10

Cara-cara permohonan Kad Debit i-KOPENAS/Bank Rakyatkopenas.org/wp-content/uploads/2016/11/BORANG-DEBIT-KAD-KOPENAS.pdf · Cara-cara permohonan Kad Debit i-KOPENAS/Bank Rakyat 1

Embed Size (px)

Citation preview

Cara-cara permohonan Kad Debit i-KOPENAS/Bank Rakyat

1. Muat turun borang permohonan kad debit diatas. 2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. 3. Masukkan no akaun simpanan Bank Rakyat yang telah

dibuka terlebih dahulu. 4. Poskan borang permohonan kad debit yang lengkap

kepada KOPENAS dialamat NO 27 Jalan 45/26 Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur. (Permohonan Kad Debit i-KOPENAS/Bank Rakyat hanya di ibu pejabat KOPENAS sahaja)

5. Lampirkan sekali bersama 1 salinan Kad Pengenalan pemohon.

6. Sila buka akaun dengan jumlah minimum sebanyak RM60.00.

7. Borang yang dihantar kepada KOPENAS mesti dilengkapi dengan tandatangan pemohon.

VERSI BAHASA MALAYSIA

Julai 2015

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (APDP)

Pelanggan Yang Dihormati,

Selaras dengan penguatkuasaan APDP pada 15 November 2013, Bank Rakyat komited untuk mematuhi

semua peruntukan APDP yang bertujuan untuk melindungi data peribadi anda. Mengikut peruntukan di

bawah APDP kami perlu mendapatkan persetujuan anda apabila mengumpul dan memproses data

peribadi anda. Sila ambil maklum, maklumat berkenaan adalah penting untuk kami menilai permohonan

anda sebelum permohonan anda diproses ke peringkat selanjutnya. Maklumat berkenaan juga dapat

membantu kami meningkatkan perkhidmatan kami dengan memantau langganan semasa anda terhadap

produk dan perkhidmatan kami. Anda boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai Notis Privasi

kami di www.bankrakyat.com.my.

Sukacita kami maklumkan bahawa dari semasa ke semasa, kami berkemungkinan akan berkongsi

maklumat mengenai produk, perkhidmatan, dan/atau promosi lain (termasuk daripada rakan produk

strategik kami dan/atau perkhidmatan) yang mungkin memanfaatkan anda sebagai pelanggan yang

dihargai. Bagaimanapun, untuk melaksanakan perkara berkenaan, persetujuan awal anda adalah

penting.

Deklarasi

Dengan menandatangani borang ini, saya/kami mengesahkan bahawa:

Saya/Kami dengan ini bersetuju untuk tertakluk kepada Notis Privasi;

Saya/Kami dengan ini bersetuju memberi persetujuan secara nyata (“explicit consent”) kepada Bank Rakyat untuk mengumpul, memproses dan/atau mendedahkan data peribadi saya (termasuk data peribadi sensitif) seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi;

Data peribadi yang diberikan saya/kami adalah tepat, lengkap dan terkini. Saya/Kami berjanji akan memaklumkan kepada Bank Rakyat secepat mungkin jika berlaku perubahan terhadap data peribadi saya/kami.

Pada masa tertentu, Bank Rakyat mungkin akan menghantar bahan-bahan promosi dan pemasaran yang

mungkin menarik minat anda. Untuk tujuan ini, saya/kami BERSETUJU untuk menerima bahan promosi

bagi produk/kempen Bank Rakyat/subsidiari/rakan strategik.

Jika TIDAK SETUJU, sila tandakan bahan promosi yang tidak mahu di terima bagi produk/kempen Bank Rakyat/subsidiari/rakan strategik.

Nama

No Kad Pengenalan

Tandatangan

Tarikh

: ___________________________________

: ___________________________________

: ___________________________________

: ___________________________________

Deposit

Pembiayaan

Runcit

Pembiayaan

Komersial

Kad Kredit/Debit

Berasaskan Fi

Lain-lain (Sila nyatakan): _______________

ENGLISH VERSION

July 2015

PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 (PDPA)

Dear Customers,

With the coming into force of PDPA on 15th November 2013, Bank Rakyat is committed to protect your

personal data. Under PDPA, we are required to obtain the necessary consent from your goodselves upon

collecting and processing your personal data. Please be informed that such information is important to us

in assessing your application form before we are able to take it to the next stage. Such information also

helps us to enhance our services by monitoring your existing subscription with us especially on our

products and services. You may find the details of our Privacy Notice at www.bankrakyat.com.my.

We are also glad to inform that from time to time, we may want to share our products, services and/or

other promotions (including our strategic partner(s) product and/or services) which may be beneficial to

you as our valued customers. However, in doing so, your prior consent is of vital.

Declaration

By signing this form, I/we declare that:

I/We hereby agree to be subjected to the Privacy Notice;

I/We hereby agree to give my explicit consent to Bank Rakyat to collect, process and/or disclose

my personal data (including sensitive personal data) as detailed out in the Privacy Notice;

The personal data provided by me/us is accurate, complete and up-to-date. I/We undertake to

inform Bank Rakyat immediately in the event of any changes to my/our personal data.

At times, Bank Rakyat may send you promotional and marketing materials that may interest you. For this

reason, I/we AGREE to receive promotional materials of products/campaigns of Bank

Rakyat/subsidiaries/ strategic partners.

Otherwise, I/We DO NOT AGREE to receive promotional materials of products/campaigns of Bank

Rakyat/subsidiaries/strategic partners as marked in the box below.

Deposit

Retail Financing

Commercial Financing

Credit/Debit Card

Fee Based

Others (Please specify): _______________

Name

Identity Card No

Signature

Date

: ___________________________________

: ___________________________________

: ___________________________________

: ___________________________________

Tarikh :

Penolong Naib Presiden

Pembangunan Perniagaan Kad

Bank Rakyat

Tuan,

PENGESAHAN TENTANG PENERANGAN CIRI-CIRI PRODUK

Saya / Kami dengan ini mengesahkan telah menerima penerangan dan memahami ciri-

ciri produk di atas.

Sekiranya terdapat kemusykilan saya / kami akan menghubungi Bank.

Sekian,

Tandatangan Pelanggan

No Kad Pengenalan

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini bersama-sama terma & syarat bagi produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil atau memohon Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas.

BANK RAKYAT

KAD DEBIT-i CO-BRAND BANK RAKYAT-KOPENAS

Tarikh :

1 Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini?

a) Produk ini merupakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas, yang berlandaskan syariah, yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada semua anggota Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS).

b) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini adalah satu instrumen pembayaran yang

membolehkan pembelian barangan dan/atau perkhidmatan patuh syariah di semua premis saudagar yang menerima urusniaga MasterCard dan juga membolehkan anda mengeluarkan wang tunai menerusi Mesin Teler Automatik (ATM) dan di kaunter Bank yang menyertai MasterCard.

c) Permohonan bagi mendapatkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini boleh dibuat melalui Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS).

2 Apakah konsep Syariah yang digunakan?

a) Konsep syariah yang digunakan adalah Konsep Wakalah Bil Ujrah. b) Wakalah bermaksud, pelanggan sebagai Muwakkil bersetuju untuk mewakilkan Bank Rakyat

sebagai wakil di dalam menyediakan kemudahan pembayaran di premis saudagar dan kemudahan pengeluaran wang tunai di mesin ATM.

3 Apakah yang saya akan dapat melalui tawaran dari produk ini?

a) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini boleh digunakan untuk pembelian runcit, transaksi secara online (internet) dan pengeluaran tunai di dalam/luar negara. Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini diterima di semua premis saudagar yang terpilih yang menyertai MasterCard di seluruh dunia. Nota : Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah kad yang berlandaskan Syariah.

Oleh itu, kad ini tidak boleh digunakan di mana-mana kaunter pedagang yang di bawah kategori perniagaan tidak halal.

b) Kelebihan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah seperti berikut :

Pembukaan akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebanyak minima RM50 sahaja

Tiada yuran perkhidmatan

Tiada fi pemprosesan

Pengecualian Yuran Tahunan untuk tahun Pertama

Tiada fi untuk pengeluaran tunai di ATM Bank Rakyat

Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah berdasarkan tandatangan di mana untuk pembelian runcit di premis saudagar, anda tidak perlu memasukkan nombor PIN untuk tujuan pengesahan transaksi.

Anda hanya perlu memasukkan nombor PIN untuk transaksi pengeluaran tunai yang dilakukan di ATM.

Had penggunaan harian kad yang tinggi (kombinasi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) sehingga RM10,000 atau jumlah baki yang terdapat di dalam akaun simpanan, yang mana lebih rendah.

Had harian pengeluaran tunai sebanyak RM3,000 atau pelanggan boleh memohon untuk had pengeluaran tunai maksima sehingga RM5,000.

4 Apakah tanggungjawab kewangan saya?

a) Sebagai pemegang kad, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa akaun simpanan anda di Bank Rakyat mempunyai wang yang mencukupi sebelum melakukan sebarang transaksi menggunakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini.

b) Penggunaan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas di premis saudagar seperti transaksi petrol di stesen minyak (terminal layan diri), hospital dan hotel, mungkin akan dikenakan amaun pra-guna (pre-use amount), tertakluk kepada ketetapan pihak saudagar. Nota : Amaun pra-guna ini adalah berdasarkan amaun transaksi ataupun satu jumlah yang ditetapkan oleh pihak saudagar. Amaun pra-guna tersebut akan dikembalikan setelah pemprosesan settlement diterima daripada pihak saudagar dan hanya amaun sebenar transaksi akan didebitkan daripada akaun simpanan anda. Bagi transaksi petrol, jumlah pra-guna sebanyak RM200 akan dicajkan ke dalam akaun Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda. Jumlah pra-guna ini akan dikembalikan dan hanya jumlah isian petrol sebenar akan dicaj setelah penyelesaian dibuat oleh pihak saudagar. Untuk mengelakkan pegangan amaun pra-guna, anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas di kaunter juruwang di stesen petrol yang terlibat. Bagi transaksi di hotel dan hospital, jumlah pra-guna (bergantung kepada tempoh menetap) akan dicaj semasa mendaftar masuk dan amaun sebenar akan diselaraskan setelah penyelesaian dibuat oleh pihak saudagar.

c) Untuk tujuan keselamatan, bagi penggunaan di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada Bank lebih awal dari tarikh perjalanan.

5 Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?

Bil Jenis Perkhidmatan Yuran dan Caj

1 Yuran Tahunan a) PERCUMA untuk Tahun Pertama

b) RM8.00 untuk tahun kedua dan seterusnya, sepanjang tempoh sah kad (yuran akan dikenakan pada setiap tarikh ulang tahun kad tersebut).

2 Yuran Perkhidmatan Tiada

3 Pengeluaran Tunai di :

- ATM Bank Rakyat Tiada

- ATM Bank lain RM12

- Kaunter Bank lain melalui rangkaian MasterCard

RM12

4 Penggantian Kad RM15

5 Pertukaran urusniaga luar negara

(% daripada jumlah penggunaan)

Caj administrasi sebanyak 1.25% daripada amaun transaksi (untuk kedua-dua transaksi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) adalah dibenarkan di dalam operasi kad debit.

Nota :

i) Pihak Bank mengambilkira kadar caj administrasi ini hanya bagi menampung turun naik kadar matawang semasa dan bagi mengelakkan sebarang kekurangan hasil pertukaran matawang asing pada hari pembilan.

ii) Semasa pemprosesan settlement transaksi luar negara tersebut, jumlah caj administrasi ini akan dikembalikan dan amaun sebenar transaksi berdasarkan kadar pertukaran asing yang sebenar semasa pemprosesan settlement akan didebitkan daripada akaun simpanan pelanggan.

6 Salinan deraf jualan a) RM5 untuk setiap permintaan ke atas salinan deraf jualan

b) RM15 untuk setiap permintaan ke atas salinan asal deraf jualan

7 Salinan penyata transaksi Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas

RM5

8 Pemprosesan Permohonan Tiada

Nota : Bank berhak untuk meminda yuran dan caj Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang dikenakan pada bila-bila masa setelah Bank memaklumkannya kepada pemegang kad dengan menggunakan saluran-saluran yang dianggap sesuai.

6 Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi syarat yang ditetapkan?

a) Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dan langkah-langkah munasabah untuk menjaga Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas akan mengakibatkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas tersebut dicuri dan/atau digunakan tanpa kebenaran.

b) Anda haruslah sentiasa berhati-hati untuk mencegah daripada kehilangan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas. Sekiranya Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda hilang atau dicuri, anda perlu memberitahu Bank Rakyat dengan serta merta sebaik sahaja mengetahui Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda hilang atau dicuri, diikuti dengan pengesahan bertulis berserta satu salinan laporan polis.

c) Anda boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas liabiliti yang berlaku sekiranya anda tidak melaporkan kepada pihak Bank dengan serta merta.

7 Apakah risiko utama Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang perlu saya tanggung?

a) Pastikan anda tidak meminjamkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda kepada sesiapa, termasuk ahli keluarga.

b) Pastikan anda tidak mendedahkan maklumat peribadi dan Kad Debit-i Co-Brand Bank

Rakyat-Kopenas anda melalui perbualan telefon atau melalui mana-mana saluran, kecuali anda telah mengenalpasti identiti pihak tersebut.

c) Simpan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda di tempat yang selamat dan pastikan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) tidak disimpan bersama-sama Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda.

d) Jangan dedahkan maklumat Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda kepada pihak ketiga terutama maklumat CVV (3 angka di belakang kad) dan tarikh luput kad.

e) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda tidak boleh digunakan untuk sebarang kegiatan atau tujuan yang bertentangan dengan prinsip Syariah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung (sengaja/tidak sengaja).

f) Pemegang Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang ingin menggunakan kad di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada pihak Bank sebelum memulakan perjalanan ke luar negara bagi mengelakkan sebarang sekatan ke atas penggunaan kad tersebut.

8 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat saya?

a) Anda hendaklah menghubungi pihak Bank di nombor 03-2693 6880 (24 jam) dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau maklumat-maklumat lain bagi memastikan: i) urusan surat-menyurat dapat disampaikan mengikut masa yang ditetapkan. ii) sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar bagi tujuan pengesahan transaksi

penggunaan internet. iii) sistem SMS dihantar kepada anda ketika melakukan transaksi online atau internet yang

memerlukan penggunaan One Time Password (OTP).

Nota : One Time Password (OTP) adalah ciri keselamatan tambahan yang lebih selesa dan selamat untuk melindungi pemegang Kad Debit-i Bank Rakyat, ketika melaksanakan transaksi pembelian online atau internet dari laman sesawang saudagar yang dilengkapi dengan ciri-ciri kesalamatan 3D Secure.

b) Segala urusan surat-menyurat yang dihantar kepada anda di alamat terakhir dan SMS yang

dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan dengan Bank dianggap sebagai telah dihantar oleh Bank dan diterima oleh pemegang kad.

9 Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut tentang produk Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini?

a) Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas, sila rujuk risalah produk ini atau layari laman sesawang kami iaitu www.bankrakyat.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dengan tempat anda atau berhubung terus dengan Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS).

b) Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan kepada kami melalui saluran seperti berikut: Pusat Kad Bank Rakyat

Nombor Telefon : 03-2693 6880 (24 jam) E-mail : [email protected] Laman Sesawang : www.bankrakyat.com.my Pusat Panggilan Bank Rakyat

Nombor Telefon : 1-300-88-1BANK (12265) Pusat Panggilan boleh dihubungi dari hari Isnin hingga Jumaat dari 7.30 pagi hingga 9.30 malam dan pada hari Ahad dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. KOPENAS Berhad Nombor Telefon : 03-4022 8917

03-4022 8971 E-mail : [email protected] Laman Sesawang : www.kopenas.org

c) Sebarang aduan boleh dilaporkan kepada : Pusat Kad Bank Rakyat : 03-2693 6880 (24 jam)

: 03-2698 6000 (8.00 pagi hingga 5.00 petang) Pusat Panggilan Bank Rakyat : 1-300-88-1BANK (12265) Kopenas Bhd : 03-4022 8917 / 03-4022 8971 atau, menghantar aduan ke : Unit Biro Aduan Awam,

Jabatan Khidmat Pelanggan, Tingkat 11, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, Peti Surat 11024 50732 Kuala Lumpur atau e-mail ke [email protected]

atau, hubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di

: Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur Tel : 1-300-88-5465 No. Faks : 03-2174 1515 e-mail : [email protected]

PERINGATAN PENTING !

PRODUK INI TELAH DILULUSKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA SYARIAH PADA 18/03/2013

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI DAN DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN