Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

Embed Size (px)

Citation preview

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    1/27

    1. PENDAHULUANHadis adalah sumber ajaran Islam kedua setelah al-Quran. Dilihat dari segi periwayatannya,

    hadis berbeza dengan al-Quran. Untuk al-Quran, semua periwayatan ayatnya berlangsung

    secara mutawatir. Sedangkan hadis Nabi sebahagian periwayatannya berlangsungsecara mutawatir dan sebahagian lagi berlangsung secara ahad. Hal yang demikian dapat

    dilihat dari segi periwayatannya, yang mana al-Quran mempunyai kedudukan qathiy al-

    wurud atau qathiy as-tsubut di mana seluruh ayat telah diakui keasliannya, sedangkan hadis,

    terutamanya hadis ahad masih memerlukan kajian yang khusus untuk memperolehi kepastian

    periwayatannya: apakah ianya berasal dari Nabi atau bukan. Hadis dilihat dari segi

    periwayatannya berkedudukan sebagaizhanniy al-wurud atauzhanniy as-tsubut.

    Kajian-kajian yang banyak dilakukan umat Islam terhadap al-Quran adalah untuk

    memahami kandungannya dan berusaha mengamalkannya. Kajian mereka tidak hanya

    bersangkutan dengan pemahaman kandungan dan pengamalannya, tetapi juga

    periwayatannya. Ini adalah kerana, kajian terhadap periwayatan hadis ini kemudian

    melahirkan disiplin ilmu tersendiri yang dikenal denganIlmu ad-Dirayah.

    Rasulullah SAW adalah merupakan sarana ( media ) yang berfungsi untuk

    menjelaskan al-Quran ( Mubaiyin ) baik dengan sabdanya, tindakannya, akhlaknya, danbahkan segala gerak- gerinya, Beliau tidak bersabda atas dorongan hawa nafsunya, melainkan

    berdasarkan wahyu Allah SWT, sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran Surah an-Najm

    ayat 3 dan 4:

    Maksudnya : Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam )

    menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu ( sama ada al-

    Quran atau hadis ) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

    Pada zaman kita ini kita tidak sempat berjumpa dan mendampingi baginda, kebenaran

    sesuatu hadis hanya dapat diketahui melalui kajian-kajian mengenai periwayat hadis dan

    kaedah yang digunakannya dalam meriwayatkan hadis. Tujuannya adalah untuk mengetahui

    dan menilai kedudukan perawi ( sanad ) dan matan ( lafaz ) hadis. Melalui kaedah ini,

    seseorang itu dapat mengetahui kedudukan atau martabat sesebuah hadis dengan mengkaji

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    2/27

    sifat- sifat perawi dan jumlah mereka serta kesahihan matan hadis yang diriwayatkan

    menjurus kepada kedudukan sesebuah riwayat sebagai dalil atau hujah baik di dalam akidah

    mahupun syariat.

    Menggunakan kaedah ini, ulama hadis mampu megumpulkan hadis yang berselerak

    dan bercampur aduk ketegorinya di tangan umat Islam dan membentuk satu khazanah

    berharga untuk panduan umat Islam sebagaimana terhasilnya karya- karya agung seperti :

    Sahih al- Bukhar i, Sahih Muslim, Musnad Ahmad Bin Hambal, Sahih I bn Hibban, Sunan

    Abu Daud, al- Muwatta dan kitab- kitab hadis lain yang dapat kita lihat dan manfaatkan

    pada hari ini.

    Hadis Rasulullah SAW sampai kepada kita merupakan jasa dari para periwayat hadis,

    yang dalam perjalanan penerimaannya mempunyai berbagai macam metode. Begitu pula

    dengan periwayatannya.

    Para ulama ahli hadis mengistilahkan menerima dan mendengar suatu periwayatan

    hadis dari seseorang guru dengan menggunakan beberapa metode penerimaan hadis dengan

    istilah at-taammul.Sedang menyampaikan atau meriwayatkan hadis kepada orang lain

    mereka istilahkan dengan al-ada.

    Jelaslah kepada kita bahawa Islam menetapkan kaedah yang terperinci dalam

    menerima atau menolak sesuatu berita. Islam tidak membenarkan sesuatu berita diterima

    secara sewenang-wenangnya. Perkhabaran yang hendak diterima pakai hendaklah terlebih

    dahulu diselidik dan diperiksa. Lebih-lebih lagilah sekiranya berita tersebut berkaitan dengan

    sumber agama. Kaedah penerimaan berita diperketatkan lagi sekiranya sumber yang

    disampaikan berkait rapat dengan keimanan, unsur aqidah, soal ibadah, hukum-hakam, atau

    sebagainya perlu diteliti kesahihannya terlebih dahulu.

    Sabda Nabi Muhammad SAW :

    Maksudnya : Sesungguhnya berdusta ke atasku ( menggunakan namaku )

    bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain ). Sesiapa yang

    berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    3/27

    2. KELAYAKAN PERAWIRaawimenurut bahasa berasal dari kata riwaayah yang merupakan bentuk masdar dari kata

    kerja rawaa-yarwii, yang bererti memindahkan atau meriwayatkan. Bentuk plural dari

    kata raawii adalah ruwaat. Jadi raawii adalah orang yang meriwayatkan atau menuliskandalam suatu kitab apa-apa yang pernah didengarnya dan diterimanya dari seseorang.

    Secara definisi, kata riwaayahadalah kegiatan penerimaan atau penyampaian

    hadis, serta penyandaran hadis itu kepada rangkaian dari periwayatnya dalam bentuk-bentuk

    tertentu. Orang yang telah menerima hadis dari seorang periwayat, tetapi dia tidak

    menyampaikan hadis itu kepada orang lain, maka dia tidak dapat disebut sebagai seorang

    yang telah melakukan periwayatan hadis. Demikian pula halnya dengan orang menyampaikan

    hadis yang diterimanya kepada orang lain, tetapi ketika ia menyampaikan hadis itu, ia tidak

    menyebutkan rangkaian para perawinya, maka orang tersebut juga tidak dapat dinyatakan

    sebagai orang yang telah melakukan periwayatan hadis.

    Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi dapat atau tidak diterimanya suatu

    hadis ialah kualiti perawi. Tinggi rendahnya sifat adil dan dabith para perawi menyebabkan

    kuat lemahnya martabat suatu hadis. Perbezaan cara para perawi menerima hadis dari guru

    mereka masing-masing mengakibatkan munculnnya perbezaan lafadz-lafadz yang digunakandalam periwayatan hadis. Perbezaan lafaz yang diguna pakai dalam pennyampaian hadis

    menyebabkan perbezaan nilai ( kualiti ) dari suatu hadis dari hadis yang lain.

    Sehubungan dengan itu, penelitian bidang raawii sangat penting menentukan

    kualiti suatu hadis. Suatu berita dianggap kuat keasliannya kalau pembawa berita memiliki

    kejujuran dan kemampuan yang dapat dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan para

    perawi yang harus mendapat penelitian yang tajam sehingga lahirlah sebuah cabang ilmu

    hadis yang terkenal, iaitu ilmu jarh wa al tadil, untuk melihat sejauh manakah kualitiseorang perawi.

    Lantaran itu, Ahli Hadis membuat landasan dan syarat tertentu terhadap perawi,

    sebelum hadis diterima daripada mereka. Perawi yang meriwayatkan hadis hendaklah

    mempunyai syarat-syarat tertentu, iaitu :

    1. Baligh dan berakal2. Dhabit atau ingatan yang kuat3. Adil

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    4/27

    4. IslamMengikut prinsip asal, membicarakan tentang kedudukan peribadi orang lain dari segi

    keburukan dan kejahatannya tidak dibolehkan. Bagaimanapun dalam hal periwayatan hadis,

    perkara ini adalah sesuatu yang sangat penting dan tidak boleh dielakkan. Ini kerana, ulamahadis tidak akan dapat menentukan kesahihan sesuatu sanad hadis tanpa membicarakan

    siapakah perawi-perawi di dalam rantaian sanad tersebut. Adakah beliau seorang yang

    dipecayai atau sebaliknya.

    Menyembunyikan mana-mana sifat yang tidak baik yang ada pada perawi akan

    menjadikan usaha menilai hadis tergendala. Oleh kerana itu, ulama menyatakan

    membicarakan hal orang lain dalam ilmu al-jarh wa al-ta`dil termasuk di dalam maksud hadis

    Rasulullah SAW :

    Maksudnya : Agama itu adalah nasihat ( menginginkan kebaikan ).

    2.1 BALIGH DAN BERAKALSifat baligh amat berkait rapat dengan tuntutan taklif ke atas seseorang. Periwayatan orang

    yang tidak ada syarat taklif tidak layak diterima pakai Berdasarkan sabda Nabi Muhammad

    SAW :

    Bermaksud: Diangkat mata pena ( iaitu tidak ditulis dosa atau pahala ) daripada tiga

    golongan iaitu : Orang gila sehingga dia waras, dan orang yang tidur sehingga dia terjagadaripada tidurnya serta kanak-kanak sehingga dia bermimpi ( iaitu yang menandakan

    seseorang itu baligh ) .

    2.2 DHABITDhabit bermaksud daya hafalan perawi terhadap periwayatnnya jika beliau menyampaikan

    dari ingatannya dan penjagaannya terhadap catatannya jika beliau menyampaikan riwayatnya

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    5/27

    dengan catatannya. Di dalam Jami` al-Usul, Ibn al-Athir mentakrifkan dhabit sebagai satu

    ungkapan tentang penjagaan dalam bab ilmu, ia mempunyai dua sudut, pertama memperolehi

    ilmu ketika mendengar dan menjaga ( mengingati ) setelah mengetahui ketika

    menyampaikannya. Dhabit bererti perawi itu tidak buruk hafalan, sering melakukan kesilapan,

    bercanggah dengan perawi-perawi yang thiqah, tidak banyak waham dan tidak lalai.

    Berdasarkan kepada definisidefinisi tadi dhabit itu dapat dikelaskan kepada dua

    bahagian, pertama dhabit sadriaitu penjagaan hafalan. Ia bermaksud perawi itu mengingati

    dengan apa apa yang dihafal ketika menyampaikan hadis berdasarkan ingatannya. Kedua,

    dhabit kitabiaitu penjagaan dari segi tulisan. Perawi itu menjaga buku catatannya daripada

    sebarang pengubahan atau penukaran, penambahan atau pengurangan jika beliau

    menyampaikan hadis ( tahdith ) daripadanya.

    Seseorang perawi diketahui sebagai seorang yang dhabit, kemas dengan

    membandingkan riwayat-riwayatnya dengan riwayat perawi-perawi thiqah lain yang terkenal

    dengan dhabit dan itqan. Sekiranya riwayatnya bertepatan dengan riwayat mereka walaupun

    dari segi makna, kebanyakannya bertepatan dan jarang ada percanggahan maka perawi itu

    akan dikatakan sebagai dhabit thabat. Sebaliknya jika banyak percanggahan, sedikit

    persamaan, dhabatnya cacat dan dia tidak boleh dijadikan hujah pada hadisnya. Seorang

    perawi itu tidak boleh dikatakan sebagai dhabit selagi tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

    Pertama, yaqazan, sedar bukan seorang yang lalai yang tidak dapat membezakan

    antara betul dan yang salah seperti orang yang tidur, pelupa.

    Kedua, mengingati apa yang didengar dan sukar hilang dari ingatannya. Serta boleh

    mengulangkan kembali hafalannya bila-bila masa sahaja.

    Ketiga, menguasai dan menjaga buku catatannya dari sebarang pengubahan dan

    penukaran.

    Keempat, mengetahui perubahan yang berlaku pada lafaz.

    Sifat dhabit ini hendaklah juga disertai dengan ketelitian, thiqah dan tidak kerap

    melakukan kesilapan. Sekiranya perawi itu kerap melakukan kesilapan dan

    menyebabkan berlakunya percanggahan kecil dengan perawi lain yang thiqah dan

    dhabit tidak mengapa. Tetapi seandainya berlaku percanggahan yang besar

    periwayatannya dengan riwayat orang lain, maka sifat dhabitnya itu menjadi cacat danhadis daripadanya tidak boleh diterima. Hadis daripadanya itu dikira Hadis Syaz.

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    6/27

    Justeru itu, antara cara untuk mengetahui seseorang perawi itu dhabit atau tidak

    ialah, hadis yang diterima daripadanya tiada percanggahan dengan hadis yang diterima

    daripada perawi lain yang tiqah, dhabit dan juga adil, walaupun dari sudut makna.

    Pengertian dhabit dalam erti kata yang lebih terperinci ialah :

    1. Dhabit tulisan atau kitab2. Dhabit ingatan atau hafalan

    2.2.1 DHABIT TULISAN ATAU KITABIaitu hadis yang diterima daripada seseorang perawi dengan penjagaan dari segi tulisan

    dan catatan pada buku. Iaitu ia menjaga tulisan dan catatannya itu dengan baik dan

    sempurna. Penjagaan tulisan dan catatan itu hendaklah bermula daripada ia menerima

    hadis daripada guru hinggalah ia meriwayatkannya pula.

    2.2.2 DHABIT INGATAN ATAU HAFALANDhabit ingatan atau hafalan ini ialah perawi yang dapat mengigati segala hadis yang

    diterimanya daripada guru serta mampu meriwayatkannya bila-bila masa dan keadaan

    yang diperlukan. Untuk itu, ia seharusnya mempunyai ingatan yang kuat, tidak pelupa,

    tidak bodoh, tidak bersifat was-was dan mengigati dengan semourna apa yang

    diterima.

    2.3 ADILKeadilan bermaksud perawi adalah seorang muslim, baligh, waras, bersih daripada sebab-

    sebab kefasiqan dan perkara-perkara yang menjejaskan harga diri ( al-muruah ). Keadilan

    merupakan kemampuan dan kelayakan bagi penerimaan saksi dan periwayatan hadis daripada

    Rasulullah SAW. Keadilan juga bermaksud sifat yang ada pada seseorang yang

    mendorongnya supaya beriltizam dengan ketakwaan dan menjaga harga diri.

    Takwa pula bermaksud menjauhkan diri daripada amalan-amalan buruk termasuk

    syirik, kefasikan dan bid`ah. Ia juga bermaksud menuruti titah perintah Allah SWT dan

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    7/27

    meninggalkan perbuatan-perbuatan ditegah Nya. Takwa juga dapat diungkapkan sebagai

    keadaan yang kuat dan kukuh di dalam jiwa, yang mendorong supaya beriltizam dengan

    ketakwaan dan muruah sehingga memperolehi kepercayaan diri dengan sebab kebenarannya

    dan yang diambilkira ialah menjauhi dosa-dosa besar dan sebahagian dosa-dosa kecil.

    Al-Khatib al-Baghdadi menukilkan daripada Qadhi Abu Bakar Muhammad Ibn al-

    Tayyib bahawa keadilan yang dikehendaki pada saksi dan pencerita ( perawi ) ialah keadilan

    yang merujuk kepada lurus agamanya ( istiqamah ), sejahtera pandangannya, tidak ada

    kefasikan dan seumpamanya yang menyebabkan keadilannya terbatal, seperti perbuatan yang

    ditegah sama ada anggota tubuh badannya atau hatinya.

    Kesimpulannya ialah keadilan itu ialah tetap lurus dan istiqmah dalam melaksanakan

    tuntutan syara` manakala fasiq atau kefasikan itu ialah terkeluar daripada landasan istiqamah

    dalam mengerjakan hukum-hukum syara.

    Sebagai rumusannya, sifat adil perawi itu mestilah mempunyai ciri-ciri berikut :

    a. Muslimb. Berakal dan balighc. Tidak fasikd. Tidak melakukan perkara yang mencemarkan kesucian Islame. Terpelihara maruahnyaf. Bertaqwa

    2.4 ISLAMSyarat yang penting dalam meriwayatkan dan menyampaikan hadis ialah seseorang

    perawi itu mestilah seorang muslim. Hal tersebut kerana, hadis itu sendiri merupakan

    salah satu daripada perkara agama Islam, maka orang kafir sudah tentu tidak layak

    meriwayatkannyadan tidak diterima daripadanya hadis.

    Mengikut pendapat yang rajih, Islam bukan merupakan syarat menerima hadis,

    tetapi ia hanya menjadi syarat untuk meriwayatkan hadis sahaja. Contohnya : Jubair

    bin Mutim ada meriwayatkan, sewaktu ia belum Islam ia ada mendengar Nabi

    membaca sesuatu ayat dalam surah at-Thur ketika solat maghrib dan ia menambah

    lagi, di situlah cahaya iman pertama dan hidayah pertama meresap dalam jiwanya.Jubair kemudiannya memeluk Islam selepas peristiwa Peperangan Badar.

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    8/27

    Tidak diterima sama sekali periwayatan yang disampaikan oleh seseorang kafir sama

    ada diketahui daripada bebas pembohongan atau pun tidak. Tidak dapat diterima akal dalam

    mengambil periwayatan daripada orang kafir untuk diterima pakai bagi pelaksanaan yang

    melibatkan urusan kaum muslimin. Bagaimanakah kita dapat menerima riwayat daripada

    golongan yang membuat penipuan terhadap Islam? Sedangkan Allah SWT melarang

    menerima berita daripada golongan fasik berdasarkan ayat ke enam surah al-Hujurat inikan

    pula berita daripada orang kafir sudah tentu ditolak sama sekali.

    Firman Allah Taala :

    Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita,

    maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan ( musibah ) kepada suatu kaum tanpa

    mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.

    3. CARA MENERIMA DAN MERIWAYAT HADISOleh itu, penerimaan dan periwayatan hadis atau konsep al-Tahamul ( ) dan al-Ada( ) melalui proses saringan yang begitu ketat dalam menentukan keaslian sesuatu hadissebelum diterima pakai. Oleh itu, ulama hadis meletakkan lapan kaedah sahaja dalam

    menerima pakai proses penerimaan dan periwayatan sesebuah hadis seperti berikut:

    1. al-Sima ( )2. al-Ard wa al-Qiraah ( )3. al-Ijazah ( )4. al-Munawalah ( )5. al-Kitabah ( )6. al-Ilam ( )7. al-Wasiyyah ( )8. al-Wijadah ( )

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    9/27

    Tulisan ini adalah untuk memfokuskan kepada lapan kaedah di atas yang telah ditetapkan

    oleh para ulamahadis sebagi cara yang tepat dalam menerima dan meriwayatkan sesebuah

    hadith. Umat Islam memberi keutamaan yang tinggi dalam memelihara sistem al-Tahamul

    ( ) dan al-Ada ( ) bagi memastikan ketulenan sesuatu hadis yang diterimadaripada satu generasi ke generasi yang berikutnya. Setiap langkah untuk menghafal,

    menyalin, dan menyampaikan hadis amat dikawal rapi sejak daripada zaman awal

    perkembangan penulisan hadis. Proses ini telah bermula dengan penerimaan hadis dalam

    kalangan sahabat secara langsung daripada Nabi Muhammad SAW . Dalam konteks ini Nabi

    Muhammad SAW dianggap guru yang meriwayatkan hadis kepada para sahabat iaitu dengan

    memenuhi kreteria al-Ada ( ) manakala para sahabat pula menjadi murid-murid yangmemenuhi segala kreteria al-Tahamul ( ).

    3.1 ALSIMAAl-Sima bermaksud guru membaca hadis kepada muridnya dan muridnya mendengar

    daripada gurunya. Oleh itu, dalam kaedah ini guru membacakan hadis kepada muridnya.

    Proses al-Sima berlaku secara langsung dalam satu majlis perjumpaan antara guru dan murid

    yang terlibat dalam menerima dan meriwayatkan sesuatu hadis. Cara ini juga menunjukkanbahawa seorang murid hadir dalam satu majlis serta mendengar setiap lafaz yang diucapkan

    oleh gurunya secara penuh perhatian dan teliti

    Al-Sima adalah proses yang berlaku ketika guru membacakan hadis daripada hafalannya

    atau daripada kitabnya manakala orang-orang yang hadir mendengar kata-kata yang

    disampaikannya sama ada dalam majlis pembacaan hadith ( secara formal ) atau dalam majlis-

    majlis lain. Kedudukan kaedah al-Sima adalah paling tinggi dalam kaedah al-Tahamul di sisi

    Jumhur ulamak ahli ilmu. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa al-Sima( mendengar daripada guru ) diikuti dengan penulisan hadis adalah lebih tinggi kedudukan

    daripada keadaan mendengar sahaja. Ini kerana pada ketika itu guru memberikan fokus

    kepada periwayatan hadis manakala murid-murid memberi tumpuan kepada penulisan hadis

    yang diriwayatkan kepada mereka. Situasi ini akan mengelakkan daripada terjebak ke dalam

    kealpaan dan hampir kepada ketepatan periwayatan.

    Kaedah ini diterima pakai sama ada pemerhatian dan tumpuan pendengaran murid

    tersebut terhadap penyampaian gurunya ketika guru membaca hadis dalam bentuk hafalanya

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    10/27

    atau dalam bentuk membaca tulisan yang ada pada catatan ( merujuk kepada catatan

    gurunya ).

    Mendengar daripada guru itu meliputi pendengaran secara langsung ( secara bertembung

    mata dengan mata ) atau disebalik tabir ( tidak melihat guru kerana dihalang oleh sesuatuseperti tirai ). Sekiranya pendengaran itu di sebalik tabir, syaratnya perawi itu mestilah yakin

    bahawa suara dan orang yang menyampaikan sesuatu hadis itu adalah suara gurunya.

    Jumhur ulama mengharuskan periwayatan di sebalik tabir. Kaedah ini dibenarkan

    dengan bersandarkan kepada periwayatan yang berlaku di dalam kalangan para sahabat dan

    tabiin yang menerima hadis daripada isteri-isteri Rasulullah SAW. Syubah bin Hajjaj dalam

    periwayatan kaedah al-Sima ( ) mensyaratkan bahawa mesti melihat guru yangmenyampaikan hadis dengan berkata: Tidak sah periwayatan yang dilakukan apabila

    seseorang itu mendengar sesuatu hadis ( untuk diambil riwayatnya ) tanpa melihat wajah

    orang yang menyampaikan hadis tersebut dan tanpa dilihat orang yang menerima hadis

    tersebut. Syarat melihat orang yang menyampaikan hadis adalah jelas dan mesti hanya

    sekiranya periwayat ( orang yang menyampaikan hadis ) itu adalah seorang lelaki.

    Kaedah al-Sima merupakan teknik yang paling terbaik dalam kategori penerimaan hadis

    dimana kaedah inilah yang digunakan oleh para sahabat apabila menerima hadis pada zamanRasulullah SAW. Melalui kaedah al-Sima ini sahabat-sahabat hadir dalam majlis Rasulullah

    SAW dan mendengar secara langsung apa yang baginda memperkatakan dan menghafalnya

    dengan segera. Teknik ini menjaga agar sesuatu hadis tidak luput daripada ingatan dan

    terhindar daripada kekeliruan.

    Kaedah dan metode al-Sima mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu :

    1. Pengucapan lisan2. Pembacan daripada kitab3. Soal jawab4. Imla

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    11/27

    3.1.1 PENGUCAPAN LISAN

    Kaedah al-Musyafahah dan al-Sima adalah kaedah asas yang diamalkan oleh generasi

    pertama dalam proses penerimaan hadis. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah murid-

    murid yang pertama menggunakan kaedah ini. Mereka menerima hadis secara al-Musyafahahdan al-Sima secara langsung daripada baginda. Pertengahan akhir kurun ke dua Hijrah

    amalan ini mula berkurangan. Kemantapan kaedah ini ialah pergaulan murid-murid dalam

    jangka masa yang lama bersama guru-guru mereka sehingga mereka dikenali dan dipercayai.

    Oleh itu, mereka dipercayai mempunyai autoriti dalam periwayatan hadis-hadis daripada guru

    mereka. Murid-murid dalam kaedah ini sentiasa bersama dengan guru mereka untuk jangka

    masa yang panjang serta tidak ketinggalan dalam mengikuti majlis-majlis periwayatan hadis.

    Kadang-kadang murid-murid yang bergaul lama bersama guru diberi gelaran rawi atau

    ib kepada si anu, si anu. Bahkan sekiranya perjumpaan biasa telah diadakan untuk

    mengajar hanya beberapa hadis sahaja diajarkan dalam satu-satu pelajaran seperti tiga atau

    empat buah hadis sahaja

    3.1.2 PEMBACAAN DARIPADA KITAB

    Terdapat juga cara periwayatan yang digunakan dengan membaca daripada kitab. Majoriti

    guru memilih untuk membaca hadis daripada kitab penulisannya sendiri. Namun terdapat juga

    guru yang membaca kitab penulisan muridnya atau daripada catatan muridnya sama ada ia

    merupakan catatan dalam bentuk salinan atau catatan sebahagian daripada kitab penulisan

    guru berkenaan. Proses ini berlangsung dengan guru membaca kitab yang ada dihadapannya

    dan murid-murid mendengar bacaan tersebut dalam satu majlis secara langsung.

    Sebahagian para ulamak mengatakan kaedah al-Sima daripada guru dan penulisan murid-murid daripada apa yang didengar daripada guru secara langsung adalah lebih tinggi

    martabatnya daripada mendengar sahaja. Ini kerana guru memfokuskan proses meriwayatkan

    hadis manakala perawi-perawi memberikan tumpuan dengan penulisan daripada periwayatan

    guru mereka secara serentak. Sistem mendengar ( daripada guru ) dan menulis apa yang

    didengarkan ( oleh murid-murid ) menggelakkan daripada kesilapan dan kelalaian kerana

    masing-masing pihak mempunyai peranan tertentu.

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    12/27

    3.1.3 SOAL JAWAB

    Kaedah ini pula murid-murid membaca sebahagian daripada hadis dan guru

    melengkapkan bacaan muridnya sehingga sempurna. Proses ini memerlukan penglibatan aktif

    dalam kalangan murid-murid bagi menyempurnakan periwayatan selaras dengan kaedahtersebut.

    3.1.4 IMLA

    Pada zaman Nabi Muhammad SAW telah berkembang kaedah Imla. Rasulullah sering

    mengadakan majlis-majlis Imla namun para sahabat jarang meneruskan amalan tersebut.

    Melalui kaedah Imla guru akan membacakan hadis-hadis kepada murid-murid manakala

    murid-murid menyalin dan menulisnya. Kaedah ini tidak digalakkan pada awal perkembangan

    Islam. Ini kerana kebimbanggan bahawa seseorang murid dapat mengumpul pengetahuan

    yang banyak dalam masa yang singkat tanpa usaha yang banyak.

    Kemungkinan Wathilah bin Asqa ( w.83 ) merupakan sahabat yang pertama sekali

    mengadakan kelas-kelas imlak hadis. Manakala al-Zuhri dikatakan orang pertama yang

    mengamalkan kaedah ini yang berlangsung pada akhir abad pertama hijrah hingga akhir hayatbeliau. Berbanding dengan kaedah-kaedah lain cara ini paling jarang diguna pakai. Namun

    selepas al-Zuhri mengamalkan kaedah Imla ini menjadi kebiasaan dan diguna secara

    menyeluruh pada abad ke dua hijrah dan selepasnya.

    Lafaz yang diguna pakai oleh perawi dalam kaedah periwayatan al-Sima untuk

    menunjukkan hadis diterima mengikut teknik al-Sima ialah seperti yang ditetapkan oleh al-

    Qadhi Iyadh: Tidak ada percanggahan bahawa keharusan untuk periwayatan secara al-

    Sima menetapkan seseorang yang menerima periwayatan dengan menggunakan istilah-istilahseperti berikut :

    I. Seorang itu menceritakan kepada kamiII. Seseorang telah mengkhabarkan kepada kami

    III. Seseorang itu memberitahu kepada kamiIV. Aku mendengar daripada si fulanV. Dikatakan kepada kami

    VI. Dinyatakan kepada kami

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    13/27

    Kesemua rangkai kata tersebut sama daripada sudut membawa makna atau kehendak

    tahdith ( meriwayat hadis ) atau sima ( mendengar ) serta tidak menjadi kesalahan dan

    dipersetujui pendapat ini oleh al-Qadhi Iyadh dengan ulama bahasa tentang penggunaan

    rangkai-rangkai kata tersebut. Beliau berpendapat tidak ada perbezaan ketika mendengar

    sima ( orang yang mendengar ) menyebut.

    3.2 ALARD WA AL QIRAAH ( )Kaedah ini dikenali sebagai al-Ard ( iaitu pembentangan dengan cara murid membacakan

    kepada guru ) atau al-Qiraah ( murid membaca hadis kepada guru ) juga turut dikenali

    sebagai Ard al-Qi ra ah iaitu pembentangan dan pembacaan. Kaedah ini telah mulaberkembang sejak awal abad yang ke dua hijrah.

    Kaedah al-Qiraah ialah murid membaca hadis kepada guru melalui hafalan atau

    kitab. Murid yang menerima hadis dengan cara membentangkan bacaannya kepada guru

    disebut sebagai al-Ard ( pembentangan ) seperti menurut pendapat sebilangan besar para

    muhaddithin ( ulamahadis ).

    Diharuskan meriwayatkan melalui kaedah ini sekiranya seorang perawi ( murid )membaca ( membentangkan bacaan ) dengan berpegang kepada hafalannya atau kitabnya atau

    pun mendengar daripada orang lain yang membentangkan bacaan kepada guru. Adalah

    diletakkan syarat bahawa guru mempunyai pengetahuan ( dalam bentuk ingatan ) tentang apa

    yang dibacakan kepadanya.atau merujuk kepada kitab asal yang sahih atau kitab asal berada

    dalam tangan orang yang membentangkan bacaan kepada guru atau pun dalam keadaan lain

    kitab tulisan itu berada pada salah seorang pendengar yang thiqah dalam majlis tersebut. Al-

    Hafizd al-Iraq mengatakan : Dan perlu terdapat orang yang thiqah daripada pendengar yang

    menyelia dan menjaga apa yang dibaca serta dia mendengar dengan teliti tanpa lalai ( alpa )

    dan memenuhi syarat sekiranya berlaku sedemikian.

    Imam Ahmad meletakkan syarat bahawa orang yang membentangkan bacaan kepada

    gurunya adalah orang yang mengetahui apa yang dibentangkan dan mempunyai kefahaman

    serta pengetahuan tentangnya. Sekiranya tidak maka tidak sah kaedah al-tahamul

    daripadanya.

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    14/27

    Sekiranya murid berkenan tidak membaca hadis yang dihafalnya atau yang tercatat

    dalam kitab sebaliknya hanya mendengar bacaan orang lain maka dalam keadaan ini guru

    berkenaan mestilah mengingati hadis yang dibacanya itu atau dapat membandingkan hadis

    yang dibacanya oleh pelajar berkenan dengan rujukan catatan asal yang sahih walaupun guru

    berkenaan terpaksa merujuk kepada catatan asal daripada para pelajar lain yang thiqah lagi

    dhabit atau sekurang-kurangnya seorang daripada mereka. Qiraah yang dibentangkan melalui

    kitab adalah lebih baik kerana cara ini lebih dipercayai dan lebih selamat. Al-Hafidz Ibn Hajar

    ( w 852H ) berkata : Sewajarnya dipegang hadis yang dibaca melalui tulisan ataupun kitab

    pada sebarang bentuk daripada hadis yang dibaca melalui hafalan kerana ia boleh jadi tidak

    tepat.

    Peryataan di atas memberi penekanan bahawa periwayatan hadis hendaklah dilakukandengan bersandarkan kepada tulisan asal atau kitab semasa membaca hadis di hadapan guru

    untuk menggelakkan kekeliruan. Malah melalui kaedah ini sekiranya terdapat murid-murid

    yang hadir sama dan mereka terlupa atau tertinggal mana-mana bahagian catatan hadis

    bolehlah mereka membuat penambahan atau mengulanginya serta memperbetulkan hafalan

    dan catatan dalam kitab masing-masing.

    Ketika menyalin mereka selalunya membuat satu bulatan selepas tiap-tiap hadis.

    Apabila seseorang pelajar selesai membaca satu-satu hadis dia akan membuat satu tanda

    bulatan atau dimana-mana sahaja untuk menunjukkan bahawa hadis itu telah pun dibacakan di

    hadapan guru. Ini perlu kerana seseorang pelajar yang mengetahui hadis-hadis melalui buku-

    buku sahaja tidak berhak untuk menggunakan bahan-bahan ( hadis-hadis ) itu untuk tujuan

    mengajarkannya atau menyusunnya sendiri sehinggalah dia menerima hadis-hadis itu melalui

    kaedah-kaedah belajar yang betul dan diiktiraf. Dalam kaedah periwayatan ini seorang murid

    yang hendak meriwayatkan hadis dengan sendiri haruslah dia menggunakan istilah dan sekiranya hadis yang hendak diriwayatkan itu dibaca orang lainmaka hendaklah murid berkenaan meriwayatkannya dengan lafaz

    Kebanyakkan ulama hadis mengharuskan murid meriwayatkan hadis dengan

    menggunakan lafaz atau dan dia mestilah menyebut lafaz agar riwayat berkenaan tidakmendatangkan kesamaran kepada pihak ketiga dan menjelaskan bahawa murid berkenaan

    benar-benar mendengar secara langsung daripada gurunya. Menurut pendapat yang terpilih

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    15/27

    kaedah al-Ard wa al-Qiraah ( ) adalah lebih rendah tarafnya dalam aspekpenerimaan dan periwayatan hadis jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu al-

    Sima ( ). Kaedah al-Ard wa al-Qiraah ( ) berada pada martabatyang kedua.

    3.3 ALIJAZAH ( )Ijazah menurut pengertian bahasa ialah membenarkan atau memberi keizinan. Manakala

    menurut pergertian istilah ialah memberi kebenaran kepada seseorang untuk meriwayatkan

    sesebuah hadith atau sesebuah kitab bersandarkan kepada seseorang ulamak tertentu yang

    memberikan kebenaran tersebut tanpa membacakan kitab tersebut dihadapannya.

    Al-Ijazah adalah memberi keizinan. Sebagai contohnya dengan lafaz seorang guru

    mengatakan kepada muridnya aku memberikan kebenaran kepada kamu untuk meriwayatkan

    kitab Sahih Bukhari daripadaKu. Diberikan keizinan dengan lafaz kepada muridnya iaitu dan lafaz terakhir ialah .

    Kaedah al-Ijazah ( ) adalah diharuskan oleh jumhur ulamauntuk diterima pakaidalam proses al-Tahamul. Pendapat ini selaras dengan ijmak ( kesepakatan dalam pendapat )daripada al-Qedhe Abu al-Walid al-Baja. Manakala Ibn Salah berbeza pendapat sebagaimana

    yang diriwayatkan oleh Rabe daripada al-Syafii yang melarang serta menegah periwayatan

    dengan kaedah al-Ijazah ( ). Begitu juga pendapat yang diputuskan oleh al-Mawardi.Keputusan untuk menolak kaedah tersebut dalam mazhab Imam al-Syafii adalah selaras

    dengan pendapat al-Qadhe Hussain bin Muhammad al-Mrwaraze yang berpendapat :

    Sekiranya dibenarkan maka sudah pasti akan menghapuskan usaha rehlah dalam menuntut

    ilmu. Demikian juga pendapat Syubah bin Ajej dan yang lainnya daripada ahli hadis.

    Kaedah yang ketiga ini jauh berbeza daripada kaedah sebelumnya. Kaedah al-Sima

    bermakna penerima mendengar sesuatu hadis secara langsung daripada mulut gurunya

    manakala dalam kaedah al-Ard wa al-Qiraah pula menunjukkan bahawa pelajar

    membentangkan bacaannya di hadapan gurunya. Kedua-dua bentuk kaedah ini

    melambangkan periwayatan yang bersambung sanad sama ada dipindahkan secara mulut ke

    mulut atau mulut ke telinga atau melalui penulisan yang sahih. Oleh itu, jelas perbezaan

    kaedah secara al-Ijazah iaitu hanya mendapat keizinan daripada seorang guru kepadamuridnya untuk meriwayatkan semua hadith yang didengar atau ditulis oleh beliau. Walaupun

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    16/27

    murid berkenaan tidak pernah langsung mendengar hadis berkenaan daripada gurunya

    ataupun tidak pernah membacakannya di hadapannya. Berdasarkan kenyataan inilah Ibn

    Hazm menolak riwayat secara al-Ijazah kerana beliau berpendapat kaedah ini adalah perkara

    yang bidah dan tidak diharuskan.

    Sesetengah ulamak menolak dengan keras dengan menegaskan bahawa: Sesiapa

    sahaja yang berkata kepada orang lain Aku ijazahkan engkau meriwayatkan hadis-hadis

    daripada aku yang engkau tidak pernah mendengarnya daripadaku maka berdasarkan

    ucapan ini seolah-olah seseorang itu telah berkata Aku ijazahkan kepada engkau untuk

    berdusta tentang diri aku, kerana syarak tidak pernah mengharuskan periwayatan hadis

    yang tidak pernah didengar oleh perawi berkenaan.

    Pendapat di atas agak terlalu ketat dan agak keterlaluan. Sebahagian daripada bentuk al-

    Ijazah tidaklah sampai ke peringkat yang terlalu dhaif daripada sudut riwayatnya. Malah

    terdapat beberapa bentuk ijazah yang boleh diterima oleh sebahagian besar ulama tanpa

    sebarang keraguan. Seperti memberi ijazah meriwayatkan kitab tertentu kepada seseorang

    atau beberapa orang tertentu seperti ucapan guru dengan berkata: Aku ijazahkan kepada

    engkau atau kepada sesiapa ( serta menyebut nama dan sifat orang yang berkenaan ) untuk

    diberi keizinan meriwayatkan hadis-jadis Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Kutub Sitah atau

    apa sahaja hadis yang terkandung dalam kitab-kitab susunan saya sendiri ( dengan menyebut

    nama-nama kitab berkenaan ).

    Dengan jelas kaedah memberi ijazah meriwayatkan hadis-hadis yang tidak diketahui

    kepada orang yang tidak diketahui adalah tidak sah menurut persepakatan para ulama.

    Manakala ijazah yang bersifat umum seperti kata guru: Aku ijazahkan untuk meriwayatkan

    mana-mana hadis kepada orang ramai, orang Islam, orang yang masih wujud, orang yang

    berada bersama saya, orang yang menyaksikan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

    SWT atau sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh orang tersebut mengikut apa yang sebenarnya

    adalah tidak diharuskan. Namun demikian terdapat sebahagian ulamak yang

    mengharuskannya.

    Menurut Ibn Salah (w 643H) bahawa dalam kaedah al-Ijazah ( ) terdapat tujuhcara lafazd yang diguna pakai iaitu seperti berikut:

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    17/27

    Memberikan keizinan kepada seseorang yang tertentu dengan periwayatan yang telah

    ditentukan. Dengan menggunakan lafaz :

    Memberikan keizinan kepada seseorang dengan tanpa menetapkan apa yang diberi keizinan

    untuk diriwayatkan. Dengan menggunakan lafaz :

    Memberikan keizinan kepada seseorang yang tidak ditentukan dengan lafaz yang umum.

    Dengan menggunakan lafaz :

    Memberikan keizinan kepada orang yang tertentu tanpa ditetapkan riwayat atau kitab tertentu.

    Atau sebaliknya iaitu menetapkan riwayat daripada kitab tertentu tanpa menentukan orang

    yang tertentu. Dengan menggunakan lafaz yang tertentu seperti berikut :

    Atau

    Memberikan keizinan kepada orang yang belum wujud seperti meriwayatkan hadith kepada

    anak yang bakal lahir. Dengan menggunakan lafaz :

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    18/27

    Memberikan keizinan kepada sesiapa yang tidak mendengar dan tidak membawa periwayatan

    asal. Kemudian dia diberikan keizinan untuk meriwayatkan sesuatu hadis tersebut dengan

    menggunakan lafaz :

    Memberikan keizinan yang berbentuk mutlak dan luas tanpa menentukan apa yang diberikan

    keizinan untuk diriwayatkan. Dengan menggunakan lafaz :

    3.4 ALMUNAWALAH ( )Kaedah al-Munawalah bermaksud seorang guru memberi kitab atau hadis yang telah

    dicatatkan kepada muridnya agar murid berkenaan dapat meriwayatkannya melalui guru

    berkenaan. Pada asalnya Imam al-Bukhari mengaitkan kaedah ini dalam menuntut ilmu

    berdasarkan kepada tindakan Rasulullah SAW menulis kitab ( buku yang mengandungi

    tulisan ) kepada ketua angkatan perang dengan bersabda :

    Bermaksud: Janganlah dibaca (yakni tulisan yang terdapat pada kitab berkenaan )

    sehingga tiba ditempat sekian sekian, dan apabila mereka sampai ke tempat berkenaan lalu

    dibacakan kepada orang ramai tentang arahan daripada Rasulullah SAWyang ditulis dalam

    catatan tersebut.

    Berdasarkan kepada hadis di atas ulamamenjadikan hujah untuk menerima kaedah al-Munawalah dalam penerimaan sesuatu hadis. Ini bertepatan dengan pandangan al-hhl

    mengatakan bahawa Imam Bukhari menjadikan hujah hadis tersebut bagi menerima kaedah

    al-Munawalah. Demikianlah dianggap sebagai ilmu apabila seseorang murid menyalin apa

    yang terdapat dalam sesuatu kitab yang diberikan padanya. Maka murid tersebut diberikan

    kebenaran meriwayatkan apa yang terdapat dalam kitab tersebut.

    Bentuk al-Munawalah yang tertinggi ialah apabila seorang guru memberikan sebuah

    kitab atau hadis yang telah dicatatkan kepada muridnya dengan menggunakan lafaz :

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    19/27

    Sesungguhnya aku memberikan hak milik buku atau hadith kepada kamu serta aku

    ijazahkan kepada kamu (murid) untuk meriwayatkannya daripada aku (guru). Bentuk

    lafaz munawalah seperti di atas adalah dikenali sebagai munawalah maal al-Ijazah.

    Misalnya al-Zuhri ( w. 124 H ) memberikan manuskrip-manuskripnya kepadabeberapa orang sarjana umpamanya Thaure, Auze dan Ubaidullah bin Umar. Cara inilah

    yang dikenali sebagai al-Munawalah yang bukan merupakan amalan yang biasa dilakukan

    pada zaman awal. Kaedah periwayatan secara al-Munawalah terbahagi kepada dua iaitu :

    i. Munawalah yang disertai dengan keizinan guru kepada muridnya untukdiriwayatkan hadis. Munawalah bentuk ini diharuskan ulama dansetengah ulama pula mengatakan cara ini adalah tingkat yang lebih baik

    daripada cara al-Sima. Dengan menggunakan lafaz :

    ii. Munawalah tanpa keizinan. Menurut pendapat Ibn Salah dan Imam al-Nawawi meriwayatkan hadis munawalah ini dianggap tidak sah

    Terdapat sebahagian ulamameletakkan martabat al-Munawalah lebih tinggi daripada

    martabat al-Sima. Atas alasan bahawa taraf thiqah melalui kitab milik guru beserta keizinan

    untuk meriwayatkannya melebihi thiqah yang ada pada al-Sima. Menurut pendapat mereka

    kedudukan al-Munawalah mengatasi kedudukan al-Sima kerana berkemungkinan wujudnya

    kesamaran dalam periwayatan al-Sima ( melalui murid ) dan al-Mustami ( melalui guru ).

    Melalui kaedah ini seorang guru memberikan kitabnya kepada muridnya dengan

    mengatakan . Manakala murid yang meriwayatkan denganlafaz berikut: .

    Imam al-Nawawi menyangkal pendapat tersebut dengan mengatakan: Sebenarnya

    kedudukan al-Munawalah adalah lebih rendah daripada kaedah al-Sima ( ) dan al-Ard wa al-Qiraah ( ).

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    20/27

    Bentuk yang paling hampir sama dengan al-Munawalah maal al-Ijazah ialah apabila

    guru berkata kepada muridnya: Ambillah kitab ini dan salin semu la serta semak sebelum

    mengembalikan salinan asal itu kepada saya.

    Bentuk yang lebih rendah tarafnya daripada kedua-duanya ialah murid membawa kitabkepada gurunya yang dihasilkan secara kaedah al-Sima daripada gurunya lalu guru

    berkenaan mengambil buku berkenaan dan menelitinya kemuadian berkata kepada muridnya:

    Hendaklah kamu meriwayatkan kandungan buku ini daripada aku.

    Bentuk al-Munawalah yang paling rendah sekali martabatnya daripada cara-cara di

    atas ialah murid membawa kitab kepada guru dan meminta guru berkenaan membuat

    Munawalah kepadanya. Kehendak tersebut dipersetujui oleh guru tanpa melihat, meneliti atau

    membuat sebarang perbandingan terhadap buku berkenaan.

    3.5 AL - KITABAH ( )Al- Kitabah dari sudut bahasa ialah surat menyurat. Sudut istilahnya pula ialah seorang sheikh

    menulis sendiri atau dia menyuruh orang lain menulis riwayatnya kepada orang yang hadir

    ditempatnya atau yang tidak hadir disitu.

    Metode dan kegiatan ini dilaksanakan dengan meluas dengan meluas dan ia

    dilaksanakan semenjak awal Islam lagi. Contohnya surat- menyurat rasmi daripada khalifah

    al- Rasyidin yang mengandungi banyak hadis yang diriwayatkan oleh perawi.

    Konteks lain juga, ramai Sahabat Nabi SAW dan perawi hadis menulis hadis riwayat

    mereka dan mengirimkannya kepada murid atau sahabat mereka. Contohnya surat dan tulisan

    Ibn Abbas kepada Ibn Abu Mulaikah dan Najdah. Metod Al- Kitabah terbahagi kepada 2

    bahagian :

    i. Kitabah yang disertai dengan ijazah seperti perkataan sang syeikh, Akuijazahkan kepadamu apa yang aku tulis untuk mu , atau yang semisal

    dengannya. Dan riwayat dengan cara ini adalah shahih kerana kedudukannya

    sama kuat dengan munawalah yang disertai dengan ijazah.

    ii. Kitabah yang tidak disertai dengan ijazah seperti syeikh menulis sebahagianhadis untuk muridnya dan dikirimkan tulisan itu kepadannya, tapi tidak

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    21/27

    diperolehkan untuk meriwayatkannya. Disini terdapat perselisihan masalah

    hukum periwayatannya. Sebahagian tidak membolehkannya jika diketahui

    bahawa tulisan tersebut adalah karya syeikh itu sendiri.

    Tidak dapat dinafikan bahawa kaedah al-Kitabah yang disertai dengan al-Ijazah adalah

    lebih kuat berbanding dengan hanya al-Kitabah sahaja. Malahan terdapat sebilangan ulamak

    yang mengatakan al-Kitabah yang disertai dengan al-Ijazah lebih rajih walaupun

    dibandingkan dengan kaedah al-Sima.

    3.6 ALIILAM ( )Dari sudut bahasa ialah memberi maklumat. Manakala dari segi istilah ialah guru

    memberitahu muridnya dimana sesebuah hadis atau kitab yang diriwayatkannya didengar atau

    diambil daripada orang lain tanpa memberitahu dengan jelas mengenai ijazah atau kebenaran

    supaya muridnya itu meriwayatkannya pula kepada orang lain.

    Bukti atau tanda metod ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli hadis

    mengharuskan cara meriwayatkan hadis bentuk ini dengan syarat- syarat tertentu :

    a. Guru tersebut seorang yang thiqah.

    b. Guru seorang yang amanah.

    Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis. Sebagai

    rumusannya, metod al- Ilam ini ada faedahnya iaitu orang yang kedua yang menerima hadis

    terpaksa mencari naskah asal yang mengandungi surat yang mengandungi surat akaun dan

    nama orang yang memberi akaun dan kebenaran itu.

    Sebahagian besar ulama mengharuskan penerimaan hadis melalui kaedah ini selagi

    thiqah guru berkenaan tetap wujud dengan sempurna kerana sifat thiqah itu dapat mencegahbeliau daripada mengisytiharkan kepada muridnya hadis-hadis yang bukan daripada

    riwayatnya. Keadaan ini seolah-olah guru berkenaan memberi kebenaran kepada muridnya

    menerima dan seterusnya meriwayatkan hadis-hadis berkenaan daripadanya secara kebenaran

    ijazah untuk meriwayatkan hadis berkenaan boleh difahami secara tidak langsung walaupun iatidak dinyatakan secara jelas oleh guru berkenaan. Inilah pendapat yang dibawa oleh Ibn

    Jraih dan kebanyakkan daripada golongan ulamaterkini.

    Bukti atau tanda metode ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli

    Hadis mengharuskan cara meriwayatkan hadis bentuk ini dengan syarat-syarat tertentu :

    a. Guru tersebut seorang yang thiqah

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    22/27

    b. Guru seorang yang amanahSyarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis.

    Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis.

    Sebagai rumusannya, metode al-Iilam ini ada faedahnya iaitu : orang kedua yangmenerima hadis terpaksa mencari naskhah asal yang mengandungi surat akuan dan

    nama orang yang memberi akuan dan kebenaran itu.

    3.7 ALWASIYYAH ( )Kaedah al-Wasiyyah ( ) adalah bermaksud seorang guru mewasiatkan kitab tertentukepada seseorang untuk diriwayatkan. Keadaan al-Wasiyyah ( ) biasanya berlakuapabila seorang guru tersebut ingin keluar bermusafir atau nazak ( saat hampir dalamkematian ). Bentuk-bentuk lafaz yang sering digunakan pakai dalam periwayatan ini ialahseperti berikut: " ,

    Bentuk penerimaan hadis dalam kaedah ini jarang sekali berlaku. Sebahagian ulama

    salaf mengharuskan penerima al-Wasiyyah untuk meriwayatkan kitab berkenaan melalui guru

    yang membuat wasiyyah berkenaan. Hujah mereka ialah kaedah al-Wasiyyah seperti ini

    adalah sama taraf dengan kaedah Iilamdan termasuk dalam salah satu bentuk al-Munawalah.

    Melalui kaedah al-Wasiyyah ini seolah-oleh guru berkenaan telah memberi dan

    memaklumkan (Iilam) hadis-hadis tertentu adalah sebahagian daripada riwayatnya. Akan

    tetapi kata-kata yang digunakan oleh guru berkenaan dalam hal seperti ini tidak jelas kepada

    al-Iilam dan al-Munawalah. Golongan yang mengharuskan riwayat hadis dengan cara al-

    Wasiyyah mengakui kaedah ini adalah bentuk penerimaan yang paling lemah. Kedudukan

    sebenar martabat kaedah ini adalah lebih rendah daripada al-Munawalah ( ) dan al-Iilam ( .) walaupun terdapat persamaan dalam kaedah-kaedah tersebut

    Ibn Salah berpendapat tiada persamaan antara al-Wasiyyah ( ) , al-Munawalah( la nad ( -Iilam ( ). Malah beliau menyangkal pendapat yang mengatakanwujudnya persamaan antara kaedah-kaedah tersebut. Beliau mengatakan : Sesungguhnya

    terdapat ulamak membawa hujah tentang kedudukan kaedah al-Wasiyyah adalah sama tarafdengan kaedah al-Munawalah atau al-Iilam. Sebenarnya dakwaan tersebut tidak benar sama

    sekali. Beliau berpendapat tidak pernah ulamak menetapkan kaedah tertentu untuk menerima

    periwayatan melalui al-Iilam dan al-Munawalah ataupun perkara yang hampir-hampir sama

    dengan tujuan tersebut.

    Semasa meriwayatkan hadis penerima hadis tersebut mestilah memindahkan kata-kata

    yang digunakan oleh orang yang memberi wasiat berkenaan. Orang yang menerima wasiat

    sekali-kali tidak boleh menambah atau mengurangkan kata-kata yang digunakan oleh pemberi

    wasiat kerana kaedah al-Wasiyyah ini menyerupai wasiat harta yang pasti ada tanda dan kadaryang tertentu. Sesuatu wasiat yang dibuat hendaklah nyata dan jelas. Misalnya apabila

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    23/27

    diwasiatkan dinyatakan sebuah atau beberapa buah kitab, sebuah atau beberapa buah hadis,

    beberapa hadis yang didengar atau beberapa hadis yang diriwayatkannya. Kesemua

    periwayatan dalam kaedah ini adalah terikat dengan kata-kata guru yang memberi wasiat

    tersebut. Kaedah ini adalah peringkat yang paling rendah daripada kaedah-kaedah

    periwayatan yang dibenarkan sebelum ini.

    Menurut pendapat Ahli Hadis, metode wasiat ini adalah metode yang paling

    lemah dalam menerima hadis berbanding dengan metode-metode lain. Mlahan setengah

    ulama tidak mengharuskan metode ini.

    3.8 ALWIJADAH ( )Maksud metode ini ialah mendapatkan kitab seseorang tanpa kebenarannya untuk

    meriwayatkan hadis- hadis di dalamnya dengan bersandarkan kepada seseorang. Maksud lain,seseorang yang mengambil hadis daripada kitab- kitab tertentu tanpa mendengar, tanpa ijazahdan mengambilnya untuk diriwayatkan hadis tersebut.

    Dalam menyampaikan hadis atau kitab yang didapati dengan jalan Wijadah, si perawi

    berkata wajadtu bi khaththi fulanin ( aku dapatkan buku ini dengan tulisan fulan ) atau

    qaratu bi khati fulanin ( aku telah membaca buku ini dengan tulisan fulan ), kemudian

    menyebutkan sanad dan matannya.

    Proses penyalinan ini berlaku apabila seorang murid menemui sesuatu tulisan dan

    dipastikan bahawa tulisan tersebut adalah hak milik gurunya yang pernah dijumpai dan

    dipercayai. Kaedah ini juga berlaku ke atas seseorang yang tidak pernah bertemu dengan

    seseorang guru namun murid tersebut yakin bahawa tulisan yang dijumpainya adalah hak

    milik dan catatan sebenar daripada seseorang guru berkenaan. Sekiranya seseorang itu

    mendapati hadis yang dikarang oleh beberapa tokoh yang terkemuka. Maka orang tersebut

    haruslah meriwayatkan hadis tersebut melalui guru berkenaan dalam bentuk hikayat ( bukan

    dalam bentuk riwayat ).

    Isnad hadis tersebut mestilah dinyatakan seperti yang terdapat dalam kitab berkenaan.

    Misalnya dengan berkata: Aku mendapatkan catatan si fulan atau catatan yang aku yakinadalah hasil tulisan si fulan seperti yang terdapat dalam kitab Sahih yang masyhur lalu

    membacakan hadith tersebut.Seperti yang pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ahmad bin

    Hanbal. Selalunya beliau akan berkata :

    : .................... Seseorang yang telah menerima hadis melalui kaedah al-Wijadah tidak harus

    meriwayatkan kembali dengan menggunakan kata-kata seperti:

    ,

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    24/27

    Sekiranya timbul kesangsian pada murid tersebut tentang sama ada tulisan berkenaan

    adalah tulisan gurunya maka perbuatan itu dikira termasuk dalam bentuk penipuan yang

    sangat buruk. Ini kerana lafaz yang digunakan boleh mendatangkan kesamaran kepada

    pendengar bahawa adakah murid tersebut benar-benar mendengar hadis tersebut daripada

    guru berkenaan. Sedangkan perawi tersebut sepatutnya menggunakan kata-kata sepertiberikut:

    , , Dasar penggunaan perkataan di atas dapat dijadikan garis panduan untuk mengenal

    pasti kesilapan yang dilakukan oleh sesetengah penulis atau ahli sejarah yang kerap kali

    menggunakan kata-kata seperti berikut :

    " Oleh itu, tidak perlu diragukan tentang kedudukan dan nilai kaedah penerimaan hadis

    secara al-Wijadah sebagai salah satu cara penerimaan hadis. Kebanyakkan hadis-hadis yangterdapat dalam kitab-kitab adalah melalui cara pemindahan secara al-wijadah. Kerana

    golongan yang menghafal hadis tidak ramai pada masa sekarang.

    4. ISTILAH MENUNJUKKAN METODE PERIWAYATAN HADIS

    Terdapat istilah atau lafaz atau simbol kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis dalam

    menerangkan metode penerimaan hadis riwayatnya atau erti kata lain bagaiman diamemperolehi riwayatnya. Biasanya istilah atau simbol atau kependekan ini digunakan untuk

    meringkaskan masa, ruang dan senarai periwayat hadis. Antara istilah, symbol atau

    kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis ialah :

    Haddathana. Kebanyakannya ditulis dengan thana atau na sahaja.Perkataan haddathana sering digunakan untuk menerangkan metode al-Sima. Iaitu

    kaedah atau metode guru membacakan hadis kepada muridnya.

    Akhbarana. Kebanyakan ditulis na sahaja. Kadang-kadang ia ditulis jugadengan arana. Perkataan akhbarana sering digunakan untuk menerangkan metode

    Arad atau al-Qiraah. Iaitu murid membacakan hadis kepada guru.

    Anbaana. Perkataan ini sering digunakan dalam metode Ijazah danMunawalah.

    Samia. ianya hanya digunakan dalm metode al-Sima sahaja. An. Ianya digunakan dalam kesemua jenis metode yang telah disebutkan iaitu dalam

    al-Sima, al-Ard wa al-Qiraah, al-Ijazah, al-Munawalah, al-Kitabah, al-Ilam, al-

    Wasiyyah dan al-Wijadah.

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    25/27

    Daripada lima istilah yang telah dinyatakan diatas, kelima-lima istilah tersebut tidak

    sama tarafnya. Kedudukannya adalah sebagaimana berikut :

    Perkataan hadathana atau hadhathani dan akhbarana atau akhbarani adalah paling

    tinggi kedudukannya.

    Perkataan an adalah merupakan yang paling rendah tarafnya.

    Istilah-istilah yang diguna pakai ini tidak boleh diubah sama sekali ketika menyalinhadis. Kesemua penggunaan kalimah tersebut menggambarkan penerimaan dan periwayatan

    dalam istilah penggunaan bahasa Arab. Ulama meletakkan istilah pada tahap yangtertinggi dalam peringkat periwayatan. Ini kerana istilah ini tidak digunakan pada kaedah al-

    Ijazah atau al-Kitabah dan tidak juga akan digunakan pada menyembunyikan apa yangdidengarkannya.

    5. PENUTUP

    Pada asasnya semua kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam penerimaan al-Tahamul

    ( ) adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam periwayatan al -Ada ( ).Ini adalah kerana apa yang diterima oleh seseorang murid pada hari ini akan diriwayatkan

    kembali kepada seseorang yang lain pada suatu masa nanti. Bahkan penerimaan hadis itu

    sendiri membawa kepada tanggungjawab menyampaikan apa yang diterimanya.

    Oleh itu, periwayatan atau sistem al-Ada ( ) adalah meriwayatkan hadis kepadamurid atau perawi kepada orang yang lebih rendah kedudukannya daripada orang yang

    meriwayatkannya ( iaitu guru ). Hadis ini pula diterima daripada orang yang lebih tinggi

    kedudukannya daripada beliau. Ini bermakna bahawa orang yang pernah menjadi murid

    akhirnya akan menjadi seorang guru ( periwayat hadis ) dalam kitaran proses penerimaan dan

    periwayatan hadis.

    Misalnya Abu Bakar adalah penerima hadis daripada Rasulullah SAW digelar sebagai

    murid manakala Rasulullah SAW berada pada taraf guru. Apabila Abu Bakar meriwayatkan

    hadith yang diterima oleh beliau kepada Ali bin Abi Thalib, maka pada ketika itu kedudukanAbu Bakar bertukar daripada murid kepada seorang guru yang meriwayatkan hadis yang

    diterimanya pada peringkat awal ( yakni daripada Rasulullah SAW ). Sementara gelaran

    murid pada pusingan ini digunakan kepada Ali bin Abi Thalib yang menerima hadis pada

    peringkat berikutnya.

    Jelaslah bahawa berlakunya pusingan pada periwayatan dan penerimaan hadis padasesuatu peringkat. Seseorang itu pada asalnya merupakan murid yang menerima periwayatan

    melalui lapan kaedah yang telah ditetapkan akan meriwayatkan semula hadis-hadis tersebutkepada orang lain dengan menggunakan gelaran sebagai seorang guru pula ( asalnya murid

    ketika menerima hadis ).

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    26/27

    Kesimpulannya ulamahadis mencurahkan segala tenaga dan daya dalam memastikan

    proses kitaran hadis berjalan dengan begitu teliti dan dijaga ketulenannya. Perhatian yang

    serius ini telah bermula sejak sesuatu hadis hendak diterima melalui kaedah al-Tahamul

    ( ). Mereka memastikan pemilihan istilah-istilah dalam penerimaan sesuatu hadis tepatbagi menggelakkan sesuatu hadis diselewengkan. Penjagaan yang rapi terhadap kitaran hadistidak berhenti setakat itu malah disaring lagi dalam proses kedua iaitu proses al-Ada ( ( Sehinggalah hadis yang kita terima pada hari ini adalah hasil usaha gigih para ulamahadis

    terdahulu.

    Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( w. 728H ): Bukanlah keperluan penduduk

    bumi kepada Rasulullah SAW seperti keperluan mereka kepada matahari, bulan, angin dan

    hujan. Bukan juga seperti keperluan insan dalam kehidupannya. Bukan seperti keperluan

    mata kepada cahaya. Bukan seperti jasad kepada makanan dan minuman. Bahkan lebih besar

    daripada itu,semua. Lebih dasyat daripada segala keperluan yang diandai dan dibayangkan.

    Para rasul adalah penghubung antara Allah SWT dan makhlukNya dalam menyampaikan

    suruhan dan laranganNya. Mereka adalah duta antara Allah SWT dan hamba-hambaNya.

    Oleh itu, seluruh makhluk di muka bumi ini amat terhutang budi kepada ulama hadisyang memberikan perhatian yang begitu serius dan peka dalam bidang penerimaan,

    pembawaan, penjagaan sesuatu hadis sehingga hadis tersebut disampaikan mengikut sistem

    yang betul.

  • 5/25/2018 Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis

    27/27

    BIBLIOGRAFI

    Laman Sesawang :

    http://ibnhajargroup.blogspot.com/2010/11/kaedah-penerimaan-hadith.html

    http://powerhadis.blogspot.com/

    http://nurhasyimlatif.blogspot.com/2013/05/metode-periwayatan-hadits_8194.html

    http://azlanyusofpunding.blogspot.com/2011/05/istilah-periwayatan-hadis.html

    tidak membolehkannya jika diketahui bahawa tulisan tersebut adalah karya syaikh itu sendiri.

    http://ibnhajargroup.blogspot.com/2010/11/kaedah-penerimaan-hadith.htmlhttp://ibnhajargroup.blogspot.com/2010/11/kaedah-penerimaan-hadith.htmlhttp://powerhadis.blogspot.com/http://powerhadis.blogspot.com/http://nurhasyimlatif.blogspot.com/2013/05/metode-periwayatan-hadits_8194.htmlhttp://nurhasyimlatif.blogspot.com/2013/05/metode-periwayatan-hadits_8194.htmlhttp://azlanyusofpunding.blogspot.com/2011/05/istilah-periwayatan-hadis.htmlhttp://azlanyusofpunding.blogspot.com/2011/05/istilah-periwayatan-hadis.htmlhttp://azlanyusofpunding.blogspot.com/2011/05/istilah-periwayatan-hadis.htmlhttp://nurhasyimlatif.blogspot.com/2013/05/metode-periwayatan-hadits_8194.htmlhttp://powerhadis.blogspot.com/http://ibnhajargroup.blogspot.com/2010/11/kaedah-penerimaan-hadith.html