63
Tongkat Ajaib (Cerita Rakyat Cina) Dahulu kala, ada sebuah danau yang sangat jernih di Yunnan. Beberapa orang petani memelihara sapi di dekat danau itu. Tiap pagi mereka mambawa sembilan puluh sembilan ekor sapi untuk minum di danau, namun pada siang hari, sapi-sapi itu berubah menjadi seratus ekor. Seorang gadis cantik selalu muncul pada saat yang sama. Tak seorang pun tahu dari mana asal gadis itu, namun mereka menyukainya. Ia tahu tentang banyak hal dan suka bercerita. Ceritanya sangat menarik. “Ada seekor sapi ajaib di antara ternak kalian,” katanya. “Ia dapat berjalan di atas air. Sehelai bulunya dapat mengangkat beban yang sangat berat.” Para petani menanyakan sapi yang mana yang ia maksudkan, namun ia hanya tersenyum. “Hanya orang yang jujur yang dapat mengetahuinya, “ katanya.

cerita rakyat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita rakyat

Citation preview

Page 1: cerita rakyat

Tongkat Ajaib (Cerita Rakyat Cina)

Dahulu kala, ada sebuah danau yang sangat jernih di Yunnan. Beberapa orang

petani memelihara sapi di dekat danau itu. Tiap pagi mereka mambawa sembilan

puluh sembilan ekor sapi untuk minum di danau, namun pada siang hari, sapi-sapi

itu berubah menjadi seratus ekor. Seorang gadis cantik selalu muncul pada saat

yang sama. Tak seorang pun tahu dari mana asal gadis itu, namun mereka

menyukainya. Ia tahu tentang banyak hal dan suka bercerita. Ceritanya sangat

menarik.

“Ada seekor sapi ajaib di antara ternak kalian,” katanya. “Ia dapat berjalan di atas

air. Sehelai bulunya dapat mengangkat beban yang sangat berat.”

Para petani menanyakan sapi yang mana yang ia maksudkan, namun ia hanya

tersenyum. “Hanya orang yang jujur yang dapat mengetahuinya, “ katanya.

Pada suatu hari, sapi-sapi itu sedang mencari makanan. Gembala tua yang biasa

menjaga mereka mengumpulkan mereka. Tak disadarinya tongkat tua yang

dipakainya menyentuh seekor sapi. Beberapa helai bulu sapi itu terselip pada

retakan pada ujung tongkat.

Page 2: cerita rakyat

Sore pun tiba, gembala itu mengikat dua keranjang kayu bakar pada ujung-ujung

tongkat dan memikulnya. “Heran,” katanya dalam hati, “Kayu ini ringan sekali.

Mungkin aku baru mengumpulkan sedikit kayu. Hari masih terang, lebih baik aku

mengumpulkan kayu lagi.”

Ia pun mengumpulkan kayu lagi banyak-banyak. Diikatnya pada kedua ujung

tongkat. Namun ia tetap dapat mengangkatnya dengan mudah. Ia pun pulang.

Demikianlah, tiap hari gembala tua mengumpulkan banyak kayu bakar dan

membawanya ke pasar untuk dijual. Karena kayu yang dijualnya jauh lebih banyak

dari sebelumnya, ia pun mendapat lebih banyak uang dan dapat menabung.

Pada suatu hari, ketika kakek itu membawa kayu itu ke pasar, seorang kaya

melihatnya. Ia heran karena gembala yang sudah tua itu dapat membawa begitu

banyak kayu. Tiap hari ia menunggu kakek itu lewat membawa kayu. Ia pun

menemui kakek itu dan bertanya, “Kek, bagaimana kau dapat membawa kayu yang

berat itu?”

“Tongkat ini ajaib,” jawab sang kakek.

“Kalau kau mau menjual tongkat itu kepadaku, aku akan memberimu lima ratus

keping emas.”

Lima ratus keping emas adalah jumlah yang sangat besar. Uang itu dapat

digunakannya hingga akhir hidupnya. Kakek pun menerimanya dan memberikan

tongkatnya kepada orang kaya itu.

Orang kaya itu sangat gembira karena berhasil mendapatkan tongkat ajaib. Namun

ia lihat tongkat tua itu sudah usang dan retak-retak pada ujung. Dibawanya tongkat

itu ke tukang kayu untuk diperbaiki. Tukang kayu memotong ujung tongkat yang

retak dan membuangnya. Bulu sapi ajaib pun ikut terbuang.

Pada suatu hari orang kaya itu menunjukkan tongkat itu kepada isterinya. Ia

mengikat banyak kayu di ujung-ujung tongkat dan menyuruh isterinya

Page 3: cerita rakyat

mengangkatnya. Wanita itu tentu saja tidak dapat mengangkatnya. “Kau ini, mana

mungkin ini tongkat ajaib?” katanya, “ini cuma tongkat biasa.”

Orang kaya itu mengomel, “Dasar kamu tidak tahu apa-apa.” Ia pun mengangkat

tongkat dan kayu itu. Ia juga tidak dapat melakukannya karena tongkat itu sekarang

sudah kembali menjadi tongkat biasa.

Page 4: cerita rakyat

Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya (CERITA RAKYAT CINA)

Pada suatu hari, kira-kira 4000 tahun yang lalu, Huangdi (Empayar Kuning), iaitu

raja yang pertama dalam legenda China, telah membawa rombongan pengiringnya,

menuju ke sebuah kampung untuk menziarahi seorang kawannya di sana. Dalam

perjalanannya itu, baginda terjumpa seorang budak lelaki yang sedang menjaga

sekumpulan kuda.

Disebabkan perjalanan ke tempat yang ditujunya masih agak jauh, maka, baginda

bertanya kepada budak itu,

"Kamu tahukah jalan ke kampung kawan beta itu?"

Budak itu menganggukkan kepalanya, sambil menjawab,

"Ya, hamba tahu."

Huangdi bertanya lagi,

"Kamu kenalkah kawan beta itu?"

Budak itu menjawab,

"Ya, hamba kenal."

Melihat budak itu tahu tentang begitu banyak hal, Huangdi terus bertanya

kepadanya,

"Adakah kamu tahu, bagaimana caranya untuk mentadbir negara?"

Budak itu menjawab,

"Cara untuk mentadbir negara hampir samalah dengan menjaga kumpulan kuda ini.

Hanya perlu mengusir kuda-kuda yang boleh mencelakakan kumpulannya sahaja."

Huangdi merasakan bahawa, kata-kata budak itu memang agak masuk akal.

Selepas meninggalkan tempat itu, baginda masih terus memikir-mikirkannya.

Page 5: cerita rakyat

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Hai Qun Zhi Ma" atau "Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya" ini,

membawa erti yang sama dengan peribahasa "sebab nila setitik rosak susu

sebelanga". Peribahasa ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang

suka berbuat sesuatu yang merugikan kelompok masyarakatnya sendiri.

Page 6: cerita rakyat

Misteri Sumpahan Sang Kelembai (Cerita Rakyat Melayu)

Menurut cerita lagenda, apa sahaja yang ditegur oleh Sang Kelembai akan bertukar

menjadi batu.

Makhluk ghaib ini sering digambarkan dengan fizikal yang bersaiz gergasi, berwajah

hodoh, berperwatakan bengis, berambut merah dan panjang. Ia amat digeruni oleh

makhluk-makhluk lain. Sang Kelembai biasanya tinggal di dalam hutan belantara

dan berhampiran sungai. Ia juga dikatakan gemar makan pucuk buluh dan

menyebabkan orang kampung pada masa itu sukar mendapatkan buluh.

Cerita Sang Kelembai sangat popular dikalangan masyarakat melayu yang tinggal di

Perak, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dengan masing-masing mempunyai versi

cerita yang berbeza.

Versi Perak

Diceritakan, pada suatu hari Sang Kelembai sedang membuat belat ikan merentangi

Sungai Perak tiba-tiba turun lima ekor gajah untuk mandi-manda disitu dan membuat

bising hingga mengganggu ikan yang ingin ditangkap oleh Sang Kelembai. Lantaran

daripada itu, ia hilang sabar lalu bertempik menyebabkan 5 ekor gajah sekali gus

menjadi batu. Batu itu masih ada di Kampung Ara Panjang.

Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan mendapat nama daripada batu di kaki Bukit

Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah-

Page 7: cerita rakyat

gajah di situ telah membuat bising dan telah ditegur oleh Sang Kelembai yang tidak

suka dengan suasana bising. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.

Dikatakan juga, pemukaan berbatu di sekitar air terjun Lata Kinjang di Tapah dan

Lata Batu Hampar di Padang Rengas terbentuk hasil sumpahan Sang Kelembai

selepas berang ekoran anaknya mati dihempap pokok.

Versi Pahang

Menurut cerita orang-orang tua di Kampung Batu Sawar, terdapat sebuah batu

berbentuk sawar iaitu sejenis alat menangkap ikan di dalam Sungai Pahang. Para

pengunjung boleh melihat sendiri batu sawar ini lebih-lebih lagi menjelang air surut.

Batu ini dikatakan terkena sumpahan Sang Kelembai kerana menghalang laluannya.

Batu tersebut kemudiannya digelar Batu Sawar dan akhirnya menjadi nama rasmi

bagi kampung tersebut.

Kisah Sang Kelembai di Kuala Tahan biasa diperkatakan dikalangan masyarakat

kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai. Di khabarkan, ia suka

singgah di kawasan air terjun 4 tingkat dan sebuah taman yang kini digelar sebagai

‘Wray’s Camp’ disebabkan keindahannya. Terdapat juga kesan tapak kakinya di

puncak Gunung Tahan.

Banyak kawasan kampung dikaitkan dengan kisah Sang Kelembai. Antaranya ialah

Batu Papan, Gua Kota Gelanggi dan Batu Katak.

Page 8: cerita rakyat

Di Gua Kota Gelanggi ia sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai.

Di situ juga wujud batu menyerupai pengantin bersanding, ular dan singa yang

dipercayai akibat sumpahan Sang Kelembai.

Versi Kedah

Di Kodiang, terdapat batu seperti seekor kerbau yang dikatakan di sumpah oleh

Sang Kelembai di Gua Kerbau yang mana, satu daripada gunung disitu menjadi

destinasi pelancongan terkenal.

Versi Pulau Pinang

Pulau Pinang juga turut mendapat tempias Sang Kelembai. Di Batu Maung, Pulau

Pinang, kesan tapak kaki sepanjang 33 inci yang ditemui dan dipercayai tapak kaki

Sang Kelembai. Kesan tapak kaki yang sama turut ditemui di Bayan Lepas, Pulau

Jerejak dan Pulau Aman.

Memandangkan kesan tapak kaki Sang Kelembai sudah wujud beratus tahun di

beberapa pulau sekitar Pulau Pinang, penduduk berbilang bangsa di sana

mempunyai pelbagai cerita dan kepercayaan tentang Gedembai, mengikut budaya

masing-masing.

Page 9: cerita rakyat

Riwayat Huang Di Melawan Chi You

(CERITA RAKYAT CINA)

Khabarnya pada beberapa ribu tahun lalu, terdapat pelbagai puak

tinggal di kawasan perairan Sungai Kuning dan Sungai Yangtze

China. Huang Di ialah pemimpin puak yang terbesar di kawasan

Sungai Kuning. Yan Di ialah pemimpin satu lagi puak yang terkenal

di kawasan itu. Huang Di dan Yan Di ialah saudara. Di kawasan

Sungai Yangtze, terdapat satu puak yang bernama Jiuli, pemimpin

puak itu bernama Chi You, orangnya sangat garang.

Chi You mempunyai 81 orang saudara, semua saudaranya

badannya haiwan dan bermuka manusia, mereka sangat garang dan

hebat serta pandai menggunakan pelbagai jenis senjata. Chi You

sering membawa puaknya yang hebat menyerang puak yang lain.

Pada suatu kali, Chi You menceroboh tempat diduduki oleh Yan Di

dan berperang dengan pasukan tentera Yan Di. Pasukan tentera

Yan Di kurang kuat dan digalahkan oleh pasukan tentera Chi You.

Yan Di melarikan diri ke Zhulu yang diduduki oleh Huang Di untuk

meminta bantuan kepada saudaranya. Huang Di sudah lama ingin

membanteras puak Chi You, beliau menjalin hubungan bersekutu

dengan puak-puak lain dan mengadakan peperangan dengan Chi

You di Zhulu, itulah pertempuran Zhulu yang sangat terkenal dalam

sejarah China.

Pada permulaan peperangan itu, tentera Chi You banyak kali

mengagalkan pasukan tentera sekutu Huang Di kerana senjatanya

hebat dan askarnya kuat. Kemudian, Huang Di telah mengundang

naga dan binatang ajaib yang lain membantu beliau dalam

peperangan. Walaupun askar Chi You hebat, tetapi mereka tidak

boleh melawan binatang ajaib dan masing-masing melarikan diri dari

Page 10: cerita rakyat

pertempuran.

Huang Di mengetuai tenteranya mengejar pasukan tentera Chi You,

tiba-tiba, langit menjadi gelap dan penuh dengan kabus, angin

kencang bertiup dan berlaku petir, hujan lebat mula menurun,

pasukan tentera Huang Di tidak boleh mengejar lagi. Itu sebab Chi

You menjemput dewa angin dan dewa hujan membantu dia dalam

peperangan. Huang Di terus mengundang dewa tuarang di langit

menghentikan angin dan hujan, cuaca segera menjadi cerah semula.

Chi You seterusnya membuat kabus yang tebal agar askar Huang Di

telah sesat jalan. Huang Di membuat sebuah kereta kompas dan

menurut arahan bintang Pencedok Besar di langit mengetuai

pasukan tenteranya keluar dari kawasan kabus.

Setelah beberapa kali pertempuran, Huang Di telah membunuh 81

orang saudara Chi You dan akhirnya menangkap Chi You secara

hidup, Huang Di seterusnya memberi perintah membunuh Chi You.

Oleh sebab takut Chi You setelah dibunuh menjadi hantu dan

mengakibatkan huru-hara, kepala dan dan badan Chi You

dikebumikan di dua tempat yang berjarak jauh.

Setelah Chi You dibunuh, imejnya masih menakutkan orang. Huang

Di melukis gambar Chi You di atas bendera tenteranya untuk

menggalakkan askarnya berani dalam peperangan, dan juga untuk

menakutkan puak-puak yang berani bermusuh dengan puak Huang

Di. Akhirnya, Huang Di mendapat sokongan pelbagai puak dan

menjadi pemimpin pelbagai puak tersebut.

Huang Di mempunyai banyak bakat dan beliau telah membuat

banyak ciptaan seperti teknik pembinaan istana, teknik pembuatan

kereta, kapal, pakaian yang berwarna-warni dan lain-lain. Isteri

Huang Di mengajar rakyatnya memelihara ulat sutera dan mencipta

kepompong, tamadun sutera China adalah dimulakan pada zaman

Page 11: cerita rakyat

itu. Setelah Huang Di mencipta pagoda, isterinya juga mencipta

payung berdasarkan cara pagoda.

Riwayat China pada zaman purba sangat memuja Huang Di,

keturunan China semua menganggap Huang Di sebagai nenek

moyang orang China dan semua orang China ialah keturunan Huang

Di. Oleh sebab puak Yan Di dan puak Huang Di sangat rapat dan

akhirnya berkhawin bercampuran, keturunan orang China juga

menganggap sendiri sebagai keturunan Huang Di dan Yan Di.

Rakyat China juga membina sebuah “Makam Huang Di” di provinsi

Shaanxi di tebing Sungai Kuning untuk memperingati nenek moyang

bersama semua keturunan orang China. Pada musim bunga setiap

tahun, wakil orang Cina dari seluruh dunia berkumpul di makam itu

untuk memuja nenek moyang seluruh orang Cina.

Page 12: cerita rakyat

Setelah Gulungan Peta Dibuka, Pisau Belati Pun Terlihat

(CERITA RAKYAT CINA)

Pada penghujung zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum

Masihi), negeri Qin mula menunjukkan hasrat untuk menakluk negeri-negeri yang

lain demi menyatukan seluruh negara. Pada tahun 228 sebelum Masihi, selepas

berjaya menawan sebuah negeri, tentera negeri Qin bersiap sedia pula untuk

menyerang sebuah lagi negeri yang bernama Yan. Setelah mengetahui hal tersebut,

putera negeri Yan pun menghantar Jing Ke, seorang perajuritnya yang gagah

berani, ke negeri Qin untuk membunuh raja negeri Qin.

Untuk mendapatkan kepercayaan raja negeri Qin, Jing Ke telah membawa

bersamanya sekeping peta yang terlukis wilayah-wilayah yang paling subur di negeri

Yan untuk dihadiahkan kepada baginda. Padahal, sebelum itu, dia sudah

menyembunyikan sebilah pisau belati yang sangat tajam di dalam gulungan peta itu.

Setelah tiba di negeri Qin, Jing Ke telah dibenarkan untuk menghadap raja di istana.

Maka, dengan penuh hormat, Jing Ke mengeluarkan peta yang dibawanya itu, lalu

membuka gulungannya dengan perlahan-lahan. Ketika gulungan peta itu dibuka

sepenuhnya, dia segera mencabut keluar pisau belati yang disembunyikannya itu,

dan cuba menikam raja negeri Qin. Bagaimanapun, raja itu telah menyelinap ke

belakang sebatang tiang yang besar dengan pantas. Pada saat itu, pengawal istana

segera bertindak mengepung Jing Ke, dan terus membunuhnya. Berikutan gagalnya

rancangan untuk membunuh raja negeri Qin itu, negeri Yan akhirnya tidak terlepas

juga daripada ditakluk oleh negeri Qin.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Tu Qiong Bi Xian" atau "Setelah Gulungan Peta Dibuka, Pisau Belati

Pun Terlihat" ini membawa erti, apa jua niat jahat yang tersembunyi, akhirnya akan

terbongkar juga. Ia menasihati kita supaya jangan cuba berbuat jahat, seperti

menipu dan mencuri, kerana lambat laun kita pasti menanggung akibatnya.

Page 13: cerita rakyat

Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya

(CERITA RAKYAT CINA)

Pada zaman Dinasti Song Utara, ada seorang pelukis yang tersohor bernama Sun

Zhiwei. Dia sangat pandai melukis potret dan figura, sehingga ramai orang ingin

berguru dengannya.

Pada suatu hari, Sun Zhiwei diminta melukis sebuah potret untuk Dewa Matahari.

Setelah bentuk lakaran selesai, dia mengambil berus untuk mewarnakan lukisan itu.

Pada ketika itu, seorang kawannya datang menjemputnya pergi minum arak.

Sebelum keluar, dia berpesan kepada para pelajarnya:

"Bentuk lukisan ini sudah saya selesaikan tadi. Hanya tinggal proses

mewarnakannya. Inilah kerja kamu semua nanti. Kena berhati-hati, jangan tersilap

memilih warna ya! Moga-moga lukisan ini siap diwarnakan apabila saya pulang."

Sebaik sahaja Sun Zhiwei meninggalkan tempat itu, pelajar-pelajarnya segera

berkumpul untuk melihat lukisan tersebut. Mereka sangat kagum dengan

kepandaian guru mereka melakar sehingga dewa dalam lukisan itu kelihatan seperti

hidup. Bagaimanapun, seorang pelajar yang bernama Tong Renyi berkata,

"Cuba lihat jambangan yang dipegang oleh Dewa Matahari ini. Saya ingat, setiap

kali tuan guru kita melukis jambangan, dia pasti akan melakar sekuntum bunga pada

jambangan itu. Tetapi jambangan dalam lukisan ini kosong sahaja. Pastilah tuan

guru telah lupa atau tak sempat melukis bunga tersebut."

Selepas melafazkan kata-kata itu, Tong Renyi mengambil berus dan melakar

sekuntum bunga plum pada jambangan dalam lukisan itu.

Selepas pulang dari rumah kawannya, Sun Zhiwei terkejut apabila ternampak pada

jambangan dalam lukisannya telah ditambah sekuntum bunga. Dia berkata dengan

marah:

"Siapakah yang telah melukis bunga ini? Dia yang mahu tunjuk pandai, tetapi yang

ternampak kebodohannya! Jambangan ini digunakan oleh Dewa Matahari untuk

Page 14: cerita rakyat

menangkap hantu air. Setelah ditambah sekuntum bunga, harta karun yang tak

ternilai ini menjadi lukisan biasa sahaja."

Sebaik sahaja habis bercakap, Sun Zhiwei terus mengoyakkan lukisannya itu. Tong

Renyi yang berdiri di sisinya, berasa sangat malu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Nong Qiao Cheng Zhuo ini digunakan untuk mempersendakan

seseorang yang cuba menunjukkan kepandaian, tetapi yang ternampak

kebodohannya.

Page 15: cerita rakyat

Lembing dan Perisai Bercanggah Sesama Sendiri

(CERITA RAKYAT CINA)

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), di negeri

Chu, ada seorang penjual lembing dan perisai yang sangat suka membesar-

besarkan kelebihan barang jualannya.

Pada suatu hari, si penjual itu bangun awal, lalu pergi ke pasar untuk menjual

lembing dan perisainya seperti biasa. Untuk menarik perhatian pembeli, dia terus

mengangkat perisainya, sambil melaung-laung,

"Marilah beli perisaiku ini. Perisaiku ini keras sekali. Ia mampu menahan apa sahaja

jenis lembing, tak kira berapa tajamnya!"

Kemudian, dia mengangkat 普拉 lembingnya, sambil terus melaung-laung,

"Marilah beli lembingku ini. Lembingku ini tajam sekali sehingga ia mampu

menembusi apa sahaja jenis perisai, tak kira berapa tebalnya!"

Setelah terdengar kata-kata si penjual itu, seorang lelaki yang ada di situ bertanya

dengan hairan,

"Menurut kata-kata kamu tadi, lembing kamu mampu menembusi apa sahaja jenis

perisai. Perisai kamu pula mampu menahan apa sahaja lembing. Bagaimana pula

akibatnya jika menggunakan lembing kamu untuk menikam dan menembusi perisai

kamu?"

Mendengar soalan tersebut, lidah si penjual itu pun menjadi kelu kerana tidak tahu

bagaimana menjawabnya. Dengan perasaan penuh malu, dia segera

mengumpulkan lembing dan perisainya, lalu meninggalkan pasar itu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Zi Xiang Mao Dun" atau "Lembing dan Perisai Bercanggah Sesama

Sendiri" ini membawa erti, kenyataan yang dibuat atau perbuatan yang dilakukan

oleh seseorang, mengandungi unsur-unsur yang bertentangan sesama sendiri. Ia

Page 16: cerita rakyat

digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang cakap atau perbuatannya

selalu bercanggah sesama sendiri.

Page 17: cerita rakyat

Menelan Buah Kurma Bulat-Bulat (CERITA RAKYAT CINA)

Pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda "kutu buku" yang sangat suka

membaca buku dengan lantang halaman demi halaman. Namun, dia tidak pernah

memikirkan makna dan maksud yang tersirat dalam ayat-ayat yang dibacanya.

Walaupun begitu, dia tetap menganggap dirinya orang yang berilmu dan

berpengetahuan luas.

Pada suatu hari, si kutu buku yang menganggap dirinya pandai itu pergi ke pasar

untuk membeli buah-buahan. Di pasar itu, seorang tua penjual buah pir

memberitahunya,

"Buah pir ini memang amat baik untuk gigi, tetapi ia juga boleh merosakkan perut

jika dimakan terlalu banyak."

Seorang tua penjual buah kurma di sebelah penjual buah pir itu pula

memberitahunya,

"Buah kurma ini amat baik untuk perut, tetapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan

gigi jika ia dimakan terlalu banyak."

Mendengar kata-kata dua orang penjual itu, si kutu buku itu terus berkata tanpa

berfikir sedikit pun,

"Itu senang sahaja! Bagi buah pir ini, kita kunyah sahaja, tidak perlu ditelan. Bagi

buah kurma ini pula, kita boleh terus menelannya tanpa mengunyah. Dengan cara

ini, gigi dan perut kita akan dapat dijaga dengan baik."

Sebaik sahaja habis bercakap, dia pun terus memasukkan sebiji buah kurma ke

dalam mulutnya, dan cuba menelannya bulat-bulat. Akibatnya, dia nyaris tercekik.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Hu Lun Tun Zao" atau "Menelan Buah Kurma Bulat-Bulat" ini,

digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang malas berfikir ketika belajar.

Mereka sudah biasa menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan tanpa

Page 18: cerita rakyat

mencernanya, atau hanya belajar dengan cara menghafal tanpa memahaminya.

Cara belajar ini sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan kepada mereka.

Page 19: cerita rakyat

Setiap Kata yang Terucap Dikotakan (CERITA RAKYAT CINA)

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), di negeri

Qin, ada seorang Perdana Menteri yang bernama Shang Yang. Dengan bakatnya

yang luar biasa dalam bidang politik, dia dipandang tinggi dan amat dihormati oleh

raja negeri tersebut.

Pada tahun 359 Sebelum Masihi, Shang Yang merancang untuk melaksanakan

pembaharuan yang menyeluruh di negeri Qin. Bagaimanapun, dia bimbang rakyat

jelata tidak yakin pada keupayaan kerajaan. Oleh itu, dia mahu membuat sesuatu

untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Setelah berfikir beberapa lama, dia

akhirnya telah mendapat satu idea.

Pada suatu hari, Shang Yang telah menegakkan sebatang tiang yang tingginya 10

meter di luar pintu selatan ibu kota Xianyang. Dia memberitahu orang ramai yang

berkerumun di situ bahawa sesiapa sahaja yang mampu membawa tiang itu ke luar

pintu utara, akan diberikan ganjaran sebanyak 10 Liang perak (1 Liang = 31 gram).

Orang ramai yang mendengar berita itu berasa sangat hairan, tetapi tiada seorang

pun yang berani mencuba. Melihat tiada respons daripada mereka, Shang Yang pun

meninggikan suaranya, lalu mengumumkan,

"Siapa sahaja yang membawa tiang ini ke luar pintu utara, akan diberikan ganjaran

sebanyak 50 Liang perak."

Pada ketika itu, tampil seorang lelaki yang berani untuk mencuba. Apabila dia

berjaya membawa tiang itu ke tempat yang ditetapkan, Shang Yang segera

memberikan ganjaran sebanyak 50 Liang perak itu kepadanya. Orang lain yang ada

di situ berasa sangat sesal kerana terlepas peluang yang begitu baik untuk

mendapat wang dengan mudah.

Dengan peristiwa tersebut, rakyat jelata mula percaya kepada keikhlasan kerajaan

dalam usaha untuk memacu ekonomi negeri melalui rancangan pembaharuan yang

berkenaan. Dengan sokongan yang padu daripada mereka, pembaharuan yang

diperkenalkan oleh Shang Yang akhirnya benar-benar berjaya hingga menjadikan

negeri Qin, negeri yang paling kuat pada masa itu. Usaha tersebut juga telah

Page 20: cerita rakyat

menjadi asas yang kukuh kepada penyatuan negara China yang dijayakan oleh raja

negeri Qin, Ying Zheng atau Maharaja Shihuangdi kira-kira 100 tahun selepas itu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Yi Yan Wei Zhong" ini membawa erti, setiap kata atau janji yang

dilafazkan akan ditunaikan. Peribahasa ini sering digunakan untuk menegaskan

semula bahawa janji yang dibuat oleh seseorang itu pasti akan ditunaikan.

Page 21: cerita rakyat

Rubah Berdukacita Atas Kematian Arnab (CERITA RAKYAT CINA)

Pada suatu masa dahulu, seekor rubah dan seekor arnab telah menjalin hubungan

rapat untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh bersama, iaitu pemburu.

Mereka bersumpah akan sehidup semati menghadapi susah atau senang.

Pada suatu hari, si rubah dan si arnab ini bersiar-siar untuk menikmati keindahan

pemandangan alam. Tanpa disedari mereka, sekumpulan pemburu sedang

memerhatikan gerak geri mereka. Perlahan-lahan, pemburu itu mendekati mereka

sambil menyiapkan anak panah masing-masing. Malang sekali nasib, si arnab, ia

telah terbunuh. Si rubah juga nyaris mati.

Selepas pemburu tersebut meninggalkan tempat itu, si rubah pun berlari ke sisi si

arnab sahabatnya itu, sambil meratap dengan sedihnya.

Kebetulan, ketika itu, lalu seorang tua di tempat itu. Dia berasa sangat hairan ketika

melihat seekor rubah meratap dengan begitu sedih di sisi seekor arnab yang sudah

mati. Maka, dengan rasa ingin tahu, dia bertanya kepada si rubah itu,

"Mengapa kamu begitu sedih?"

Si rubah menjawab dengan murung,

"Kami berdua ini ialah haiwan kecil yang menjadi sasaran pemburu. Kami pernah

bersumpah akan sehidup semati bersama menghadapi susah atau senang.

Sekarang, dia telah dibunuh oleh pemburu itu. Kematiannya hari ini bermakna

kematian saya pada esok hari. Kami berdua ialah teman yang sejati. Tentulah saya

sangat sedih."

Selepas mendengar kata-kata si rubah, orang tua itu mengeluh panjang, sambil

berkata,

"Oh begitu! Memang wajarlah kamu berdukacita atas kematian sahabat karib kamu

ini."

Catatan Keterangan:

Page 22: cerita rakyat

Peribahasa "Du Si Hu Bei" yang berasal daripada cerita tentang rubah yang

berdukacita atas kematian arnab yang menjadi teman rapatnya ini membawa erti,

seseorang itu akan berasa sedih dan pilu atas kematian atau kemalangan yang

menimpa sahabat karibnya.

Page 23: cerita rakyat

Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah

(CERITA RAKYAT CINA)

Dalam buku "Han Shu", iaitu "Catatan Sejarah Zaman Dinasti Han", terdapat sebuah

cerita tentang seorang lelaki kaya yang sangat gemar akan barang-barang antik.

Menurut ceritanya, antara koleksi yang disimpan oleh si kaya itu, ada sebiji balang

yang diperbuat daripada jed, yang jarang ditemui di tempat lain. Balang itu sangat

halus buatannya, dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Si kaya itu benar-benar

sangat sayang kepada balang itu.

Pada suatu malam, si kaya itu terlihat seekor tikus yang melompat ke dalam balang

antik kesayangannya itu untuk makan baki makanan yang tertinggal di dalamnya

tanpa disedarinya. Si kaya itu menjadi berang. Dia segera mengambil seketul batu,

lalu melontarnya ke arah tikus itu. Pastinya tikus itu terbunuh. Bagaimanapun,

sayang sekali, balang jed yang sangat berharga itu juga pecah.

Peristiwa tersebut menjadikan si kaya itu berasa sangat sedih. Dia amat sesal

dengan perbuatannya yang mengikut rasa marahnya itu hingga menyebabkan

kerugian yang begitu besar, yang tidak dapat ditebus lagi dengan apa jua. Pada

ketika itu, barulah dia sedar bahawa tindakan yang hanya mementingkan

keuntungan yang ada di depan mata sahaja tanpa memikirkan akibatnya, akan

membawa bahaya atau kerugian yang besar kepada dirinya sendiri. Dia mahu

menggunakan pengalamannya itu untuk mengingatkan orang lain supaya menahan

diri daripada bertindak dengan melulu, dan jangan merosakkan barang-barang

berharga milik sendiri semata-mata kerana mahu membunuh seekor tikus.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Tou Shu Ji Qi" atau "Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di

Sebelahnya Pecah" ini membawa erti, menahan diri daripada mengambil tindakan

terhadap orang jahat semata-mata kerana takut membawa bahaya kepada orang

baik. Peribahasa ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang terlalu

berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara.

Page 24: cerita rakyat

Merenung Kesalahan dalam Ruang Tertutup

(CERITA RAKYAT CINA)

Pada zaman Dinasti Han Barat (tahun 206-220 Sebelum Masihi), di negeri Yan, ada

seorang pegawai kerajaan bernama Han Yanshou yang menjawat jawatan sebagai

Ketua Pengawas Daerah Zuopingyi. Pada suatu hari, ketika membuat tinjauan ke

Kaunti Gaoling, dia terjumpa dua orang adik-beradik yang sedang bertelagah. Salah

seorang daripada mereka berkata dengan marah, "Ladang milik saya telah dirampas

oleh adik saya. Tolonglah tuan buat keputusan yang adil bagi saya."

Seorang lagi pula berkata dengan sedih, "Ladang itu sebenarnya diwariskan oleh ibu

bapa kepada saya. Abang saya bersikap tidak wajar. Dia berkeras mengatakan

ladang itu diwariskan kepadanya."

Peristiwa tersebut amat menyentuh hati Han Yanshou. Dia berkata dengan malu,

"Sebagai Ketua Pengawas daerah ini, saya kurang cekap dalam mendidik rakyat

jelata sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan antara dua saudara kandung. Ini

bukan sahaja melanggar adat dan kesantunan, malah akan membawa aib kepada

orang yang berakhlak mulia. Semuanya disebabkan kesilapan dan kecuaian saya.

Saya tidak layak lagi memegang jawatan yang begitu penting ini."

Pada hari itu, Han Yanshou tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun dengan

alasan sakit. Dia mengurung dirinya di dalam sebuah bilik untuk merenung

kesalahannya. Apabila mendapat tahu hal tersebut, dua beradik yang bertelagah

dan mengadu kepada Han Yanshou itu berasa sangat sesal. Mereka berdua segera

menuju ke rumah Han Yanshou untuk meminta maaf daripadanya.

Ketika melihat kedua-duanya sudah insaf akan kesalahan mereka, barulah nampak

sedikit kelegaan dan kegembiraan pada air muka Han Yanshou.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Bi Men Si Guo" ini bermaksud, merenung kesalahan dalam bilik yang

ditutup pintunya atau dalam ruang yang tertutup. Peribahasa ini membawa erti,

seseorang yang benar-benar insaf akan kesalahan dan kesilapan dirinya.

Page 25: cerita rakyat
Page 26: cerita rakyat

Lempar Bata Dapat Jed (CERITA RAKYAT CINA)

Pada zaman Dinasti Tang, iaitu antara tahun 618 hingga tahun 907 Masihi, di negeri

China, ada seorang penyair tersohor yang bernama Zhao Gu. Puisi yang

dihasilkannya selalu mendapat sambutan dan pujian orang ramai.

Pada ketika itu, ada seorang lelaki bernama Chang Jian yang juga sangat berminat

untuk mencipta puisi. Bagaimanapun, dia merasakan bahawa puisi yang

dihasilkannya masih kurang menarik jika dibandingkan dengan puisi yang dihasilkan

oleh Zhao Gu itu.

Pada suatua hari, Chang Jian mendapat tahu bahawa Zhao Gu akan melawat ke

Suzhou. Fikirnya dalam hati, "Inilah peluang yang baik untuk belajar dengannya.

Tapi, bagaimana caranya untuk meminta dia mencipta serangkap puisi untukku?"

Tiba-tiba, dia terfikir pula, "Jika Zhao Gu melawat ke Suzhou, pastilah dia akan

mengunjungi Kuil Lingyan. Aku boleh menulis dua baris puisi pada dinding kuil itu

dulu. Jika Zhao Gu nampak puisi yang belum lengkap itu, dia pasti mahu

melengkapkannya."

Maka, Chang Jian segera berangkat, menuju ke Kuil Lingyan di Suzhou itu. Setelah

tiba di sana, dia terus menulis dua baris puisi pada dingin kuil itu. Tidak lama

kemudian, Zhao Gu yang melawat ke kuil itu ternampak dua baris puisi yang belum

lengkap itu. Seperti yang disangka, ini telah menarik minatnya untuk melengkapkan

puisi itu, kerana puisi klasik China biasanya mengandungi empat baris. Dua baris

yang ditambahnya memang jauh lebih baik daripada yang dicipta oleh Chang Jian

itu.

Setelah menbaca dua baris puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu, Chang Jian

berkata dengan penuh rasa kagum dan hormat,

"Jika puisi saya diibaratkan sebagai seketul batu bata, maka puisi yang dihasilkan

oleh Zhao Gu itu boleh diibaratkan sebagai seketul jed. Aku telah melemparkan

Page 27: cerita rakyat

seketul batu bata terlebih dahulu. Yang aku peroleh akhirnya ialah seketul jed yang

jauh lebih bernilai."

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Pao Zhuan Yin Yu" ini bermakna, melemparkan seketul batu bata untuk

mendapatkan seketul jed yang lebih bernilai daripada orang lain. Peribahasa yang

menunjukkan sifat rendah hati ini, selalu digunakan oleh orang China untuk

menyindir perbuatan orang yang "memancing" pandangan yang lebih bijak atau

lebih matang daripada para pembaca atau pendengar, dengan menyatakan

pandangannya yang dianggap kurang matang dan mentah.

Page 28: cerita rakyat

Melayan Satu Sama Lain dengan Hormat Seperti Tetamu

(CERITA RAKYAT CINA)

Pada zaman Chunqiu atau Musim Bunga dan Gugur (tahun 770-476 Sebelum

Masihi), ada seorang pegawai kanan di negeri Jin yang bernama Jiu Ji. Dia sering

"turun padang" untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Pada suatu hari, Jiu Ji ternampak seorang petani yang sedang mengerjakan sawah

padinya. Pada waktu makan tengah hari, isteri petani itu pun menghidangkan

makanan yang masih panas kepadanya dengan cara yang sangat hormat. Melihat

pasangan tersebut melayan satu sama lain dengan begitu hormat seperti melayan

tetamu, dia berasa sangat terharu. Setelah mendapat tahu bahawa petani itu ialah

anak kepada seorang bekas pegawai kerajaan yang dibunuh kerana didapati

bersalah, Jiu Ji pun membawanya pulang ke istana untuk menghadap raja negeri

Jin. Dia memohon kepada baginda supaya memberikan jawatan yang penting

kepada petani itu. Katanya kepada raja negeri Jin itu,

"Sifat hormat-menghormati ialah budi baik yang patut kita junjung tinggi. Hanya

orang yang berakhlak mulia sahaja yang akan memiliki sifat ini. Sifat baik ini

hendaklah dipupuk di kalangan rakyat kita."

Raja tersebut bertanya dengan hairan,

"Ayahnya ialah seorang yang bersalah. Wajarkah jika kita melantiknya sebagai

pegawai kerajaan?"

Jiu Ji menjawab dengan serius,

"Cubalah tuanku teliti sejarah kita yang lalu. Guang Zhong pernah menjadi musuh

kepada raja negeri Qi, tetapi dia akhirnya dilantik oleh raja itu sebagai Perdana

Menterinya. Dia berjaya membantu baginda mencapai cita-cita untuk

memperluaskan kuasa hegemoninya. Pada zaman purba kala pula, raja Shun telah

membuang negeri seorang pewagai bernama Gun, tetapi melantik anaknya sebagai

pegawai kanan kerajaan. Tuanku hanya perlu memanfaatkan kelebihannya sahaja."

Page 29: cerita rakyat

Akhirnya, raja negeri Jin telah menerima nasihat Jiu Ji, dan memberikan satu

jawatan yang penting kepada petani itu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Xiang Jing Ru Bin" ini membawa erti, pasangan suami dan isteri

melayan satu sama lain dengan penuh hormat seperti melayan tetamu. Sampai hari

ini, ia masih dianggap oleh orang China sebagai suasana yang paling sempurna

dalam hubungan suami isteri.

Page 30: cerita rakyat

ANJING DAN KAMBING (CERITA RAKYAT INDIA)

Pada suatu masa, seorang raja berkata kepada menterinya, “Jika kita bicara tentang

produktivitas, sepertinya anjing lebih produktif daripada kambing. Tetapi, mengapa

kita hanya melihat kawanan kambing, bukan kawanan anjing? Bisa kamu jelaskan

itu?”

Menteri yang cerdas itu pun menjawab, “Tuanku, izinkan aku mengadakan

percobaan dan Tuanku akan tahu apa alasannya.”

Malam harinya, menteri mengunci dua puluh ekor anjing di dalam sebuah rumah,

dengan sekeranjang daging. Di sebuah rumah lain, menteri mengunci dua puluh

ekor kambing dengan sekeranjang penuh jerami. Menteri memerintahkan agar

kedua rumah itu dikunci dan dijaga dengan ketat. Lalu, kata menteri kepada raja,

“Tuanku, besok pagi Tuanku akan mendapatkan jawabannya.”

Keesokan paginya, mereka kembali ke kedua rumah itu. Setelah menteri

memerintahkan agar rumah tempat menampung anjing-anjing itu dibuka, mereka

melihat ternyata anjing-anjing itu saling berkelahi dengan sengitnya sampai mati,

sedangkan keranjang berisi daging itu tetap utuh.

Kemudian, menteri dan raja mendatangi rumah yang lain, tempat menampung

kambing. Mereka melihat para kambing sedang berdekatan, tidur pulas. Keranjang

jeraminya sudah kosong.

“Tuanku,” kata menteri, “anjing-anjing tidak memakai makanan mereka, melainkan

hanya berkelahi memperebutkan makanan itu sampai mati. Tetapi, kambing-

kambing itu memakan jerami dan tidur bersama-sama. Karena itulah, jumlah

kambing-kambing bisa berkembang pesat dan bertambah banyak sedangkan anjing-

anjing hanya berkelahi di antara mereka sendiri. Demikian juga dengan manusia.

Kalau mereka selalu berkelahi, mereka tidak pernah makmur.”

Raja puas dengan menterinya.

Page 31: cerita rakyat

Angsa Berbulu Emas (Cerita Rakyat India)

Dahulu kala, hiduplah seekor angsa berbulu emas di sebuah kolam. Ada sebuah

rumah di dekat kolam itu, dimana tinggal seorang ibu miskin dan dua orang

puterinya. Mereka benar-benar miskin dan hidup menderita. Angsa itu tahu bahwa

mereka sedang mengalami masalah.

Angsa berpikir, “Jika aku memberikan selembar bulu emasku kepada mereka satu

demi satu, ibu itu dapat menjualnya. Mereka akan hidup lebih baik dengan uang dari

penjualan buluku itu.”

Angsa itu kemudian terbang ke rumah wanita itu.

“Angsa,” kata ibu, “Mengapa kau kemari, kami tidak mempunyai apa-apa untukmu.”

“Aku tidak minta apa-apa,” sahut angsa, “Aku ingin memberikan sesuatu kepadamu.

Aku tahu keadaan kalian. Aku akan memberikan bulu emasku satu per satu

kepadamu. Juallah, maka kalian tidak menderita lagi.”

Angsa mencabut selembar bulunya dan pergi. Dari waktu ke waktu angsa datang

dan setiap kali ia memberikan selembar bulu emas.

Ibu dan kedua puterinya hidup berkecukupan dengan menjual bulu-bulu angsa

emas.

Page 32: cerita rakyat

Namun wanita itu ingin segera mengambil semua bulu emas angsa itu. Pada suatu

hari ia berkata kepada anaknya, “Jangan percaya kepada angsa itu, mungkin saja ia

tidak pernah datang lagi. Jika ini terjadi, kita akan menjadi miskin lagi. Kita ambil

saja semua bulunya ketika ia datang lagi nanti.”

Puteri-puterinya dengan polos berkata, “Ibu, kita akan melukai angsa itu. Kami tidak

mau menyakitinya.” Namun sang ibu tetap pada pendiriannya.

Ketika angsa datang lagi, wanita itu menangkapnya dan mencabuti semua bulunya.

Namun bulu-bulu emas itu berubah menjadi bulu-bulu biasa yang kasar dan aneh .

Ibu terkejut melihat bulu-bulu itu.

“Ibu yang malang,” kata angsa, “aku ingin menolongmu, namun sebaliknya kau

hendak membunuhku. Aku selalu memberimu bulu-bulu emasku, namun sekarang

aku tidak merasa perlu menolongmu lagi. Aku akan pergi dan takkan pernah kembali

lagi.”

Sang ibu menyesal dan minta maaf kepada angsa.

Angsa berkata, “Jangan serakah.”

Ia pun terbang meninggalkan rumah itu dan tak pernah terlihat lagi.

Page 33: cerita rakyat

AHLI SIHIR YANG ANGKUH (CERITA RAKYAT INDIA)

Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli

sihir termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu.

" Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir terkemuka di India. Adakah

sesiapa antara anda yang berani mencabar saya? Saya boleh melakukan atau

menunaikan apa-apa sahaja yang anda pohon."

Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya ingin

mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?"

"Boleh, mintalah apa-apa sahaja , akan saya kabulkan permintaan anda," kata

Tukang Sihir.

"Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup,

tetapi Tukang Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman.

" Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan anda," kata Tukang Sihir.

Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya. Dengan menggunakan

tangan kanannya, dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah

matanya.

" Baiklah Tukang Sihir, sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihire dengan

melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka," kata

Thenaliraman.

Tukang Sihir itu terdiam, Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan seperti yang

diminta. Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang terlalu bersikap angkuh. Dia

meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu

Page 34: cerita rakyat

NAKHODA TANGGANG (CERITA RAKYAT MELAYU)

Si Talang dan isterinya Si Daruma tinggal di sebuah kampung yang terpencil.

Kehidupan mereka sangat miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama

Si Tanggang. Si Tanggang suka berburu dan mendayung sampan. Pada suatu hari,

dia mendayung sampan menyusuri sungai sehingga sampai ke muara. Di muara

sungai , terdapat sebuah kapal sedang berlabuh. Nakhoda kapal itu tertarik hati

apabila melihat kecekapan Si Tanggang mendayung sampan lalu mengarahkan

orang suruhannya menangkap Si Tanggang. Akhirnya, Si Tanggang ditangkap dan

telah dibawa belayar.

Semasa dalam pelayaran, Si Tanggang melakukan semua kerja di atas kapal itu.

Kerajinannya telah menambat hati nakhoda lalu mengambilnya sebagai anak

angkat. Akhirnya, nakhoda telah mengahwinkan Si Tanggang dengang anaknya.

Kemudian Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru dan digelar Nakhoda

Tanggang.

Pada suatu petang, setelah jauh belayar, Nakhoda Tanggang telah mengarahkan

anak kapalnya berlabuh di muara sungai. Kebetulan pula tempat kapal berlabuh

ialah kampung asal Nakhoda Tanggang. Beberapa orang penduduk kampung

ternampak Nakhoda Tanggang lalu memberitahu ibunya. Ibunya segera datang

untuk menemui Nakhoda Tanggang kerana dia terlalu merindui anaknya itu. Namun

begitu, Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa perempuan tua itu

ibunya. ini kerana keadaan ibunya yang miskin dan uzur. Nakhoda Tanggang telah

menghalau ibunya.

Ibunya, Si Deruma berasa sangat sedih dan pilu kerana Si Tanggang anak yang

dilahirkan dan disusuinya telah melukakan hatinya. Dia memandang ke langit sambil

mengangkat kedua-dua belah tangan dan berseru,"Oh,Tuhan! Tunjukkanlah kepada

Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungannya."

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup dengan kencang. Kapal yang sedang

berlabuh itu terumbang-ambing dipukul ribut. Keadaan pada masa itu sungguh

cemas. Ketika itu barulah Nakhoda Tanggang berasa sangat kesal. Dia insaf

bahawa Tuhan telah memperkenankan doa ibunya.

Page 35: cerita rakyat

" Oh ,Ibu! Ampunkanlah anakanda ....," teriak Nakhoda Tanggang, tetapi sudah

terlambat. Gelombang yang kuat telah memecahkan kapalnya. Setelah ribut reda,

kapal yang pecah dan anak-anak kapal termasuk Si Tanggang telah bertukar

menjadi batu. Itulah balasan kepada anak yang derhaka

Page 36: cerita rakyat

Burung Berkepala Dua (Cerita Rakyat India)

Sebatang pohon beringin tumbuh di tepi sebuah danau. Di pohon itu banyak burung

membuat sarang. Salah satu burung sangat aneh dan berbeda dengan burung pada

umumnya. Burung itu memiliki dua kepala. Masing-masing kepala dapat makan,

minum, berpikir dan berbicara sendiri, namun burung itu hanya memiliki satu tubuh

dan satu perut.

Pada suatu hari burung itu berjalan-jalan di tepi danau. Kepala pertama burung itu

melihat buah yang berwarna merah keemasan di tanah. Buah itu tampak sangat

lezat dan kepala pertama memakannya.

“Enak sekali,” katanya, “baru kali ini aku menemukan buah selezat ini.”

“Aku ingin mencobanya,” kata kepala kedua, “Berikan sedikit kepadaku.”

“Tidak,” sahut kepala pertama, “Aku yang melihatnya duluan. Aku yang berhak

memakannya. Lagi pula buah ini nantinya masuk ke perut kita berdua.”

Kepala kedua sakit hati mendengar jawaban kepala pertama, namun ia tidak berkata

apa-apa.

Page 37: cerita rakyat

Beberapa hari kemudian, kepala kedua melihat sejenis buah yang sangat beracun.

Kepala kedua segera mengambil beberapa buah dan berkata, “Lihat, aku akan

memakan buah ini dan membalas penghinaanmu.”

“Jangan,” kata kepala pertama,”kita berdua memiliki satu tubuh. Bila kau

memakannya, kita berdua akan mati.”

“Aku melihat buah ini duluan, aku berhak memakannya.”

Kepala pertama memohon agar kepala kedua tidak memakan buah beracun itu.

Namun kepala kedua tidak mau mendengar. Ia memakan buah itu dan sebagai

akibatnya, mereka berdua tewas.

Page 38: cerita rakyat

Raja dan Kura-kura (Cerita Rakyat India)

Di Benares, India, hidup seorang raja yang sangat gemar berbicara. Apabila

ia sudah mulai membuka mulutnya, tak seorang pun diberi kesem-patan menyela

pembicara-annya. Hal ini sangat mengganggu menterinya. Sang menteri pun selalu

memikirkan cara terbaik menghilangkan kebiasaan buruk rajanya itu

Pada suatu hari raja dan menterinya pergi berjalan-jalan di halaman istana. Tiba-tiba

mereka melihat seekor kura-kura tergeletak di lantai. Tem-purungnya terbelah

menjadi dua.

“Sungguh ajaib!” kata Sang Raja dengan hairan.

“Bagaimana hal ini dapat terjadi?”

Lalu Raja mulai dengan dugaan-du-gaannya. Dia terus-menerus

membicarakan kemungkinan-kemungkinan yang terjadi dengan kura-kura itu. Sang

Menteri hanya mengangguk-anggukkan kepala menunggu kesem-patan berbicara.

Kemu-dian dia merasa menemukan cara terbaik untuk menghilangkan kebiasaan

buruk Sang Raja.

Ketika Sang Raja me-narik napas untuk berbi-cara lagi, Sang Menteri segera

menukas dan berkata,

“Paduka, saya tahu kejadian sebenarnya yang dialami kura-kura naas ini!”

“Benarkah? Bila begitu, lekas katakan,” kata Raja penuh rasa ingin tahu.

Dengan penuh keseriusan Sang Raja mendengarkan cerita menterinya. Sang

Menteri pun mulai bercerita.

Kura-kura itu awalnya tinggal di sebuah danau di dekat pegunungan Hima-

laya. Di sana terdapat juga dua ekor angsa yang selalu mencari makan di danau

tersebut. Mereka pun akhirnya bersahabat. Pada suatu hari dua ekor angsa itu

menemui kura-kura yang sedang berjemur di tepi danau.

Page 39: cerita rakyat

“Kura-kura, kami akan segera kembali ke tempat asal kami yang terletak di

gua emas di kaki Gunung Tschittakura. Daerah tempat tinggal kami adalah daerah

terindah di dunia. Tidak-kah engkau ingin ikut kami ke sana?” tanya Sang Angsa.

“Dengan senang hati aku akan turut denganmu,” sahut kura-kura riang.

“Tetapi, sayangnya aku tak dapat terbang seperti kalian,” lanjutnya dengan

wajah mendadak sedih.

“Kami akan memban-tumu agar dapat turut bersama kami ke sana. Tapi

selama dalam perjalanan kamu jangan berbicara karena akan membahayakan

dirimu,” kata angsa.

“Aku akan selalu mengingat laranganmu. Bawalah aku ke tempat kalian yang

indah itu,” janji kura-kura.

Lalu kedua angsa tersebut meminta kura-kura agar meng-gigit sepotong

bambu. Kemudian kedua angsa tersebut menggigit ujung-ujung bambu dan mereka

pun terbang ke angkasa.

Ketika kedua angsa itu sudah terbang tinggi, be-berapa orang di Benares

melihat pe-mandangan unik tersebut. Mereka pun tertawa terbahak-bahak sambil

berteriak.

“Coba, lihat! Sungguh lucu. Ada dua ekor angsa membawa kura-kura dengan

sepotong bambu.”

Kura-kura yang suka sekali bicara merasa tersinggung ditertawakan. Dia pun

lupa pada lara-ngan kedua sahabatnya. Dengan penuh kemarah-an dia berkata,

“Apa anehnya? Apakah manusia itu sedemiki-an bodohnya sehingga merasa

aneh melihat hal seperti ini?”

Ketika kura-kura membuka mulutnya untuk berbicara, dua ekor angsa itu

sedang terbang di istana. Kura-kura pun terlepas dari bilah bambu yang digigitnya.

Dia terjatuh tepat di sini dan tempurungnya terbelah dua.

“Kalau saja kura-kura itu tidak suka berbicara berlebih-lebihan, tentu

sekarang dia telah tiba di tempat sahabatnya,”kata Sang Menteri mengakhiri

Page 40: cerita rakyat

ceritanya sambil memandang Sang Raja. Pada saat bersamaan Raja pun

memandang menterinya.

“Sebuah cerita yang menarik,” sahut Sang Raja sambil tersenyum. Dia

menyadari kemana arah pembicaraan menterinya.

Sejak saat itu, Sang Raja mulai menghemat kata-katanya. Dia tidak lagi

banyak bicara. Tentu saja Sang Menteri amat senang melihat kenyataan itu.

Page 41: cerita rakyat

Tiga Pangeran dan Peri Air (Cerita Rakyat India)

Dahulu kala hiduplah seorang raja dengan tiga putera. Yang tertua bernama

Pangeran Bintang, adiknya bernama Pangeran Bulan dan yang bungsu Pangeran

Matahari. Sang raja begitu gembira dengan kelahiran pengeran ketiga sehingga ia

berjanji kepada sang ratu akan memenuhi apapun yang dimintanya.

Sang ratu mengingat janji raja kepadanya, namun ia menunggu hingga putera

ketiganya dewasa.

Pada ulang tahun Pangeran Matahari yang ke duapuluh satu, sang ratu berkata

kepada raja,”Yang mulia, ketika anak ketiga kita lahir dulu, kau berjanji akan

memberiku hadiah. Sekarang aku minta Yang Mulia menyerahkan kerajaan ini

kepada Pangeran Matahari.”

Sang raja menolak, dan mengatakan bahwa kerajaan harus diserahkan putera

tertua, karena itu sudah menjadi haknya. Kemudian bila putera pertama tidak dapat

menjadi raja, kerajaan menjadi hak putera kedua. Hanya bila kedua kakaknya

meninggal, putera ketiga berhak memerintah kerajaan.

Ratu pergi, namun raja dapat melihat bahwa ratu tidak puas dengan jawabannya.

Raja khawatir ratu akan melakukan sesnatu untuk menyingkirkan putera pertama

dan kedua.

Maka ia memanggil pangeran pertama dan kedua. Ia menyuruh mereka pergi dan

tinggal di hutan hingga ia wafat. “Kemudian kembalilah dan memerintah di kerajaan

ini sesuai dengan hakmu.”

Ketika mereka berjalan ke luar istana, Pangeran Matahari melihat mereka dan

bertanya, “Kak, ke mana kalian pergi?”

Ketika mendengar kemana dan mengapa mereka pergi, Pangeran Matahari berkata,

“Aku ikut bersama kalian, Kak.”

Page 42: cerita rakyat

Mereka terus berjalan hingga masuk ke hutan. Di sana mereka menemukan sebuah

kolam dan memutuskan untuk beristirahat sejenak. “Pergilah ke kolam, Dik,” kata

pangeran tertua kepada Pangeran Matahari. “Mandi dan minumlah. Kemudian

bawakan sedikit air, kami menunggu di sini.”

Raja peri telah memberikan kolam itu kepada seorang peri air. “Kau berkuasa di

kolam ini,” kata raja peri. “dan kau boleh melakukan apa saja kepada siapa pun yang

datang ke kolam ini, kecuali bila ia dapat menjawab pertanyaanku.” Peri air

mendengarkan dengan seksama. Pertanyaan itu adalah,”Seperti apa peri yang baik

itu?”

Ketika Pangeran Matahari masuk ke dalam kolam, peri air betanya

kepadanya,”Seperti apa peri yang baik itu?”

“Peri yang baik,” kata Pangeran Matahari setelah berpikir sejenak, “seperti matahari

dan bulan.”

“Kau tidak tahu seperti apa peri yang baik,” dan peri air membawa pemuda malang

itu ke guanya di dasar kolam.

Setelah menunggu cukup lama dan adik mereka tidak muncul, Pangeran Bintang

menyuruh Pangeran Bulan menyusulnya.

Di kolam ia tidak melihat adiknnya. Air kolam yang jernih membuatnya ingin mandi.

Ia masuk ke dalam kolam. Tiba-tiba muncul peri air yang langsung bertanya,

“Katakan, seperti apa peri yang baik?”

“Seperti langit di atas kita,” jawab Pangeran Bulan.

“Ternyata kau juga tidak tahu," kata peri air sambil menyeret Pangeran Bulan ke

guanya.

Page 43: cerita rakyat

“Pasti terjadi sesuatu pada adik-adikku,” kata Pangeran Bintang dalam hati. Ia pun

pergi ke kolam. Di tepi kolam ia melihat jejak kaki adik-adiknya masuk ke dalam

kolam. Tahulah ia bahwa ada seorang peri air tinggal di dalam kolam itu. Ia menarik

pedangnya dan menyiapkan busurnya. Ia menunggu dengan sabar.

Peri muncul, menyamar sebagai seorang pencari kayu.”Kau tampak lelah, teman,”

katanya kepada Pangeran. “Mengapa kau tidak mandi di kolam lalu berbaring di tepi

sana?”

Namun Pangeran itu tahu pencari kayu itu adalah peri air. Ia berkata,”Kau telah

mengambil kedua adikku.”

"Ya," kata peri air.

"Mengapa kau mengambil mereka?"

"Karena mereka tidak dapat menjawab pertanyaanku," kata peri air, “dan raja peri

memberiku kuasa untuk melakukan apa saja kepada semua orang yang masuk ke

dalam air kecuali mereka yang dapat menjawab pertanyaanku dengan benar."

"Aku akan menjawabnya," kata Pangeran, “Peri yang baik seperti pemilik hati yang

murni, yang takut akan dosa dan berbuat baik dalam kata-kata dan perbuatan."

"Oh Pangeran yang bijaksana,” kata peri air. “aku akan mengembalikan satu adikmu.

Yang mana yang harus kukembalikan kepadamu?"

"Kembalikan si bungsu," kata Pangeran,”Karena ialah ayah kami menyuruh kami

pergi, Aku tak dapat pergi bersama Pangeran Bulan dan meninggalkan Pangeran

Matahari yang malang di sini.”.

“Pangeran, kau sungguh bijaksana,” kata peri air, “Kau tahu apa yang harus kau

lakukan dan baik hati. Aku akan mengembalikan kedua adikmu."

Page 44: cerita rakyat

Ketiga pangeran itu tinggal di hutan bersama-sama hingga ayah mereka wafat.

Kemudian mereka kembali ke istana. Pangeran Bintang menjadi raja dan ia

mengajak kedua adiknya memerintah bersamanya, Ia juga membangun sebuah

rumah untuk peri air di taman istana.

Page 45: cerita rakyat

Kabar Buruk (Cerita Rakyat India)

Pada suatu hari, seekor kelinci kelabu sedang tidur-tiduran di bawah pohon beringin.

Ia sedang berpikir, “Bila bumi ini pecah, maka terjadi kiamat. Apa yang akan terjadi

padaku?” Tiba-tiba, ia mendengar suara benturan keras. Ia melompat kaget.

“Kiamat! Bumi meledak!” Ia pun lari tunggang langgang tanpa melihat sekelilingnya.

Ketika ia berlari di hutan, seekor kelinci lain melihatnya dan bertanya, “Hei, kau lari

cepat sekali. Mau ke mana?”. Kelinci kelabu menjawab, “Bumi akan meledak! Kau

lebih baik lari juga!” Kelinci kedua lari lebih cepat dari kelinci kelabu. Sambil berlari

mereka berteriak kepada kelinci-kelinci lain, “Bumi meledak. Bumi Meledak. Kiamat!”

Dalam waktu singkat ribuan kelinci berlarian hiruk pikuk di seluruh hutan.

Melihat begitu banyak kelinci berlari-lari, hewan-hewan lain ikut ketakutan. Berita

menyebar dari mulut ke mulut dan dalam sekejab semua hewan tahu bahwa bumi

akan meledak. Reptil, burung, serangga dan hewan berkaki empat, pendeknya

semua hewan, ikut berlari ketakutan. Semua ingin menyelamatkan diri dan jeritan

ketakutan mereka menyebabkan suasana menjadi kacau balau.

Seekor singa berdiri di atas bukit, ia melihat semua hewan berlomba-lomba lari. Ia

segera menuruni bukit dan mencegat mereka. “Stop! Stop!” teriaknya menghentikan

mereka. Hewan-hewan berhenti berlari, beberapa ekor saling bertabrakan dan

menginjak yang lain. Beberapa kelinci juga menabrak sang singa.

“Apa yang terjadi? Mengapa kalian semuanya lari?” tanya singa.

“Bumi meledak,” jawab seekor kakak tua.

“Kata siapa?” tanya singa lagi.

“Aku dengar dari monyet.”

Page 46: cerita rakyat

Ketika para monyet ditanya, mereka berkata bahwa mereka mendengarnya dari

para harimau. Harimau mendengar berita itu dari gajah. Gajah mengatakan bahwa

sumber beritanya adalah banteng. Akhirnya mereka semua bertanya kepada para

kelinci, satu per satu menunjuk sang pembawa berita. Hingga akhirnya mereka

menemukan sumber berita buruk itu.

Singa bertanya kepada kelinci kelabu, “Mengapa kau berpikir bahwa bumi ini akan

meledak?” Kelinci kelabu menjawab sambil terengah-engah, “Baginda, aku

mendengar dengan telingaku sendiri, bumi pecah.”

Singa meneliti suara yang didengar kelinci kelabu. Ternyata penyebab seluruh

kekacauan itu adalah sebuah kelapa besar yang jatuh menimpa tumpukan batu di

bawahnya dan menyebabkan batu-batu itu longsor.

“Nah, kalian lihat sendiri,” kata singa. “Bumi kita aman. Sekarang kalian pulanglah.”

“Lain kali, bila mendengar kabar apa pun, selidikilah dulu sebelum bertindak.”

Para hewan saling berpandang-pandangan dengan malu. Perlahan-lahan mereka

membubarkan diri dan pulang ke rumah masing-masing.

Page 47: cerita rakyat

Kisah Pohon Kelapa (Cerita Rakyat Melayu)

Dahulu kala hiduplah seorang kakek tua. Ia sudah sangat tua, banyak orang

mengatakan usianya sudah seribu tahun. Kakek itu juga sangat bijaksana dan

mengetahui banyak hal. Banyak orang datang ke guanya di dekat laut. Mereka

meminta kakek membantu memecahkan masalah mereka.

Pada suatu hari , seorang pemuda datang menemui sang kakek.

“Kakek yang bijak,” kata pemuda itu.

“Aku ingin menjadi orang yang berguna bagi orang lain. Aku ingin melayani

sepanjang hidupku. Katakan padaku, kek, bagaimana aku dapat melakukannya?”

“Niatmu sangat terpuji,” kata kakek.

“Bawalah kotak ajaib ini. Jangan kaubuka kotak ini sebelum kau tiba di rumah. Ingat,

bila engkau membukanya sekarang, sesuatu akan terjadi pada dirimu.”

“Terima kasih, kek,” kata pemuda.

Sang pemuda mengambil kotak itu dan pergi. Ketika tiba di luar gua, ia berhenti.

“Aku penasaran, apa yang ada dalam kotak ini?” katanya dalam hati. “Kulihat saja

apa isinya.”

Ia membuka kotak itu dan seketika itu juga ia berubah menjadi sebatang pohon yang

tinggi, pohon kelapa. Itulah hukuman baginya karena tidak mematuhi peringatan

sang kakek, namun ia tetap menjadi apa yang ia inginkan, yaitu berguna untuk

orang lain. Semua bagian pohon kelapa, dari akar, batang, buah, daun hingga

bagian yang lain bermanfaat bagi manusia

Page 48: cerita rakyat

Legenda Gunung Tidar (Cerita Rakyat India)

Dahulu kala, di pulau Jawa bagian timur terdapat sebuah gunung besar bernama

Mahameru. Karena besarnya gunung ini, pulau Jawa makin lama makin miring ke

arah timur. Ujung timur pulau Jawa tenggelam dan ujung baratnya terangkat ke atas.

Para dewa sangat prihatin sehingga menghadap Batara Guru untuk melaporkan

masalah ini.

Batara Guru kemudian mengumpulkan para dewa. Ia memerintahkan supaya

mereka mengangkat gunung Mahameru dan memindahkannya ke arah barat.

Para dewa bersama-sama mengangkat gunung yang sangat besar itu dan terbang

membawanya ke arah barat. Ketika diangkat, puncak gunung jatuh dan menjadi

gunung Semeru.

Mereka terus membawa gunung Mahameru ke barat. Sebagian demi sebagian

gunung jatuh. Bagian-bagian yang jatuh itu membentuk deretan gunung baru.

Ketika para dewa tiba di tengah-tengah pulau Jawa, gunung yang mereka bawa

tinggal sedikit. Mereka pun memutuskan untuk meletakkan sisa gunung itu, yang

kemudian membentuk gunung kecil . Gunung itu kemudian disebut gunung Tidar.

Kerana letaknya yang tepat di tengah pulau Jawa, gunung Tidar menjadi pakunya

pulau Jawa. Pulau Jawa pun tidak lagi miring ke timur.

Page 49: cerita rakyat

KELINCI DAN KEPITING (CERITA RAKYAT INDIA)

Pada suatu hari seekor kelinci dan seekor kepiting bersama-sama menanam wortel.

Mula-mula mereka memilih bibit wortel dan menanamnya. Kemudian mereka

merawat tanaman wortel muda, keduanya sangat kompak. Mereka memanen dan

memisahkan wortel dari batangnya.

Tiba saatnya untuk membagi hasil panenan itu. Kelinci berkata kepada kepiting,

“Lihatlah kedua tumpukan wortel ini. Tumpukan ini kecil dan yang di sebelah sana

lebih besar. Ambillah tumpukan besar itu dan aku akan mengambil tumpukan yang

lebih kecil.”

Melihat tumpukan kecil itu berisi wortel dan tumpukan kecil hanya berisi batangnya

saja, kepiting menjawab, “Terima kasih, temanku, tetapi aku ingin bersikap adil. Kita

bagi saja kedua tumpukan ini menjadi dua. Bagaimana menurutmu?”

“Tidak, aku tidak setuju,” kata kelinci, Mari kita berjalan menjauh sebanyak tiga puluh

melangkah lalu kita berlomba lari . Siapa yang menang akan mendapat wortel dan

yang kalah mendapatkan batangnya. Bagaimana?”

“ Baiklah, cukup adil untukku,” jawab kepiting.

Kelinci gembira karena ia yakin akan memenangkan lomba lari. “Kalau kau menang,

kau boleh mengambil semua wortel dan batangnya sekaligus. Kau setuju?” katanya.

“Satu lagi,” kata kelinci, “karena aku tahu kau lebih lambat dariku, kau boleh

mendahuluiku sepuluh langkah.”

“Tidak, aku tidak mau,” kata kepiting,” kaulah yang harus mendahuluiku sepuluh

langkah. Kau tidak boleh menolak.”

“Baiklah, baiklah,” kelinci menjawab ragu-ragu, tetapi ia gembira dengan usul si

kepiting.

Page 50: cerita rakyat

Mereka berjalan bersama-sama sejauh tiga puluh langkah. Kelinci mulai lari untuk

mendahului kepiting sejauh sepuluh langkah. Tanpa sepengetahuannya, kepiting

menjepit ekor kelinci dengan capitnya.

Ketika mereka tiba di tumpukan wortel, kelinci membalikkan badannya untuk melihat

kepiting yang dikiranya masih jauh tertinggal di belakangnya. Diam-diam kepiting

melepaskan jepitannya dan menjatuhkan diri di atas tumpukan wortel.

“Dimana kau, teman?” tanya kelinci gembira ketika tidak melihat kepiting.

“Aku di sini!” sahut kepiting di belakangnya.

Kelinci terkejut bukan kepalang, tidak percaya apa yang dilihatnya. Kepiting sedang

memanjat tumpukan wortel.

“Aku di sini! Aku tiba sebelum kau!”

Pada hari itu untuk pertama kalinya kelinci kalah dalam lomba lari. Ia sangat sedih

karena tidak mengerti bagaimana kepiting dapat mengalahkannya. Kepiting pun

mendapatkan semua wortel itu.

Page 51: cerita rakyat

Cerita Burung Bayan (Cerita rakyat Melayu)

Cerita Burung Bayang merupakan himpunan cerita pendek. Cerita Bayan

Budiman amat masyhur dalam kalangan orang-orang Melayu.

Menurut hikayat cerita ini, pada sebatang pokok tinggal sekawan burung

bayan. Burung-burung itu telah berjaya mengusir sepasang cerpeling yang tinggal di

pangkal pokok tersebut. Namun, datang seorang penjerat burung lalu memasang

jala dan menjerat burung-burung itu. Sebelum penjerat burung itu kembali untuk

mengambil burung-burung yang terjerat itu, ketua burung bayan telah mengarahkan

semua rakanya berpua-pura mati. Sudah tentu penjerat burung itu akan membuang

mereka ke tanah apabila dia kembali ke sana nanti. Namun, sebelum sempat ketua

burung itu melepaskan, sewaktu burung yang terakhir dibuang ke tanah, rakan-

rakan burung yang lain telah terbang pergi menyelamatkan diri. Dengan burung

bayan di tangannya, penjerat itu tidak melepaskannya kerana dia telah diperdaya

burung-burung tersebut. Walaupun dia berpura-pura mati, penjerat itu tidak

mempercayainya. Penjerat itu mahu membawa burung bayang pulang untuk

digulainya.

Burung Bayan lalu berkata, “ Usahlah tuan makan daging hamba. Juallah hamba di

pasar dan pasti tuan akan mendapat harga yang mahal bagi diri hamba.”

Mendengarkan kata-kata Burung Bayan itu, penjerat burung itu pun pergi

menjualnya kepada seorang saudagar kaya-raya yang bernama Khoja Maimun.

Pada suatu hari, saudagar Khoja Maimun telah bertolak ke luar negeri untuk urusan

perniagaan. Isteri saudagar kaya ini seorang wanita yang jelita. Seorang anak raja

telah berlalu di hadapan rumah saudagar itu dan terpandang akan wajah isteri

saudagar tersebut. Daripada kejadian itu, isteri saudagar telah mabuk asmara

menginginkan putera raja tersebut. Mereka telah berjanji untuk bertemu. Pada waktu

malam, sewaktu isteri suadagar itu sedang bersiap-siap untuk meninggalkan rumah,

Burung Bayan mula bercerita. Cerita-ceritanya itu menambat hati isteri saudagar itu.

Kerana syik dan leka mendengar cerita-cerita Burung Bayan setiap kali dia hendak

berjumpa, maka tidaklah terjadi pertemuan yang dimaksudkan. Banyak cerita

Burung Bayan yang menarik hati itu tersirat pelbagai nasihat itu telah berjaya

menggagalkan pertemuan sepasang kekasih itu. Setiap sebuah cerita akan berakhir

sebaik-baik sahaja menyinsingnya waktu fajar. Dengan yang demikian, muslihat

Page 52: cerita rakyat

Burung Bayan untuk memelihara kehormatan isteri tuannya, Khoja Maimun itu,

berjaya. Pada akhir cerita, isteri saudagar itu sedar akan kesilapannya dan dia

menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya.