7
Aku Tidak Bernyawa Lagi AKU TIDAK BERNYAWA LAGI Nama Pena : Awin.awina Gelap. Mataku ditutup dengan kain hitam. Aku didukung oleh seorang lelaki yang tidak kukenali. Rontaanku yang lemah dan kerdil tidak mampu melawan kudrat lelaki yang mengusungku. Aku takut. Teramat- amat takut. Emak!!! Ayah!!!!...aku takut!!!!... jeritanku tidak didengari oleh sesiapa pun. Aku telah dibawa ke sebuah tempat yang sunyi. Rumah lama yang using dan asing bagi diriku. Keadaan yang gelap, bau busuk menyusuk hidung, bunyi cengkerik begitu kuat bergema. Tubuhku diikat dengan tangan ke belakang, lalu dicampak ke atas tilam nipis yang kusam dan berbau. Aduh! Sakitnya. Aku menjerit dengan mulut yang disumbat dengan kain. Kasihanilah aku….aku masih kecil. Aku takut sangat. Emak…tolong!! Ayah…tolong!!. Aku menangis teresak-esak. Bunyi suara orang bercakap-cakap sesama mereka. Aku gerun mendengar suara garau lelaki itu. Kemudian suara itu hilang. Keadaan kembali sunyi. Rasanya mereka telah pergi meninggalkan aku keseorangan di situ. Lama aku dibiarkan. Mungkin sepanjang hari, mungkin juga sepanjang malam. Aku tidak dapat membezakan hari siang ataupun malam kerana mataku telah ditutup rapat. Aku mulai merasa

Cerpen-Aku tidak bernyawa lagi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cerpen-Aku tidak bernyawa lagi

Aku Tidak Bernyawa Lagi

AKU TIDAK BERNYAWA LAGINama Pena : Awin.awina

Gelap.

Mataku ditutup dengan kain hitam. Aku didukung oleh seorang lelaki yang tidak

kukenali. Rontaanku yang lemah dan kerdil tidak mampu melawan kudrat lelaki yang

mengusungku. Aku takut. Teramat-amat takut. Emak!!! Ayah!!!!...aku takut!!!!... jeritanku

tidak didengari oleh sesiapa pun.

Aku telah dibawa ke sebuah tempat yang sunyi. Rumah lama yang using dan asing

bagi diriku. Keadaan yang gelap, bau busuk menyusuk hidung, bunyi cengkerik begitu

kuat bergema.

Tubuhku diikat dengan tangan ke belakang, lalu dicampak ke atas tilam nipis yang

kusam dan berbau. Aduh! Sakitnya. Aku menjerit dengan mulut yang disumbat dengan

kain. Kasihanilah aku….aku masih kecil. Aku takut sangat. Emak…tolong!! Ayah…

tolong!!. Aku menangis teresak-esak.

Bunyi suara orang bercakap-cakap sesama mereka. Aku gerun mendengar suara garau

lelaki itu. Kemudian suara itu hilang. Keadaan kembali sunyi. Rasanya mereka telah

pergi meninggalkan aku keseorangan di situ.

Lama aku dibiarkan. Mungkin sepanjang hari, mungkin juga sepanjang malam. Aku

tidak dapat membezakan hari siang ataupun malam kerana mataku telah ditutup rapat.

Aku mulai merasa kelaparan. Tubuhku mengerekot, kedinginan mencengkam hingga ke

tulang. Aku dengar bunyi hujan. Hujan yang sangat lebat. Bunyi petir berdentum. Aku

benar-benar takut. Aku menangis sekuat-kuat hati. Emak…ayah….

Lenaku dalam mimpi. Dakapan emak dan ayah yang aku rindui. Kakak dan abang

tempat aku bergurau senda. Mimpi-mimpi indah tika aku keseorangan di kala ini. Aku

tersenyum di dalam mimpi.

Tidurku tersentak. Aku bangkit. Suara garau itu kembali. Nyaring percakapannya,

butiran maksud yang aku tidak fahami kerana aku masih kecil lagi. Aku tidak

Page 2: Cerpen-Aku tidak bernyawa lagi

Aku Tidak Bernyawa Lagi

memahami maksud percakapan orang dewasa. Yang aku tahu hanya menangis, sakit

dan takut. Itulah perasaan aku kini.

Emak..ayah…Aku menangis lagi. “Diam!” marah lelaki bersuara garau itu.

Pipiku ditampar berkali-kali. Aku menjerit kesakitan. Mengalir darah di bibir comelku.

Aku masih kecil kenapa dipukul tubuhku yang tidak berdaya ini. Aku dipukul lagi tanpa

belas lalu tidak sedarkan diri.

Aku berusaha untuk bangun namun lemah. Aku rebah terdampar di atas tilam usang

itu. Perutku tidak langsung menjamah sedikitpun makanan sejak diusung oleh lelaki itu.

Mungkin 2 hari, mungkin juga 3 hari. Aku tidak tahu menghitungnya kerana aku masih

kecil. Yang aku tahu, aku nak balik. Aku nak emak, aku nak ayah …aku menangis lagi.

Lemah dan tidak berdaya. Diriku telah dipukul berkali-kali. Rasa sakit di seluruh

tubuhku umpama kebas di gigit semut-semut. Diriku rasa terawang-awang antara di

bumi nyata ataupun sebaliknya.

“Angkat budak itu” suara garau itu kembali. Aku kecut perut. Takut.

Pakaianku direntap. Tubuh kecilku digoncang-goncang. Aku meraung kesakitan yang

teramat-amat sangat. Bahagian bawahku telah dimasukkan sesuatu yang aku tidak

mengerti benda itu. Rasa pedih, amat sakit yang aku tahu. Berkali-kali aku diperlakukan

sebegitu sehingga aku tidak mampu menahannya lagi kerana aku masih kecil. Aku

tidak sedarkan diri buat sekian kali.

Kali ini aku langsung tidak mampu lagi mengangkat tubuhku. Ibarat bangkai bernyawa,

tubuhku terkujur tanpa seurat benang. Namun begitu, aku tidak pula merasa sejuknya

atau panasnya suasana ketika itu. Yang aku tahu aku masih dapat menghirup nafas.

Nafasku yang lemah…dan semakin lemah.

Hanya mataku yang mampu melihat, telingaku yang masih mendengar. Gelak ketawa

lelaki itu tanpa menghirau aku yang kecil ini terbiar. Yang sedang nazak hanya

menunggu Maha Pencipta menjemput aku ke mahligai-Nya.

Page 3: Cerpen-Aku tidak bernyawa lagi

Aku Tidak Bernyawa Lagi

Tubuhku didatangi lagi oleh lelaki itu. Benda yang aku tidak mengerti itu ditujah lagi ke

bahagian bawahku. Kali ini aku tidak lagi meraung ataupun merasai kesakitannya. Aku

rasa diriku telah dibawa jauh oleh seseorang. Seseorang yang aku amat senanginya.

Wajahnya putih bersih. Tersenyum kepadaku. Hilang rasa sakitku. Luput segala

ketakutanku. Lupa aku seketika pada emak dan ayah. Wajah yang begitu

menyenangkan. Aku tidak takut padanya. Aku mengikutinya terbang ke langit yang

luas.

Aku pandang ke bawah, masih jelas melihat perlakuan itu ke atas tubuhku yang tidak

bernyawa lagi. Dia menyumbatkan sesuatu di bahagian bawahku. Kemudian

menghempaskan tubuh kecil itu ke tanah. Aku sedih melihat diriku sendiri. Tidak ada

rasa belaskah lelaki itu kepadaku yang masih kecil dan tidak mengerti. Tubuhku yang

tidak bernyawa itu diusung dan dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik berwarna

hitam. Ditinggalkan tubuh kecilku di rumah usang itu, terbiar lama hingga dikerumuni

serangga dan ulat.

Akhirnya tubuhku yang hampir reput itu ditemui di dalam keadaan yang amat dahsyat

sekali. Pasti ada insan yang tidak sanggup melihat tubuhku itu. Ngeri…sadis…kejam..

itulah antara ungkapan yang akan diluahkan oleh insan yang melihatku.

Emak dan ayah meraung tika mendakap tubuhku yang sudah berulat. Keluar airmata

darah sekalipun tidak mampu menghidupkan aku kembali. Kasihan aku melihat emak

dan ayah yang tidak henti-henti menangis.

“Mak..ayah…maafkan adik. Adik kena pergi jauh, tinggal mak dan ayah. Mak jangan

nangis-nangis, ayah pun …jangan sedih-sedih ya. Adik tunggu mak ayah kat sana

nanti”.

Aku melambai dari jauh, terpaksa pergi meninggalkan mak dan ayah. Tubuhku yang

sudah tidak bernyawa lagi ditinggalkan untuk disempurnakan oleh mereka yang masih

menyayangi aku.

Page 4: Cerpen-Aku tidak bernyawa lagi

Aku Tidak Bernyawa Lagi

TEMA

Tema bagi cerpen “Aku tidak bernyawa lagi” karya Awin Awina merupakan penderitaan

yang dilalui oleh seorang kanak-kanak perempuan akibat dari kerakusan nafsu manusia

bernama lelaki. Cerpen ini juga merupakan satu respon daripada isu-isu semasa

berkenaan dengan penderaan mental dan fizikal ke atas kanak-kanak. Selain itu, tema

lain yang dapat dikeluarkan daripada cerpen ini juga adalah berkaitan dengan nilai-nilai

kemanusiaan yang semakin hilang dalam diri manusia dan bertindak lebih teruk dari

haiwan. Sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral bila nafsu merajai

diri. Selain itu juga tema lain yang terdapat dalam cerpen ini adalah kurangnya

pengertian kasih sayang antara sesama manusia.

MESEJ

Cerpen ini ditulis berdasarkan kisah sebenar yang berlaku kepada seorang kanak-

kanak bernama Nurin Jazlin Jazimin yang mati dengan keadaan yang menyayat hati

apabila ditemui dibungkus dalam beg tanpa seurat benang. Nurin dipercayai dipukul,

dirogol, diliwat sebelum mayatnya dibuang. Mesej yang ingin disampaikan adalah

supaya kita dapat merasai betapa sengsaranya Nurin melalui pengalaman-pengalaman

yang ngeri sebelum kematiannya. Kematiannya mendapat simpati seluruh Malaysia.

NILAI DAN PENGAJARAN

1) Nilai perikemanusiaan.

Menjaga hubungan di antara sesama manusia dengan berpandukan agama dan

undang-undang yang telah ditetapkan negara.

2) Nilai keagamaan yang kukuh

Dengan nilai keagamaan yang kukuh dapat menegah manusia dari melakukan

perkara-perkara yang buruk dan merosakkan orang lain.

Page 5: Cerpen-Aku tidak bernyawa lagi

Aku Tidak Bernyawa Lagi

SYURGA MENANTIMU

Payah melepaskan nafas terhenti di rongga masamengenang perit seksa pedih derita

seorang anak kecil tanpa dosadiperlaku tanpa rasa terbenam dicengkam arus rakus

memusar kasar – bengis, tragis, sadisberhamburan nafsu segala

sambil tak tergambar potret kesakitan dirakam alam diamtak terkuasa menyelamatkan atau mengembalikan kekuatan

yang telah hilang dilorong ketakutan.

Engkaukah yang bisu tunduk bertelekubagai patuh diuji petaka manusia durja

manusia tanpa namayang mati hati budi hilang pertimbangan insani

di celah bangsa ternobat hebat disanjung payung kasih sayang,

Engkaukah itu yang syahdumembuat dunia berkabung dan menangis

menerima sebuah keberangkatan pilu menghiris,

Bernoktah deritamuharum wangi syurgawi

kauhirup mesrasenyum mekarkan di sana.