bahagian

tersebut.

2011/2012 Page 14

Page 15: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

Oleh kerana tahap kepekaan telinga mereka menerima isyarat dengan lebih jelas,

maka tidak hairanlah sekiranya jika kita dapat melihat ada beberapa situasi seperti ciri

di atas ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ini disebabkan oleh

keinginan mereka menerima isyarat itu secara berterusan tanpa halangan atau

gangguan yang dapat menggugat kejelasan gelombang suara yang diterima.

2.18 Masalah menentukan arah bunyi

Pendengaran memainkan peranan yang penting khususnya bagi memudahkan

seseorang itu mengecamkan akan sesuatu bunyi dan maksud bunyi itu dengan tepat.

Namun nikmat deria untuk mendengar (telinga) ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya

oleh mereka yang mengalami masalah pendengaran. Ini akan menyebabkan seseorang

kanak-kanak itu lambat untuk bertindak terhadap sesuatu interaksi mahu pun ketika

situasi kecemasan.

Sebagai contohnya di sini, kelemahan ketara yang dapat dilihat terhadap kanak-kanak

bermasalah pendengaran ialah mereka sukar untuk menentukan arah bunyi samada

melalui lisan atau pun dengan penggunaan bahan elektronik lain seperti pembesar

suara contohnya. Bagi beberapa situasi tertentu, mereka akan mengambil masa untuk

mengecamkan sesuatu bunyi itu terlebih dahulu sebelum mencari dari mana arah

bunyi itu datang. Contohnya apabila nama kanak-kanak bermasalah pendengaran itu

dipanggil oleh guru, dia akan mengambil sedikit masa untuk mengecamkan maksud

panggilan dan mencari dari mana datangnya arah bunyi gelombang suara itu.

2011/2012 Page 15

Page 16: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

3. Langkah - langkah membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran

Tidak semua kanak-kanak yang menerima pendidikan di sekolah itu dapat menerima dan

menguasai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) di sekolah itu dengan

sempurna. Ini kerana setiap kanak-kanak itu mempunyai perbezaan bukan sahaj dari segi

tahap perkembangan mental, tetapi aspek halangan-halangan tertentu yang menyebabkan

mereka gagal memenuhi matlamat pendidikan itu sendiri. Perbezaan itu dapat dilihat dari

aspek kekurangan dan ketidakupayaan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu

contohnya bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Perbezaan dan kekurangan ini

menyebabkan beberapa kaedah pengajaran perlu dibuat penambahbaikan bersesuaian

dengan tahap masalah mereka.

3.1. Langkah - langkah membantu mengikut kategori kepekakan

Terdapat beberapa kategori kepekakan sebagai garis panduan untuk mengambil

langkah - langkah yang sesuai bagi membantu kanak -kanak bermasalah

pendengaran. Kategori kepekakan ini terbahagi kepada 4 kategori.

Kategori kepekakan yang pertama ialah kepekakan sedikit iaitu mild. Tahap

kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 20 - 45 dB. Mereka yang tergolong

dalam kategori ini mengalami masalah untuk mendengar pertuturan dan perbualan

yang perlahan. Namun begitu, mereka mampu untuk membentuk pertuturan atau

bahasa yang normal sekiranya mendapat intervensi awal yang berkesan. Selain itu,

mereka juga perlu menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai.

Kategori kepekakan yang kedua ialah kepekakan sederhana atau moderate.

Tahap kehilangan pendengaran pula ialah 46 - 70 dB. Kebiasaannya mereka ini

mengalami masalah pertuturan terutama yang melibatkan gangguan bunyi latar yang

kuat. Risiko untuk mereka mengalami masalah perkembangan pertuturan dan bahasa

2011/2012 Page 16

Page 17: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

sangat tinggi sekiranya tidak mendapat intervensi awal yang berkesan serta tidak

menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai.

Kategori kepekakan yang seterusnya ialah kepekakan teruk ataupun severe.

Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 71 - 90 dB. Dalam kategori

ini, individu tersebut tidak dapat mendengar bunyi pertuturan yang normal. Oleh itu,

bagi membantu proses komunikasi mereka memerlukan bantuan visual untuk mereka

memahami pertuturan. Bantuan visual adalah seperti membaca gerak bibir penutur

dan menggunakan bahasa isyarat tangan.

Kategori kepekakan yang terakhir ialah kategori sangat teruk iaitu profound.

Tahap kehilangan kepekakan bagi kategori ini ialah melebihi 91 dB. Dalam kategori

ini, individu mempunyai masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan. Selain itu,

mereka cenderung untuk mengalami masalah bahasa dan pertuturan yang sangat

teruk. Oleh hal yang demikian, mereka menggunakan bantuan visual bagi

memudahkan komunikasi namun memerlukan pendekatan yang berkesan.

3.1.1 Alat bantu dengar

Alat bantu dengar ialah suatu peralatan yang digunakan bagi membantu

penghasilan gelombang bunyi menjadi lebih kuat melalui penggunaan mikrofon

di telinga. Ianya berfungsi apabila gelombang atau isyarat diterima melalui

getaran elektrik dan bunyi dikuatkan oleh komponen amplifier yang terus

dipasang hampir dengan saraf atau organ pendengaran.

Dewasa ini terdapat pelbagai jenis alat bantu dengar boleh didapati di pasaran

dan kebanyakan pengguna yang menggunakan alatan ini masih lagi mempunyai

baki sisa pendengaran. Oleh itu, alatan ini sangat sesuai digunakan untuk

menjadikan bunyi yang dihasilkan menjadi lebih kuat dan jelas.

Bagaimanapun penggunaan alatan ini sebenarnya masih tidak dapat membantu

kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kerana alatan ini masih gagal untuk

menapis bunyi luar yang mengganggu dan tidak dikehendaki dari didengar oleh

kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak juga boleh terdorong untuk berasa lebih

malu kerana menggunakan peralatan itu meskipun sebagai satu keperluan

mereka untuk mendengar dengan lebih jelas.

3.1.2 Implan koklea

Sebagai pilihan alatan lain dalam membantu individu atau kanak-kanak

2011/2012 Page 17

Page 18: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

bermasalah pendengaran selain alat bantu dengar, implan koklea atau dikenali

sebagai telinga bionik telah diperkenalkan. Alatan yang dipasang secara

pembedahan kecil dibahagian telinga terlebih dahulu ini digunakan untuk

meransang saraf auditori dan koklea dengan getaran elektrik. Berbeza dengan

alat bantu dengar yang berfungsi untuk menguatkan bunyi, implan kolea ini

mempunyai pemrosesan pertuturan dan transmitter yang boleh menapis sedikit

sumber bunyi luar yang tidak dikehendaki dan memberi kejelasan kepada

pengguna.

3.1.3 Terapi pertuturan

Terapi pertuturan ialah satu bentuk senaman muka, kawalan pernafasan dan

suara yang terdiri daripada komponen utama dalam penghasilan komunikasi

lisan. Terapi ini melibatkan kaedah latihan surprasegmental yang menekankan

aspek suara dan pernafasan.

Terapi pertuturan ini sangat menekankan aspek latihan pertuturan yang

melibatkan latihan pandangan mata dan tumpuan perhatian. Ini disebabkan

kadar tumpuan kanak-kanak sangat pendek dan hal ini membuatkan keperluan

untuk menggunakan deria mata sebagai satu unsur penting dalam membantu

pendengaran mereka sendiri.

3.1.4 Terapi pendengaran

Terapai pendengaran ialah kesinambungan dari terapi pertuturan di mana

terdapat beberapa aktiviti dalam terapi ini yang cuba untuk memfokuskan

kanak-kanak bermasalah penglihatan terhadap sisa pendengaran yang ada

dengan lebih jelas. Terapi ini akan dapat lebih berfungsi lagi sekiranya

seseorang kanak-kanak itu menggunakan alat bantu dengar atau pun telah

memasang implan koklea.

Sesi terapi pendengaran ini sangat memfokuskan aspek mengesan bunyi,

membezakan bunyi, mengenalpasti bunyi dan memahami bunyi. Empat ciri

utama ini sangat dititik beratkan bagi membantu kanak-kanak mendapat

maklumat atau maksud sesuatu bunyi dengan jelas dan tepat.

3.1.5 Penggunaan bahasa isyarat

Kebanyakan kanak-kanak atau individu bermasalah pendengaran secara tidak

langsung turut mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara lisan. Lantaran

2011/2012 Page 18

Page 19: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

itu maka kebanyakan mereka sangat bergantung kepada deria dan anggota

badan lain untuk berkomunikasi. Sejajar dengan itu, maka wujudlah bahasa

natif orang pekak, ejaan jari, sign exact English, kod tangan bahasa Melayu,

pertuturan KIU, American sign language dan bahasa isyarat Malaysia.

Perolehan kepenggunaan ini sebenarnya sebagai langkah bagi membantu

mereka yang bermasalah seumpama ini dapat berkomunikasi sama seperti

kanak-kanak normal yang lain.

3.2. Pengelolaan di dalam bilik darjah

Langkah awal perlu diambil bagi mengatasi masalah pendengaran pelajar. Hal ini

kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif dalam perkembangan bahasa dan

pertuturan kanak - kanak atau pelajar tersebut. Masalah ini bukan sahaja merencat

perkembangan bahasa kanak - kanak tersebut malah perkembangan sosial, psikologi,

komunikasi dan juga vokasional mereka. Mereka yang dapat mendengar suara yang

kuat kebiasaannya mengalami perkembangan pertuturan yang sedikit terbantut. Maka,

mereka perlulah diajar untuk bercakap dan mendengar dengan baik. Selain itu,

mereka boleh diajar berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas memainkan peranan yang sangat penting terhadap

perkembangan ini.

Sekiranya berada di dalam kelas guru perlu menitikberatkan beberapa perkara

untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Guru boleh mengajar mereka

menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis, bercakap dan melatih

pelajar mendengar bunyi - bunyi di persekitaran mereka. Namun begitu, perkara

pertama yang perlu guru lakukan ialah mengambil perhatian kanak - kanak untuk

memastikan mereka bersedia dan tahu bahawa guru sedang bercakap dengan mereka.

Sekiranya perhatian kanak - kanak ini terganggu mereka akan mudah meradang dan

tidak berminat untuk belajar.

Selain itu, guru perlu menempatkan murid di kedudukan dan posisi yang

membolehkan mereka mudah melihat dan mendengar dengan baik, jelas dan tepat.

Hal ini bagi menghindarkan berlakunya ketidaksedaran kepada murid sekiranya guru

sedang berinteraksi dengan mereka. Murid juga perlulah duduk di kedudukan yang

membolehkan mereka melihat bibir, wajah dan isyarat tangan guru dengan jelas

supaya mereka lebih mudah untuk memahami pengajaran guru. Ini juga turut berkait

2011/2012 Page 19

Page 20: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

dengan ciri-ciri murid bermasalah pendengaran di mana mereka sering gagal untuk

mengecamkan dari mana sumber atau gelombang bunyi itu datang. Penentuan

kedudukan murid ini boleh membantu mengekalkan tumpuan murid seterusnya aka

mengelakkan mereka tercicir semasa p & p.

Semasa bercakap guru hendaklah menghadap pelajar dan tidak membelakangi

mana - mana pelajar. Ini dapat mengelakkan murid dari gagal menerima gelombang

suara tersebut dengan mudah dan tanpa halangan. Seperti dalam penjelasan ciri-ciri

tingkahlaku kanak-kanak bermasalah yang telah dijelaskan seelumnya, masalah ini

mungkin akan menyebabkan murid tidak menunjukkan minat dalam sesi p & p dan

menyebabkan murid berkhayal di dalam kelas. Oleh itu, adalah wajar bagi seorang

guru untuk memahami keperluan permasalahn murid dengan mewujudkan pertuturan

komunikasi secara terus sekaligus dapat menarik tumpuan murid.

Pengelolaan murid bermasalah pendengaran ini sebenarnya berpusatkan

kepada cara tona, rima suara dan komunikasi lisan seorang guru itu dalam

menentukan dan mengekalkan tumpuan murid. Oleh itu, suara yang digunakan oleh

guru semasa bertutur juga mestilah bernada biasa tetapi terang dan jelas serta isyarat

yang digunakan tepat dan bermakna. Hal ini sangat membantu murid yang masih

mempunyai sisa pendengaran ditahap mild dan murid yang mempunyai kemampuan

untuk menggunakan peralatan alatan pendengaran. Dengan cara ini, murid akan

menggunakan baki sisa pendengaran yang ada untuk cuba memahami bahasa lisan

tersebut disamping memperkayakan istilah bahasa sekaligus mengekalkan tumpuan

murid.

Penataan cahaya dalam sesi p & p bukan sahaja keperluan yang perlu

dipraktikkan oleh guru untuk mengajar kelas biasa untuk mewujudkan suasanan kelas

yang lebih kondusif. Ini juga amat dititikberatkan semasa sesi pengajaran murid

bermasalah pendengaran. Jelasnya di sini bahawa seseorang guru perlu memastikan

bkedudukan posisinya sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar. Ini bertujuan

untuk membolehkan murid tersebut menggunakan teknik membaca gerak bibir si

penutur (guru) semasa komunikasi lisan berlangsung. Oleh itu, guru hendaklah cuba

mengelakkan diri dari menghalang bibir mahupun fizikal tangan dengan sebarang

objek semasa bercakap, berkomunikasi dan membaca di hadapan pelajar serta

sentiasa berdiri di suatu tempat sahaja semasa bercakap. Halangan ini akan

menyukarkan murid untuk memahami pertuturan guru dan maksud isyarat yang cuba

disampaikan.

2011/2012 Page 20

Page 21: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

Berdasarkan langkah-langkah di atas di samping merujuk kepada permasalahan

murid, ini menjelaskan kepada kita bahawa keperluan seorang guru itu untuk kekal

berdiri di suatu tempat semasa komunikasi lisan dalam bentuk arahan diberikan.

Teknik ini mungkin tidak digalakkan bagi seorang guru yang mengajar murid kelas

normal. Tetapi dalam situasi ini, murid bermasalah pendengaran sangat memerlukan

kedudukan yang tetap supaya dapat menerima hala isyarat bunyi yang betul tanpa

perlu mencari dan menetapkan arah pendengaran itu.

Sekiranya guru menggunakan bahasa isyarat, guru digalakkan menggunakan

kod isyarat yang biasa digunakan dan mudah difahami. Ini dapat membantu murid

mempelajari dan memperkayakan istilah bahasa selain dapat memahami sesuatu

perkataan atau isyarat dengan tepat. Penggunaan kod ini hendaklah selaras dengan

situasi semasa dan memudahkan komunikasi murid itu sendiri di masa akan datang.

Teknik bahasa isyarat, dan penggunaan bahasa tubuh sangat membantu mereka bukan

sahaja dalam sesi p & p, tetapi semasa mereka bersosial.

Guru juga boleh menggunakan ayat -ayat atau rangkai kata untuk mengajar

mereka di dalam kelas. Ini sangat penting dalam proses memperkayakan bahasa

murid dan dapat diadaptasi oleh mereka samada di dalam kelas atau semasa aktiviti

sosial mereka. Sekiranya guru mengajar sesuatu perkataan baru, berilah contoh ayat

bagi perkataan tersebut serta tuliskan maknanya. Sebagai contoh, bagi memastikan

murid dapat mengingati perkataan baru yang diajar, guru boleh membuat satu kolum

khas untuk menulis perkataan - perkataan baru yang dipelajari dalam minggu tersebut

di hadapan kelas.

Dewasa ini, kita telah banyak melihat proses revolusi penggunaan bahan bantu

mengajar (BBM) yang dapat membantu kaedah pengajaran dengan lebih berkesan

dan ini bukan saja melibatkan murid normal, tetapi juga murid bekerpeluan khas

khususnya bermasalah pendengaran Penggunaan medium BBM oleh guru terhadap

murid bermasalah pendengaran ini hendaklah dimaksimumkan bagi membantu murid

memperolehi pembelajaran bermakna sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran.

Oleh itu, dari penggunaan kad imbasan berupa isyarat, perkataan mudah kepada

peralatan teknologi yang lebih moden iaitu penggunaan alatan visual dan audio

seperti penggunaan komputer riba, LCD, dan beberapa perisian yang terdapat di

pasaran hendaklah digunakan sepenuhnya. Penggunaan aplikasi ini nyata bukan

sahaja dapat memudahkan guru dalam pengajaran, tetapi apa yang lebih penting ialah

murid mengikuti proses p & p dan objektif pengajaran tercapai.

2011/2012 Page 21

Page 22: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

Sebagai kesimpulan pengajaran, isi pengajaran diringkaskan dan guru boleh

membuat edaran kepada pelajar untuk memudahkan mereka. Isi - isi penting

pengajaran direkodkan dan dicatat di suatu sudut khas di dalam kelas seperti contoh

ditulis di suatu sudut khas di papan hitam kelas sebagai peringatan kepada pelajar.

Walaubagaimanapun, galakan daripada guru itu sangat penting. Guru boleh memberi

galakkan supaya murid bertanya semasa sesi pembelajaran dan pengajaran serta guru

perlu memberi galakkan supaya pelajar sentiasa memberi tumpuan penuh kepada sesi

pembelajaran dan pengajaran.

2011/2012 Page 22

Page 23: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

4. Kesimpulan

Sebagai konklusi, bermula dari umur kurang daripada 3 bulan ibubapa seharusnya peka

dengan sebarang keganjilan, perubahan atau ketidaknormalan anak supaya pelbagai

langkah yang perlu dapat dilakukan bagi membendung masalah mereka. Kekurangan yang

dimiliki oleh anak bukan bermakna mereka membawa malang dan perlu dibiarkan tanpa

perhatian.

Dewasa ini, pelbagai kajian telah dilakukan oleh para ilmuwan bagi membantu mereka

yang mengalami masalah pendengaran. Selain itu, para penyelidik juga telah mencipta

pelbagai alat bantu pendengaran untuk memudahkan mereka yang mengalami masalah

pendengaran.

Di samping itu, sejak tertubuhnya Akta Pendidikan Khas, pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Program Pendidikan Khas bagi membantu

golongan yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Oleh hal yang demikian, mereka

yang mempunyai masalah pembelajaran akan disalurkan ke program pendidikan yang

sesuai dengan ketidakupayaan pelajar tersebut. Pelajar - pelajar ini akan mendapat hak

sebagai pelajar sejajar dengan pelajar - pelajar normal.

2011/2012 Page 23

Page 24: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

5. Rujukan

Buku

1. Chua, T. (1991). Methods of Teaching Deaf Children in Singapore and Malaysia.

Singapore: Institute of Education, Singapore.

2. Jamila KA. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

3. Kehilangan Pendengaran dan Bayi Anda Langkah Selanjutnya. (2007). NSW

Department of Health.

Jurnal

1. Jurnal Bahasa

2. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia

Majalah

1. Abdullah Yusof & Che Rabiah Mohamed (2002) Proses Pendengaran dan Implikasi

Kecacatannya Terhadap Berbahasa. Dewan Bahasa, Ogos.

2. Aznan Che Ahmad (2010) Masalah Pendengaran. Buletin Pendidikan Khas, April.

Laman Web

1. http://www.searchinpdf.com/Tajuk:-Penggunaan-Alat-bantuan-Pendengaran-di-kalangan-

murid-murid-...

2011/2012 Page 24

Page 25: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2. https://www.slideboom.com/presentations/93362/TERAPI-PERTUTURAN

4. Lampiran

2011/2012 Page 25

Page 26: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 26

Page 27: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 27

Page 28: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 28

Page 29: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 29

Page 30: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 30

Page 31: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 31

Page 32: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 32

Page 33: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 33

Page 34: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 34

Page 35: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 35

Page 36: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 36

Page 37: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 37

Page 38: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 38

Page 39: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 39

Page 40: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 40

Page 41: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 41

Page 42: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 42

Page 43: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 43

Page 44: Ciri-Ciri dan Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran dan Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Membantu Mereka Di Dalam Bilik Darjah

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012 Page 44